Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PUSAT PENDIDIKAN DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)


KAMPUS UUM KUALA LUMPUR

KOD KURSUS
BPME1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SEMESTER
APRIL 2023/2024

TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH
NO NAMA PELAJAR NO MATRIKS
1 CATHERIN RABAI AMAK NYIPA 296905

DISEDIAKAN UNTUK
DR. SUBRAMANIAM A/L KOLANDAN

LAMPIRAN 1
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER APRIL 2023/2024 (JA231BPME1013

ASASKEUSAHAWANAN SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Pengenalan 5
2 Huraian, perbincangan dan 20
cadangan
3 Kesimpulan 5
4 Rujukan dan lampiran 5
5 Kualiti penulisan 5

Jumlah markah 40 markah

Komen:

Tandatangan Pemeriksa :

Nama Pemeriksa :

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan...........................................................................................................4

2.0 Keusahawanan Digital.......................................................................................... 5

3.0 Landskap Keusahawanan Digital di dunia dan Malaysia......................................7

4.0 Kepentingan Keusahawanan Digital.....................................................................8

5.0 Cabaran dan Halangan dalam Keusahawanan Digital..........................................9

6.0 Usahawan Digital yang telah berjaya..................................................................11

Kesimpulan............................................................................................................... 13

Rujukan..................................................................................................................... 14

3
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN
1.0 Pengenalan

Apa yang kita perlu tahu mengenai keusahawanan? Sebelum kita untuk
membincangkan mengenai keusahawanan digital maka perlu tahu apa itu
keusahawanan. Keusahawanan ini satu perniagaan untuk membina, meningkatkan
dan mengembangkan untuk dijadikan satu hasil yang menguntungkan. Apa yang
boleh diringkaskan adalah usahawan adalah seorang individu yang baerani untuk
mengambil Tindakan dan risiko untuk melakukan perubahan. Usahawan adalah
seseorang yang melaksanakan segala idea yang ada untuk dijadikan produk
ataupun perkhidmatan. Rakyat Malaysia digalakkan untuk menjadi seorang
usahawan bagi mengubah hidup mereka. Dengan melakukan keusahawanan ini,
ianya mampu untuk menjana pendapatan yang tinggi apabila usahawan mampu
untuk menghasilkan produk sendiri.

Apabila melibatkan keusahawanan digital, maka ianya mesti mempunyai internet,


dan media elektronik. Internet ialah satu rangkaian yang berkongsi informasi dengan
membawa perubahan dalam pelbagai aspek termasuklah keusahawanan. Internet
juga adalah jaringan bagi peringkat global yang telah menghubungkan pelbagai
komputer, segala akan berhubung dengan bentuk digital termasuklah data yang
dikeluarkan. Selain daripada itu, rangkaian internet ini akan membuat kita dapat
akses dengan mudah dan cepat untuk mencapai informasi atau maklumat untuk apa
yang dicari. Dengan hanya di hujung jari, maka segala apa pencarian seperti jurnal,
buku, video, gambar, atau soalan-soalan peperiksaan yang lepas hanya dengan
menekan hujung jari dan akan dapat segala maklumat yang dicari. Apabila digital
maka media sosial adalah tempat pemasaran yang terbaik untuk mempromosikan
produk-produk yang dihasilkan.

4
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN
2.0 Keusahawanan Digital

Pada pertengahan 1990-an, pembangunan teknologi digital membolehkan terjadinya


penciptaan tetapi penskalaan apa yang dipanggil usaha niaga digital, yang
menggunakan model perniagaan dengan dasarnya penjanaan nilai melalui
maklumat melalui rangkaian data. Keusahawanan digital ini berlaku apabila terdapat
perubahan di dalam dunia keusahawanan diantara transformasi perniagaan dan
masyarakat dengan teknologi digital. Keusahawanan digital di Malaysia masih
diperingkat baru dan menunjukkan kesan positif, ianya bermula apabila rakyat
Malaysia dikehendaki untuk menjalani perintah pengerakan diperketatkan apabila
ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pesanan makanan dan barang-barang
keperluan. Antara platform yang rakyat Malaysia gunakan adalah Shopee, Lazada,
Ebay dan lain-lain. Transformasi ini berlaku kerana terdapat perubahan menerusi
teori dan Pendidikan keusahawanan di dalam dunia digital. Untuk teori,
keusahawanan digital ini telah menawarkan konsep baru mengenai konsep
keusahawanan di atas talian seperti mencari peluang dan mengenal pasti
perniagaan baru yang telah wujud secara digital, kaedah mengembangkan lagi
peluang perniagaan yang baru berasaskan digital dan kaedah permulaan
perniagaan digital. Keusahawanan digital di Malaysia mula berkembang pada tahun
2011; merupakan tahun di mana syarikat asing mula untuk menerokai pasaran
tempatan dan sehingga ke hari ini keusahawanan digital dikalangan usahawan
tempatan boleh dikatakan semakin meningkat dan mempunyai masa depan yang
cerah jika mendapatkan sokongan, galakkan dan bantuan daripada pihak kerajan.
Manakala dari sudut praktikal pula, keusahawanan digital terus membuka peluang
kepada mana-mana individu yang ingin menjadi usahawan dan hendak mempelajari
kemahiran asas yang berkaitan dengan keusahawanan digital. Pembelajaran
kemahiran asas keusahawanan digital ini sangat mudah dengan mencari idrea baru
untuk perniagaan yang dijalankannya. Keusahawanan digital ini telah merangkumi
semua perniagaan yang baharu dan bertransformasi dengan perniagaan yang sedia
ada untuk meningkatkan nilai ekonomi semasa. Keusahawan digital ini
menggunakan rangkaian internet untuk melakukan perniagaan, mencari pelanggan,
kemas kini akaun dan bermacam-macam lagi. Transformasi industri seperti
keusahawanan digital ini telah mengubah cara sesuatu perniagaan berfungsi.
Perniagaan seperti pemasaran, perjualan, penghasilan produk dan pengeluaran

5
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN
atau logistic telah digunakan secara teknologi digital secara terbuka. Syarikat telah
menggunakan internet dan rangkaiannya untuk mencari pelanggan dengan lebih
menggalakkan, melakukan inovasi pada produk dan sedia memberikan layanan
dengan terbaik tanpa mengeluarkan peluh. Selain itu, keusahawanan digital juga
mempunyai Langkah baru seperti : (WAHAB, 2020)

o Mengenal pasti sasaran pelanggan


o Menawarkan dan merekabentuk barangan atau perkhidmatan
o Menjana hasil pendapatan dan pengurangan kos
o Bekerjasama dengan platform dan rakanniaga yang sedia ada
o Pencarian peluang baru, hadapi risiko dan bersaing dengan kelebihan

6
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN
3.0 Landskap Keusahawanan Digital di dunia dan Malaysia

Apabila covid-19 telah melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, keusahawanan


digital menjadi satu perbincangan yang popular. Ketika covid-19 telah melanda,
banyak sektor perniagaan telah tutup dan tidak banyak yang beroperasi secara
fizikal, manakala kedai dan restoran terpaksa ditutup. Secara tidak langsung pemilik
kedai dan restoran ini mengalami kerugian yang sangat teruk dan kemungkinan
tidak mampu untuk bertahan. Akan tetapi, jika ingin meneruskan maka pemilik
perniagaan harus bertindak dan berfikir bagaimana untuk menaikkan semula nama
kedai dan restoran serta berkomunikasi dengan pelanggan maka pemilik perlu
melakukan secara digital. Sebenarnya perniagaan digital ini telah wujud pada awal
90-an, internet telah ada di seluruh dunia. Laman sesawang telah memaparkan
maklumat dan ianya dijadikan platform untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Di
Malaysia, ianya wujud pada seawal dekad ke-20an dan e-dagang berkembang
mengikut pada pasaran dan pemasaran elektronik. (Hashim, 2020).

Di Malaysia kini, perniagaan telah menggunakan cara yang baru dan ianya telah
berkembang dengan baik dengan landskap digital apabila berlaku penularan
pandemic Covid-19. Di dalam satu laporan “State of Small Business”, perniagaan
kecil dan sederhana (PKS) telah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan benda
baru dan telah menjalankan operasi di dalam talian atau digital dengan sendirinya.
Di dalam laporan tersebut juga ada menyatakan sebanyak 44 peratus PKS telah
menggunakan Facebook untuk jualan yang telah dijana dan sebanyak 25 peratus
daripadanya. Sebagai contoh antara yang berjaya menggunakan media sosial iaitu
Facebook; Tajuddin Tempelicious perniagaan yang menjual produk tempe tempatan
telah memanfaatkan media sosial untuk menjual produk kepada pelanggan dan
memenuhi rangkaian bekalan. (BERNAMA, 2020). Marketplace adalah konsep
seperti pusat membeli belah yang menemukan penjual dan pembeli secara atas
talian. Marketplace yang dinyatakan adalah seperti Lazada, Shopee, Ebay, Zalora
dan lain-lain yang sama dengannya. Berdasarkan kepada Wawasan Kemakmuran
Bersama (WKB) 2030 yang telah dilancarkan turut menyatakan bahawa ekonomi
digital ini antara pertumbuhan ekonomi Malaysia yang sedang meningkat naik.

7
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN
4.0 Kepentingan Keusahawanan Digital

Perkembangan teknologi digital yang terkini telah membawa satu perubahan model
perniagaan yang sedia ada dan penciptaan yang baharu, pengenalan produk dan
perkhidmatan dengan peningkatan kecekapan melalui proses perniagaan yang
dijadikan satu perniagaan yang lebih berdaya saing. Ekonomi digital merupakan satu
gelombang baharu yang mampu untuk mewujudkan pelbagai peluang perniagaan
seperti pekerjaan dan seterusnya dapat meningkatan pendapatan rakyat dengan
secara menyeluruh termasuklah di luar bandar. Golongan muda seperti pelajar
lepasan sekolah, mahasiswa atau mahasiswi tidak perlu untuk menjadi seorang
pencari kerja malah ianya boleh menjadi sebagai pemberi kerja. Keusahawanan
digital ini jika dilihat pada musim Covid-19 ianya menjadi sangat penting dan popular
kerana permintaan ketika waktu itu sangatlah tinggi. Selain itu, pihak Kerajaan telah
mewujudkan satu kaedah pembayaran atas talian untuk semua rakyatnya seperti bil-
bil air, elektrik, telefon dan seangkatan dengannya. Cukai taksiran atau cukai pintu
juga boleh dibayar atas talian sekarang. Bank-bank di Malaysia telah mewujudkan
internet banking yang mana semua bil-bil, bayaran pinjaman atau pembiayaan dan
penghantaran wang boleh dibuat secara atas talian. Intenet banking ini boleh
diakses dengan menggunakan komputer dan juga telefon bimbit. Langkah ini, telah
merancakkan lagi pengaplikasian keusahawan digital di Malaysia. Teknologi digital
ini telah memberi kesan positif untuk semua perniagaan di peringkat global dan
Malaysia. Selain daripada ini, ianya juga perlu mempunyai hubungan harmoni antara
pendigital dan perniagaan haruslah seiring. Apabila mengenai kepentingan ini,
keharmonian harus sentiasa terjaga antara teknologi dan perniagaan sebagai contoh
teknologi maklumat boleh membantu sesebuah syarikat it uterus maju dan berjaya
dan sebagai salah satu elemen bagi memastikan teknologi ini terus berfungsi.
Pengguna digital juga perlu melatih diri dengan Pendidikan dan Latihan supaya
ianya memahami bagaimana teknologi ini wujud hubungan harmoni untuk
pembangunan perniagaan.

8
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

5.0 Cabaran dan Halangan dalam Keusahawanan Digital

Untuk menjadikan keusahawanan digital ini juga mempunyai cabaran dan halangan,
ianya bukan seindah dikata atau dilihat. Transformasi digital ini melibatkan
keseluruhan sesebuah perniagaan dan ianya memerlukan komitmen dan usaha
yang lebih daripada golongan perniaga ini. Untuk usahawanan mikro, kecil dan
sederhana (PMKS), juga menghadapi masalah untuk adaptasi perubahan seperti
perbelanjaan yang tinggi. Contohnya, pengeluaran dana yang besar untuk membeli
peranti canggih untuk mengubah sistem pengurusan dan operasi. Antaranya
cabaran dan halangannya iaitu: (UNIFI, 2023)

 Kekangan wang – peniaga akan selalu mengalami masalah kewangan,


meskipun usahawan kecil yang mempunyai modal yang rendah dan peralihan
ke ekonomi digital sangat memerlukan kewangan yang besar dan stabil bagi
menjamin transformasi yang kukuh dan berkesan.

 Masalah keselamatan siber – salah satu sebab kenapa peniaga takut untuk
beralih ke platform talian kerana takut privasi perniagaan akan terbongkar dan
terancam. Terjadi beberapa perkara seperti penyalahgunaan, kecurian dan
kebocoran data yang sulit kepada permasalahan yang sukar dikawal secara
fizikal. Ada yang merasakan medium penyimpanan awam atau storan
meningkatkan risiko serangan siber.

 Kurang kemahiran dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) –


kesukaran dalam mengatasi teknologi baru ini akan memberi kesan yang
besar untuk kelancaran digital di dalam perniagaan. Apabila tidak pandai
menggunakan media sosial maka ianya akan menjadi masalah kerana media
sosial sekarang telah menawarkan platform siaran secara langsung untuk
mempamerkan produk-produk yang dihasilkan. Selain daripada penjualan di
Shopee, terdapat platform lain yang sedang popular dan mula menarik
perhatian kepada peniaga-peniaga iaitu Instagram, Facebook dan Tiktok dan
media sosial ini juga menyediakan siaran langsung yang membolehkan para
peniaga menjual produk mereka secara langsung.

9
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

 Teknologi rumit
Apabila berniaga yang sudah terbiasa menggunakan urusan jual beli secara
manual dan bersemuka maka ianya akan menjadi satu masalah untuk
memahami fungsi dan sistem berkomputer ini. Salah satu sebab kerana
kebanyakkan peniaga ini adalah dari golongan orang yang telah berumur dan
tidak tahu menggunakan alatan yang berdigital. Ianya akan mengambil masa
yang agak lama untuk mempelajari sesuatu mengenai sistem komputer
kerana ianya mempunyai fungsi yang berbeza dan berlainan disetiap nombor
dan huruf. Bagi memastikan transformasi digital ini dapat berjalan dengan
lancar maka peniaga perlu melatih seseorang yang berumur muda dan
mudah fahami dengan sistem komputer dan teknologi semasa dan ianya juga
memerlukan kewangan yang banyak.

10
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

6.0 Usahawan Digital yang telah berjaya

ADLY MUKHTAR

Adly mula menjana pendapatan di Internet


pada usia 16 tahun, ketika masih di tingkatan 4
lagi. Setahun selepas itu, beliau melancarkan
produk digital yang diberi nama “101 Tip
Adsense Terbongkar” dan menjana
pendapatan RM10,000. Produk itu berupa e-
buku bagi usahawan Internet yang berharga
RM20 satu. Ia menerangkan 101 teknik bagaimana untuk memaksimum atau
menggandakan pendapatan Google Adsense. Ianya hanya bermodal RM300 sahaja.
Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan dalam
bidang kejuruteraan komputer, namun berhenti untuk menumpukan sepenuh
perhatian kepada perniagaan Internet yang dijalankan dan berjanji pada dirinya
untuk terus menimba ilmu bagi kemajuan diri dan masa depannya. Pada ketika itu,
beliau sudah memiliki komputer sendiri yang dibelikan ibunya untuk pengajian di
universiti. Mohd Zhafran yang meminati apa saja berkaitan dengan reka bentuk dan
pembinaan laman web, menjana pendapatan di Internet dengan membuat servis
reka bentuk laman web mini atau mini sites dan e-cover di pasaran tempatan dan
luar negara.

Model perniagaan Flarebiz Network lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan


produk digital seperti e-book dan servis khas untuk usahawan yang mahu
memperbaiki perniagaan mereka menggunakan kuasa Internet. Bagi tujuan
meluaskan jaringan, ianya menarik minat berniaga menerusi Internet,
mengumpulkan pakar dan sebagainya, Flarebiz Network mengasaskan e-majalah
atau Majalah Internet Malaysia untuk mempromosi pemasaran Internet. E-majalah
yang boleh dimuat turun secara percuma itu diperkenal dengan tujuan mendidik
pengguna Internet mengenai potensi Internet sebagai medium atau media baru
untuk menjana pendapatan. Flarebiz Network juga mencipta laman web mini, khas

11
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN
untuk menjual produk fizikal atau digital. Untuk mempromosi produk, Flarebiz
Network mengadakan bengkel membina laman web mini yang memberikan panduan
kepada peserta bagaimana untuk membina web mini dalam masa yang singkat
tanpa perlu mengetahui perkara teknikal, yang sukar. Kebanyakan yang
menggunakan sistem kedai online ini, menurut Adly adalah daripada satu golongan
berusia 25-40 tahun. Kini menurut Adly, Flarebiz Network menjana pendapatan
dalam lingkungan lima angka setiap bulan dan beliau mengambil gaji sebanyak
RM5,000 sebulan.

Dalam setiap perniagaan sudah tentu ada jatuh bangunnya. Bagi Adly pengalaman
pahit beliau ialah, bila pelaburannya mula-mula datang ke Kuala Lumpur membeli
mesin mencetak t-shirt berharga RM10,000 daripada seorang kawan, terbengkalai
begitu saja. Adly juga percaya budaya membeli-belah secara online yang menjadi
trend di banyak negara akan menjadi amalan di negara ini suatu hari nanti. Maka itu
beliau agresif menjaja Niagakit, mengadakan seminar mengenai penggunaannya
dan memberi penerangan kepada usahawan yang lain. Adly juga sering dijemput
untuk berkongsi pengalaman mengenai keusahawan internet hampir di seluruh
pusat pengajian tinggi di Malaysia ini seperti IPT, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti
dan sebagainya. Beliau pernah menjadi penceramah termuda di APEC YES 2011
apabila salah satu projek syarikat saya telah terpilih untuk diketengahkan di dalam
kategori ‘Creative Art’ mewakili Malaysia bersama-sama Upin & Ipin & Datin Seri
Tiara Jacquelina untuk dipersembahkan kepada wakil dari 21 buah negara.

Banyak syarikat dan badan berpergaruh seperti SME Corp, Kementerian Pengajian
Tinggi, Dewan Perniagaan Melayu, Astro Awani, Persatuan Usahawan Internet
memohon telah mendapatkan pandangan dan khidmat syarikat Adly berkenaan
perniagaan internet. (Mukhtar, 2021)

12
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

Mengambil anugerah web terbaik bulanan bagi kategori Ecommerce 2019 di


Malaysia Website Award (MWA).
Kesimpulan
Tahukah kita, walaupun perniagaan memerlukan perubahan kearah yang
berdigital tetapi ianya perlu diambil kita siapakah peniaga tersebut, berumur
berapa, tahap IQnya. Semua ini memainkan peranan masing-masing untuk
mendapatkan hasil yang baik. Untuk menjadikan platform yang lebih beriktiraf,
ianya perlu diberi perhatian oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
supaya platform tempatan tidak tertinggal jauh dengan platfrom di luar negara. Di
Malaysia ini, kita masih belum mempunyai e-dagang seperti Lazada dan
Shopee, kerana setiap penghasilan e-dagang seperti ini memerlukan kos
teknologi yang banyak, pusat penyelidikan dan kekurangan pekerja yang
berpengalaman di dalam bidang e-dagang. Keusahawanan digital ini ada yang
memberi kesan positif dengan pembangunan ekonomi yang lebih pantas untuk
perniagaan yang melibatkan industri kecil dan sederhana. Apabila ianya
dilakukan dengan benar dan berfokus maka ianya dapat menyelamatkan
generasi muda dan masa hadapan yang cerah pada masa akan datang.

13
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

Rujukan

BERNAMA. (2020, Julai 20). Facebook: Perniagaan Malaysia beralih kepada landskap digital.
Retrieved from Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/93036/bisnes/facebook-perniagaan-malaysia-
beralih-kepada-landskap-digital

Hashim, P. M. (2020, Julai 24). Manfaatkan ekonomi digital jadi usahawanan alaf baharu. Retrieved
from BHonline:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/714259/manfaatkan-ekonomi-
digital-jadi-usahawan-alaf-baharu

Mukhtar, A. (2021). Retrieved from https://adly.blog/tentang/

UNIFI. (2023). Cabaran Mendigitalkan Perniagaan Anda serta Cara Mengatasinya. Business Club.

WAHAB, D. I. (2020, Julai 21). Keusahawanan digital : satu paradigma baru keusahawanan.
Retrieved from dagangnews.com Berita Bisnes Anda:
https://www.dagangnews.com/article/keusahawanan-digital-satu-paradigma-baru-
keusahawanan-416

14
BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

15

You might also like