Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

NILAI PENDIDIKAN MENERUSI CERITA RAKYAT (TANGON-TANGON)

MASYARAKAT KADAZANDUSUN: SATU TINJAUAN TEORI PENDEKATAN


MORAL

LOVELIN FO

C20A1024

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN


2023
NILAI PENDIDIKAN MENERUSI CERITA RAKYAT
(TANGON-TANGON) MASYARAKAT KADAZANDUSUN:
SATU TINJAUAN TEORI PENDEKATAN MORAL

Oleh

LOVELIN FO

Thesis dikemukan bagi memenuhi kehendek Ijazah Sarjana Muda


Pengajian Warisan dengan Kepujian

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Nilai Pendidikan Menerusi Rakyat (Tangon-Tangon) Masyarakat


Kadazandusun: Satu Tinjauan Pendekatan Moral

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Genre kesusasteraan merupakan salah satu penyumbang yang besar dalam menyampaikan
maklumat penting berkaitan dengan sastera, nilai-nilai moral dan juga nilai pendidikan
kepada orang ramai di seluruh Malaysia menggunakan medium yang pelbagai misalnya
melalui sastera lisan. Dalam konteks ini, sastera lisan merupakan kesusasteraan yang
disampaikan melalui pertuturan atau percakapan yang dikembangkan daripada satu generasi
pendengar kepada generasi pendengar yang lain. Antara contohnya ialah mitos, legenda,
cerita rakyat dan puisi rakyat. Rentetan itu, menerusi dunia sastera ramai masyarakat yang
lebih gemar menjadikan sastera lisan seperti cerita rakyat sebagai salah satu bahan bacaan
utama bagi mengisi masa lapang mahupun menimba ilmu pengetahuan dalam genre
kesusasteraan. Walaupun pada masa dahulu cerita rakyat ini disampaikan majoriti secara
lisan secara turun-temurun namun mengikuti arus kemajuan negara yang semakin canggih,
cerita rakyat ini bukan sahaja disampaikan secara bersemuka malah dibukukan agar orang
ramai diseluruh dunia mampu membaca cerita rakyat tidak kira dari kaum apa sahaja. Bukan
itu sahaja, cerita rakyat juga merupakan satu kisah yang mudah difahami terutamanya
golongan kanak-kanak. Hal ini kerana, secara umumnya cerita rakyat ini dibuat khas untuk
kanak-kanak bagi membentuk karakter yang mempunyai nilai moral apabila meningkat
dewasa nanti.

Dalam konteks ini, kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan sastera lisan.
Menerusi sastera lisan ini, terdapat pelbagai genre kesusasteraan seperti lagenda, mitos, puisi
rakyat dan juga cerita rakyat. Pada pandangan Aripin (1996), cerita rakyat ini mempunyai
fungsi universal sebagai medium hiburan di samping menjadi bahan mengajar dan mendidik
kerana mempunyai peranan sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian masyarakat
terutamanya golongan kanak-kanak. Penyataan diatas menjelaskan bahawa cerita rakyat ini
bukan sahaja disampaikan secara suka-suka namun ia juga mampu memberi kesedaran dan
membentuk karakter terutamanya kanak-kanak dalam kehidupan harian mereka. Perkara ini
mampu masyarakat amalkan atau teladani menerusi watak-perwatakan dalam sebuah cerita
rakyat yang disampaikan sama ada secara lisan mahupun bertulis. Dalam pada itu, pengkaji
telah menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan cerita rakyat namun dalam
masyarakat Kadazandusun di Sabah ataupun lebih dikenali sebagai tangon-tangon.

Nama suku kaum Bumiputera asli terbesar di Sabah ialah Kadazandusun. Menerusi satu
kepercayaan, kaum ini berasal daripada suku Bunun di Taiwan. Etnik Kadazan-Dusun
bertutur dalam pelbagai bahasa dan dialek serta berpegang kepada pelbagai budaya
tradisional. Menurut kajian Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (2019),
Kadazandusun ini terdiri daripada 27 suku. Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun
Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus,
Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya adalah beberapa dari mereka. Bagi
memberikan suara yang lebih kuat kepada 14 puak yang bercakap kumpulan bahasa yang
sama, Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Tertinggi) Kadazan yang pertama, mula-
mula mencadangkan menggunakan istilah "Kadazan." Ramai orang Dusun bersetuju dengan
ini, tetapi ada yang mencari lebih autonomi, maka gelaran Kadazan-Dusun dipilih sebagai
kompromi. Suku kaum Dusun, yang merangkumi kira-kira satu pertiga daripada penduduk
Sabah merupakan kumpulan etnik terbesar. Suku kaum Dusun merupakan petani tradisional
yang mengusahakan tanaman padi dan huma. Mereka boleh ditemui di lembah bukit Ranau,
Tambunan, dan Keningau serta Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, dan
Kota Belud di pantai barat.

Rentetan itu, masyarakat Kadazandusun juga mempunyai cerita rakyat tersendiri atau
lebih dikenali sebagai tangon-tangon. Tangon-tangon ialah istilah dalam bahasa dusun yang
bermaksud cerita rakyat serta menurut Minah Sintian (2015), cerita rakyat ini disampaikan
dalam bentuk lisan dan diwariskan secara turun-temurun yang telah ditokok tambah oleh
penyampai tangon-tangon ini. Kebiasaannya, cerita rakyat ini berbentuk tuturan yang
berperanan sebagai sebuah media dalam mengungkapkan perilaku berkaitan dengan nilai-
nilai dalam kehidupan yang sebati dengan kehidupan masyarakat. Dalam masyarakat
Kadazandusun, sastera rakyat ataupun tangon-tangon ini lahir dalam masyarakat
Kadazandusun yang bersifat universal dan primitif.

1.2 Latar Belakang kajian

Menerusi kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada cerita rakyat dalam masyarakat
Kadazandusun dan menganalisis nilai pendidikan dalam beberapa tangon-tangon
Kadazandusun dalam teks himpunan cerita Kadazandusun. Sisyono (2008), pula berpendapat
bahawa tangon-tangon ini ialah cerita-cerita yang sedia ada, lahir, hidup dan berkembang
secara turun-temurun dalam masyarakat pada zaman dahulu tidak kira masyarakat yang
berkenaan mengenal huruf atau belum, justeru itu cerita rakyat ini disebarkan secara lisan,
bersifat anonim, mengandungi survival, serta disebarkan secara kolektif tertentu dalam kurun
yang cukup lama.

Cerita rakyat atau tangon-tangon merupakan sebuah cerita rekaan oleh penyampai
ataupun lebih dikenali sebagai penghibur lara pada zaman dahulu yang disampai sehingga
sekarang dari generasi ke generasi yang amat disukai oleh orang ramai terutamanya golongan
kanak-kanak yang membina teladan kanak-kanak apabila meningkat dewasa nanti.
Danandjaya (2007:02), juga mengatakan bahawa cerita rakyat merupakan komponen budaya
kolektif yang disebarluaskan dan kemudian diwariskan secara turun-temurun antara kolektif,
baik dari segi tradisional dalam pelbagai versi, baik dalam bentuk lisan atau teladan yang
diikuti dengan gerakan dan isyarat atau kaedah lain yang dapat membantu mengingat.

Selain itu, cerita rakyat (tangon-tangon) ini berasal daripada tradisi pada zaman dahulu
yang digelar sebagai hiburan yang telah disampaikan secara lisan namun ada juga yang
disampaikan melalui tulisan terutamanya zaman sekarang yang semakin maju dengan adanya
teknologi semua masyarakat boleh membacanya sama ada melalui internet ataupun google.
Cerita rakyat salah satu khazanah yang ditinggalkan nenek moyang secara turun-temurun
yang mencerminkan dari segi nilai-nilai atau adat budaya asal cerita untuk disampaikan
kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak bagi tujuan untuk membentuk sifat perwatakan
kanak-kanak agar tumbuh dengan nilai moral yang tinggi.

Dalam konteks ini, pengkaji akan mengecilkan skop kajian ini dengan hanya
menumpukan kepada nilai pendidikan watak dan perwatakan serta jalan cerita yang terdapat
dalam teks himpunan cerita Kadazandusun. Dalam himpunan cerita rakyat ini, terdapat
pelbagai perwatakan baik dan buruk yang terdapat beberapa cerita dalam teks himpunan
cerita rakya yang boleh mampu membentuk perwatakan masyarakat terutamanya kanak-
kanak yang masihg meningkat dewasa. Rentetan itu, pengkaji hanya akan menumpukan
watak utama iaitu yang baik sahaja yang menjadi tunjang kepada cerita ini. Walau
bagaimanapun, pengkaji akan turut akan membuat perbandingan antara watak baik
(protagonis) dengan watak jahat (antogonis) agar dapat membuat perbandingan antara dua
watak ini dengan lebih jelas berkaitan dendan nilai dibawa oleh watak utama dalam cerita
rakyat yang dikaji. Hal ini kerana bagi menyelaraskan dengan pendekatan yang digunakan
oleh pengkaji dalam kajian ini, iaitu pendekatan moral M.Atar Semi (1993). Dalam konteks
ini, pengkaji dapat melihat isi sastera melalui watak dan perwatakan yang terdapat dalam
cerita rakyat sama ada watak baik atau buruk.

1.2 Permasalahan Kajian

Kadazandusun merupakan sebuah suku kaum yang sangat besar di negeri Sabah yang kaya
dengan cerita rakyat ataupun tangon-tangon dalam istilah Kadazan dusun yang diwarisi
secara turun-temurun. Hal ini kerana, kebanyakkan masyarakat di Sabah boleh bertutur dan
memahami bahasa yang diguna pakai oleh suku kaum Kadazan Dusun di Sabah terutamanya
dalam menyampaikan cerita rakyat Kadazan dusun yang tersendiri. Oleh itu, tujuan utama
kajian ini dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan kajian agar cerita rakyat Kadazan
dusun dapat diteruskan secara turun-temurun dari generasi ke generasi lain. Oleh terdapat dua
isu yang dikaji berdasarkan objektif kajian ini dimana pengekalan cerita rakyat atau tangon-
tangon ini dapat dikekalkan oleh penyampainya.

Antara isu yang akan dibahas dalam kajian ini adalah cerita rakyat (tangon-tangon)
Kadazandusun yang semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya suku kaum
Kadazandusun sendiri (Zafirah Zaidi, 2021). Hal ini kerana atas halangan yang
pembangunan negara yang semakin maju terutamanya dalam penggunaan teknologi. Hal ini
dapat dikaitkan dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang kerana dengan adanya alatan
elektronik seperti telefon bimbit. Alatan elektronik yang lengkap dengan pelbagai aplikasi
permainan ini akan menyebabkan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak lebih
berminat dengan permainan berbanding daripada duduk dan mendengar cerita rakyat yang
disampaikan oleh nenek atau datuk mereka. Oleh itu, sudah jelas bahawa keadaan ini
menyebabkan cerita rakyat ini semakin terancam dan pupus dalam generasi yang seterusnya
jika dibiarkan begitu.

Selain itu, kajian lepas berkaitan dengan tajuk penyelidikan pengkaji iaitu tangon-
tangon atau cerita rakyat dalam kaum Kadazandusun ini juga kurang dikaji oleh pengkaji
lepas terutamanya berkaitan dengan nilai pendidikan yang terdapat dalam cerita rakyat.
Dalam konteks ini, kajian ini dijalankan bagi mengkaji nilai-nilai pendidikan yang terdapat
dalam cerita rakyat ini menerusi watak – perwatakan dan plot cerita dalam tangon-tangon
Kadazandudun. Oleh itu, dengan adanya kajian ini pengkaji mengharapkan agar masyarakat
terutamanya kanak-kanak dapat `membentuk jati diri masing-masing dengan baik.

1.4 Persoalan kajian


Terdapat beberapa persoalan yang telah dikenalpasti oleh pengkaji dalam melakukan kajian
ini antaranya ialah:

1.4.1 Adakah terdapat cerita rakyat atau tangon-tangon dalam kalangan masyarakat
Kadazandusun di Sabah?
1.4.2 Bagaimanakah nilai-nilai pendidikan dianalisis menerusi cerita rakyat (tangon-
tangon) Kadazandusun menggunakan teori pendekatan moral M.Atar Semi
(1993).

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan oleh pengkaji untuk memenuhi objektif- objektif utama yang telah
ditetapkan antaranya ialah:

1.5.1 Mengelaskan cerita rakyat atau “tangon-tangon” dalam kalangan masyarakat


Kadazandusun di Sabah.
1.5.2 Menganalisis nilai-nilai pendidikan menerusi cerita rakyat atau “tangon-tangon”
Kadazandusun menggunakan teori pendekatan moral M. Atar Semi (1993).

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini dilakukan bagi kepentingan utama iaitu bagi mengkaji nilai pendidikan yang wujud
dalam cerita-cerita rakyat ataupun lebih dikenali sebagai tangon-tangon dalam bahasa
kadazan-dusun di Sabah yang semakin dilupakan oleh masyarakat Kadazan dusun di Sabah.
Diharapkan melalui kajian ini, masyarakat terutamanya di Sabah sedar tentang kepentingan
cerita rakyat agar tidak pupus dan dilupakan begitu sahaja. Tambahan lagi dengan kemajuan
teknologi zaman sekarang yang semakin canggih dan salah satu faktor cerita rakyat ini
semakin dilupakan.

Menerusi kajian ini juga, pengkaji berharap untuk komuniti mengambil tahu tentang
cerita rakyat yang terkenal dalam kalangan masyarakat kadazan dusun di Sabah terutamanya
komuniti di kampung Jambutan Laya-laya dimana kajian ini dijalankan. Antara cerita yang
terkenal dalam cerita rakyat ini ialah “ Yanakanak dan Rogon Gayo”. Dimana melalui cerita
ini, masyarakat mampu mengenalpasti tentang kepentingan cerita nilai pendidikan jalan cerita
yang mampu membina peribadian seseorang agar menjadi lebih baik dimasa hadapan.
Selain itu, kepentingan kajian kepada masyarakat terutamanya masyarakat Kadazan
Dusun di Sabah ialah masyarakat mampu menilai himpunan cerita rakyat yang disampaikan
oleh nenek moyang yang setiap cerita rakyat itu mempunyai nilai pendidikan yang mampu
diterapkan kepada masyarakat. Hal ini kerana, mempunyai banyak nilai pendidikan dalam
cerita rakyat disampaikan oleh penyampai. Nilai pendidikan ini mampu dinilai menerusi
watak dan perwatakan dalam cerita rakyat tersebut. Hal ini kerana, melalui perwatakan hero
atau heroin dalam cerita rakyat itu mampu dijadikan contoh kepada pendengar mahupun
membaca cerita rakyat ini untuk menjalani kehidupan hariannya yang mencabar.

Tambahan itu, kepentingan kajian yang telah ditemui dalam kajian ini adalah
kepentingan kepada mata pelajaran hasil kesusasteraan pada masa akan datang. Hal ini
kerana, cerita rakyat ini merupakan salah satu aspek dalam kesusasteraan yang dipelajari oleh
orang yang mengambil subjek kesusasteraan ini. Bukan itu sahaja, kajian ini boleh dijadikan
sebagai rujukan tambahan mana-mana pihak yang akan menjalankan penyelidikan yang
berkaitan dengan cerita rakyat Dusun di Sabah. Oleh itu, pengkaji mengharapkan agar kajian
ini bermanfaat kepada semua pihak untuk kegunaan penyelidikan dalam sebuah karya.

1.7 Batasan kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa fokus batasan kajian ini agar tidak
melangkaui sasaran batasan kajian penyelidikan ini dijalankan. kajian ini dijalankan hanya
terbatas dan menumpukan dalam konteks kesusasteraan sahaja tanpa menyentuh perkara yang
tidak berkaitan dengan perkara lain. Dalam konteks ini, batasan kajian ini hanya menyentuh
sastera lisan iaitu cerita rakyat daripada masyarakat Kadazandusun di Sabah tanpa menyentuh
cerita rakyat kaum lain di Sabah. Kajian ini juga hanya terbatas kepada teks Tinimungan
Tangon Kadazandusun (Himpunan cerita Kadazandusum) dan turut membataskan kepada
perbincangan mengenai nilai pendidikan melalui watak dan perwatakan serta jalan cerita
dalam cerita rakyat Kadazandusun ini. Teks himpunan cerita rakyat ini merupakan koleksi
khazanah sastera rakyat yang mengandungi dua puluh tiga buah cerita yang dikumpulkan
daripada pelbagai subtenik keluarga Kadazandusun. Cerita rakyat ini terdiri daripada cerita
binatang, mitos, asal-usul dan penghibur lara. Ia didokumenkan dalam bentuk dwibahasa iaitu
bahasa Kadazandusun dengan mengekalkan dialek-dialek Liwan, bundu, Dusun, Labuk,
Dusun Sungai, Kimarangang dan juga Bahasa Melayu untuk memudahkan pengkaji
memahami apabila membuat kajian tentang teks ini.
Bukan itu sahaja, kajian ini dibataskan dalam sebuah lokasi kajian iaitu dilaksanakan
di sebuah kawasan perkampungan iaitu kampung Jambutan Laya-Laya berhubung dengan
penceritaan cerita rakyat yang telah diwariskan oleh nenek moyang secara turun-temurun.
Hal ini bagi membantu pengkaji untuk mencari maklumat yang lebih sahih dan kukuh dalam
melaksanakan tugasan ini. Ini kerana maklumat yang didapati secara bersemuka dengan
orang yang ahli cerita rakyat ini lebih sahih dan kukuh berbanding dalam teks.

Dalam konteks ini, pengkaji akan memfokuskan analisis kajian tentang nilai
pendidikan dari segi watak perwatakan dan jalan cerita menerusi sebuah cerita yang dipilih
dengan menggunakan teori formalistik melalui pendekatan Moral M. Atar Semi (1998).
Dalam usaha pengkaji melakukan kajian tentang cerita rakyat (tangon-tangon) ini, pengkaji
menggunakan teori formalistik dalam menganalisis watak perwatakan dan plot cerita rakyat
yang dipilih. Hal ini dapat dikaitkan dengan pendapat Harun Jaafar, (2003:23), mengenai
teori formalistik, dimana Karya sastera tidak mempunyai hubungan dengan perkara lain, hal
ini kerana ini teori formalistik ini merupakan penggerak aspek tema dan struktur, iaitu plot,
bentuk, latar, watak, atau watak dan semua aspek lain. Hal ini disiasat secara berasingan
bukan secara bebas. Sehubungan dengan itu, pendekatan formalistik ialah pendekatan yang
menerangkan dan menerangkan semua komponen karya sastera.

1.8 Definisi Istilah dan Konsep

Menurut kamus bahasa Melayu, istilah dan konsep ini ialah perkataan dan kata majmuk atau
ungkapan berbilang perkataan yang dalam konteks tertentu diberi makna yang tertentu. Hal
ini mungkin menyimpang daripada makna perkataan yang sama ada dalam konteks lain dan
dalam bahasa harian. Manakala Gage (1975), berpendapat bahawa penyelidikan adalah satu kajian
yang sistematik terhadap pembolehubah-pembolehubah yang menentukan jika dan/atau bagaimana
pemboleh ubah berkait antara satu sama lain. Mouly (1963), pula menegaskan bahawa penyelidikan
sebagai satu proses untuk mendapat penyelesaian-penyelesaian yang boleh dipercayai kepada masalah
melalui pungutan data, penganalisaan dan interpretasi yang terancang dan sistematik. Kedua-dua
definisi di atas menerangkan penyelidikan sebagai satu proses.

1.8.1 Pendidikan

Mansur dan Muslich (2011), mengatakan bahawa definisi pendidikan ini sebagai medium yang
boleh membentuk peradaban masyarakat di seluruh dunia bagi menggalakkan masyarakat
menikmati perkembangan dunia serta memberi pengajaran masyarakat terutamanya generasi
sekarang yang sudah jauh terpesong ke arah yang tidak baik. Hal ini akan menyedarkan
generasi terkini agar bertindak terhadap pelbagai perkara bagi kepentingan sesebuah perkara
yang positif. Dalam konteks ini, pendidikan ini satu aspek yang penting dalam usaha
membangunkan serta mengembangkan individiu dan masyarakat terutamanya kanak-kanak.
Dimana, karakter kanak-kanak ini harus dibangunkan dan dibentuk kearah yang lebih baik
sesuai dengan kemajuan peradaban dunia ini. Hal ini demikian kerana, cerita rakyat ini salah
satu alat yang menjadi hiburan masyarakat serta bahan mendidik masyarakat agar
mempunyai karakter yang baik dan sosial kehidupan yang dikawal.

1.8.2 Tangon-tangon (Cerita rakyat)

Tangon-tangon ini merupakan istilah yang membawa maksud cerita rakyat dalam bahasa
dusun. Tangon-tangon atau cerita rakyat ini ialah salah satu karya sastera tradisional yang
disampaikan oleh masyarakat pada zaman dahulu secara lisan yang dijadikan sebagai hiburan
mahupun medium pendidikan dalam masyarakat Kadazandusun serta kaya dengan
ketamadunan yang tinggi dalam membentuk jati diri masyarakat Kadazandusun. Dimana
menurut Mohd Taib Osman (1976), cerita rakyat adalah kesusasteraan lisan, seni tutur atau
kesusasteraan ekspresif yang merujuk kepada segala bentuk bahasa seperti bahasa dusun
yang berunsurkan nilai keindahan, dijadikan panduan serta sebagai pengajaran yang
dihasilkan oleh rakyat dalam golongan petani dan desa khususnya. Normaliza Abd Rahim
(2014), juga berpendapat bahawa cerita rakyat ini ialah sebuah warisan tradisi dalam sastera
yang diturunkan oleh nenek moyang pada zaman dahulu sehingga generasi sekarang yang
masih diminati orang ramai. Oleh yang demikian, cerita rakyat ataupun tangon-tangon ini
sudah terbukti sebuah karya sastera yang unggul yang dihasilkan oleh masyarakat
terutamanya masyarakat Kadazandusun yang banyak dengan khazanah cerita lisan yang
mengandungi nilai pendidikan pada setiap watak dan perwatakan dalam cerita rakyat yang
dikaji.

1.8.3 Watak dan perwatakan.

Menurut Jauhari (2013:161), watak dan perwatakan ini berasal dari bahasa Inggeris iaitu
character yang membawa maksud watak dan perwatakan secara etimologi. Dalam konteks
ini, sesebuah cerita itu akan menampilkan watak dan perwatakan yang akan menarik minat
pembaca yang mampu membuat pembaca berhadapan dengan watak yang sebenar atau hidup
dalam dunia sebenar. Watak ialah sesuatu objek atau pelaku,baik manusia mahupun makhluk
lain seperti haiwan tumbuhan dan sebagainya. Wataklah yang mengembangkan tema
dan persoalan serta plot melalui aksi,tindakan,dialog dan konflik. Manakala, perwatakan ialah
ciri-ciri yang ditonjolkan melalui perlakuan watak. Dalam konteks kajian ini, watak dan
perwatakan yang baik akan dikaji kerana mengandungi nilai pendidikan yang mampu
membina jati diri masyarakat.

1.8.4 Pendekatan Moral M. Atar Semi 1993

Konsep pendekatan Moral ini digunakan dalam sebuah sastera seperti sastera lisan kerana
karya sastera mengandungi nilai moral yang tinggi misalnya watak dan perwatakan dalam
sebuah cerita rakyat. Pada pandangan M. Atar Semi (1993), konsep pendekatan ini mampu
memotivasikan masyarakat melalui tema, pemikiran, falsafah dan pesan. Rentetan itu,
Pendekatan Moral M. Atar Semi ini juga medium sastera dalam menggerakkan masyarakat
ke arah budi pekerti yang terpuji dan menjadikan sastera sebagai panutan. Bukan itu sahaja,
pendekatan ini juga menempatkan karya sastera lebih dari suatu seni. Dalam pendekatan
moral, M. Atar Semi (1993), menyatakan beberapa langkah kerja iaitu memerhatikan isi
sastera menerusi pemikiran, falsafah dan nilai-nilai serta matlamat dan juga mesej penulis,
menjalankan suatu kajian kritis terhadap aspek watak dan pewatakan.

1.8.5 Teori Formalistik

Ann Jefferson (1988), menerangkan bahawa formalistik ialah reaksi terhadap pendekatan
positif sastera yang berpegang bahawa semua pengetahuan mesti diasaskan pada fakta yang
boleh disahkan. Teori formalistik ini juga dijelaskan berfungsi sebagai panduan kepada
pengkaji melakukan kajian analisis teks. Dalam konteks ini, elemen yang dikaji menerusi
teori formalistik ialah dari segi plot cerita, watak-perwatakan. Renteten itu, komponen
formalistik biasanya disiasat dalam cerita rakyat untuk kedua-dua bentuk dan isinya.
Komponen ini boleh muncul dalam pelbagai cara pada masa-masa tertentu. Oleh itu, melalui
metodologi kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk lebih
memahami kepentingan dan tujuan cerita rakyat ini atau tangon-tangon ini.

9.1 Organisasi kajian

Dalam penyelidikan ini, terdapat tiga bab yang akan dikaji oleh pengkaji. Dimana
pembahagian organisasi kajian ini dilaksanakan bagi membantu kajian berjalan dengan
lancar, teratur dan baik.
Bab satu

Bab satu mengandungi beberapa pecahan yang terdiri daripada pengenalan, latar belakang
kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian, metodologi kajian, definisi istilah dan konsep, organasasi kajian yang bakal dilakukan
dan kesimpulan.

Bab Dua

Bab dua ini merangkumi tentang kajian literatur yang membincangkan tinjauan sorotan
kajian lepas daripada pelbagai sumber kukuh seperti kajian berkaitan dengan nilai pendidikan
dalam cerita rakyat dalam masyarakat Kadazandusun, penggunaan pendekatan Moral M. Atar
Semi ini dalam kajian ini sebagai teori landasan utama dan teori formalistik sebagai teori
sokongan dengan diakhiri dengan kesimpulan.

Bab tiga

Menerusi bab tiga ini, pengkaji akan membincangkan tentang metodologi yang akan
digunakan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengkaji kajian ini
ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan mengumpul data dari internet. pengkaji
juga menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan buku Tinimungan tangon
Kadazandusun ( himpunan cerita Kadazandusun). Selain itu, pengkaji juga akan menjalankan
kaedah kajian lapangan dengan menemubual beberapa masyarakat di kampung halaman
pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan kukuh. Penggunaan pendekatan
Moral M. Atar Semi 1993 ini dalam kajian ini sebagai teori landasan utama dan teori
formalistik sebagai teori sokongan dalam kajian ini.

1.10 Kesimpulan

Kajian ini merupakan sebuah kajian yang sangat diperlukan pada masa terkini kerana
masyarakat sudah kurang peduli tentang cerita rakyat yang ditinggalkan pada zaman dahulu.
Dalam konteks ini, kajian ini sangat penting iaitu nilai pendidikan menerusi cerita rakyat
(tangon-tangon) masyarakat Kadazandusun dengan menggunakan pendekatan moral M. Atar
Semi 1993. Melalui bab satu ini, pengkaji telah menjelaskan tentang tujuan kajian ini dan
mencari permasalahan kajian yang menimbulkan banyak persoalan pengkaji dalam mengkaji
kajian ini. Pelbagai persoalan yang wujud juga menyebabkan pengkaji memikirkan objektif
kajian ini iaitu mengenal pasti nilai pendidikan yang ada pada watak dan perwatakan dalam
cerita rakyat dalam teks himpunan cerita Kadazandusun yang terpilih. Setiap maklumat yang
berkaitan dengan kajian ini juga didapati melalui kepustakaan dan juga internet. Oleh itu,
dengan adanya semua keperluan kajian ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lebih baik,
teratur dan memenuhi kajian yang akan datang.

Rujukan
Aripin Said, (1996: 15). Koleksi terpilih cerita rakyat Zakaria Hitam. Sastera kanak-kanak.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Danandjaja, James. 2007. Folklore Indonesia: Ilmu Gosip dan lain lain. Jakarta: Pustaka
Utama Grafiti.
Jauhari, H. (2013). Terampil Mengarang. Bandung: Nuansa Cendika.
Jefferson, Ann. (1988). “Formalisme rusia” dalam teori kesusateraan moden: pengenalan
secara perbandingan. (Terjemahan edisi Malaysia oleh Mokhtar Ahmad). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Julita @ Norjietta Taisin. (2014). Sudawil: analisi dari aspek makna. Sabah: Universiti
Malaysia Sabah.
Kamal Abd. Manaf. (1996). Manusia dan personaliti: membentuk insan yang sempurna.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mansur dan Muslich (2011). Psikologi pendidikan Karakter. Jakarta, Indonesi: Bumi Aksara.
Mohd Taib Osman. (1976). Sastera Rakyat, Tinjauan Umum. Dalam A. Bakar Hamid (Ed).
Diskusi Sastera Jilid 1: Sastera Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Mouly, G.J. (1963). The Science of Educational Research. New York: American Book
Company.
Minah Sintian & Rosliah Kiting. (2016). Tinimungan tangon kadazandusun: himpunan cerita
kadazan-dusunerak: Pejabat Karang Mengarang Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Normaliza Abd Rahim (2014), Cerita rakyat membentuk moral positif kanak-kanak melalui
nilai murni, Journal of Business and Social Development. Terangganu: Penerbit
Universiti Malaysia Terengganu.
Sanubarianto, Salimulloh Tegar, and Wiyatmi Wiyatmi. “Nilai pendidikan karakter dalam
cerita rakyat kakak beradik tange dan berei Character Education Value in Folklore
Kakak Beradik Tange Dan Berei.” Jurnal Lingko.
Suwardi Endraswara. (2005). Tradisi lisan Jawa: warisan abadi budaya leluhur.Yogyakarta:
Penerbit Narasi.

You might also like