RP Farah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

1.

0 PENGENALAN

Sempurna Sport merupakan satu nama bagi perniagaan milikan tunggal yang ditubuhkan
pada 1 Januari 2023 yang dimiliki oleh Nur Farah Suhailah binti Abdul Rahman. Lokasi
perniagaan terletak di NO 21, JALAN BAIDURI 2, BANDAR JENGKA, PAHANG.
Perniagaan ini menjual peralatan sukan yang berasaskan sukan pingpong seperti meja,
jaring, bola pingpong dan bet. Perniagaan ini dibuka pada pukul 10:00 pagi hingga 10:00
malam pada setiap hari kecuali hari Jumaat yang merupakan cuti bagi perniagaan ini.

Pelanggan yang datang ke Sempurna Sport pasti akan mendapat maklumat yang
terperinci tentang perniagaan ini. Ini adalah kerana perniagaan ini sentiasa mengambil berat
tentang keperluan pelanggan dan sentiasa menjaga kualiti produk yang dijual. Perniagaan
ini mendapat sambutan yamg menggalakkan di Bandar Jengka kerana di kelilingi oleh 25
Jengka, serta berhampiran dengan tiga buah bandar lain iaitu Maran, Jerantut dan
Temerloh. Kepesatan penduduk dan pembangunan di Bandar Jengka ini memberi impak
positif kepada kemajuan Perniagaan Sempurna Sport.

Perniagaan telah beroperasi sejak 6 bulan yang lepas dengan prestasi yang
memberangsangkan. Pemilik dan pengurusan tertinggi telah mendapat latihan dan
bimbingan daripada Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp
Malaysia. Program ini merupakan inisiatif pihak kerajaan bagi menggalakkan generasi belia
menceburi bidang perniagaan. Objektif program ini bagi membentuk daya tahan dan jati diri
di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri. Selain itu, mereka juga
mendapat pengalaman serta ilmu daripada Program Latihan Keusahawanan oleh Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dimana kursus keusahawanan ini merangkumi aspek
spiritual,pengurusan kewangan,pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi. Mod
pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline.

Rancangan Perniagaan ini disediakan bagi membolehkan perniagaan Sempurna


Sport mengembangkan lagi perniagaannya dengan mendapat pinjaman perniagaan yang
bernilai RM 50,000 dari Tekun Nasional melalui Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) yang
terbuka kepada penguasa atau perniagaan kecil.

Tekun Nasional telah ditubuhkan pada 9 November 1998 dimana ianya merupakan
agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Agensi ini bertujuan bagi
menyediakan modal perniagaan. Syarat kelayakan untuk mendapatkan pinjaman daripada
agensi ini iaitu syarikat mestilah 100% hak milik bumiputera dan warganegara. Selain itu,
perniagaan perlulah mempunyai tempat atau lokasi perniagaan yang khusus. Kadar faedah
bagi Tekun Nasional sebanyak 4%.

2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


1
BUTIRAN MAKLUMAT
1. Nama Perniagaan Sempurna Sport
2. Alamat Premis Perniagaan NO 21, JALAN BAIDURI 2, 26400 BANDAR
TUN ABDUL RAZAK JENGKA, PAHANG

3. Nombor Telefon dan Faks 09-28334235

4. Emel/Facebook sempurnasport@gmail.com
5. Bentuk Milikan Milikan tunggal
4. Kegiatan Utama Perniagaan Menjual peralatan sukan berasaskan sukan
pingpong
5. Tarikh Pendaftaran Perniagaan 21 November 2022
6. Tarikh Mula Perniagaan 1 Januari 2023
7. No. Pendaftaran Perniagaan 13125250404-F
8. Nama Bank Perniagaan MAYBANK
9. No. Akaun Bank Perniagaan 020606210706

2
3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

BUTIRAN MAKLUMAT
1. Nama Penuh Nur Farah Suhailah binti Abdul Rahman
2. No. Kad Pengenalan 970721-06-0404
3. Tarikh Lahir/ Umur 21.7.1997 / 26 tahun
4. Status Perkahwinan Berkahwin
5. Alamat Rumah NO 5, TAMAN JENGKA INDAH, BANDAR
JENGKA, PAHANG

6. No. Telefon Peribadi 013-8406872


7. Emel farahsuhailah97@gmail.com
8. Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Perniagaan di Universiti Malaya
9. Kemahiran Pengurusan perniagaan
10. Pengalaman Pengurusan pentadbiran di syarikat Al-
Ikhsan selama 1 tahun
11. Kursus / Latihan yang Dihadiri serta -Program Tunas Usahawan Bumiputera
Nama Pengunjur (TUBE) oleh SME Corp.Malaysia
-Program Latihan Keusahawanan oleh Majlis
Amanah Rakyat

3
4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN / ORGANISASI

4.1 LOGO PERNIAGAAN SEMPURNA SPORT

Keterangan logo

Reka bentuk bet pingpong yang berwarna biru dan merah sebagai bentuk utama dalam
logo ini melambangkan syarikat Sempurna Sport menyediakan peralatan sukan pingpong
sahaja. Warna biru melambangkan sikap kerajinan dan berdedikasi yang syarikat Sempurna
Sport amalkan dalam menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan. Warna merah pula
melambangkan bahawa syarikat Sempurna Sport tetap tabah, cekal dan mempunyai
semangat juang yang tinggi untuk mencapai misi dan visi. Bentuk logo yang bulat
menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited dalam kalangan ahli dengan
menitikberatkan semangat bekerjasama.

4.2 VISI, MISI DAN OBJEKTIF

VISI

* Menjadi pusat peralatan sukan pingpong yang menguasai pasaran seluruh Malaysia
dengan membekalkan peralatan sukan pingpong yang berkualiti yang mampu menarik
perhatian peminat sukan pingpong seluruh negara.

MISI

* Menyediakan pekhidmatan yang berkualiti, pantas dan fleksibel bagi mencapai tahap
kepuasan pengguna seratus peratus.

OBJEKTIF

* Berurusan dengan lebih efisien dan profesional terhadap para pelanggan.

* Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik


pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum

* Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu
perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

4
4.3 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN

Perniagaan Sempurna Sport buat masa ini diuruskan oleh seorang pengurus besar,
seorang pengurus pentadbiran/kewangan dan seorang pengurus pemasaran/operasi.

Memandangkan permintaan semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk


setempat , perniagaan telah mengambil 2 orang pekerja bagi membantu untuk memenuhi
permintaan pasaran. Berikut merupakan carta organisasi perniagaan yang dirancangkan :

CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN SEMPURNA SPORT

Pengurus Besar
( Nur Farah Suhailah binti Abdul Rahman )

Pengurus Pentadbiran/Kewangan Pengurus Pemasaran/Operasi

( Ainul Mardhiah binti Ismail ) ( Nur Syuhadah binti Zamwari )

Juru wang Pemandu Van

( Nur Fatin Syafiqah binti Rosli ) ( Nur Nadiah Hani binti Mohd
Zawawi )

4.4 DISKRIPSI TUGAS PENTADBIRAN

Fungsi dan tanggungjwab pekerja yang ditetapkan bagi menawarkan tugas dan pentadbiran
perniagaan.

JAWATAN FUNGSI
Pengurus Besar  Mengawal dan mengenal pasti dasar dan misi perniagaan
 Pengawal dan memberi arahan kepada kakitangan.

5
 Pada peringkat awal perniagaan Sempurna Sport akan
melaksanakan pelbagai tugasan ini bermaksud pengurus akan
melaksanakan tugas dan memberi arahan kepada kakitangan
untuk melakukan tugas yang diberikan
Pengurus  memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah
kewangan/ organisasi syarikat bagi memastikan sasaran dan objektif yang
Pentadbiran telah ditetapkan dapat dicapai sepenuhnya agar syarikat
beroperasi dengan baik.
 pengurus pentadbiran kewangan juga memikul tanggungjawab
yang sangat besar dalam sesebuah syarikat.
 Menjalankan urusan dalaman organisasi Pengurus
pentadbiran / kewangan ialah memainkan peranan yang sangat
penting dalam sesebuah organisasi syarikat bagi memastikan
sasaran dan objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai
sepenuhnya agar syarikat beroperasi dengan baik. Seterusnya,
pengurus pentadbiran kewangan juga memikul tanggungjawab
yang sangat besar dalam sesebuah syarikat.
Pengurus  Memastikan visi, misi dan objektif syarikat dicapai
Operasi/Pemasara  Memantau setiap gerakan dan aktiviti yang dilakukan pekerja
n
Pekerja 1  Membuat draf dan menaip surat untuk ditandatangan oleh
pengurus
 Membantu pengurusan menyediakan kewangan perniagaan.
 Merekod, memasukkan data ke dalam aplikasi computer
 Mengemaskini dan menyimpan dokumen dalam fail

4.5 PENGGAJIAN

4.5.1 JADUAL IMBUHAN DAN GAJI TERMASUK KWSP DAN PERKESO

Potongan Pekerja Jumlah Potongan Majikan


Potongan

6
3 Nama Jawatan Gaji KWSP PERKESO Gaji KWSP PERKESO
Kasar (9%) Bersih (13%)
1. Pengurus
3500 315 17.25 332.25 3167.75 455 60.35
Besar
2. Pengurus
Pentadbiran/ 3000 270 15.75 285.75 2714.25 390 51.65
Kewangan
3. Pengurus
Operasi/ 3000 270 15.75 285.75 2714.25 390 51.65
pemasaran
4. Juru wang
1 500 135 7.75 142.75 1357.25 195 25.35

5. Pemandu
1 500 135 7.75 142.75 1357.25 195 25.35
lori
Jumlah
Keseluruhan 12,500 1125 64.25 1189.25 11310.75 1625 214.35
Gaji = RM 12,500 x 12 bulan = RM 150,000.00
Caruman KWSP = RM 1625 x 12 bulan = RM 19,500.00
Caruman Perkeso = RM 214.35 x 12 bulan = RM 2572.20

4.5.2 INSENTIF PEKERJA

Bil Insensif Huraian


1. Caruman KWSP Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1955,
mewajibkan caruman dibuat oleh majikan sebanyak 13% dan
pekerja (9%). Sebagai contoh, majikan menyediakan caruman
KWSP sebanyak RM 455.00 kepada pengurus Besar, RM
390.00 kepada pengurus pentadbiran dan operasi, manakala
RM 195.00 kepada juruwang dan pemandu van.
7
2. Caruman Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) 1969, mewajibkan pihak
PERKESO majikan mengambil insurans pampasan pekerja iaitu caruman
majikan 1.25 % dan pekerja 0.5% daripada gaji bulanan pekerja
untuk melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya seperti
Perniagaan …………..membayar PERKESO sebanyak RM
62.15 Kepada Pengurus Besar, RM 53.35 kepada pengurus
pentadbiran dan pengurus operasi serta RM 27.15 kepada
juruwang dan pemandu lori.
3. Kemudahan cuti Kemudahan cuti diberikan kepada pekerja mengikut tahun
perkhidmatan. Cuti sakit diberikan kepada pekerja mengikut
kelulusan doctor.Cuti rehat pekerja pula diberi sebanyak 10 hari
setahun. Manakala cuti bersalin pula adalah selama 3 bulan.
4. Kemudahan Penyediaan alat keselamatan seperti CCTV dan alat penggera
keselamatan kebakaran/keselamatan dipasang di permis ini, supaya pekerja
tidak terdedah kepada risiko yang boleh membahayanya
keselamatan mereka.

4.6 PERALATAN DAN KELENGKAPAN PENTADBIRAN

4.6.2 PERALATAN PEJABAT

Bil Jenis Kuantiti Harga Seunit Jumlah Besar (


( RM ) RM )

1 Kelengkapan 1 30,000 30,000

2 Kelengkapan baru 1 12,000 12,000


Jumlah
42,000
Besar

4.6.3 KOS PENTADBIRAN

Bil Perkara Mula Januari Bermula Julai JUMLAH


Januari Tiap Julai Tiap SETAHUN
(Sekali) Bulan (Sekali) Bulan
1. Sewa premis 2500.00 30000.00
2. Gaji 12500.00 150000.00
3. KWSP 1625.00 19500
4. Perkeso 214.35 2572.20

8
5. Kadar bayaran 6000.00 72000.00
(utiliti)
6. Kelengkapan baru 12000.00 12000.00

7. Lesen GDL 350.00 350.00


8. Lesen PBT 250.00 250.00
9. Myipo 1790.00 1790.00
10. Pendaftaran SSM 60.00 60.00
11. Belanja am 2400.00 28800.00
12. Bayaran pokok 416.67 2500.02
pinjaman
13. Faedah pinjaman 166.67 1000.02
Jumlah 2100.00 25239.35 12350.00 583.34 320822.24

4.6.4 KEPERLUAN PINJAMAN

Nama Agensi Tekun Nasional


Skim Skim Pembiayaan Sederhan (SPS)
Jumlah Pinjaman RM 50,000.00
Kadar Faedah 4%
Tempoh pinjaman (bulan) 120 bulan
Bayaran pokok pinjaman = Jumlah pinjaman/ tempoh pinjaman dalam bulan
= 50000 / 120
= RM 416.67
Bayaran faedah setiap bulan = Jumlah pinjaman x kadar faedah / 12 bulan
= 50,000 x 4% / 12 bulan
= RM 166.67

5.0 RANCANGAN OPERASI

Bahagian fungsian operasi merupakan bahagian fungsian yang memberi perkhidmatan


kepada pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti , cepat , dan efisien.
Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memastikan semua produk yang dijual selamat
digunakan , tidak rosak dan bermutu tinggi mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

9
5.1 SENARAI JENIS PERALATAN SUKAN

Perniagaan Sempurna Sport menjual pakaian dan peralatan sukan badminton untuk
memenuhi citarasa pengguna di sekitar Bandar Jengka.

BIL NAMA PRODUK HARGA SEUNIT


1. Meja (Yonex) RM890
2. Jaring (Yonex) RM35
3. Bola pingpong (Yonex) RM25
4. Bet (Yonex) RM140

1. Jenis produk yang di dijual : meja, jaring, bola pingpong, bet


2. Jenama yang dipilih : Yonex
3. Bilangan hari operasi : 26 hari

Kelebihan jenama yang dipilih :-

1. Jenama yang dikenali


2. Peralatan berkualiti tinggi
3. Tahan lama dan tidak mudah rosak
4. Diperbuat dari teknologi dan inovasi terkini
5. Menjadi pilihan pemain pingpong

5.2 PROSES PENGELUARAN/JUALAN


5.2.1 Carta alir

Berikut merupakan carta alir bagi penjualan peralatan sukan mengikut keperluan dan
kehendak pelanggan. Pelanggan yang datang ke premis perniagaan ini perlu mengetahui
proses penjualan peralatan sukan ini untuk memastikan pelanggan rasa lebih terjamin.

CARTA ALIR PROSES PENJUALAN PERALATAN SUKAN


10
Mula

Pelanggan memilih barang


untuk dibeli

Memeriksa
kualiti
barang/pilih

Tidak berpuas Berpuas hati


hati

Buat pembayaran
ppemPempembay

Pembungkusan
oleh jurujual

5.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN

waktu perniagaan 10:00 pagi adalah seperti berikut :

HARI MASA PERNIAGAAN


Isnin – khamis 10.00 pagi – 10:00 malam
Sabtu - Ahad 10.00 pagi – 10:00 malam
Jumaat CUTI

11
5.4 DISKRIPSI TUGAS OPERASI

Bahagian operasi berfungsi memastikan bahawa perkhidmatan yang


diberikan adalah berkualiti, cepat dan efisien. Bahagian ini juga bertanggungjawab
untuk memastikan semua barangan yang dijual selamat, tidak rosak dan sampai ke
tangan pengguna dalam keadaan yang baik. Bahagian ini dikendalikan oleh seorang
pengurus operasi dan pemasaran dengan dibantu oleh seorang pemandu lori.

BI JAWATAN FUNGSI
L
1. Pengurus operasi/  Memastikan visi,misi dan objektif syarikat
Pemasaran tercapai.
 Memantau setiap pergerakan dan aktiviti yang
dilakukan pekerja.
 Memeriksa bekalan yang dihantar oleh pembekal
berkualiti, menepati tempahan dan selamat
digunakan.

Pemandu Van  bertugas untuk menghantar barang-barang yang


di tempah oleh agensi-agensi
 Bertanggungjawab memastikan barang yang
dihantar selamat tiba ke destinasi dan
bertanggungjawab di atas kritikan dan cemuhan
pelanggan.
 Memastikan stok jualan sentiasa mencukupi,
selamat dan tidak rosak.

5.5 KEDUDUKAN TAPAK PROJEK

12
Sempurna
Sport

Alasan memilih lokasi tersebut yang terletak di Jalan Besar Bandar Jengka ialah :

1. Laluan utama kenderaan untuk ke Bandar Pusat Jengka antara Temerloh, Maran
dan Jerantut.

2. Lokasi yang strategik kerana berhampiran Kawasan perumahan, Institusi


Pendidikan (Uitm, matriks, sekolah menengah dan sekolah rendah serta lot
perniagaan yang dalam fasa terakhir untuk disiapkan.

3. Kurang persaingan kerana masih kurang peniaga yang mengkomersialkan jualan


peralatan sukan berasaskan pingpong di sekitar Bandar Jengka.

5.6 SUSUN ATUR RUANG OPERASI

13
Pintu keluar tandas
Pintu
stor

stor

Almari pameran barang

R
a Meja
k dan
F kerusi
a pekerja
il
l

Rak jualan
kaunter
Pintu masuk

5.7 RAKAN STRATEGIK NIAGA

14
Perniagaan Sempurna Sport merancang untuk mencari rakan strategik niaga untuk
memastikan keuntungan dapat dioptimakan dan kos pengeluaran dapat diminimakan.
Kerjasama strategik ini juga mampu memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak
dan memajukan lagi perniagaan.

Antara rakan strategik niaga perniagaan Sempurna Sport ialah :-

1. Syarikat pembekal peralatan sukan-.

Kami memilih pembekal peralatan sukan berasaskan raket yang terkenal di Negeri
Pahang iaitu Syarikat Yonex Sdn Bhd menjadi rakan strategik niaga dengan
menawarkan harga istimewa setiap kali perniagaan Sempurna Sport membeli stok.
Pembelian ini dilakukan secara pukal dan berterusan membolehkan perniagaan
memberikan harga yang lebih murah dan berpatutan. Dengan cara ni kedua-dua
pihak akan memperolehi keuntungan

5.8 KOS OPERASI

Bil Perkara Mula Januari Bermula Julai JUMLAH


Sekali Tiap Bulan Sekali Tiap Bulan
1. Ansuran pinjaman 857.14 5142.84
kenderaan
2. Faedah pinjaman 300.00 1800.00
kenderaan
3. Pendahuluan 8000.00 8000.00
Kenderaan
4. Insurans/Cukai Jalan 2500.00 2500.00
5. Penyelenggaraan 350.00 2100.00
kenderaan
6. Petrol 500.00 3000.00
7. Kos belian 31900.00

Jumlah 10500.00 2007.14 54442.84

5.8.2 KEPERLUAN KENDERAAN

15
Berikut adalah keperluan kenderaan melalui kaedah sewa beli

Jenis Kenderaan Toyota Hiace Van


Harga kenderaan RM 80,000.00
Pendahuluan (10%) RM 8,000.00
Sewa beli kenderaan RM 72,000.00
Kadar Faedah 5%
Tempoh Pinjaman 7 tahun /84 bulan
Bayaran pokok sewa = Jumlah sewa beli / tempoh pinjaman dalam bulan
beli = 72,000.00 / 84
= RM 857.14
Bayaran faedah sewa = Jumlah sewa beli x kadar faedah / 12 bulan
beli = 72,000.00 x 5% / 12
= RM 300
Pembelian dan bayaran JULAI
bermula

5.8.3 PEMBELIAN STOK PADA BULAN PERTAMA

Bil Produk Harga Seunit Kuantiti Jumlah


1. Meja (Yonex) 890.00 10 8900.00
2. Jaring (Yonex) 35.00 80 2800.00
3. Bola pingpong (Yonex) 25.00 80 2000.00
4. Bet (Yonex) 140.00 130 18200.00
Jumlah 31900.00

5.8.4. BELIAN STOK MENINGKAT SEBANYAK 4% HINGGA 5% SETIAP BULAN

Bil Bulan Belian (RM) Peningkatan


1. Januari 31900.00
2. Februari 33176.00 4%
3. Mac 34503.04 4%
4. April 35883.16 4%
5. Mei 37318.49 4%
6. Jun 38811.23 4%
7. Julai 40363.68 4%
8. Ogos 41978.22 4%
9. September 44077.13 5%
10. Oktober 46280.99 5%
11. November 48595.04 5%
12. Disember 51024.79 5%
Jumlah 483911.78 5%

5.9 SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

16
Sumber fizikal dapat didefinisikan sebagai aset yang berbentuk ketara atau nyata
untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya. Antara sumber fizikal
yang terdapat dalam Perniagaan Sempurna Sport termasuklah stok, pejabat pentadbiran,
perabot, komputer dan kenderaan. Pihak pengurusan syarikat perlu memastikan semua
jenis sumber fizikal dalam keadaan selamat, berfungsi dan boleh digunakan.

Sumber teknologi pula didefinisikan sebagai aset yang berbentuk tidak ketara atau
tidak nyata yang dimanfaatkan oleh perniagaan ini untuk menjalankan perniagaannya
sahaja. Sumber teknologi yang terdapat dalam perniagaan ini ialah perisian komputer,
pengalaman dan kemahiran pekerja.

Sumber fizikal dan sumber teknologi ini perlu diurus dengan baik dan sempurna
untuk memastikan ianya sentiasa berfungsi dan boleh digunakan dengan baik serta dalam
keadaan mencukupi apabila diperlukan serta dapat menjamin kemampuan bersaing dalam
pasaran dan kelangsungan perniagaan ini.

5.9.1 PROSEDUR MENGURUS SUMBER FIZIKAL DAN SUMBER TEKNOLOGI


17
Sumber Fizikal Prosedur Mengurus Fungsi
Sumber Fizikal
1. Premis Kedai Perlindungan insurans dan 1. Untuk melindungi
2. Kenderaan keselamatan daripada pelbagai
3. Stok 1. Insuran kebakaran risiko dan elakkan
2. Insuran kemalangan dari kerugian
3. Insuran jaminan setia 2. Setiap bangunan
4. Perlindungan liabiliti perlu dilengkapi alat
awam pemadam api,
5. Insuran kecurian kamera litar
tertutup, alat
penggera dan laluan
kecemasan

1. Peralatan komputer 1. Jadual pemeriksaan, 1. Untuk mengelakkan


2. Perabot penyelenggaraan kerosakan dan
berkala untuk cegah mengganggu
kerosakan. perkhidmatan
2. Tindakan baik pulih 2. Memastikan
segera untuk peralatan komputer
membaiki sebarang dapat beroperasi
kerosakan dengan baik tanpa
gangguan.

Sumber Teknologi Prosedur mengurus Fungsi


Sumber Teknologi
1. Kemahiran dan 1. Kemahiran dan 1. Kemahiran dan
pengalaman kepakaran pekerja dalam pengalaman pekerja
pekerja. mengurus operasi. disusun dan diurus
dengan sempurna
supaya pekerja
2. Perjanjian bertulis antara mahir dan
2. Lesen Perisian pemilik dengan berpengalaman
(Lesen Perisan pengguna perisian dalam bidang yang
Microsoft Office) diceburi dan dapat
mengelakkan berlaku
kesilapan semasa
menjalankan tugas.

18
6.0 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 ANALISIS INDUSTRI (SWOT)

Analisis SWOT memainkan peranan penting untuk mengenalpasti tanda aras dalam
menambahbaik strategi pengurusan, pemasaran, produk dan perkhidmatan di samping
persediaan terhadap sebarang aspek cabaran dan kemungkinan.

Analisis SWOT merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam perancangan dan
persediaan dalam salah satu perniagaan. Ianya bertujuan untuk menilai kesan perubahan
persekitaran dalam dan luaran yang boleh mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.

Antara kompenan yang terlibat dalam analisis SWOT ialah kekuatan, kelemahan,
peluang, dan ancaman.

6.1.1 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PESAING UTAMA

Perniagaan Sempurna Sport mempunyai keupayaan dan kemampuan tersendiri


untuk bersaing. Ini adalah kerana perniagaan ini sentiasa menitik beratkan kualiti produk
yang ditawarkan . Pemilik sentiasa menjalankan pemantauan berkala untuk memastikan
setiap produk yang dijual berkualiti, memenuhi kehendak pelanggan dan yang penting sekali
setiap produk selamat digunakan dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Selain
dari itu, pemilik dan pekerja juga mempunyai hubungan baik dengan pelanggan. Pemilik
sentiasa akan mendapatkan maklum balas dari pelanggan tentang produk dan
perkhidmatan yang diberikan oleh perniagaan ini.

Persaing utama perniagaan Sempurna Sport ialah Al-Ikhsan yang telah lama
beroperasi di Bandar Jengka. Memandangkan Perniagaan Sempurna Sport masih baru
berkecimpung dalam penjualan peralatan sukan berasaskan raket, terdapat beberapa
kelemahan dalam persaingan dengan syarikat yang telah lama bertapak dan dikenali oleh
penduduk di sini.

Di bawah disenaraikan beberapa kekuatan dan kelemahan pesaing utama di dalam


membekalkan peralatan berasaskan raket

BIL NAMA PESAING KEKUATAN KELEMAHAN

1. 1.Mempunyai lebih kurang 3 1. Harga yang


19
cawangan di seluruh Pahang ditawarkan agak
mahal

2. Telah dikenali ramai 2. Hanya 1


Al-Ikhsan terutamanya di kalangan cawangan sahaja
penduduk di sekitar Jengka yang menyediakan
semua peralatan
sukan termasuk
pakaian.

2. MySukan Enterprise 1.Jenama produk dikenali 1.Produk tidak


ramai serba lengkap

2.Menggunakan sistem online 2.Perniagaan


dan atas talian untuk online kurang
memasarkan produk kepercayaan orang
ramai kerana masih
baru

Antara kekuatan perniagaan Sempurna Sport dalam menghadapi pesaing ialah :

1. Mengutamakan kepuasan pelanggan


Kekuatan perniagaan Sempurna Sport adalah kerana perniagaan ini sentiasa
mengutamakan kepuasan pelanggan. Pihak pengurusan sentiasa mengambil berat
tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka sering bertanya dan
meminta maklum balas tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan daripada
pelanggan yang berkunjung ke sini.

2. Lokasi perniagaan Sempurna Sport yang strategik iaitu berhampiran dengan


Kawasan perumahan, institusi Pendidikan merupakan penyumbang utama kepada
keupayaan perniagaan ini untuk terus berkembang di masa akan datang. Kami juga
menjual peralatan sukan berasaskan raket yang bermutu tinggi Sahaja.

3. Menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja


Keutamaan kepada kepentingan dan kebajikan pekerja merupakan tunjang utama
kepada kejayaan syarikat ini. Syarikat beranggapan pekerja merupakan aset utama
dalam menentukan kemajuan dan kejayaan syarikat. Syarikat akan pastikan segala
keperluan dan kebajikan pekerja dijaga bagi memastikan kelancaran perkhidmatan
dan kesetiaan pekerja. Kemahiran dan pengalaman pekerja merupakan isu penting
bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan mendapat perhatian dari pelanggan

Kelemahan

20
Walau bagaimanapun, perniagaan ini tidak dapat lari dari kelemahan. Antara
kekurangan yang dihadapi ialah dari aspek sumber tenaga dan kepakaran. Kebanyakan
pekerja adalah terdiri dari penduduk tempatan yang tidak memiliki kemahiran dalam
bidang ini. Kekerapan pekerja yang keluar masuk dalam perniagaan ini juga dapat
menghalang perniagaan ini mencapai prestasi yang baik dan memberangsangkan.

1. Servis lambat kerana kekurangan pekerja menyebabkan ada masalah pengeluaran


tidak mencapai target yang ditetapkan.

2. Perniagaan masih baru menyebabkan sukar untuk menembusi pasaran sedia ada.

3. Masih belum ada cawangan di luar.

Peluang

Perniagaan ini mempunyai peluang untuk terus maju dengan kewujudan teknologi
terkini. Kewujudan teknologi terkini membolehkan perniagaan dapat mempromosikan jualan
peralatan sukan ke media sosial dengan cepat dan mudah. Penjualan secara online juga
diperkenalkan untuk meningkatkan jualan dan juga keuntungan.

Ancaman

Ancaman merupakan masalah yang boleh membantutkan perkembangan


perniagaan ini. Kemunculan pesaing dengan menawarkan produk peralatan sukan
pengganti yang lebih bermutu menyebabkan perniagaan terpaksa berhadapan masalah
kehilangan pasaran sedia ada.

6.1.2 STRATEGI PASARAN

Barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan

Kami menawarkan perkhidmatan belian secara atas talian dan juga ‘Cash On
Delivery’ (COD). Selain dari itu, kami juga menawarkan penghantaran ke Kawasan yang
berhampiran dengan premis perniagaan kami.

Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran bagi produk kami lebih berfokus kepada seisi keluarga yang
meminati aktiviti sukan berasaskan raket kerana kami menawarkan pakej bergu dengan
harga yang murah dan mampu milik iaitu

Pesaing-pesaing utama

Kami telah mengenal pasti pesaing-pesaing utama seperti perniagaan-perniagaan


online yang kini wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

21
Strategi promosi

Bentuk promosi yang kami cadangkan ialah dengan mengadakan pakej bergu pada
harga murah dan mampu milik. Kami akan menawarkan set pingpong secara bergu iaitu 1
set bet pingpong, 1 tabung bola pingpong, dan 1 jaring dengan diskaun yang menarik.

6.2 ANALISIS PASARAN

6.2.1 PENENTUAN HARGA JUALAN SEUNIT

BIL PRODUK Harga Peratus Harga


Belian Jualan

1 Meja (Yonex) 890.00 170% 1513.00

2. Jaring (Yonex) 35.00 170% 59.50


3. Bola pingpong (Yonex) 25.00 170% 42.50
4. Bet (Yonex) 140.00 170% 238.00

22
3.2.2 SASARAN JUALAN (JANUARI – DISEMBER 2023 )

Berikut merupakan sasaran jualan perniagaan Sempurna Sport bagi tempoh satu tahun.
Perniagaan mensasarkan jualan bulanan meningkat 180% dari belian.

Bulan Belian Jualan (RM) Peratus daripada


Jualan

Januari 31900.00 57420.00 180%

Februari 33176.00 59716.80 180%

Mac 34503.04 62105.47 180%

April 35883.16 64589.69 180%

Mei 37318.49 67173.28 180%

Jun 38811.23 69860.21 180%

Julai 40363.68 72654.62 180%

Ogos 41978.22 75560.80 180%

September 44077.13 79338.84 180%

Oktober 46280.99 83305.79 180%

November 48595.04 87471.07 180%

Disember 51024.79 91844.63 180%

Jumlah 483911.78 871041.20

23
6.2.3 SASARAN KEUNTUNGAN

Keuntungan disasarkan meningkat 13.11 % daripada jualan

Peratus Keuntungan = Untung Bersih x 100%


.Jualan bersih

Bulan Jualan (RM) Sasaran Untung Peratus (%)

Januari 57420.00 7528.08 13.11

Februari 59716.80 7829.21 13.11

Mac 62105.47 8142.38 13.11

April 64589.69 8468.07 13.11

Mei 67173.28 8806.79 13.11

Jun 69860.21 9159.06 13.11

Julai 72654.62 9525.43 13.11

Ogos 75560.80 9906.44 13.11

September 79338.84 10401.77 13.11

Oktober 83305.79 10921.85 13.11

November 87471.07 11467.95 13.11

Disember 91844.63 12041.35 13.11

Jumlah 871041.20 114198.38

6.2.4 SASARAN PELANGGAN

Sasaran pelanggan perniagaan Sempurna Sport ialah :

 Penuntut IPTA dan IPTS


 Pekerja sektor awam dan swasta
 Penduduk kawasan perumahan berhampiran
 Penduduk luar

24
6.2.5 SYER PASARAN

Syer pasaran merujuk pada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna
yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan
dalam pasaran.

Berdasarkan kajian yang perniagaan telah dijalankan, kami mendapati pesaing yang
menjalankan perniagaan menjual peralatan sukan berasakan raket terdiri daripada 1
kedai dalam radius 5m dari lokasi kedai saya. Oleh yang demikian, saya berhasrat
menguasai sekurang- kurangnya 30% dari syer pasaran.

Berdasarkan jumlah jualan yang dianggarkan, kami mensasarkan penguasaan syer


pasaran sebanyak 30% iaitu sebanyak RM 871041.20 berbanding dengan pesaing yang
menguasai sebanyak 25% dan 45% syer pasaran. Kelebihan ini adalah berdasarkan
kekuatan yang kami ada seperti :

 Ruang kedai yang bersih dan baru

 Peralatan sukan berasaskan raket yang berkualiti dan tahan lama.

 Diperbuat dari teknologi dan inovasi terkini

25
Syer pasaran syarikat ( bersandarkan setahun )

Sempurna Sport Al-Ikhsan MySukan JUMLAH


Enterprise KESELURUHAN

SAIZ PASARAN

PERATUS
SYER
30 45 25 100
PASARAN
(%)

JUMLAH 871041.20 1306561.80 725867.67


SYER
2903470.67x30% 2903471x45% 2903470.65 RM2903470.67
PASARAN
(RM)

PERATUS SYER PASARAN

25%

30%

45%

Sempurna Sport Syarikat Al-Ehsan MYSukan Enterprise

26
8.0 PENUTUP

Kami yakin Perniagaan Sempurna Sport mampu berdaya saing dalam perniagaan
peralatan sukan berasaskan raket. Trend perniagaan peralatan sukan kami menunjukkan
trend meningkat dengan faktor dalaman yang mempunyai pekerja yang berkemahiran,
kreatif, inovatif, berdisiplin dan bertanggungjawab. Faktor citarasa pengguna yang semakin
mengutamakan kesihatan merupakan faktor yang menggalakkan kami untuk terus
berkecimpung dalam perniagaan peralatan sukan berasaskan raket ini.

Di Malaysia, banyak usahawan yang mengusahakan perniagaan peralatan sukan,


namun masih belum banyak yang melibatkan diri dalam perniagaan peralatan sukan
berasaskan raket iaitu sukan pingpong.

Cetusan idea ini timbul apabila kebanyakan penduduk di Malaysia masa kini lebih
mengutamakan kesihatan. Kebanyakan penduduk di Bandar Jengka telah mengamalkan
gaya hidup sihat dengan berkecimpung dalam beberapa aktiviti sukan yang mereka minati
seperti sukan badminton. Pilihan ini dibuat kerana sukan ini boleh dimainkan bila-bila masa
tanpa mengira cuaca sama ada panas ataupun hujan. Mereka lebih gemar memilih
permainanan ini kerana boleh bermain di dalam dewan tertutup yang bebas dari panas,
hujan dan juga debu.. Permainan badminton juga dapat dimainkan oleh golongan tua,
dewasa, remaja dan kanak-kanak tanpa mengira usia, warrna kulit dan juga bangsa

Perniagaan Sempurna Sport Juga memanfaatkan teknologi terkini dan canggih bagi
memastikan penjualan peralatan sukan dapat dibuat dengan cepat. Penggunaan teknologi
maklumat dan perisian yang canggih telah Berjaya mempromosikan peralatan sukan yang
dijual di laman sosial. Terdapat juga jualan secara atas talian yang kami gunakan untuk
menjual barangan kami. Dengan cara ini jumlah jualan tahunan dan keuntungan akan
meningkat. Kami juga menggunakan perisian yang canggih untuk menyimpan data
perakaunan dan stok supaya tidak berlaku ketirisan di mana-mana.

Walau pun ramai usahawan yang telah menjual peralatan sukan yang sama di
Malaysia, namun kami mengambil kesempatan untuk mengusahakannya di Bandar Jengka
memandangkan Bandar Jengka dilihat mampu bersaing dan berpotensi untuk menjadi
bandar yang pesat dan maju.

27

You might also like