Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MPU 3492 SUKAN PENCAK SILAT

Semester 2 22/23

Nama: Aida Safiah binti Zambray


Nombor Matrik: 82362

Nama Fasilitator: Encik Azhar


Tarikh Hantar: 26.6.2023
Refleksi Individu
MPU 3492 ialah subteras Sukan Pencak Silat yang telah diambil oleh saya pada
semester kedua bagi tahun pertama ijazah ini. Pencak silat ini telah memberikan pelbagai
pengalaman baharu dan ilmu baharu kepada saya. Pelbagai aktiviti menarik yang telah
dilakukan sepanjang kokurikulum ini seperti mempelajari asas gerakan pencak silat, projek
khas khidmat komuniti di RPR Batu Kawa, Kuching dan Karnival Hari Kokurikulum di
DeTAR. Ini merupakan penulisan saya terhadap refleksi individu dalam sukan pencak silat.
Sebagai contoh , pada hari pertama perjumpaan pada hari Rabu bermula pada jam 4
petang sehingga 6 petang bertempat di hadapan Rumah Universiti, telah bermulanya minggu
said kenal bersama rakwn-rakan yang lain. Saya telah memperkenalakan diri di hadapan rakan-
rakan yang lain dan dapat mengenali ahli-ahli pencak silat yang lain. Melalui aktiviti
pengenalan diri ini, aktiviti ini dapat membentuk hubungan komunikasi bersama ahli yang lain.
Selain itu, pada setiap hari Rabu, saya telah mempelajari gerakan asas dalam pencak
silat. Pada mulanya, saya telah mempelajari 10 gerakan asas silat. Walaupun sebenarnya saya
tidak mempunyai apa-apa asas dalam gerakan pencak silat,namun fasilitator Encik Azhar telah
mengajar sesuatu yang baharu kepada saya. Pada mulanya, gerakan-gerakan ini dilihat agak
susah untuk dilakukan namun apabila saya selalu berlatih, gerakan ini senang untuk dilakukan
dan mudah diingati. Pembelajaran dalam dunia seni bela diri terutamanya pencak silat
sebenarnya telah membentuk sebuah nilai disiplin dalam diri saya dan mengajar ilmu baharu.
Bagi saya, mempelajari silat amateur menyeronokkan dan dapat membantu saya pada masaryk
hadapan. Sejujurnya, sukan pencak silat ini telah menarik minat saya untuk lebih mendalami
ilmu pensilatan.
Gambar-gambar ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan semasa perjumpaan
pencak silat

Pada 20 Mei 2023, subteras sukan pencak silat telah mengadakan sebuah program
khidmat komuniti di RPR Batu Kawa, Kuching. Terdapat pelbagai aktiviti telah dilakukan
seperti aktiviti sukaneka bersama murid-murid prasekolah dan ibubapa, futsal, senaman
ringkas seperti poco-poco dan aktiviti gotong-royong di dewan dan luar prasekolah. Beberapa
hari sebelum berlangsungnya projek khas khidmat kmonuti ini, saya dan ahli-ahli pencak silat
yang lain telah bertungkus-lumus dan bekerjasama dalam menjayakan program ini,. Sebagai
contoh, kami telah membantu Majlis Tertinggi dengan memberikan sumbangan idea dalam
menyiapakan kertas kerja untuk kelulusan program. Selain daripada itu, kami telah
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut ahli jawatankuasa dan saya telah
ditempatkan berada dalam kumpulan yang mengendalikan hadiah. Kami telah berbincang
untuk melakukan sebuah aktiviti sukaneka iaitu “Caterpillar Ballon” dan membahagikan tugas
mengikut giliran unutk pemberian hadiah kepada pemenang. Projek khas ini telah mengajar
saya cara untuk mengendalikan sesebuah program dan bekerjasama sesama ahli kumpulan.
Walaupun memenatkan ,khidmat komuniti ini telah membina sebuah hubungan yang erat
bersama komuniti dan mengenali antara satu sama lain. Lebih mengagumkan lagi, projek ini
telah mampu membentuk sifat kepimpinan, kerjasama dan mengeratkan hubungan sesama ahli
pencak silat.
Gambar-gambar di atas menunjukkan aktiviti-aktiviti semasa projek khas di RPR Batu Kawa

Baru-baru ini, pada 24 Jun 2023 telah berlangsungnya sebuah Karnival Hari
Kokurikulum di DeTAR. Beberapa hari sebelum berlangsungnya karnival ini, kami telah
berbincang aktiviti yang ingin dilakukan bersama pengunjung dan mencantikkan booth
pameran. Terdapat juga beberapa ahli pencak silat yang menawarkan diri unutk melakukan
persembahan silat. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan tinjauan harga hadiah
untuk menganggarkan bajet. Sehari sebelum berlangsungnya hari karnival ini, kami telah
bersama-sama turun padang dalam menghias booth dan mengatur permainan. Aktiviti
menghias booth ini telah berlangsung bermula 5 petang sehingga 11 malam di DeTAR. Semua
ahli pencak silat bertungkus-lumus dalam menghias booth. Pada hari berlangsungnya karnival
ini, saya telah tiba seawal jam 7:30 pagi kerana saya dan beberapa kawan saya ditugaskan untuk
menjaga booth bermula 7:30 pagi sehingga 10 pagi. Ramai pengunjung telah mengunjungi
booth pencak silat dan melakukan pelbagai permainan yang menyeronokkan bersama mereka
seperti melnjawab kuiz mealui pembacaan poster dan melakukan aksi pencak silat. Saya dan
ahli-ahli pencak silat telah bekerjasam memeriahkan booth ini untuk menarik ramai
pengunjung datang ke booth. Pengunjung juga telah diberikan sedikit hadiah atau cenderahati
sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Gambar -gambar di atas menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa Karnival Hari
Kokurikulum

Kesimpulannya, sukan pencak silat ini dapat memberikan ilmu baharu kepada saya dan
banyak pengajaran yang dapat diambil untuk membentuk jati diri kepada diri saya. Sejujurnya,
aktiviti yang dijalanakan dalam sukan pencak silat ini telah membantu saya memahami
kemahiran insaniah yang telah diajar oleh Encik Azhar.

You might also like