Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SIARAN MEDIA

Khamis, 28 Mac 2019

KEDAH HOLDINGS LANCAR FASA BAHARU PROJEK PERUMAHAN DI


BANDAR SEJAHTERA, POKOK SENA

ALOR SETAR - Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui anak syarikatnya, Kedah
Holdings Sdn Bhd (Kedah Holdings), telah melancarkan fasa baharu di projek
perumahan Bandar Sejahtera dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM 32 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata fasa baharu
tersebut melibatkan pembinaan yang akan dibangunkan di Seksyen 8, Bandar Pokok
Sena dan dijangka mampu memenuhi permintaan terhadap perumahan khususnya
bagi penduduk di kawasan berkenaan dan juga kawasan sekitar Bandaraya Alor
Setar.
Menurut beliau, pelancaran kali ini melibatkan 70 unit rumah teres dua tingkat dan 16
unit rumah kluster dua tingkat dengan harga jualan bermula daripada RM300,000
hingga RM460,000 dan merupakan kesinambungan daripada pra-pelancaran projek
pembangunan yang berlangsung pada Disember 2018 di mana ia telah melebihi
peratus jualan yang disasarkan.
“Apa yang menarik dengan pelancaran fasa baharu ini, Kumpulan BDB menawarkan
pelbagai insentif kepada orang ramai dengan pembelian mana-mana unit rumah
berkenaan yang mana ia bermatlamat untuk membantu memudahkan proses
pemilikan rumah terutama dalam kalangan pembeli rumah pertama dan rumah
mampu milik.
“Di samping itu, selain daripada rumah kediaman, Kumpulan BDB juga memberi
peluang kepada peniaga yang berminat untuk mendaftar bagi rumah kedai dua tingkat
yang turut dibuka pendaftarannya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Faris, Kumpulan BDB juga dalam perancangan untuk melancarkan baki 61
unit rumah teres dan kluster dua tingkat sekaligus menyempurnakan projek
pembangunan Zon 1 Bandar Sejahtera pada tahun ini.
Jelasnya, ia sekaligus menunjukkan komitmen Kumpulan BDB untuk menawarkan
rumah moden pada harga yang mampu dimiliki oleh bukan sahaja kepada penduduk
di kawasan berkenaan tetapi kepada seluruh rakyat Kedah.
“Kami melihat Bandar Sejahtera, Pokok Sena sebagai kawasan baharu yang
berpotensi tinggi untuk dibangunkan kawasan perumahan dan sekaligus dapat
menaikkan taraf hidup masyarakat di sini.
“Oleh itu, saya mengharapkan projek perumahan ini akan menjadi pencetus kepada
projek pembangunan pada masa hadapan bukan sahaja di kawasan berkenaan
malah di Daerah Pokok Sena secara khususnya,” ujarnya.
Kedah Holdings terlibat dalam pembangunan perumahan yang dijalankan dalam skala
kecil yang mana antara projek-projek perumahan yang telah dilaksanakan adalah
Kulim Heights Apartment, Taman Nusantara, Taman Lelasari yang terletak di
kawasan pinggir bandar iaitu di Kulim, Kuala Kedah dan Langgar.

LATAR BELAKANG KEDAH HOLDINGS SDN BHD


Kedah Holdings Sdn Bhd (KHSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Bina
Darulaman Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1982. Ia terlibat dalam pembangunan
komersial dan perumahan bertanah serta bangunan tinggi di Kedah.
KHSB bermula dengan pembangunan rumah kedai di Kompleks Alor Setar, blok tinggi
bangunan pejabat yang dimiliki oleh Bina Darulaman Berhad, pembangunan
perumahan di sekitar Bandaraya Alor Setar dan kemudiannya telah terlibat dalam
usaha sama dengan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dalam
membangunkan sebuah kondominium di Kulim Golf & Country Resort.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:


Sajahan Abd Waheed (Ketua Komunikasi Korporat)
: 019-3090112
Ikhwan Hazwan Hamidun (Penolong Pengurus)
: 019-5517225
Hanan ‘Izzati Mansor
: 017-5970281

Komunikasi Korporat Kumpulan BDB


Tel: 04-7300303
E-mel: gcc.bdb@bdb.com.my

You might also like