Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN
PERTANDINGAN
SKETSA RUKUN NEGARA
2023

0
FORMAT
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA
(Kategori Kelab Malaysiaku)

1. Pertandingan bagi kategori Kelab Malaysiaku akan dilaksanakan dalam tiga


(3) peringkat iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

1.1. Pertandingan Peringkat Daerah

1.1.1 Pertandingan di peringkat daerah akan dikendalikan


sepenuhnya oleh Pejabat Penerangan Daerah (PPD) dengan
kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah dan Guru Penyelaras
Kelab Malaysiaku;

1.1.2 Penyertaan di peringkat daerah adalah melalui penyertaan


video yang dihantar kepada PPD;

1.1.3 Setiap kumpulan yang bertanding wajib mengemukakan skrip


asal kepada Penyelaras Kelab Malaysiaku di daerah bagi
tujuan saringan di peringkat daerah;

1.1.4 Setiap daerah perlu mewujudkan Ahli Jawatankuasa Panel


Penilai di Peringkat Daerah bagi membuat penilaian skrip dan
persembahan terbaik untuk mara ke Pertandingan Sketsa Rukun
Negara Peringkat Negeri; dan

1.1.5 Semua peserta yang bertanding diwajibkan untuk mengisi


Borang Pendaftaran Peserta (Lampiran A) dan direkodkan oleh
PPD sebelum dikemukakan salinan ke Jabatan Penerangan
Negeri.

1
1.2. Pertandingan Peringkat Negeri

1.2.1 Pertandingan di peringkat negeri akan dikendalikan oleh


Jabatan Penerangan Negeri dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Negeri;

1.2.2 Pelaksanaan pertandingan adalah secara bersemuka mengikut


tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
pertandingan peringkat negeri;

1.2.3 Penyertaan Pertandingan Peringkat Negeri adalah terdiri


daripada kumpulan peserta yang mewakili setiap daerah;

1.2.4 Semua peserta yang bertanding diwajibkan untuk mengisi


Borang Pendaftaran Peserta (Lampiran A) dan direkodkan oleh
Jabatan Penerangan Negeri sebelum dikemukakan salinan
kepada urus setia peringkat kebangsaan;

1.2.5 Satu Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri perlu


diwujudkan bagi membuat penilaian skrip dan persembahan
terbaik untuk mara ke Pertandingan Sketsa Rukun Negara
Peringkat Kebangsaan;

1.2.6 Setiap kumpulan yang bertanding juga wajib mengemukakan


skrip persembahan kepada Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Negeri sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7)
hari sebelum pertandingan bermula;

1.2.7 Johan Pertandingan Peringkat Negeri seterusnya akan


bertanding di peringkat kebangsaan. Setiap negeri diwajibkan
untuk menghantar satu (1) wakil kumpulan sahaja bagi mewakili
negeri masing-masing; dan

2
1.2.8 Setiap kumpulan yang mewakili negeri masing-masing
dibenarkan untuk membuat pindaan skrip atas tujuan
penambahbaikan seterusnya merekodkan persembahan dalam
format video bagi tujuan saringan peringkat Kebangsaan.

1.3. Pertandingan Peringkat Kebangsaan

1.3.1 Pertandingan di peringkat Kebangsaan akan diurussetiakan oleh


Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan
Masyarakat (BPKPM), Ibu Pejabat dengan kerjasama daripada
urus setia negeri yang menjadi tuan rumah pertandingan;

1.3.2 Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Kebangsaan akan


dilaksanakan secara dua (2) peringkat iaitu Peringkat Saringan
dan Peringkat Akhir;

1.3.3 Sebanyak lima belas (15) buah kumpulan yang mewakil negeri
masing-masing akan bertanding di peringkat saringan yang
akan diadakan secara penjurian video bagi bagi memilih enam
(6) kumpulan terbaik ke pertandingan akhir;

1.3.4 Setiap kumpulan yang bertanding wajib mengemukakan skrip


dan video persembahan dan kepada urus setia peringkat
kebangsaan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7) hari
sebelum penjurian saringan bermula;

1.3.5 Enam (6) kumpulan terbaik yang terpilih di peringkat saringan


akan berentap di Pertandingan Akhir Sketsa Rukun Negara yang
dilaksanakan secara bersemuka;

3
1.3.6 Setiap kumpulan yang mara ke Pertandingan Akhir Sketsa Rukun
Negara dibenarkan untuk membuat pindaan skrip persembahan
atas tujuan penambahbaikan dan mengemukakan skrip tersebut
kepada urus setia peringkat kebangsaan sekurang-kurangnya
dalam tempoh sepuluh (10) hari sebelum pertandingan akhir
bermula; dan

1.3.7 Semua peserta yang bertanding juga diwajibkan untuk mengisi


Borang Pendaftaran Peserta (Lampiran A) bagi tujuan rekod
pihak urus setia peringkat kebangsaan.

**Nota: Spesifikasi penerbitan video bagi pertandingan Sketsa Rukun Negara peringkat daerah dan
kebangsaan (Saringan) adalah seperti di Lampiran Teknikal

4
FORMAT
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA
(Kategori Khas OKU)

1. Pertandingan akan dilaksanakan di peringkat Kebangsaan sahaja.

2. Pertandingan akan dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Komunikasi


dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), JaPen, Putrajaya dengan
kerjasama strategik daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU;

3. Sebanyak lima (5) buah kumpulan yang mewakili NGO masing-masing akan
bertanding di peringkat Kebangsaan;

4. Setiap kumpulan hendaklah mengemukakan skrip persembahan kepada


urus setia sekurang-kurangnya dalam tempoh sepuluh (10) hari sebelum
pertandingan bermula; dan

5. Semua peserta yang bertanding juga diwajibkan untuk mengisi


Borang Pendaftaran Peserta (Lampiran A) bagi tujuan rekod pihak urus setia
peringkat kebangsaan.

5
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA
(Kategori Kelab Malaysiaku)

1. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah


menengah yang mempunyai Kelab Malaysiaku yang berumur antara
13 hingga 19 tahun. Keutamaan penyertaan diberikan kepada ahli-ahli Kelab
Malaysiaku;

2. Pertandingan adalah berasaskan kepada persembahan peserta secara


berkumpulan yang terdiri daripada empat (4) hingga lima (5) orang (tidak
termasuk petugas teknikal kumpulan) dan digalakkan terdiri daripada
pelbagai kaum;

3. Setiap kumpulan diwajibkan membentuk cerita dan menghuraikan melalui


skrip serta persembahan seni lakon mengenai Rukun Negara;

4. Persembahan hendaklah disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan


dibenarkan membuat petikan dalam bahasa-bahasa lain (bahasa daerah
dan setempat);

5. Setiap kumpulan diberikan 15 minit maksima masa persembahan.


Persembahan akan dikira melalui perkataan pertama yang diucapkan oleh
peserta;

6. Persembahan juga mestilah menjaga tatasusila antara pelakon lelaki dan


wanita;

7. Peserta tidak dibenarkan menggunakan isyarat atau bahasa badan yang


kurang sopan. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik,
bahasa, agama, bangsa dan kebudayaan atau keperibadian seseorang
adalah dilarang sama sekali;

6
8. Panel Hakim pertandingan berhak membatalkan persembahan sekiranya
kumpulan gagal mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan di
atas;

9. Pihak penganjur juga berhak untuk membatalkan penyertaan tanpa


sebarang rayuan sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan oleh
peserta dalam Borang Penyertaan Peserta adalah tidak benar.

Hak Mengguna

10. Kumpulan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini


hendaklah bersetuju untuk memberi hak cipta secara mutlak kepada JaPen
untuk mengguna, menghasilkan semula, menyunting, mempamer,
menyiarkan, menjadikannya sebagai sumber, mengubah suai dan menerbit
ke seluruh dunia dan untuk apa-apa tujuan yang tidak boleh ditarik balik,
penggunaan yang berterusan dan bebas dari sebarang royalti; dan

11. Setiap bahan yang diterima daripada kumpulan peserta pertandingan tidak
akan dikembalikan. Ia menjadi hak milik JaPen sepenuhnya. Sinopsis yang
telah dikemukakan untuk penyertaan kepada pihak penganjur juga tidak
dibenarkan untuk digunakan semula oleh kumpulan peserta bagi
pertandingan yang lain.

Penafian

12. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya
kumpulan peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar
hak cipta mana-mana pihak ketiga bagi skrip masing-masing.

7
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA
(Kategori Khas OKU)

1. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada OKU berumur 15 hingga 20


tahun;

2. Pertandingan adalah berasaskan kepada persembahan peserta secara


berkumpulan yang terdiri daripada empat (4) hingga lima (5) orang
(tidak termasuk petugas teknikal kumpulan) dan digalakkan terdiri daripada
pelbagai kaum;

3. Setiap kumpulan diwajibkan membentuk cerita dan menghuraikan melalui


skrip serta persembahan seni lakon mengenai Rukun Negara;

4. Persembahan hendaklah disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan


dibenarkan membuat petikan dalam bahasa-bahasa lain (bahasa daerah
dan setempat);

5. Setiap kumpulan diberikan 15 minit maksima masa persembahan.


Persembahan akan dikira melalui perkataan pertama yang diucapkan oleh
peserta;

6. Persembahan juga mestilah menjaga tatasusila antara pelakon lelaki dan


wanita;

7. Peserta tidak dibenarkan menggunakan isyarat atau bahasa badan yang


kurang sopan. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik,
bahasa, agama, bangsa dan kebudayaan atau keperibadian seseorang
adalah dilarang sama sekali;

8. Panel Hakim pertandingan berhak membatalkan persembahan sekiranya


kumpulan gagal mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan di
atas;
8
9. Pihak penganjur juga berhak untuk membatalkan penyertaan tanpa
sebarang rayuan sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan oleh
peserta dalam Borang Penyertaan Peserta adalah tidak benar.

Hak Mengguna

10. Kumpulan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini


hendaklah bersetuju untuk memberi hak cipta secara mutlak kepada JaPen
untuk mengguna, menghasilkan semula, menyunting, mempamer,
menyiarkan, menjadikannya sebagai sumber, mengubah suai dan menerbit
ke seluruh dunia dan untuk apa-apa tujuan yang tidak boleh ditarik balik,
penggunaan yang berterusan dan bebas dari sebarang royalti; dan

11. Setiap bahan yang diterima daripada kumpulan peserta pertandingan tidak
akan dikembalikan. Ia menjadi hak milik JaPen sepenuhnya. Sinopsis yang
telah dikemukakan untuk penyertaan kepada pihak penganjur juga tidak
dibenarkan untuk digunakan semula oleh kumpulan peserta bagi
pertandingan yang lain.

Penafian

12. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya
kumpulan peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar
hak cipta mana-mana pihak ketiga bagi skrip masing-masing.

9
PERATURAN-PERATURAN
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA

1. Setiap kumpulan diberikan masa 10 hingga 15 minit maksima persembahan


(termasuk masa persiapan props dan sebagainya)

2. Loceng akan dibunyikan bagi memberi isyarat atau petunjuk seperti berikut:

Jumlah Deringan Loceng Isyarat / Petunjuk

Loceng Pertama  Dibunyikan menandakan persembahan


bermula apabila peserta mengucapkan
perkataan yang pertama.

Loceng Kedua  Dibunyikan menandakan masa


persembahan telah sampai ke minit ke-13.

 Memberi isyarat untuk peserta bersedia


menamatkan persembahan pada minit ke-
15.

Loceng Ketiga  Dibunyikan menandakan masa


persembahan telah tamat (15 minit)

 Tiada sebarang markah diberikan bagi


persembahan selepas minit ke-15.

3. Setiap kumpulan diberikan kebenaran untuk menggunakan alat bantuan


pandang dengar (alat media, video dan audio), props dan bahan sokongan
lain yang bersesuaian bagi melancarkan dan memantapkan persembahan
penceritaan masing-masing. Pengendalian peralatan sokongan tersebut
perlu diuruskan sendiri oleh peserta atau petugas teknikal kumpulan masing-
masing sama ada sebelum persembahan bermula dan selepas
persembahan tamat.

10
4. Penggunaan sebarang objek tajam, bahan letupan dan bahan-bahan
berbahaya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Penyertaan hasil karya skrip yang mengandungi unsur-unsur politik atau ayat
yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) seperti bahasa
lucah akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara Panel
Hakim.

6. Panel Hakim berhak menegur dan mengarahkan kumpulan peserta untuk


memberhentikan persembahan serta-merta sekiranya didapati kumpulan
melanggar peraturan-peraturan di atas.

7. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atas keputusan


tidak akan dipertimbangkan.

8. Semua peserta yang mewakili negeri masing-masing juga diwajibkan untuk


mematuhi peraturan / arahan program yang telah ditetapkan oleh Urus Setia
Peringkat Kebangsaan pada setiap masa.

11
KRITERIA PEMILIHAN PANEL HAKIM
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA

1. Pelantikan Panel Hakim bagi Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat


Daerah dan Negeri akan ditentukan dan dilantik oleh Pejabat Penerangan
Daerah dan Jabatan Penerangan Negeri masing-masing. Manakala
Peringkat Kebangsaan ditentukan dan dilantik oleh urus setia BPKPM, JaPen,
Putrajaya.

2. Senarai panel juri / hakim yang akan terlibat dalam sesi penghakiman

pertandingan Sketsa Rukun Negara adalah seperti berikut:

a. Ketua Hakim;

b. Hakim 1;

c. Hakim 2; dan

d. Penjaga masa

3. Pemilihan panel hakim haruslah terdiri daripada:


a. Seorang (1) tokoh budaya / akademik;
b. Seorang (1) penggiat seni; dan
c. Seorang (1) pegawai JaPen.

4. Penjaga masa yang dilantik adalah melibatkan pegawai atau urus setia
JaPen di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan masing-masing.

5. Panel hakim yang dilantik mestilah memahami kategori ketidakupaan yang


pelbagai dalam kalangan orang kurang upaya.

12
KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA

BIL. KRITERIA PENILAIAN SUB-KRITERIA PENILAIAN

1. ISI SKRIP (KEBERKESANAN MESEJ) i. Skrip hendaklah mengandungi


(30 markah) a. Sinopsis
b. Pengenalan (tafsiran)
c. Isi / Idea huraian
d. Rumusan
e. Penutup

ii. Ketepatan fakta

Diadili dalam aspek ketepatan fakta yang


dikemukakan dalam sketsa serta keaslian
(originality) penceritaan peristiwa, pemikiran,
persoalan, petikan dan lain-lain mengikut skrip
yang telah disediakan.

iii. Maklumat dan mesej kenegaraan Rukun Negara

Diadili dari segi keberkesanan dan relevannya


maklumat dan mesej yang cuba disampaikan.
Aspek ‘functional relevancy’ kepada masyarakat
Malaysia juga diutamakan.

2. TEKNIK PENYAMPAIAN DAN i. Pembuka Cerita


PERSEMBAHAN
Diadili dari strategi pembuka cerita yang menarik
(30 markah) dan dapat menerangkan definisi serta matlamat
tajuk. Ini termasuk latar (masa, tempat, waktu
dan masyarakat).

ii. Pengolahan Cerita

Diadili dari kaedah yang digunakan untuk


menonjolkan elemen penting bagi menjelaskan
tajuk. Ini termasuk penggunaan ruang atau
penguasaan pentas yang efektif. Penilaian juga
meliputi :

a. Permulaan cerita/ kisah


b. Perkembangan
c. Konflik
d. Punca/ klimaks
e. Peleraian/ penyelesaian masalah atau
konflik cerita

13
BIL. KRITERIA PENILAIAN SUB-KRITERIA PENILAIAN

iii. Penutup cerita/ kisah

Diadili dalam aspek kebolehan menjiwai watak


dan perwatakan (emosi). Disamping itu,
penilaian mengambil kira aspek penyampaian
idea yang tersusun/ teratur berasaskan
komunikasi lisan yang berkesan memenuhi skop
tajuk.

iv. Gaya pemakaian dan prop

Diadili dari aspek pemakaian dan props yang


sesuai dengan persembahan.

3. BAHASA i. Sebutan bahasa yang jelas dan tepat (sebutan


dialog), gaya bahasa yang berkesan dan tepat
(20 markah) dengan maksud yang hendak disampaikan.

ii. Bahasa badan atau aksi realiti (fizikal) dan


mental (mimik muka dan lain-lain) melalui dialog.

4. ADAB i. Bahasa

(5 markah) Diadili dari segi penggunaan Bahasa Melayu


dengan struktur ayat yang jelas, tepat, puitis dan
sebutan yang jelas melalui dialog yang lancar.

ii. Markah akan ditolak sekiranya persembahan


menyentuh isu-isu sensitif berkaitan politik,
individu, bahasa, kebudayaan, peribadi,
perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan.

5. PENGGUNAAN TEKNIK Kemahiran menggunakan teknik dan kaedah


KOMUNIKASI DAN ALAT komunikasi berkesan serta keselesaan menggunakan
SOKONGAN peralatan untuk menyampaikan sketsa.

(10 markah)

6. MARKAH BONUS i. Dinilai berasaskan pengetahuan dan kebolehan


serta penggunaan bahasa yang menekankan
(5 markah) unsur-unsur budaya sastera (peribahasa, pantun,
gurindam dan lain-lain)

ii. Diadili berdasarkan penyertaan pelbagai kaum.

JUMLAH KESELURUHAN MARKAH = 100%

14
LAMPIRAN TEKNIKAL
SPESIFIKASI PENERBITAN VIDEO, SLAID ATAU BAHAN SOKONGAN
PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA

1. Video perlu merakamkan semua pergerakan peserta dengan jelas tanpa


menjejaskan penghayatan lakonan dalam sketsa yang disampaikan.

2. Bahan sokongan peserta seperti persembahan yang menggunakan video


dan bahan sokongan seperti infografik dan lain-lain perlu dimasukkan ke
dalam rakaman video persembahan.

3. Video yang dirakamkan perlulah jelas dan menggunakan format MP4


dengan spesifikasi resolusi Full HD 720p atau 1080p dengan nisbah bidang
video 16:9.

4. Video dan bahan sokongan perlulah dimuatnaik ke dalam satu fail yang
sama dan di namakan dengan nama kumpulan peserta.

15
Sila
kepilkan
gambar
berukuran
pasport

BORANG PENDAFTARAN PESERTA


PERTANDINGAN SKETSA RUKUN NEGARA TAHUN _____

NEGERI : ___________________
DAERAH : ___________________

MAKLUMAT PESERTA
NAMA :
NO. KAD PENGENALAN :
BANGSA :
SEKOLAH :
ALAMAT RUMAH :
NO. TELEFON BIMBIT :
EMEL :
MAKLUMAT PENYERTAAN
TAJUK PERTANDINGAN
SKETSA RUKUN NEGARA

Saya seperti nama di atas bersetuju untuk menyertai Pertandingan Sketsa Rukun
Negara bagi Tahun ________. Saya telah meneliti, membaca dan memahami
syarat-syarat peraturan pertandingan seperti mana yang telah dinyatakan.
Sekiranya saya melanggar salah satu peraturan tersebut, pihak penganjur berhak
untuk membatalkan penyertaan saya.

_____________________________ Tarikh: _________________


(Tandatangan peserta)
_________________________________________________________________________________
Untuk kegunaan urus setia:

_____________________________ Tarikh : ________________


(Cop Jabatan Penerangan Malaysia)

16

You might also like