Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LATIHAN SYARIKAT BERHAD

1. Harmoni Bhd. mempunyai syer dibenarkan, 1,000,000 syer ekuiti, nilai RM1.00 sesyer
dan 50,000 syer keutamaan 10% nilai RM10.00 sesyer. Baki akuan ekuiti PSB pada 31
Disember 2013 adalah seperti berikut:

Item RM

Syer ekuiti (350,000 unit) 350,000

Syer keutamaan 10% (20,000 unit) 200,000

Premium syer ekuiti 175,000

Premium syer keutamaan 20,000

Perolehan tertahan 150,000

Berikut adalah urusniaga dalam tahun 2014:

10 Januari Menerbitkan 20,000 unit syer ekuiti pada RM1.20 sesyer.

20 Mac Mengisytihar dividen tunai RM30,000.

20 Mei Membayar dividen tunai yang diisytihar pada 20 Mac.

19 Oktober Menerbitkan 10,000 unit syer keutamaan 10% pada harga RM11.50
sesyer.

31 Disember Untung bersih tahun semasa RM100,000 dipindahkan sebagai untung


tertahan, tiada dividen diisytiharkan.

Dikehendaki:
i) Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga di atas.
ii) Tunjukkan bahagian ekuiti dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31
Disember 2014
iii) Berikan tiga perbezaan antara modal syer ekuiti dan modal syer keutamaan.

2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan modal saham dibenarkan.


(b) Nyatakan dua kelebihan pemegang saham keutamaan boleh tebus berbanding
dengan pemegang saham biasa.
(c) Syarikat Abi Berhad mempunyai modal saham berdaftar RM7,750,000 yang
terdiri daripada 2,500,000 unit saham biasa bernilai par RM2.50 dan 500,000 unit
saham keutamaan 10% pada nilai par RM3.00 sesaham.

Aset bersih syarikat itu dibiayai oleh yang berikut:


Ekuiti dan liabiliti RM
250,000 modal saham keutamaan 10% nilai RM3.00 sesaham 750,000
800,000 modal saham biasa pada nilai par RM2.50 sesaham 2,000,000
Rizab 380,000
Debentur 6% 300,000

Maklumat tambahan:
(1) Rizab terdiri daripada pendapatan tertahan yang berjumlah RM290,000,
manakala bakinya merupakan premium saham.
(2) Lembaga Pengarah telah mengambil keputusan untuk menyusun semula
struktur modal syarikat. Bagi tujuan tersebut, terbitan hak pada kadar
satu unit saham biasa yang baharu bagi setiap empat unit saham biasa
yang dipegang telah diterbitkan pada harga RM3.00 sesaham. Semua
terbitan hak telah dilanggan dan dibayar sepenuhnya.
(3) Selain terbitan hak, syarikat juga telah melaksanakan terbitan bonus
pada kadar lima unit saham baharu bagi setiap seratus unit saham biasa
yang dipegang selepas terbitan hak, Terbitan bonus dilaksanakan
dengan menggunakan rizab modal.
(4) Debentur 6% telah ditebus pada nilai par. Bayaran penuh beserta faedah
telah dilangsaikan pada tarikh penebusan.

Dikehendaki:
i) Sediakan catatan jurnal bagi merekod semua urus niaga Syarikat Abi
Berhad
ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik Syarikat Abi Berhad selepas mengambil
kira semua urus niaga di atas
[STPM P3 2014(2)]

3. (a) Jelaskan yang berikut:


(i) Saham keutamaan boleh tebus
(ii) Saham keutamaan boleh tukar
(iii) Dua fungsi rizab modal
(iv) Dua fungsi rizab hasil

1
(b) Bahagian ekuiti pemilik di Penyeata Kedudukan Kewangan Syarikat Pasak Bumi
Berhad pada 31 Ogos 2013 adalah seperti berikut:

50,000 unit saham keutamaan 7% pada nilai par RM30 sesaham 1,500,000
1,400,000 unit saham biasa pada nilai par RM2 sesaham 2,800,000
4,300,000
Modal saham diterbitkan dan dibayar penuh
3,500 unit saham keutamaan 7% pada nilai par RM30 sesaham 105,000
800,000 unit saham biasa pada nilai par RM2 sesaham 1,600,000
Premium saham 455,000
Pendapatan Tertahan 300,500
Jumlah Ekuiti 2,460,500

Urusniaga yang berlaku sepanjang tempoh perakaunan yang berakhir pada 31


Ogos 2014 adalah seperti yang berikut:

Tarikh Urus niaga

1 Jan Menerbitkan 150,000 unit saham biasa pada harga RM5 sesaham.
Semua terbitan saham ini telah dilanggan dan dibayar penuh

28 Feb Mengisytiharkan dan membayar dividen interim kepada pemegang


saham keutamaan 3% dan dividen kepada pemegang saham biasa
ialah RM0.03 sesaham

3 Mac Menerbitkan 5,000 saham keutamaan pada nilai par. Semua


terbitan saham ini dilanggan dan dibayar penuh

1 Julai Mengisytiharkan dan menerbitkan bonus saham biasa, iaitu pada


kadar 4:1

31 Julai Terbitan hak pada kadar 10:1 dengan harga RM2,50 sesaham

Dikehendaki:
Sediakan catatan jurnal bagi merekod urus niaga di atas.
[STPM 2014 Ulangan 3 (3)]

4. AKTA SYARIKAT 2016


a) Berikan dua perbezaan antara dividen syer ekuiti dengan dividen syer
keutamaan.

b) Petikan penyata kedudukan kewangan bagi Syarikat Pudina Puri Berhad pada
31 Disember 2017 adalah seperti yang berikut:

2
Syarikat Pudina Puri Berhad
Penyata kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

Modal saham diterbitkan dan berbayar penuh: RM


15,000 unit syer keutamaan kumulatif 6% 525,000
250,000 unit syer ekuiti 2,500,000

Pendapatan tertahan 700,000


Jumlah ekuiti 3,725,000

Urus niaga yang melibatkan modal saham Syarikat Pudina Puri Berhad di
sepanjang tahun 2018 adalah seperti yang berikut:

12 Januari Menerbitkan 5,000 unit syer keutamaan kumulatif 6% untuk


mendapatkan tanah yang mempunyai nilai pasaran
RM250,000.

1 Mac Menerbitkan 65,000 unit syer ekuiti pada harga RM13.00


sesaham secara tunai.

30 Jun Mengisytiharkan terbitan hak pada kadar 10:1 kepada


pemegang syer ekuiti sedia ada pada harga RM12.00
sesaham.

11 September Pemegang syer ekuiti melaksanakan terbitan hak.

11 Oktober Menerbitkan 4,500 unit syer keutamaan kumulatif 6% pada


harga RM45.00 sesaham secara tunai.

31 Disember Mengisytiharkan dividen tunai kepada semua pemegang


saham syarikat berjumlah RM 180,000. Rekod perniagaan
menunjukkan syarikat itu tidak membayar sebarang dividen
tunai kepada semua pemegang saham untuk tempoh
perniagaan yang berakhir pada 31 Disember 2017.

31 Disember Mengisytiharkan 5% dividen saham untuk syer ekuiti yang


dipegang berdasarkan rekod pada 1 Disember 2018
berharga RM10. Dividen saham akan diagihkan pada 31
Januari 2019.

Pendapatan bersih Syarikat Pudina Puri Berhad bagi tahun kewangan berakhir
pada 31 Disember 2018 ialah RM350,000.
Anda dikehendaki:

3
i. Sediakan catatan jurnal bagi merekod urus niaga di atas. Sila tulis TIADA
jika catatan jurnal tidak diperlukan. [15]
ii. Hitung pengagihan dividen tunai kepada pemegang syer keutamaan dan
pemegang syer ekuiti. [3]

5. Syarikat Belia Baru Berhad telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006 dengan modal saham
keutamaan dibenarkan 500,000 unit pada nilai par RM1.00 sesaham dan saham biasa
dibenarkan 2,000,000 unit pada nilai par RM2.00 sesaham. Bahagian ekuiti pemilik
syarikat yang didedahkan pada 31 Disember 2008 adalah seperti yang berikut:

RM
Saham keutamaan (100,000 unit) 100,000
Saham biasa (400,000 unit) 800,000
Keuntungan tertahan 321,000

Yang berikut adalah urus niaga yang berkaitan dengan saham modal yang berlaku
sepanjang tahun 2009

Tarikh Urus niaga

2 Januari 2009 Menerbitkan saham biasa 70,000 unit pada harga RM2.30
seunit.
Semua terbitan ini telah dilanggan sepenuhnya.

31 Mac 2009 Menerbitkan saham keutamaan 50,000 unit sebagai balasan


tanah yang diperoleh pada nilai pasaran RM79,000

5 Mei 2009 Mengisytiharkan terbitan hak kepada pemegang saham biasa


sedia ada yang memiliki saham sehingga 1 April 2009 dengan
nisbah 5:1

30 Jun 2009 Melaksanakan terbitan hak pada harga RM2.3 seunit. Semua
terbitan hak telah dilanggan sepenuhnya

7 September 2009 Menerbitkan saham keutamaan tambahan 20,000 unit pada


harga pasaran RM1.80 sesaham

31 Disember 2009 Memindahkan pendapatan bersih untuk tahun semasa


sebanyak RM163,800 kepada keuntungan tertahan

31 Disember 2009 Mengistiharkan terbitan bonus saham kepada pemegang


saham biasa yang sedia ada dengan nisbah 5:1 dan pada
harga RM2.20 sesaham

Dikehendaki:

4
(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga di atas.
(ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik syarikat yarg didedahkan dalam Penyata
Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2009.
(iii) Senaraikan tiga hak pemegang saham biasa berbanding dengan pemegang
saham keutamaan. [STPM 2010]

You might also like