Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Rujukan Kami: KKK/VEN/2023

9 Julai 2023

Puan Ernie Suhana binti Shukor


Pegawai Pemasaran
Cakoi Pandan Krabi Enterprise
F1B, Jalan Sungai Seluang Atas
Taman Bahagia
09600 Lunas, Kedah

Puan Ernie Suhana

JEMPUTAN MENYERTAI BAZAR VENDOR HARI KEUSAHAWAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Usahawan Muda, Kolej Komuniti Cawangan


Kulim amat berbesar hati ingin menjemput pihak puan untuk menyertai Bazar Vendor Hari
Keusahawan.

Program ini dianjurkan bagi tujuan menerapkan pengetahuan dan pengalaman baharu
dalam bidang perniagaan dan keusahawanan di kalangan pelajar. Di samping itu juga, ia
bertujuan untuk menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar juga membina jaringan
komunikasi antara pelajar dan masyarakat dengan lebih bermakna dan berkesan.

Untuk makluman pihak puan, program ini dianjurkan secara tahunan yang akan
melibatkan pelajar tahun akhir sebagai ahli jawatankuasa penganjur. Berikut merupakan butiran
program:

Tajuk Program: Bazar Vendor Hari Keusahawanan


Tarikh: 25 Oktober 2023
Tempat: Dewan Ilmu, Kolej Komuniti Cawangan Kulim

Bersama-sama dengan ini disertakan borang pendaftaran untuk rujukan pihak puan.
Borang pendaftaran boleh dikembalikan selewat-lewatnya sebelum 25 September 2023.
Puan Ernie Suhana
Muka surat 2
9 Julai 2023

Semoga penyertaan pihak puan dapat memeriahkan lagi program kami dan sebarang
pertanyaan boleh menghubungi Puan Farahani di talian 04-4562233. Sekian, terima kasih.

Yang Benar

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN KULIM

Aina Syamimi binti Syukri


Pegawai Perhubungan Awam

ula

You might also like