Screenshot 2021-11-07 at 3.06.00 PM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

SMK DARUL EHSAN

KAJIAN KES GEOGRAFI


TINGKATAN 2
TAHUN 2021

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU


NAMA :
KAD PENGENALAN :
TINGKATAN :
DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT

MERANCANG

MENGAPLIKASI

MEMBUAT REFLEKSI

BERKOMUNIKASI

ETIKA DAN KEROHANIAN

KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan
gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan: ………………………

PERAKUAN GURU : PERAKUAN GKMP :

TANDATANGAN: ……………….. TANDATANGAN…………….


TEMA : GEOGRAFI MANUSIA
TAJUK: PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

JADUAL KERJA TUGASAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

BIL PERKARA TARIKH CATATAN


1 Mendengar taklimat daripada guru mata pelajaran Geografi cara-cara 13.10.2021
menghasilkan kajian yang sempurna.
2 Mencari bahan tentang kajian melalui Buku Teks Geografi Tingkatan 2
dan Internet.
3 Membuat penghargaan sebagai ucapan terima kasih kepada semua yang
memberi sumbangan dan pertolongan dalam kajian ini.
4 Membuat pendahuluan dengan memfokuskan tajuk kajian, kawasan
kajian, dan perkara menjadi isu utama kajian.
5 Membina objektif kajian sebagai panduan dan tujuan kajian ini
dijalankan. Kajian ini merangkumi 6 objektif utama.
6 Menjelaskan latar belakang kajian dengan tepat, mencetak peta kawasan
kajian, melukis peta lakar kawasan kajian yang lengkap dan membuat
tafsiran peta lakar dengan betul, relevan dan lengkap.
7 Membina kaedah kajian dengan pelbagai kaedah antaranya ialah kaedah
pemerhatian, temu bual, dan rujukan yang ilmiah menggunakan buku
dan internet.
8 Benbincang dengan guru tentang persoalan kajian
9 Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 kepentingan pengangkutan awam
di kawasan kajian
10 Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 masalah pengangkutan awam di
kawasan kajian
11 Membina sekurang-kurangnya 3 cadangan bagi mengatasi masalah
pengangkutan awam di kawasan kajian
12 Membuat kesimpulan secara ringkas dan tepat. Memberi cadangan dan
bercerita pengalaman semasa menjalankan kajian disamping menyelitkan
nilai murni mencintai alam sekitar.
13 Membina rujukan dengan tepat berdasarkan kaedah yang digunakan
14 Membuat lampiran dengan melampirkan borang temu bual,gambar
bersama respondan,gambar kawasan kajian/ gambar pengangkutan awam
dan bahan rujukan internet/ buku teks/buku rujukan
15 Menyemak semula kajian lapangan saya untuk membetulkan kesilapan
sebelum diserahkan kepada guru matapelajaran.
16 Menghantar kajian yang sudah lengkap mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
NAMA :
KELAS :
KAJIAN KES GEOGRAFI TINGKATAN 2
TEMA : GEOGRAFI MANUSIA
TAJUK: PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

PERNYATAAN MASALAH :
Kajian terhadap pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda.

PERSOALAN KECIL
1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam

2. Latar belakang pengangkutan awam di kawasan kajian

3. Lukis dan tafsir peta lakar di kawasan kajian

4. Huraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian

5. Huraikan masalah pengankutan awam yang dihadapi di kawasan kajian

6. Cadangkan langkah-langkah penambahbaikan masalah sistem pengangkutan awam

yang boleh dilaksanakan di kawasan kajian.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mentakrifan dan mendefinisi sistem pengangkutan awam

2. Menerangkan latar belakang pengangkutan awam di kawasan kajian

3. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian.

4. Menghuraikan sekurang-kurangnya tiga kepentingan pengangkutan awam di kawasan

kajian.

5. Menyenaraikan dan menghuraikan sekurang-kurangnya tiga masalah sistem

pengangkutan di kawasan kajian.

6. Menghuraikan sekurang-kurangnya tiga cadangan langkah untuk mengatasi masalah

sistem pengangkutan di kawasan kajian.


KAEDAH KAJIAN
(mana-mana kaedah kajian yang bersesuaian)

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Kaedah-kaedah itu
adalah seperti berikut:
(a) Pemerhatian

Saya telah melawat kawasan kajian saya di Selayang Baru, Selangor untuk membuat

pemerhatian tentang latar belakang kawasan tersebut. Saya memerhatikan jenis

pengangkutan awam yang digunakan di kawasan ini dan kepentingannya terhadap

penduduk setempat.

(b) Temu Bual

Saya membuat temu bual 3 orang responden yang berdekatan dengan saya bagi

mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Kandungan temu bual tersebut adalah

berkaitan dengan jenis pengangkutan, masalah dan langkah untuk mengatasi masalah.

Contoh soalan temu bual seperti dalam lampiran.

(c) Rujukan

I. Buku

Saya telah merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 2 untuk mendapatkan maklumat

tentang konsep sistem pengangkutan dan kepentingan pengangkutan awam.

II. Melayari Internet

Saya telah melayari beberapa laman sesawang untuk mendapatkan beberapa maklumat

dalam kajian inihttps://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pengangkutan&d=175768&


PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurnia-Nya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 bagi 2021 dalam masa

yang telah ditetapkan.

Saya (nama penuh pelajar) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan

Norlia binti Abu Bakar, Pengetua SMK Darul Ehsan kerana memberi kebenaran kepada saya

untuk menjalankan kajian lapangan ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu

Razman Bin Hamid di atas tunjuk ajar dan bimbingan tanpa jemu kepada saya sepanjang kajian

ini dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu

(nama ibu bapa) kerana telah banyak memberi dorongan demi memastikan kajian ini dapat

dijalankan dengan sempurna.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya. Saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kerana secara tidak langsung memberikan idea bagi memperbaiki kajian ini

dengan lebih baik. Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada respondan

saya yang sudi meluangkan masa menjawab soalan temu bual bagi mendaptkan maklumat

penting dalam kajian ini.

Letih berjalan di tengah pekan,


Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
DAPATAN KAJIAN
(mempunyai beberapa perenggan yang merangkumi objektif kajian)

PENGENALAN
Menurut Buku Teks KSSM Geografi Tingkatan 2 (2017) sistem pengangkutan ialah
kaedah atau cara pemindahan barang atau manusia (penumpang) dari satu tempat ke tempat
yang lain. Mengikut kamus dewan pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan bermotor
seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu
dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Saya, (nama penuh pelajar), murid Tingkatan 2 (nama kelas) telah memilih tajuk
“Pengangkutan Awam di Selayang Baru, Selangor” sebagai tajuk kajian saya kerana di
kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan grab. Pada
masa yang sama kawasan ini adalah dekat dengan kawasan tempat tinggal saya iaitu lebih 2km
sahaja. Kajian saya ini berfokuskan kepada aspek mengenal pasti konsep pengangkutan awam
di Selayang, latar belakang pengangkutan awam,dan kepentingan perkembangan
pengangkutan awam. Pada masa yang sama, saya cuba menganalisis masalah yang timbul
daripada pengangkutan awam dan mencadangkan usaha untuk mengurangkan masalah yang
timbul daripada pengangkutan awam.

KAWASAN KAJIAN

(membuat huraian ringkas tentang kawasan kajian)

Selayang Baru terletak di dalam daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Kawasan ini
terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Selayang Baru ditadbir
oleh Majlis Perbandaran Selayang sejak 1 Januari 1997.

Pembangunan utama di Selayang bermula pada tahun 80-an. Selayang Baru


dibangunkan oleh Shah Alam Properties Sdn Bhd, yang mereka dan membangunkan tanah
seluas 708 ekar sebagai pusat pembangunan baru bagi menampung limpahan Kuala Lumpur.
Projek yang dilaksanakan mengandungi rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah pangsa
kos rendah, beberapa unit terhad rumah bekembar dan juga pusat perniagaan beserta rumah
kedai.
Selain itu, salah sebuah syarikat lain betanggungjawab memajukan Selayang adalah
Bina Puri Holdings Bhd, yang membangunkan sebuah lagi kawasan pembangunan yang
dinamakan Bukit Idaman. Bukit Idaman lebih menfokuskan kepada projek kondominium dan
pangsapuri kos sederhana. Projek dimulakan pada 1986.Kawasan Selayang Baru meliputi
Dataran Templer dan Pinggiran Templer.

Terdapat pelbagai kemudahan di Selayang Baru iaitu Kawasan kedai dan pejabat seperti
Stadium MPS, balai bomba kolej komuniti, Masjid Al-Firdaus, perpustakaan awam, kolam air
panas

Terdapat juga kemudahan Pendidikan di kawasan ini antaranya ialah Sekolah


Kebangsaan Selayang Baru, Sekolah Agama Rendah Al-Furqan, Kolej Komuniti, Sekolah
Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru.

Disebabkan kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk maka penggunaan


pengangkutan awam di kawasan ini adalah tinggi.
PETA KAWASAN SELAYANG BARU

Sumber: https://www.google.com/maps/place/68100+Selayang,+Selangor

Peta di atas menunjukkan kawasan Selayang Baru. Pandang darat fizikal yang ada di
kawasan peta ialah rumput, hutan dan bukit,manakala pandang darat budaya ialah jalan
raya,petempatan,sekolah,hotel,dan kawasan sukan dan rekreasi iaitu Stadium Perbandaran
Selayang.

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan peta antaranya ialah
bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta.Antara pekerjaan sektor kerajaan yang ada di
kawasan peta ialah guru,polis,bomba,dan juga penguatkuasa di bawah kerajaan negeri iaitu
penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang.Pekerjaan sektor swasta pula terdiri daripada
peniaga,petani dan juga bekerja di bawah sektor perindutrian serta pelancongan.
Selayang Baru menjadi tempat tumpuan penduduk dan mempunyai pola petempatan
berpusat. Kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan sosial seperti jalan raya bersama
dengan pengangkutan awam seperti grab,bas smart selangor dan teksi.Kemudahan sosial yang
lain seperti sekolah,balai polis,balai bomba,perbankan,dan tempat sukan dan rekreasi.

LATAR BELAKANG SISTEM PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang dikenal pasti ialah Selayang Baru. Pemilihan kawasan ini kerana
kedudukannya berhampiran dengan kawasan tempat tinggal/ sekolah saya dan berhampiran
dengan bandaraya Kuala Lumpur iaitu kira-kira 10 km atau 20 minit jika memandu kenderaan
persendirian. Bentuk muka bumi di Selayang Baru secara amnya tanah pamah yang bersaliran
baik dan terdapat sedikit sahaja kawasan yang berbukit iaitu di bahagian Utara. Kawasan tanah
pamah menggalakkan perkembangan sistem pengangkuan darat di Selayang Baru.
Pembangunan utama di Selayang bermula pada tahun 80-an meliputi tanah seluas 708 ekar
sebagai pusat pembangunan baru bagi menampung limpahan Kuala Lumpur. Projek yang
dilaksanakan mengandungi rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah pangsa kos rendah,
beberapa unit terhad rumah bekembar dan juga pusat perniagaan beserta rumah kedai. Pola
penduduk di kawasan Selayang Baru adalah berpenduduk padat. Oleh itu permintaan penduduk
terhadap pengangkutan awam adalah tinggi. Antara Pengangkutan awam yang digunakan oleh
penduduk di kawasan Selayang Baru ialah bas, teksi dan grab.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN


(huraikan / pilih tiga kepentingan pengangkutann awam di kawasan kajian)

1. Membawa Penumpang

Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Selayang Barut


ini sangat penting untuk membawa penumpang. Saya sendiri kadang kala jika pulang ke
rumah dari sekolah akan menggunakan pengangkutan ini. Saya menggunakan
pengangkutan bas henti-henti “Smart Selangor “untuk pulang ke rumah. Jika keadaan
mendesak, saya mendapatkan perkhidmatan teksi di luar pagar sekolah saya untuk balik ke
rumah saya di.
2. Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas
Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati bahawa penggunaan pengangkutan
awam ini akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika kebanyakan
penduduk di Selayang Baru menggunakan pengangkutan awam, ia akan mengurangkann
penggunaan kenderaan di jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang boleh memuatkan
lebih ramai penumpang lebih kurang 30 orang.Ini akan dapat mengurangkan
kesesakan jalan raya terutama di kawasan Selayang Baru yang begitu padat dengan
penduduk kerana terdapat banyak kawasan perumahan disini seperti Taman Selayang
Mutiara, Taman Selayang Mulia dan Taman Selayang Indah.

3. Menjimatkan kos
Melalui pemerhatian saya sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam akan
menjimatkan kos. Ini berlaku kepada diri saya sendiri, jika ibu bapa saya tidak dapat
mengambil saya di sekolah, saya balik sendiri dengan menaiki penganggkutan awam
seperti bas. Jika saya menggunakan bas, kos yang ditanggung lebih rendah daripada
menaiki teksi. Pada masa yang sama, penduduk di sekitar sini dapat menjimatkan kos
mereka apabila menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Mereka tidak lagi
merlu menggunakan pengangkutan sendiri yang memerlukan duit yang lebih untuk petrol
dan bayaran tol.

4. Sumber Pendapatan
Melalui temubual saya dengan jiran terdekat, dengan adanya pengangkutan awam ini
akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Selayang Baru. Mereka
boleh bekerja sebagai pemandu bas, teksi dan grab. Seterusnya menambahkan pendapatan
penduduk .Saya sebagai penduduk Selayang Baru Selangor sangat bersyukur kerana
dengan adanya pengangkutan awam ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan penduduk
sekitar. Selain itu, pengangkutan awam ini telah memberi pelbagai impak positif kepada
penduduk di sini.
MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN
(huraikan / pilih tiga masalah pengangkutann awam di kawasan kajian)

1. Pencemaran Udara

Responden yang bernama (nama responden) menyatakan kenderaan seperti teksi,bas,grab yang
menggunakan tenaga bahan api fosil seperti petrol dan diesel meningkatkan pencemaran udara
dan memberi impak negatif kepada alam sekitar. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas
mengeluarkan asap hitam yang tebal bersama gas monoksida akan menyebabkan berlakunya
pencemaran udara dan akhirnya berlakunya masalah jerebu yang akan memberi kesan negatif
kepada alam sekitar dan manusia

2. Pencemaran bunyi

Responden yang bernama (nama responden) menyatakan pertambahan bilangan


kenderaan di Selayang Baru menghasilkan bunyi yang bising. Penduduk yang tinggal
berhampiran dengan jalan raya utama akan mengalami keadaan bising dan ketenteraman emosi
mereka akan terjejas. Selain daripada itu kerja membaiki jalan juga menyumbangkan kepada
pencemaran bunyi yang kuat.

3. Risiko Kemalangan

Melalui pemerhatian juga, saya mendapati kemalangan sering berlaku disebabkan oleh
sikap pemandu bas ,teksi, grab tidak berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan
keuntungan semata-mata, para pemandu teksi akan memandu dengan laju agar cepat sampai di
destinasi dan mendapat ramai penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-
hati dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi. Selain itu, ada juga pemandu
menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Pemandu juga sering tidak menggunakan
“signal” semasa ingin masuk ke simpang jalan ataupun ingin mengubah arah laluan.

4. Kenderaan Lama

Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa kebanyakan teksi merupakan


kenderaan yang lama. Ini dapat dilihat apabila teksi ini sering kali mengalami kerosakan dan
tersadai di tepi jalan. Penumpang juga terpaksa mencari alternative lain, sama ada menunggu
bas lain,meminta bantuan keluarga atau rakan untuk ke destinasi yang dituju. Kenderaan lama
ini juga menyebabkan sering kali mengalami kerosakan enjin dan brek dan menyebabkan
berlakunya kemalangan jalan raya.Saya sebagai penduduk Selayang Baru tetap bersyukur
walaupun terdapat banyak masalah kerana adanya pengangkutan awam ini telah membantu
penduduk disini bergerak ke tempat lain dan memudahkan mobiliti penduduk di sini.

CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN


KAJIAN
(huraikan / pilih tiga cadangan / langkah mengatasi masalah pengangkutan awam di
kawasan kajian)

1. Penguatkuasaan undang-undang

Mengikut responden iaitu (nama responden) menyatakan bahawa pihak berkuasa


seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan saman
dan denda ke atas pemandu yang tidak mengikut peraturan jalan raya.Peraturan yang tegas
perlu diambil seperti mengenakan denda yang tinggi dan menggantung lesen pemandu bagi
mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kereta atau bas yang mengeluarkan kepulan
asap hitam yang berlebihan juga perlu diambil tindakan.

2. Menambahkan perkhidmatan pengangkutan awam

Melalui pemerhatian saya, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) perlu meluaskan


perkhidmatan bas percuma SMART Selangor. Tidak hanya tertumpu di kawasan sesak sahaja.
Perkhidmatan bas percuma ke Perkhidmatan bas percuma perlu diperluaskan ke kawasan lain
seperti ditambahkan ke sekolah-sekolah .Pertambahan ini akan memberi banyak impak yang
positif kepada para pelajar dan sudah pastinya akan memberi berita gembira kepada ibu bapa.
Pertambahan kuantiti perkhidmatan bas awam juga dapat mengurangkan masa menunggu
orang awam untuk menaiki bas contohnya pada peringkat asal mereka terpaksa menunggu 20
minit untuk bas itu tiba. Dengan berlakunya kuantiti bas ini dapat mempercepatkan lagi masa
dan dapat mengurangkan masa menunggu ketibaan bas kepada 10minit lebih awal.
Pertambahan peningkatan awam juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan
kemalangan.

3. Pendidikan atau kempen

Responden yang bernama (nama responden), pendidikan atau kempen perlu diberikan
kepada semua pemandu supaya lebih berdisiplin semasa memandu. Kemalangan dikatakan
berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri yang dikatakan cuai semasa berada di atas jalan
raya. Contohnya, penggunaan telefon bimbit semasa memandu boleh menyebabkan tumpuan
semasa pemanduan terganggu. Oleh itu, kesedaran tentang pentinganya peraturan jalan raya
perlu ada dalam diri kerana tanpa kesedaran dalam diri, peraturan yang digubal tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

4. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum

Melalui pemerhatian, saya mendapati penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
pengeluaran asap dan secara tidak langsung mengurangkan pengeluaran karbon monoksida
yang boleh mencemarkan udara. Penggunaan kenderaan elektrik dan hybrid dapat memelihara
alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida pada masa yang sama
dapat menjimatkan penggunaan bahan api.

5. Penapis Asap (Cataliytic Converter)

Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan pengeluaran
asap dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara. Para pengusaha kenderaan awam
perlu bersama-sama menggunakan penapis asap ini dengan mengeluarkan sedikit kos dan tidak
memikirkan keuntungan semata-mata. Saya berbangga kerana penduduk di Selayang Baru,
menyedari kesan-kesan yang menjejaskan kemapanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini
disebabkan dengan pengangkutan awam dan mereka bersungguh-sungguh serta bekerjasama
untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja lapangan


saya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menjalankan kajian ini, banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya juga memahami masalah
sistem pengangkutan di Selayang Baru. Seterusnya, melahirkan kesedaran tentang pentingnya
langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian saya. Akhir kata, sebagai
masyarakat dan penduduk yang prihatin terhadap alam sekitar, usaha untuk mengatasi masalah
pengangkutan awam di Selayang Baru seharusnya dijalankan sama ada secara individu atau
bermasyarakat. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih prihatin dan mengambil
langkah yang sewajarnya. Dengan keprihatinan generasi kita pada hari ini maka sistem
pengangkutan awam di negara kita akan dapat dimajukan lagi sehingga terkenal seluruh dunia.
SUMBER RUJUKAN

(mana-mana sumber rujukan yang bersesuaian dan seperti mana dinyatakan dalam
kaedah kajian)

Buku

Kang Chai Yoeng, Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam, 2017. Buku Teks Geografi
Tingkatan 2. Johor Bahru: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

Kang Chai Yoeng, Zulkipli Ismail Rajanderan Subramaniam, Chong Yoon Choi, 2019. Fokus
PT3 Geografi Tingkatan 1,2, 3 KSSM. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Internet

https://www.slideshare.net/nursyafika3557/perkembangan-sistem-pengangkutan

https://bmssbj.blogspot.com/2013/08/langkah-langkah-mengatasi-kemalangan.html

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pengangkutan&d=175768&

Orang Sumber (jika menggunakan kaedah temu bual)

1) Faizan bin Annuar, 35 tahun, No 3, Jalan Bukit Mewah 2, Taman Bumit Mewah, 43000
Kajang, Selangor.

2)

3)

Audiovideo

https://www.youtube.com/watch?v=ztiEkCwbIFo
LAMPIRAN

(lampiran seperti mana yang terdapat di sumber rujukan)

Buku
1.Geografi Tingkatan 2
Internet
1. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pengangkutan&d=175768&

Tambahkan gambar

-Grab

-Bas smart selangor

-Teksi

You might also like