Skema Modul Pentaksiran PDPC Semester1 Modul Pentaksiran PDPC Semester 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC

922/1 SEMESTER 1 STPM 2022


MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC
KESUSASTERAAN SEMESTER1
MELAYU MODUL PENTAKSIRAN PDPC
KOMUNIKATIF
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1
KERTASMODUL
1 PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC PSEMESTE1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1
MODUL PENTAKSIRAN PDPC SEMESTER1 MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1

SKEMA
MODUL PENTAKSIRAN PDPC
SEMESTER 1

NEGERI PAHANG
SOALAN 1
1. Baca gurindam di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Taat Setia Raja dan Rakyat

Raja muafakat dengan menteri,


Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia,


2012
Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hal.13 )

Bincangkan nasihat yang boleh diteladani daripada gurindam tersebut bagi mengekalkan
kedamaian dalam sesebuah negara. [25]

Pendahuluan [3]

1. Gurindam – merupakan nasihat dan pengajaran yang mengandungi kebenaran. Tidak


tetap bentuknya tetapi dari segi bahasa dan isi masih terdapat ciri-ciri khusus. Bahasa
yang digunakan dalam gurindam biasanya padat dan bernas.

2. Gurindam Taat Setia Raja Dan Rakyat kaya dengan nasihat yang wajar diteladani oleh
anggota masyarakat untuk mengekalkan kedamaian dalam sesebuah negara.

3. Kemukakan isi-isi penting.


Isi [20]

F1 Pemerintah haruslah bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin.

H Kerjasama antara pemerintah dan barisan pemimpin yang lain akan memastikan
keamanan negara. Apabila pemerintah seperti sultan/raja bermuafakat dengan
pemimpin negara dalam melaksanakan pentadbiran sudah pasti sesebuah kerajaan
dapat ditadbir dengan baik dan keamanan negara akan terlaksana.

B Jika tiada permuafakatan antara pemimpin negara, sudah pasti negara tersebut menjadi
kucar kacir. Oleh itu kesepakatan antara kedua-dua pihak dapat membentuk
pemerintahan yang kukuh.

C R1, B1 dan B2

F2 Raja perlu bijak membuat keputusan.

H Kebijaksanaan raja dalam membuat sesuatu keputusan dapat melancarkan perjalanan


pemerintahan dengan baik. Raja perlu bijak membuat keputusan dan menyokong
sebarang usaha untuk membangunkan negara.

B Jika kebijaksanaan membuat keputusan ini ditelusi pastilah sesebuah negara dapat
dibangunkan dan dimajukan selaras dengan hasrat untuk mencapai wawasan negara.
Jika tidak pastilah sukar untuk memacu negara untuk bersaing di peringkat global.

C R2, B1 dan B2

F3 Pemimpin haruslah bersikap adil dalam menjatuhkan hukuman.

H Keadilan pemerintah dalam menjatuhkan hukuman mencerminkan ketelusan dalam


pemerintahan dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan daripada rakyat. Apabila
pemerintah bersikap adil dalam menjatuhkan hukuman, inayat dan pertolongan
daripada Allah akan sampai.

B Jika pemimpin tidak adil dalam pemerintahan sudah pasti ada rakyat yang akan
menentang pemerintahan pemimpin tersebut dan berkemungkinan akan berlaku
pemberontakan. Jika perkara ini berlaku maka akan merencatkan pemerintahan dan
menjejaskan kedamaian negara.

C R3, B1 dan B2

F4 Hendaklah mengasihi orang yang berilmu.

H Orang yang berilmu merupakan tempat rujukan masyarakat untuk memperoleh


maklumat dan kebenaran. Masyarakat yang mengangkat martabat golongan berilmu
dan mengasihi mereka secara tidak langsung akan membentuk masyarakat yang
bersopan santun dan berbudi pekerti yang tinggi. Kehidupan mereka juga akan
diberkati dan mendapat kasih sayang daripada Allah SWT.

B Jika masyarakat tidak mengasihi orang yang berilmu, masyarakat akan sentiasa hidup
dalam persengketaan, keruntuhan nilai moral dan sebagainya kerana tidak mendapat
keredhaan Allah SWT.
C R4, B1 dan B2

F5 Menghormati orang yang bijak pandai.

H Orang yang bijak pandai merupakan mereka yang dapat membezakan perkara yang
baik dan perkara yang buruk. Pendapat daripada orang bijak pandai seharusnya
dihormati kerana kelayakan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Pandangan mereka sudah
pasti berasas dan mempunyai hujah yang baik.

B Seandainya kita tidak menghormati orang yang bijak pandai, pasti akan merugikan
sesebuah negara kerana fungsi dan kepakaran mereka tidak digunakan untuk
menguruskan pentadbiran/kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka tidak dimanfaatkan
untuk mentadbir negara dengan baik.

C R5, B1 dan B2

F6 Rakyat perlu setia kepada raja.

H Rakyat yang setia kepada raja akan dapat mewujudkan keseimbangan dalam politik
serta dapat mewujudkan pengurusan pentadbiran negara yang baik. Rakyat yang setia
akan menabur bakti kepada negara tercinta dan tidak mengkhianati negara.

B Jika rakyat tidak setia kepada raja, maka akan wujudlah golongan yang suka
memberontak dan melakukan huru-hara seperti mengadakan tunjuk perasaan,
memburukkan nama negara dan sebagainya. Sekiranya ini berlaku maka keamanan
negara tidak dapat diwujudkan.

C R2, B1 dan B2.

F7 Raja dan rakyat perlu beriman/berilmu.

H Dalam sesebuah negara, raja dan rakyat perlulah memiliki keimanan/ilmu yang
tinggi. Raja yang berilmu dan beriman akan dapat menjadi tunjang kekuatan kepada
negara. Manakala rakyat yang berilmu dan beriman pula akan menjalankan khidmat
tanggungjawab dengan betul dan ikhlas untuk negara. Hal ini akan membentuk
keamanan dan sejahteraan negara.

B Sekiranya perkara sikap ini tidak dipupuk maka hancurlah pemerintahan sesebuah
negara dan kemakmuran tidak dapat dicapai.

C R4, B1 dan B2 @ R5, B1 dan B2

Kemukakan 5 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan, 1 markah contoh)
5 isi  4 = 20 markah

Penutup [2]
Merumuskan isi – memberi pandangan / implikasi / harapan / penilaian / penegasan
SOALAN 2

a) Huraikan tiga unsur gaya bahasa dan kesannya berdasarkan sajak di atas. [9]

F1 Asonansi
H Perulangan bunyi vokal dalam baris.
K Menimbulkan kesan kepada keindahan/kemerduan pada bunyi.
C Berbaring bersama deretan pusara
(huruf vokal `e` diulang sebanyak 4 kali)

F2 Aliterasi
H Perulangan bunyi konsonan dalam baris.
K Menimbulkan kesan kelantangan/kenyaringan pada bunyi.
C Dia telah lama selamat
(huruf konsonan `l` diulang sebanyak 3 kali)

F3 Anafora
H Perulangan perkataan pada awal baris secara berturutan baris.
K Menimbulkan irama,rentak, dan suasana muzikal /kemerduan pada bunyi.
C Minta umur dipanjangkan
Minta selamatkan anak isteri
Minta selamatkan saudara seagama

F4 Perulangan perkataan yang sama dalam baris puisi.


H Perkataan yang sama diulang-ulang dalam baris puisi.
K Menimbulkan kesan keindahan kepada maksud yang ingin disampaikan/menimbulkan
rentak/alunan bunyi/irama yang menarik.
C Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih

F5 Perulangan kata/baris pada awal rangkap


H Perkataan yang sama digunakan pada baris pertama setiap rangkap.
K Menimbulkan kesan keindahan pengucapan dalam sajak.
C Kini..(baris 1 bagi R6, R7 dan R8.

F6 Inversi
H Susunan perkataan di dalam ayat yang tidak mengikut kebiasaan.
K Memberi kesan puitis/keindahan dan kelainan kepada sajak.
C Putih topinya, putih bajunya, putih seluarnya
Putih kasutnya

F7 Personafikasi
H Menggunakan kiasan atau perbandingan yang memberikan sifat-sifat manusia sama
ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak tanduk lainnya kepada objek-objek
mati atau kepada binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak.
K Memberi kesan realistik/menggerakkan daya imaginasi khalayak.

Pilih 3 isi sahaja.


1 isi =3 markah (1 markah fakta, 1 markah Huraian/Kesan , 1 markah contoh)
3 isi X 3 markah = 09 markah
b) Bincangkan empat persoalan yang dikemukakan dalam sajak di atas. [16]

F1 Persoalan tentang menjaga kebersihan.

H Kebersihan amat dititikberatkan dalam agama Islam. Kebersihan adalah sebahagian


daripada iman apatah lagi apabila menunaikan solat. Kebersihan meliputi segala aspek;
pakaian, tubuh badan, dan perlakuan. Bersugi/menjaga kebersihan gigi amat penting
kerana kebersihan gigi melambangkan kebersihan seluruh anggota badan. Putih
dilambangkan dengan kebersihan. Kebersihan rohani dan jiwa juga perlu dijaga kerana
jiwa yang bersih adalah jiwa yang tenang dan bahagia.

B Sekiranya kebersihan tidak dititikberatkan, akan melahirkan kehidupan yang tidak


tenang/tidak sihat .

C Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi.

Putih topinya, putih bajunya, putih seluarnya


Putih kasutnya

F2 Persoalan tentang penjagaan kesihatan tubuh badan.

H Kesihatan tubuh badan yang baik adalah kurniaan Allah swt yang perlu disyukuri
kerana akan membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan yang sempurna.
Seseorang itu wajar menjaga kesihatan dirinya agar kekal sihat. Penjagaan kesihatan
tubuh badan boleh dilakukan melalui pemilihan makanan yang sesuai dan seimbang,
melakukan senaman dan tidak mengambil bahan yang terlarang seperti rokok, dadah
atau arak.

B Kegagalan dalam menjaga kesihatan dengan mengambil pemakanan yang tidak


seimbang, tinggi kadar gula dan lemak, tidak bersenam dan sebagainya, akan
mendatangkan mudharat kepada tubuh badan.

C Sebaik selesai imam memberi salam


Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah ke luar
Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfalt

F3 Persoalan tentang mengingati Allah swt.

H Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah swt, melakukan amal makruf dan
meninggalkan segala laranganNya. Sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa mengingati
Allah swt dalam solat, zikir, doa dan sebagainya. Umat Islam yang sentiasa mengingati
Allah swt akan beroleh rahmat dan keampunanNya, seterusnya akan beroleh
ketenangan jiwa dan hidup yang sejahtera.

B Sekiranya tidak mengingati Allah swt, sebaliknya hanya memikirkan dunia semata-
mata, maka bersedialah untuk menghadapi kemurkaan Allah swt, hidup tidak tenang
dan bahagia.
C Setiap derap sepatunya
Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal

F4 Persoalan tentang sikap merendah diri.

H Kita adalah hamba Allah yang lemah serta serba kekurangan, kita perlu merendah diri
terhadap Allah swt. Sikap merendah diri adalah suatu sikap yang terpuji. Manusia
yang merendah diri akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah swt. Sikap
merendah diri boleh dilihat dalam doa-doa yang dipohon kepada Allah swt.
Pengharapan hanya kepada Allah swt untuk menunaikan segala permintaan.

B Sekiranya hidup dengan sikap sombong dan angkuh, Allah akan mencela orang ini,
bahkan mereka akan dibenci orang.

C Minta selamatkan saudara seagama


Selamat yang hidup
Selamat yang telah mati.
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Selamat semuanya

F5 Persoalan tentang mengamalkan sunnah Rasulullah.

H Sunnah Rasulullah saw ialah perkara-perkara yang dilakukan mahupun diucapkan oleh
Nabi Muhammad saw dan umat Islam yang beriman wajarlah mengikut sunnah Nabi.
Umat Nabi Muhammad saw yang mengikut sunnah Nabi saw akan dikurniakan
ganjaran pahala yang amat besar. Antara perkara sunnah Nabi saw ialah bersugi atau
bersiwak.

B Sekiranya seorang umat Islam tidak mengikut sunah Nabi saw, maka kehidupannya di
dunia mahupun di akhirat tidak akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan.

C Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi

F6 Persoalan tentang melakukan amal ibadat.

H Seorang umat Islam perlu melakukan amal ibadat sama ada amal ibadat wajib atau
ibadat sunat bagi menunjukkan ketaatan dan keimanan kepada Allah swt. Seorang
hamba Allah yang taat dan beriman akan dikurniakan ganjaran pahala yang besar serta
terhindar dari kemurkaan Allah swt. Banyak amal ibadat yang telah ditentukan untuk
dilakukan oleh seorang umat Islam seperti solat, berpuasa, bersedekah dan sebagainya.
Solat adalah ibadat yang wajib dilakukan oleh umat Islam dan solat berjemaah adalah
dituntut khususnya bagi jemaah lelaki.

B Sekiranya seorang umat Islam tidak melakukan amal ibadat kepada Allah swt, maka
Allah swt akan murka kepadanya.

C Pada setia subuh bening


Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang berjalan

F7 Persoalan tentang sikap prihatin.

H Sikap prihatin iaitu sikap mengambil berat akan hal ehwal orang lain adalah suatu sikap
mulia dan amat dituntut oleh agama Islam kerana umat Islam adalah bersaudara. Sikap
ini akan melahirkan suatu hubungan silaturrahim yang erat sesama anggota masyarakat
seterusnya masyarakat yang sejahtera dan harmoni dapat diwujudkan. Sikap prihatin
ini boleh dilihat apabila seorang muslim mendoakan saudaranya yang lain.

B Sekiranya seorang umat Islam tidak mempunyai sikap prihatin terhadap saudaranya
yang lain, masyarakat yang sejahtera dan harmoni tidak dapat diwujudkan.

C Minta selamatkan saudara seagama


Selamat yang hidup
Selamat yang telah mati.
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Selamat semuanya

Pilih 4 isi sahaja.

1 isi =4 markah (1 markah fakta, 1 markah Huraian, 1 markah Perbincangan, 1 markah


contoh)
4 isi X 4 markah = 16 markah
3. Berdasarkan ‘Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat’ sebagaimana yang termuat
dalam Permata Sastera Melayu;

a) Huraikan ciri-ciri sastera keagamaan [9]

F1 Memulakan cerita dengan Basmallah/Bismillah

H Sastera agama memulakan kisah doksologi iaitu dengan penggunaan


Basmallah/Bismillah bagi menggambarkan keagungan dan kebesaran Allah.

C Ini dapat dibuktikan menerusi penggunaan ungkapan “Bismillah il Rahman il Rahim”


dan “Wabihi Nastainu Billahit Taala” pada awal prosa Inilah Hikayat Peri
Menyatakan Nabi Wafat.

F2 Terdapat unsur-unsur mitos dan lagenda

H Berunsurkan lagenda dan bercampur aduk dengan bahan fiksyen bagi memberikan
gambaran yang lebih menarik kepada khalayak sesuai dengan zaman.

F3 Memfokuskan kisah-kisah nabi Muhammad s.a.w

H Sastera agama lazimnya akan mengetengahkan kejadian-kejadian penting dalam


sejarah Islam terutamanya yang melibatkan peristiwa yang terjadi ke atas Nabi
Muhammad s.a.w yang bertujuan untuk menyampaikan dakwah serta memuliakan
baginda sesuai dengan kenabian baginda.

C Hikayat Inilah Peri Menyatakan Nabi Wafat bertujuan untuk menceritakan peristiwa
detik-detik akhir kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang masih memperlihatkan sifat-
sifat terpuji baginda.

F4 Mengisahkan tentang ketokohan dan keistimewaan

H Sastera agama juga berfungsi sebagai medium untuk mengangkat ketokohan dan
keistimewaan yang ada pada nabi dan tokoh-tokoh Islam dalam sejarah
perkembangan Islam.

C Buktinya dalam hikayat ini ketokohan Nabi Muhammad s.a.w diperjelaskan menerusi
peristiwa kesanggupannya untuk dipukul oleh Akasyah bagi melunaskan hutangnya.

F5 Kisah/peristiwa yang benar-benar berlaku/sejarah Islam sebenar

H Peristiwa/kisah yang dipaparkan adalah kisah benar yang bersumberkan al-Quran dan
juga hadith nabi.

C Hikayat Inilah Peri Menyatakan Nabi Wafat ini adalah kisah benar yang
bersumberkan hadith yang sahih.

F6 Bermotifkan pengajaran dan Pendidikan

H Karya sastera agama dikarang untuk menyampaikan pengajaran dan pendidikan.


Banyak unsur/jalan cerita bermotifkan deduktif sesuai dengan ciri sastera keagamaan
yang dapat membentuk keperibadian mulia.
C Hikayat ini bermotifkan pengajaran dan pendidikan seperti mana pesanan dan nasihat
yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sebelum baginda wafat. Antaranya pesanan
baginda kepada anaknya Siti Fatimah supaya tidak meratapi pemergiannya dan
pengajaran yang ditunjukkan dari kisah Akasyah untuk membayar hutang.

F7 Bercirikan khutbah diakhir cerita

H Sastera agama akan diakhiri dengan khutbah. Tujuannya adalah untuk memberi
peringatan dan meninggalkan pesanan yang berguna kepada umat. Khutbah ini
sebagai panduan berterusan kepada umat sepanjang zaman.

C Contohnya diakhir karya ini, Nabi Muhammad telah menyampaikan khutbah terakhir
kepada umatnya sebelum kewafatan baginda.

Kemukakan 3 isi
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
3 isi  3 = 9 markah

b) Bincangkan nilai Islam yang dipaparkan dalam prosa tradisional ini sebagai sebuah karya
keagamaan. [16]

F1 Taat kepada Allah

H Taat kepada Allah merupakan sifat terpuji dan wajib kepada semua umat Islam.
Seseorang yang taat kepada Allah akan menjauhkan dirinya daripada melakukan
sebarang maksiat dan dapat membezakan perkara baik dan buruk.

B Sekiranya tidak taat kepada Allah, maka seseorang itu akan sentiasa berada dalam
kesesatan.

C Rasulullah sangat taat beribadat kepada Allah swt walaupun baginda berada dalam
keadaan uzur kerana tidak sihat. Baginda telah mengajak Ali untuk memimpinnya ke
masjid untuk menunaikan solat bersama-sama sidang jemaah.

F2 Bertaqwa

H Ketakwaan kepada Allah swt akan menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Orang
yang bertaqwa akan sentiasa dirahmati dan akan dijanjikan syurga yang abadi.

B Sekiranya tidak bertaqwa maka tidak mendapat keredhaan Allah swt.

C Rasulullah merupakan seorang yang bertakwa kepada Allah. Rasulullah menuruti dan
menerima firman Allah swt untuk dicabut nyawanya oleh malaikat maut. Rasulullah
juga menangis menerima firman Allah swt kerana takutkan sepeninggalannya ke
rahmatullah, umatnya tidak membawa ajaran agama Islam dan tidak beriman kepada
Allah.
F3 Bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan

H Sikap bertanggungjawab atas kesalahan/perbuatan yang dilakukan akan dapat


mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan.

B Sekiranya tidak bertanggungjawab, maka akan mencetuskan suasana yang lebih rumit
dan akan menyusahkan banyak pihak.

C Nabi Muhammad bertanggungjawab terhadap kesalahannya terhadap orang lain


dengan mengakui kesilapan yang dilakukan dan sanggup menerima balasan akibat
daripada perbuatannya sebagaimana dia mengakui akan kesilapannya terpukul
Akasyah semasa di medan perang dan baginda sanggup untuk dipukul oleh Akasyah
sebagai membayar hutangnya kerana tidak mahu malu apabila berhadapan dengan
Allah swt nanti.

F4 Kasih sayang terhadap keluarga

H Sayang menyayangi antara satu sama lain akan mewujudkan suanana yang harmoni.
Begitu juga nilai kasih sayang yang diterapkan dalam keluarga mampu mewujudkan
hubungan yang harmoni dan tidak sanggup untuk berpisah antara satu sama lain.

B Sekiranya tiada kasih sayang dalam keluarga maka akan menyebabkan hubungan
yang renggang dan keruntuhan institusi kekeluargaan.

C Contohnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Siti Fatimah yang teramat sedih dan
menangis apabila mengetahui Rasulullah akan Kembali ke rahmatullah kerana terlalu
kasihkan akan ayahandanya.

F5 Pemaaf atas kesilapan orang

H Sikap memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh orang lain mampu menjernihkan
suasana dan mengeratkan kembali hubungan sesama manusia. Memaafkan orang lain
akan menjadikan kita lebih tenang.

B Sekiranya tidak ada sikap pemaaf, seseorang itu akan sentiasa berada dalam keadaan
berdendam dan tidak aman. Sesuatu perkara juga tidak dapat diselesaikan dengan
mudah.

C Akasyah memaafkan kesalahan Rasulullah yang melakukan kesilapan tanpa sengaja


kerana terpalu badannya semasa perang. Dia sebenarnya tidak berniat untuk
memalukan Rasulullah.

F6 Amanah dalam melaksanakan tugas

H Dalam melaksanakan tugas dan urusan, sikap amanah amat penting agar seseorang itu
mendapat kepercayaan dari orang lain. Amanah mencerminkan keperibadian mulia.
Walaupun tugasan tersebut amat berat untuk dilakukan namun sekiranya kita amanah
maka Allah akan permudahkan segala urusan.

B Sekiranya tidak amanah, maka tugas yang dilakukan akan menjadi tidak sempurna.
C Malaikat Jibrail dan Malaikat maut amanah melaksanakan perintah Allah swt untuk
mengambil nyawa Nabi Muhammad.

F7 Sanggup berkorban

H Kesanggupan berkorban demi menyelamatkan orang lain memperlihatkan


keperihatinan yang tinggi dalam diri.

B Sekiranya tidak sanggup berkorban, akan mewujudkan sikap pentingkan diri sendiri.

C Abu Bakar al-Siddiq dan Siti Fatimah sanggup berkorban untuk menggantikan tempat
baginda Rasulullah untuk dipalu badannya oleh Akasyah kerana tidak sanggup
melihat Rasulullah yang sedang sakit dipalu dengan cemti oleh Akasyah.

Kemukakan 4 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah perbincangan, 1 markah
contoh)
4 isi  4 = 16 markah

4. Berdasarkan Hikayat Hang Tuah (Bab VII) dan Hikayat Hang Tuah (Bab XIX)
seperti yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, bincangkan peristiwa yang
menunjukkan Hang Tuah seorang watak epik yang hebat. [25]

Pendahuluan [3]

1 Hikayat Hang Tuah (Bab VII) dan Hikayat Hang Tuah (Bab XIX) tergolong dalam
Kesusasteraan epik yang juga dikenali sebagai sastera kepahlawanan yang
memfokuskan kepada watak yang menjadi wira dan menunjukkan kepahlawanan
sesuatu bangsa.

2 Lambang keagungan budaya bangsa. Menjadi sanjungan/keagungan


masyarakat/sumber inspirasi kepada masyarakat.

3 Latar belakang Hang Tuah- sebagai utusan Melaka ke Benua Keling, menjaga
keselamatan Raja Melaka.

4 Kemukakan isi-isi penting

Isi [20]

F1 Peristiwa Hang Tuah membunuh seorang penjurit yang pandai bermain


tombak dan keris.

H Patih Gajah Mada telah memerintahkan seorang penjurit yang pandai bermain tombak
dan keris untuk membunuh Hang Tuah semasa majlis mengadap raja di paseban.
Berlakulah pertarungan di antara penjurit tersebut dengan Hang Tuah. Hang Tuah
berjaya mematahkan serangan penjurit tersebut dengan ketangkasan dan
kebijaksanaannya sehingga penjurit itu terbunuh.

B Kegagalan Hang Tuah untuk bertindak secara tangkas dan bijak akan memungkinkan
penjurit tersebut gagal dikalahkan dan keselamatan Hang Tuah serta Raja Melaka
terancam.

F2 Peristiwa Hang Tuah berjaya membunuh Taming Sari yang mengamuk.

H Taming Sari seorang penjurit Majapahit yang terkenal telah mengamuk di luar
paseban menyebabkan ramai yang terbunuh. Kemudian berlakulah pertarungan di
antara Hang Tuah dengan Taming Sari. Dengan kebijaksanaan dan keberanian Hang
Tuah, Taming Sari berjaya dibunuh setelah Hang Tuah menukarkan kerisnya dengan
keris Taming Sari yang sakti.

B Kegagalan Hang Tuah untuk bertindak bijak dan berani mungkin akan mendatangkan
ancaman kepada keselamatan dirinya mahupun raja Melaka.

F3 Kehebatan berbahasa Bijaya Nagaram.

H Hang Tuah dikatakan amat fasih berbahasa Bijaya Nagaram sehingga raja Krisna
Rayan dan para menteri dari Benua Keling merasa hairan. Kebolehan dan kefasihan
dalam bertutur dalam bahasa asing akan membolehkan komunikasi antara dua pihak
berjalan lancar.

B Kegagalan menguasai bahaas asing akan menyukarkan komunikasi antara dua pihak
yang berlainan bahasa seterusnya memungkinkan berlakunya salah faham.

F4 Pandai membuat ubat beranak untuk isteri Nala Sang Guna.

H Hang Tuah telah dijadikan sebagai anak angkat oleh Nala Sang Guna yang ketiadaan
anak. Hang Tuah dengan kepandaiaannya, telah membuat ubat beranak seperti yang
diminta oleh Nala Sang Guna.

B Ketiadaan mempunyai kepandaian dalam ilmu membuat ubat beranak akan


mendatangkan rasa kecewa kepada seseorang yang mengharapkan agar dikurniakan
anak.

F5 Berani menunggang kuda teji.

H Krisna Rayan telah meminta Hang Tuah untuk menunggang kuda teji yang
diumpamakan seperti seekor harimau. Hang Tuah dengan keberaniannya telah
menyahut cabaran tersebut dan berjaya menunggang kuda teji itu. Keberanian Hang
Tuah amat dikagumi dan dipandang tinggi oleh Krisna Rayan.

B Sekiranya Hang Tuah tidak mempunyai keberanian untuk menunggang kuda teji,
maka kuda itu akan gagal untuk ditunggang dan Hang Tuah akan dipandang hina oleh
orang lain.
F6 Bijak menyelesaikan masalah yang dihadapi.

H Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, seseorang itu hendaklah menggunakan


kebijaksanaannya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Nala Sang Guna
menghadapi masalah untuk menggunakan kayu api bagi mengadakan kenduri kerana
kayu api tidak dibenarkan dijual kepadanya. Hang Tuah dengan kebijaksanaannya
telah memberikan idea kepada Nala Sang Guna supaya menggunakan kain yang
dicelup ke dalam minyak bagi menggantikan kayu api. Kebijaksanaan yang dimiliki
oleh Hang Tuah telah menyebabkan beliau disanjungi dan dihormati oleh orang lain.

B Sekiranya sifat kebijaksanaan ini tidak dimiliki, sesuatu masalah yang mudah
sekalipun tidak akan dapat diselesaikan, seterusnya akan menimbulkan banyak
masalah yang lain serta seseorang itu tidak akan disanjungi mahupun dihormati.

F7 Pandai bermain permainan ajaib.

H Semasa Hang Tuah sedang mengadap Krisna Rayan, beliau memohon untuk
mempersembahkan suatu permainan ajaib. Beliau mengeluarkan satu benih kayu lalu
menanamnya, setelah ditanam, benih kayu itu terus tumbuh dan berdaun. Sesaat
kemudian, berbunga, berputik dan berbuah masak. Apabila buahnya dimakan maka
pohon kayu berkenaan pun ghaib. Kebolehan dan keistimewaan yang dimiliki dalam
sesuatu perkara akan meletakkan seseorang itu pada kedudukan yang tinggi.

B Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kebolehan dan kepandaian dalam sesuatu
perkara, maka dia tidak akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

F8 Berani berhadapan dengan Feringgi.

H Sewaktu rombongan Hang Tuah sampai ke Benua China, Syahbandar telah menyuruh
kapal Hang Tuah untuk berlabuh berdekatan kapal Feringgi dan hal ini telah
menimbulkan kemarahan kepada Feringgi dan mereka mengancam untuk membedil
kapal rombongan Hang Tuah. Hang Tuah tidak gentar dengan ancaman Feringgi ini.

B Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai sifat keberanian, maka mudahlah bagi
musuh untuk menewaskan mereka.

F9 Dapat melihat wajah maharaja China yang berada dalam mulut naga.

H Rasa ingin tahu yang kuat dalam diri Hang Tuah untuk melihat wajah maharaja China
yang dilarang daripada dilihat oleh rakyat jelata, telah membuatkan Hang Tuah
melakukan tipu muslihat. Hang Tuah menyatakan bahawa orang Keling tidak tidak
makan ikan dan daging, sebaliknya makan sayur, daun, dan buah kayu. Akhirnya,
semasa menjamu selera Hang Tuah mengambil sayur kangkung yang tidak dipotong,
diangkat ke dahi, dan disuap sambil melihat Raja China yang duduk di dalam mulut
naga emas bersisik permata.

B Sekiranya tiada keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu, maka apa-apa yang
dihajati tidak akan dapat dicapai.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian, 1 markah Perbincangan, 1
markah Contoh )
5 isi x 4 markah = 20 markah

Penutup [2]
Merumuskan isi – memberi pandangan / implikasi / harapan / penilaian / penegasan

SOALAN 5
Huraikan citra masyarakat dalam cerpen ‘Mitos Secekak Kertas Tisu’ yang boleh dijadikan
panduan dalam kehidupan anda sebagaimana yang termuat dalam Permata Sastera Melayu.
[25]

Pendahuluan [3]

1. Citra masyarakat merupakan gambaran keseluruhan dalam kehidupan sesebuah


masyarakat.

2. Cerpen ini bertemakan kemasyarakatan dengan paparan masalah ekonomi semasa,


iaitu kejatuhan nilai mata wang.

3. Kemukakan isi-isi penting.

Isi [20]

F1 Masyarakat yang mempunyai sikap kasih sayang.

H Kasih sayang merupakan pengikat hubungan sesama manusia. Sikap kasih sayang
yang disemai akan mewujudkan hubungan yang baik dan harmoni. Begitu juga kasih
sayang dalam kekeluargaan. Hubungan suami isteri akan lebih kukuh apabila sikap
kasih sayang ini disemai. Dengan adanya sikap kasih sayang dalam diri, saya akan
lebih menghargai orang di sekeliling.

C Ibu penulis sangat kasih dan sayang akan suaminya. Kasih sayang pada suaminya
tidak pernah luak dan tetap utuh walaupun telah menjangkau usia emas.

F2 Masyarakat yang rasional.

H Akal fikiran manusia sebenarnya adalah keyakinan yang akan menentukan apa jua
keputusan yang akan dibuat. Berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan
dapat mematangkan tindakan. Dengan adanya pemikiran rasional ini akan
menjadikan saya seorang yang lebih yakin dalam membuat sesuatu keputusan.

C Ayah penulis yakin dengan akal fikirannya. Oleh sebab itu dia dapat merasakan
kesan kejatuhan mata wang yang turut mempengaruhi kehidupan penulis.
F3 Masyarakat yang yakin dengan kekuasaan Allah.

H Sesuangguhnya hanya Allah sahaja yang mampu memberi rezeki melimpah ruah
kepada manusia. Keyakinan kita kepada Allah akan meningkatkan lagi keimanan.
Mempunyai wang yang melimpah ruah sememangnya penting namun ia bukanlah
penentu kepada kebahagiaan dalam hidup. Yakin dengan kekuasaan Allah akan
menjadikan saya sebagai umat serta insan yang bersyukur dan sentiasa bertaqwa
kepadaNya.

C Menerusi cerpen ini, pengarang sedar dan yakin dengan kekuasaan Allah yang
memberi rezeki kepada manusia dan makhluk lain di muka bumi ini, dan wang
bukanlah pemberi rezeki kepada manusia.

F4 Masyarakat yang setia.

H Kesetiaan merupakan perasaan yang tidak berbelah bagi dan mempunyai


kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang. Walaupun keadaan sukar dan getir,
namun jika seseorang itu mempunyai sikap setia maka ia akan terus berada di
samping insan yang disayangi. Maka saya perlu menjadikan sikap setia ini sebagai
panduan dalam kehidupan agar saya lebih menghargai orang disekeliling.

C Ibu penulis setia berada bersama dengan ayahnya biarpun kehidupan mereka diuji
dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

F5 Masyarakat yang sentiasa berdoa/beriman.

H Doa merupakan senjata orang mukmin untuk beroleh kesejahteraan hidup di dunia
dan akhirat. Doa yang tulus ikhlas akan dimakbulkan oleh Allah. Sesungguhnya
orang yang sentiasa berdoa akan dekat dengan Allah swt dan menjadikan mereka
lebih beriman. Oleh itu saya sebagai seorang hamba Allah perlulah sentiasa berdoa
dan beriman kepada Allah agar kehidupan saya lebih dirahmati.

C Contohnya Aku berdoa agar diperteguhkan keimanan dalam menghadapi masalah


kejatuhan nilai mata wang. Bagi Aku, hidup ini diibaratkan ikan di laut dan burung
di udara yang masih bebas berterbangan mencari rezeki tanpa memperdulikan nilai
wang yang jatuh.

F6 Masyarakat yang redha akan ketentuan Allah.

H Apabila ditimpa sesuatu masalah atau musibah dalam kehidupan ini, manusia perlu
redha dan tawakal di atas apa jua musibah yang menimpa. Manusia harus sedar dan
redha semua musibah itu adalah ujian yang Allah berikan. Oleh itu saya perlu redha
akan segala kesulitan yang ditempuhi dalam kehidupan agar menjadikan saya
seorang yang lebih sabar, tenang dan tidak mudah kecewa.

C Pengarang menyatakan bahawa beliau tiba-tiba berasa fana dalam kekuasaan Allah
yang memberi rezeki kepada seluruh makhluk di muka bumi.

F7 Masyarakat yang insaf/taubat

H Kita perlulah insaf dan kembali ke pangkal jalan apabila menyedari telah melakukan
kesilapan. Seandainya kita tidak insaf dan bertaubat mungkin kita akan terus berada
dalam kesesatan dan sentiasa mengulangi kesilapan yang boleh memusnahkan diri
sendiri. Keinsafan akan menjadikan saya lebih berhati-hati dan menghindari dari
mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

C Contohnya, pada peringkat awal Aku menjadi resah dan bimbang dengan kejatuhan
nilai wang kerana beranggapan bahawa wang adalah pemberi rezeki. Namun Aku
cepat tersedar dan insaf bahawa sebenarnya Allah yang berkuasa memberi rezeki
kepada manusia.

F8 Masyarakat yang mempercayai rezeki adalah ketentuan Allah.

H Rezeki manusia tidak semestinya berupakan wang semata-mata. Rezeki boleh berupa
kesihatan yang baik, ketenangan, anak-anak yang soleh dan sebagainya. Namun ada
segolongan manusia beranggapan bahawa rezeki adalah memiliki harta dan wang
yang banyak. Oleh itu saya perlu mempercayai bahawa rezeki adalah ketentuan
Allah dan saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki yang
telah dijanjikan oleh Allah.

C Contohnya, pengarang memberikan gambaran bahawa ikan di laut dan burung di


udara yang masih bebas berterbangan mencari rezeki tanpa memperdulikan nilai
wang yang jatuh kerana rezeki yang dikurniakan oleh Allah ada di mana-mana
sahaja.

Kemukakan 5 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
5 isi  4 = 20 markah

Penutup [2]
Merumuskan isi – memberi pandangan / implikasi / harapan / penilaian / penegasan
SOALAN 6

6. Huraikan gambaran masyarakat dalam drama Asiah Samiah sebagaimana yang


termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]

Pengenalan [3]

1 Drama Asiah Samiah bertemakan ketidakadilan sosial iaitu kehidupan masyarakat


yang terdiri daripada golongan yang berpengaruh, berkuasa serta mempunyai harta
kekayaan melakukan penindasan terhadap golongan bawahan demi kepentingan diri
sendiri.

2 Drama Asiah Samiah mengisahkan Asiah Samiah yang dipaksa berkahwin dengan
Misa Sagaraga yang berpengaruh, berkuasa dan berharta oleh kedua-dua ibu
bapanya yang berfikian bahawa kebahagiaan terletak kepada kekayaan harta benda.

3 Kemukakan isi-isi penting.

Isi [20]

F1 Masyarakat yang kecewa kerana cinta yang tidak kesampaian.

H Kecewa adalah perasaan dukacita kerana tidak tercapai cita-cita atau harapan dan
sebaginya. Kegagalan dalam percintaan boleh berpunca daripada perbezaan darjat.
Kegagalan dalam percintaan akan membawa kepada kekecewaan dalam hidup serta
boleh menjadikan seseorang itu hidup dalam resah gelisah dan mengalami tekanan
perasaan. Sekiranya percintaan dan kasih sayang antara pasangan berjaya
dipertahankan, maka kebahagiaan akan dikecapi oleh pasangan itu.

C Asiah Samiah gagal dalam percintaannya dengan Anas Samanda kerana status
mereka yang berbeza menyebabkan Asiah Samiah akhirnya mengalami tekanan
perasaan apabila dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.

F2 Masyarakat yang setia dalam percintaan.

H Setia adalah perasaan patuh atau teguh hati kepada pasangan. Sifat setia adalah
penting di dalam sesuatu perhubungan percintaan. Kesetiaan antara pasangan akan
mengukuhkan kasih saying yang terjalin dalam percintaan. Pasangan yang setia
akan sanggup menunggu kehadiran kekasih hatinya walaupun tidak pasti saat
kemunculannya.

C Asiah Samiah terlalu setia kepada Anas Samanda. Asiah Samiah sanggup
menunggu Anas Samanda dalam keadaan ketidakpastian biarpun masa telah berlalu
selama 15 tahun.

F3 Masyarakat yang penyayang

H Bermaksud masyarakat yang mengasihi orang lain. Ibu bapa sudah semestinya
menyayangi anak-anak anugerah Allah kepada mereka. Kasih sayang sesama
anggota keluarga akan mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni.
C Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin sayangkan anak mereka Asiah
Samiah. Mereka mahu anak mereka hidup bahagia dan senang. Justeru mereka
memilih Misa Sagaraga yang berpengaruh, kaya raya untuk dikahwinkan dengan
Asiah Samiah
.
F4 Masyarakat yang dipengaruhi oleh pengaruh, kuasa dan wang ringgit

H Pengaruh, kuasa dan wang ringgit sememangnya menjadi rebutan banyak orang.
Golongan yang mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit akan dipandang hebat
dan mulia oleh anggota masyarakat.

C Ibu bapa Asiah Samiah memilih Misa Sagaraga untuk menjadi menantu mereka.
Misa Sagaraga mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit, yang dikatakan dapat
memberi kebahagiaan kepada anak mereka Asiah Samiah.

F5 Masyarakat yang sanggup berjuang untuk mempertahankan maruah dan hak

H Maruah dan hak yang dimiliki haruslah dipertahankan dengan bersungguh-sungguh.


Hak ini mungkin berupa harta, tanah atau maruah diri. Perjuangan mempertahankan
hak akan memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi sehingga ke tahap sanggup
bergadai nyawa.

C Anas Samanda berusaha mempertahankan haknya. Anas Samanda sanggup


berjuang menentang Misa Sagaraga demi untuk mendapatkan kembali tanah yang
merupakan hak keluarganya walaupun terpaksa berdepan dengan maut.

F6 Perbezaan darjat dalam kalangan masyarakat

H Perbezaan kedudukan antara miskin dan kaya menyebabkan berlakunya


kepincangan hidup dalam masyarakat juga boleh mengakibatkan berlakunya
ketidakharmonian dalam hidup.

C Anas Samanda anak petani dan hidup miskin. Justeru dia tidak diterima oleh
keluarga Asian Samiah yang berkedudukan tinggi.

F7 Masyarakat yang percaya terhadap bomoh dan makhluk halus

H Sebahagian anggota masyarakat menyelesaikan masalah kejiwaan dengan


berujmpa bomoh. Walaubagaimanapun, kepercayaan kepada bomoh dan makhluk
halus boleh merosakkan kehidupan seseorang.

C Sari Saribiru adalah anak buah Pawang Sitam. Pawang Sitam pula memiliki banyak
makhluk halus yang dikatakan sangat membantu jika terkena sampuk.

F8 Masyarakat yang menyalahgunakan kuasa

H Kuasa yang dimiliki adalah untuk membawa kebaikan dan keharmonian dalam
masyarakat jika ianya diurus dan ditadbir dengan baik. Perbuatan
menyalahgunakan kuasa akan menyebabkan berlakunya keporakperandaan dalam
masyarakat serta ada pihak lain yang dinafikan haknya serta dizalimi.
C Misa Sagaraga adalah seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Tetapi sebaliknya
dia telah menyalahgunakan kuasanya. Sehingga hak Anas Samanda dan Asiah
Samiah dinafikan.

F9 Masyarakat yang memandang kebahagiaan dari sudut kebendaan.

H Bagi sebahagian masyarakat, kekayaan dan kemewahan boleh mendatangkan


kebahagiaan dalam kehidupan. Harta dan wang ringgit menjadi ukuran dalam
menentukan kebahagiaan seseorang.

C Ibu bapa Asiah Samiah telah memilih Misa Sagaraga yang kaya raya sebagai
menantu. Bagi mereka berdua, kuasa, pengaruh, dan kekayaan dianggap sebagai
faktor kebahagiaan kepada anaknya. Akhirnya, Asiah Samiah yang menderita.

F10 Masyarakat yang patuh kepada ibu bapa.

H Taat dan patuh kepada orang tua atau ibu bapa adalah amalan yang terpuji dan mulia.
Anak-anak yang menghormati ibu bapa mereka akan mendapat rahmat dan kasih
sayang Allah swt.
C Asiah Samiah terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga, pilihan ibu bapanya.
Asiah Samiah terpaksa patuh kepada pilihan ibu bapanya.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah Fakta, 2 markah Huraian Perbincangan, 1 markah Contoh )
5 isi x 4 markah = 20 markah

Penutup [2]

Merumuskan isi – memberi pandangan / implikasi / harapan / penilaian / penegasan

SKEMA JAWAPAN TAMAT

You might also like