Nota Tambahan Maksud Istilah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

MAKSUD ISTILAH

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH


TINGKATAN 4 DAN 5
ITEM CONTOH

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 1


TINGKATAN 4
AYAT HUKUM

ISTILAH MAKSUD

TABAYYUN Meneliti, menyelidiki dan memilih sesuatu berita, tidak secara tergesa-
gesa dalam memutuskan sesuatu.

FASIK Melakukan kemaksiatan, meninggalkan perintah Allah dan menyimpang dari


jalan yang benar

ORANG FASIK Orang fasiq ialah orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan
melaksankan tuntutannya.Fasiq juga bermaksud melakukan
kemaksiatan,meninggalkan perintah Allah dan menyimpang daripada jalan
yang benar.

MUNAFIK Orang yang berpura-pura menzahirkan keimanan sedangkan hatinya


tetap kufur kepada Allah swt
MURTAD Oran yang berpaling ataupun keluar daripada Islam samada dengan
perkataan ataupun iktikad (hati)

KAFIR Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akida yang telah
dijelaskan dalam Al-Quran dan Al-Hadith

HADITH HUKUM

membuat tatu.

mencukur atau mencabut alis.

menjarangkan atau mengasah gigi.

SYAK DALAM Keadaan terlalai atau terlupa ketika melakukan solat.


SOLAT

SUJUD SAHWI Sujud dua kali yang dilakukan selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum
memberi salam.

WASIAT Pesanan yang dibuat oleh seorang kepada seseorang yang lain supaya
melakukan kebaikan terhadap harta yang dimiliki selepas meninggal dunia.

PUSAKA Harta yang ditinggalkan oleh si mati kepada waris yang berhak menerima.

HIBAH Akad pemberian milik seseorang secara sukarela yang berkaitan hartanya
kepada orang lain semasa hidup.

SEDEKAH Pemberian berupa sesuatu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain
yang sangat memerlukan bantuan (golongan fakir dan miskin) semata-mata
kerana Allah swt.

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 2


ZAKAT Kadar yang ditentukan daripada beberapa jenis harta,yang wajib dikeluarkan
kepada golongan manusia yang tertentu apabila cukup syarat tertentu.
Dengan berzakat akan membantu pembangunan ekonomi masyarakat Islam
dan juga negara.

WAKAF Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harga tersebut daripada
sebarang urusan jual beli,perwarisan,hibah dan wasiat disamping
mengekalkan fizikalnya,untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri
pewakaf kepada Allah swt.

MEMBERI DAN Cara atau ucapan selamat dan sejahtera kepada sesama orang islam
MENJAWAB menggunakan lafaz khusus.
SALAM

USUL FEKAH

ILMU USUL FEKAH Ilmu usul fiqh adalah ilmu yang telah digunakan oleh ulamak dalam
menetapkan hukum syarak.ia merupakan ilmu yang sangat penting dalam
menetapkan hukum-hakam bagi persoalan beharu yan dihadapi oleh umat
islam pada masa kini.

USUL Dalil dan kaedah

FEKAH Ilmu berkaitan hukum syarak yang dipoeroleh daripada dalil-dalil yang
terperinci.

USUL FEKAH Usul fiqh ialah ilmu yang berkaitan kaedah umum penentuan hukum syarak
secara amali melalui dalil-dalil yang terperinci.

HUKUM TAKLIFI Khitabullah yang menuntut untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya
atau memilih untuk melakukannya atau tidak.

IJAB Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara secara tegas. Perkara tersebut
menjadi wajib iaitu mendapat pahala jika dilakukan dan mendapat dosa jika
ditinggalkan.

NADBUN Tuntutan untuk melakukan sesuatu perkara secata tidak tegas. Perkara
tersebut menjadi ‫ مندوب‬atau dikenali juga sebagai ‫ نافلة‬, ‫ سنة‬dan ‫ مستحب‬iaitu
mendapat pahala jika di lakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

KARAHAH Tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara secara tidak tegas. Perkara
tersebut menjadi makruh jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan.

TAHRIM Tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perkara secara tegas. Perkara tersebut
menjadi haram iaitu mendapat dosa jika dilakukan dan mendapat pahala jika
ditinggalkan.

IBAHAH Pilihan yang diberikan syarak kepada mukalaf sama ada untuk melakukan
sesuatu perkara atau meninggalkannya. Perkara tersebut menjadi ‫ مباح‬iaitu

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 3


tidak mendapat pahala atau dosa jika dilakukan atau ditinggalkan.

HUKUM WAD’IE Khitabullah yang menjadikan sesuatu itu sebagai sebab kepada sesuatu hukum
atau syarat atau ‫( مانع‬penghalangannya), ‫ صح‬atau ‫ باطل‬,‫ عزيمة‬atau ‫ رخصة‬bagi
sesuatu hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf.

SABAB Perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai pencetus kepada sesuatu hukum
syarak. Ia bermaksud sesuatu hukum itu wujud jika wujud sebabnya dan
hukum tersebut tiada jika tiada sebabnya.

SYARAT Perkara yang membolehkan sesuatu hukum itu wujud dan ketiadaannya
menyebabkan ketiadaan hukum. Namun begitu, syarat boleh wujud tanpa
wujudnya hukum.

MANI’ Perkara yang dijadikan oleh syarak sebagai pengharang kepada kewujudan
hukum atau sebab hukum.

SAHIH Perbuatan mukalaf yang cukup rukun dan syaratnya. Perbuatan yang sahih
akan memberikan kesannya dari sudut syarak seperti solat yang memenuhi
rukun dan syaratnya. Kesannya ialah seorang mukalaf itu terlepas daripada
dosa dan tidak perlu mengulangi atau qada solat tersebut.

BATIL Perbuatan mukalaf yang tidak cukup rukun dan syaratnya. Perbuatan batil
tidak memberikan kesannya dari sudut syarak seperti solat yang tidak
memenuhi rukun dan syaratnya. Solat tersebut tidak menyebabkan seseorang
mukalaf daripada dosa dan dia perlu mengulangi atau qada solat tersebut jika
telah tamat waktu.

AZIMAH Perkara yang disyariatkan pada permulaannya dan bukan disyariatkan kerana
wujudnya halangan.

RUHSOH Perkara yang disyariatkan disebabkan wujudnya halangan untuk


melaksanakan perintah asal syarak.

DALIL HUKUM Perkara yang boleh menyampaikan kepada hukum syarak yang amali
melalui penilitian yang betul

DALIL HUKUM Dalil yang diterima oleh keseluruhan ulamak dalam menentukan hukum
YANG DISEPAKATI syarak .

DALIL HUKUM Dalil yang menjadi perselisihan ulamak sama ada boleh diterima sebagai
YANG TIDAK sandaran hukum syarak atau tidak.
DISEPAKATI

AL-QURAN Kalam Allah yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad S.A.W. dalam

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 4


bahasa arab sebagai mukjizat, dalam bentuk mushaf, disampaikan kepada
setiap generasi secara mutawatir, membacanya dikira ibadah dan dimulai
dengan surah al-Fatihah serta diakhiri dengan surah an-Nas.

AS-SUNNAH Percakapan Rasulullah S.A.W. selain daripada al-Quran, perbuatan atau


perakuan baginda S.A.W.

AL-IJMA’ AS-SORIH Semua ulama’mujtahidin menyatakan pandangan masing-masing dan semua


pandangan mereka adalah sama. Disepakati sebagai al-Ijma’ yang boleh
menjadi hujah dan dalil bagi hukum syarak.

AL-IJMA’ AS- Sebahagian ulama’ mujtahidin menyatakan pandangan mereka dalam suatu
SUKUTI permasalahan dan sebahagian yang lain tidak membantah setelah
mengetahuinya. Hanya sebahagian ulama’ yang menerimanya sebagai hujah
bagi hukum syarak. Bagi ulama’ mazhab syafie’, ia bukanlah hujah dan dalil
bagi hukum syarak.

AL-QIAS Menyamakan hukum perkara yang tidak mempunyai hukum dalam nas
dengan perkara yang mempunyai hukumnya dalam nas syarak disebabkan
persamaan sifat (al-Illah) pada kedua-duanya.

AL-ASLU Perkara yang telah dinyatakan hukumnya oleh nas syarak.

AL-FAR’U Perkara yang tidak mempunyai hukum yang dinyatakan oleh nas syarak.

AL-ILLAH Sifat persamaan yang wujud antara al-Aslu dengan al-Far’u.

Mendahulukan Al-Qias yang tersembunyi (‫ )خفي‬berbanding dengan Al-Qias


yang jelas (‫ )جلي‬disebabkan sesuatu dalil atau mengecualikan suatu
permasalahan daripada kaedahnya yang umum disebabkan terdapat dalil khas
yang lebih kuat.

Mensabitkan atau menafikan hukum sesuatu perkara pada masa kini atau
masa hadapan berdasarkan kepada hukumnya pada masa lalu disebabkan
tiada dalil yang mengubahnya.

Kebaikan yang bersesuaian dengan kebaikan yang dianjurkan oleh syarak


tetapi tiada nas syarak secara khusus mengiktiraf atau menolaknya.

Kebaikan yang menjadi asas kehidupan manusia supaya kehidupan mereka


tidak rosak dan binasa.

Kebaikan yang biasanya diperlukan dalam kehidupan manusia bagi


membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan mudah dan dapat
mengelakkan daripada kesusahan.

Kebaikan tambahan yang menjadikan kehidupan manusia lebih berkualiti dan


selesa.

Fatwa, pandangan atau mazhab sahabat Rasulullah dalam satu permasalahan


yang tiada hukum daripada nas dan tidak disepakati oleh mereka.

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 5


Mencegah perkara yang harus yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Perkara yang menjadi kebiasaan masyarakat sama ada berbentuk perkataan


atau perbuatan.

FEKAH

HAJI Mengunjungi Baitullah Alharam di Makkah pada masa tertentu untuk


menunaikan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

HAJI IFRAD Berniat ihram haji sahaja di miqat sebelum memasuki Makkah pada bulan-
bulan haji kemudian setelah selesai semua pekerjaan haji barulah berniat
mengerjakan umrah.

HAJI KIRAN Berniat ihram umrah dan haji serentak di miqat sebelum memasuki Makkah
pada bulan-bulan haji.

HAJI TAMATU’ Berniat ihram umrah sahaja di miqat sebelum memasuki Makkah pada bulan-
bulan haji kemudian setelah selesai semua pekerjaan umrah barulah berniat
mengerjakan haji pula sebelum keluar berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.

UMRAH Mengunjungi Baitullah Alharam di Makkah pada bila-bila masa untuk


menunaikan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

WUKUF Berada di Arafah walaupun seketika,bermula dari gelincir matahari(masuk


waktu zuhur) hari 9 Zulhijjah sehinggalah sebelum terbit fajar(masuk waktu
subuh) hari 10 Zulhijjah.

TAWAF Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan menjadikan kaabah disebelah
kiri bermula dari sudut hajar alAswad dalam keadaan suci daripada hadas kecil
dan besar.

SAI’E Berjalan berulang-alik bermula dari bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
sebanyak tujuh kali selepas tawaf.Ia dikira satu kali saie bermula dari bukit
Safa ke bukit Marwah dan seterusnya dari bukit Marwah ke bukit Safa pula
dikira saie untuk kali kedua dan begitulah seterusnya sehingga cukup 7 kali.

NIABAH HAJI Mengerjakan haji untuk orang lain yang masih hidup atau telah meninggal
dunia dengan syarat- syarat tertentu.

SEMBELIH menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat
tajam samada dengan cara memutuskan urat halqum dan mari’ jika boleh
ditangkap, atau mencederakan mana-mana bahagian anggota binatang
tersebut yang boleh mematikan jika tidak boleh ditangkap, atau dengan
menggunakan binatang pemburu yang terlatih.Sembelihan bertujuan supaya
binatang tersebut halal dimakan menurut syarak.

PEMBURUAN menangkap binatang liar yang halal dimakan dan belum dimiliki serta belum
dikuasai.

QURBAN menyembelih binatang ternakan pada hari raya qurbani aitu 10 zulhijjah
sehingga hari-hari tasyriq iaitu 11,12, dan 13 zulhijjah dengan tujuan untuk

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 6


mendekatkan diri kepada Allah.

AQIQAH binatang yang disembelih ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan
sebagai tanda rasa bersyukur kepada Allah SWT.

MUAMALAH Tatacara atau peraturan dalam perhubungan anrata sesama manusia untuk
memenuhi keprluan masing-masing.

‫عقد اإلجارة‬ Akad yang melibatkan pertukaran antara faedah atau manfaat daripada
(SEWAAN ATAU sesuatu barang atau tenaga kerja dengan bayaran atau upah tertentu dalam
UPAH) tempoh yang dipersetujui.

‫عقد المعاوضات‬ Akad yang dimaksudkan untuk mendapat ganjaran seperti keuntungan.
Ia merangkumi jual beli, sewaan dan syarikat.

‫عقد ر‬
‫التعات‬ Akad yang tidak dmaksudkan untuk mendapat ganjaran tetapi bertujuan untuk
membantu dan melakukan kebaikan. Ia merangkumi sedekah, hibah, wakaf,
wasiat dan hadiah.

UQUD Akad yang dimaksudkan untuk mendapatkan ganjaran iaitu keuntungan.


MUAWADAH

BAI’U Urus niaga yang melibatkan dua peringkat urus niaga. Pada peringkat pertama,
urus niaga tersebut melibatkan pembelian secara hutang antara pembeli
AT-TAWARRUK
dengan penjual asal sesuatu aset. Pada peringkat kedua, pembeli
kemudiannya akan menjual aset tersebut secara tunai kepada pihak ketiga

BAI’U AS-SALAM Akad jual beli secara pesanan terhadap aset tertentu dengan spisifikasi
tertentu. Pembayaran penuh dibuat secara tunai semasa akad dimeterai
manakala penyerahan barang ditangguhkan ke suatu masa yang ditetapkan.

BAI’U AL-ISTISNA’ Bai’u al-istisna’ merupakan satu akad jual beli yang melibatkan pembuatan,
penghasilan atau pembinaan aset tertentu dengan spisifikasi dan syarat
tertentu yang dipersetujui antara penjual dengan pembeli.

BAI’U AD-DIN Akad jual beli hak hutang yang terbentuk hasil daripada aktiviti perniagaan
yang berlandaskan syarak.

MUSYAROKAH Kontrak perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk membiayai sesuatu
perniagaan dan semua pihak yang terlibat menyumbang modal sama ada
dalam bentuk tunai atau lain-lain.

SYARIKAT I’NAN Perkongsian modal dan kerja antara dua orang tanpa disyaratkan persamaan
modal atau kerja serta keuntungannya diagihkan antara mereka berdasarkan
nisbah yang telah disepakati.

SYARIKAT ABDAN Persetujuan antara dua orang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 7


keuntungannya dibahagikan antara mereka.

SYARIKAT Perkongsian modal dan kerja antara dua orang dengan kadar yang sama serta
MUFAWAZHOH keuntungan diagihkan antara mereka dengan kadar yang sama.

SYARIKAT WUJUH Perkongsian antara dua pihak terhadap keuntungan jualan barang yang dibeli
berdasarkan kepada kepercayaan dan nama baik mereka sahaja serta tidak
menggunakan modal.

MUDHOROBAH Kontrak antara dua pihak bagi menjalankan sesuatu usaha niaga. Ia melibatkan
pelabur dan pengusaha. Pemodal menyediakan modal dan pengusaha
menjalankan usaha niaga tersebut.

‫التتعات‬
‫عقود ر‬ Akad untuk memberikan harta untuk manfaat kepada orang lain tanpa
sebarang balasan dengan tujuan sebagai kebajikan semata-mata.

WADIAH Harta yang diserahkan kepada orang lain untuk menjaganya tanpa diberikan
upah.

AL-QARD Memberikan harta kepada pihak yang memanfaatkan harta tersebut dan
dikembalikan gantian yang sama jenis dengannya tanpa sebarang tambahan

KAFALAH Menjamin hak yang sabit diatas tanggungan orang lain atau mendatangkan
orang yang menanggung hak atau mendatang harta yang dijamin.

AR-RAHNU Menjadikan sesuatu aset sebagai jaminan kepada penjamin, agar penjamin
tersebut boleh dilunaskan dengan nilai aset jaminan tersebut sekiranya
penjamin tidak mampu melunaskan pinjamannya.

SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

PERUNDANGAN Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah swt(disyariatkan) kepada umat


ISLAM manusia yang meliputi semua aspek akidah, syariah, akhlak dan peraturan-
peraturan kehidupan yang perlu diyakini,dipatuhi dan diamalkan untuk
memberi kebahagiaan didunia dan diakhirat.

MAKASID Tujuan akhir untuk mencapai keredhaan Allah swt dengan melaksanakan
syariatnya diatas muka bumi dan ia menjadi pedoman hidup umat manusia.

‫العدالة‬ Prinsip keadilan tidak menzalimi golongan yang lemah tetapi mengamalkan
KEADILAN hak sama rata kepada semua.

‫عدم الخرج‬ Peraturan yang tidak membebankan manusia.Allah swt memberikan rukhsah
TIDAK dalam ibadat.
MENYUSAHKAN

‫الشمول‬ Mencukupi segala aspek kehidupan manusia.Ia merangkumi hubungan


MENYELURUH manusia dengan Allah swt,hubungan manusia dengan manusia dan hubungan
manusia dengan alam sekitar.

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 8


‫قلة التكليف‬
Pensyariatan yang dipertanggungjawabkan tidak banyak sehingga
SEDIKIT
membebankan kehidupan manusia.Tanggungjawab yang ada dapat
TANGGUNGJAWAB disesuaikan dengan kehidupan manusia.

‫التدرج في التشريع‬
Syariat Islam diturunkan secara berperingkat agar manusia mempunyai masa
BERANSUR-ANSUR
bagi memahami dan menghayati Islam dengan baik dan sempurna.

TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM segala pencapaian dan kemajuan yang mencakupi semua aspek kegiatan
manusia dari sudut kebudayaan,keilmuan dan keagamaan yang berasaskan
prinsip akidah, syariah dan akhlak islam.

TINGKATAN 5

AYAT HUKUM

TAQWA Pengabdian secara menyeluruh bagi seorang hamba kepada Allah s.w.t
berasaskan empat faktor iaitu takut,harap, sabar dan syukur.

RIBA’ Bayaran secara berlebihan ketika melakukan bayaran kembali terhadap


sesuatu pinjaman yang diperolehi peminjam.

NASAB Pertalian keluarga melalui keturunan terutama daripada sebelah bapa


disebabkan perkahwinan dan kelahiran.

HADITH HUKUM

ARAK Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan angggur dan
lain-lain.

ZINA Perhubungan seks haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.

MEMBUNUH DIRI Perbuatan yang dilakukan bagi membunuh diri sendiri dengan harapan
kematian dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

USUL FEKAH

LAFAZ AM Lafaz yang merangkumi kesemua perkara yang sesuai bagi lafaz tersebut
tanpa ada Batasan.

LAFAZ KHAS Lafaz yang menunjukkan makna khusus bagi sesuatu perkara sama ada
nama khas atau bilangan tertentu.

LAFAZ MUTLAK Lafaz yang menunjukkan kepada sesuatu perkara atau beberapa perkara
yang tidak tertentu jenisnya serta tidak disertai dengan sifat yang
mengikatnya.

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 9


LAFAZ MUQAYYAD Lafaz yang menunjukkan satu perkara yang tidak tertentu dalam jenisnya
tetapi dikaitkan sifat yang mengikatnya.
Atau lafaz yang menunjukkan satu perkara yang ditentukan(dengan sifat).

NASAKH Memansuhkan sesuatu hukum syarak dengan sebab wujud dalil syarak
yang datang kemudian.

FEKAH

PERKAHWINAN Akad yang mengharuskan persetubuhan antara suami dengan isteri dalam
bentuk yang dibenarkan oleh syarak.

MAHAR Pemberian yang wajib keatas suami kepada isteri disebabkan aka
perkahwinan.

WALIMATUL URUS Jamuan makan yang diadakan bagi menzahirkan kegembiraan atas akad
perkahwinan yang telah disempurnakan dan menzahirkan rasa kesyukuran
kepada Allah s.w.t.

POLIGAMI Perkahwinan lebih daripada seorang isteri pada satu masa.

TALAK Melepaskan ikatan akad perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak


dan seumpamanya.

KHULUK Perceraian suami isteri dengan bayaran tertentu kepada suami melalui
lafaz talak atau khuluk.khuluk dalam Bahasa melayu dinamakan sebagai
tebus talak.

FASAKH Pembatalan akad perkahwinan dengan sebab-sebab tertentu.

NUSYUZ Perbuatan isteri yang tidak mentaati suami & tidak melaksankan
tanggungjawab & kewajipan dalam perkahwinan.perbuatan suami
dianggap nusyuz terhadap isteri jika suami tidak menunaikan
tanggungjawab & kewajipan dalam perkahwinan.

IDDAH Tempoh menunggu bagi seorang isteri setelah berlaku perceraian atau
kematian suami.

RUJUK Suami mengembalikan isteri yang telah diceraikan dengan talak raj’I
kepada pernikahan asalnya ketika dia masih menjalani tempoh iddah
tanpa melalui akad yang baharu.

MUT’AH Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang diceraikan
dengan syarat-syarat tertentu.

HADANAH Mengasuh dan mendidik kanak-kanak yang belum mumaiz dan golongan
yang tidak boleh menguruskan dirinya sendiri dengan menjaga kebajikan
serta melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan.

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 10


SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

HUDUD Hukuman yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak samaada berkaitan
dengan hak ALLAH S.W.T atau hak manusia.

QAZAF Membuat tuduhan zina dengan tujuan untuk mengaibkan seseorang sama
ada secara langsung atau menafikan keturunannya.

MENCURI Mengambil harta orang lain secara sembunyi- sembunyi dan zalim dari
tempat simpananya dengan syarat- syarat tertentu.

HIROBAH Merompak dengan menggunakan kekerasan sama ada dilakukan secara


berseorangan atau berkumpulan.

MURTAD orang yang berpaling daripada islam kepada kekufuran sama ada melalui
niat,perbuatan & perkataan yang kufur

BUGHA Penderhaka dan satu kumpulan penting terhadap pemerintahan islam yang
sah dan adil dengan menggunakan kekuatan atau kekerasan serta berniat
jahat.

DIYAH (PAMPASAN) Harta yang wajib diserahkan kepada waris sebagai ganti kepada hukuman
qisas yang tidak dapat dilepaskan.
Pengakuan seseorang terhadap jenayah dilakukannya.
IQRAR ) (
Keterangan yang diberikan oleh saksi yang melihat atau mendengar
SYAHADAH ) (
jenayah orang lain.

Bukti yang kukuh yang menujukkan bahawa jenayah telah berlaku.


QARINAH ) (

SUMPAH ) ( Sumpah pendakwa kerana tidak mempunyai bukti atau saksi setelah
orang yang didakwa enggan bersumpah menafikan tuduhan jenayah
keatasnya.

Disediakan oleh: Ustazah Noredah bt Ibrahim SMKA Sultan Muhammad, Melaka. 11

You might also like