Buku Senggara Jalan - Bitumen

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Dalam menghasilkan asphalt, bitumen dan agregat akan dipanaskan pada suhu yang

tinggi untuk mencairkan bitumen dan mengeringkan agregat sebelum dicampur


bersama. Bagi proses tertentu, adalah tidak wajar untuk memanaskan bitumen dan/atau
agregat, sebagai contoh bagi surface dressing dan kerja priming. Oleh itu, cutback
bitumen dan bitumen emulsi digunakan.

surface dressing, minyak cair seperti minyak tanah digunakan. Apabila pengerasan
lambat diperlukan, seperti bagi bahan tampalan pothole dan penstabilan tanah, minyak
yang kurang meruap seperti diesel digunakan. Cutback bitumen yang boleh digunakan
dalam keadaan sejuk mengandungi 30% minyak cair sementara cutback bitumen yang
perlu dipanaskan mengandungi kurang minyak cair.
Nota: JKR/SPJ merujuk kepada Standard Specification For Road Works
JKR/SPJ/2008-S4 Flexible Pavement.

71
Cutback bitumen boleh diperolehi dalam pelbagai jenis dan gred. Jenis cutback bitumen
merujuk pada kadar kelajuan pengewapan sementara gred cutback bitumen merujuk
pada kelikatan minimum kinematic viscosity dalam centistoke pada suhu 60 C. Cutback
O

bitumen mesti memenuhi kriteria MS 159. Klausa 4.3.1.2 JKR/SPJ menetapkan bahan
prime coat mesti dari cutback bitumen gred MC-70.

Bitumen emulsi

Bitumen emulsi ialah campuran titikan halus bitumen bersaiz purata 2 mikron di dalam
air. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bitumen (55%-65%) dengan air dan bahan
emulsi dalam pengisar koloid. Ia membolehkan penggunaan bitumen pada suhu
persekitaran tanpa perlu dipanaskan. Air akan terus meruap sejurus selepas emulsi
terdedah kepada udara. Ia berwarna coklat kekeruhan dan bertukar menjadi hitam
berkilat apabila semua air telah meruap. Ia terbahagi kepada empat kelas: anionik,
kationik, non-ionik dan clay-stabilised. Kelas anionik dan kationik adalah paling banyak
digunakan.

Bitumen emulsi mesti memenuhi kriteria MS 161. Anionik bitumen emulsi tidak
dimasukkan dalam MS 161 kerana emulsi jenis ini tidak digunakan dalam pembinaan
jalan. Kationik emulsi boleh digunakan dengan lebih banyak jenis agregat berbanding
anionik emulsi.

Bitumen emulsi terbahagi kepada tiga jenis: set cepat (rapid setting - RS), set sederhana
(median setting - MS) dan set perlahan (slow setting - SS). Setiap jenis dikelaskan kepada
pelbagai gred, berdasarkan kuantiti bitumen dan kelikatan. RS-1K dan RS-2K disyorkan
untuk tack coat, RS-3K untuk surface dressing, MS-1K dan MS-2K untuk penetration
macadam dan SS-1K untuk slurry seal dan prime coat. Klausa 4.3.1.2 JKR/SPJ
menetapkan bahan prime coat mestilah daripada bitumen emulsi gred SS-1K sementara
Klausa 4.3.2.2 JKR/SPJ menetapkan bahan tack coat mestilah daripada bitumen emulsi
gred RS-1K

Jadual 1: Peratusan pembahagian bitumen dan air.

RS-0K/K1-40 RS-1K RS-2K RS-3K

Bitumen, %
38 50 60 65
(min.)

Air, % 62 50 40 35

72
Merujuk kepada Klausa 4.3.3.2 (c) JKR/SPJ gred piawai bitumen yang digunakan di
Malaysia adalah 60-70 atau 80-100 dan mematuhi MS 124.

Nota: Certificate of Quality (COQ) dari syarikat yang menghasilkan bitumen adalah
memadai bagi pengesahan sumber bitumen.

Sekiranya bitumen diperolehi dari sumber yang tidak diiktiraf, kualiti diragui atau timbul
masalah berkaitan bitumen di tapak binaan, pemeriksaan yang lebih teliti dan ujian yang
lebih kerap perlu dijalankan.

73
cawan ujian bersaiz 55 mm diameter dan 35 mm dalam dengan menggunakan jarum
piawai dengan berat 100 g selama 5 saat pada 25 C. O

Jadual 2:

Jadual 2: Perbezaan nilai tusukan maksimum.

74
Kebolehlarutan di Dalam Trichloroethylene
(ASTM D 2042)

Bitumen yang melarut dalam


trichloroethylene merupakan kandungan
pengikat yang aktif. Hanya bahan bebas
karbon dan bukan organik serta garam tidak
melarut. Ujian dilakukan dengan
membiarkan 2 g bitumen melarut di dalam
100 ml larutan dan campuran ditapis,
menggunakan penapis glass fibre. Bahan
yang tidak larut yang tertahan pada penapis ditentukan beratnya dan peratus bahan yang
larut dikira melalui perbezaan berat.

Sampel

Nota:

75
Purata panjang sampel yang ditarik sehingga putus untuk tiga sampel ujian diambil
sebagai nilai kemuluran.

Jika ujian dianggap tidak sah bagi ketiga-tiga sampel, laporan kemuluran tidak dapat
diperolehi.

76
Cleveland

Pengekalan Penusukan Selepas Ketuhar


Selaput Nipis (ASTM D 1754/D 5)

Ujian ketuhar selaput nipis (TFOT)


sebenarnya bukanlah satu ujian tetapi adalah
satu cara untuk mengenakan bitumen
kepada keadaan pemanasan lebih kurang
sama seperti di kuari. Tusukan yang
diperolehi selepas TFOT merupakan ukuran
tahap rintangan bitumen terhadap
perubahan dalam yang boleh menyebabkan
pengerasan. TFOT dijalankan dengan 50 g
sampel bitumen di dalam piring rata bergaris
pusat 140 mm dan berkedalaman 10 mm. Ketebalan bitumen ialah 3 mm. Piring
diletakkan di atas rak yang berpusing 5 atau 6 pusingan per minit selama 5 jam pada
suhu 163 oC di dalam ketuhar. Kesan pemanasan dan udara dinilai berdasarkan
perubahan nilai tusukan. Perubahan tusukan dilaporkan sebagai nilai tusukan bitumen
selepas TFOT berdasarkan peratus tusukan asal sebelum TFOT.

Kehilangan Semasa Pemanasan (ASTM D 6/D 5)

77
Kualiti Bitumen

Program Auditan Kuari

Klausa 4.3.3.2 (c) JKR/SPJ menetapkan bitumen hendaklah jenis gred piawai 80 - 100
dan mematuhi MS 124. Namun begitu kualiti bitumen yang dibekalkan kepada kuari
amat jarang malah tidak pernah dijalankan ujian oleh pihak kuari sendiri. Mengikut
kajian yang dijalankan oleh JKR pada tahun 2005 ke atas 59 kuari di Semenanjung
Malaysia, hanya 10 kuari sahaja yang menjalankan ujian kualiti terhadap bitumen.

Pemeriksaan kuari ke atas kualiti bitumen.

Adalah sangat penting untuk dibuat pengesahan ke atas kualiti bitumen kerana setiap
penghantaran sebanyak 35 tan bitumen akan menghasilkan kira-kira 650 tan asphalt
yang dapat menurap jalan sepanjang 1.5 lane-km. Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan, sedikit campuran bahan asing serendah 2.5% dari berat bitumen adalah
sensitif terhadap nilai penetration dan softening point. Walau bagaimanapun, ujian flash
point tidak sensitif terhadap pencemaran namun pembentukan buih semasa bitumen
dipanaskan boleh dijadikan sebagai indikator pencemaran bitumen.

Pembentukan buih semasa bitumen tercemar dipanaskan.

78
Kualiti Bitumen

Penetration (mm)

Penetration vs Pencemaran.
Softening Point (OC)

Softening Point vs Pencemaran.


Flash Point (OC)

Flash Point vs Pencemaran.

79
Kualiti Bitumen

Setiap penghantaran bitumen ke kuari biasanya diberi Certificate of Quality (COQ) yang
mengandungi keputusan ujian-ujian bitumen yang dijalankan di loji penapisan dan juga
Delivery Notes.

Certificate of Quality.

Namun begitu, hanya 24 daripada 59 kuari yang disoal selidik yang meneliti COQ
tersebut. Daripada 59 kuari tersebut, hanya 13% meminta salinan COQ bagi setiap
bekalan bitumen yang diterima, 8% meminta sebulan sekali, 4% meminta setiap 6 bulan,
4% meminta setahun sekali tetapi majoriti 71% jarang untuk meminta COQ tersebut.

Peratus kuari yang meminta COQ daripada pembekal.

80
Kualiti Bitumen

Pihak kuari juga seharusnya memeriksa security seal khususnya nombor siri dan keadaan
seal yang dipasang di bahagian-bahagian tertentu pada lori tangki bitumen sebaik lori
ini tiba di kuari. Mengikut soal selidik yang dijalankan, majoriti kuari (49 daripada 59 )
kuari ada memeriksa security seal tersebut.

Security seal pada lori tangki.

Adalah dikhuatiri security seal dipotong/ditukar dan sebahagian bitumen dicuri dan
diganti dengan bahan terbuang yang boleh menjejaskan kualiti bitumen.

Susulan dari program auditan yang telah dijalankan ke atas semua kuari pengeluar
asphalt di Semenanjung Malaysia sejak November 2011, setiap kuari dikehendaki
menyediakan tiga (3) peralatan ujian bitumen iaitu penetration, softening point dan flash
point bagi memeriksa kualiti bitumen yang diterima.

Peralatan ujian softening point.

Peralatan ujian flash point.


Peralatan ujian penetration.

81
Kualiti Bitumen

Di samping memeriksa COQ, kuantiti bitumen, nombor siri security seal seperti tercatit
dalam Delivery Notes serta menjalankan ujian ke atas bitumen (ujian penetration,
softening point dan flash point), prosedur berikut digunakan oleh sebahagian kuari dan
wajar diamalkan oleh kuari-kuari yang lain;

1) Bekalan bitumen baru dimasukkan ke dalam tangki simpanan khas di kuari.


2) Sampel bitumen diambil dan dibiarkan semalaman.
3) Sekiranya terdapat buih di permukaan bitumen, kemungkinan bitumen telah
tercemar.
4) Sekiranya bau bitumen meragukan, kemungkinan bitumen telah tercemar.
5) Sekiranya bitumen ditekan dan melekat pada permukaan ibu jari, kemungkinan
bitumen telah tercemar.
6) Selepas bitumen disahkan tidak mematuhi kualiti melalui ujian penetration,
softening point dan flash point, pemilik lori tangki akan dipanggil untuk mengambil
semula bitumen dari tangki simpanan khas tersebut.

Bitumen dimasukkan ke dalam tangki di kuari.

Pengambilan sampel bitumen.

Selain itu, ada pihak kuari yang mendakwa terdapat tong air/pasir/batu yang
disembunyikan di ruang tertentu pada lori tangki bagi menggantikan berat bitumen
yang dicuri. Air/pasir/batu tersebut akan dibuang sebelum lori tangki ditimbang semula
selepas memindahkan bitumen ke dalam tangki simpanan di kuari. Oleh itu, aktiviti ini
hendaklah sentiasa diperhatikan oleh semua kuari.

82

You might also like