Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak,

78300 Masjid Tanah,


Melaka.
Tel : 06-3844394 Faks: 06-3844391
E-mel: mba 0009@pd.jaring.my

_____________________________________________________________________________________
Catatan Minit
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN TAHUN 2015

Tarikh : 7 Mei 2015


Hari : Khamis
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPB
Kehadiran :
1. En.Sisnoto Bin santar (Guru Besar)
2. Pn.Asmah Binti Mat Sari (GPK HEM)
3. En.Muhammad Shafeq Bin Taib
4. En.Arfan Bin Abdul Aziz (Kaunselor)
5. Pn.Anisah
6. En.Husin (Wakil Pengawal Keselamatan SKPB)

Tidak hadir :
1. En.Hanafiah Bin Mohd Halil

AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI ( GURU BESAR )

1.1. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada yang berkesempatan hadir.
1.2. Membincangkan isu yang berlaku sejak kebelakangan ini iaitu isu
pembuangan “coli”(baju dalam wanita) di kawasan sekolah. Sudah beberapa
kali perkara ini berlaku namun ia masih dalam kawalan pihak sekolah.
1.3. Kes kedua mengenai isu pagar sekolah di belakang makmal komputer telah
dipotong. Pihak sekolah telah mengambil tindakan memasang semula pagar
tersebut dengan bantuan pekerja swasta sekolah. Tiada sebarang kecurian
dilaporkan.
1.4. Pada hari Rabu bersamaan 6 Mei 2015 jam 6.00 pagi,sekolah telah diceroboh
masuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Pihak keselamatan telah
terserempak suspek semasa membuat rondaan. Suspek berjaya melarikan
diri ke kawasan semak di hujung padang sekolah. Didapati pagar sekolah
telah rosak akibat rengkuhan daripada suspek untuk melarikan diri.
1.5. Pihak sekolah telah memaklumkan pada pihak pegawai perhubungan sekolah
iaitu Koperal Salleh dari Balai Polis Masjid Tanah. Beliau akan dating ke
sekolah untuk memantau tempat kejadian dan mendapatkan maklumat
lanjut dari pihak keselamatan sekolah.
1.6. Tumpuan kini pada murid yang dating ke sekolah awal pagi sekitar jam 6.00
hingga 6.30 pagi. Murid-murid tersebut akan menulis nama,kelas dan waktu
tiba di sekolah di buku catatan. Mereka akan ditempatkan di kantin sehingga

~1~
jam 6.45 pagi. Pagar bangunan blok A,B dan C akan dibuka pada jam 6.45
pagi.
1.7. Cadangan untuk memasang pagar duri (gelung) di setiap pagar sekolah.
Bertujuan untuk mengelakkan kejadian ini berulang.
1.8. Pengawal keselamatan telah diberi taklimat mengenai perkara ini dan telah
member kerjasama yang baik dengan pihak sekolah.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT


2.1 Mencadang : Encik Muhammad Shafeq Bin Taib
2.2 Mengesahkan : Encik Muhammad Arfan bin Abd Aziz

3. BANGKITAN MINIT

Tiada bangkitan minit.

4. HAL-HAL LAIN

4.1 PUAN ASMAH BINTI MAT SARI (GPK HEM)


4.1.1 Puan Asmah akan memaklumkan kepada murid di tapak
perhimpunan mengenai isu ini.
4.1.2 Murid akan dimaklumkan agar sentiasa berhati-hati semasa dan
pulang dari sekolah.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------------------- -------------------------------------------
( EN.MUHAMMAD SHAFEQ BIN TAIB ) (EN SISNOTO BIN SANTAR)
Ketua Bahagian Keselamatan SKPB Guru Besar
SK Pengkalan Balak SK Pengkalan Balak

~2~

You might also like