Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

MAJLIS PERPISAHAN GURU SKTSP 2023

Yang Berusaha,
En Suhaimi bin Shaarani @ Tan
Guru Besar SK Taman Sri Pulai

Yang Diraikan,
Pn Mazura binti Hj Abd Rahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum

Yang Dihormati.
Puan Afifah binti Ariffin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Yang Dihormati,
Sjn Mohd Sahat bin Sulaiman
Pegawai Perhubungan Sekolah
SK Taman Sri Pulai

Yang Dihormati,
Pn Hjh Sarimah binti Mohmi
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati,
Tn Hj Ashrulhisham bin Sahadan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati,
Cikgu Sharimah binti Zainal
Guru Penolong Kanan Petang,

Yang Dihormati
Cikgu Mustakim bin Mustaffa
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Para tetamu jemputan, guru-guru dan ahli kumpulan pelaksana, seterusnya rakan-
rakan yang dikasihi.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, momen hari ini merupakan satu detik
kehilangan yang amat berharga bukan sahaja kepada pihak sekolah malah kepada
kami, anak-anak SK Taman Sri Pulai.

Cikgu,
Walaupun tidak sampai setahun bersama kami di sini, kemesraan dan keprihatinan
cikgu cukup dekat di hati kami. Segala tunjuk ajar cikgu khususnya dalam subjek
Bahasa Inggeris dan Muzik akan kami kenang dan ingati sebagai bekalan ilmu pada
masa hadapan. Maafkanlah ketelanjuran, kenakalan kecil kami dan gurau senda
kami yang mungkin menggores hatimu cikgu. Iringilah kami sentiasa dengan doa
restu walaupun kita telah berjauhan nanti.

Cikgu,
Kami berasa besar hati atas pencapaian cikgu selama 35 tahun dalam bidang
perkhidmatan. Kami sentiasa mendoakan cikgu agar diberikan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia dalam apa jua yang cikgu lakukan selepas
ini bersama dengan orang tersayang.

Percayalah cikgu.. hati kami ini begitu hiba melepaskanmu pergi.


Namun, apalah daya kita menghalang takdir dan ketentuannya..
Kerana kenyataanya.. perpisahan itu pasti tetap hadir.

Terima kasih menjunjung budi cikgu!


Semoga kita dipertemukan kembali suatu hari nanti.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya berpantun:

Puteri Kadazan berkain Kelingkan,


Senyum sekilas menyambut tetamu,
Sekalung penghargaan kami titipkan,
Jasa baktimu dikenang selalu.

Sekian, terima kasih.

You might also like