Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Istilah-istilah dalam tarannum

1) HARAKAT

Harakat adalah gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit'ah
dengan mahatah yang tertentu.

2) QIT'AH

Qit'ah adalah suatu rentak lagu yang paling pendek tanpa mahatah yang
tertentu.

Terdapat dua jenis qit'ah iaitu qit'ah diwakafkan dan diwasalkan. Qit'ah
diwakafkan ialah mengikut kehendak kalimah ayat. Manakala qit'ah diwasalkan
adalah sambungan kepada beberapa ayat sehingga kepada mahatah yang
sempurna.

Terdapat beberapa peranan qit'ah iaitu daya penggerak, daya penghidup,


membawa kepada pnekanan jiwa bagi yang menyampaikan dan dapat memberi
penyesuaian kepada ayat2 tertentu.

3) TABAQAT

Tabaqat adalah tingkatan suara yang dibawa oleh lagu2 yang tertentu.

Terdapat beberapa tabaqat suara iaitu suara rendah atau QARAR. Suara ini
dari suara dada. Selain itu terdapat tabaqat yang lain iaitu tingkatan suara
sederhana atau NAWA. Sumber suara ini dar suara tekak. Seterusnya
ialah suara tinggi atau JAWAB. Sumber suara ini dari suara hidung.
Tabaqah yang seterusnya ialah tingkatan suara yang tertinggi atau JAWABUL
JAWAB. sumber suara ini ialah suara otak.

Peranan tabaqat ialah memberi tenaga dan peningkatan kepada sesuatu


bacaan. Selain itu, tabaqat juga berperanan sebagai penggunann suara dan
harakat yang berbeza dan mencapai tahap keahlian dalam sesuatu bacaan.
4) MAHATTAH

Mahattah ialah tempat berhenti iaitu berhenti pada setiap hujung lagu.

Peranan mahattah ialah dapat memvariasikan harakat yang berbeza. Selain itu,
ini juga dapat membezakan bacaan di antara qari-qari yang lain. Kemudian
dapat menyesuaikan dengan gaya dan tabaqat yang tertentu.

5) BURDAH

Burdah ialah bunga2 lagu atau getaran suara.

Terdapat 2 jenis burda iaitu:-

 Burdah Asli iaitu getaran suara semula jadi.


 Burdah Sina'ie iaitu bunga2 lagu yang disusun dan digubah mengikut
kehendak sesuatu lagu.
Sifat2 burdah ialah:-
 kasar atau halus.
 kasar atau lembut.
 banyak atau sedikit.
Peranan burdah ialah:-
 daya penarik.
 daya penggerak.
 daya penghias.
 daya rangsangan yang bersemangat.

6) WUSLAH AL-MUMATHALAH

Maksudnya ialah campuran lagu secara sentuhan/salingan ketika mengalunkan


sesuatu lagu yang tertentu.

Terdapat 2 bentuk iaitu:-


 gaya harakat yang dicampurkan di antara dua irama lagu yangberbeza.
 suatu oendekatan harakat algu kepada harakat lagu yang berlainan untuk
dipindahkan kepadanya.
Peranannya ialah:-

 menambah kecantikan dalam sesuatu lagu.


 menghidupkan semula harakat2 yang telah kaku.

7) TAQLIL

Taqlil ialah meniru jalan lagu seseorang qari secara keseluruhan dalam surah2 tertentu.

8) KHITAM

Khitam ialah penutup sesuatu bacaan dan mesti ada persamaan dengan permulaan
lagu pertama sesuatu bacaan.

9) QARAR

Qarar ialah suara rendah atau dada.

10) NAWA

Nawa ialah suara sederhana atau suara tekak.

11) JAWAB

Jawab ialah harakat tinggi dalam tarannum. Contoh dalam tarannum Bayati harakat
jawab selepas bayati husaini.

12) JAWABUL JAWAB

Jawabul jawab ialah harakat yang tinggi selepas jawab. Sebagai peringatan harakat
jawabul jawab bukan harakat penutup.

13) SALALIM TULU'/SU'UD

Maksudnya ialah tangga naik sesuatu lagu.


14) SALALIM NUZUL/HUBUT

Masudnya ialah tangga turun sesuatu lagu.

15) IKHTILAL AL LAHNI

Maksudnya ialah nada suara yang sumbang berlaku akibat disengajakan mengikut
irama dan tabaqat sesuatu lagu.

You might also like