Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur ialah kajian yang dilakukan berdasarkan teori-teori yang benar dan
digunapakai dalam bidang berkaitan dengan kajian seperti jurnal, artikel, laman web serta
buku dan kajian surat khabar. Oleh itu, dalam bab ini beberapa teori yang berkaitan dengan
kajian ini akan diutamakan seperti alatan untuk membuat dia sedia ada di pasaran.

Projek Stand Projector Adjustable ini, direka untuk menyelesaikan masalah seperti
masalah mangaturkan kedudukan projektor dan kurang fleksibiliti. Penggunaan Stand
Projector Adjustable untuk memastikan pengguna mengatur kedudukan projektor stabil
semasa proes pemasangan dilakukan.

2.2 KAJIAN PASARAN

PROJEK SEDIA ADA PROJEK YANG DIHASILKAN

Tidak adjustable. Lebih adjustable.


Pergerakan terhad pada satu tempat. Pergerakan yang terhad mengikut jarak
panjang wire extension.
Meja projektor tidak boleh di laras. Tapak Projektor boleh di laras.

Jadual 2.2 Kajian Produk Terdahulu

6
2.3 KAJIAN PERMASALAHAN

Pada awal kajian ini dilakukan adalah mengenalpasti masalah pemasangan projektor
oleh institusi pendidikan , tempat awam dan industri. Maka, perancangan yang teliti
dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut dengan mereka cipta produk mudah diaturkan
kedudukan dan arah projektor yang boleh mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh
pengguna. Hal ini demikian disebabkan terdapat kekurangan dari segi mengaturkan
kedudukan projektor. Oleh itu, terciptalah Stand Projector Adjustable yang berkebolehan
untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna.

2.3.2 Kaedah Pengumpulan Data

Bagi melaksanakan kajian ini,terdapat kaedah pengumpulan data telah dipraktikkan


bagi mendapatkan data-data yang penting untuk peringkat analisis. Antara kaedah
pengumpulan data ialah kaedah soal selidik, pengalaman sendiri dan melayari internet.

2.3.3 Analisis Masalah

Hasil daripada proses pengumpulan data, analisis yang telah dibuat ialah sering
menghadapi masalah untuk mengaturkan kedudukan projektor. Kami juga mendapati terdapat
kesukaran terhadap pengguna untuk melakukan proses pemasangan. Hasil daripada kajian ini
maka terciptalah “Stand Projector Adjustable’’ .

Kami juga mengambil contoh dari produk yang berada di pasaran dan mengubah sedikit
bentuk asal projector stand dengan memperkembangkan idea sedikit projek akhir kami. Ini
dapat menyelesaikan masalah kepada pengguna am kerana dapat memudahkan pengguna
untuk membuat pemasangan semasa menggunakan projektor.

7
2.5 KESIMPULAN

Projek ini dikhaskan pada pengguna am yang berada pada institut pendidikan,tempat
awam dan kilang. Di samping itu, projek ini dibangunkan untuk memudahkan proses
pemasangan dengan cepat oleh pengguna. Selain itu, ia juga dapat menjaga keselamtan
projektor daripada terjatuh semasa melaraskan projektor. Projek ini mampu memudahkan
pengguna untuk mengawal pergerakkan stand projektor mereka dengan mudah dan selamat.
Diharapkan projek ini dapat memudahkan para pengguna dan menjimatkan masa
penggunaan.

You might also like