Bidang Tugas Makdis SMKG

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BIDANG TUGAS

MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAM


SEKOLAH
(MAKDIS SMK GEMEREH)
SEGAMAT, JOHOR

NOVEMBER 2023

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZ SUHAIMI BIN HARON
GKMP KEMANUSIAN SMK GEMEREH
1. LANTIKAN JAWATANKUASA
a. MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah) SMK Gemereh akan dibimbing dan
dipantau oleh guru-guru penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah
b. Anggota JK MAKDIS SMK Gemereh diterajui oleh barisan pelajar yang dilantik di dalam
satu mesyuarat guru-guru penasihat dan dipersetujui oleh Pentadbir Sekolah;
i. Pengerusi
ii. Timbalan Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. 3 orang AJK Lelaki
vii. 3 orang AJK Perempuan.
viii. AJK lantikan khas (berdasarkan keperluan)

2. FUNGI DAN TUGAS JAWATANKUASA


a. Pengerusi
i. Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat MAKDIS
ii. Bertanggungjawab merancang dan menjayakan segala perancangan dan aktiviti
MAKDIS yang selaras dengan kehendak sekolah dan dipersetujui oleh pihak pentadbir
sekolah.
iii. Bertanggungjawab memaklumkan kepada guru penasihat sebarang perancangan dan
aktiviti MAKDIS.
iv. Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan / kerohanian yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.

b. Timbalan Pengerusi
i. Bersama-sama merancang aktiviti MAKDIS
ii. Mengambil alih tugas-tugas pengerusi dalam keadaan-keadaan tertentu
iii. Bersama memastikan setiap aktiviti MAKDIS yang dirancang mengikut perancangan.

c. Setiausaha
i. Mencatat minit mesyuarat
ii. Menyediakan carta organisasi MAKDIS
iii. Bertanggungjawab membantu merancang aktiviti Tahunan MAKDIS
iv. Bersama memastikan setiap aktiviti MAKDIS yang dirancang mengikut perancangan.
v. Membantu menyediakan laporan setiap aktiviti yang dilakukan
vi. Menyimpan rekod-rekod aktiviti dan laporan

d. Penolong Setiausaha
i. Bertanggungjawab terhadap Setiausaha dan menolong kerja-kerja Setiausaha
ii. Mengganti Setiausaha dan melaksanakan kerjanya apabila Setiausaha tiada.
e. Bendahari
i. Menerima wang yang dikutip melalui sumber-sumber yang dibenarkan oleh pihak
sekolah dan mengurus perbelanjaan mengikut keputusan mesyuarat.
ii. Mengumpul derma dari pelajar-pelajar atau lain-lain sumber yang diserahkan
kepadanya serta merekodkannya ke dalam buku penyata kewangan
iii. Menjalankan kutipan yang diarahkan oleh pihak guru penasihat / pentadbir
iv. Membentang penyata kewangan setiap kali mesyuarat AJK dan mesyuarat.
v. Menyerahkan wang kepada guru penasihat setelah disahkan kira-kira oleh 2 orang
audit yang dipilih oleh sekolah.

f. JK Surau (Lelaki dan Perempuan)


i. Mengurus aktiviti di Surau sekolah
ii. Menguruskan papan kenyataan surau dengan maklumat yang sesuai.
iii. Mengawal dan melaporkan kerosakan
iv. Memastikan P.A. Sistem sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
v. Mencadangkan penambahbaikan fasilitis surau
vi. Membuat giliran bilal dan imam solat zohor berjemaah.
vii. Mengurus aktiviti budaya Al-Quran dalam kalangan pelajar
viii. Mengurus keceriaan dan kebersihan surau.
ix. Mencadangkan sebarang idea nilai tambah surau sekolah

g. JK AKtiviti
i. Mengurus dan memastikan program bacaan Mathurat setiap pagi mengikut jadual
yang ditetapkan.
ii. Mengedarkan edaran bacaan seperti Al-Mathurat dan Surah Yassin sebelum mana-
mana program kerohanian / keagamaan berjalan.
iii. Membantu menyusun pengisian slot Budaya Al-Quran (BQ) pada hari Khamis mengikut
jadual – Bacaan Yasin dan slot pengisian ceramah.
iv. Mencadangkan penambahbaikan aktiviti bagi kebaikan pelajar.

h. JK Khas
i. Membantu sebarang keperluan tenaga ketika mana-mana majlis dibawah kelolaan
MAKDIS berjalan.
ii. Mengenalpasti dan melaporkan sebarang kekurangan / penambahbaikan kepada guru
penasihat.

3. BIDANG KUASA MAKDIS


a. Jawatankuasa MAKDIS berkuasa menjalankan kegiatan mereka di dalam kawasan sekolah
dengan arahan dan pemantauan guru-guru, guru penasihat dan pentadbir SMK Gemereh.

You might also like