Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Tuan/puan,

Rayuan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara JPA Tahun 2017.

Merujuk perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Ahmad
Ashraf Bin Che Endut telah memohon Biasiswa JPA PIDN 2017 namun gagal menerima
biasiswa tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya telah memperoleh CGPA 3.3 dalam
semester terakhir.

Saya dengan rendah hati memohon pihak tuan/puan dan pihak Jabatan Perkhimatan Awam
agar dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk mendapatkan biasiswa JPA bagi
mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengurusan Infrastruktur yang telah
saya terima daripada Universiti Malaysia Pahang ini. Saya sangat yakin dan percaya bahawa
tajaan ini mampu menjadi batu loncatan terbaik untuk membolehkan saya terus meneroka
potensi diri saya dalam mencapai cita-cita menjadi seorang jurutera yang berjaya. Saya juga
berharap ilmu yang bakal saya perolehi melalui ijazah ini dapat menyumbang kepada
pembangunan bidang kejuruteraan negara yang saya cintai supaya mampu menjadi setaraf
dengan negara-negara maju. Saya juga berbesar hati dan bersedia untuk berkhidmat sebagai
penjawat awam sebaik sahaja tamat pengajian ijazah ini.
Saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa saya adalah anak ketiga dalam keluarga ini dan
saya mengalami masalah kewangan kerana ibu bapa saya tidak dapat menampung
perbelanjaan saya sepenuhnya memandangkan mereka mempunyai ramai tanggungan.
Tambahan pula, ayah saya merupakan satu-satunya sumber pendapatan dalam keluarga. Ini
adalah satu sebab kenapa saya memohon biasiswa ini.

Akhir kata, dengan ikhlasnya saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat memberikan
pertimbangan semula yang sewajarnya berkenaan dengan permohonan saya ini. Saya harap
pencapaian akademik serta keadaan kewangan keluarga saya merupakan aspek pertimbangan
Tuan. Saya merakamkan penghargaan tertinggi dan ribuan terima kasih atas masa dan
perhatian pihak tuan/puan.

You might also like