Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PENGELIH

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 4/2023

Tarikh : 18 September 2023

Masa : 1.30 hingga 2.45 petang

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : En Amran bin Yusoff

Kehadiran(Bilangan) : 15

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan berterima kasih
diatas kerjasama yang diberikan dalam pengurusan hal ehwal murid.
Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah berkaitan
pengurusan HEM dan tugas/tanggungjawab jawatankuasa HEM.
Pengerusi berharap semua yang hadir dapat memberi tumpuan dan
kerjasama sepenuhnya sepanjang mesyuarat supaya semua maklumat
yang disampaikan dapat diterima dengan jelas.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Amanina Raifana bt A’Ahmad Jamili
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Nur Zarif Anisa bt Sabri.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Guru kelas perlu mengemaskini APDM kehadiran murid sebelum jam
9.00 pagi setiap hari.
3.2 Memastikan guru subjek terakhir untuk mengiringi murid ke tempat
menunggu bas. Hal ini bagi mengelakkan sebarang masalah atau
kemalangan berlaku semasa murid menunggu bas sebelum balik.
3.2 Guru disiplin memaklumkan bahawa terdapat 2 orang pengawas yang telah
digantung tugas selama sebulan. Hal ini kerana murid tersebut telah melakukan
kesalahan disiplin berulang kali. Oleh itu, guru-guru hendaklah meastikan bahawa
murid tersebut tidak melakukan tugas-tugas seperti pengawas yang lain.
Tindakan : Semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.3 GPKHEM turut berpasan supaya guru kelas memaklumkan kepada ibu bapa
tentang peratus kehadiran murid semasa hari terbuka sekolah yang akan dijalankan
pada 21 September 2023 nanti. Hal ini supaya ibu bapa lebih peka dengan
kepentingan kehadiran murid ke sekolah.
Tindakan : Semua guru kelas

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. En Mohd Fakri Aiman mamaklumkan bahawa pada 2 Oktober 2023 akan
dilaksanakan satu program ceramah CEGAH BULI & GANGGUAN EMOSI yang
melibatkan semua murid SK Tanjung Pengelih.
- Guru – guru telah diagihkan mengikut ahli jawatankuasa seperti dalam kertas kerja
(Lampiran 1) dan diminta supaya bersedia bagi memastikan kelancaran majlis pada
hari tersebut.
- Murid perlu memakai pakaian seragam sekolah dengan kemas dan bersih.

Tindakan : Semua guru

5 HAL-HAL LAIN
5.1. -
Tindakan:
6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh,

NUR FARAHIN BT JAMIL

URUS SETIA
Mesyuarat HEM

Tarikh : 20 September 2023

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like