Tuto Semantik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

BMMB3123 SEMANTIK

BAHASA MELAYU
Disediakan oleh:
Nur Syahida binti Abdul Aziz
Muhammad Irfantullah bin Mohammad Farizuan
Muhammad Noor Firdaus bin Roslan
Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

Sifat Makna Komponen Makna


01 03

02 Kelas Makna 04 Lewah dalam Makna


01
Sifat Makna
Makna bersifat dinamis dan evolusi.
Apa Itu Makna?
● Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan makna merujuk kepada “erti atau
maksud yang kepada sesuatu perkataan”.

● Ogden dan Richard (1956) dalam S. Nathesan (2008) berpendapat ‘makna’ merujuk kepada
sesuatu yang intrinsik, pokok atau perkara utama, kemahuan dan sesuatu peristiwa yang
diharapkan.
Sifat Makna?
● Sifat makna bermaksud perkataan-perkataan yang dimasukkan ke dalam golongan tersendiri
menurut makna perkataan berkenaan.

● Mengikut Za’aba (1965), perkataan boleh dikategorikan kepada 5 jenis:

- Perkataan makna
- Perkataan perbuatan
- Perkataan sifat
- Perkataan sendi
- Perkataan seruan

● Makna bersifat dinamis iaitu boleh berubah-ubah dan evolusi iaitu boleh berkembang.
Perkataan Makna Segala perkataan yang menyebut benda atau orang. Contoh: katak,
burung, meja kerusi, bantal dan lain-lain.

Perkataan Perbuatan Perkataan yang menyebut perbuatan yang dilakukan atau keadaan
yang wujud seperti ambil, masak, duduk, mahu dan sebagainya.

Perkataan Sifat Apa-apa perkataan yang menerangkan atau menerangkan sifat


sesuatu nama atau perbuatan contohnya kecil, besar, tua, cantik dan
lain-lain.

Perkataan Sendi Perkataan yang menyambungkan antara perkataan dengan perkataan,


antara bahagian percakapan atau ungkapan seperti dengan, dan, oleh
dan sebagainya.

Perkataan Seruan Perkataan yang hanya digunakan untuk meluahkan perasaan hati
sama ada ketika memanggil, terkejut, hairan, mengejek dan lain-lain.
Ciri-ciri yang Menentukan Makna
- Ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut
Pilihan kesesuaian, jika tidak ungkapan tersebut tidak bermakna.
- Budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa
kerana hanya mereka yang faham budaya masyarakat
Budaya penutur boleh bertutur dengan betul berdasarkan konteks
budaya.
- Penentuan makna juga bergantung kepada situasi dan
Konteks perasaan penutur semasa mengucapkan sesuatu ujaran.

- Makna dalam peribahasa seperti kiasan, simpulan bahasa,


Makna dalam
pepatah dan lain-lain digunakan untuk menunjukkan makna
peribahasa yang berbeza daripada makna asal.
Faktor Perubahan Sifat Makna

Pembatasan/
Tanggapan penutur
Penyempitan makna

Perkembangan Tujuan simbolik dan


bahasa Perluasan makna stilistik
02
KELAS MAKNA
Kelas Makna

Makna Emotif Makna Konotatif Makna Piktorial


Makna Emotif
● Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) makna emotif adalah makna yang timbul
akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang
difikirkan atau dirasakan.

● Dalam kata lain, makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.

● Misalnya perkataan meninggal dunia, mati, wafat, mampus, dan mangkat adalah makna emotif
yang membawa maksud sudah meninggal dunia.

● Namun penggunaan perkataan yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza
terhadap orang lain.
Makna Konotatif
● Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat
negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma,
1999:9).

● Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa-apa yang
diucapkan atau didengar.

● Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada maknayang tertulis atau makna
yang diujarkan.
Makna Konotatif
● Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat Melayukerana timbulnya keinginan menyatakan
sesuatu denganmaksud yang lain.

● Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif.

● Tujuannya tentulah untuk menegur, memberi nasihat, tunjuk ajar dan panduan tetapi dalam
cara yang sopan agar tidak menyinggung perasaan pihak lain.

● Dalam kata lain, makna konotatif ialah makna tersirat.


Makna Konotatif
● Contohnya dalam ujaran “Cantiknya muka macamtu”, kata cantik bukan membawa maksud
“lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya.

● Yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah muka orang yang dilawan cakap itu
bukanlah cantik tetapi tidak jelita atau rupawan.

● Jelasnya makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna.

● Selain itu, makna konotatif juga sering dikaitkan dengan peribahasa.

● Peribahasa lazimnya (termasuk simpulan bahasa) mengandungi hanya satu makna walaupun
terdiri daripada dua atau lebih perkataan.

● Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan peribahasa tersebut.
Makna Piktorial
● Makna piktorial menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda,2001:122) adalah makna yang
muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.

● Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul
kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis
03
Komponen Makna
Elemen yang membentuk makna
TEORI ANALISIS KOMPONEN
Merupakan satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara
satu perkataan dengan perkataan yang lain.

Makna-makna yang terkandung dalam perkataan itu dapat dianalisis dan


didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu.
KONSEP FITUR DISTINGTIF

Jacob (1938) telah memperkenalkan konsep fitur


distingtif ini. Melalui konsep ini, sesuatu perkataan itu akan
dipecahkan kepada komponen atau dipanggil juga sebagai
fitur terkecil dalam pencarian maknanya.

Jika fitur itu ada, ia akan ditandai oleh simbol (+), jika
sesuatu fitur itu tiada, ia akan ditandai oleh simbol (-).
KONSEP FITUR DISTINGTIF

(+) Manusia (+) Lelaki


Seorang manusia hakiki. 01 02 Mempunyai kemaluan
seorang lelaki.

(+) Dewasa Ayah : [+manusia,


Mencapai umur tertentu. 03 +lelaki, +dewasa]

Ayah
KONSEP FITUR DISTINGTIF

(+) Manusia (-) Lelaki


Seorang manusia hakiki. 01 02 Tidak mempunyai
kemaluan seorang lelaki.

(-) Dewasa Kakak : [+manusia,


Belum mencapai umur 03 -lelaki, -dewasa]
tertentu.

Kakak
KONSEP FITUR DISTINGTIF

(+) Guru agama (+) Lelaki


Seorang yang mengajar 01 02 Mempunyai kemaluan
ilmu agama. seorang lelaki.

(+) Dewasa Ustaz : [+guru agama,


Mencapai umur tertentu. 03 +lelaki, +dewasa]

Ustaz
KONSEP FITUR DISTINGTIF

(+) Guru agama (-) Lelaki


Seorang yang mengajar 01 02 Tidak mempunyai
ilmu agama. kemaluan seorang lelaki.

(+) Dewasa Ustazah : [+guru agama,


Mencapai umur tertentu. 03 -lelaki, +dewasa]

Ustazah
KONSEP FITUR DISTINGTIF

(+) Serangga (+) Cantik


Seekor serangga. 01 02 Indah dipandang.

(+) Berwarna
03 Kumbang : [+serangga,
Ada pelbagai warna
+cantik, +berwarna]

Kumbang
KONSEP FITUR DISTINGTIF

(-) Serangga (+) Cantik


Bukan seekor serangga. 01 02 Indah dipandang.

(+) Berwarna
Ada pelbagai warna 03 Bunga : [-serangga,
+cantik, +berwarna]

Bunga
04
LEWAH DALAM MAKNA
LEWAH DALAM MAKNA
● Lewah dapat didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal, dan
sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat.

● Kelewahan, atau hal dan keadaan yang berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam
komunikasi, sama ada komunikasi lisan ataupun komunikasi tulisan.

● Kelewahan merupakan fenomena yang memperlihatkan berlakunya penambahan ataupun


pengulangan unsur yang sudah wujud dan pada hakikatnya tidak diperlukan
Faktor berlakunya lewah
dalam makna
Mereka-mereka
Pengulangan Ibu-ibu
bapa-bapa

Penambahan Memperbesarkan (memperbesar)


imbuhan yang tidak Dipersetujui (disetujui)
Diperhalusi (dihalusi)
diperlukan

Kata sendi yang Demi untuk


berturut-turut Selain daripada itu

You might also like