Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2020 (BAC 1193)

BAHAGIAN A

SOALAN 1

A) Nyatakan 5 pengguna yang terlibat dengan maklumat perakaunan. Berikan jawapan


tentang pengguna luaran.

Pihak Bank- Maklumat perakaunan diperlukan untuk mengetahui sama ada syarikat
layak membuat pinjaman dan beberapa banyak pinjaman yang boleh diluluskan.

LHDN – Cukai belum bayar boleh ditentukan dengan menggunakan maklumat


perakaunan.

Ketua Persatuan Sekerja – Maklumat keuntungan yang diperolehi membolehkan


mereka menuntut peratusan kenaikkan kadar upah yang bersesuaian.

Pelabur – Memerlukan maklumat perakaunan untuk menilai kekuatan dan


kelemahan perniagaan sebelum membuat keputusan untuk melabur atau tidak ke
dalam perniagaan tersebut.

Pelanggan – Untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi dalam tuntutan


pelanggan seperti jaminan/waranti.

B) Berikan 5 prinsip perakaunan

Prinsip Kos Sejarah – Sumber atau aset dan perkhidmatan yang diperolehi dari
perniagaan yang direkodkan pada kos asalnya atau kos sejarah bukan pada harga
pasaran

Prinsip Akruan – Penyata kewangan yang disediakan mesti mematuhi konsep


akruan dimana urusniaga hasil dan belanja diiktiraf apabila ia berlaku dan bukan
apabila tunai diterima atau dibayar serta direkodkan dalam rekod perakaunan serta
direkodkan dalam tahun belanja / hasil diiktiraf

Prinsip Materialiti – Kepentingan sesuatu item / amaun / peristiwa secara relative


yang perlu dilaporkan dalam penyata kewangan.

Prinsip Catatan Bergu – Setiap urusniaga memberikan dua kesan sama ada ia
bertambah atau berkurang dalam aliran tunai.

Prinsip Pemadanan – Belanja perlu diiktiraf dalam tempoh dimana hasil yang
berkaitan dengan belanja tersebut.
BAHAGIAN B
SOALAN 1

A) Di tempat kita ada pelbagai jenis perniagaan yang beroperasi di serata


tempat tidak kira di bandar atau di desa. Ringkaskan jenis – jenis
perniagaan yang beroperasi di negara kita.
 Milikan tunggal
 Perkongsian
 Syarikat
 Koperasi

Milikan Tunggal – Sejenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu


sahaja. Modal untuk urusniaga ialah keseluruhannya daripada simpanan
sendiri atau melalui pinjaman bank. Syarikat milikan tunggal ini diuruskan
bersendirian oleh pemilik serta liabiliti bagi pemilikan tunggal ini adalah
tidak mempunyai had. Untung dan rugi dalam urusan perniagaan
ditanggung sendiri dan cukai yang dikenakan pula adalah cukai
pendapatan perseorangan.

Syarikat – Sejenis perniagaan yang ahlinya melebihi dua orang dan tidak
terhad. Modal untuk urus niaga ialah daripada jualan syer kepada orang
awam. Penubukan syarikat ini tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat
1965 serta liabilitinya ialah terhad. Syarikat ini diuruskan oleh Lembaga
Pengarah yang telah dilantik. Syarikat dan pemegang syer adalah dua
entiti yang berasingan. Untung dan rugi diagihkan dalam bentuk dividen
serta cukai yang dibayar adalah berdasarkan cukar syarikat.

Perkongsian – Syarikat jenis perkongsian ialah memiliki ahli antara 2-20


orang ahli. Modal urus niaga diperolehi daripada sumbangan rakan niaga /
kongsi. Dalam pengurusan, kepakaran rakan kongsi dapat dimanfaatkan
dalam pengurusan perniagaan. Dari segi penubuhan pula, ia mudah untuk
ditubuhkan kerana tidak memerlukan banyak percaturan dan syarat. Libiliti
juga tidak terhad dalam melibatkan harta peribadi. Dalam agihan untung,
ia diagihkan mengikut perjanjian perkongsian serta cukai pula dibayar
berdasarkan cukai pendapatan perseorangan sahaja.

Koperasi – Jenis perniagaan koperasi ini memiliki ahli pekerja yang ramai
atau tiada had. Modal untuk berurus niaga yang diperoleh dari jualan syer
kepada ahli yang lain. Liabilitinya juga adalah terhad serta ia diuruskan
oleh Lembaga Pengarah yang dilantik. Untung dan rugi diagihkan dalam
bentuk lebihan dan syarikat jenis ini tidak perlu membayar cukai.
B) Tentukan sama ada situasi berikut mematuhi atau tidak mematuhi prinsip
perakaunan diterima umum. Nyatakan prinsip perakaunan yang terlibat.

I. Konsep entiti perniagaan


II. Prinsip kos sejarah
III. Prinsip pendekatan
IV. Prinsip objektiviti
V. Prinsip catatan bergu

You might also like