Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

NAMA KURSUS:

AKIDAH ISLAM (PPPY1182)

SEMESTER/SESI:
SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TAJUK TUGASAN:
MALAIKAT, JIN DAN SYAITAN

NAMA PENSYARAH:
DR MOHD HAIDAR BIN KAMARZAMAN

NAMA PELAJAR:
NUR FARRA NISHA BINTI MOHD FAUZI (A187307)
NUR NABILAH BINTI HAROM (A186581)
PENGENALAN
Mempercayai setiap perkara ghaib merupakan salah satu daripada perkara yang wajib
dipercayai oleh setiap orang Islam dimana ia membuktikan ciri seorang mukmin. Beriman
dengan perkara ghaib ialah mempercayai tentang kewujudan malaikat, jin, syaitan dan
sebagainya. Perkara ghaib dapat difahami sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar mahupun pancaindera dan juga sesuatu yang tersembunyi daripada pandangan.
Tambahan lagi, setiap perkara ghaib ini dapat dilihat dengan mata hati walaupun pada
hakikatnya ianya tidak dapat dicapai melalui pancaindera (al-Thalabi, 2002). Perbincangan
dalam bab ini mengkhususkan kepada tiga makhluk ciptaan Allah seperti malaikat, jin dan
syaitan. Definisi ringkas mengenai jin dapat difahami sebagai makhluk ciptaan Allah dimana
kewujudan mereka selari dengan dunia manusia. Allah turut memberikan penjelasan mengenai
makhluk yang bernama jin ini kepada sebahagian golongan manusia yang tidak mempercayai
kewujudannya melalui surah yang dinamakan sebagai surah al-Jin. Adapun bagi malaikat pula,
mereka merupakan makhluk yang diciptakan Allah daripada cahaya dan kewujudannya lebih
awal berbanding dengan kewujudan manusia. Syaitan diberikan penjelasan mengenai
maknanya oleh majoriti ahli bahasa dimana asal perkataan syaitan ini ialah daripada ablasa
yang membawa maksud sebagai putus asa dimana yang dijelaskan putus asa daripada rahmat
Allah. Semua mahluk yang hidup di alam ghaib ini mempunyai kedudukannya yang berbeza
di sisi Allah SWT dan kewujudannya tidak dapat dinafikan oleh setiap orang mukmin bahkan
mempercayainya merupakan satu kewajipan. Malaikat, jin dan syaitan termasuk dalam perkara
sam’iyat dan membuktikan keimanan yang sebenar dalam diri seseorang terhadap perkara-
perkara ghaib. Oleh itu, penulisan ini akan memberikan beberapa penjelasan mengenai
malaikat, jin dan syaitan daripada beberapa aspek utama yang perlu diketahui.
TAKRIF MALAIKAT, JIN DAN SYAITAN

Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang istimewa yang wujud di alam ghaib
dan memiliki keistimewaan tertentu. Penjelasan tentang definisi malaikat dapat dilihat dari
beberapa aspek iaitu dari sudut bahasa, istilah serta malaikat dari perspektif falsafah dan sains.
Bagi mendefinisikan malaikat dari sudut bahasa, Ibn Faris berpendapat bahawa malaikat ialah
raja dimana disifatkan raja itu sebagai yang memiliki kekuatan dalam sesuatu hal. Adapun
takrifan malaikat dari sudut bahasa dinamakan sebagai pembawa risalah dan merupakan utusan
Allah SWT yang menerima risalahNya serta melaksanakan setiap apa yang diamanahkan
kepadanya dan menyampaikan apa yang mereka terima daripada Allah SWT kepada orang lain.
Ulama mentakrifkan definisi malaikat dari sudut istilah dengan dua takrifan iaitu dimana
takrifan pertama dibawa oleh Al-Jurjani yang menjelaskan malaikat sebagai tubuh badan yang
lembut, bercahaya dengan memiliki kepelabagaian bentuk yang berbeza. Manakala, takrifan
ahli teologi bahawa malaikat ialah jisim yang difahami sebagai badan yang lembut yang
membentuk sebarang bentuk yang mereka tambahkan dan beberapa ahli falsafah menyatakan
bahawa mereka iaitu malaikat ialah permata rohani. Tambahan lagi, menurut Abdullah Siraj
Al-Din, beliau menjelaskan tentang makna malaikat sebagai roh-roh yang berdiri dalam tubuh
yang lembut, memiliki sinar cahaya, berkemampuan serta mereka tidak digambarkan sebagai
lelaki mahupun perempuan. Pandangan lain dalam memberikan definisi kepada malaikat pula
diceritakan mereka memiliki roh-roh yang lembut, mengalir melalui aliran darah hingga
sampai kepada hati (Ibn Qutaibah). Penjelasan lain dalam memberikan gambaran malaikat juga
ialah makhluk yang berdiri dengan sendirinya dimana ia mampu dibentuk dengan kuasa Allah
SWT seperti yang dibuktikan dalam hadis-hadis sahih bahawa malaikat tidak makan dan tidak
minum, tidak berkahwin, mereka juga bertasbih siang dan malam serta tidak bermalas-malasan.
Selain itu, malaikat ialah ciptaan ghaib yang diciptakan oleh Allah daripada cahaya yang
menjadikan mereka untuk berdiri bagi melaksanakan ketaatan kepadaNya serta disediakan bagi
mereka amalan serta tugas yang perlu mereka laksanakan sebagaimana yang dijelaskan dalam
al-Quran dan al-Sunnah (Ibn Utsaimin). Jadi, daripada apa yang telah dibahaskan mengenai
malaikat dari sudut bahasa, dapat dirumuskan bahawa malaikat ialah makhluk yang diciptakan
di alam ghaib oleh Allah untuk mentaatiNya, diberikan amanah untuk dilaksanakan serta
disifatkan dengan beberapa ciri-ciri tertentu untuk mengenali mereka.

Bagi menelusuri dengan lebih mendalam penjelasan makna malaikat, ahli falsafah turut
menjelaskan mengenainya. Ahli falsafah turut mempercayai tentang kewujudan malaikat
sebagaimana kepercayaan mereka kepada perkara-perkara ghaib yang lain. Bagi pandangan
ahli falsafah, mereka melihat makhluk yang bernama malaikat ini bukan daripada ciptaan Allah
tetapi mereka adalah minda yang aktif, dan merupakan kepercayaan kepada bahagian rukun
daripada pendustaan dan ingkar. Dengan itu, kita dapat simpulkan bahawa golongan ahli
falsafah berpendapat dalam memberikan takrifan kepada malaikat sebagai jisim yang berdiri
dengan sendirinya.

Seterusnya, salah satu ciptaan Allah yang lain di alam ghaib ialah jin. Hal ini telah
dibuktikan di dalam Al-Quran dan Hadis mengenainya. Namun demikian, kewujudan dan
keberadaan jin tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebagaimana malaikat dan perkara-
perkara di alam ghaib yang lain. Namun, kehidupan dan dunia jin dikatakan wujud selari
dengan dunia manusia walaupun Allah SWT telah mengkhususkan surah yang menceritakan
perihal jin seperti yang termaktub dalam surah al-Jin. Adapun begitu, terdapat sebahagian
golongan manusia yang mengingkari kewujudan makhluk yang bernama jin ini disebabkan
oleh keadaan mereka yang tidak dapat dilihat secara fizikal oleh mata kasar. Dalam pada itu,
Allah turut memberikan penjelasan di dalam al-Quran tentang penciptaan jin daripada api tanpa
asap dan mereka telah diciptakan awal sebelum penciptaan manusia. Demikian itu juga, jin
turut diberikan pilihan yang bebas ke atas mereka sama ada untuk taat kepada penciptaNya
mahupun mengingkarinya dimana setiap pilihan yang mereka lakukan itu akan
dipertanggungjawabkan kepada Allah di hari pembalasan kelak (Ahmad Abd al-Halim, 1996).
Pembuktian mengenai kewujudan jin dan asal penciptaannya daripada api dapat dilihat melalui
surah ar- Rahman ayat 15:
ۤ
‫َو َخلَ َق ا جْلَا َّن ِم جن َّمارٍِج ِِّم جن ََّّن ٍر‬

(Surah Ar-Rahman 55:15)

Maksudnya:

dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap.

Di samping itu, tujuan penciptaan jin dan manusia oleh Allah SWT adalah di bawah
tujuan yang sama iaitu untuk beribadat kepada Allah. Oleh hal yang demikian, jin turut
mempunyai tanggungjawab yang wajib untuk beriman dan mentaati perintahNya sebagaimana
yang diperintahkan kepada manusia. Golongan jin terbahagi kepada dua golongan iaitu
golongan yang mukmin dan kafir kerana terdapat sebahagian jin yang enggan untuk mentaati
perintah Allah walaupun telah diperintahkan untuk beriman. Oleh hal yang demikian, ianya
dikategorikan sebagai jin yang kafir.

Melihat kepada makna jin dari sudut etimologi dan terminologi, perkataan jin dalam
bahasa Arab merujuk kepada sesuatu yang tersembunyi. Terdapat banyak perkataan yang
menggambarkan tentang jin dan yang membawa kepada makna jin itu sendiri. Perkataan al-
Jann yang dinyatakan merujuk kepada bapa jin (Al-Jawhari,1984). Manakala, perkataan
jannahu al-layl dalam al-Qamus al-Muhit memberikan makna malam yang menyelimutinya
atau dalam erti kata lain malam yang menyelubunginya. Perkataan lain iaitu junna anka
membawa maksud segala yang tersembunyi daripada makhluk lain yang menjelaskan tentang
sesuatu yang tidak dapat kita lihat kerana ia tersembunyi dan perkataan Jin al-layl didefinisikan
sebagai kegelapan malam. Al-Mijanah pula merujuk kepada tanah dimana terdapat banyak jin
di sana (al-Fayruzabi, 1998). Istilah-istilah yang digunakan untuk menggambarkan tentang jin
ini dapat kita simpulkan bahawa mereka ini makhluk yang tersembunyi dari pandangan mata
kasar namun pada hakikatnya kewujudan mereka adalah benar. Secara umumnya, berdasarkan
pandangan ahli bahasa Arab, istilah jinni merupakan salah satu nama daripada kategori jin.
Selain itu, jin turut dikenali juga sebagai roh yang berinteraksi dengan kanak-kanak dan ianya
dinamakan syaitan sekiranya jin itu ialah fasik. Tambahan lagi, orang kafir mempercayai
bahawa jin memiliki kuasa tersembunyi yang luar biasa, memberikan manfaat dalam sesuatu
hal dan juga mendatangkan gangguan kepada manusia. Hal ini dapat kita lihat sebagaimana
firman Allah dalam surah Saba’ ayat 41;

‫ت َولِيُّ نَا ِم جن ُد جوِنِِ جم بَ جل َكانُ جوا يَ جعبُ ُد جو َن ا جْلِ َّن اَ جكثَ ُرُه جم ِبِِ جم ُّم جؤِمنُ جو َن‬
َ ‫ك اَنج‬
َ َ‫قَالُجوا ُسجبحن‬

(Surah Saba’34:41)

Maksudnya:

Para malaikat itu menjawab, “Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami, bukan
mereka; bahkan mereka telah menyembah jin; kebanyakan mereka beriman kepada jin itu.”

Dalam ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa golongan kafir menyembah jin sebagai
Tuhan kerana mereka beranggapan jin mempunyai kuasa yang tersembunyi serta dapat
mendatangkan manfaat kepada mereka. Namun demikian, hakikat kepercayaan yang sebenar
ialah beriman kepada pencipta yang menciptakan jin tersebut iaitu Allah SWT. Seterusnya, jin
turut diceritakan sebagai sebahagian daripada ciptaan Allah yang terpisah daripada manusia
dan malaikat, namun mereka berkongsi kualiti yang sama dengan manusia seperti keupayaan
untuk bebas (Leaman, 2006).

Perbincangan seterusnya ialah mengenai pengertian syaitan. Perkataan syaitan berasal


daripada (‫ ( شطن‬yang membawa maksud jauh. Dan ia juga dikatakan bahawa syaitan diciptakan

adalah untuk menjadikannya sebagai tengahari disebabkan oleh asal penciptaannya yang terdiri
daripada api serta sifat api itu yang panas. Mereka mengatakan bahawa syaitan ialah makhluk
ciptaan daripada api seperti yang dibuktikan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Dalam pada itu,
kebanyakan ahli bahasa menjelaskan tentang perkataan iblis yang berasal daripada ablasa yang
membawa maksud putus asa daripada rahmat dan kasih sayang Allah dan perkataan balasa
yang menunjukkan makna tiada faedah atau manfaat (al-Razi, 1986).

Di samping itu, syaitan ialah mereka yang suka untuk menghasut serta mengajak manusia
ke arah kefasikan dan kesesatan dalam mentaati perintah Allah agar mereka terpesong daripada
mendapat petunjukNya untuk terus berada pada jalan kebenaran (Noresah et al, 2013).
Perkataan “shatana” merupakan asal daripada perkataan syaitan yang membawa maksud jauh.
Sebagaimana yang kita ketahui, hal ini telah dijelaskan mengenai sifat syaitan yang jauh dari
melakukan ketaatan kepada Allah dimana mereka yang dikatakan sebagai penganggu yang
menganggu manusia untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran (Ibn Manthur,
2008). Perkataan syaitan terkandung di dalam al-Quran sebanyak 80 kali serta terdapat
beberapa tafsiran yang menjelaskan tentang perkataan al-Taghut yang turut didefinisikan
sebagai syaitan namun ianya digambarkan sebagai bentuk manusia (Ibn Abi Hatim, 1998). Sifat
tercela yang terdapat pada syaitan dikatakan bersesuaian dengan asal penciptaannya daripada
api kerana keengganannya untuk sujud kepada Allah. Namun demikian, menurut pendapat
Abu Ubaidah, beliau menyatakan gelaran syaitan juga diberikan kepada sebahagian kelompok
jin, manusia dan haiwan.

Tambahan lagi, jika kita melihat kepada fitrah yang asal sebagai hamba Allah, Allah telah
menceritakan tentang perihal hubungan antara manusia dan syaitan di dalam al-Quran sebagai
penjelasan yang membuktikan bahawa syaitan merupakan musuh yang nyata bagi mereka.
Pembuktian mengenai hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT melalui surah al-Fatir
ayat 6 yang membawa maksud “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka
anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak
golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”. Maka, apa yang
dapat difahami daripada ayat ini ialah Allah telah memberikan peringatan kepada hamba-
hambaNya tentang musuh yang nyata bagi mereka iaitu syaitan agar dapat memperteguhkan
kekuatan iman dalam menghadapi godaan.

Bertepatan dengan asal-usul syaitan yang diciptakan daripada api, mereka telah
digolongkan oleh Allah dalam golongan yang tidak mendapat rahmatNya serta termasuk dalam
orang-orang yang kafir. Demikian itu juga, syaitan akan terus berusaha untuk menyesatkan
umat manusia agar tidak mentaati perintah Allah SWT serta tunduk kepada bisikan yang
menjerumuskan mereka ke arah kebinasaan. Hal ini kerana, sikap kesombongan yang timbul
dalam diri mereka untuk tunduk dan patuh kepada pencipta yang telah menciptakan mereka
iaitu Allah Azza Wajalla telah mendorong mereka untuk merancang kejahatan kepada manusia
untuk membuktikan kehebatan mereka di hadapan Allah dalam menyesatkan hambaNya di atas
muka bumi ini. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa sifat syaitan itu adalah untuk
menyesatkan golongan manusia daripada jalan kebenaran serta membawa manusia jauh
daripada mentaati Allah agar mereka dapat melihat golongan yang mengikuti mereka ini turut
terjerumus ke dalam neraka Allah.

DALIL-DALIL MALAIKAT, JIN DAN SYAITAN

Dalil-dalil tentang kewujudan mahkluk yang bernama malaikat, jin dan syaitan turut
dibuktikan oleh Allah SWT melalui ayat-ayatNya bagi membenarkan tentang hal tersebut. Hal
ini kerana, terdapat sebahagian daripada golongan manusia yang tidak mempercayai
kewujudan mereka di muka bumi ini disebabkan oleh penglihatan yang terbatas untuk melihat
dengan mata kasar. Namun, ianya memerlukan kepada keimanan yang tinggi terhadap setiap
perkara ghaib. Allah turut mengkhabarkan kepada kita tentang apa yang terkandung dalam
kitabNya mengenai penciptaan langit dan bumi dimana Allah SWT menyembunyikan makhluk
yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata agar mereka beriman denganNya. Oleh hal
yang demikian, perbincangan tentang dalil-dalil yang membuktikan bahawa malaikat disebut
dalam al-Quran mengenai mereka.

Allah mewajibkan ke atas setiap hambaNya untuk beriman dengan setiap perkara yang
dinamakan sebagai rukun Islam dan rukun iman. Beriman kepada malaikat turut menjadi salah
satu perkara yang terkandung dalam rukun iman dan terdapat dalil yang menjelaskan tentang
rukun-rukun ini. Sebagaimana yang dapat kita lihat tentang kewajipan beriman kepada
malaikat ini dibuktikan oleh Allah SWT melalui kitabNya dalam surah al-Baqarah ayat 285:
ۤ
‫ي اَ َح ٍد ِِّم جن‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِِِ ِ َّ ‫امن‬
‫ب‬ ‫ق‬ ِ
‫ر‬ ‫ف‬ ‫ن‬ ‫ل‬
َ ‫َ ُ َ ِّ ُ َج‬ ۗ ٖ ‫ه‬ ‫ل‬ ُ ُ َ ُ ُ َ َ ِٕ ‫الر ُس جو ُل ِبَآ اُنج ِزَل الَجيه م جن َّربِّه َوالج ُم جؤمنُ جو َن ُكل ا َم َن ِِب ِّلل َوَم‬
‫س‬ ‫ر‬‫و‬ ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ت‬ ‫ك‬
‫و‬ ‫ه‬ ‫ت‬ ‫ك‬ ‫ى‬ ‫ل‬ ََ
ِ َ ‫ك ربَّنَا واِلَي‬ ِ ِ
ُ‫ك الج َمص جي‬ ‫ُّر ُسلهٖ َوقَالُجوا ََس جعنَا َواَطَ جعنَا غُ جف َرانَ َ َ َ ج‬

(Surah al-Baqarah 2:285)

Maksudnya:

Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an) dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata), “Kami tidak membeza-
bezakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya.” Dan mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat.
Ampunilah kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali.”

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang kewajipan beriman kepada makhluk Allah yang
bernama malaikat dimana ianya terkandung pada rukun iman yang kedua. Hal ini menunjukkan
bahawa malaikat ialah makhluk ghaib yang perlu diimani kerana ianya membuktikan keimanan
kita terhadap perkara ghaib yang tidak dapat dilihat secara pandangan zahir namun
memerlukan kepada kepercayaan melalui keimanan terhadapnya.

Dalam pada itu, terdapat juga dalil yang menggambarkan tentang sifat malaikat yang
tunduk patuh dan sujud kepada Allah SWT sebagaimana makhlukNya yang lain. Hal ini
bertepatan dengan asal penciptaan malaikat yang diciptakan daripada cahaya dimana ianya
melambangkan sifat mulia yang terdapat dalam diri malaikat kerana taat kepada penciptanya
yang agung iaitu Allah SWT. Pembuktian mengenai hal ini dapat kita lihat melalui surah An
Nahl ayat 49:

ٍۢ ِِ
‫ض ِمن َدآبٍَّة َوٱلج َملَٓئِ َكةُ َوُه جم َل يَ جستَكِجِبُو َن‬ ِ ‫ٱلسم و‬
ِ ‫ت َوَما ِِف جٱْل جَر‬ ِ
َ َ َّ ‫و َّلل يَ جس ُج ُد َما ِف‬

(Surah an-Nahl 16:49)

Maksudnya:

Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-
makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku
sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa malaikat antara makhluk Allah yang turut tunduk dan
patuh kepadaNya malah mereka tidak bersikap sombong untuk melakukan ketaatan kepada
Allah walaupun mereka bebas daripada perhitungan segala amalan serta para malaikat ini juga
dikatakan tidak turun ke bumi sebagaimana arahan Allah SWT ke atas mereka kecuali dengan
izin dan kehendakNya sahaja untuk melaksanakan sedemikian. Hal ini membuktikan kepada
kita bahawa ketundukan dan kepatuhan malaikat terhadap penciptaNya yang begitu tinggi.
Oleh hal yang demikian, surah al-Hijr ayat 8 telah membuktikan tentang hal tersebut
sepertimana firman Allah SWT:
ۤ
ِ ِ ِ َِّ
‫ما نُنَ ِِّزُل الج َمل ِٕى َكةَ ال ِب جْلَ ِّق َوَما َكانُجٓوا اذًا ُّمجنظَريج َن‬
ِ

( Surah Al-Hijr 15:8)

Maksudnya:

Kami tidak menurunkan malaikat melainkan dengan kebenaran (untuk membawa azab) dan
mereka ketika itu tidak diberikan penangguhan.

Di samping itu, al-Quran turut menyebut tentang nama-nama sebahagian malaikat serta
tugas-tugas mereka dan kebesaran penciptaan mereka oleh Allah SWT seperti malaikat Jibril,
Mikail dan malaikat maut. Bagi para malaikat, mereka dikatakan tidak mempunyai permulaan
dan pengakhiran melainkan dengan kehendak Allah. Dalam surah An-Naba’ ayat 38 telah
dinyatakan bahawa para malaikat ini mempunyai kebesaran tentang penciptaan mereka dimana
mereka bersedia untuk menerima perintah Allah.

‫ص َو ًًّۭاِب‬
َ ‫ال‬ َّ ُ‫ص ًّۭف َّال يَتَ َكلَّ ُمو َن إَِّل َم جن أ َِذ َن لَه‬
َ َ‫ٱلر جْحَ ُن َوق‬ ِ
َ ُ‫وح َوٱلج َملَٓئ َكة‬
ُ ‫ٱلر‬
ُّ ‫وم‬
ُ ‫يَ جوَم يَ ُق‬

(Surah an-Naba’ 78: 38)

Maksudnya:

(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf
(menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan)
melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata
benar.
DALIL TENTANG JIN

Jin merupakan sebahagian daripada ciptaan Allah yang memiliki keupayaan dalam dirinya
untuk merasai kebebasan dan berdikari. Demikian sifat kebebasan yang wujud dalam diri
mereka, maka keinginan untuk memilih jalan yang betul atau salah serta benar mahupun batil
dilihat sebagai satu kebebasan bagi mereka untuk memilih jalan yang diingini. Pembuktian
dalil mengenai hal ini dapat dibuktikan dalam surah al-Jin ayat 11:

ۙ ۤ
‫ك ُكنَّا طََرا ِٕى َق قِ َد ًدا‬ ِ ِ ‫َّواَ ََّّن ِمنَّا‬
َ ‫الصل ُح جو َن َوِمنَّا ُد جو َن ذل‬
ِّ

(Surah al-Jin 72 :11)

Maksudnya:

Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada yang soleh dan ada (pula) sebalikannya. Kami
menempuh jalan yang berbeza-beza.

Seterusnya, terdapat dalil yang menunjukkan bukti bahawa manusia pernah


berkomunikasi dengan jin dengan cara berdialog dengan mereka. Hal ini dapat kita lihat
melalui sebuah kisah dimana Nabi Muhammad SAW telah didatangi oleh sekumpulan jin lalu
mereka berhajat kepada baginda untuk memperdengarkan ayat-ayat al-Quran. Namun
demikian, mereka iaitu jin terlebih dahulu telah mendengarnya sebelum bertemu dengan
baginda. Oleh hal yang demikian, Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan oleh Allah SWT
untuk menceritakan kisah tersebut kepada umatnya. Rentetan daripada itu juga, Imam Bukhari
telah meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi tidak memperdengarkan kepada
golongan jin mengenai ayat-ayat al-Quran dan juga tidak melihat mereka. Hal ini turut
dibuktikan dengan dalil yang kukuh melalui surah al-Ahqaf ayat 29:

‫ض َي َولَّ جوا اِٰل قَ جوِم ِه جم ُّمجن ِذ ِريج َن‬


ِ ُ‫صتُوا فَلَ َّما ق‬
ِ ِ ِ
َ ‫ك نَ َفًرا ِّم َن ا جْل ِِّن يَ جستَ ِمعُ جو َن الج ُق جرا َن فَلَ َّما َح‬
‫ض ُرجوهُ قَالُجٓوا اَنج ج‬
ِ
َ ‫صَرفج نَآ الَجي‬
ِ
َ ‫َوا جذ‬

(Surah al-Ahqaf 46: 29)

Maksudnya:

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu
(wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya,
berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya
(menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

Jin juga telah diciptakan lebih awal berbanding manusia dimana kewujudannya sebelum
Adam A.S. Namun demikian, selepas penciptaan Adam A.S, Allah SWT telah memerintahkan
kepada malaikat untuk sujud dan memberi penghormatan kepada Adam. Perintah yang
diberikan oleh Allah SWT ini dituruti oleh para malaikat sebagai tanda ketaatan mereka kepada
pencipta. Adapun bagi makhluk Allah yang bernama syaitan mereka enggan untuk melakukan
sedemikian. Dalil mengenai penciptaan jin sebelum manusia ini dapat dibuktikan dalam surah
al-Hijr ayat 27:
ۤ
‫الس ُم جوِم‬
َّ ‫َوا جْلَا َّن َخلَ جقنهُ ِم جن قَ جب ُل ِم جن ََّّن ِر‬

(Surah al-Hijr 15: 27)

Maksudnya:

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

Tambahan lagi, pembuktian dalil mengenai jin juga dapat kita lihat di dalam al-Quran
dimana para penafsir telah menjelaskan mengenai jin dan juga keadaan sosial mereka yang
dicipatakan sebagai makhluk yang memikul tanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada
Allah SWT yang turut merupakan kewajipan makhluk Allah yang bernama manusia (Tabari,
2001). Oleh hal yang demikian, penciptaan jin oleh Allah tidak dapat dinafikan tujuannya
adalah untuk beribadah kepada Allah sebagai tanda ketaatan kepadaNya. Hal ini dapat dilihat
pembuktiannya mengenai melalui surah al-Zariyat ayat 56:

‫س اَِّل لِيَ جعبُ ُد جو ِن‬ ِ ِ ‫وما خلَ جق‬


َ ‫ت ا جْل َّن َو جالنج‬
ُ َ ََ

(Surah al-Zariyat 51:56)

Maksudnya:

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
DALIL TENTANG SYAITAN

Perkataan iblis atau dalam erti kata yang lain ialah syaitan ditemui di dalam al-Quran
sebanyak 11 kali dalam bentuk yang tunggal. Hal ini menunjukkan bahawa syaitan ialah
makhluk yang turut diceritakan mengenai perihalnya oleh Allah SWT di dalam kitabNya.
Pelbagai gambaran dalam menjelaskan tentang syaitan kepada makhluk bernama manusia agar
mereka mengambil pengajaran daripada sikap syaitan. Syaitan turut dikatakan bahawa
permusuhan mereka ini iaitu antara manusia dan syaitan bermula daripada kebencian syaitan
terhadap Nabi Adam A.S yang semakin membara apabila permintaan mereka agar diberi
peluang untuk hidup sehingga hari kiamat tidak ditunaikan oleh Allah SWT. Rentetan daripada
itu, syaitan dan sekutunya telah bersumpah untuk menipu hambaNya agar mereka mengikuti
jejak mereka yang sesat (Shibab, 2002). Hal ini dapat kita lihat melalui surah al-Baqarah ayat
36:

ٍ ‫ض ُك جم لِبَ جع‬
ِ ‫ض َع ُدو َولَ ُك جم ِِف جالَجر‬ ِ ِ َ ‫فَاَزََّّلما الشَّيطن عنج ها فَاَخرجهما ِِمَّا َك‬
ٌ‫ض ُم جستَ َقر َّوَمتَاع‬ ُ ‫اَّن فجيه ۖ َوقُلجنَا جاهبِطُجوا بَ جع‬ َ ُ َ َ ‫َ َُ ج ُ َ َ ج‬
ٍ ‫اِٰل ِح ج‬
‫ي‬

(Surah al-Baqarah 2:36)

Maksudnya:

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan
mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman:
"Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi
kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu
masa (mati)".

Dalam ayat ini dijelaskan bahawa Adam dan syaitan telah diperintahkan oleh Allah untuk turun
ke bumi dan memberikan peringatan kepada Adam bahawa syaitan itu ialah musuh yang
berbahaya. Hal ini demikian kerana, permulaan permusuhan syaitan kepada Adam disebabkan
oleh sifat kedengkian mereka atas segala nikmat dan kelebihan yang dikurniakan kepada Adam
A.S (Al-Razi, 1981).

Selain itu, al-Quran turut menjelaskan mengenai syaitan bahawa mereka akan terus
berusaha untuk menyesatkan umat manusia daripada jalan kebenaran dan menentang segala
kebaikan yang ingin dilaksanakan oleh keturunan Adam A.S. Hal ini kerana, perjanjian syaitan
dengan Allah SWT untuk berbuat sedemikian sehingga hari kiamat agar manusia turut
tergolong dalam neraka Allah bersama sekutu mereka. Tambahan lagi, syaitan ini dikatakan
sebagai musuh yang nyata bagi manusia dimana mereka telah menyediakan rancangan jahat
untuk memperdayakan keturunan Adam A.S. Demikian itu juga, terdapat hikmah tentang
penciptaan syaitan dalam kehidupan manusia dimana ianya dapat dijadikan sebagai ujian
kepada mereka agar berusaha melawan godaan syaitan untuk mencapai kedudukan yang tinggi
di sisi Allah SWT dan sentiasa untuk memohon perlindungan daripadaNya. Dalam pada itu
juga, ianya dapat meningkatkan ketakutan kepada Allah SWT serta berusaha memohon
perlindunganNya. Justeru itu, kita dapat lihat tentang syaitan yang disifatkan sebagai musuh
yang nyata bagi manusia dalam surah Yusuf ayat 5:

ِ ‫ك َكي ًدا اِ َّن الشَّيطن لِ جِْلنجس‬


ٌ‫ان َع ُدو ُّمبِ ج‬
‫ي‬ ِ َ ِ‫ال ي بَن َل تَ جقصص رءَي َك علٓى اِخوت‬
َ َ ‫ج‬ ‫ك فَيَكجي ُد جوا لَ َ ج‬ َ ‫ُ ج ُجَ َ ج‬ ََّ ُ َ َ‫ق‬

(Surah Yusuf 12:5)

Maksudnya:

" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku
khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan
adalah musuh yang nyata bagi manusia”.

Seterusnya, dalil lain yang menceritakan tentang perihal syaitan ialah mereka juga
mempunyai keupayaan untuk masuk ke dalam tubuh badan manusia dengan pelbagai cara. Hal
ini demikian kerana, syaitan akan terus menganggu manusia dan menguasai jiwa mereka
sehingga mereka lalai daripada mengingati Allah serta memperdaya fikiran untuk mengikuti
hawa nafsu semata-mata. Dalam pada itu juga, manusia yang memiliki keimanan yang tinggi
kepada Allah dan tidak akan mudah untuk tunduk kepada bisikan hawa nafsu seterusnya dapat
dijauhkan daripada syaitan yang sentiasa berusaha untuk menguasai diri manusia. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas pembuktian dalam surah an-Nisa ayat 76:
ۤ
‫ت فَ َقاتِلُجٓوا اَجولِيَاءَ الشجَّيط ِن اِ َّن َكجي َد‬
ِ ‫اۗالَّ ِذين امنُوا ي َقاتِلُو َن ِِف سبِي ِل اللِ والَّ ِذين َك َفروا ي َقاتِلُو َن ِِف سبِي ِل الطَّاغُو‬
‫ج‬ ‫َ ج َ َ ج ُ ج ج َ ج ِّ َ ج َ ُ ج ُ ج ج َ ج‬
‫ضعِجي ًفا‬
َ ‫الشجَّيط ِن َكا َن‬

(Surah an-Nisa 5:76)


Maksudnya:

Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di
jalan thaghut, maka perangilah kawan-kawan syaitan itu, (karena) sesungguhnya tipu daya
syaitan itu lemah.

CIRI-CIRI MALAIKAT, JIN DAN SYAITAN

1) MALAIKAT

Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqolani, beliau mengatakan bahawa beriman kepada
malaikat ialah salah satu cara untuk membenarkan akan kewujudannya. Malaikat merupakan
makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya. Dalam pada itu juga, pembuktian
tentang penciptaan malaikat daripada cahaya turut dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat
Muslim (Sheikh Mustafa, 2003). Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW telah menjawab
persoalan tentang penciptaan malaikat dimana Baginda bersabda: “Malaikat diciptakan
daripada nur, Jin dicipta daripada api, sedangkan Adam diciptakan dari bahan yang telah
kamu ketahui ”.

Selain itu, ciri malaikat yang lain ialah mereka merupakan makhluk yang tidak
mempunyai jantina sebagaimana manusia, jin dan syaitan. Penciptaannya yang istimewa
menunjukkan bahawa ianya berbeza dengan makhluk Allah yang lain. Terdapat beberapa ayat
al-Quran yang menafikan bahawa malaikat itu mempunyai jantina sebagaimana yang
disebutkan di dalam surah az-Zukhruf ayat 19:

Maksudnya: Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah
Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat
itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta
akan menerima balasannya).

Ayat di atas menunjukkan tentang penafian bahawa malaikat itu mempunyai jantina. Oleh hal
yang demikian, bagi mereka yang menyifatkan ciri malaikat sedemikian iaitu mempunyai
jantina, maka mereka akan menerima balasan yang setimpal atas setiap perkara yang mereka
nafikan tentang kebenaran yang diciptakan Allah SWT. Hal ini membuktikan bahawa manusia
perlu meyakini setiap ciptaan Allah memiliki ciri-ciri dan keistimewaan tertentu bagi
menunjukkan kebesaranNya dan kekuasaanNya.
Seterusnya, para ulama berpendapat bahawa malaikat juga tidak makan, tidak minum dan
tidak memiliki pasangan kerana sifat mereka yang tidak mempunyai hawa nafsu seperti
manusia dan jin (Imam Fakhrurazi, Sheikh Mustafa, 2003). Hal ini telah dibuktikan oleh Allah
SWT melalui firmanNya mengenai sifat malaikat yang tidak makan dan tidak minum di dalam
surah az-Zariyat ayat 27 dan 28:

28 ‫ف َوبَش َُّرجوهُ بِغُل ٍم َعلِجيم‬


‫س ِمجن ُه جم ِخجي َفةً قَالُجوا َل ََتَ ج‬ َ َ‫فَ َقَّربَه اِلَجي ِه جم ق‬
َ ‫ فَاَجو َج‬27‫ال اََل ََتج ُكلُ جون‬
(Surah az-Zariyat 51: 27:28)

Maksudnya:

Lalu dihidangkannya kepada mereka (tetapi mereka tidak mahu makan). Ibrahim berkata,
“Mengapa tidak kamu makan.” Maka dia (Ibrahim) merasa takut terhadap mereka. Mereka
berkata, “Janganlah kamu takut,” dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan
(kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak)

Bagi menelusuri dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri malaikat, mereka juga dikatakan
mempunyai sayap sebagaimana yang disebutkan di dalam Fatir ayat 1 yang bermaksud “Segala
puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-
utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang
diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu”.

2) JIN

Jin ialah makhluk yang turut berada di alam ghaib dimana kewujudannya terlindung
daripada pandangan mata kasar manusia. Namun demikian, disebabkan oleh manusia dan jin
terpisah dari dua alam yang berbeza, menyebabkan ada sesetengah manusia yang tidak
mempercayai akan kewujudannya. Kata Syeikh Muhammad Rasyid Rida, jin ialah makhluk
yang tinggal di alam ghaib dan kita tidak mengetahui akan kewujudannya kecuali dengan
adanya nas yang menjelaskannya (Abdul Jawad, 2018). Terdapat satu surah khusus yang
diturunkan oleh Allah SWT bagi menceritakan tentang jin iaitu surah al-Jin dimana pada suatu
hari satu rombongan jin telah terdengar ayat al-Quran yang dibacakan oleh Nabi Muhammad
SAW berdasarkan surah Al-Jinn ayat 1:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa


sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu
mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah
mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh
menakjubkan!

Ciri pertama makhluk yang bernama jin ini ialah mereka merupakan suatu makhluk yang
terdiri daripada golongan yang baik dan terdapat juga golongan yang tidak baik serta kufur
terhadap Allah SWT sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Jin ayat 14 yang bermaksud
“Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita
golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan)
menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan
taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang
benar.

Di samping itu, bangsa jin juga dikatakan seperti manusia iaitu mempunyai pelbagai
akidah atau kepercayaan dalam kalangan mereka seperti Islam, Yahudi, Nasrani dan ada yang
turut tidak menganut apa-apa agama. Mereka juga merupakan antara makluk yang perlu
melaksanakan kewajipan untuk beriman kepada Allah SWT. Ibnu Abdil Bar menyatakan
jumhur ulama telah bersepakat bahawa jin juga turut dikenakan taklif dan mendapat perintah
untuk beribadah kepada Allah.

Selain itu, ciri lain bagi jin ialah mereka turut makan dan minum. Hal ini telah dibuktikan
dalam kebanyakan hadis sahih yang menerangkan tentang jin ini turut makan dan minum
(Wahid, 2012). Dalam sahih Bukhari, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan bahawa: Abu
Hurairah pernah membawakan bekas air untuk Rasulullah berwuduk. Kemudian Rasulullah
bertanya, “Siapa?”. Abu Hurairah menjawab “Abu Hurairah”. Baginda pun berkata
kepadanya “Tolong carikan aku batu untuk bersuci, dan jangan kamu mengambil tulang atau
kotoran haiwan.” Lalu saya membawa batu yang dibawa di atas pakaian saya. Kemudian saya
meletakkannya di samping Rasulullah. Setelah itu saya pun berlalu pergi. Setelah baginda
selesai daripada keperluannya, saya berjalan bersama baginda. Lalu saya bertanya “Ada apa
dengan tulang dan kotoran haiwan?”. Baginda berkata “Kedua-duanya ialah makanan jin”.
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ciri-ciri manusia itu terdapat pada jin iaitu makan dan
juga minum. Hal ini yang dikatakan bahawa jin

3) Syaitan

Syaitan merupakan makhluk yang diciptakan daripada api namun mereka juga dapat
wujud dalam diri manusia dan juga jin. Bagi jin yang kafir serta selalu melakukan kejahatan
maka ia dikatakan daripada golongan syaitan dan bagi manusia yang kufur akan perintah Allah
serta menghasut manusia lain untuk melakukan kejahatan turut dinamakan sebagai syaitan
berdasarkan dalil dalam surah an-Nur ayat 21:
ۤ
‫ت الشجَّيط ِن فَاِنَّهٖ ََيجُم ُر ِِبلج َف جح َشا ِء َوالج ُمجن َك ِر َولَجوَل‬ ِ ‫ت الشَّيط ِن ومن يَّتَّبِع خطُو‬
ُ ‫ج ََ ج ج‬
ِ ‫۞ َٓيَيُّها الَّ ِذين امنُوا َل تَتَّبِعوا خطُو‬
ُ ‫ُج‬ ‫َ جَ َ ج‬
ۤ ِ ۙ ٍ
‫اللُ ََِسجي ٌع َعلِجي ٌم‬ ِ
ِّ ‫اللَ يَُزِّك جي َم جن يَّ َشاءُ َو‬
ِ ِ ِ ‫ضل‬
ِّ ‫الل َعلَجي ُك جم َوَر جْحَتُهٖ َما َزكى مجن ُك جم ِّم جن اَ َحد اَبَ ًدا َّولك َّن‬
ِّ ُ ‫فَ ج‬

(Surah an-Nur 24:21)

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan.


Barangsiapa mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya dia (setan) menyuruh
mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan karena kurnia Allah dan rahmat-
Nya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan
mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan
Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Dalam ayat ini dijelaskan bahawa sifat syaitan itu ialah sifat yang keji kerana selalu melakukan
kemungkaran. Setiap orang yang beriman akan diuji dengan bisikan syaitan yang sentiasa
mengajak manusia untuk menuruti keinginan hawa nafsu dan menyuruh untuk berbuat
kejahatan. Namun demikian, bagi mereka yang memiliki keimanan yang teguh dan sentiasa
mengukuhkan hubungan dengan Allah, maka mereka tidak akan mudah untuk terpengaruh
dengan godaan syaitan. Oleh hal yang demikian, manusia perlulah sentiasa berwaspada dan
tidak mengikuti jejak langkah syaitan kerana ianya akan mengundang kebinasaan suatu hari
kelak.

Ciri-ciri syaitan juga mereka akan mengelirukan manusia untuk memilih jalan yang
benar mahupun dusta. Mereka akan menyuarakan bisikan ke dalam hati manusia agar manusia
mendengar akan hasutannya lalu mengikuti apa yang dilakukannya. Menurut Ibnul Qayyim,
makna asal perkataan bisikan ialah gerakan atau suara tersembunyi yang tidak dirasakan
sehingga seseorang berusaha untuk menjaga dirinya supaya tidak terjerumus kepadanya.
Bisikan ialah menyampaikan sesuatu yang tersembunyi di dalam diri samada dengan suara
berbisik yang hanya didengar oleh orang yang mengucapkannya mahupun tanpa suara seperti
bisikan syaitan yang mengganggu manusia dan menghasut mereka ke arah kejahatan. Oleh hal
yang demikian, manusia perlu sentiasa berwaspada dengan peringatan Allah SWT mengenai
syaitan yang akan sentiasa mencari pelbagai cara agar manusia jauh dariapada Allah. Dalam
pada itu, syaitan turut dikatakan dapat memasuki tubuh badan manusia melalui aliran darah
kerana mereka merupakan makhluk halus yang mudah untuk menyerap masuk ke dalam badan
manusia terutamanya mereka yang berada dalam keadaan lalai dalam mengingati Allah
sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat al-Bukhari:

ِ ‫إِ َّن الشَّيطَا َن ََي ِري ِمن ا ِإلنجس‬


‫ان َجَمَرى الدَِّم‬ َ َ ‫ج‬ ‫ج‬

Riwayat al-Bukhari (2038)

Maksudnya:

“Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak manusia seperti jalannya darah pada peredarannya”.

Penjelasan lain mengenai ciri-ciri syaitan ialah mereka akan menghalang manusia
daripada melakukan kebaikan dan mengganggu hati manusia sehingga timbul penyakit hati
yang dinamakan sebagai wahn iaitu cinta akan dunia sehingga lupa untuk melaksanakan
tuntutan sebagai seorang Muslim. Selain itu, syaitan juga akan menimbulkan perasaan was-
was kepada manusia dengan membisikkan ke dalam hati mereka sehingga manusia itu
terpedaya dengan segala hasutannya. Keangkuhan Iblis yang tidak patuh kepada perintah Allah
untuk sujud kepada Nabi Adam A.S telah mengundang kemurkaan Allah padanya. Oleh hal
yng demikian, mereka telah berjanji kepada Allah SWT untuk menyesatkan seluruh keturunan
manusia sehingga hari kiamat. Hal ini telah dikisahkan melalui surah al-Kahfi ayat 50:
ۤ
ِ ‫واِ جذ قُ جلنَا لِجلمل ِٕى َك ِة اسج ُدوا ِلدم فَسج ُدٓوا اَِّلٓ اِبلِيس َكا َن ِمن ا جْلِ ِن فَ َفسق عن اَم ِر ربِهٖۗ اَفَتَ ت‬
ۗٓ ٖ‫َّخ ُذ جونَهٖ َوذُِِّريَّتَه‬ َِّ ‫َ ِّ َ َ َ ج ج‬ َ ‫ج ُ ج ََ َ َ ج ج ج‬ َ َ
‫ي بَ َدًل‬ ِ ِ ِ ‫اَولِي ۤاء ِمن دوِن وهم لَ ُكم ع ُدو بِجئ‬
َ ‫س للظِّلم ج‬
َ َ ‫ج َ َ ج ُج ج َ ُ ج ج‬

(Surah al-Kahf 18:50)

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!”
Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Dia adalah dari (golongan) jin, maka dia mendurhakai
perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin
selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah (Iblis itu) sebagai pengganti
(Allah) bagi orang yang zalim.
KESIMPULAN

Konklusinya, kepercayaan terhadap makhluk Allah yang tinggal di alam ghaib seperti
malaikat, jin dan syaitan merupakan satu kewajipan ke atas setiap mukmin. Setiap makhluk
ghaib yang diciptakan oleh Allah SWT memiliki keistimewaan dan kelebihan tertentu agar
manusia mempercayai akan kewujudannya. Malaikat merupakan makhluk yang sentiasa taat
akan perintah Allah dan tidak akan mengingkariNya. Adapun jin pula dikategorikan kepada
dua kategori iaitu jin mukmin dan jin yang kafir dimana jin mukmin ini ialah jin yang mentaati
perintah Allah dan jin kafir ialah jin yang menolak untuk beriman kepada Allah malah mereka
berusaha untuk melakukan kejahatan di atas dunia. Bagi syaitan pula, mereka tidak akan
berputus asa untuk terus menghasut manusia agar berada dalam jalan kekufuran dan lalai
daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Hal ini membuktikan bahawa syaitan
merupakan musuh Allah yang nyata sehingga hari kiamat. Demikian itu, manusia perlulah
meneguhkan keimanannya kepada Allah SWT agar tidak tergolong bersama mereka yang
mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya, kesemua perkara ghaib yang dibincangkan ini
adalah untuk menguji manusia samada mereka benar-benar beriman kepada Allah atau
sebaliknya.
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Allie, E. (2021). The World of The Jinn and Shaytaan according to Islamic Scholars.

Aparicio, M. C. (2020). MALĀ’IKA OR ANGELS IN ISLAM. Dei Facto: Prospectus Divini


in Oculo Hominis, 2020(Herfst), 10-11.

Alwan, L. F. A. K. (2022). The character of Satan and its representations in the theatrical text.
Journal of Nabo, 31(40).

Elmi, G. (2019). Ahmad Ghazali’s Satan. HTS Teologiese Studies/Theological Studies, 75(3).

Makhmoor, T. The Jinn: Islamic view about them.

meelad Dabaj, S. (2022). The Fellowship of Satan (The Devil) in The Glorious Quran (An
Objective Study). Iklīl for Humanities Studies, 3(4 2‫) ج‬

Sakat, A. A., Masruri, M., Dakir, J., & Abdullah, W. N. W. (2015). The jinn, devil and Satan:
A review on Qur’anic concept. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(5), 540.

‫ حممود علي‬.‫د‬/‫ شياطي اْلن ِف العهد النبوي إعداد‬.(2022) .‫ & حممود علي عبد هلْل‬.,‫ ا‬.‫ ع‬.‫ ع‬.‫ م‬,‫علي‬

,‫ َم لة کلية اللغة العربية أبس يوط‬.‫عبد هلْل علي مدرس التاريخ واْلضارة اإلساملية جامعة األزهر أسيوط‬

813 ,(1)41

‫ َملة اْلامعة اإلساملية للدراسات اإلساملية‬.‫ املالئكة بي الوحي والفلسفة والعلم‬.(2021 ) .‫حسن نصر بظاظو‬

.)29( (,‫حديث‬-‫تفسي‬-‫)عقيدة‬

‫ الفرائد ِف‬.‫ عالقة اْلن ِبإلنس ِف ضوء القرآن الکرمي‬.(2018) .‫ & هنيدي هنيدی‬.,‫ ه‬.‫ ه‬,‫عبد اْلواد‬

305- 358‫البحوث اإلساملية والعربية‬

You might also like