Permai Hotel Bantu Mangsa Banjir

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERMAI HOTEL KUALA TERENGGANU (258213-M)

Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.


Facebook dan Instagram: Permai Hotel Kuala Terengganu

SIARAN AKHBAR
PERMAI HOTEL HULURKAN BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASAS KEPADA MANGSA
BANJIR

23 November 2023 — Susulan bencana banjir yang melanda daerah Kuala


Terengganu baru-baru ini, Permai Hotel Kuala Terengganu mengambil langkah
proaktif bagi membantu komuniti terjejas dengan menghulurkan bantuan dalam
bentuk makanan asas sepeti beras, tepung gandum, gula & sebagainya.

Barangan-barangan tersebut telah diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan


Negeri (ADUN) Ladang, YB Zuraida Md Noor, di Pusat Khidmat Masyarakat Adun
Ladang yang terletak di Panji Curve. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh
Pengurus Besar Permai Hotel, Puan Hajah Noralizan binti Abd Rahman, yang turut
menyertai usaha membantu komuniti yang memerlukan.

Menurut YB Zuraida Md Noor, pengagihan barangan akan difokuskan kepada


mangsa-mangsa yang enggan berpindah dari kediaman khususnya di kampung-
kampung terdekat.

Puan Hajah Noralizan binti Abd Rahman, Pengurus Besar Permai Hotel berkata,
"Kami memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh mangsa banjir, dan kami
komited untuk memberikan sepenuh sokongan .

Menurutnya lagi, inisiatif ini mencerminkan komitmen Permai Hotel Kuala


Terengganu terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan dedikasi bagi
membantu komuniti setempat dan diharapkan bantuan yang disalurkan itu dapat
meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir di
Terengganu terutamanya yang berada di pusat-pusat pemindahan sementara.

‘‘Saya doakan supaya semua mangsa-mangsa tabah dalam menghadapi ujian


yang diberikan serta sentiasa menjaga kesihatan dimusim tengkujuh ini,“ katanya
lagi.

Permai Hotel Kuala Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat
Khidmat Masyarakat Adun Ladang, individu, organisasi dan pihak berkuasa yang
turut terlibat dalam usaha mengagihkan bantuan dan menggalakkan orang lain
untuk berganding bahu membantu komuniti yang terjejas banjir.

###
PERMAI HOTEL KUALA TERENGGANU (258213-M)
Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Facebook dan Instagram: Permai Hotel Kuala Terengganu

PERTANYAAN
Hubungi: Muazzam Bakar, Permai Hotel Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu,
Terengganu. | 017-9550320 | muazzam@permaihotelkt.com.my.

TENTANG PERMAI HOTEL


Permai Hotel Kuala Terengganu telah menjadi antara ikon pelancongan negeri ini sejak tahun 1994. Ia
menawarkan 220 bilik penginapan dengan kemudahan asas termasuk wifi percuma dan sebuah restoran. Ia
merupakan antara anak syarikat milik penuh Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.). Selain tempat
penginapan, Permai Hotel juga menjadi sebuah pusat sehenti bagi mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan
Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).

You might also like