Assignment Ekonomi Penulisan Esei

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

AE025

EKONOMI 2

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ MARA KUALA NERANG

TUGASAN PENULISAN ESEI EKONOMI 2


SEMESTER 2 SESI 2022/2023

NAMA PENUH : NURIRDINA ALIA BINTI RIZAM


NO MATRIK : MA2255123196
KELAS TUTORIAL : P01
NAMA PENSYARAH : PUAN SULIZA BINTI SULAIMAN

NO SOALAN MARKAH JUMLAH MARKAH


Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
Soalan 5 _______ / 100
Soalan 6
Soalan 7
Soalan 8
Soalan 9
Soalan 10

Untuk Kegunaan Pensyarah Sahaja

1
ISI KANDUNGAN

N0 ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1.0 BAB 2: PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
1.1 SOALAN 1 3-4
1.2 SOALAN 2 5
1.3 SOALAN 3 6-7
1.4 SOALAN 4 8-9
1.5 SOALAN 5 10

2.0 BAB 3: PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA


2.1 SOALAN 1 11
2.2 SOALAN 2 12-13
2.3 SOALAN 3 14-15
2.4 SOALAN 4 16
2.5 SOALAN 5 17-19

2
BAB 2 (PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA)

SOALAN 1

(a) Huraikan bagaimana barang dan perkhidmatan yang tidak dipasarkan boleh
menimbulkan masalah dalam pengiraan pendapaatan negara. (4 markah)

Prinsip perhitungan pendapatan negara hanya mengira kegiatan ekonomi yang


produktif dan dipasarkan sahaja. Tetapi terdapat beberapa kegiatan ekonomi produktif
yang tidak dipasarkan iaitu hasil pertanian petani tradisional.

Terdapat beberapa kegiatan pertanian yang tidak dipasarkan dan hanya digunakan
sendiri sahaja. Misalnya sebahagian hasil padi yang digunakan sendiri oleh isi rumah
atau isi rumah menanam sayur di belakang rumah dan digunakan sendiri.Nilai ini tidak
dikira dalam pendapatan negara kerana ia tidak dipasarkan .

Selain itu, aktiviti haram yang produktif tetapi tidak dipasarkan. Misalnya aktiviti
perjudian dan kegiatan pelacuran. Ia merupakann kegiatan produktif tetapi salah disisi
undang-undang. Oleh itu, ia tidak diambil kira dalam pendapatan negara. Hal ini
menyebabkan pendapatan negara yang dikira ebih rendah nilainya daripada nilai
sebenar. (terkurang anggar).

(b) Jelaskan tiga (3) kelemahan data pendapatan negara sebagai alat perbandingan
taraf hidup antara negara. (6 markah)

Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara bertujuan membandingkan


taraf hidup rakyat di antara negara-negara yang berlainan. Masalah Perbandingan
Pendapatan Negara di antara negara-negara wujud kerana faktor-faktor berikut yang
turut mempengaruhi taraf hidup rakyat negara maju dan kurang maju tidak diambil kira
perbezaan dalam tingkat harga umum. Negara maju mempunyai tingkat harga umum
yang lebih tinggi daripada negara kurang maju. Keadaan ini menyebabkan negara maju
3
mempunyai nilai pendapatan negara yang lebih tinggi daripada negara kurang maju.
Untuk mengatasi masalah perbezaan tingkat harga umum, pendapatan negara benar
harus dibandingkan.

Selain itu, perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Kebanyakan kegiatan produktif di negara maju seperti membersihkan rumah, membasuh
baju, dan memotong rumput dilakukan oleh pekerja yang diupah dengan wang. Ini
meninggikan nilai pendapatan negara di negara maju. Kebanyakan kegiatan produktif di
negara kurang maju dilakukan sendiri / tidak dibayar dengan wang. Ini merendahkan nlai
pendapatan negara di negara kurang maju. Untuk membuat perbandingan taraf hidup di
antara negara-negara, perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar
dengan wang harus dikenalpasti.

Selain itu, perbezaan agihan pendapatan. Taraf hidup di sesebuah negara adalah tinggi
jika agihan pendapatannya lebih setara. Sekiranya KDNK benar/ KNK benar /
pendapatan negara benar di negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi agihan
pendapatan di negara A lebih tidak setara, taraf hidup di negara A tidak semestinya lebih
tinggi kerana wujud jurang agihan pendapatan yang besar antara golongan kaya dengan
miskin. Perbezaan agihan pendapatan menyebabkan KDNK benar/ KNK benar /
pendapatan negara benar tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai
perbandingan taraf hidup di antara negara.

4
SOALAN 2

Berbentukkan jadual, terangkan bagaimana kaedah nilai ditambah digunakan


untuk menghitung keluaran negara. (10 markah)

Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua


nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam
sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa setahun.
Untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, pendapatan negara dikira dengan
menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh sektor-sektor ekonomi.

Pengiraaan Nilai Ditambah Dalam Proses Membuat Kerusi


JENIS KELUARAN KELUARAN NILAI KELUARAN NILAI DITAMBAH
(RM) (RM)
BARANG GANDUM 100 100-0=100
PERANTARAAN
BARANG TEPUNG GANDUM 200 200-100=100
PERANTARAAN
BARANG AKHIR ROTI 300 300-200=100
JUMLAH (RM) 600 300

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM300 (100 + 100 + 100), iaitu sama dengan
nilai barang akhir, iaitu roti bernilai RM300.

Nilai barang perantaraan (barang yang perlu diproses selanjutnya) tidak dicampurkan untuk
mengelakkan masalah pengiraan dua kali.

5
SOALAN 3

Jelaskan lima (5) kegunaan data pendapatan negara. (10 markah)

1. Data pendapatan negara dapat mengukur kadar pertumbuhan ekonomi


menggunakan nilai keluaran negara benar.

𝐾𝐷𝑁𝐾 𝐵𝐸𝑁𝐴𝑅1 − 𝐾𝐷𝑁𝐾 𝐵𝐸𝑁𝐴𝑅0


𝐾𝐴𝐷𝐴𝑅 𝑃𝐸𝑅𝑇𝑈𝑀𝐵𝑈𝐻𝐴𝑁 𝐸𝐾𝑂𝑁𝑂𝑀𝐼 = 𝑋 100
𝐾𝐷𝑁𝐾 𝐵𝐸𝑁𝐴𝑅0

Jika nilainya positif maka berlaku pertumbuhan ekonomi sebaliknya nilai negatif menunjukkan
kemerosotan ekonomi.

2. Selain itu, data pendapatan negara perkapita juga dapat mengukur taraf hidup rakyat.

𝑃𝐸𝑁𝐷𝐴𝑃𝐴𝑇𝐴𝑁 𝑁𝐸𝐺𝐴𝑅𝐴
𝑃𝐸𝑁𝐷𝐴𝑃𝐴𝑇𝐴𝑁 𝑃𝐸𝑅 𝑃𝐸𝑅𝐾𝐴𝑃𝐼𝑇𝐴 =
𝐽𝑈𝑀𝐿𝐴𝐻 𝑃𝐸𝑁𝐷𝑈𝐷𝑈𝐾

Semakin tinggi nilai pendapatan perkapita maka semakin tinggi taraf hidup rakyat,sebaliknya,
semakin rendah nilai pendapatan perkapita maka semakin merosot taraf hidup rakyat.

3. Seterusnya, data pendapatam megara dapat mengukur sumbangan pelbagai sektor.

𝑁𝐼𝐿𝐴𝐼 𝐾𝐸𝐿𝑈𝐴𝑅𝐴𝑁 𝑆𝐸𝐾𝑇𝑂𝑅 𝐴


𝑆𝑈𝑀𝐵𝐴𝑁𝐺𝐴𝑁 𝑆𝐸𝐾𝑇𝑂𝑅 𝐴 = 𝑋 100
𝑁𝐼𝐿𝐴𝐼 𝐾𝐸𝐿𝑈𝐴𝑅𝐴𝑁 𝑁𝐸𝐺𝐴𝑅𝐴

Pengukurannya membolehkan kita mengetahui kepentingan dan prestasi setiap sektor serta
pengningkatan atau penurunan sumbangan sektor dari segi peratusannya
6
4. Selanjutnya, data pendapatan negara dapat mengukur kadar pertumbuhan sektor.

𝑆𝑈𝑀𝐵𝐴𝑁𝐺𝐴𝑁 𝑆𝐸𝐾𝑇𝑂𝑅 𝐴1 − 𝑆𝑈𝑀𝐵𝐴𝑁𝐺𝐴𝑁 𝑆𝐸𝐾𝑇𝑂𝑅0


𝐾𝐴𝐷𝐴𝑅 𝑃𝐸𝑅𝑇𝑈𝑀𝐵𝑈𝐻𝐴𝑁 𝐸𝐾𝑂𝑁𝑂𝑀𝐼 =
𝑆𝑈𝑀𝐵𝐴𝑁𝐺𝐴𝑁 𝑆𝐸𝐾𝑇𝑂𝑅0

Jika nilainya positif, ia menggambarkan berlukanya pertumbuhan dan perkembangan kegiatan


sektor ekonomi tersebut. Sebaliknya, jika nilainya negative, ia akan menunjukkan berlakunya
kemelesetan sektor ekonomi tersebut.

5. Akhir sekali, data pendapatan negara dapat membuat perancangan ekonomi sektor.
Berdasarkan kepada sumbangan dan pertumbunhan setiap sektor ekonomi, kerajaan
boleh merancang Langkah-langkah yang perlu untuk memajukan sektor-sektor tersebut.

7
SOALAN 4

a) Jelaskan maksud subsidi dan bayaran pindahan dengan memberikan contoh yang
sesuai. (4 markah)

Subsidi merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada suatu perniagaan atau
sektor ekonomi. Kebanyakan subsidi dibuat oleh kerajaan kepada pengeluar atau pengedar di
dalam sebuah industri untuk mencegah kemerosotan industri. Contohnya kerajaan memberikan
subsidi kepada semua pengusaha kecil supaya dapat mensasarkan jualan didalam dan luar
negara.

Bayaran pindahan merupakan bayaran bukan atas sumbangan faktor pengeluaran produktif
seperti bayaran pencen, biasiswa, zakat, elaun pengangguran. elaun suri rumah, bunga atas
pinjaman kerajaan, dan bunga atas pinjaman pengguna.

b) Jelaskan tiga (3) masalah pengiraan pendapatan negara. (6 markah)

• Masalah Pengumpulan Maklumat

Semasa penghitungan Pendapatan Negara, masalah pengumpulan data cenderungtimbul.


Misalnya, nilai pertukaran barter, pendapatan daripada aktiviti haram dan datasusut nilai sukar
diperoleh. Oleh itu, data Pendapatan Negara tidak dapat dihitungdengan tepat.Sesetengah
negara sedang membangun dan negara kurang maju tidak mempunyaimaklumat tepat tentang
kegiatan ekonomi mereka.

• Masalah Pengiraan Kegiatan Produktif Yang Tidak Diambil Kira

Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif dianggap sebagai kegiatan haram, dantidak
dicampurkan dalam akaun pendapatan negara sesetengah negara. Kegiatan haramini termasuk
pelacuran, perjudian,penanaman dan penjualan ganja.

8
• Masalah Pengiraan Kegiatan Yang Tidak Dibayar Dengan Wang

Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif tidak dibayar dengan wang. Ini termasukkegiatan
gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter, penggunaan bangunanpemilik untuk
tujuan pengeluaran atau perniagaan, bayaran upah dalam bentuk bukanwang, dan perkhidmatan
suri rumah.Kegiatan ekonomi seperti ini seharusnya diambil kira dalam penghitungan
pendapatannegara tetapi susah dilakukan.

9
SOALAN 5

Pendapatan per kapita bukanlah pengukur yang berkesan bagi membandingkan taraf
kebajikan antara negara. Jelaskan.

Pendapatan per kapita bermakna jumlah wang yang seseorang penduduk akan terima jika
pendapatan negara tahunan dibahagikan kepada setiap penduduk dengan sama rata. Ia
biasanya dilaporkan dalam unit mata wang. Sedangkan pendapatan per kapita biasanya
digunakan untuk membandingkan negara, ia juga digunakan untuk membandingkan
kawasan perbandaran di dalam negara.

Bagaimanapun, pendapatan per kapita mempunyai sebilangan kelemahan sebagai ukuran


kekayaan, khususnya apabila membandingkan negara-negara yang mempunyai tahap
kekayaan yang amat berbeza:

• Kegiatan ekonomi yang tidak menghasilkan pendapatan wang seperti perkhidmatan yang
diberikan di dalam keluarga atau perdagangan tukar barang biasanya tidak diambil kira.
Pentingnya perkhidmatan itu amat berbeza antara ekonomi, baik antara negara mahupun
antara kelompok yang berbeza di dalam sesebuah negara.

• Pendapatan per kapita tidak menunjukkan sebarang pengagihan pendapatan di dalam


negara dan oleh itu, segolongan kecil yang amat kaya boleh meningkatkan pendapatan
per kapita yang diukur jauh melebihi pendapatan sebenar yang diterima oleh kebanyakan
penduduk.

• Kadar pertukaran mata wang yang berbeza antara negara bermakna bahawa sesuatu
jumlah wang, misalnya satu dolar Amerika Syarikat, mempunyai nilai yang berbeza di
tempat-tempat yang berbeza

10
BAB 3 (PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA)

SOALAN 1
Berbantukan rajah pendekatan AD=AS, terangkan kesan kenaikan cukai sekaligus ke atas
keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga (3) sektor. (10 markah)

• Keseimbangan pendapatan negara asal tercapai pada titik E0 dimana AS = AE di mana


Y = C + I + G pada Y0.
• T ↑, Yd ↓, C ↓, AE ↓, Y ↓
• Pertambahan cukai sekali gus sebanyak (+∆T) akan mengurangkan penggunaan
sebanyak(-∆C). Ini menyebabkan keluk AE akan beralih ke bawah dari AE0 ke AE1 dan
titik keseimbangan Yn akan beralih dari L ke K pada AS = AE1 di mana Y = C1 + I + G.
• Kesannya Yn akan menurun dari 0Y0 ke 0Y1 melalui kesan pengganda.

11
SOALAN 2

a) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan autonomi. (2 markah)

Pelaburan autonomi merupakan bentuk pelaburan yang tidak dipengaruhi tingkat pendapatan
negara tetapi dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kadar bunga, dasar kerajaan dan
jangkaan pelabur. Sebarang perubahan ke atas tingkat pendapatan negara tidak akan mengubah
atau mempengaruhi jumlah pelaburan autonomi. Walaupun pendapatan negara meningkat atau
menurun, pelaburan akan tetap. (Y ↑ @ ↓, I tetap)

Rajah diatas menunjukkan keluk pelaburan autonomi:


• Y negara asal = 0Y0 dan Jumlah pelaburan = 0I0
• Apabila tingkat Y negara meningkat dari 0Y0 ke 0Y1 Jumlah pelaburan tetap kekal
pada jumlah 0I0
• Begitu juga apabila tingkat Y negara turun dari 0Y0 ke 0Y2, jumlah pelaburan tetap
pada jumlah 0I0.
12
b) Berbantukan rajah pendekatan suntikan – bocoran, terangkan kesan kenaikan
pelaburan. (8 markah)

Rajah diatas menunjukkan rajah pendekatan suntikan=bocoran. Titik keseimbangan asal pada
Q apabila Bocoran = Suntikan di mana S=I. 𝑌𝑛 asal pada 0𝑌0 .

Peningkatan pelaburan sebanyak (+∆𝐼) akan mengalihkan keluk I ke atas dari 𝐼0 ke 𝐼2 Titik
keseimbangan beralih dari Q ke R pada S=𝐼2 . Kesannya,𝑌𝑛 naik dari 0𝑌0 ke 0𝑌2 .

Pengurangan beleburan sebanyak (−∆𝐼) akan mengalihkan keluk I ke bawah dari 𝐼0 ke 𝐼1 . Titik
keseimbangan beralih dari Q ke P iaitu pada S=𝐼1 . Kesannya, pendapatan negara jatuh dari 0𝑌0
ke 0𝑌1

13
SOALAN 3
Berbantukan rajah analisis AD=AS, terangkan kesan terhadap tingkat harga dan
pendapatan negara bila upah buruh meningkat. (10 markah)

Keluk AS beralih kekiri dari AS0 ke AS1 apabila kos pengeluaran meningkat kesan daripada
kenaikan harga input seperi kadar upah. Kenaikan kos akan menyebabkan firma mengurangkan
keluaran kerana margin untung firma akan berkurang. Penawaran agregat berkurang

Keseimbangan pendapatan negara asal dicapai di titik E0 di persilangan keluk AD0 dan keluk
AS pada harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.

Pertambahan upah buruh akan meningkatkan kos pengeluaran. Penawaran agregat menurun
dan keluk AS0 beralih ke AS1. Keluk AS beralih kekiri dari AS0 ke AS1 apabila AS berkurang.

14
Pada tingkat harga P0, AD melebihi AS. Tingkat harga cenderung naik. Kenaikan tingkat harga
menyebabkan permintaan agregat semakin berkurang sepanjang keluk AD0 manakala
penawaran agregat semakin bertambah sepanjang keluk AS1. Keseimbangan baru tercapai
pada E1 dimana AS1 bersilang dengan AD0.

Kesannya, pendapatan benar menurun daripada Y0 ke Y1 manakala tingkat harga naik dari P0
ke P1.

15
SOALAN 4
a) Apakah maksud pengganda dan bagaimana pengganda diukur? (3markah)

Pengganda merujuk kepada nisbah perubahan negara kepada perubahan perbelanjaan


agregat (AE). Pengganda mengukur perubahan dalam pendekatan negara akibat
daripada perubahan dalam perbelanjaan agregat.Nilai pengganda boleh diukur
menggunakan rumus:

∆𝑌
𝑚= atau ∆𝑌 = 𝑚 × ∆𝐼
∆𝐼

b) Berbantukan rajah AE=AS, huraikan kesan kenaikan pelaburan ke atas


keseimbangan pendapatan negara. (7 markah)

Rajah di atas menunjukkan rajah pendekatan agregat yang menunjukkan kesan kenaikan
pelaburan ke atas keseimbangan pendapatan negara.
Titik keseimbangan asal pada titik L apabila AS=AE iaitu Y=C+𝐼0 . Tingkat keseimbangan
pendapatan negara asal pada 0𝑌0 .
Peningkatan pelaburan sebanyak (+∆𝐼) akan mengalihkan keluk AE ke atas secara selari dari
𝐴𝐸0 ke 𝐴𝐸2 . Titik keseimbangan beralih dari L ke M apabila 𝐴𝑆 = 𝐴𝐸2 di mana Y=C+𝐼2 .
Kesannya, pendapatan negara naik dari Y0 ke Y2.
Hubungan pendapatan negara dan pelaburan adalah positif. Jika pelaburan naik, pendapatan
negara akan naik dan jika pelaburan turun, pendapatan negara akan turun.

16
SOALAN 5
Terangkan maksud penggunaan. Dengan menggunakan jadual dan rajah yang sesuai:
a) terangkan hubungan antara penggunaan dan tabungan.

Penggunaan (C) merujuk perbelanjaan sektor isi rumah ke atas barang-barang akhir dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh sektor firma. Tingkat C umumnya dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan boleh guna seseorang individu. Semakin tinggi tingkat Yd, semakin tinggi jumlah
penggunaannya dalam ekonomi dan sebaliknya.

𝐶 = 𝑓(𝑌𝑑 )

Tabungan (S) merujuk kepada bahagian pendapatan boleh guna yang tidak
dibelanjakan.Jumlah S umumnya juga bergantung kepada tingkat Yd. Ini bermakna jika tingkat
Yd masyarakat tinggi, maka jumlah S yang dilakukannya juga tinggi dan sebaliknya.

𝑆 = 𝑓(𝑌𝑑 )

HUBUNGAN ANTARA PENDAPATAN NEGARA (Y), PENGGUNAAN (C) DAN TABUNGAN (S)

Y=C+S

Y C S APC APS APC+APS


0 100 -100 - - -
100 150 -50 1.5 -0.5 1
200 200 0 1 0 1
300 250 50 0.83 0.17 1
400 300 100 0.75 0.25 1

17
b) bentukkan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan.

Fungsi penggunaan merupakan satu keluk atau satu garis yang menunjukkan hubungan
di antara tingkat penggunaan isi rumah (c) dan tingkat pendapatan boleh guna (Yd).
Fungsi penggunaan juga menunjukkan tingkat penggunaan isi rumah pada pelbagai
tingkat pendapatan negara.

FUNGSI PENGGUNAAN DAN TABUNGAN MELALUI JADUAL 1:


Yd=Y C S
0 500 -500
1000 1000 0
2000 1500 500
3000 2000 1000
4000 2500 1500
5000 3000 2000

Yd=C+S

• Nilai C dan S bergantung kepada Yd. Bila Yd naik, nilai C dan S juga naik
bergantung kepada MPC dan MPS.
• Contohnya pada Y = 0, nilai C= 500 manakala nilai S = negatif
kerana membiayai penggunaan autonomi.
• Pada Y = C = 1000, semua Y dibelanjakan maka, S = 0. Pada Y = 2000, nilai C =
1500 dan S = 500. Maka apabila Yd = C + S 1500 + 500 = 2000.

18
FUNGSI PENGGUNAAN DARI JADUAL 1

C= a + bYd Di mana Yd=Y


a =500 b= MPC
2500−2000
𝑏= =
∆𝐶
4000−3000
∆𝑌𝑑
=0.5 Maka, C= 500 + 0.5Yd

19

You might also like