Surat Memohon Pinjam Meja Lipat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 4


PETI SURAT 141 CENDERAWASIH,
91150, LAHAD DATU,
SABAH.
Tel : 089-812869 Faks : 089-812869
Email : xba3105@moe.edu.my
Ruj. Kami : SKS4.100-9/6/1(41)
Tarikh : 27 hb September 2023
Pengerusi
Masjid Al-Huda,
Bandar Wilayah Sahabat.
Tuan,

Permohonan Pinjaman Meja Lipat Bagi Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan
Daerah Lahad Datu Tahun 2023

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu akan
mengadakan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Tahun 2023 seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 29 hingga 30 September 2023


Tempat : Dewan Semai Bakti FELDA Wilayah Sahabat Lahad Datu

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk memberi keizinan
meminjam Meja Lipat untuk melancarkan program tersebut. Sebarang pertanyaan boleh
hubungi pihak sekolah atau Penolong Kanan Pentadbiran SK Sahabat 4 Encik Yandy bin
Merika di talian 019-8033390.

04. Segala perhatian, keprihatinan, kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HERMINY BINTI SHAPAWIE


Guru Besar
SK. Sahabat 4
Lahad Datu
s.k. Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 4


“BERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI”

You might also like