Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENGENALAN

Selain daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah


negara, dibawahnya terdapat perdana menteri yang dibantu oleh
menteri-menteri lain yang telah dilantik. Lazimnya, perdana
menteri juga merupakan ketua parti atau ketua gabungan parti
politik yang memegang kuasa majoriti dalam Dewan Rakyat.
Di bawah Perlembagaan, perdana menteri memainkan peranan
dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam :

 perlantikan 44 daripada 70
senator.
 pemanggilan atau penangguhan
sidang Dewan Rakyat.
 perlantikan hakim-hakim
mahkamah atasan (iaitu
Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah
Persekutuan)
 perlantikan Peguam Negara dan
Ketua Audit Negara
 perlantikan Pengerusi dan ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Suruhanjaya Pasukan Polis,
Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan, Majlis Kewangan
Negara dan Majlis Angkatan
Tentera.
 Perlantikan Yang di-Pertua
Negeri bagi negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak.

1
1. Perdana Menteri Malaysia Pertama - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Biodata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Tempat Lahir : Alor Setar Kedah
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sejarah Universiti Cambridge
Tempoh Perkhidmatan : 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970

Sumbangan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengetuai
rombongan ke London pada tahun 1956 bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Rundingan tersebut membuahkan Perjanjian London dan sekaligus memerdekakan Tanah Melayu pada
Ogos 1957.
Pada 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Jalur Gemilang.
Tunku Abdul Rahman kemudiannya melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali dan disambut dengan penuh
semangat oleh ribuan rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka.
Beliau juga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan”.

2
2. Perdana Menteri Malaysia Kedua – Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein

Biodata Tun Abdul Razak

Nama : Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein


Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Pulau Keladi, Pekan, Pahang
Pendidikan : Pengajian Undang-Undang, Lincoln’s Inn of Court
Tempoh Perkhidmatan : September 1970 hingga Januari 1976 (meninggal dunia)

Sumbangan

Terkenal dengan gelaran Bapa Pembangunan Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein merupakan Perdana Menteri
Kedua Malaysia. Gelaran tersebut diberikan kerana jasa dan sumbangannya yang mendorong kepada
pembangunan dalam negara.

Beliau turut menyertai rombongan ke London bersama-sama Tunku Abdul Rahman.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, beliau mula berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama lebih
13 tahun.

Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Barisan Nasional, gabungan parti politik
yang memegang pentadbiran negara selama berpuluh tahun sebelum tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada
tahun 2018.

3
3. Perdana Menteri Malaysia Ketiga – Tun Hussein Onn

Biodata Tun Hussein Onn

Nama : Tun Hussein bin Dato’ Onn


Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru, Johor
Pendidikan : Ijazah Undang-Undang, Lincoln’s Inn, London
Tempoh Perkhidmatan : 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

Sumbangan
Beliau merupakan anak sulung Datuk Onn Ja’afar iaitu pengasas UMNO. Tun Hussein Onn terkenal sebagai Bapa
Perpaduan kerana jasa beliau dalam memupuk semangat perpaduan kaum dan tegas dalam membanteras mana-
mana pihak yang ingin membangkitkan isu krisis perkauman.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana
Menteri.

Beliau juga pernah menggalas jawatan penting dalam UMNO antaranya Setiausaha Agung, Timbalan Presiden dan
Presiden.

4
4. Perdana Menteri Malaysia Keempat – Tun Mahathir Mohamad

Biodata Tun Mahathir Mohamad

Nama : Tun Dr Mahathir bin Haji Mohamad


Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Universiti Malaya, Singapura)
Tempoh Perkhidmatan : Julai 1981 hingga Oktober 2003, Mei 2018 hingga Mac 2020
Isteri : Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Anak : 7 orang (Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar)

Sumbangan
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7. Beliau juga merupakan
seorang pengarang, doktor, negarawan dan ahli politik yang cukup berpengaruh dalam negara.

Beliau telah digelar sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana telah membawa banyak perubahan
kepada rakyat dan mengatur pelbagai perubahan demi kehidupan rakyat yang lebih baik pada masa
hadapan.

Tun Dr Mahatir menggalas jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 1965 sehinggalah beliau
disingkirkan dari parti pada 26 September 1965 kerana lantang mengkritik pucuk pimpinan UMNO
dibawah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika itu.

Ketika waktu peletakan jawatannya pada 2020, beliau juga adalah pemimpin negara yang paling lama
berkhidmat dalam dunia.

5
5. Perdana Menteri Malaysia Kelima – Tun Abdullah Ahmad Badawi

Biodata Tun Abdullah Ahmad Badawi

Nama : Tun Abdullah Ahmad Badawi


Tarikh Lahir : 26 November 1938
Tempat Lahir : Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Malaya
Tempoh Perkhidmatan : 31 Oktober 2003 hingga Mac 2009

Sumbangan

Mesra dengan panggilan Pak Lah, Tun Abdullah Badawi mula menceburkan diri apabila berjaya
memenangi pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978.

Pada tahun 1999, Tun Mahathir melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan
Presiden UMNO.

Perdana Menteri yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan ini juga turut melancarkan
program Islam Hadhari iaitu pimpinan berasaskan Islam daripada Al-Quran.

Objektif Islam Hadhari adalah untuk melahirkan individu dan masyarkat yang mempunyai kekuatan
rohani, akhlak, intelektual,inovatif dan berdaya saing.

6
6. Perdana Menteri Malaysia Keenam – Dato’ Sri Najb Tun Razak

Dato’ Sri Najib Tun Razak


Nama : Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak
Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri, Universiti Nottingham, England
Tempoh Perkhidmatan : 3 April 2009 – 9 Mei 2018

Sumbangan

Penglibatan Perdana Menteri ke-6 ini dalam dunia politik bermula selepas ayahandanya meninggal dunia
pada tahun 1976.

Selain menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau juga pernah memegang
beberapa jawatan penting dalam kerajaan seperti Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Belia dan
Sukan, Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan, Menteri Pertahanan dan Menteri Pendidikan.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 sehinggalah tewas secara rasmi dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Dato’ Sri Najib digelar sebagai Bapa Transformasi kerana kepimpinan transformasi beliau kepada
negara.

7
7. Perdana Menteri Malaysia Ketujuh – Tun Mahathir Mohamad

Biodata Tun Mahathir Mohamad

Nama : Tun Dr Mahathir bin Haji Mohamad


Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Universiti Malaya, Singapura)
Tempoh Perkhidmatan : 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020
Isteri : Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Anak : 7 orang (Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar)

Sumbangan

Sekali lagi, Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau secara rasminya mengangkat
sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di
Balai Rong Seri, Istana Negara pada 10 Mei 2018.

Perlantikannya kali ini melakar sejarah baharu apabila menyandang jawatan tersebut pada umur 92
tahun sekaligus menjadikannya Perdana Menteri tertua di dunia.

Perkhidmatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh berakhir apabila beliau menghantar surat
peletakan jawatan pada 24 Februari 2020 disebabkan kehilangan majoriti. Cadangannya untuk
membentuk kerajaan perpaduan selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui peristiwa Langkah
Sheraton juga tidak diterima.

8
8. Perdana Menteri Malaysia Kelapan – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Nama : Muhyiddin bin Mohd. Yassin


Tarikh Lahir : 15 Mei 1947
Tempat Lahir : Muar, Johor
Pendidikan : Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu Universiti Malaya
Tempoh Perkhidmatan : 1 Mac 2020 – 21 Ogos 2021

Sumbangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah gemelut politik dan
berkhidmat hanya selama 17 bulan bermula iaitu bermula pada 18 Mac 2020 sehingga Ogos 2021
apabila hilang sokongan di parlimen.

Semasa pemerintahan beliau, Tan Sri Muhyiddin memacu inisiatif daripada Kementerian Pertahan dan
Kementerian Kesihatan sebagai usaha memerangi wabak Covid-19 yang sedang mengganas bermula Mac
2020.

Beliau juga turut memperkenalkan beberapa pakej rangsangan untuk memperkasakan rakyat,
merangsang perniagaan serta merancakkan ekonomi yang terjejas akibat wabak tersebut.

9
9. Perdana Menteri Malaysia Kesembilan – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Nama : Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh Lahir : 18 Januari 1960
Tempat Lahir : Temerloh, Pahang
Pendidikan : Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya
Isteri : Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
Anak : 4 orang (Nina Sabrina, Gadaffi, Nashriq, Iqbal)
Tempoh Perkhidmatan : 21 Ogos 2021- 24 November 2022

Sumbangan

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 selepas
peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum bergelar Perdana Menteri, beliau turut memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan
seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta
Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga berjaya mempertahan kerusi Parlimen Bera sejak tahun 2004 sehingga kini.

Namun, tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri tidak lama apabila parti Barisan Nasional
tidak memegang kerusi majoriti dalam parlimen di Pilihan Raya Umum ke-15.
10
10. Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Biodata Datuk Seri Anwar Ibrahim


Nama : Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947
Tempat Lahir : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pendidikan : Pengajian Melayu Sastera, Universiti Malaya
Isteri : Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Anak : 6 orang (Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana)
Tempoh Perkhidmatan : 24 November 2022 – sekarang

Sumbangan

Beliau memulakan langkah dalam dunia politik dengan menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM).

Beliau memainkan banyak peranan dan menjalankan tanggungjawab dalam kerajaan pada akhir abad ke-
20 sebelum dipenjarakan pada 1998.

Pada tahun tersebut, Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden
UMNO. Akibat pemecatan tersebut yang didakwa dilakukan secara tidak adil, Anwar mengetuai siri
bantahan awam terhadap kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir.

11
Siri bantahan awam tersebut dikenali sebagai gerakan reformasi dan kekal menjadi identiti politik buat
Anwar sehingga kini.

Selepas PRU15 diadakan, selama hampir seminggu rakyat Malaysia meneruskan hari-hari mereka dengan
penuh tanda tanya. Siapakah yang akan dilantik menjadi PM kerana tidak ada parti yang mendapat
majoriti mudah?

Dan persoalan tersebut akhirnya terjawab hari ini apabila Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi
selepas mengadakan Perbincangan Khas dengan kesemua raja-raja Melayu. Selepas 24 tahun, Anwar
Ibrahim akhirnya menjadi PM Malaysia ke-10.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas gabungan pimpinannya, Pakatan Harapan (PH)
berjaya mendapat undi dan kerusi Parlimen tertinggi dalam PRU15. Beliau dijangka mengetuai kerajaan
campuran yang turut dianggotai BN, Parti Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

12
Rujukan

1. https://dailyrakyat.com/perdana-menteri-malaysia/14335

2. https://relevan.com.my/2022/11/24/kenali-perdana-menteri-malaysia-pertama-sehingga-kini/

3. https://fuh.my/biodata-perdana-menteri-malaysia/

13

You might also like