Folio Sains

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENGHARGAAN

Saya Afiq Hakim Bin Azhar daripada kelas 2intan telah dipertanggungjawabkan
oleh cikgu Aliza Abdul Ghani untuk menyiapkan folio berkaitan
4.1 Penyakit Berjangkit dan Tidak berjangkit . Pertama sekali, saya ingin berterima
kasih kepada
Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan dan petunjuk bagi saya menyiapkan
tugasan yang diberikan.

Selain itu,saya juga berterima kasih kepada cikgu Aliza Abdul Ghani
sebagai guru subjek sains yang telah mendidik say acara nebghasilkan folio dan segala
berkaitan dengan tajuk ini.Pertolongan daripada ibu bapa saya juga merupakan salah
satu kunci utama kepada penyelesaian folio ini.Disamping itu,saya juga berterima
kasih kepada rakan sekelas saya yang memberikan tunjuk ajar kepada saya dan
menegur segala kesalahan dan ralat yang dilakukan saya.

Akhir sekali, saya menghargai segala ilmu pengetahuan yang dipelajari sepanjang
menyelesaikan kerja folio ini.

PENDAHULUAN
Penyakit merupakan keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan , sukar berfungsi atau memberi tekanan kepada seseorang
individu.Penyakit boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu PENYAKIT BERJANGKIT
dan PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT . Penyakit berjangkit adalah
kebimbangan kesihatan global utama yang disebabkan oleh pelbagai
patogen, seperti bakteria, virus, kulat dan parasit. Penyakit ini boleh merebak melalui
sentuhan orang ke orang, makanan atau air yang tercemar dan gigitan
serangga.Manakala penyakit tidak berjangkit ialah penyakit yang tidak berjangkit
merupakan penyakit yang tidak memerlukan vektor atau perantaraan .Penyakit ini
berpunca daripada keturunan atau genetic dan gaya hidup seseorang induvidu itu.

PENYAKIT BERJANGKIT
Penyakit berlaku disebabkan jangkitan daripada pathogen secara langsung atau
melalui medium dan vector.Penyakit yang boleh berpindah daripada seorang individu
kepada individu lain.
Contoh penyakit seperti Tuberkulosis,selsema,kurap,panau,penyakit kencing
tikus,demam malaria dan demam zika.

Selsema Tuberkulosis

Kurap Panau
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit
perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah.
Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang
daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan
beliau tidak mengalami renjatan.

Demam Zika umumnya merebak melalui gigitan nyamuk jenis Aedes. Ia


juga mungkin boleh merebak melalui hubungan seks dan pemindahan
darah. Penyakit ini boleh tersebar melalui ibu-ke-anak di dalam rahim dan
menyebabkan mikrosefali.
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Pnyakit berlaku disebabkan factor generasi atau gaya hidup.Penyakit yang tidak
berpindah daripada seseorang individu kepada individu lain.

Contoh penyakit ialah seperti Kanser,hipertensi,diabetes,asma,penyakit


kardiovaskular dan penyakit kronik.

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa
kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan
Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit
ini.
Kanser

Sakit kanser ataupun barah merupakan sejenis penyakit yang


boleh bermula pada mana-mana bahagian dalam tubuh badan
manusia. Ia terjadi apabila sel normal dalam badan bertukar
menjadi kanser, ia akan membesar dan merebak tanpa kawalan.

Diabetes adalah penyakit yang berlaku apabila


glukosa darah anda, juga dipanggil gula darah, terlalu
tinggi. Glukosa adalah sumber tenaga utama badan
anda. Badan anda boleh membuat glukosa, tetapi
glukosa juga datang daripada makanan yang anda
makan. Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh
pankreas yang membantu glukosa masuk ke dalam
sel anda untuk digunakan untuk tenaga.
RUMUSAN

Kesimpulannya penyakit yang terbahagi kpada dua itu merupakan satu penyakit yang
dapat meragut nyawa dan merosakkan kualiti hidup kita.kita tetaplah perlu peka
kepada penyakit yang kita hadapi contoh nya seperti memeriksa kesihatan di klinik
atau hospital bagi mengekalkan gaya hidup sihat.Amalan tersebut bukan sahaja dapat
menjamin kesihatan tetapi kita juga dapat pahala kerana setiap perkara yang baik pasti
ada balasan pahala. Ibnu Majah ada meriwayatkan sebuah hadis yang menyebut
bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: "Mintalah kepada Allah kesihatan dan
kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik
daripada kesihatan selepas keyakinan(iman)."

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1. MUKA SURAT DEPAN FOLIO 1

2. KANDUNGAN FOLIO & JADUAL 2


PELAKSANAAN KERJA

3. PENGHARGAAN 4

4. PENDAHULUAN 5

5. PENYAKIT BERJANGKIT 6

6. CONTOH PENYAKIT BERJANGKIT 7

7. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT 8

8. CONTOH PENYAKIT TIDAK 9


BERJANGKIT
9. RUMUSAN 10

10. RUJUKAN 11

You might also like