Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TABIKA KEMAS CHEMBONG HALT

TABIKA KEMAS SEPRI, PEDAS


TABIKA KEMAS BATU 1 PEDAS
DUN CHEMBONG
71300 REMBAU
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kepada : Tarikh: 5 November 2022

Pengarah KEMAS Negeri Sembilan


Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Negeri Sembilan
Tingkat 6 Wisma Persekutuan ,
70000 Seremban, Negeri Sembilan.

Melalui dan salinan ,


Pegawai KEMAS Daerah Rembau
En Ilham bin Yusop
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Daerah Rembau,
71300, Rembau , Negeri Sembilan .

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MEMBAWA KANAK-KANAK TABIKA MENGIKUTI


PROGRAM LAWATAN PENDIDIKAN KE BALAI BOMBA DAN IBUPEJABAT
POLIS DAERAH REMBAU GABUNGAN TIGA (3) IAITU, TABIKA KEMAS
CHEMBONG HALT, TABIKA KEMAS SEPRI DAN TABIKA KEMAS BATU 1
PEDAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, Tabika KEMAS Dun Chembong seperti di atas ingin memohon
kebenaran dari pihak tuan untuk membawa kanak-kanak seramai 64 orang termasuk guru-
guru dan AJK Tabika ke Balai Bomba dan Ibupejabat Polis Daerah Rembau bagi
melaksanakan aktiviti Ko-Kurikulum tahunan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 8 Disember 2022


Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Rembau
Balai Polis Daerah Rembau

3. Semoga dengan ini, dapatlah kiranya Tuan meluluskan permohonan kami bagi
memberi pengalaman dan pengetahuan baru selain mempelbagaikan lagi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak di luar Tabika.
4. Melalui surat ini disertakan lampiran kertas kerja lawatan. Kerjasama yang diberikan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Menjalankan Amanah,

____________________________
(KHADIJAH BINTI AHMAD )
Pendidik Masyarakat Tabika
Tabika KEMAS Chembong Halt

s.k. Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Daerah Rembau


TABIKA KEMAS CHEMBONG HALT
TABIKA KEMAS SEPRI, PEDAS
TABIKA KEMAS BATU 1 PEDAS
DUN CHEMBONG
71300 REMBAU
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kepada : Tarikh: 7 November 2022

Semua Ibubapa / Penjaga Kanak-kanak


Tabika KEMAS Chembong Halt
Tabika KEMAS Sepri
Tabika KEMAS Batu 1 Pedas

Tuan / Puan,

AKTIVITI LAWATAN PENDIDI KAN KE BALAI BOMBA DAN IBUPEJABAT


POLIS DAERAH REMBAU GABUNGAN TIGA (3) IAITU, TABIKA KEMAS
CHEMBONG HALT, TABIKA KEMAS SEPRI DAN TABIKA KEMAS BATU 1
PEDAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, Tabika KEMAS Dun Chembong seperti di atas akan mengadakan
aktiviti ko-kurikulum ke Balai Bomba dan Ibupejabat Polis Daerah Rembau pada ketetapan
berikut:-

Tarikh : 8 Disember 2022


Hari : Khamis
Masa : 7.15 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Rembau
Balai Polis Daerah Rembau

3. Objektif lawatan ini adalah untuk memenuhi aktiviti Ko-Kurikulum disamping


memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang asas untuk menyelamatkan diri sekiranya
berhadapan dengan situasi kebakaran,kemalangan dan jenayah dan pengetahuan yang lain.
Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.

Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Menjalankan Amanah,

____________________________
(KHADIJAH BINTI AHMAD )
Pendidik Masyarakat Tabika
Tabika KEMAS Chembong Halt

s.k. Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Daerah Rembau

You might also like