Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 41

SCHOOL OF HOSPITALITY & CREATIVE ARTS

ISLAMIC CIVILIZATION & CIVILIZATION ASIA (MPU 2023U1)

LAPORAN KAJIAN

TAMADUN CINA - ARTIFAK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA ID

AMEERA SYAZLYN BT MOHAMAD ZAKI 012019090078

AN-NUR HAZEEQAH MAHFUZAH BINTI HUSAIN 012019090764

ANIS FARIHA IZZATY BINTI ROSLI 012019091225

NUR SHAHZANNA BT SHAHRUN 012019072847

SITI NUR AZREEN BT MOHD NAZRI 012019073127

SOFEA IZLYN SHAHANIZA 012019090507

TARIKH

20 MEI 2021
ISI KANDUNGAN M/S
1.0 HASIL KAJIAN

1.1 Pengenalan Kajian


1.1.1 Latar Belakang 4 – 10
1.1.2 Objektif Kajian
1.1.3 Carta Organisasi Kumpulan
1.1.4 Perbandingan Gambar

1.2 Sejarah Artifak


1.2.1 Latar Belakang Kemunculan
11 – 21
1.2.2 Tahun
1.2.3 Cara Pembuatan
1.2.4 Bahan Asli Pembuatan

1.3 Fungsi – Fungsi Artifak


1.4 Kegunaan Semasa Tamadun Lampau
1.5 Kesinambungan Pengunaan Artifak Pada Hari Ini 22 - 27

1.6 Kesimpulan

2.0 REFLEKSI PELAJAR (INDIVIDU)

2.1 Ameera Syazlyn Bt Mohd Zaki


2.2 An-Nur Hazeeqah Mahfuzah Bt Husain
28 – 33
2.3 Anis Fariha Izzaty Bt Rosli
2.4 Nur Shahzanna Bt Shahrun
2.5 Siti Nur Azreen Bt Mohd Nazri
2.6 Sofea Izlyn Shahaniza

2
3.0 LAMPIRAN

3.1 Transkrip 34 – 41
3.2 Gambar
3.3 Rujukan

3
1.0 HASIL KAJIAN

1.1 Pengenalan Kajian

1.1.1 Latar Belakang

Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab. Bagaimanapun perkataan ini tidak
asing lagi pada masa ini. Perkataan yang sama erti dengan tamadun ialah peradaban
atau dalam bahasa Inggeris ialah Civilisation. Walaupun semua istilah di atas adalah
berbeza, tetapi secara umumnya ia bererti maju atau mencapai kemajuan. Para Sarjana
Ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada empat aspek iaitu,
aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia
dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar, aspek kedua
tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di dalam
kehidupan, aspek ketiga pula adalah tamadun yang diberikan makna kombinasi kepada
kemajuan aspek pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia dan yang terakhir,
aspek keempat ialah tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan
kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau di
Bandar untuk mencapai kemajuan hidup.

Tamadun Cina dipercayai bermula kira – kira pada millennium ke-6 Sebelum Masihi
(SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada
Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai
Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembuh Sungai Indus) dan Tamadun Yunani
(Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun – tamadun lain,
intergratif dan dinamik menyebabkan ia menjadi lebih mampan walaupun pernah
dicabar oleh tamadun – tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan - perubahan
dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu
tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.

4
Tamadun Cina atau dikenali sebagai Tanah Besar Cina terletak di Asia Timur dan
berada di sebelah lautan Pasifik. Ia adalah sebuah negara berkebudayaan kuno yang
berusia hampir 5000 tahun dengan keluasan daratan sebanyak 9.6 juta km persegi dan
Cina tersenarai dalam peta dunia sebagai salah sebuah Negara yang paling ramai
bilangan penduduknya. Dianggarkan satu perlima penduduk dunia ada di sini dengan 56
buah etnik besar yang mengamalkan budaya dan adat kebiasaan masing – masing.
Homosapien Cina yang terawal adalah manusia Peking yang dipercayai telah hidup
hampir 5000 tahun yang lalu. (Ghazali 2001:254)

Tamadun Cina adalah sebuah tamadun yang cukup menarik untuk dihayati dan
dibicarakan. Ia mempunyai keunikan tersendiri daripada aspek pertumbuhan dan
perkembangan dinasti yang muncul dan tenggelam silih berganti yang membawa
kepada system republic dan pengaruh komunisnya, penguasaan Negara oleh orang luar
seperti Monggol, Muslim serta Barat dan tidak kurang adalah sumbangan-sumbangan
yang cukup bermaknsa kepada tamadun0tamadun dunis seperti aliran falsafah
pemikiran Konfusiusnisme dan Taoisme, Sistem Peperiksaan Awam, penciptaan kertas
bahan letupan, teknologi perkapalan dan lain-lain lagi.

Tamadun awal China telah wujud di lembah Sungai Hwang Ho atau Lembah Sungai
Kuning kira- kira ada tahun 4000 SM atau 5000 SM. Kebanyakan ahli sejarah
mempercayai bahawa tamadun China bermula sejak tahun 2500 SM. Tamadun ini
muncul di Lembah Sungai Kuning kerana kesuburan tanah yang membolehkan manusia
terus menjalankan aktiviti kehidupan mereka. Penduduk China mendirikan
perkampungan tetap dan mendirikan kerajaan yang mempunyai sistem ekonomi dan
struktur masyarakat yang kompleks.

5
Perkembangan yang pesat telah berlaku di lembah Sungai Kuning pada zaman Dinasti
Shang (1500 SM sehingga 1027 SM) atau Dinasti Yin. Kajian arkeologi menunjukkan
dinasti ini merupakan dinasti terawal di China. Gangsa dan buluh telah digunakan
secara meluas pada zaman ini di samping kewujudan beberapa negara kota. Negara
kota yang utama ialah, Kota Shang (200 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Chang Sow
dan Changgan.

Negara kota Anyang telah menjadi ibu kota Dinasti Shang dan muncul di tebing Sungai
Kuning. Ia merupakan sebuah Bandar yang tertua di China. Raja China memerintah
dengan kuasa mutlak. Golongan bangsawan yang berasal daripada kerabat diraja
membantu raja sebagai pemerintah di peringkat daerah. Penduduknya pula sangat taat
dan setia kepada raja. Taat setia mereka dizahirkan dengan berkhidmat dalam tentera
raja selain turut membayar ufti kepada raja. Kezaliman pemerintah terakhir Dinasti
Shang telah menyebabkan dinasti ini digulingkan oleh Wu Wang daripada keluarga
Chou pada tahun 1027 SM.

Pemerintahan Dinasti Chou (1027 SM sehingga 227 SM) telah menandakan permulaan
episod tamadun China yang baru melalui tamadun ini dan berkembangnya tulisan Cina
ke seluruh negeri. Walaupun tulisan ini dapat dibaca dan difahami oleh kebanyakan
masyarakat – masyarakat China tetapi sebutannya menjadi berbeza di antara satu etnik
dengan etnik China yang lain (ketiadaan fonetik) menyebabkan sukarnya
menyatupadukan masyarakat China.

Keruntuhan Dinasti Chou telah diganti oleh Dinasti Shih Huang Ti (221 SM sehingga
206 SM). Zaman ini terkenal dengan penyatuan masyarakat China dan zaman ini
memberi perkembangan yang besar dalam bidang sains dan teknologi. Pada zaman
inilah Tembok Besar China dibina di samping sistem piawaian seperti timbang berat,
lebar jalan raya, bahasa dan lain – lain juga telah diperkenalkan. Kegemilangan
tamadun Shih Huang Ti terganggu apabila beliau memusnahkan buku lama. (Ghazali
Darusalam 2001).

6
1.1.2 Objektif Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin kami capai dan
antaranya adalah mengetahui lebih mendalam lagi tentang tamadun China dan
memberikan kemahiran kepada para pelajar dalam menjalankan kajian, perancangan,
koordinasi, pelaksanaan dan penuisan kertas.

Selain itu, kami dapat mengetahui tentang artifak - artifak yang dimiliki oleh masyarakat
China di zaman dahulu serta perkembangannya. Maklumat yang direkodkan
membolehkan kami mengenali sejarah artifak-artifak tersebut dengan lebih mendalam
lagi dan melalui kajian ini juga, kami mendapat pengetahuan dan pengalaman luas
tentang cara - cara membuat kajian ilmiah serta membuka peluang kepada pelajar untuk
menyaksikan kesan dari kepelbagaian tamadun dan juga memberi kesedaran kepada
pelajar supaya lebih menghargai ketamadunan.

Kami akan melalui sendiri pengalaman daripada mencari, mengumpul fakta, merekod,
menganalisasi dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti buku
ilmiah, akbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan tamadun China dan
sejarah disebalik artifak yang kami kaji dan melibatkan diri kami untuk mengambil
bahagian dalam pelbagai perbincangan dan komunikasi yang baik dan berkesan dengan
pensyarah dan ahli kumpulan yang lain sepanjang waktu pelaksanaan tugas.

Melalui kajian ini juga kami telah dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan
bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan
untuk menyiapkan laporan ini dan setiap ahli kumpulan bertanggungjawab dalam
pengumpulan data dan setiap ahli memberi kerjasama dalam menulis laporan ini.

Tugasan ini akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara berkumpulan
dan mendapatkan bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu bapa dan rakan
– rakan.

7
1.1.3 Carta Organisasi Kumpulan

8
1.1.4 Perbandingan Gambar

ARTIFAK (TEKO) REPLIKA (TEKO)

ARTIFAK (CHEONGSAM) REPLIKA (CHEONGSAM)

9
10
1.2 Sejarah Artifak

1.2.1 Latar Belakang Kemunculan

Artifak 1 (Teko) :
Kemunculan teko Cina dikaitkan dengan perubahan cara minum teh. Pada zaman
purba, ia direbus dalam dandang, dan kemudian mereka akan menuangkan serbuk
tanah dengan air mendidih, kemudian kacau sehingga ia menjadi buih tebal. Tradisi
daun teh pembuatan bir digunakan, dan kemudian teko itu muncul. Teko muncul di
China semasa Dinasti Yuan. Ia berasal dari cerek seramik yang diperbuat daripada
tanah liat dan merupakan ciri kehidupan orang Cina selama ribuan tahun.

Teko pertama dibuat dari tanah liat. Jenis tanah liat khas diperlukan, yang dilombong di
Wilayah Jiangsu di sekitar bandar Yixing. Tanah liat Isinskaya, yang juga dipanggil
zisha, adalah bahan khas yang dikumpulkan di China, di bandar Yixing.

Teko itu diciptakan di China semasa Dinasti Yuan. Ia mungkin berasal dari cerek
seramik dan periuk anggur, yang diperbuat daripada gangsa dan logam lain dan
merupakan ciri kehidupan orang Cina selama ribuan tahun. Penyediaan teh semasa
dinasti sebelumnya tidak menggunakan teko. Pada Dinasti Tang, kuali digunakan untuk
merebus teh dan disajikan di dalam mangkuk. Teh pada zaman Dinasti Song diperbuat
dengan cara mendidihkan air di dalam cerek terlebih dahulu kemudian tuang air ke
dalam mangkuk dengan daun teh halus. Teh kemudiannya dikacau menggunakan
berus.

Bukti bertulis menyatakan bahawa istilah teko muncul dalam teks Dinasti Yuan Jiyuan
Conghua, yang menggambarkan bahawa teko yang dibeli oleh pengarang teks tersebut,
Cai Shinzan daripada sarjana Sun Daoming. Menjelang Dinasti Ming, penggunaan teko
kemudiannya meluas di China. Contoh teko yang awal digunakan pada zaman tersebut
dan bertahan hingga hari ini ialah di Flagstaff House Museum of Teawar, ia bertarikh
1513 dan dikaitkan dengan Gongchun.

11
Mereka menggunakan nisbah daun dan air yang lebih tinggi, yang memungkinkan
pembuat bir mengawal pembolehubahan pembuatan bir untuk membuat bebrapa infus
kecil. Setelah diseduh teh kemudian akan dipindakan ke dalam bejana yang terpisah
dan dituang ke dalam cakwa kecil untuk beerapa orang dan dituang lagi. Ini
membolehkan teh diseduh dengan mahir dan perubahan rasa dapat didalami melalui
pelbagai infus kecil.

Pada permulaannya bentuk Teko agak kecil mengikut standard barat kerana umumnya
direka untuk seorang peminum sahaja dan mengikut warisan, orang China meminum
teh terus dari cerek. Bentuk saiz teko yang kecil dapat memudahkan kita mengawal rasa
teh tersebut dan teh akan menjadi lebih pekat.

12
Artifak 2 (Cheongsam) :

Cheongsam merupakan pakaian tradisional cina yang dipakai oleh kaum cina dan
sebuah pakaian untuk memeluk badan seorang wanita cina. Cheongsam dikenali sejak
berkurun lagi iaitu sejak 1920an, namun kewujudan pakaian ini tidak pernah dipandang
sepi, hal ini kerana pakaian ini mempunyai nilai dan identiti yang tersendiri. Walaupun
pakaian ini terpaksa bersaing dengan pakaian – pakaian tradisional lain seperti pakaian
tradisional kaum melayu iaitu baju kurung dan pakaian tradisional kaum india iaitu sari,
namun pakaian ini terus dipakai terutamaya pada majlis – majlis rasmi.

Cheongsam pada awalnya dikenali sebagai Qipao atau dalam bahasa inggeris mandarin
grown. Qipao adalah suatu fesyen baru khususnya untuk wanita Cina Han apabila
mereka mula memakai pakaian ini sekitar 1925. Qipao adalah pakaian tradisional kaum
cina yang direka agak unik berbeza dengan pakaian lain. Cheongsam diperkenalkan
semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa maksud ‘baju labuh’
dalam dialek kantonis.

Walaupun istilah cheongsam dan qipao sering digunakan secara bergantian kerana
kdeua istilah tersebut memang merujuk kepada pakaian yang sama namun, mereka
sebenarnya mempunyai asal-usul yang berbeza. Cheongsam berasal dari Cantonese
dan diterjemahkan sebagai “gaun panjang” sementara qipao berasal daripada bahasa
Mandarin dan secara harfiah berarti “jubah sepanduk” atau dalam bahasa Inggeris,
“banner’s robe”.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut.
Cheongsam banyak mengalami transformasi terutamanya dari segi corak dan warna.
Dahulunya warna cheongsam hanya bewarna merah kini ianya telah diubahsuai dan
muncul dalam pelbagai warna namun ciri – ciri asal cheongsqipam tidak diabaikan.
Cheongsam yang bergaya dan seringnya muatan ketat paling sering dikaitkan dengan
hari ini setelah dicipta pada zman 1920an di Shanghai dan telah dibuatkan fesyen oleh
wanita sosialit dan kelas atasan.

13
Kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan. Fabrik yang digunakan adalah satin atau sutera
yang bermotif khas. - Sebelum bernama Cheongsam, pakaian ini bernama Qipao.
Berbeza dengan Cheongsam yang dikenal saat ini, Qipao mempunyai potongan yang
longgar dan lebar. Qipao mudah dijumpai di China, khususnya China Han sekitar 1636.

14
1.2.2 Tahun

Artifak 1 (Teko) :

Penggalian arkeologi menunjukkan bahawa tembikar dinasti Song pada abad ke-10, di
dekat Yixing menggunakan "zisha" tempatan atau secara harfiah, "pasir ungu / tanah
liat" untuk membuat peralatan mungkin berfungsi sebagai teko.

Menurut pengarang dinasti Ming, Zhou Gaoqi, semasa pemerintahan Kaisar Zhengde,
seorang bhikkhu dari Kuil Jinsha (Kuil Pasir Emas) di Yixing membuat teko teh yang
berkualiti tinggi dari tanah liat tempatan. Teko seperti itu menjadi popular di kalangan
kelas ilmiah, dan kemasyhuran teko Yixing mulai tersebar.

Tuan Gong Chun, yang tinggal pada tahun 1488-1566 dianggap pencipta Isin teapot.
Sehingga hari ini, beliau dipanggil pengukir hebat "bentuk pertama" yang hari ini
mewakili klasik. Empat orang yang lebih hebat bersama beliau berdiri di asal - usul
tradisi. Dalam generasi akan datang, Li Zhong Fang, Shi Da-bin, serta Xiu Yu-chuan,
yang meneruskan dan mengekalkan tradisi, menjadi terkenal. Kerja mereka datang
pada akhir zaman Minsk.

15
Artifak 2 (Cheongsam) :

Apabila Manchu memerintah China sewaktu Dinasti Qing, sesetengah strata


kemasyarakatan berpunca. Wanita Manchu memakai gaun satu keping yang digelar
Qipao atau pakaian yang longgar dan bergantung ;urus. Di bawah undang – undang
dinasti selepas 1636, semua orang Cina Han di bawah sistem panji dipaksa memakai
Qipao.

Pada 300 tahun berikutnya, Qipao menjadi pakaian kegunaan orang Cina dan akhirnya
dijahit mengikut penyesuaian penduduk. Cheongsam atau muatan ketat yang bergaya
pada harini telah dicipta pada zaman 1920an. Mengikut peredaran masa, Qipao telah
dijahit untuk dijadikan mengikut bentuk badan. Versi moden ini telah diperkenalkan pada
waktu terdahulu di Shanghai selepas 1900, selepas kejatuhan Dinasti Qing. Orang yang
meminati sesuatu gaya atau trend yang lebih moden, telah menurkan Qipao yang lama
mengikut citarasa mereka. Di Shanghai, ia pertama kali diperkenalkan sebagai zansae
atau long dress. Dalam bahasa Mandarin: chángshān, Shanghainese: zansae, Kantonis:
chèuhngsàam, dan inilah nama yang kekal sehingga hari ini, iaitu dalam bahasa
Inggeris sebagai “cheongsam”.

16
1.2.3 Cara Pembuatan

Artifak 1 (Teko) :

Teko Cina dihargai oleh gourmets di seluruh dunia. Teko Yixing ini dibuat dengan
tangan. Untuk melakukan ini, bahan mentah mesti dikeringkan terlebih dahulu. Sebelum
ini, proses ini diambil dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Tetapi pada masa
kini, terima kasih kepada kaedah pengeringan vakum, ia telah berkurangan. Apabila
tanah liat mengering, ia dihancurkan menjadi serbuk, kemudian ditapis dan tambahkan
air, membawa ke keadaan seperti pes. Kemudian, jisim yang terhasil bertempur dengan
ketebalan yang diperlukan untuk mengelak dan menggantikan cecair yang berlebihan.
Selepas itu, mula membentuk produk. Bercor dan mengendalikan dilekatkan ke cerek
kemudian.

Dengan bantuan alat dan lekapan khas, hidangan dibawa ke kesempurnaan.dan


kemudian dihiasi dengan ukiran atau inlays. Model murah cerek untuk kimpalan yang
diletakkan di dalam acuan plaster. Pada peringkat akhir, produk seramik siap dipenuhi
dengan tiga kali pemanggangan.

17
Artifak 2 (Cheongsam) :

Qipao terdahulunya adalah lebar dan longgar. Ia menutupi kebanyakan tubuh wanita,
mendedahkan hanya kepala, tangan, dan hujung jari kaki. Sifat gedoboh pakaian juga
berkhidmat untuk menyembunyikan bentuk pemakai tidak terkira umurnya. Melalui
waktu, walaupun, qipao telah dijahit untuk dijadikan lebih muatan bentuk.

Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan
sehingga menjadi 7 cm. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang
pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan
kain. Cheongsam pada asalnya adalah lebar dan longgar. Ia juga melitupi keseluruhan
tubuh wanita dan hanya mendedahkan bahu, kepala dan hujung kaki. Cheongsam
kebanyakannya bewarna merah, namun kini ia telah ditransformasikan kepada pelbagai
warna.

Selain itu, cheongsam yang dipakai wanita dahulu tidak mempunyai corak yang banyak,
dan pelukisan corak yang terhad untuk sesebuah baju. Kini, terdapat pelbagai corak
pada cheongsam seperti motif tumbuh – tumbuhan. Corak yang padat pada cheongsam
menjadikan ia lebih menarik. Cheongsam terdapat dalam dua jenis iaitu cheongsam
yang labuh dan cheongsam paras lutut.

18
1.2.4 Bahan Asli Pembuatan

Artifak 1 (Teko) :

Semua tembikar, termasuk teapots, dibahagikan kepada beberapa kategori dan ia


bergantung kepada bahan mentah dan teknologi pembuatan:

• Dari tanah liat itu sendiri


• Faience
• Porselin

Terdapat banyak jenis tanah liat yang digunakan untuk membuat teko. Kesemua mereka
dibahagikan kepada batu-batu keras dan lembut. Kelompok tanah liat lembut
memberikan pengecutan kuat semasa tembakan, manakala gred keras memberikan
naungan lebih tepu. Bergantung pada jenis tanah liat dan suhu tembakan, produk siap
boleh mengambil warna yang berbeza: dari pasir ringan hingga hampir hitam. Fabrikasi
dihiasi dengan pewarna untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik.

Teko teh pertama dibuat di China adalah untuk pembuatan hanya tanah liat Isinskaya
yang digunakan, sifatnya membolehkan air didalam teko itu disimpan dengan lebih lama
untuk mengekalkan rasa sega the. Malah sekarang cerek ini popular di seluruh dunia
dan tidak mempunyai analog yang serupa. Tanah liat mudah dibersihkan dan selepas
digunakan, ia mesti dibasuh tanpa menggunakan alat khas dan kering.

Persaingan yang layak dilihat adalah tanah liat merah. Bahan ini mengekalkan haba
yang baik dan membolehkan udara melewati, yang membolehkan daun the di dalam
teko itu “bernafas” dan terbuka dengan sepenuhnya. Setiap teko tanah liat Yixing atau
pelbagai jenis bahan semula jadi ini asli dan unik. Setiap model menggunakan tuan-tuan
tembikar yang meletakkan sejarah khas dan makna rahsia ke dalam ciptaan mereka.

19
Faience boleh dipanggil hubungan pertengahan antara tanah liat dan porselin. Ia
kelihatan lebih elegan daripada tanah liat biasa, tetapi lebih lemah dalam kekuatan
porselin dan retak dengan masa, sementara hidangan dari porselin sebenar tetap
banyak kali sebagai cantik dan elegan kerana ia pada asalnya.

20
Artifak 2 (Cheongsam) :

Bahan – bahan pembuatan baju tradisional China ini biasanya adalah daripada sutera,
satin dan brocade. Fabrik - fabrik tersebut akan membuatkan pakaian tradisional China
ini tampak lebih mewah dan menawan. Fabrik digunakan selalunya bersulam indah atau
fabrik kosong, lembut dan mewah. Untuk acara santai dan tidak rasmi, digalakkan untuk
mengunakan fabrik dari satin dan kapas. Cheongsam ini biasa dipakai bersama sarung
kaki dan kasut putih.

Rekaan busana tradisional ini mencerminkan keindahan seni tangan cukup halus dan
padat. Pakaian cheongsam tentu akan ada motifnya dan ia menyampaikan penceritaan
tersendiri. Pemilihan benang sulam berkualiti ditambah hiasan manik dan labuci,
ceongsam mengangkat kedudukan dan keyakinan diri wanita Cina.

Pakaina cheongsam mempunyai pelbagai motif kerana masyarakat Cina sememangnya


sinonim dengan kepercayaan unsur alam seperti burung legenda keramat phoenix,
naga, bunga teratai, ikan dan banyak lagi. Motif-motif ini ternyata mempunyai makna
masing-masing.

21
1.3 Fungsi – Fungsi Artifak

Artifak 1 (Teko) :

Teko ada bagus dalam pengekalan haba yang sangat baik untuk membuat the tetap
panas setelah the dituang pertama kalinya kedalam teko. Tidak seperti bahan – bahan
lain, seramik lebih panas – intensif, ia bermaksud teh dalam teko ini akan menyeduh
dan rasa lebih baik.

Pengilangan teko selalu memastikan kualiti. Tanah liat adalah bahan semula jadi yang
tidak memancarkan bahan – bahan berbahaya apabila ia dipanaskan. Jadi minuman itu
akan mengekalkan semua sifatnya dan tidak akan merosot.

Kemampuan teko yang diperbuat daripada tanah liat mampu menyerap sejumlah hasil
rasa teh dan mineral yang diseduh ke dalam teko dengan setiap pembuatan the dan
teko tanah liat paling berguna kerana mereka tidak membenarkan daun the
mengeluarkan toksin.

Teko yang diperbuat daripada tanah liat juga dapat mengumpulkan dan memberikan
setiap teko lapisan dalamannya yang unik yang memberi rasa dan mewarnai pembuatan
teh masa depan dan sebab ini lah, sabun tidak digalakkan untuk membersihkan teko,
sebaliknya air suling segar dan mengeringan udara.

Fenomena yang berlaku terhadap teko tanah liat ini dapat memberi kesan menggelecek
di permukaan dalaman di mana aliran mengalir di bahagian luar cerat terutamanya
ketika aliran bermula dan berhentiatau, ketika aliran bermula datau berhenti. Ini
menjadikan permukaan luaran cerat lebih hidrofobik, dan mengurangi jejari elengkungan
bahagian dalam hujung sehingga aliran melepaskan dengan bersih dapat mengelak
menggelecek.

22
Artifak 2 (Cheongsam) :

Sifat longgar pakaian ini juga berguna dalam menyembunyikan susuk tubuh si pemakai
tanpa mengira umur. Pemakaian ceongsam ketika zaman pemerintahan Dinasti Ming
lebih sesuai dengan rutin kehidupan masyarakat ketika itu yang menunggang kuda dan
hidup pada musim sejuk.

Unsur warna Merah dalam pakaian mereka dapat memberikan tenaga dan antusiasme.
Unsur warna Putih atau unsur logam adalah lambing kesenangan dalam bidang
kewangan dan berniaga. Unsur warna Hitam melambangkan pengetahuan,
kebijaksanaan, komunikasi dan perjalanan. Ia juga melambangkan keberanian dalam
diri. Unsur warna Hijau dapat bersifat lemah lembut tetapi boleh juga bersifat keras.

Cheongsam umumnya digantikan dengan pakaian yang lebih selesa seperti baju panas,
seluar jean, sut dan skirt bisnes. Oleh kerana sifat terhadnya, ia kini dipakai sebagai
pakaian rasmi rasmi untuk upacara penting. Cheongsam kadang-kadang dipakai oleh
ahli politik dan artis di Taiwan dan Hong Kong.

23
1.4 Kegunaan Semasa Tamadun Lampau

Artifak 1 (Teko) :

Pinggan mangkuk seramik mempunyai keupayaan unik untuk mengumpul bau.


Penggunaan teh dalam teko tersebut tidak terhad dari segi kandungan. Oleh itu, pakar
menasihatkan supaya setiap gred bagi satu cerek berasingan. Relaksasi dibenarkan
untuk jenis teh yang sama dalam komposisi dan aroma. Hanya dengan cara ini kita
boleh merasai minuman tersebut sepenuhnya. Dengan ini kita boleh menikmati rasa
sebenar teh.

Artifak 2 (Cheongsam) :

Cheongsam merupakan gaun khas dan pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan
Cina. Biasanya dipakai pada upacara – upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan
semasa Tahun Baru Cina.

Ketika itu, wanita diwajibkan untuk memakan busana itu. Baik mereka yang sudah tua
atau muda. Potongannya juga sama antara setiap kelompok usia. Untuk menutupi
sebahagian besar tubuh wanita, yang hanya memperlihatkan kepala, tangan dan
hujung jari kaki.

Pada zaman 1950an, wanita dalam tenaga kerja di Hong Kong bermula memakai
cheongsam yang lebih berfungsi diperbuat dari kain skhlat, twill, dan bahan lain.
Kebanyakan adalah muatan jahitan dan sering datang dengan jaket sepadan. Gaun-
gaunnya adalah fusyen tradisi Cina dengan gaya moden. Cheongsam umumnya diganti
dengan pakaian yang lebih selesa seperti baju panas, seluar jean, sut dan skirt bisnes.

24
1.5 Kesinambungan Pengunaan Artifak Pada Hari Ini

Artifak 1 (Teko) :

• Inovasi / Pembaharuan Artifak Masa Kini :

Pada masa kini, teko tradisional daripada zaman tamadun cina telah banyak
diubahsuai mengikut teknologi zaman moden. Walau bagaimanapun, masih
terdapat teko tradisional yang masih diperbuat daripada tanah liat dan digunakan
di kawasan perkampungan cina untuk tujuan upacara minum teh. Corak pada
teko zaman moden lebih geomatrik, mempunyai unsur alam dan diukir.

• Cara Pengunaan Masa Kini :

Pengunaan teko adalah masih sama dan selalunya digunakan dalam upacara
minum teh pada hari perkahwinan. Namun begitu, di zaman moden ini terdapat
banyak orang yang membeli teko tradisional ini untuk dijadikan dekorasi dan
perhiasan di rumah.

Artifak 2 (Cheongsam) :

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis – lapis, sarat dengan sulaman benang emas
dan sutera kini dapat dilihat dan diubah suai mengikut peredaran masa dan kesesuaian.
- Ciri – ciri pada pakaian Cheongsam seperti leher yang tinggi, butang di bahagian bahu,
belahan di kiri dan kanan kain masih jelas terlihat hingga ke hari ini.

Pakaian lain selain Cheongsam iaitu Jubah Labuh, Samfoo dan Hanfu kekal dipakai di
majlis dan upacara. Pakaian Cheongsam ini pada asalnya labuh tetapi lama – kelamaan
disingkatkan hingga ke paras lutut.

Beberapa motif yang sehingga kini dipakai untuk Cheongsam adalah bunga, burung,
naga dan sebagainya.

25
1.6 Kesimpulan

Penemuan artifak dapat memberi maklumat awal dalam bidang sejarah terutamanya dalam
menentukan pembentukan sesuatu masyarakat yang hidup pada zaman prasejarah. Sejarah
memberi kefahaman tentang asal usul sesuatu kejadian pendidikan dan memberikan perspektif
tentang situasi pendidikan masa kini. Ahli arkeologi mendapatkan maklumat mengenai bahan
tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses cari gali. Menurut Ketua Pengarah Jabatan
Warisan Negara, hasil penemuan artifak tersebut bakal membuka lembaran baharu berkaitan
hubungan dagang antara Pahang dan China yang pernah terjalin pada tempoh tahun 960
sehingga 1279.

Penemuan - penemuan artifak juga sekali gus membuktikan bahawa sesuatu kawasan itu
pernah menjadi tempat persinggahan kapal dagang antarabangsa setanding pelabuhan
Kesultanan Melaka. Ia akan menjadi bukti kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa – peristiwa
sejarah. Artifak – artifak yang dijumpai juga boleh dijadikan sebagai produk pelancongan dan
menjadi daya tarikan di negara kita.

Ia juga penting kepada negara kerana salah satunya kita dapat mengetahui kehidupan manusia
lampau. Kajian ini dilakukan supaya kita dapat mengetahui cara hidup dan persekitaran tempat
tinggal sesuatu masyarakat. Corak kehidupan manusia pada zaman dahulu juga dapat kita lihat
melalui pelbagai aspek sama ada dari segi sosial ekonomi dan politik.

Tetapi kerja-kerja penemuan artifak ini mengambil masa panjang dan juga bergantung kepada
keupayaan ahli arkeologi untuk mengesan tempat ekskavasi secara tepat. Hasilnya, tafsiran
dan pentarikhan tentang budaya masyarakat dapat dibuat. Sumber sejarah yang berbentuk
artifak ditemui dalam proses ekskavasi yang dilakukan oleh ahli arkeologi. Artifak boleh terdiri
dalam bentuk tulang, batu, besi, serpihan tembikar, porselin, manik dan sebagainya.

26
Kesimpulannya, uniknya apa yang kami pelajari ini, walaupun beribu tahun usia manusia purba
atau artifak kebendaan yang ditemui, penemuan itu masih boleh dianalisis untuk mengetahui
asal – usul kehidupan sejarah lampau walaupun secara umunya data itu kadang kala tidak
sempurna dan terdapat perselisihan fakta diantara pengkaji sejarah.

27
2.0 REFLEKSI PELAJAR (INDIVIDU)

2.1 Ameera Syazlyn Bt Mohd Zaki

Warisan budaya ialah peninggalan artifak fizikal dan ciri tidak ketara sesebuah kelompok atau
masyarakat yang diwarisi daripada generasi terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta
dipelihara untuk generasi akan datang. Warisan-warisan ini termasuk budaya yang tampak
ketara misalnya bangunan, monumen, buku, hasil seni dan artifak, yang tidak ketara seperti
cerita rakyat, tradisi, bahasa, dan pengetahuan, serta warisan semulajadi termasuk ciri muka
bumi dan biodiversiti yang penting.

Warisan budaya harus dikekalkan kerana ia melambangkan dan mencerminkan identiti


sesebuah negara dan bangsa. Tamadun sesuatu bangsa biasanya dapat dilihat pada warisan
seni budayanya, yang mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum dalam negara,
seperti pakaian, makanan, adat resam, seni dan sebagainya.

Warisan budaya juga perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun. Melalui warisan
budaya, kita akan mengetahui asal usul kita. Jatuh bangun kita yang terdahulu dapat
dijadikan pengajaran untuk masyarakat pada masa kini.

Amalan warisan budaya melambangkan sikap majmuk masyarakatnya, misalnya, pakaian


tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Pemakainya juga tidak merujuk
kepada sesuatu bangsa sahaja. Tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India, bebas
memakai pakaian tradisional bangsa lain. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di
Malaysia bersatu hati dan sangat menghormati cara, pemikiran, budaya, dan agama sesama
mereka.

Kesimpulannya, budaya warisan seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan warisan budaya


sesebuah bangsa itu pupus ditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya ini merupakan
warisan daripada nenek moyang kita yang harus dijaga sebaik-baiknya agar dapat diwarisi
oleh generasi akan datang. Semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam
menjaga warisan budaya kaum, negara dan maruah bangsa. Oleh itu warisan dan budaya
tanah air adalah khazanah tidak ternilai yang mesti dilindungi dan dipelihara, supaya terus
menjadi kebanggaan semua. Ia bakal menjadi tatapan generasi seterusnya, kerana tamadun
serta aspek sejarah yang amat penting dalam pembentukan identiti bangsa dan negara.

28
2.2 An-Nur Hazeeqah Mahfuzah Bt Husain

Terdapat pelbagai faedah yang saya perolehi sepanjang proses untuk menyiapkan kursus
subjek ini. Salah satu faedah yang saya perolehi adalah mengetatkan hubungan silaturahim
antara saya dengan ahli kumpulan saya dan juga wujudnya semangat kerjasama antara kami
dan perkara ini membantu kami untuk menjalankan kerja kursus ini dengan lebih lancar lagi

Saya juga dapat mengenali tentang tamadun – tamadun yang ada dengan lebih mendalam
lagi seperti tamadun Islam dan Tamadun Asia. Sesungguhnya, subjek ini tentang ilmu
ketamadunan terutamanya yang menyentuh tentang Tamadun Islam, Tamadun Melayu dan
Tamadun Asia lain yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia.

Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya
walaupun menghadapi sedikit kesulitan seperti tidak menjumpai contoh – contoh artifak
kerana Pemerintahan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, saya tidak dapat pergi
ke muzium untuk mengkaji artifak – artifak dengan lebih teliti lagi. Walaubagaimanapun, saya
berterima kasih kepada ahli kumpulan saya dalam membantu membuat tugasan yang
diperlukan seperti sejarah artifak dan lain – lain.

Pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip negara kita,
nilai dan amalan setiap bangsa dan agama yang sedia ada di Malaysia secara mendalam
dan supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau
ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan, ketegangan
dan kebencian.

Oleh itu, ilmu ketamadunan harus disimpan dan diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di
peringkat awal lagi. Namun begitu, setelah saya mengkaji serta mencari maklumat mendalam
tentang perkara tersebut bagi tugasan ini, saya dapat memahami subjek ini dengan lebih
mendalam.

29
2.3 Anis Fariha Izzaty Bt Rosli

Tugasan yang diberikan telah memberikan satu impak yang mendalam terhadap setiap
individu yang terlibat termasuklah diri saya sendiri. Berdasarkan kesemua tamadun yang
telah dipelajari, saya berpendapat bahawa setiap satu daripadanya adalah amat berguna
sekali untuk kami.

Sepanjang pembelajaran ini, kami menyedari bahawa pelajaran mengenai tamadun –


tamadun ini sangat menarik dan kami juga dapat memahami dan mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai asal – usul sesebuah tamadun. Kami juga dapat mengetahui pelbagai
perbezaan di antara tamadun – tamadun dan sumbangan yang diberikan.

Untuk tugasan projek ini, ia amat menyeronokkan kerana kami dapat bekerja secara
berkumpulan. Kami juga dapat mengumpul lebih banyak informasi tentang tamadung yang
dipilih. Kami telah memilih Tamadun Cina sebagai subjek kajian kami dan fokus kajian kami
adalah budaya masyarakat Cina pada zaman dahulu dan pada zaman moden. Melalui
tugasan ini, pelbagai ilmu dan pelajaran telah saya perolehi mengenai masyarakat Cina.
Sebagai contoh mengenai perbezaan pakaian zaman dahulu dan sekarang, adat resam dan
kepelbagaian penggunaan bahasa mereka.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup di dalam sebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum dan bangsa, kita seharusnya mengambil tahu tentang kaum dan bangsa lain
kerana pengetahuan sebegini amat penting untuk mengekalkan keharmonian yang telah
diperjuangkan oleh pejuang – pejuang kemerdekaan terdahulu.

Justeru itu, dengan adanya pengetahuan mengenai tamadun – tamadun lain, kita dapat
membentuk sebuah bangsa Malaysia pada hari ini. Perpaduan antara kaum dapat dieratkan
lagi selain dapat memupuk sikap saling hormat – menghormati adat resam yang berbeza
antara kaum – kaum lain.

30
2.4 Nur Shahzanna Bt Shahrun

1. Refleksi terhadap tugasan ini.


Pada pendapat saya tugasan ini memberi kefaham kepada saya lebih mendalam tentang
etnik dan kaum Cina yang ada di Malaysia. Dengan melaksanakan tugasan yang telah
diberikan membantu saya untuk kenal lebih dalam lagi tentang budaya dan adat resam
kaum cina yang masih mereka pelihara senhingga kini.

2. Refleksi terhadap kerja berkumpulan.


Berkerja dalam kumpulan dapat mengajar saya untuk berkerjasama antara satu sama lain.
Dengan berkerja berkumpulan juga dapat mengumpul data dengan lebih cepat dan tepat.
Kerana setiap ahli kumpulan diberi peranan untuk lebih focus mencari informasi yang tepat.

3. Refleksi tentang berkenaan etnik yang dikaji.


Pada pendapat saya, kaum Cina memiliki adat adat yang sangat menarik, dan ianya
adalahbaru bagi saya dan amat menarik minat saya untuk mengenal adat mereka dengan
lebih mendalam bagi tujuan pembelajaran.

4. Refleksi berkenaan adat yang dikaji.


Adat kaum Cina yang dikaji adalah dalam adat pemakaian traditional mereka telah banyak
berubah yang dahulu dipakai tetapi tidak dipakai pada masa kini kerana mengikut zaman
permodenan.

5. Refleksi tentang pantang larang yang dikaji.


Kaum Cina mempunyai pantang larang yang kebanyakan nya becanggah dengan adat
kaum melayu seperti contohnya, mereka tidak memakan daging khinzir kerana mereka
mempercayai bahawa memakan daging khinzir pada peryaan tertentu dapat memberi
kekayaan kepada mereka.

31
2.5 Siti Nur Azreen Bt Mohd Nazri

Saya dan ahli kumpulan saya telah diberi tugasan melalui aktiviti CULCIV iaitu pengajian
tentang ilmu pengajian yang mendalam terhadap kisah silam dunia dan bagaimana sejarah
zaman dahulu telah memberi impak yang banyak sehingga masa kini ia masih digunakana
tau dihayati. Ini kerana, sejarah masa lampau kian dilupakan bagi masyarakat masa kini.
Subjek ini telah memberi saya pelbagai pengetahuan yang penting kerana ia telah juga
dikaitkan dengan masa lampau Malaysia. Malaysia merupakan negara yang penuh berbilang
kaum jadi sejarah tentang penduduk di Malaysia amatlah penting bagi saya dan juga ahli
kumpulan.

Malaysia mempunyai latar belakang sejarah yang panjang, dulu ia merupakan jalan
perdagangan antarabangsa dan mempunyai budaya yang pelbagai. Ini menunjukkan
keunikan warisan budaya masyarakatnya dan mempunyai pelbagai pengaruh.

Warisan budaya harus dilindungi kerana melambangkan dan mencerminkan identiti negara
dan bangsa. Peradaban suatu negara biasanya dapat dilihat dari warisan budaya dan
keseniannya, yang merangkumi adat dan gaya hidup pelbagai kaum di negara ini seperti
pakaian, makanan, adat istiadat dan seni.

Ringkasnya, warisan budaya harus dipelihara untuk mengelakkan warisan budaya suatu
negara kalau tidak ia akan ditelan masa. Ini kerana, budaya ini adalah warisan nenek moyang
kita dan mesti dijaga sebaiknya agar generasi akan datang dapat mewarisinya. Semua pihak
mesti memainkan peranan penting dalam melindungi dan menjadikan warisan budaya
sebagai identiti, maruah, bangsa dan negara.

Dengan mempelajari subjek ini, saya amatlah kagum dan berterima kasih kerana ia telah
memberi banyak pengetahuan yang saya harus mempelajari dengan lebih mendalam.

32
2.6 Sofea Izlyn Shahaniza

Melalui aktiviti culciv, pembelajaran serta pengajian yang telah dilakukan saya mendapat
pelbagai ilmu yang lebih mendalam tentang dunia pada zaman dahulu. Ini termasuklah
sejarah dahulu yang telah banyak dilupakan oleh masyarakat pada masa kini.

Sejujurnya pengajian sejarah ini telah membuka mata saya dengan keunikan inovasi dan
ciptaan mereka yang hidup sejak beratus abad dahulu. Bukan itu sahaja, pelbagai perkara
yang wujud pada masa kini adalah ciptaan daripada masa dahulu. Tidak susah untuk melihat
warisan budaya kerana terdapat banyak di sekililing kita yang mungkin kita tidak sedari. Apa
yang kita ada pada masa kini tidak akan wujud tanpa usaha mereka di zaman dahulu.

Warisan budaya dapat dilihat dalam pelbagai bentuk. Setiap budaya mempunya latar
belakang mereka sendiri. Asal usul, pembinaan, keagungan dan kepimpinan diaptasi oleh
generasi sebelum sekarang. Kita ini hanyalah menyambung dan membagunkan lagi hasil
kerja moyang-moyang kita mengikut sistem yang lebih strategik dan moden. Contohnya pada
waktu dahulu masyarakat hanya menggunakan tanah liat sebagai perkakas dapur dan
sekarang kita menggunakan barang – barang yang seakan sama tetapi diperbuat daripada
material yang lebih kukuh dan tahan lasak. Namun, barang – barang moden tidak mempunyai
keistimewaan persendirian seperti yang ada pada barangan zaman dahulu.

Saya juga telah dapat memahami dengan lebih mendalam tentang asal usul setiap kaum.
Bagaimana mereka mewujudkan puak kaum dan agama semuanya bermula dengan
kedudukan nomad dan kumpulan manusia. Jika kita lihat sekarang, terdapat bangunan yang
dibina mempunyai unsur kaum lain dari luar Malaysia.

Kesimpulannya, saya telah dapat mempelajari pelbagai keunikan sejarah dahulu. Sekiranya
saya tidak mengambil subjek ini mungkin saya tidak akan tahu keistimewaan setiap yang
wujud pada masa kini.

33
3.0 LAMPIRAN

3.1 Transkrip

Transkrip Temubual Artifak 1 (Teko) :

Temubual bersama Puan Siti Halimah binti Abd Hamid (Pengumpul Artifak Lama) :

Ameera: Assalamualikum Puan Siti. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri,
saya Ameera Syazlyn pelajar jurusan fesyen dari Management and Science University. Pada
hari ini, saya ingin menemubual puan mengenai beberapa soalan yang berkait rapat dengan
minat puan iaitu sebagai pengumpul artifak lama yang sedikit sebanyak mengetahui tentang
sejarah artifak. Temubual ini adalah bertujuan untuk melengkapkan salah satu tugasan kerja
kursus saya pada semester ini, iaitu bagi subjek MPU2023U1 Islamic Civilization and
Civilization Asia. Sebelum kita melanjutkan temubual ini, boleh puan kongsikan sedikit
mengenai latar belakang puan dalam bidang pendidikan kepada saya?

Puan Siti: waalaikummusalam Ameera, InshaAllah saya akan cuba membantu awak dengan
sebaiknya dalam temubual ini. Alhamdulillah saya telah berkhidmat dalam bidang pendidikan
selama lebih kurang 20 tahun. Sejak dari zaman sekolah lagi, saya memang berminat
tentang kajian artifak lama. Saya mula mengumpul artifak – artifak lama seperti teko, tepak
sireh, kacip pinang dan sebagainya.

Ameera: Wah, nampaknya telah lama juga Puan Siti berkhidmat sebagai pendidik. Baiklah,
tanpa melengahkan masa, saya akan bertanya kepada Puan Siti beberapa soalan penting.
Boleh puan ceritakan sedikit tentang seramik?

Puan Siti: Seramik atau dalam bahasa Yunani disebut sebagai "ceramos" bererti benda yang
diperbuat dari tanah liat. Berdasarkan kepada pengertian tersebut, kesemua benda yang
dihasilkan dari tanah liat, kemudian dibakar dengan kadar suhu tertentu dikategorikan
sebagai seramik. Kadang kala istilah seramik ini juga disebut sebagai tembikar. Di
Semenanjung Malaysia terutamanya di tapak arkeologi, banyak ditemukan dengan pecahan
seramik purba ini. Kewujudan seramik ini dalam jumlah yang banyak, pelbagai warna, bentuk,
corak hiasan dan saiz telah membuka lembaran baru terhadap para penyelidik untuk
memikirkan beberapa isu berhubung dengannya.

34
Ameera: Baiklah, soalan kedua, boleh puan terangkan jenis – jenis seramik yang terdapat di
Semenanjung Malaysia?

Puan Siti: Terdapat tiga jenis seramik yang diperolehi di Semenanjung Malaysia. Ia adalah
seramik jenis tembikar tanah, tembikar batu atau porselin. Ini amat penting kerana ianya
dapat memberi gambaran menyeluruh tentang jenis, corak hiasa serta motif hiasan yang
terdapat dalam keseluruhan koleksi seramik di Semenanjung Malaysia.

Ameera: Boleh puan ceritakan tentang latar belakang kemunculan teko China?

Puan Siti: Teko itu diciptakan di China semasa Dinasti Yuan. Ia mungkin berasal dari cerek
seramik dan periuk anggur, yang diperbuat daripada gangsa dan logam lain dan ia
merupakan ciri kehidupan orang Cina selama ribuan tahun. Bukti bertulis menyatakan
bahawa istilah teko muncul dalam teks Dinasti Yuan Jiyuan Conghua, yang menggambarkan
bahawa istilah teko yang dibeli oleh pengarang teks tersebut, Cai Shizan dari sarjana Sun
Daoming. Menjelas Dinasti Ming, penggunaan teko meluas di China. Contoh teko yang awal
digunakan pada zaman tersebut dan bertahan hingga hari ini ialah di Flagstaff House
Museum of Teawar, ia bertarikh 1513 dan dikaitkan dengan Gongchun.

Ameera: Soalan seterusnya, bagaimanakah cara penyediaan atau penggunaan teko


tersebutpada masa lampau?

Puan Siti: Penyediaan teh semasa dinasti sebelumnya tidak menggunakan teko. Pada
Dinasti Tang, kuali digunakan untuk merebus teh, yang disajikan dalam mangkuk. Teh pada
zaman Dinasti Song dibuat dengan cara mendidihkan air di dalam cerek kemudian
menuangkan air ke dalam mangkuk dengan daun teh halus. Teh dikacau menggunakan
berus. Pada permulaanya bentuk Teko agak kecil mengikut standard barat kerana umumnya
direka untuk seorang peminum sahaja, dan mengikut warisan, orang China meminum teh
terus dari ceret. Bentuk saiz teko yang kecil dapat memudahkan kita mengawal rasa teh
tersebut dan teh menjadi lebih pekat.

Ameera: Oh begitu. Bagaimana pula dengan penggunaan pada masa kini? Adakah cara

35
penggunaan masih sama ataupun telah berubah?

Puan Siti: Jika kita lihat pada masa kini, terdapat pelbagai bentuk dan senireka teko yang
digunakan bukan sahaja oleh kaum China tetapi jugak kaum-kaum lain. Namun begitu, teko
tradisional atau yang berunsurkan sifat tradisional masih digunakan oleh kaum China dalam
upacara tradisi seperti upacara minum teh pada hari perkahwinan contohnya. Cara
penyediaan masih lebih kurang sama dan selalunya teko beserta cawan akan dihidangkan di
atas dulang kayu ataupun diberikan secara langsung kepada ibu bapa kedua pasangan
pengantin baru.

Ameera: Pada pandangan Puan Siti, apakah yang paling menarik tentang teko tamadun Cina
ini?

Puan Siti: Apa yang menyebakan teko tamadun Cina ini menarik adalah kerana ia
merupakan sebuah teko tanah liat yang diperbuat tanpa menggunakan kaca. Tanah liat yang
digunakan mempunyai rongga – rongga kecil dan minyak teh yang digunakan pula
dikumpulkan di dalam teko sehingga ia boleh melazatkan rasa teh serta menambahkan rasa
yang lebih unik daripada minyak yang dikumpulkan untuk suatu jangka masa.

Ameera: Pada pendapat Puan Siti, adakah teko tamadun Cina ini adalah satu artifak sejarah
yang penting untuk dipelajari dan difahami dengan lebih mendalam oleh pelajar seperti kami?

Puan Siti: Ya, bagi saya semua bentuk sejarah adalah penting untuk kita lebih memahami
budaya dan adat terutamanya masyarakat di Malaysia. Dan jika kita lihat pada dunia yang
moden ini, pelbagai bentuk senireka, senibina semua diambil inspirasi daripada artifak-artifak
dan pelbagai lagi unsur-unsur daripada zaman dahulu. Saya percaya dengan mempelajari
dan memahami sejarah-sejarah seperti ini, setiap yang kita reka akan mempunyai makna
yang lebih mendalam dan dapat menunjukan kepintaran manusia mengambil inspirasi dan
mengubah seperkara itu menajadi sesuatu yang lebih menarik.

Ameera: Terima kasih Puan Siti kerana sudi meluangkan masa puan untuk ditemubual.

Puan Siti: Ya, Ameera. Sama-sama.

36
Transkrip Temubual Artifak 2 (Cheongsam) :

Shahzanna: Hai, saya nur Shahzanna, jadi pada harini saya ingin membincangkan dengan
anda dan bertanya sedikit soalan kepada Sidney tentang baju tradisional kaum Cina iaitu
cheongsam.

Sidney: Hai, nama saya Sidney.

Shahzanna: Pertama sekali, adakah baju cheongsam masa kini masih mempraktikkan unsur
– unsur tradisional yang ada pada zaman dahulu.

Sidney: Kebanyakan baju pada zaman kini masih mempraktikkan unsur – unsur tradisional
seperti butang cheongsam, walaupun kebanyakkan cheongsam pada zaman kini mereka
telah memodenkan seperti memendekkan dan telah mengikut bentuk badan tetapi mereka
masih meletakkan sedikit unsur – unsur tradisional pada baju cheongsam masa kini.

Shahzanna: Apakah perbezaan cheongsam dan qipao?

Sidney: Qipao adalah baju traditional pada zaman dahulu yang telah dimodenkan dan pada
zaman moden telah diberi nama cheongsam. Qipao bajunya lebih besar dan tidak mengikut
tubuh badan. Tetapi cheongsam pada zaman kini telah direka bentuk mengikut zaman
moden iaitu mereka telah dibentuk semula mengikut bentuk badan.

Shahzanna: Pada pendapat anda qipao dan cheongsam mana yang lebih menarik minat
anda untuk memakainya?

Sidney: Pada pendapat saya, mengikut keselesaan baju cheongsam lebih selesa kerana
telah mengikut pemodenan pada zaman kini. Dengan memendekkan atau menggunakan kain
yang lebih nipis, berlainan dengan baju qipao, dimana baju ini lebih tebal dan lebih besar.

Shahzanna: Boleh nyatakan tentang pemilihan warna merah dalam cheongsam?

37
Sidney: Merah melambangkan tuah, cinta, maruah, kebahagiaan, kejayaan serta kehidupan
yang sukses.

Shahzanna: Cheongsam biasanya dipakai pada waktu dan masa bila?

Sidney: Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis danupacara. Pakaian ini dipakai oleh
wanita cina. Biasanya dipakai pada upacara – upacara tertentu sahaja seperti majlis
perkahwinan dan Tahun Baru Cina.

38
3.2 Gambar

Temubual Artifak 1 (Teko) :

39
Temubual Artifak 2 (Cheongsam) :

40
3.3 Rujukan

Journal :

Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak (2012). Platform Utama ke Arah
Memperkenal Tamadun Cina.

Granet, M., (1958). Chinese Civilization. New York: Meridian Books, INC.

Buku :
Ebrey, P., (1993). Chinese Civilization, A Sourcebook. New York: A Division of Simon &
Schuster Inc.

MacFarquhar, R., & Fairbank, J., (1991). The Cambridge History Of China. New York: The
Press Syndicate of the University of Cambridge

Keightly, D., (1983). The Origins of Chinese Civilization. London: The Regents of the
University of California.

41

You might also like