Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 43

USL 4112 PERBANDINGAN AGAMA G3

SEMESTER I SESI 2023/2024

TUGASAN KUMPULAN:
“KRISTIAN DAN ISLAM:
SUATU ANALISIS KOMPARATIF”

NAMA PENSYARAH:
MUHAMMAD SYAHID BIN AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:
HAWANI BINTI HALIM (D21314118)
NUR ADRIANA SYAFIAH BINTI MOHD ALI (D22315331)
NURJASLINDA BINTI JAMALUDDIN (D22315383)
NURHAZIQAH BINTI NORHALIMI (D21314051)
NURHAFIZAH BINTI SAIDIN (D21313997)
NUR SHAFIQAH BINTI ALIAS (D21313977)
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
- Definisi Istilah/ Bahasa

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN

3.0 DOKTRIN (KEPERCAYAAN)


- The Gospels
- The Trinity
- The Original Sin
- Penyaliban Jesus

4.0 KITAB
- Perjanjian Lama
- Perjanjian Baru
- Injil Markus
- Injil Matius
- Injil Lukas
- Injil Yohanes

5.0 RITUAL DAN PERAYAAN

6.0 ANALISIS PERBANDINGAN KRISTIAN VS ISLAM

7.0 KESIMPULAN

8.0 RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN
1

1.0 PENGENALAN

Agama Kristian adalah agama monothesis yang berdasarkan kehidupan serta ajaran-

ajaran Yesus dari Nazaret. Manakala, penganut agama Kristian menganggap bahawa

Yesus merupakan anak Tuhan Bapa. Penganut agama Kristian juga mepercayai bahawa

Yesus wujud bersama Yahwe sebelum dunia tercipta. Selai itu, mereka juga percaya

bahawa Yesus telah dilahirkan oleh ibunya iaitu Maria, Yesus telah dibangkitkan

semula selepas hari ketiga kematiannya

Agama Kristian berasal daripada Palestin dan berteraskan ajaran Jesus atau Nabi Isa.

Pegasas bagi agama Kristian adalah Nabi Isa. Jesus dilahirkan di Baitul Laham dalam

likungan 4 S.M. Sewaktu berusia 30 Tahun. Tuhan telah turunkan Kitab Injl melalui

Nabi Isa sebagai panduan kepada umatnya.

Menurut orang Kristian juga, tumpuan Agama Kristian telah diberikan tumpuan kepada

kesucian Jesus yang dipanggil sebagai Tuhan (Jesus is Lord). Selain itu, agama Kristian

menekankan konsep kesatuan Tuhan iaitu merangkumi tiga unsur utama iaitu Tuhan

Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Agama Kristian ini berkembang dari semasa ke

semasa dan telah tersebar ke pelusuk dunia. Kesan dari perkembangan ini penganut

agama Kristian menajadi agam kedua terbesar selepas agama Islam. Terdapat beberapa

mazhab dalam agama Kristian ini iaitu Katolik, Protesian dan Ortodoks. Oleh disebkan
agama Kristian telah menerapkan nilai-nilai murni dan faktor-faktor yang lain dalam

agama ini menyebabkan agama Kristian mula tersebar dan diterma ramai 1

Merujuk kepada “The Christian and Discipleship” dalam aritkel yang bertajuk The

Bible’s Definition of Christian, perktaan Christian dikaitkan dengan perkataan disciple

yang bermaksud murid. Perkataan Kristian dengan bukti nyata mengenai kekuasaan

Tuhan itu Jesus Christ.2

Secara umum ramai dari kalangan masyarakat Islam pada masa kini mengetahu bahawa

agama Kristian telah dibawa dan disebarkan oleh Jesus Christ, ajaran yang dibawa oleh

Jesus Christ merupakan lanjutan dariapa sayariat yang telah dibawa oleh Moses kepada

bangsa Yahudi. Hal ini begitu jelas seperti dikatan oleh Jesus Christ kepada

pengikutnya seperti yang dicatatkan dalam Matthew 5:17: “Do not think I have come

abolish The Low or The Prophet; I did not come to abolish then but to fulfill them.”

Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahami juga bahawa agama Kristian hanya

dikhuskan pada bangsa Yahudi. Manakala Jesus Christ bukan merupakan seorang yang

mebawa syariat yang Baharu pada bangsa Yahudi. Apa yang cuba dilakukan oleh Jesus

Christ adalah untuk melengkapkan hukum dan ajaran Taurat serta memperbetulkan

segala bentuk penyelewegan yang dilakuan oleh para pandita Yahudi terhadap ajaran

yang dibawa oleh Moses.

Penyebaran dakwah yang dilakukan Jesus Christ telah berjaya menarik ramai golongan

bawahan yang miskin akan tetapi mendapat tentangan yang hebat dari golongan

pertengahan dan atasan terutamanya golongan pherarisess dan sadducess. Pharisess dan

1 Article Universiti Pendidikan Sultan Idris “Moral dari perspektif agama Kristan” (2015)
2Article The Bible’s Definiton of “Christian” the Christian and Discipleship (Dennis Hinks,2003)
Saddusess merupakan dua pertubuhan yang dipandang muila di dalam agama

Kristian.Saddusess merupakan golongan aristocrat yang berpengaruh di dalam bangsa

Yahudi dan mempunyai kedudukan yang baik di dalam Empayer Rom. Manakala

golongan Pharisess pula merupakan golongan yang kuat berpegang kepada tradisi dan

menolak kemasukan budaya dan pemikiran Greek ke dalam bangsa Yahudi yang

dikenali juga sebagai budaya Hellenistik. Pharisess merupakan golongan yang

menentang dikenali juga sebagai budaya Hellenistik.Pharisess merupakan golongan

yang menentang dan menolak kerasulan Jesus Christ.Caroline Large (1981The Three

Great Semitic Religions.(T.T); Times Books International,hal,203.

Pada permulaan Jesus Christ merupakan utusan Tuhan yang beri tanggungjawab untuk

mebawa agama Nasrani yang telah dilahirkan oleh Mary tanpa yang dianggap sebagai

kelahiran yang menakjubkan. Bagi kepercayaan orang Kristian Mary ini juga telah

diberi tanggungjawab untuk memikul tugas yang berat keran melahirkab Jesus Chrisrt

tanpa bapa. Dengan itu, agama Kristian mempercayai Jesus Christ ini adalah anak

epada Tuhan. Kepercayaan ini menjadi lebih kukuh disebabkan penyelewengan

daripada St.Paul yang merubahkan ajaran sebenar Nabi Isa melalui kenalkan doktrin

yang baru diciptanya. Beliau menyebarkan isi kandungan yang ada dalam Bible tentang

kaitkan Jesus Christ ini sebagai anak Tuhan dan Tuhan Anak.

Terdapat juga kepercayaan kepada Holy Spirit yang merupakan pembimbing Jesus

sebagai Tuhan. Bagi perbuatan mereka yang mempertuhankan dua makhluk ini iaitu

Jesus Christ dan jgua Holy Spirit/Holy Ghost yang menyatukan mereka berdua dengan

Tuhan ini telah menyebakan telah melahirkan doktrin Triniti4.

3 Journal Sejarah dan Perkembangan Agama Kristian kini (B Malek 1999)


4 Jurnal Triniti menurut Agama Kristian ( Khadijah bt Mohd.Khambali @ Hambali)
Selain itu, secara umumnya ada Kristian atau agama Nasarani adalah agama Samawi

yang dibawa oleh Nabi Isa A.S kepada Israel dengan berpandukan kepada ajaran Nabi

Musa A.S yang bersumberkan ajaran dari kitab Taurat. Walaubagaimanapun, dakwah

nabi Isa A.S kepada bani Israel ini kurang mendapat sambutan, tetapi ramai daripada

meraka melakukan penentangan. Ramai dari kalangan mereka membuat tuduhan

kepada nabi Isa dan mereka juga mempunyai niat untuk membunuh nabi Isa. Nabi Isa

ini telah diutuskan kepada bani Israel selepas mengetahui ramai dari pihak mereka telah

banyak yang sesat dan seleweng.

Walaupun nabi Isa dihina beliau dan pengikut-pengikutnya tetap menjalakan tugas

dakwah tersebut tanpa menghiraukan tentangan daripada bani Israel. Bani Israel juga

berpakat untuk menangkap nabi isa untuk menyalib yang diketuai oleh Yahuza,

Eschariot tetapi nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah SWT dan diangkat ke langit.

Peristiwa ini berlaku pada baginda berumur 33 tahun dan beliau hanya berdakwah

selama 3 tahun.

Setelah nabi Isa diangkat ke langit agam Kristian yang ini telah diselewengkan dan

telah ditokok tambah oleh musuhnya , sehingga agama ini bertukar menjadi agama

Kristian ciptaan manusia dan keasliannya iaitu Samawi telah dinodai. Tokoh yang

betanggungjawab yang melakukan perubahan dan penyelewengan ini ialah St. Paul

atau Saul seoarang Yahudi yang pada asalnya menjadi musuh ketat kepada agama

Kristian. 5

5 Journal Agama Kristian kini dan Pegasasnya (Zakaria @ Mahmod bin Daud)
Seterusnya, untuk pengetahuan Aliran Roman katolik merupakan aliran mazhab Kritian

yang terbesar di dunia terdiri daripada mereka yang menguasai kuasa paderi Rom iaitu

digelar ‘Pope’ iaitu Paus dalam perkara yang berkaitan denga Kristian. Gereja Roman

Katolik menganggap mewariskan kuasa yabg diturunkan oleh Jesus Christ kepada 12

orang pengikut mubaligh. Pada tahun 1990 jumlah penganut mazhab ini telah cecah

jumalh satu billion. Kebanyakan penganut agama ini adalah daripada tetumpu di benua

Eropah dan Merika Latin. Selepas agama Kristian Roman Katolik terdapat lagi satu

agama Kristian yang kedua terbesar di dunia iaitu Gereja Kristian Ortodoks Timur atau

Kristian Ortodoks, terdapat 300 juta penganut Kristian Ortodoks di seluruh dunia dan

kebanyakan mereka ini tinggal di Rusia, Grece, Eropah tTimur dan Timur Tengah. Pada

awalnya, penganut agama Kristian ini merujuk kepada Gereja (agama) sebagai “ Satu,

Suci, Katolik dan Gereja Mubaligh” akan tetapi berlakunya perpecahan Timur-Barat

pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja

Katolik. Bagi penganut agama Kritian Ortodoks mereka melakukan ibadat harian

mereka dengan pengaruh daipada Gereja Byzantine.6

Tambahan pula, bagi simbol salib yng digunakan bagi agama Kristian merupakan

simbol yang penting dan signifikan dalam agama Kristian. Bagi kepercayaan mereka

di sebalik simbol salib tersirat makna teologi yang dapat memberi kesan kepada

spiritual serta kehidupan mereka. Simbol ini memiliki rahsia serta makna tersirat yang

dapat menyetuh dimensi kerohanian serta jiwa manusia

Jika diteliti, dalam agama Kristian simbol salib bukan sahaja merujuk kepada simbol

atau lambing bagi gereja semata tetapi ia turut digunakan dalam aktiviti peribadatan

6Journal Sejarah kemunculan dan kepercayaan Gereja Ortodoks dan Roman Katolik : Satu Analisis Perbandingan
(Nur Azira Raihana binti Azmi dan Ros Aiza binti Mhd Mokhtar 2022)
dan ia juga menajdi sebahagian dariapada perbahasan yang melibatkan teologi,

psikologi, falsafah dan kajian agama. Malah penelitan terhadap tanda salib ini juga

perlu diperhalusinasi. Sekaligus dapat dapat memberi kefahaman serta maklumat

tmabahan kepada penganut agama yang lain tentang salib dari pandangan agama

Kristian.

Salib bermaksud cross dalam bahasa Inggeris atau crux dalam bahasa Latin adalah

simbol yang terbentuk daripada pertembungan dua garis yang bersilang pada pusatnya

yang terdiri darpada empat arah lengan atau bahagian. Ia merupakan simbol yang tertua

dan mempunyai pelbagai jenis atau bentuk. Tidak kurang daripada 385 jenis salib yang

terdapat di dunia ini.

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN AGAMA KRISTIAN

Menjelang era perpaduan kaum dan agama kini, terdapat pelbagai persoalan berkaitan

asal-usul sebuah agama. Di mana secara umumnya kita mengetahui bahawa agama

yang tiada keraguan padanya. Seperti mana firman Allah SWT dalam Al-quran pada

surah Ali-Imran ayat 19 iaitu:

َّ‫ٱْلسإل ٰـمَّ َّۗ وما ٱ إختلفَّ ٱلذِينَّ أوتواَّ إٱلكِت ٰـبَّ إِّلَّ مِ نَّ ب إع َِّد ما جآءهمَّ إٱلع إِلمَّ ب إغيا بيإنه إمَّ َّۗ ومن ي إكف إر‬
ِ ‫إِنَّ ٱلدِينَّ عِندَّ ٱّللَِّ إ‬

َِّ ‫ت ٱّللَِّ فإِنَّ ٱّللَّ س ِريعَّ إٱلحِ سا‬


١٩ ‫ب‬ َِّ ‫بِـَٔاي ٰـ‬

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-

orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama

Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka

pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata

kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera

hitungan hisabNya. 7

Dapat dilihat dengan terperinci bahawa potongan ayat Al-quran di atas

mempunyai kaitan dengan tajuk di atas. Seringkali menjadi tanda tanya seperti

“Bagaimana wujudnya agama kristian ini jika ianya agama yang tidak diredhai?”

Dalam menjawab dan merungkai pertanyaan ini dapat kita menghubungkan dengan

kemunculan agama kristian.

Berdasarkan pembacaan umum mengetahui bahawa agama Kristian atau agama

Nasrani adalah agama Samawi yang dibawa oleh Nabi Isa a.s kepada Bani Israil dengan

berpandukan kepada ajaran Nabi Musa a.s yang bersumberkan ajaran dari kitab Taurat.

Secara ringkasnya permulaan kewujudan agama kristian itu, bermula pada zaman Nabi

Isa a.s. Lain pula dari sudut pandangan agama kristian itu sendiri dimana mereka

menganggap bahawa Nabi Isa a.s itu diturunkan sebagai Jesus yang bermakna jelmaan

tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia yang mempunyai sifat-sifat manusia.

Selain itu juga, penganut kristian percaya bahawa selepas berakhirnya kehidupan Jesus

Christ di dunia wujud tuhan kekal di dunia dalam bentuk Roh Suci atau Roh Kudus

yang terdiri daripada tiga makhluk iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci.8

KELAHIRAN JESUS TANPA BAPA

Seperti pembacaan daripada Bible ( kitab kristian ),

7 Ali-imran 3:19
8
NABI ISA ATAU JESUS CHRIST MENGIKUT KRISTIAN DAN PENJELASAN AL-QURAN MENGENAINYA –
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA – KIAS
4 So Joseph also went up from the town of Nazareth in Galilee to Judea, to Bethlehem

the town of David, because he belonged to the house and line of David. 5 He went there

to register with Mary, who was pledged to be married to him and was expecting a child.

6 While they were there, the time came for the baby to be born, 7 and she gave birth to

her firstborn, a son. She wrapped him in cloths and placed him in a manger, because

there was no guest room available for them. 9

Dapat dilihat bahawa kepercayaan agama kristian berdasarkan tuhan mereka iaitu Jesus

mempunyai jalur penceritaan yang sama dengan Nabi Isa a.s. Dimana, dari keratan ayat

di atas yang di petik daripada kitab mereka sendiri iaitu Bible menceritakan bahawa

kelahiran Jesus tanpa bapa adalah suatu keistimewaan dan satu kurniaan Tuhan. Mereka

berpendapat bahawa ibunya Mary (Maryam) yang mengandung dan melahirkan Jesus

merupakan seorang ibu yang istimewa, kerana beliau telah terpilih untuk memikul

tanggungjawab yang besar dan unik dengan melahirkan anak tanpa bapanya.i

Selain itu menurut kepercayaan mereka Jesus ini dilahirkan pada 25 Desember di

Bethelhem, Judea. Namun begitu tarikh yang diberikan hanyalah kepercayaan daripada

orang kristian, tarikh yang sebenarnya tidak tertulis pada mana-mana sumber mahupun

di dalam Bible.

PENYALIBAN JESUS

9
Luke 2:4-7
Perselisihan pendapat yang bercanggah antara orang islam dan kristian dalam peristiwa

penyaliban ini dapat dilihat perbezaaanya dari pembacaan kitab di mana ianya

menyatakan bahawa:

َّ‫وق إو ِل ِه إَّم إِنا قت إلنا إٱلمسِيحَّ عِيسى ٱبإنَّ م إريمَّ رسولَّ ٱّللَِّ وما قتلوهَّ وما صلبوهَّ ول ٰـكِن شبِهَّ له إمَّ َّۗ وإِنَّ ٱلذِينَّ ٱ إختلفوا‬

َّ‫ بل رفعهَّ ٱّللَّ إِل إي ِهَّ َّۗ وكانَّ ٱّلل‬١٥٧ َّ‫ن ع إِلمَّ إِّلَّ ٱتِباعَّ ٱلظ ِنَّ َّۗ وما قتلوهَّ يقِينا‬
َّ‫فِي َِّه لفِى شكَّ ِم إنهَّ َّۗ ما لهم بِِۦه مِ إ‬

١٥٨ ‫ع ِزيزا حك ًِۭيما‬

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami

telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak

membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi

mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-

orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam

keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu

pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan

semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah

mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha

Bijaksana.10

Lain pula dengan pandangan orang kristian di mana Jesus (Nabi Isa) itu dibunuh oleh

mereka. Pelbagai kajian literatur yang dibuat oleh mereka untuk merungkai kebenaran

di sebalik isu penyaliban ini. Berdasarkan kitab mereka iaitu The Newstatement

menyatakan Jesus adalah penebus dosa mereka,di sebabkan itu,bagi mereka Jesus (anak

tuhan) adalah kurniaan Tuhan sebagai tanda kasihan kepada umatnya. Kisah penyaliban

ini bermula dengan,pengkhianatan dan penangkapan Jesus, pengkhianatan oleh salah

10 An-nisa 4:157-158
satu muridnya, Yudas Iskariot. Yudas menyebarkan tentang keberadaan Jesus kepada

orang kristian. Jesus kemudianya ditangkap oleh orang Yahudi

Setelah penangkapan, Jesus dihadapkan kepada beberapa pengadilan, setelah

mengetahui Jesus tidak bersalah, Namun begitu akibat desakan orang ramai ianya

membawa Jesus kepada penyaliban. Proses penyaliban adalah suatu bentuk hukuman

yang kejam, melibatkan paku pada tangan dan kakinya. Jesus meninggal di salib, dan

tubuh-Nya diturunkan dan dikuburkan. Namun menurut orang kristian Jesus bangkit

dari kematianya tiga hari selepas disalib. Dari pandangan orang kristian penyaliban

Jesus adalah peringatan yang kuat tentang kasihnya dan pengorbananya untuk dosa-

dosa mereka. Ia juga merupakan kisah harapan dan kemenangan. Melalui kematian dan

kebangkitan, Jesus mengalahkan maut dan membuka jalan bagi kita untuk memperoleh

hidup yang kekal.11

MUKJIZAT DAN KEAJAIBAN JESUS

Selain daripada kisah penyaliban Jesus, terdapat juga kepercayaan di mana mukjizat

atau keajaiban yang telah dilakukan olehnya. Keajaiban dan mukjizat yang dilakukan

oleh Jesus adalah elemen penting dalam kepercayaan orang kristian. Ini dianggap

sebagai bukti dari sifat ketuhanannya. Antaranya ialah menyembuhkan orang yang

sakit. Jesus melakukan banyak mukjizat penyembuhan, seperti menyembuhkan orang

buta, pekak, dan lumpuh. Beberapa contoh termasuk kesembuhan seorang perempuan

yang menderita pendarahan selama dua belas tahun seperti mana di dalam kitab mereka

(markus 5:25)

11
s.ag m.a, Dian nur anna. 2006. PENYALIBAN YESUS DEBAT TEOLOGI ANTARA KRISTEN DAN ISLAM
25 And a woman was there who had been subject to bleeding for twelve years. 26 She

had suffered a great deal under the care of many doctors and had spent all she had, yet

instead of getting better she grew worse. 27 When she heard about Jesus, she came up

behind him in the crowd and touched his cloak, 28 because she thought, “If I just touch

his clothes, I will be healed.” 29 Immediately her bleeding stopped and she felt in her

body that she was freed from her sufferingii

Bermaksud: 25 Di situ ada seorang perempuan yang mengalami pendarahan selama dua

belas tahun. 26 Dia telah mengalami banyak penderitaan di bawah jagaan ramai doktor

dan telah menghabiskan semua yang dia ada, tetapi bukannya sembuh dia bertambah

teruk. 27 Apabila dia mendengar tentang Yesus, dia datang ke belakang-Nya di tengah-

tengah orang ramai dan menjamah jubah-Nya, 28 kerana dia berfikir, "Jika saya hanya

menyentuh pakaian-Nya, saya akan sembuh." 29 Serta-merta pendarahannya berhenti

dan dia merasakan dalam tubuhnya bahawa dia telah bebas daripada penderitaannya.

Salah satu mukjizat atau keajaiban seterusnya yang dilakukan oleh Jesus adalah

kebangkitan orang telah yang mati, menukarkan air menjadi anggur, memberi makan

kepada orang ramai, menenangkan kilat dan berjalan di atas air. Setiap peristiwa

berkaitan keajaiban dan mukjizat ini di ceritakan oleh orang kristian dalam kitab

mereka. Ini hanyalah sebahagian daripada banyak mukjizat yang Jesus lakukan.

Mukjizat dan keajaiban Jesus terus memberi inspirasi kepada orang kristian hari ini.

Akhir kata, jelas bahawa orang-orang kristian percaya Nabi Isa atau Jesus adalah anak

tuhan. Terdapat perbezaan pandangan antara Islam dan keyakinan Kristian mengenai

Nabi Isa (Jesus). Dalam Islam, Nabi Isa dianggap sebagai seorang manusia dan rasul
Allah yang diutus kepada Bani Israil. Baginda diangkat ke langit oleh Allah dan tidak

mati disalib.

Al-Quran menjelaskan dengan jelas mengenai status Nabi Isa sebagai manusia dan rasul.

Pandangan Islam menentang keyakinan Kristian yang menganggap Nabi Isa sebagai

Tuhan atau Anak Tuhan. Islam juga menolak konsep keabadian Jesus dan mengakui

bahawa yang mati disalib adalah seseorang yang diserupakan dengan Isa.

Dalam menanggapi perbezaan kepercayaan ini, Al-Quran menegaskan kebenaran

ajaran Islam dan menolak pandangan Kristian sebagai sesuatu yang salah. Oleh itu, bagi

orang Islam, pandangan dan kepercayaan Islam mengenai Nabi Isa adalah yang benar

dan sesuai dengan wahyu yang diterima melalui Al-Quran.

3.0 DOKTRIN

Kristian merupakan satu agama yang mempunyai pengikut yang ramai, malahan

Kristian ialah agama yang menjadi agama terbesar selain agama Islam dan agama

agama lain. Apabila Kristian cuba dikaji dan difahami, nama ‘Jesus Christ’ tidak lari

dari topik ini sama sekali. Namun begitu, Jesus tidak meninggalkan sebarang bentuk

penulisan, autobiografi dan hanya sedikit sahaja perkara yang diucapkan oleh Jesus

boleh didapatkan dengan sedikit tinggalan sejarah yang masih ada kini.

THE GOSPELS

Namun begitu, penganut agama Kristian mempunyai empat biografi mengenai Jesus

yang digelar “ The Gospels,” ditulis selepas kematiam Jesus. Penulisan ini terbahagi

kepada empat iaitu The Gospel of Mark, The Gospel of Matthew, The Gospel of Luke
dan akhirnya, The Gospel of John. Dalam penulisan yang pertama, iaitu penulisan Mark,

Jesus dikatakan memaklumkan kesakitan dan kematiannya yang semakin hampir

sebanyak tiga kali.12 Dia akan melalui rasa sakit, rasa malu dan akhirnya kematian.

Pengikut Jesus tidak sedia untuk ambil tahu tentang pengorbanan yang Jesus bakal

lakukan, apatah lagi untuk ikut bersama-sama dengan Jesus. Pengikut Jesus, Diciples,

tidak dan belum sedia untuk mendengar dan mengikut Jesus, jadi mereka meninggalkan

Jesus apabila dia ditangkap. Hanya para wanita yang dahulunya mengikut Jesus yang

hadir apabila Jesus disalibkan, tetapi mereka hanya memerhatikan perkara tersebut dari

jauh. Dalam penulisan Mark juga ada mengatakan bahawa wanita-wanita yang sama

mendapati bahawa pada pagi Ahad berikutnya, makam Jesus telah kosong dan mereka

lari dalam ketakutan.13

Penulisan yang seterusnya ialah Matthew dan Luke, kedua dua penulisan ini

dikatakan mengambil inspirasi daripada penulisan yang pertama iaitu “The Gospel of

Mark.” Kedua-dua penulisan ini, Jesus dilahirkan oleh seorang wanita, bernama Mary.

Mary dikatakan masih seorang dara ketika itu dan Jesus itu ialah anak hasil daripada

roh suci (Holy Spirit). Tarikh lahir dan tarikh kematian Jesus tidak dinyatakan dengan

jelas, namun dalam penulisan Matthew, dia menulis bahawa Jesus lahir apabila Herod

menjadi Raja Judaea. Dalam The Gospel of Matthew juga mengatakan bahawa Jesus

adalah seorang yang sangat taat kepada perintah. Dia sering berdoa agar sesuatu

perintah tuhan itu dapat diselesaikan walaupun itu bermaksud yang itu akan melawan

apa yang dia sendiri mampu lakukan. Semasa Jesus disalibkan, beberapa orang

12 Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004),
30

13 Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 32
mengatakan bahawa jika dia benar anak kepada tuhan, dia patut turun dan

menyelamatkan dirinya, namun dia tidak melakukan sedemikian. Namun, mengikut

kepercayaan Kristian, Jesus boleh melakukan perkara itu, namun dia pilih untuk tidak

melakukannya kerana dia patut kepada perintah Tuhan.

Dalam penulisan Luke, Luke menyatakan bahawa Jesus berdoa dan melakukan

ibadah lebih daripada orang lain. Hubungan Jesus dengan tuhan, sama sekali tidak

terputus kerana penyaliban itu. Walaupun telah berada di tempat penyaliban, Jesus tetap

berdoa kepada tuhan agar mengampunkan segala dosa orang yang sedang melakukan

keburukan dan menyeksa dirinya. 14 Jesus juga mengatakan yang dia akan berada

disyurga dan apabila menjelang saat kematiannya, dia meletakkan roh nya di tangan

ayahnya. Hubungannya yang rapat dengan tuhan bapa (God the Father) membenarkan

Jesus melihat keperluan segala seksa yang dia perlu tanggung sepanjang dia hidup.

Penyaliban Jesus bukan satu tragedi, namun satu perkara yang mesti dilakukan untuk

menyelamatkan manusia.15

Dalam penulisan yang terakhir iaitu The Gospel of John, menyatakan bahawa

kematian Jesus adalah satu saat yang gemilang. Segala yang ada dalam penulisan John

merujuk kepada kefahaman yang lebih mendalam bahawa Jesus adalah utusan Tuhan,

diturunkan kepada manusia dan tidak akan pulang kepada Tuhan dengan tangan yang

kosong. Dalam bahagian pertama penulisan ini, Jesus menunjukkan yang dia boleh

menukarkan air kepada arak (2:1-11), menyembuhkan yang lumpuh (5:2-9),

menambahkan bilangan roti, ikan, dan menawarkan air yang mengalir dari hatinya

14
Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 32

15 Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 32
(7:37-38) serta membangkitkan Lazarus daripada mati. Sepanjang kematian dan

kebangkitan semula Jesus, arak dan segala bentuk kegembiraan bagi kerajaan Tuhan

dilepaskan serta dibebaskan. Dalam penulisan John juga ada mengatakan, “Spiritually

paralyzed will be empowered, and the spiritual blind will see.”16

THE TRINITY

Konsep Trinity bukan satu konsep yang asing bagi penganut agama Kristian. Apabila

penganut agama ini mengatakan bahawa Jesus adalah tuhan, mereka tidak bermaksud

yang tuhan telah meninggalkan syurga untuk bersama-sama dengan mereka di muka

bumi. Jesus itu sendiri berdoa kepada tuhan dengan menyebut, “Our Father who art in

heaven…,”17 jadi ini jelas bahawa Jesus dan Tuhan itu adalah entiti yang berbeza. Apa

yang diucapkan oleh Jesus ketika berdoa ini dapat diandaikan bahawa Jesus tidak akan

melakukan sedemikian, sekiranya Tuhan tidak lagi berada di syurga, apabila Jesus itu

adalah sebagai orangnya sendiri di bumi.

Dalam agama Kristian, tuhan itu konsepnya satu tetapi mempunyai tiga identiti, iaitu

Tuhan Bapa (God the Father), Tuhan Anak (God the Son), dan Roh Suci (God the Holy

Spirit). Konsep Trinity ialah cara mereka ceritakan pengalaman mereka dengan Tuhan.

Pertama mereka menggagap tuhan sebagai sesuatu dan seseorang yang walaupun bukan

sebahagian daripada dunia, Tuhan tetap menjadi asas kepada segala sesuatu yang

berada di atas muka bumi ini.

16 Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 44

17 Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 50
Penganut agama Kristian percaya bahawa Jesus adalah anak Tuhan, iaitu Tuhan

anak yang dimaksudkan dalam konsep Trinity. Berbanding dengan anak Tuhan yang

lain, Jesus tak pernah sesekali mengingkari perintah ayahnya. Jesus seorang anak yang

baik walapun tidak bersama dengan “ibu-bapanya” sekaligus membawa imej sempurna

keluarganya. Seterusnya, penganut agama Kristian dapat merasakan kekuasaan tuhan

ada bersama-sama dengan mereka dengan wujudnya semangat dan kekuasaan roh suci,

God the Holy Spirit. Mereka percaya bahawa roh suci ini ialah satu rahmat yang

diberikan kepada mereka, kerana apa yang Jesus pernah lakukan dan capai di atas muka

bumi ini.18 Roh suci ini juga dipercayai berada di gereja bersama-sama dengan mereka,

sebagai lambang yang mengatakan tuhan ada bersama mereka, terutamanya ketika

upacara pembaptisan.

Ritual ini dikenali sebagai upacara istimewa untuk mendapatkan rahmat Tuhan dan

ada juga yang melakukan upacara pembaptisan untuk menandakan mereka berpindah

dari satu aras kehidupan ke aras kehidupan yang lain. 19 Penganut agama Kristian

melakukan upacara pembaptisan hanya sekali sahaja, dan pada zaman dahulu, ada

penganut agama Kristian yang menunggu sehingga mereka betul-betul nazak, sebelum

melakukan pembaptisan. Mereka percaya bahawa mereka akan dapat melangkah ke

syurga tanpa dosa dan benar-benar suci apabila melakukan pembaptisan pada saat saat

hampir menjelang kematian. Pembaptisan diungkapkan sebagai satu ritual yang

dipercayai dapat menyucikan hati seseorang yang melakukannya.

18 Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004), 51

19
Robert S. Ellwood, The Encyclopedia of World Religions, Revised Edition (California:University of Southern California), 45
THE ORIGINAL SIN

Orang yang menganut agama Kristian percaya dengan konsep dosa warisan. Dosa pada

umumnya ialah sesuatu balasan apabila manusia melakukan perkara yang dilarang oleh

Tuhan, atau gagal melakukan apa yang Tuhan perintahkan. Sesetengah manusia

melakukan dosa dengan sengaja, namun ada juga manusia yang melakukan dosa tanpa

mereka sedari. Dalam konsep tradisional Kristian, mereka menyatakan dosa itu

menyebabkan setiap manusia itu perlu diselamatkan. Jadi, Tuhan mengutuskan Jesus

untuk mati disalibkan.

Apabila Jesus mati disalibkan, Jesus telah menebus segala dosa yang pernah

dilakukan oleh manusia. Penganut agama Kristian menjelaskan dosa warisan sebagai

dosa yang diwarisi daripada segala kesalahan yang dilakukan oleh moyang mereka,

kemudian mereka dilahirkan dengan dosa, serta ianya perlu ditebus. Mereka juga

percaya bahawa dosa warisan ini ialah sikap pentingkan diri yang wujud dalam diri

setiap insan.

Ini bermula apabila manusia pertama iaitu Adam dan Eve mengingkari perintah

Tuhan, dengan memakan buah yang diharamkan di syurga. Dosa yang dilakukan oleh

mereka, dipercayai telah diwarisi semua manusia, yang seterusnya mengukuhkan lagi

sifat semula jadi manusia yang akan sentiasa melakukan kesalahan dan dosa. Untuk

mengelakkan manusia mendapat akibat daripada dosa warisan ini, Jesus mengorbankan

dirinya, apabila disalibkan untuk menyelamatkan manusia.


PENYALIBAN JESUS

Jesus dipercayai oleh pengikutnya mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti

penyakit Kusta (Leprosy), Kelumpuhan, Buta, Masalah Pendengaran, Demam, dan

malahan mampu menyembuhkan orang yang kerasukan syaitan. Namun demikian,

walaupun ‘Jesus Christ’ menyembuhkan ramai orang, berkhutbah tentang kasih sayang

tuhan dan belas kasihan yang menakjubkan, dia disalibkan sebagai seorang

penjenayah.20

Ketika Jesus disalib, orang yang lalu-lalang di kawasan itu mengucapkan kata-kata

seperti mencabarnya untuk menyelamatkan dirinya sekiranya Jesus itu benar anak

kepada Tuhan. Ada yang mengatakan perkara seperti dia hanya boleh menyelamatkan

orang lain tetapi tidak menyelamatkan dirinya sendiri, mereka juga mengatakan biarkan

Tuhan sahaja yang menyelamatkan Jesus, sekiranya tuhan benar-benar mahukan Jesus.

Namun begitu, Jesus terus juga disalibkan, sekitar tiga petang, Jesus menangis

dengan suara yang kuat, mengatakan, “My God, my God, why have you forsaken me?,”

dan apabila orang disekitar Jesus mendengar keluhan Jesus, mereka mengatakan yang

dia sedang memanggil Elijah. Tanpa membuang masa, salah seorang daripada mereka

mengambil span yang mempunyai arak putih kepada Jesus. Kemudian, mereka

membiarkan Jesus terus disalibkan dan mengatakan bahawa mereka ingin lihat

sekiranya Elijah benar benar datang menyelamatkan Jesus. Jesus menangis semula

20Ann Marie B. Bahr , Religions of The World: Christianity (United States: South Dakota State University, 2004),
26
dengan suara yang kuat dan telah putus asa. Apabila Jesus menghembuskan nafas

terakhir, langsir untuk kuil terbelah dua dari atas sehingga bawah langsir. Bumi

bergegar, batu terbelah dua dan makam terbuka. Mayat orang-orang baik hidup

semula.21 Apabila orang ramai melihat kejadian ini, mereka menjadi gerun dan terus

mengatakan bahawa benarlah Jesus itu ialah anak Tuhan.

Apabila petang menjelang, datang seorang individu kaya dari Arimathea, bernama

Joseph meminta mayat Jesus. Pilate memberikan mayat Jesus kepada Joseph. Mayat itu

dimakamkan dengan sempurna. Joseph meletakkan satu batu besar di hadapan makam

Jesus dan berlalu pergi. Pengawal diarahkan untuk mengawal makam tersebut selama

tiga hari agar tidak dicerobohi oleh masyarakat, terutamanya pengikut Jesus. Namun

setelah Sabbath, Mary Magdalene dan Mary yang lain datang melawat makam Jesus.

Terdapat gempa bunyi yang kuat, yang dipercayai bahawa malaikat dari syurga turun

ke bumi dan berada dekat dengan makam Jesus. Mereka mengatakan rupa malaikat itu

ialah seperti petir, dengan baju yang putih seperti salji.

Pengawal yang menjaga makam itu sangat gerun tetapi malaikat itu menenangkan

pengawal tersebut dan mengatakan Jesus tidak lagi berada dimakam tersebut, malahan

sudah bangkit semula daripada kematiannya dan sedang menuju ke Galilee. Maka,

wanita-wanita tadi terus berlari ke makam Jesus untuk memberitahu khabar berita

tersebut, dan tiba-tiba Jesus datang menyapa mereka. Mereka semua terus menyembah

Jesus. 22

21 International Bible Society, Holy Bible, (United States:Colorado Springs, 2001), 682
22 International Bible Society, Holy Bible, (United States:Colorado Springs, 2001), 683
Setelah itu, ‘Acts of the Apostles’ merekodkan yang ‘Jesus’ dibawa naik ke syurga

4o hari selepas dia bangkit semula dari kematiannya. Masyarakat terkejut dengan

kejadian tersebut dan apa yang telah disampaikan oleh ‘Jesus,’ namun ada juga yang

menyuarakan tanda tanya sama ada kuasanya adalah daripada syaitan ataupun tuhan itu

sendiri. Ramai yang percaya bahawa dia dibawa naik atau lebih tepat naik sendiri ke

syurga untuk membuatkan perubahan dalam konsep ketuhanan. Ianya di mana Tuhan

boleh memberikan kehidupan baru kepada penganut iaitu orang yang percaya kepada

Kristian, dan bukannya hukuman mati kepada orang yang mempunyai dosa. Setelah

lama, penganut agama Kristian percaya bahawa tiada manusia biasa yang boleh ulang

semula apa yang ‘Jesus Christ’ telah lakukan.

Penganut agama Krisian percaya bahawa Jesus adalah Messiah iatu penyelamat

rohani dan seorang pemimpin yang akan memimpin Israel dan mengembalikan

kerajaan Israel tetapi tehenti seketika apabila Jesus disalibkan. Mereka berpendapat

bahawa tidak mungkin Jesus disalibkan sekiranya dia benar-benar Messiah.


4.0 KITAB AGAMA KRISTIAN

Setiap agama mempunyai kitab dan pegangan masing-masing dan berbeza setiap agama.

Antara kitab yang dipegang dalam agama Kristian ialah Bible. Perkataan Bible berasal

daripada perkataan “Biblos” yang diambil daripada Bahasa Greek yang bermaksud

himpunan buku. Kitab ini mempunyai dua bahagian iaitu Old Testament atau dikenali

sebagai “Perjanjian Lama” dan New Testament sebagai “Perjanjian Baru” yang wajib

bagi orang Kristian percaya dan menggunakannya. Perjanjian lama dan perjanjian baru

mempunyai perbezaan iaitu perjanjian lama mempunyai dua pengiktirafan iaitu 46

Kitab oleh Katolik dan 39 Kitab oleh Prostesen. Dan ia lebih kepada manusia dan Tuhan

bermulanya dari Adam dan Hawa. Perjanjian Baru terbahagi kepada empat kitab utama

iaitu Mantius, Markus, Lukas dan Yohanes. Keempat-empat kitab ini dipanggil sebagai

gospel Kanolik atau injil Kanolik. Ia menceritakan tentang situasi yang sama tetapi

pentaksiran yang berbeza disebabkan penulis yang berbeza.

Perjanjian Lama

Penganut Kristian terawal ialah Bible Hebrew. The Bible Ibrani ialah set tulisan yang

orang Yahudi panggil sbagai “Alkitab” dan orang Kristian peanggil sebagai perjanjian

lama23. Perjanjian lama mengandungi tiga teks teras yang juga terdiri daripada Tanakh

(Alkitab Ibrani), Taurat (Pentateuch). Nevi’im (Nabi) dan Ketuvim (tulisan) dengan

susunan ini ada beberapa yang diubah suai sedikit pada beberapa bahagian. Orang

Kristian pada asalnya menerima pakai Septuaginta iaitu Tanakh dalam terjemahan

Yunani yang dimulakan oleh orang Yahudi iaitu di Alexandria, Mesir pada abad ketiga.

Apabila mereka mengkanonisasikan Alkitab Ibrani mereka, orang Kristian terus

menggunakan terjemahan itu selama kira-kira 1500 tahun sehingga reformasi protestan

23 Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 35
di Eropah. Semasa pencerahan Eropah, Martin Luther mula berminat untuk kembali

kepada teks Ibrani Alkitab dan menghentikan penggunaan terjemahan Yunani awal itu.

Kitab-kitab perjanjian lama dikenali dengan nama Yunani bermula dengan kejadian

Taurat iaitu keluaran dan seterusnya. Orang Kristian menganggap bahawa teks suci

Yahudi ini menetapkan pentas untuk kedatangan Yesus, Mesias.

PERJANJIAN BARU

Perjanjian Baru adalah bahagian kedua dalam Alkitab Kristian adalah bahagian yang

paling penting dalam Alkitab orang Kristian. Perjanjian baru memulakan proses

pembentukan sebaik sahaja orang mula menyampaikan cerita tentang apa yang mereka

telah lihat Yesus lakukan atau dengar dia katakan. Ini berlaku walaupun semasa

hayatnya. Proses menyampaikan perkataan dan perbuatan seseorang melalui mulut ke

mulut dipanggil sebagai “sejarah lisan”.24

Menjelang 150 CE, orang Kristian mempunyai bahan untuk perjanjian baru yang

mereka menambahkan keoada Septua Gint. Tulisan baru ini jauh beza dengan tulisan

yang dilakukan oleh orang Yahudi, semasa tempoh yang sama. Tetapi kedua – dua

berhasrat untuk memelihara ajaran mereka pada tahun 70 CE selepas Yerussalem

diserakkan dan mereka terpaksa bersurai tanpa kuil. Walaupun Yesus mungkin

mengajar dalam Bahasa Aram.25

Kebanyakkan daripada 27 Kitab. Perjanjian baru muncul dalam bentuk bertulis pada

separuh keduan abad pertama, anatara 50 dan 100 Masihi. Surat Paulus adalah pertama

muncul dan 2 petrus dan wahyu Antara yang terakhir.

Bahasa asal kitab suci Yahudi pada bahagian pertama adalah Bahasa Ibrani dan

perjanjian baru adalah Bahasa Yunani.

24 Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 39
25 Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State College, 2009) 176
INJIL

Perjanjian baru mengandungi empat injil iaitu Martius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Perjanjian baru yang diiktiraf secara rasmi. Sarjana Alkitab menyebut tiga injil pertama

asebagai “sinoptik” kerana mereka “melihat bersama”. Bahan umum injil sinoptik

mungkin diambil dari sumber yang hilang yang disebut oleh para sarjana Alkitab

sebagai “Q”.26

Martius, Markus, Lukas dan Yohanes menceritakan kisah kehidupan, kematian dan

kebangkitan Yesus. Walaupun daripada mereka mempunyai banyak unsur persamaan,

mereka tidak sama. Setiap injil bermula dan berakhir dengan caranya sendiri, dan

masing-masing. Menawarkan pilihan dan susunan cerita yang unik tentang Yesus.

Kisah-kisah itu sendiri telah dihargai dan disampaikan secara lisan untuk satu generasi

atau lebih sebelum dimasukkan ke dalam satu atau lebih injil. Setiap daripada empat

injil melukis potret Yesus yang unik dengan menganyam bahagian-bahagian tradisi

lisan yang berbeza.

INJIL MARKUS

Ayat pertama dalam injil Markus mengumumkan bahawa ia memberitahu ‘berita baik

tentang Yesus Kristus, Anak Tuhan’. Prkataan Yunani untuk ‘berita baik’ digunakan di

euanggellion, sebenarnya bermaksud ‘pengumuman yang baik’ atau ‘penghisytiharan

gembira’. Ia digunakan apabila berita kemenangan dibawa pulang dari medan perang.27

Teks Markus adalah Injil yang paling pendek dengan 551 ayat yang meninjau kisah

hidup Yesus. Ini berdasarkan ingatan rasul Simon Petrus. Naratif Markus bermula

dengan pembaptisan Yesus oleh Yohanes dan berakhir dengan kebangkitan Yesus.

26 Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State College, 2009) 177
27 Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 38
Fokus utama ialah akhir zaman yang diramalkan oleh Yesus Sang Mesias. Markus ingin

menyampaikan kepentingan penderitaan Yesus dan kematian dan bukannya keajaiban.

INJIL MATIUS

Injil Matius adalah buku pertama perjanjian baru. Ia menggemakan perjanjian lama

iaitu tema mempersembahkan Yesus sebagai berasal dari keluarga Daud. Ia seolah-olah

ditulis untuk khalayak Yahudi supaya tidak meninggalkan kepercayaan baru mereka.

Injil Matius ialah terkenal dengan khutbah di bukit,

Injil Markus mempunyai banyak bahan yang terdapat dalam Markus dan juga beberapa

maklumat tambahan. Khutbah di bukit adalah kebenaran yang lebih besar. Bahagian

Injil Matius ini mencabar pengikut Yesus untuk mengikuti jalan kesempurnaan yang

melebihi tuntutan Hukum.

Menggambarkan kehidupan Yesus sebagai kemuncak sejarah Yahudi. Hanya Matius

yang menyediakan begitu banyak petikan kitabnsuci yang dikatakan telah disenapi oleh

Yesus. Pembaca Injil Matius juga dibimbing untuk melihat Yesus dan pengikutnya.28

INJIL LUKAS

Injil Matius adalah buku pertama perjanjian baru. Ia menggemakan perjanjian lama

iaitu tema mempersembahkan Yesus sebagai berasal dari keluarga Daud. Ia seolah-olah

ditulis untuk khalayak Yahudi supaya tidak meninggalkan kepercayaan baru mereka.

Injil Matius ialah terkenal dengan khutbah di bukit,

Injil Markus mempunyai banyak bahan yang terdapat dalam Markus dan juga beberapa

maklumat tambahan. Khutbah di bukit adalah kebenaran yang lebih besar. Bahagian

28 Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 41
Injil Matius ini mencabar pengikut Yesus untuk mengikuti jalan kesempurnaan yang

melebihi tuntutan Hukum.

Menggambarkan kehidupan Yesus sebagai kemuncak sejarah Yahudi. Hanya Matius

yang menyediakan begitu banyak petikan kitabnsuci yang dikatakan telah disenapi oleh

Yesus. Pembaca Injil Matius juga dibimbing untuk melihat Yesus dan pengikutnya.

INJIL YOHANES

Injil Yohanes mengandungi ayat terpendek dakam perjanjian baru. Merekodkan

hubungan Yesus dan Yohanes Pembaptis, kerjayanya di Yudea dan Galilea dan

kematian dan kebangkitan. Ia merangkumi lebih banyk perlambangan dan mengatur

peristiwa mengikut mesej yang disampaikan, bukannya mengikut kronologi.

Sumbangan ciri Injil Yohanes ialah Pelabelan Kristus sebagai Firman yang menjelma

dala Bahasa Latin iaitu ‘Logos’. Logos adalah cahaya dan perincian Yesus ini

menjadikan Injil keempat berorientasikan mistik dan mungkin dipengaruhi oleh

Grasticions Ry pada masa terkini. Injil telah ditulis sebagai Jesus ‘ Crucifocion

mengambil makna yang sangat positif.29

Dalam Injil Yohanes, terdapat kurang ketegangan antara mukjizat Yesus dan

kematiannya daripada yang terdapat dalam Markus kerana mukjizat itu mendahului

kematiannya. Penyaliban Yesus adalah ironisnya, kegembiraannya. Nampaknya ia

adalah saat di mana gerakan Yesus gagal, tetapi ia sebenarnya saat di mana Yesus telah

mencapai tujuan dimana ia di utus naik kepada Tuhan bapa.Penulisan perjanjian baru

ini Antara injil, surat Paulus adalah dua bahan terbesar dalam perjanjian baru, ia juga

mempunyai mengandungi sejarah tentang kisah para rasul, surat yakobus, surat Yudas,

dan dua surat Petrus, tiga surat Yohanes dan wahyu.30

29 Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State College, 2009) 178
30 Ann Marie B. Bahr, Religions Of The World (University Of Chicacgo Divinity School, 2004) 44-45
Injil Yohanes membentangkan ajaran dam kuasa Yesus dalam kisah-kisah yang

mengagumkan seperti yang dipaparkan, perkataan dan ajaran, Orang Yesus

dipersembahkan sebagai jalan orang percaya kepada Tuhan.31

31 Warren Matthew, Seventh Edition World Religions (Old Dominion University Emiritus, 2010) 293
5.0 RITUAL DALAM AGAMA KRISTIAN

Ritual adalah suatu siri aktiviti yang dijalankan oleh sesetengah agama untuk tujuan

simbolik. Ritual boleh dijalankan berdasarkan agama atau boleh juga berdasarkan

tradisi masyarakat tertentu. Aktiviti dalam ritual biasanya dikawal dan ditentukan dan

tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Dalam agama Kristian, terdapat beberapa

ritual yang biasa dijalankan. Antaranya ialah Pembatisan. Orang Kristian secara

rasminya memasuki gereja dengan dibaptiskan. Dalam pembaptisan, air digunakan

sebagai tanda lahir penyucian daripada dosa dan kehidupan baru seseorang dalam

Kristus. Cara air digunakan berbeza-beza. Sesetengah Kristian memercikkan air ke atas

kepala dan ada sesetengah yang merendam penuh kepala ke dalam tangki, sungai, atau

tasik. Dalam Bahasa yang popular, orang Kristian boleh memercik, menuang dan

mencelup. Selain itu, Confirmation (pengukuhan iman) iaitu penegasan semula

pembaptisan pada masa kanak-kanak, dilakukan setelah dewasa dengan meletakkan

tangan imam disertai doa dan diikuti dengan percikan minyak suci. Dalam sakramen

ini, seseorang membuat keputusan yang matang untuk menerima iman dan ajaran

Gereja, dan menerima roh kudus (kebijaksanaan, pemahaman, nasihat, ketabahan,

pengetahuan dan ketakutan akan Tuhan) menyediakan apa yang seseorang perlukan

perlukan untuk mneruskan pekerjaan Kristus. Sakramen ini juga memberi kekuatan

yang diperlukan untuk menjadi saksi yang setia kepada Kristus. Sakramen biasanya

diuruskan oleh seorang uskup. Uskup akan menyoal orang yang ingin disahkan,

menguji pengetahuan mereka tentang iman mereka. Oleh itu, orang muda biasanya

menghabiskan satu atau dua tahun dalam persediaan untuk sakramen ini. Di samping

itu, Confession atau sakramen taubat, pengakuan dosa tidak kira besar atau kecil kepada

seorang imam sahaja dan pengakuannya adalah sulit dan dipanggil “pergi kepada

pengakuan”. Persediaan untuk pengakuan pertama melibatkan pembelajaran mengenali


dosa-dosa sendiri dan membiarkan diri berasa sedih untuknya. Dilakukan sekurang-

kurangnya sekali setahun. Kemudian, seorang imam dengan kebijaksanaan yang

disucikan mengampuni dosa-dosanya dan dilarang sama sekali mengulangi apa-apa

yang didengarnya dalam pengakuan. Orang yang menerima sakramen akan diminta

untuk menyatakan kesedihan atas dosa yang dilaluinya dengan mengucapkan doa.

Imam kemudiannya melafazkan kata-kata pengampunan yang menjamin seseorang itu

mendapat pengampunan dari Tuhan atas dosa-dosanya. Akhirnya, imam akan

menetapkan beberapa doa untuk diucapka, atau mungkin menetapkan cara lain untuk

menebus kesalahan kepada Tuhan.32

PERAYAAN DALAM AGAMA KRISTIAN

Hari Natal (25 Disember)

Hari Krismas dikenali sebagai Hari Natal yang merupakan perayaan terbesar untuk

penganut agama Kristian dan juga mempunyai tempoh pertaubatan yang

mendahuluinya. Tempoh sebelum Krismas dikenali sebagai Advent “Pendekatan”

kerana ia adalah masa di mana kelahiran Mesias semakin hampir. Ianya juga disambut

setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati Jesus dari Nazareth pengasas

ajaran Kristian. Pada mulanya, Krismas disambut dengan perkhidmatan gereja yang

istimewa dan tidak lebih. Ia mempunyai unsur keseronokan dan perayaan sosial yang

dikaitkan dengannya hari ini.

Hari Paskah

Paskah sentiasa menjadi perhatian Kristian dan yang paling penting. Ia meraikan

kebangkitan Jesus. Kristian terus merayakan peristiwa itu, tetapi juga menggunakan

32 Ann Marie B. Bahr, Religions of Worlds, (University of Chicago Divinity School,2004) 97


hari itu untuk mengingati kematian dan kebangkitan Jesus. Ia lazimnya disambut antara

akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun. Pada mulanya, Paskag adalah

perayaan satu hari untuk memperingati kedua-dua kematian dan kebangkitan Jesus.

Walau bagaimanapun, apabila ziarah ke baitulmaqdis semakin popular dan Jemaah haji

menjejaki semula langkah Jesus semasa minggu terakhir hidupnya, cuti tambahan pun

semakin meningkat. Ahad sebelum PAskah ialah “Palm Sunday”, ia memperingati

kemasukan kemenangan Jesus ke Yerusalam. Manakala Khamis sebelum Paskah

dipanggil “Maundy Thursday”. Ia memperingati perjamuan terakhir Jesus bersama

murid-muridnya sebelum dia dibunuh.

Pesta Our Lady Of Guadalupe

Dalam Gereja Katolik, penghormatan Maria ibu Jesus merangkumi pelbagai devosi

Maria termasuk doa, pebuatan saleh, seni visual puisi, dan muzik yang dikhaskan

kepada Perawan Maria. Kedua-dua orang Kristian Katolik dan Ortodoks telah

mengetepikan hari istimewa untuk menghormatinya. Katolik percaya bahawa Maria

muncul di bumi dari semasa ke semasa dengan arahan untuk orang beriman.

Penampilan sedemikian dikenali sebagai “apparitions” dan setiap penampakkan

mempunyai hari perayaan yang menyertainya.

Perayaan Bapa Suci (27 Mei)

Bapa suci sebenarnya mengajar tentang konsep keimanan dalam agama Kristian.

Bapa suci (dipanggil Bapa Gereja di Barat) hidup pada abad Kristian pertama. Dalam

Kristian Ortodoks, mereka adalah pihak berkuasa utama untuk pemahaman yang betul

tentang Kitab Kristian. Bapa suci ini percaya bahawa dia telah menerima ajaran Kristian

ini daripada pengikut utama Jesus dan oleh yang demikian, dia merasakan bahawa ia
merupakan tanggungjawab untuk menyebarkan konsep keimanan dalam Kristian ini.

Mereka menyambut perayaan ini sebagai tanda penghormatan bagi bapa suci ini yang

telah banyak menyumbang jasa dalam perkembangan Kristian. Bapa Suci menjamin

“kelahiran Rohani” generasi Kristian dengajar iman yang benar.33

6.0 Analisis Komparatif

6.1 Taubat dalam Islam dan Kristian

PERAYAAN DALAM AGAMA KRISTIAN

Secara umum, terdapat persamaan dalam pendefinisian taubat sebagai kembali,

berpaling dan penyesalan menurut sudut pandangan Islam dan Kristian. Begitu juga

konsep taubat meliputi hukum bertaubat menunjukkan kewajipan mengamalkan taubat

pada kedua-dua agama.

Peranan taubat untuk memulihkan hubungan antara manusia dengan Tuhan yang

telah rosak kerana perlakuan dosa turut diakui oleh Islam dan Kristian. Dari segi

matlamat juga didapati adanya persamaan antara Islam dan Kristian di mana

keampunan menjadi tujuan untuk mendapatkan keselamatan dan syurga sekalipun

terdapat perbezaan dari sudut pemahaman maksud keselamatan yang akan dibahas di

dalam bahagian selepas ini.34

33 Ann Marie B. Bahr, Religions of Worlds, (University of Chicago Divinity School,2004) 152

34 Sri Rahayu & Khadijah , “Konsep Taubat menurut Islam dan Kristian,” AfkarVol. 18 Issue 1 (2016): 43-90
Analisis Perbezaan Taubat dalam Islam dan Kristian

Analisis terhadap konsep taubat dalam Islam dan Kristian mendapati beberapa perkara

yang menunjukkan wujudnya perbezaan konsep antara dua agama yang akan dirincikan

seperti berikut:

a. Penggunaan Terminologi Taubat

Melihat kepada terminologi taubat dalam Kristian difahami bahawa isu

taubat yang menuntut perubahan hanya menyentuh aspek moral dan urusan

keagamaan yang menjadi simbol kepada keimanan terhadap Jesus bagi

mendapat keselamatan dan keampunan Tuhan. Justeru asas keyakinan

agama Kristian dizahirkan dalam bentuk ritual keagamaan sama ada melalui

pembaptisan dan pengakuan dosa. Hal ini jauh berbeza dengan terminologi

taubat di dalam Islam yang lebih luas mencakup pelbagai disiplin ilmu.

Sebagai contoh, perbincangan taubat yang menuntut penyesalan dan

berhenti melakukan dosa dalam ilmu Fiqh sering dilihat dari sudut undang-

undang dan hukuman yang mengakibatkan tindakan atau pelepasan dunia

dan akhirat. Manakala perbahasan taubat dalam ilmu Kalam cenderung

menekankan soal akidah dan keimanan, kehendak dan ketentuan dalam diri

manusia dan hubungannya dengan Allah.

Sementara bicara taubat dalam ilmu Tasawwuf lebih halus dan

mendalam kerana sinonim dengan kaedah penyucian jiwa dan perjalanan


hati mendekati Allah dan mengenaliNya. Justeru taubat menurut perspektif

Islam adalah menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia.35

b. Penggunaan Terminologi Taubat

Penelitian terhadap konsep taubat di dalam Islam dan Kristian pula

mendapati terdapat titik perbezaan dalam konsep taubat secara menyeluruh

sama ada dari segi ciriciri, matlamat, autoriti memberi keampunan dan

proses perlaksanaan taubat. Sememangnya diakui bahawa Islam dan

Kristian sama-sama menyuguhkan taubat sebagai sarana untuk memulihkan

hubungan yang tercalar antara manusia dengan Tuhan akibat dosa. Namun

sudut pandang yang berbeza terhadap konsep dosa dan pelakunya telah

membawa kepada penilaian yang berbeza pula terhadap implikasi dan

tuntutan bertaubat daripada dosa. Perbincangan analisis bagi perkara ini

akan dijelaskan dengan menilai sebab taubat diwajibkan dan bagaimana

melaksanakan taubat yang dituntut agama:

35
Sri Rahayu & Khadijah , “Konsep Taubat menurut Islam dan Kristian,” AfkarVol. 18 Issue 1 (2016):

43-90
7.0 RUMUSAN

Bagi menyimpulkan hal ini, agama Kristian dapat dijelaskan bahawa apa yang wujud

dalam agama Kristian sekarang bukanlah lagi ajaran asal daripada nabi Isa a.s yang

datang daripada Allah SWT, malah ia merupakan ajaran dari Paul merupakan agama

Yahudi yang memeluk agama Kristian untuk membuat rekaan dan penyelewengan bagi

menyesatkan pengikut-pengikut nabi Isa a.s.

Agama Kristian merupakan sebuah adama yang telah memberi wajah yang baru dengan

pengisian yang serba baru. Identiti asal agama ini telah jauh berubah daripada ajaran

asal Jesus Chirst. Apa yang dapat dilihat adalah kebanyakkan ajaran Jesus Chirst dan

doktrin-doktrin yang terdapat di dalam agama Kristian adalah hasil adaptasi peristiwa-

peristiwa dan kepercayaan-kepercayaan yang dapat di dalam agama Iniyan boleh


pengaruhi kehidupan orang bukan Yahudi. Malah agama Kristian juga telah diterima

luas oleh orang bukan agama Yahudi. Perkara-perkara yang tidak elok dapat ditutup

daripada dibahaskan secara umum apabila panderi mereka tkela meletakkan pelbagai

peraturan dan undang-undang untuk menghalangi mereka melakukan sedemikian.

Perkara ini juga tidak lansung dapat meletekan agama Kristian sebagai agama yang

boleh diterima ramai yang boleh diteriama pakai oleh orang yang bukan penganut

agama Yahudi.

Ditambah pula dengan usaha yang telah dilakuan oleh Paul yang telah berusaha

memperkenalkan refomasi ke dalam dotrin agama Kristian dengan meletakan agamaini

sebagai agama yang sejagat ataupu universal. Usaha yang dilakukan oleh Paul St. ini

ada tuuan yang tersendiri kerana beliau tidak menerima pengajaran Jesu Chirst

sebalinya memebina asas baru kepada agama Kristian sehinggs jadi agama Kristian kini

yang baru dan jauh beza dengan ajaran yang asal oleh Jesus Chirst. Walau apapun yang

berlaku , agama Kristian kini telah berkembang sebagai sebuah agama yang terbuka

kepada orang ramai.

Selain itu, bagi perbezaan antara agama islam dan agama Kristian juga didapati bahawa

ideologi atau kepercayaan dan juga perlaksanaan ibadat yang terkandung di dalam

ajaran Kristian adalah sangat berbeza dan bercanggah dengan akidah atau kepercayaan

agama Islam yang dapat dilihat melalui doktrin-doktrin yang diaplikasikan dalam

ajaran Kristian yang berkait dengan ketuhanan nabi Isa a.s atau lebih dikenali sebgai

Jesus Christ menjadi perantaraan dalam konteks pengampunan dosa. Berbeza bagi

agama Islam yang hanya meletakkan Allah SWT sebagai rujukan dan juga kepecayaan

dengan menyerahkan semua kpada Allah SWT yang tidak ada Tuhan lain selain
daripadaNya dan tidak ada simbol dan juga lambang yang digunakan dalam peribadatan

umat Islam melainkan Allah itu wujud di dalam hati dan tidak wujud dengan pacaindera.

Oleh yang demikian, agama Kristian juga bukanlah agama yang tidak baik malah

mereka juga telah menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi penganut-

penganut mereka, malah kefahaman agama Kristian dapat melahirkan manusia yang

berakhlak mulia serta keperibadian yang tinggi. Setiap agama mesti menyeru umatnya

untuk membuat kebaikan. Agama juga menekankan peneraoan nilai moral dalam

pelbagai aspek kehidupan penganutnya untuk dijadikan pengangan hidup melalui

peraturan dan nilai murni yang tercatat dalam kitab-kitab suci masing-masing. Malah

kehidupan beragama dalam diri seseorang juga mempengaruhi seoarang individu untuk

menjalakan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan

sahsiah.

Melalui penulisan ini juga, dapatlah juga kita mengetahui beberapa amalan dan

kepercayaan yang diamalkan serta perayaan-perayaan yang telah disambut oleh

penganut agama Kristian yang berkait dengan nilai murni serta moral untuk mereka

jadikan panduan serta pendoman. Penulisan ini sangat bagus diteruskan kerana kita

dapat memahami perkaitan antara moral dengan agama seterusnya menjadi penganut

yang baik dan taat kepada suruhan agama masing-masing.

Dari segi sejarah apa yang dapat disimpulkan adalah sejarah agama Kristian hari ini

kebanyakkan generasi baru Kristian yang dilahirkan dan dibesarkan, kisah dan

pengalaman mereka sendiri telah menajdi sebahagian dariapda naratif iman yang lebih

besar. Pertumbuhan agama Kristian sangat luar biasa dalam beberapa dekat. Pengaruh
agama Kristian dirasai dalam hampir setiap sektor masyarkat. Peranan yang dimainkan

oleh agama Kristian ini juga telah bertindak sebagai pelindung bagi bagi penganut

agama mereka yang telah mengembangkan lagi pengaruh dan perkembangannya.

Malah, peranan yang di mainkan oleh Gereja juga merupakan sumbangan terpenting

terhadap perkembangan serta pengaruh agama Kristian melalui penguasaanya terhadap

pemikiran, pandangan dunia dan perlakuan harian Masyarakat dan politik pada zaman

pertengahan.

Ajaran Kristian juga berpegang kepada rukun kepatuhan dan cinta kepada Tuhan serta

persaan baik hati terhadap jiran, tidak bermaksud bahawa individu yang mematuhi

rukun itu akan melaksankan semua suruhan Tuhan sepenuhnya. Mematuhi rukun

adalah baik tetapi tidak mencukupi kerana terdapat orang yang gagal mematuhi

kemahuan Tuhan yang sebenarnya. Contohya, mereka megabaikan tanggungjawab

menjaga ibu bapa tetapi berpurapura alim dengan memberi wang kepada gereja.

Akhir kata, apa yang dapat kita lihat dengan sangat jelas bahawa agama Islam dan

agama Kristian itu sangat berbeza pada pengangan dan amalan. Mahupun ada

persamaan yang wujud itu mungkin disebabkan oleh tinggalan ajaran sebenar yang

dibawa oleh Nabi Isa. Ajaran Kristian yang ada pada hari ini tidak sama dengan Nabi

Isa. Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya dan yakin bahawa agama yang diredhai

oleh Allah itu hanya satu iaitu Islam.


8.0 RUJUKAN

1. Ann marie b. Bahr, religions of the world (university chicago divinity school,
2004)
2. Holy bible, today’s new international version (united states patent and
trademark office, 2001)
3. Robert s. Ellwood, the encyclopedia of world religions, revised edition
(california:University of southern california,1998)
4. Moral dari perspektif agama kristian | pdf. (n.d.). Scribd.
5. Hinks, d. (2003). The bible’s definition of “christian” (the christian and
discipleship) [review of the bible’s definition of “christian” (the christian and
discipleship)].
6. Azmi, n. A. R. B., & mokhtar, r. A. B. M. (2022). Sejarah kemunculan dan
kepercayaan gereja ortodoks dan roman katolik: Satu analisis perbandingan.
Oarep.usim.edu.my
7. Agama, k., kini, agama, p., kini, k., pengasasnya, d., zakaria, o., & mahmod bin
daud. (n.d.).
8. B, m. (1999). Sejarah dan perkembangan kristian kini [review of sejarah dan
perkembangan kristian kini].
9. Nabi isa atau jesus christ mengikut kristian dan penjelasan al-quran
mengenainya – kolej universiti islam antarabangsa sultan ismail petra – kias.
(n.d.). Kolej universiti islam antarabangsa sultan ismail petra - kias.
10. Anna, D. N. (2006). Penyaliban Yesus; Teologi Kristen; Teologi Islam [Review of
Penyaliban Yesus; Teologi Kristen; Teologi Islam]. (Original work published
2006)
11.Warren Matthew, Seventh Edition World Religions (Old Dominion University Emiritus,
2010)

12.Victoria Kennick Urubshurow, Introducing World Religions (Circleville Road State


College, 2009)
9.0 LAMPIRAN

Gambar buku rujukan


Gambar rujukan Journal

You might also like