Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

TEKS PEMBANGKANG KE- 3

Sayang-sayang buah kepayang,


Sayang hujah pencadang pincang,
Jaga-jaga pihak seberang,
Pembangkang ke-3 datang bertandang.

Assalamuaalaikum wbt dan salam persidangan. Terima kasih tuan yang dipertua
dewan,yang saya hormati barisan kombinasi kabinet kerajaan,rakan-rakan
delegasi pembangkang serta sidang perwakilan sekalian. Selamat
bersidang kesemuanya.

Tuan Yang Dipertua dan Sidang Dewan sekalian, Usul yang dibahaskan pada
hari ini tetap sama, iaitu Tenaga Boleh Baharu Membantu Isu Kekurangan
Tenaga Negara.

Namun kami di premis pembangkang telah menemukan banyak


kelemahan pada usul tersebut.Kami katakan bahawa frasa membantu isu
kekurangan tenaga negara pada usul tersebut wajar diragui atas rasional tidak ada
bukti yang jelas menunjukkan bahawa tenaga boleh baharu mampu membantu
isu kekurangan tenaga negara. Selaku pembangkang ketiga ,saya akan membidas
satu persatu kelemahan hujah- hujah pihak kerajaan.Tuan yang dipertua dan
pewakilan sekalian,

Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak kerajaan ialah YB Menteri Ketiga
sebentar tadi menyatakan bahawa
(Bidasan 1)
……………………...................................................................................................

Fahamkan bidasan saya,


Krisis peperangan Rusia-Ukraine telah memberi tekanan kepada harga arang batu
seterusnya memberi impak kepada industri penjanaan tenaga di Malaysia.
Ketua (Perolehan dan Rantaian Bekalan) TNB Fuel Services Sdn Bhd (TNBF) Abdul
Halim Othman berkata TNBF adalah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd
(TNB) yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan pembelian arang batu pada
harga berpatutan kepada penjana bebas (IPP) yang mempunyai Perjanjian
Pembelian Tenaga (PPA) dengan TNB.
Ia merupakan syarikat bukan berasaskan keuntungan dengan fokus utamanya
adalah memastikan ketersediaan arang batu bagi kelangsungan operasi stesen
arang batu agar bekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas.

Beliau berkata, TNBF juga mempunyai kontrak jangka panjang bersama pembekal
yang menetapkan harga arang batu untuk tempoh setahun bagi mengurangkan
impak peningkatan mendadak harga.Selain itu, TNBF juga mempunyai pembekal
dari beberapa buah negara bagi memastikan keselamatan bekalan mencukupi
untuk meneruskan operasi harian sekali gus mengurangkan risiko kekurangan
bekalan arang batu.

Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak kerajaan ialah Yang


Berhormat Menteri Ketiga ada mengatakan bahawa

(bidasan 2)

.................................................................................................................

Saya bidas yang berhormat,


Lebih dari 150 tahun lamanya, kita amat bergantung kepada batu arang, minyak
dan bahan api fosil untuk menjana tenaga, dari sekecil-kecil mentol ke kereta dan
kilang. Hampir semua yang kita lakukan akan menggunakan tenaga daripada
pembakaran bahan api fosil.

Beberapa jenis tenaga boleh baharu juga menyebabkan Kesan negatif kepada
ekosistem. Biomas menjadi sumber kontroversi kerana proses pembakaran dan
kesan negatif dari pengeluaran abu. Tenaga panas bumi juga telah dipertanyakan
kerana ia menyeret garam dan mineral yang tidak diingini dan toksik ke
permukaan. Bagi tenaga angin, adakah anda pernah membahaskan kesan visualnya?
Fikir-fikirkan..

Selesai bidasan menteri- 3,saya tampilkan pula bidasan Menteri ke-2.


Sebentar tadi Menteri-2 mengatakan
.....................................................................................................................
Bidasan saya,

Masalah drpd tenaga boleh baharu ini ialah dari segi kecekapan dan kos. Tenaga
boleh baharu m6emang senang diperoleh dan bersih, tetapi untuk memenuhi
keperluan tenaga yang sama, kecekapan tenaga boleh baharu adalah sangat
rendah & kos tinggi berbanding arang batu & bahan apinfossil yg lain.
Menteri ke-2 juga ada mengatakan
................................................................................................................
Bidasan saya,

Perlu difahami bahawa Tenaga Boleh Baharu ni bukan semudah yang disangka.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju, Krisis tenaga
global melibatkan pembekalan arang batu dan gas tidak menjejaskan sekuriti
bekalan elektrik di Malaysia. Belaiu berkata TNB Fuel Services Sdn Bhd sebagai
pembekal arang batu kepada penjana kuasa bebas di Malaysia mempunyai kontrak
jangka panjang bagi pembekalan arang batu dengan pihak pembekal manakala gas
bagi penjanaan elektrik pula dibekalkan Petronas.
Namun sebagai sebuah negara yang proaktif kita perlu bersedia dengan segala
kemungkinan. Walaupun ada sumber tenaga yang boleh diperbaharui contohnya
tenaga solar, angin dan sebagainya tetapi pengunaan nya belum meluas di samping
kos nya yang sangat mahal, minyak seperti sawit & sayur walaupun 'dikatakan'
mampu mengganti minyak petroleum tetapi setakat ni hanya mampu mengambil alih
hanya sedikit bukan sepenuhnya. Manakala penggunaan kenderaan elektrik juga
masih belum meluas.Kesimpulannya; sumber asli yang tak boleh diperbaharui tetap
menjadi 'vital point' untuk dunia, kalau habis,satu dunia bermasalah.

Bidasan hujah menteri ke-2 telah berlalu ,sekarang tiba masanya saya
ingin membidas hujah yang disampaikan oleh Perdana Menteri.
Perdana Menteri mengatakan,
...................................................................................................
.

Bidasan saya,
Di hemisfera utara misalnya, sejuk teruk pada musim sejuk dan panas terik pada
musim panas telah merangsang permintaan untuk pemanasan dan penyejukan.
Pada masa yang sama, jumlah tenaga elektrik yang dijana oleh sumber tenaga
boleh diperbaharui telah menurun. Cuaca kemarau telah menyebabkan kapasiti
penyimpanan stesen kuasa hidro yang lebih rendah di Amerika Syarikat dan Brazil,
dan penurunan dalam penjanaan kuasa hidro; manakala di Eropah Utara,
penjanaan kuasa angin pada musim panas dan musim luruh tahun ini adalah lebih
rendah daripada paras purata tahun-tahun sebelumnya.

Ini kisah benar. Seorang pemilik kediaman di Singapura, Deena Bajrai sudah empat
tahun tidak membayar bil elektrik. Pada 2018, Deena telah memasang 66 panel
solar di atas bumbung rumahnya. Sejak itu, dia tidak perlu lagi membayar bil elektrik.
Tetapi tahukah anda jumlah kos yang beliau keluarkan? Pemasangan panel itu
berharga kira-kira US Dollar 40,000 bersamaan Ringgit Malaysia 124,343! Satu nilai
pelaburan yang sangat besar. Mampukah kita? Fikirkan sejenak.

7 PENEGASAN PENDIRIAN

Tuan yang dipertua,

Saya tegakkan Kembali pendirian kami selaku pihak pembangkang bahawa seseungguhnya

TENAGA BOLEH BAHARU TIDAK MEMBANTU ISU KEKURANGAN TENAGA


NEGARA.

Perkara ini telah kami buktikan melalui penghujahan daripada Ketua Pembangkang yang mengatakan
bahawa Sumber Tenaga Boleh Baharu Tidak Konsisten dan sangat bergantung kepada
perubahan cuaca. Oleh yang yang demikian, kita haruslah membina teknologi-teknologi yang boleh
menghasilkan sumber tenaga yang konsisten dan mencukupi mengikut arus perkembangan negara.

Kemudiannya rakan saya Pembangkang kedua pula telah cukup-cukup membuktikan bahawa
Kecekapan Tenaga Boleh Baharu adalah sangat rendah. Ini jelas dalam penghujahan
pembangkang kedua yang mengatakan bahawa masalah utama daripada tenaga boleh baharu ini ialah
dari segi kecekapan dan kos. memang mudah diperolehi dan bersih, tapi untuk menghasilkan tenaga
yang sama, kecekapannya adalah sangat rendah dan kos untuk membangunkannya memakan
perbelanjaan yang tinggi.

Saya hairan bagaimana pihak kerajaan masih menafikan perkara ini pada hari ini. Sedangkan sudah
jelas kepada kita bahawa kos harga bagi teknologi tenaga boleh baharu adalah sangat tinggi dan tidak
berbaloi lebih-lebih lagi dalam cuaca yang buruk seperti ribut petir.

Maka dengan itu sidang dewan sekalian, benarlah usul yang kami gagaskan hari ini iaitu TENAGA
BOLEH BAHARU TIDAK MEMBANTU ISU KEKURANGAN TENAGA NEGARA.

Dengan itu Tuan yang dipertua, Mohon untuk terus membangkang.

You might also like