Minit Msyrt - 2 2021 SKSGN

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PENGURUSAN ASET SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NANGKA


KALI 2/2021

TARIKH : 04 Ogos 2021.


HARI : Rabu.
MASA : 1.30 petang.
TEMPAT : Kediaman/ Tempat Masing-masing (Google Meet).

KEHADIRAN:
1. En. Mohamad Bin Malan - Guru Besar
2. En. Nassrin Bin Osman - Penolong Kanan 1
3. En. Abu Bakar Bin Puyoh - Penolong Kanan HEM
4. En. Rinsar Bin Bulkin - Penolong Kanan KOKUM
5. En. Abdul Hassan Bin Rio - Guru
6. En. Godfrey Bali - Guru
7. Cik. Siti Fazirah Binti Jiplin@Jeffery - Guru
8. Cik. Azian Binti Mansor - Guru
9. Puan Hasniza Binti Mat Esa - Guru
10. Cik Havizah Binti Anuar - Guru
11. Cik Anis Nadiah Binti Ahmad Najwa - Guru
12. Puan Anizah Binti Mohd Tahir - Guru
13. Puan Idah Binti Basrin - Guru
14. En. Jasmin Bin Onun - Guru
15. Pn. Anisah Binti Mohamad Tahir - Guru
16. Puan Amidah Binti Abdullah - Guru
17. En. Masri Bin Silim - Guru
18. Puan Juriah Binti Raji - Guru
19. Tengku Taufiqqullah Bin Tengku Abd Mutalib - Guru
20. Puan Sahara Binti Senong - AKP
21. Puan Mariati binti Hussin - PPM
22. Puan Lizawati Binti Raiman - AKP
23. En. Mohd Shahril Bin Salleh - AKP
AGENDA:
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat ke Mesyuarat Jawatankuasa


Pengurusan Aset Alih Kerajaan Peringkat Sekolah Bil. 2/2021.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan kerjasama guru dan staf
sokongan yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini.
Semoga apa yang dibincangkan akan memberi manfaat kepada semua dan
sekolah.

1.3 Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir pada mesyuarat kali ke-2 bagi
sesi 2021 ini. Beliau berharap agar semua dapat melaksanakan tugas
dengan lebih baik dalam usaha untuk mempertingkatkan pengurusan aset
sekolah.

Tindakan: Makluman semua

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan


Peringkat SK Sungai Nangka Bil. 1/2021

2.1 Minit Mesyuarat JPAK Peringkat SK Sungai Nangka Bil. 1/2021 telah disahkan
melalui cadangan Cik. Havizah dan disokong oleh En. Godfrey.

Tindakan: Makluman

3.0 Perlantikan Baharu Jawatankuasa Pengurusan Aset peringkat sekolah.

3.1 Mesyuarat telah bersetuju dengan perlantikan yang telah dibuat seperti berikut:
Pembantu Pegawai Aset : En. Tengku Taufiqqullah Bin Tengku Abd Mutalib
Pegawai Stor : En. Sahara Binti Senong

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Suart perlantikan telah diperolehi dalam system permohonan secara dalam talian
dan telah di ambil tindakan
5.0 Pengurusan Aset

5.1 Pegawai Aset memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Aset perlu


diadakan 4 kali setahun.

5.2 Pihak sekolah diminta untuk menghantar laporan seperti yang diarahkan
dan dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 4 kali
setahun mengikut sukuan.

5.3 Laporan suku tahun pertama dan kedua bagi tahun 2021 telah dihantar
melalui email kepada Unit Aset PPD Beluran dan Salinan telah
dimasukkan dalam fail.

5.4 Harta modal dan aset alih bernilai rendah

5.4.1 Kedudukan semasa harta modal sekarang ialah 29 unit dengan


nilai perolehannya RM 198,710.50.
5.4.2 Kedudukan aset alih bernilai rendah (inventori) ialah 60 unit
dengan nilai perolehannya RM 70,220.60.
5.4.3 Jumlah keseluruhan aset alih ialah 29 unit (merujuk kepada
KEW PA3 DAN KEW PA 4) dengan nilai perolehannya
RM 268,930.10.
5.4.4 Tiada pembelian, pindahan, pelupusan, hapus kira dan
penyelenggaraan harta modal dan aset alih bernilai rendah dari
Januari 2020 sehingga Januari 2021.

6.0 Perancangan Tahunan

6.1 Setiap kelas diminta untuk menyediakan pelan susun atur kelas bagi
memudahkan urusan penyemakan aset.
6.2 Pemeriksaan Aset sekolah dibahagikan kepada 4 Bahagian iaitu :
Bil. Nama Pegawai Blok Bangunan Catatan
1. Abdul Hassan Bin Rio Blok Pentadbiran
2. Jasmin Bin Onun Blok ICT dan Blok B
3. Idah Binti Basrin Blok Bilik Darjah
4. Mariati Binti Hussin Pra Sekolah

6.3 Perbincangan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan
aset. Pemeriksaan aset akan dijalankan secara berkala iaitu 4 kali setahun
(Januari – Mac, April – Jun, Julai – September dan Oktober – Disember)
berdasarkan laporan suku tahunan.
Tindakan: Pegawai Dan Pemeriksa Aset
7.0 Hal-hal Lain

7.1 Pengerusi berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan dalam
memastikan pengurusan aset dalam keadaan baik.
7.2 Timbalan Pengerusi juga berharap sekiranya terdapat sebarang masalah dalam
pengurusan aset, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang penting
secara bersama.

6.0 Penutup

1.1. Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
dan berharap agar hasil daripada mesyuarat ini dapat mempertingkatkan lagi
pengurusan aset sekolah.

Minit mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

............................................ ...................................
(ABDUL HASSAN BIN RIO) (Mohamad Bin Malan)
Setiausaha, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Nangka, Sekolah Kebangsaan Sungai Nangka,
Beluran. Beluran.

You might also like