Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TUGASAN 2: PROJEK PERNIAGAAN 1

 Anda perlu mencari maklumat persekitaran kampus untuk menjana idea perniagaan yang sesuai bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pelajar.
 Perincikan langkah-langkah menjana idea perniagaan dengan sistematik berdasarkan maklumat yang
telah dikumpul.
 Laksanakan analisis persekitaran bagi menilai peluang perniagaan yang berpotensi untuk dijalankan
dengan menggunakan Analisis SWOT.

Nama Pelajar : SEM SHU HUI


Angka Giliran 2020302340045
Nombor Kad Pengenalan : 001014-07-0072
Tahun Ambilan : JUN 2020
Kumpulan/ Unit : PISMP PM 1
Kod dan Nama Kursus : KUWS3013 KEUSAHAWANAN
Nama Pensyarah : DR ROZAINI BIN ABU BAKAR

Tarikh Hantar : 29 SEP 2023

Saya SEM SHU HUI dengan ini mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas kerja kursus saya
daripada pensyarah.

Tandatangan: Tarikh:
1.0 Pengenalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan usaha mewujudkan persekitaran
perniagaan yang kondusif, berdaya saing dan meningkatkan produktiviti wajar dijadikan agenda utama
di setiap peringkat pentadbiran Kerajaan Pusat serta kerajaan negeri (Luman Ridhwan Mohamed Nor,
2021). Daripada sini, jelaslah bahawa persekitaran perniagaan yang baik memainkan peranan yang
penting dalam penubuhan, pengembangan serta pengekalan sebuah perniagaan dalam jangka masa
yang panjang. Untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang baik, seorang usahawan perlu
melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan mengenai bidang perniagaan seperti faktor
persekitaran. Faktor persekitaran terbahagi kepada dua, iaitu faktor persekitaran dalaman dan juga
faktor persekitaran luaran (Alkali, 2012). Dengan menguasai ilmu-ilmu ini, seseorang usahawan itu
akan mengurus sesebuah perniagaan dengan baik lagi berkesan. Sebelum bermula mengusahakan
sebuah perniagaan di kampus, saya juga telah melihat kepada beberapa faktor persekitaran bagi
menentukan perniagaan yang sesuai dijalankan serta memastikan pertumbuhan dan kejayaan
perniagaan lebih terjamin.

2.0 Langkah-langkah Menjana Idea Perniagaan

Langkah-langkah menjana idea perniagaan merupakan elemen yang signifikan dalam penentuan
perkembangan sesebuah perniagaan tersebut. Maksudnya, peniaga yang ingin memulakan sebuah
perniagaan harus menjana idea perniagaan dengan langkah-langkah yang sistematik supaya
perkembangan perniagaan tersebut terjamin. Pertama sekali, peniaga perlu mengenal pasti keperluan atau
permintaan pelanggan dan penawaran produk atau perkhidmatan di IPGKTB. Di sini, saya telah
menjalankan satu tinjauan pasaran dengan kaedah soal selidik secara atas talian. Saya telah mencipta satu
borang soal selidik yang memaparkan beberapa pilihan perkhidmatan yang mungkin diperlukan oleh
pelajar IPGKTB seperti yang ditunjukkan dalam Google Form (Lampiran A) untuk mengenal pasti
peluang perniagaan, iaitu perkhidmatan yang paling diperlukan oleh pelajar yang belajar di kampus
Tuanku Bainun. Setelah itu, Berdasarkan hasil-hasil responden, jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan
yang paling diperlukan oleh pelajar IPG Tuanku Bainun ialah ‘perkhidmatan dobi’ dengan sebanyak
XXX pilihan (Lampiran B).

Seterusnya, menganalisis berkaitan persekitaran, lokasi perniagaan dan juga peluang-peluang


perniagaan. Menurut Everett Hagen (1963), seseorang usahawan tersebut perlu peka terhadap
persekitaran dan peluang yang mampu merancakkan aktiviti perniagaan. Berdasarkan pemerhatian
saya, para pelajar yang berasrama di IPGKTB menghadapi masalah ketika terdapat lebih daripada dua
orang pelajar ingin mencuci baju pada masa yang sama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap blok
asrama hanya disediakan dua buah mesin mencuci baju dan setiap kitaran cuci baju mengambil masa
selama 65minit. Kesannya, pelajar yang ingin mencuci baju pada masa yang serentak terpaksa untuk
menunggu giliran yang lama dan seterusnya menimbulkan situasi pelajar menggunakan tong baju
masing-masing untuk ‘beratur’ di bilik dobi (Lampiran 2). Justeru itu, saya telah melihat peluang
perniagaan yang terhidang iaitu untuk menjalankan suatu perniagaan yang membekalkan perkhidmatan
dobi. Dengan adanya perniagaan kecil-kecilan saya ini, para pelajar tidak perlu lagi menghabiskan
masa dan tenaga untuk menunggu giliran yang lama semasa ingin mencuci baju masing-masing.
Tambahan lagi, pelajar tidak perlu berpenat lelah beratur panjang dan atau menghadapi masalah
‘dipotong giliran’ semasa ingin mencuci baju, malah pelajar juga boleh terus meminta saya ‘pick up’
baju yang inign dibersihkan di bawah blok asrama melalui medium Whatsapp atau Telegram pada bila-
bila sahaja (bermula dari 8 pagi sampai 12 malam).

Kemudian, seseorang perlu menilai kebolehlaksanaan idea dengan melakukan kajian


kebolehlaksanaan berdasarkan empat aspek iaitu produk atau perkhidmatan, industri dan pasaran,
organisasi serta kewangan. Kajian kebolehlaksanaan dilakukan supaya tidak banyak sumber dibazirkan
dan membantu mengelakkan kegagalan perniagaan (Tam et al., 2014). Pada peringkat ini, saya
menimbulkan idea untuk meluaskan bidang perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan dobi
kepada pensyarah dan juga pelajar yang menyewa di luar IPGKTB serta membekalkan perkhidmatan
menghantar baju yang siap dibersih kepada pelanggan yang tinggal di sekitar taman perumahan
IPGKTB jika pelanggan perlu. Idea ini ditimbulkan supaya membekalkan perkhidmatan yang lebih
lengkap, istimewa dan sesuai dengan cara hidup pelajar yang sibuk. Idea ini juga dinilai dan dianggap
sesuai untuk dilaksanakan kerana tiada persaingan iaitu kedai dobi di sekitar IPGKTB yang
membekalkan perkhidmatan penghantaran sebegini dan dengan ada perkhidmatan ini pasaran
perniagaan menjadi lebih luas. Secara tidak langsung, sumber pendapatan perniagaan ini juga
bertambah dan mengelakkan kerugian perniagaan berlaku.

Selepas itu, mula mengambil tindakan untuk menghidupkan idea perniagaan contohnya boleh mula
mencari sumber pembiayaan, membina pasukan, dan melaksanakan strategi pemasaran yang telah dirancang.
Dalam konteks ini, saya telah membeli mesin basuh daripada pengedar utama tetapi bukannya ejen atau orang
tengah untuk mendapatkan harga yang murah dan mengurangkan kos permulaan perniagaan. Sebelum membeli
mesin basuh, saya juga telah membanding beza harga yang ditawarkan oleh beberapa pengedar utama melakukan
sedikit kajian sebelum melakukan sesuatu penetapan harga untuk memastikan harga yang ditawarkan mengikut
kepada tahap perkhidmatan dan berdaya saing dengan pengusaha dobi yang lain
https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-53/53-8.pdf

4.0 Analisis persekitaran bagi menilai peluang perniagaan yang berpotensi untuk
dijalankan dengan menggunakan Analisis SWOT.

Analisis SWOT adalah teknik yang digunakan untuk mengidentifikasi kekuatan, kelemahan, peluang, dan
ancaman untuk bisnis atau bahkan projek tertentu (Raeburn, 2022).

Jika dilihat daripada aspek kekuatan (Strengths), perniagaan perkhidmatan dobi adalah sesuai
ditubuhkan di dalam IPGKTB kerana permintaan terhadap perkhidmatan dobi adalah tinggi dan tiada
persaingan lain, iaitu kedai dobi lain di sekitar IPGKTB. Selain itu, perniagaan perkhidmatan dobi yang
membekalkan perkhidmatan mencuci baju dan perkhimatan ‘pick up’ serta penghantaran kembali baju
kepada pelajar atau pensyarah setelah baju siap dibersihkan adalah sesuai dengan cara hidup pelajar
IPGKTB yang agak sibuk dengan tugasan-tugasan esainmen serta aktiviti-aktiviti kurikulum yang
banyak. Dengan adanya perkhimatan penghantaran ini, bilangan murid yang sanggup memilllih untuk
membersihkan baju di kedai dobi meningkat kerana tindakan ini membolehkan mereka membersihkan
baju yang banyak dalam keadaan tanpa membuang masa untuk menyemak balik group Whatsapp blok
asrama sama ada giliran sendiri sudah sampai ataupun risau akan giliran sendiri ‘dipotong’. Hal ini dapat
meningkatkan kepuasan pelajar dan membantu meluaskan pasaran di kalangan IPGKTB.

Jika dilihat dari perspektif kelemahan (Weakness), perniagaan perkhidmatan dobi ini akan
mengalami permintaan yang tidak stabil akibat keperluan pengguna bermusim. Di IPGKTB, permintaan
terhadap perkhidmatan dobi kebanyakannya pada pertengahan semester kerana banyak tugasan akademik
dan program kurikulum harus dihadapi oleh pelajar pada waktu itu di mana bilangan baju yang dipakai
dan harus dicuci bertambah. Implikasinya, bilangan pelajar yang memerlukan perkhidmatan dobi untuk
menjimatkan masa mereka meningkat. Namun, permintaan terhadap perkhimatan dobi ini akan menurun
secara drastik terutamanya sepanjang cuti semester kerana kebanyakan pelajar IPGKTB akan pulang ke
rumah masing-masing ketika itu. Hal ini sedikit sebanyak menganggu kelancaran perniagaan saya akibat
ketidakpastian dalam keuntungan dan kesukaran dalam menampung kos.

Daripada aspek peluang (opportunities), kedai perkhidmatan dobi mempunyai peluang untuk
berkolaborasi dengan oraganisasi yang dekat dengan IPGKTB. Sebagai contoh, kedai perkhidmatan dobi
ini boleh berkolaborasi dengan Sekolah Menengah Mengkuang dan Institut Kemahiran Tinggi Belia
Negara Bukit Mertajam yang terletak di sekitar IPGKTB untuk menyediakan perkhidmatan dobi kepada
pelajar dan pensyarah di kedua-dua oraganisasi itu. Kesannya, keuntungan perniagaan bertambah lagi
hasil daripada bayaran penghantaran yang dikenakan pada pelanggan atas perkhidmatan ‘pick up’ dan
penghantaran kembali baju setelah selesai dicuci kepada pelanggan. Pada masa yang sama, perniagaan
saya dikembangkan lagi sekiranya terdapat pelanggan yang berpuas dengan perkhidmatan kedai dobi
saya dan membuat rekomendasi untuk perniagaan saya di Internet.

Bagi ancaman (threats), perkhidmatan dobi di dalam kampus akan mengalami persaingan dari
kewujudan kedai dobi di luar kampus sekiranya kedai dobi di luar kampus terletak di lokasi yang dekat
dengan IPGKTB dan menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai dobi di dalam
kampus. pelajar berkemungkinan besar akan memilih untuk mencuci baju di kedai dobi tersebut. Hal ini
Ini dapat mengurangkan pendapatan perniagaan dobi di dalam kampus dan mengancam perniagaan
percetakan di dalam kampus.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, perkhidmatan dobi merupakan perniagaan yang sesuai dijalankan di IPGKTB kerana
perniagaan ini bukan sahaja mudah dijalankan tetapi juga berpotensi mendatangkan keuntungan yang
tinggi. Hal ini dapat disokong oleh Siti Nuraini Abu Bakar (XX) yang menyatakan bahawa perniagaan
dobi tidak memerlukan kos permulaan dan kos operasi yang tinggi serta usahawan tidak memerlukan
kepakaran dalam mengawal operasi perniagaan. Walau bagaimanapun, peniaga harus melengkapi diri
dengan kemahiran mengatasi kelemahan dan ancaman yang dihadapi serta mengurus operasi dan
kewangan dengan menggunakan strategi-strategi yang berkesan barulah boleh menjamin kestabilan dan
meneruskan perniagaan sehingga selama-lamanya.
Rujukan

Abu Bakar Hamed. (2006). Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil. Penerbit
Universiti Utara Malaysia.

Luman Ridhwan Mohamed Nor. (2021). Persekitaran perniagaan kondusif jadi agenda utama
kerajaan. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2021/11/24/persekitaran-perniagaan-
kondusif-jadi-agenda-utama-kerajaan/

Raeburn, A. (2022). Analisis SWOT: Arti dan cara menggunakannya (beserta contoh). Asana.
https://asana.com/id/resources/swot-analysis

Tam, A. Y. L., Chiew, T. M., Chang, D. M. L., Bonaventure Boniface & Mansur Tola. (2014).
Asas Keusahawanan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Lampiran A

Google Form Link:


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSddDbBirrwsIuk3xMtw1weayPiDm2vAZr4Z_YDWej
UG35EOFw/viewform?usp=sf_link
Dalam persekitaran dalaman, struktur organisasi yang baik, budaya organisasi yang mementingkan
pelanggan serta sumber yang mencukupi boleh membantu dalam pengembangan perniagaan ke arah
yang lebih maju. Sebaliknya, bagi persekitaran luaran merujuk kepada faktor luar yang mempengaruhi
prestasi, pengambilan keputusan, dan strategi dalam semua kegiatan bisnis.
Selepas mengumpul maklumat, ciptakan senarai yang mengandungi pelbagai idea berpotensi, termasuk inovasi
produk, perkhidmatan yang memenuhi keperluan pasaran, atau pemecahan masalah yang unik.
Lampiran B

You might also like