Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KARANGAN : WAWANCARA

1. Wawancara merupakan perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih


dihormati, atau temu bual yang bertujuan ingin mengetahui sesuatu maklumat atau
perkara.
2. Karangan wawancara mempunyai dua watak iaitu penemu bual dan orang yang
ditemu bual.
3. Penemu bual ialah orang yang bertanyakan soalan di dalam wawancara ini
manakala orang yang ditemu bual ialah orang yang menjawab soalan daripada
penemu bual.
4. Untuk karangan jenis wawancara, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan
panduan untuk penulisan yang baik iaitu:

• Pastikan murid memahami soalan yang diberikan dan wawancara


tersebut berkenaan apa.
• Pastikan setiap soalan dan jawapan yang dikemukakan adalah bertepatan
dengan tajuk yang diberikan.
• Mulakan wawancara dengan memberikan ucapan salam dan terima kasih
atas kesudian untuk di wawancara.
• Pastikan setiap jawatan orang yang ditemu bual tidak terlalu panjang dan
tidak terlalu pendek.

Format Karangan
1. Format karangan wawancara mempunyai format yang berlainan daripada
karangan-karangan yang lain.
2. Namun, format karangan ini adalah lebih ringkas dan mudah seperti
berikut:
i) Perenggan pertama
➢ Dalam perenggan pertama, penulis perlu memberikan penerangan
serba sedikit mengenai maklumat wawancara tersebut beserta tujuan
wawancara tersebut dilakukan.
i) Nama watak
➢ Nama watak perlulah ditulis selari di sebelah kiri kertas.
➢ Di samping itu, nama watak perlulah ditulis pendek dan sekurang-
kurangnya 2 patah perkataan.
ii) Tanda titik bertindih
➢ Tanda titik bertindih perlu diletakkan di sebelah nama watak sebelum
memulakan dialog.
CONTOH KARANGAN WAWANCARA

Soalan: Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di
sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam
mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

You might also like