Pembumian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TAJUK:PEMBUMIAN

Apabila tamat mempelajari bab ini para


pelajar akan dapat memahami:
i)Cara-cara pembumian dibuat.
ii)Kepentingan pembumian
iiiLaluan arus bocor kebumi.
Definasi
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam
pepasangan elektrik dengan jisim bumi.

Tujuan
Tujuan utama pembumian keatas pepasangan dan alat elektrik adalah untuk
mengelakkan bahaya kejutan elektrik hasil daripada sentuhan diantara bahagian
beraliran terdedah yang hidup akibat sesuatu kerosakan.
Bahagian beraliran terdedah termasuklah logam bahagian luar alat
elektrik,kondiut,kabel dan alatambah.

Setiap peralatan dan pengalir yang beroperasi pada voltan yang melebihi voltan
lampau rendah,hendaklah dicegah dengan berkesan daripada bahaya arus bocor
kebumi dengan salah satu cara dibawah ini:
i)-Bertebat sepenuhnya
ii)-Bertebat dua lapis(Klas II)
iii)-Membumikan logam terdedah
iv)-Mengasingkan logam agar tidak mudah disentuh dengan bahagian-bahagian
hidup atau logam berbumi.

Peraturan-peraturan elektrik 1994(ST)


34(1)Mana-mana penyalut,tudung,gagang,peti cantuman,peti suis,bingkai gear
suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana janakuasa
penukar,rectifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah
dan bingkai dan penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan
kelengkapan elektrik yang lain termasuklah perkakas domestik, kecuali yan g
digolongkan sebagai binaan kelas II hendaklah dibumikan dengan berkesan.

34(2)Mana-mana paip air yang disambung kepada system bekalan air awam
tidak boleh digunakan sebagai satu-satu nya cara membumi.
34(3)Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara
membumi.

35. Dalam mana-mana pepasangan system pembumian konduktor yang lengkap


yang dibuat daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan
rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi , paip atau rod
hendaklah diadakan. Sistem membumi itu hendaklah disambungkan kebumi dan
disenggarakan dengan berkesan.

Jenis-jenis sistem pembumian


a)TT
b)TN-S
c)TN-C-S
d)TN-C
e)IT-Tidak digunakan untuk perbekalan umum

Maksud huruf pertama:


T- Satu atau lebih punca bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal
I- Tiada punca bekalan disambung terus kebumi.

Maksud huruf kedua


T-Semua pengalir terdedah pada pepasangan pengguna disambung kejisim bumi.
N-Semua pengalir terdedah pada pepasangan pengguna disambung kepengalir
bumi
Yang disediakan oleh pembekal.

Maksud huruf ketiga dan keempat.


S-pengasingan pengalir nutral dan bumi.(separated)
C-pengalir nutral dan bumi dicantum.(combined)

Sistem TT
T-Nutral bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal .
T-Semua bahagian pengalir terdedah disambung kepada elektrod bumi pada
pepasangan pengguna.
Peranti arus baki(RCD) perlu dipasang pada pepasangan pengguna.

Sistem TN-S
T-Nutral bekalan disambung kebumi oleh pihak pembekal.
N-Elektrod bumi pihak pembekal disambung secara lansung ketalian bekalan
bumi pihak pengguna
S-Konduktor nutral dan bumi adalah terasing (separated)

Sistem TN-C
T- Nutral bekalan dibumikan
N-C-Fungsi nutral dan bumi disatukan dalam satu konduktor pihak pembekal
Sistem TN-C-S
T-Nutral bekalan dibumikan.
N-C-Fungsi nutral dan bumi disatukan dalam satu konduktor pihak pembekal.
(combined)
S-Semua konduktor pelindung dan konduktor nutral diasingkan dalam
pepasangan pengguna.

Sistem IT
I-Sambungan kebumi pada pihak pembekal disambung melalui impeden pada
kadar tertentu atau diasingkan terus.
T- Semua bahagian pengalir terdedah disambung ke elektrod bumi pada
pepasangan pengguna.

Sistem ini tidak sesuai untuk perbekalan umum

Cara mengelak kebocoran kebumi.


a)Bertebat sepenuhnya
b)Bertebat dua lapis.
c)Mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian yang membawa
arus.

Perkara-perkara yang perlu dibumikan.


a)Semua struktur logam dalam system pendawaian yang bukan membawa arus
seperti:
pelapik logam,kondiut,salur,sesalur, dll.
b)Paip air utama
c)Paip pemasangan gas
d)Paip perkhidmatan lain dan penyaluran.
e)Sistem pemanasan dan penyaman udara.
f)Bahagian logam terdedah struktur bangunan.
g)Sistem perlindungan kilat.

Istilah-istilah pembumian dan gambarajah.

a)Pengalir perlindungan/koduktor pelindung.


-Konduktor yang menyambung semua poin pembumian pada litar akhir ke
terminal utama bumi.
-Laluan bagi arus yang bocor pada bahagian terdedah pepasangan supaya
dialirkan
dengan selamat kebumi dan seterusnya balik kesumber bekalan.

b)Pengalir bumi/konduktor bumi.


-Konduktor yang menyambung terminal bumi utama ke elektrod bumi.
-Saiz konduktor ini ditentukan oleh jadual IEE dibawah

c)Terminal pembumian utama.


-Tempat tamatan semua pengalir perlindungan dan pengalir bumi dalam atau
diluar papan agihan

d)Elektrod bumi.
Logam yang ditanam kedalam bumi sebagai sambungan kejisim bumi.Bahan
yang digunakan ialah
a)Rod kupram
b)Paip galvani
c)Plet bumi(Kupram atau besi tuangan)
d)Jalur kupram
e)Struktur keluli bangunan
f)Pelapik plambam dan bahan logam yang menutup kabel.

Logam aluminium tidak boleh digunakan sebagai elektrod bumi

Nilai rintangan elektrod bumi bergantung kepada:


a)Jenis tanah
b)Jenis elektrod
c)Panjangnya elektrod.
-Jika nilai rintangan elektrod bumi terlalu tinggi,boleh mempengaruhi nilai
keberkesanan pemutus litar bocor kebumi

e)Konduktor ikatan

Pengalir yang menghubungkan terminal punca bumi alat-alat elektrik kepada


bahagian-bahagian logam perkhidmatan lain seperti paip air,paip gas dll.
diperingkat awal pepasangan
-Konduktor ikatan utama ialah sambungan pada paip utama,manakala konduktor
ikatan tambahan ialah sambungan dipepasangan litar akhir.

Lintasan gelung kerosakan kebumi

Apabila berlaku arus bocor kebumi,arus rosak akan mengalir disekeliling laluan
gelung kerosakan kebumi.

Gelung arus kegagalan kebumi terdiri daripada bahagian-bahagian berikut ini,


bermula dari titik kegagalan

-Pengalir pelindung litar


-pangkalan pembumian pengguna dan pengalir bumi
-Jalan laluan balik(melalui bumi bagi system TT)
-Jalan laluan melalui titik nutral berbumi pengubah dan belitan pengubah
-Pengalir fasa dari pengubah ketitik kegagalan.

Galangan gelung kegagalan kebumi dikenali dengan Zs

Laluan ini mempunyai galangan.


Sekiranya galangan bagi gelung bumi tinggi,nilai arus rosak tidak berupaya
mengendalikan pemutus litar bocor kebumi

You might also like