Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 193

E-MODUL

KENEGARAAN MALAYSIA

Zulhilmi Paidi
Salmah Omar
Rohani Hj. Ab Ghani
Nor Azlah Sham Rambely
Haslinda Hasan
Mohamed Ali Haniffa
Rashidah Mamat
Jazliza Jamaludin
Shahrol Aman Ahmad
Sharifah Ismail
Siti Alwaliyah Mansor

1
KANDUNGAN

Senarai Pengarang
Kata Aluan
Prakata
Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA


(PEMBINAAN NEGARA BANGSA)
Zulhilmi Paidi & Shahrol Aman Ahmad

PENGENALAN
KONSEP NEGARA BANGSA
Negara
Individu
Bangsa
CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA BANGSA
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NEGARA BANGSA
Faktor Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa
Faktor Ancaman Pembinaan Negara Bangsa
PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA
KESIMPULAN

BAB 2 MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL


Rohani Hj. Ab Ghani

PENGENALAN
MELAYU
SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN
ADAT DAN UNDANG-UNDANG
SISTEM EKONOMI
SISTEM KEPERCAYAAN
KESIMPULAN

BAB 3 KOLONIALISME
Haslinda Hasan

PENGENALAN
EROPAH DAN KUASA BARAT
DEFINISI KOLONIALISME
FAKTOR PENGGALAK KOLONIALISME DAN IMPERIALISME
KOLONIALISME DI MALAYSIA
KESAN KOLONIALISASI BRITISH
KESIMPULAN

2
BAB 4 GERAKAN SEMANGAT KEBANGSAAN (NASIONALISME)
Nor Azlah Sham Rambely

PENGENALAN
DEFINISI & KONSEP NASIONALISME DAN PATRIOTISME
SEJARAH PERKEMBANGAN NASIONALISME DI EROPAH
NASIONALISME DAN ISLAM
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI MALAYSIA
NASIONALISME AWAL
NASIONALISME KEINTELEKTUALAN
NASIONALISME KEPARTIAN
MALAYAN UNION
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED
MALAYS NATIONAL ORGANIZATION) 11 MEI 1946
NASIONALISME KOMPROMI
KESIMPULAN

BAB 5 KEMERDEKAAN
Salmah Omar

PENGENALAN
HALANGAN KEMERDEKAAN NEGARA
USAHA KE ARAH PERPADUAN
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN
PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK
PILIHAN RAYA PERINGKAT NEGERI
PILIHANRAYA UMUM 1955
MANIFESTO PARTI PERIKATAN PILIHANRAYA UMUM 1955
RUNDINGAN LONDON 1956
SURUHANJAYA REID
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
KESIMPULAN

BAB 6 DARURAT
Mohamed Ali Haniffa

PENGENALAN
DEFINISI DARURAT
SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)
PEMBANTERASAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU, 1948-1960
FAKTOR KEJAYAAN BRITISH DALAM AKTIVITI PEMBANTERASAN
KOMUNIS
IMPLIKASI DARURAT
KESIMPULAN

3
BAB 7 PENUBUHAN MALAYSIA
Rohani Hj. Ab Ghani & Siti Alwaliyah Mansor

PENGENALAN
LATAR BELAKANG
SITUASI SEBELUM PERCANTUMAN
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERCANTUMAN
USAHA KE ARAH PENUBUHAN
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA
SURUHANJAYA COBBOLD
JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
REFERENDUM DI SINGAPURA
PERUNDINGAN DENGAN BRUNEI
PERJANJIAN DAN PENGISYTIHARAN MALAYSIA
REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA
KESIMPULAN

BAB 8 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA


Mohan A/L Rathakrishnan & Sharifah Ismail

PENGENALAN
DEFINISI DAN KONSEP KERAJAAN
HUBUNGAN KERAJAAN DAN RAKYAT
JENIS-JENIS KERAJAAN
PEMBAHAGIAN KUASA
STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN
KERAJAAN NEGERI
SABAH DAN SARAWAK
KERAJAAN TEMPATAN
SISTEM BADAN KEHAKIMAN
TADBIR URUS KERAJAAN
KESIMPULAN

BAB 9 PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Rashidah Mamat

PENGENALAN
DEFINISI DAN KONSEP
SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KONSEP KETINGGIAN DAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN
CIRI-CIRI ASAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KANDUNGAN PENTING PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PINDAAN PERLEMBAGAAN

4
UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERANAN UNSUR TRADISI
MASA DEPAN DAN CABARAN
KESIMPULAN

BAB 10 DASAR-DASAR KERAJAAN


Jazliza Jamaluddin

DEFINISI DAN KEPENTINGAN DASAR


MATLAMAT DASAR
TUNTUTAN/FAKTOR DALAM PEMBUATAN DASAR
DASAR SEBELUM KEMERDEKAAN
DASAR SELEPAS KEMERDEKAAN
DASAR LUAR NEGARA MALAYSIA
KESIMPULAN

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR


BIBLIOGRAFI

5
SENARAI PENGARANG

Dr. Zulhilmi bin Paidi berkelulusan B.HSc (Hons) Sejarah dan Tamadun (UIAM) dan M.A in
Contemporary International Studies (University of Hull,UK). Kini menjawat jawatan
sebagai Pensyarah di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun
dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Bidang tumpuan beliau ialah Sejarah
Darurat, Konservasi Warisan, Sejarah Politik Antarabangsa, Sejarah Politik Malaysia dan
Politik Dunia Islam.

Dr. Salmah binti Omar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu
(UM), Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban (UM) dan Ijazah Doktor Falsafah – Sosio-budaya
(UM). Kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Tamadun dan Falsafah,
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Bidang tumpuan
beliau ialah Sosio-budaya, Kajian Hubungan Etnik di Malaysia dan Sejarah Sosial.

Prof. Madya Dr. Rohani binti Hj. Ab. Ghani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Sejarah (UKM), Ijazah Sarjana Sejarah (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah – Sejarah (UKM).
Kini menjawat jawatan sebagai Professor Madya di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat
Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Bidang
tumpuan beliau ialah Sejarah Diplomatik, Hubungan Malaysia-Indonesia, Politik Domestik
Malaysia, Konservasi Warisan dan Kajian negara –negara ASEAN.

Dr. Nor Azlah Sham binti Rambely berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah
(UKM), Ijazah Sarjana Sejarah (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah – Sejarah (UKM). Kini
menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat
Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Bidang
tumpuan beliau ialah Sejarah Kewarganegaraan, Sejarah Perlembagaan, Sejarah Etnik dan
Sosial.

Dr. Haslinda binti Hasan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah (UM), Ijazah
Sarjana Pengajian Peradaban (UM) dan Ijazah Doktor Falsafah – Sejarah (USM). Kini
menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat
Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Bidang tumpuan
beliau ialah Sejarah Migrasi Aceh, Kajian Minoriti, Sejarah Malaysia, Hubungan Etnik di
Malaysia dan Sejarah Sosial.

Prof. Madya Dr. Mohamed Ali bin Haniffa berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Sejarah (UM) dan Ijazah Doktor Falsafah – Sejarah Malaysia (UM). Kini menjawat jawatan
sebagai Professor Madya di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa,
Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Bidang tumpuan beliau ialah Sejarah Pra-
kemerdekaan, Hubungan Etnik di Malaysia dan Sejarah Sosial.

6
Dr. Rashidah binti Mamat berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Media
(UM), Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (UM) dan Ijazah Doktor Falsafah – Sosiologi dan
Hubungan Etnik (University of Leeds, UK). Kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah
Kanan di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah,
Universiti Utara Malaysia. Bidang tumpuan beliau ialah Bidang Kenegaraan, Hubungan
Etnik, Sosio-Budaya Melayu, Bahasa dan Sastera Melayu.

Dr. Jazliza binti Jamaluddin berkelulusan B.A. (Hons.) Sejarah (Universitas Sumatera Utara,
Indonesia), Ijazah Sarjana – Sejarah (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah – Sejarah
(University of Nottingham, UK). Kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di
Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti
Utara Malaysia.Bidang tumpuan beliau ialah Sejarah Diplomasi dan Sejarah Kerajaan
Melayu Tradisional dalam aspek kedaulatan dan legitimasi.

Sharol Aman bin Ahmad berkelulusan B.A [Hons] Business and Administration [UUM] dan
MBA [UUM]. Kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Tamadun dan
Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Bidang
tumpuan beliau ialah Pengurusan dan Pentadbiran, Sejarah Pengurusan dan Sejarah
Ekonomi.

Dr. Sharifah binti Ismail berkelulusan B.A [Hons] Sejarah dan Tamadun (Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia], Ijazah Sarjana – Sejarah [UIAM] dan Ijazah Doktofr Falsafah –
Sejarah [UIAM]. Kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Tamadun dan
Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.Bidang
tumpuan beliau ialah Sejarah Organisasi (Tabung Haji) dan Sejarah Islam.

Dr. Siti Alwaliyah binti Mansor berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah
(Universiti Kebangsaan Malaysia), Ijazah Sarjana - Sejarah (UKM) dan Ijazah Doktor
Falsafah – Sejarah (UM). Kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan
Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara
Malaysia. Bidang tumpuan beliau ialah E-Learning, Critical Thinking dan Pengajian Am.

7
KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada panel penulis E
Modul ”Kenegaraan Malaysia” kerana berjaya menghasilkan E Modul ini untuk kegunaan
para mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia (UUM). E Modul ini merupakan teks bagi
kursus Kenegaraan Malaysia pada semester Oktober 2021/2-022 . Bertunjangkan kepada
konsep PdP secara atas talian penerbitan E Modul ini penting kerana ia merupakan satu
keperluan universiti bagi melengkapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kursus
tersebut.

Penerbitan E Modul ini juga diharap dapat membantu para mahasiswa/i bukan sahaja
mendapat ilmu dan pengetahuan darinya tetapi apa yang lebih penting ialah ia mampu
membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang, cintakan negara, patriotik dan
mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi. Elemen tersebut sebenarnya merupakan
satu keperluan yang sangat utama bagi melahirkan warganegara yang baik ke arah
pembentukan negara bangsa Malaysia pada masa hadapan. Selain itu, ciri-ciri tersebut juga
sangat penting untuk dimiliki oleh para mahasiswa/i kerana mereka merupakan golongan
pelapis kepimpinan yang bakal menerajui negara.

Akhirnya saya sekali lagi mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan berharap
penerbitan E Modul ini akan terus menyemarakkan dunia akademik dan tradisi
kecemerlangan ilmu di UUM.

Prof. Dr. Shukri Ahmad


Dekan
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah
Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia

8
PRAKATA

Bismillahirrahmanirrahim

Kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya E Modul ini
dapat disiapkan. E Modul ”Kenegaraan Malaysia” dihasilkan oleh tenaga akademik Kursus
Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia (UUM). Walaupun E Modul ini khusus
bagi para mahasiswa UUM, namun para mahasiswa institusi pengajian tinggi awam lain
yang mengambil kursus Kenegaraan Malaysia dan Pengajian Malaysia turut sesuai
menggunakannya. Ia juga sesuai untuk penuntut-penuntut di institut pengajian tinggi
swasta, pelatih-pelatih perguruan, pelajar-pelajar sekolah menengah tinggi dan pra-
universiti dan juga orang perseorangan yang meminati sejarah dan perkembangan
Malaysia.

E Modul ini mengandungi sepuluh bab yang membincangkan tentang perkara-perkara yang
berkaitan dengan kepentingan memahami negara dan tanah air di samping peristiwa-
peristiwa penting mengenai sejarah dan perkembangan negara dari zaman tradisi hingga
kini. Ia merangkumi pelbagai peristiwa dan perubahan yang berlaku kepada masyarakat
dan negara yang boleh dijadikan iktibar dan panduan dalam menentukan hala tuju sebuah
negara yang kita ingin dan miliki bersama pada masa akan datang. Buku ini penting dalam
memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan budaya tentang
keperluan mengetahui sejarah dan perkembangan negara.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada para penulis yang telah menyumbangkan artikel
kerana tanpa kerjasama dan komitmen yang sangat baik yang telah ditunjukkan oleh
mereka buku ini tidak akan dapat disiapkan. Juga ucapan terima kasih kepada Pusat
Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah kerana galakan dan sokongan padu terhadap
penulisan buku ini. Tidak lupa kepada kepimpinan Universiti Utara Malaysia yang telah
banyak membantu perkembangan dan pengukuhan kursus Kenegaraan Malaysia di
universiti ini.

Akhir sekali, kami berharap E Modul ini mampu menjadi pengisi kepada keperluan para
pembaca dalam usaha untuk mengetahui dan memahami negara yang kita cintai ini.

Zulhilmi Paidi
Salmah Omar
Rohani Hj. Ab Ghani
Nor Azlah Sham Rambely
Haslinda Hasan
Mohamed Ali Haniffa
Rashidah Mamat
Jazliza Jamaludin
Shahrol Aman Ahmad
Sharifah Ismail
Siti Alwaliyah Mansor

9
PENDAHULUAN

Sepuluh ringkasan artikel yang dimuatkan dalam e-modul ini merupakan kumpulan hasil
tulisan para akademia Kursus Kenegaraan Malaysia, Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat
Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah, Universiti Utara Malaysia dari pelbagai disiplin
ilmu. Pencernaan idea dari disiplin ilmu yang berbeza ini sangat bersesuaian dengan
bidang pengajian Kenegaraan Malaysia itu sendiri kerana ia merupakan satu subjek yang
merangkumi beberapa disiplin ilmu utama. Perbincangan disiplin utama ini boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian atau tema, iaitu konsep dan definisi, kronologi peristiwa
dan pengukuhan negara.

Bab satu merupakan topik pertama yang memberikan pendedahan definisi dan konsep
berkaitan kenegaraan Malaysia kepada pelajar. Dalam bab ini perbincangan tentang negara
bangsa dari sudut konsep hinggaIah kepada proses pembinaan negara bangsa dibuat
secara mendalam. Selain itu persoalan negara bangsa Malaysia turut dibincangkan berserta
dengan cabaran-cabarannya.

Bab dua pula meneruskan perbincangan berkaitan bahagian definisi dan konsep. Pada bab
ini penulis membincangkan mengenai topik berkaitan Masyarakat Melayu Tradisional yang
merupakan asas kepada pembentukan negara dan bangsa di Malaysia kini. Konsep, rupa
bentuk dan sejarah masyarakat Melayu tradisional disentuh menerusi perbincangan
tamadun Melayu sebagai tamadun terawal di wilayah ini.

Selanjutnya pada bab tiga sepertimana dua bab terawal meneruskan perbincangan dan
tema konsep dan definisi dengan mengupas konsep Kolonialisme. Turut disentuh ialah
kehadiran kuasa kolonial di negara ini bermula dengan kehadiran kuasa Portugis, Belanda
hinggalah kepada kuas British. Perubahan dari satu masyarakat Melayu yang dominan dan
ancaman penjajahan dimuatkan dalam bab ini bagi memberi gambaran sebenar sifat buruk
penjajahan atau kolonialisme.

Bab empat menjadi topik transisi atau peralihan dari bahagian satu berkaitan definisi dan
konsep kepada bahagian dua berkaitan kronologi peristiwa penting yang berlaku di negara
ini. Bab ini mengupas perkembangan semangat kebangsaan di negara ini sebagai reaksi
terhadap kebiadaban penjajah. Perbincangan konsep Nasionalisme dan Patriotisme juga
urutan sejarah perjuangan tokoh-tokoh nasionalis negara di bincang dengan teliti.

Bab lima secara jelasnya merupakan bahagian penting kepada tema kedua berkaitan
kronologi peristiwa apabila ia mengupas proses dan usaha-usaha perjalanan kearah
kemerdekaan bagi negara ini. Bermula dengan perkembangan demokrasi dengan
pelaksanaan pilihan raya tempatan 1951-1953 dan pilihan raya persekutuan 1955
hinggalah kepada pembentukan suruhanjaya Reid untuk membentuk perlembagaan.
Diakhiri dengan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

10
Bab enam merujuk kepada salah satu peristiwa penting yang berlaku dalam negara ini
seiring dengan perjalanan negara ini kearah kemerdekaan. Darurat dibincangkan dari
sudut konsep dan peristiwa yang berlaku dari 1948 hingga 1960. Pemberontakan Parti
Komunis Malaya dan Strategi Counterinsurgency atau tindak balas British dibincangkan
secara teliti dan mendalam sehinggalah kepada perjanjian Baling 1955 dan Perjanjian
Hatyai 1989.

Bab tujuh merupakan topik terakhir untuk bahagian kedua buku ini dan ianya memberikan
kesinambungan kepada proses pembinaan negara bangsa dengan berlakunya
pembentukan ataupun penubuhan Malaysia. Bermula dengan idea-idea awal tentang
penubuhan sebuah persekutuan yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dan
negeri-negeri di wilayah Borneo hinggalah kepada proses mewujudkan persekutuan yang
baru ini. Peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Referendum di Singapura, Suruhanjaya
Cobbold dan pemasyhuran Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dikupas dengan
jelas dan mendalam.

Seterusnya bab lapan memulakan perbincangan bagi tema pengukuhan negara. Bab ini
memberi gambaran tentang jentera pentadbiran kerajaan yang menjadi tulang belakang
kepada negara ini. Perbincangan tentang kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan
kerajaan tempatan dikupas dengan mendalam dan jelas. Bab ini penting untuk
menggambarkan sistem yang lengkap dan kukuh bagi sebuah negara merdeka seperti
Malaysia.

Tema pengukuhan negara diteruskan dengan bab sembilan yang memuatkan perbincangan
berkaitan perlembagaan persekutuan Malaysia. Bermula dari sejarah dan latar belakang
juga ciri-ciri utama perlembagaan negara sehinggalah kepada aspek-aspek kepentingan
unsur- unsur tradisi kepada negara ini.

Tema ini berakhir dengan perbincangan bab sepuluh yang membincangkan dasar-dasar
yang menjadi sandaran penting kepada kelangsungan hidup negara ini. Dasar-dasar ini
telah membentuk nilai–tambah (value-added) kepada perkembangan politik dan
kemasyarakatan di Malaysia. Selain itu, isu-isu semasa juga turut dimuatkan sebagai satu
rentetan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara kita sebagai sebuah negara yang bebas
dan berdaulat dalam era globalisasi.

11
BAB 1
PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
(PEMBINAAN NEGARA BANGSA)
Zulhilmi Paidi & Shahrol Aman Ahmad

PENGENALAN

Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh
sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum.
Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan sesebuah
negara, pentadbiran dan penduduknya.

Bahagian ini akan membicarakan pembinaan negara bangsa dengan melihat konsep, ciri-
ciri utamanya, serta faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan sesebuah
negara bangsa. Selain itu, akan dibicarakan juga proses yang perlu dilalui untuk
membentuk negara bangsa dan seterusnya perbincangan ringkas berkenaan pembinaan
negara bangsa di Malaysia.

KONSEP NEGARA BANGSA

Pada kebiasaannya negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama, iaitu
negara, individu dan bangsa.

Negara

Negara secara mudahnya bolehlah dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia.
Negara atau 'state' adalah satu unit politik yang mempunyai kedaulatan dan mempunyai
tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sains politik
mendefinisikan negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah
yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K.
Ramanathan,1992).

Justeru, sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai


elemen-elemen berikut, iaitu penduduk (rakyat atau populasi), wilayah (sempadan),
kerajaan dan kedaulatan.
(i) Penduduk (Rakyat atau Populasi) - Setiap negara wujud apabila rakyat atau
penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak atau wilayah yang
didiami itu sebagai tanah leluhurnya.
(ii) Wilayah (Sempadan) - Wilayah adalah merupakan satu kemestian bagi
pembentukan sesebuah negara. Wilayah sering dirujuk sebagai tanah leluhur atau
tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan berkembangnya sesebuah
bangsa. Wilayah menjadi petunjuk kepada pemilikan kawasan, sumber-sumber
semula jadi dan hak oleh sesebuah bangsa. Pembentukan wilayah selalunya
berlandaskan kepada keadaan geografi dan sudah menjadi amalan, penentuan
sempadan kekuasaan sesebuah negara itu dibuat berasaskan keadaan alam seperti
12
bukit bukau, gunung ganang, sungai, lembah ataupun laut (AC Kapur, 2001).
(iii) Kerajaan - Negara secara umumnya sering kali dikenali juga sebagai kerajaan.
Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang
teratur dan tersusun serta bersistem. Tanpa kerajaan kehidupan sesebuah bangsa
akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa.
(iv) Kedaulatan - Kewujudan sesebuah negara akan menjadi sia-sia tanpa pengiktirafan
negara-negara lain di sekelilingnya ataupun pihak antarabangsa. Tanpa
pengiktirafan kepada kedaulatan sesebuah negara mungkin sahaja ia di cerobohi
dan penduduknya ditindas tanpa ada pembelaan.

Individu

Secara umumnya individu adalah manusia. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercipta
dan sempurna tanpa kewujudan individu. Individu adalah tenaga penggerak kepada
terbinanya bangsa dan seterusnya negara. Individu bersendirian tidak mungkin membina
negara tetapi hubungan sesama individu akan menggerakkan individu lain dan seterusnya
membentuk kumpulan yang berkongsi ciri-ciri persamaan dan kepentingan. Kumpulan
atau kelompok ini kemudiannya akan membentuk bangsa yang motif kewujudannya ialah
pemerintahan sendiri dan mewujudkan negara (Kellas,1998).

Bangsa

Bangsa pula secara umumnya merupakan satu kesatuan manusia yang hidup dalam
sesebuah negara. Ia selalu diertikan sebagai kewujudan dalam kumpulan manusia dengan
beberapa ciri yang sama. Persamaan ini boleh terjadi daripada berbagai-bagai perkara
seperti unsur-unsur jasmani, politik, dan kebudayaan. Bangsa ialah satu kumpulan besar
yang ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan bahawa mereka semua terikat atas asas
perkongsian identiti sebagai satu kumpulan manusia atau masyarakat. Masyarakat ini
biasanya terikat oleh persamaan hubungan sejarah, kebudayaan dan nenek moyang yang
sama (Sodaro, 2001). Bangsa juga umumnya mempunyai objektif kumpulan iaitu dari
sudut pemilikan wilayah leluhur, bahasa , agama dan bermatlamatkan pemerintahan
sendiri oleh mereka (Kellas, 1998). Kumpulan ini bersifat eksklusif dan menanggap mereka
yang di luar kumpulan sebagai orang asing.

CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA BANGSA

Sesebuah negara bangsa itu terdiri bukanlah hanya dengan menggabungkan dua perkataan
yang dibincangkan sebelum ini iaitu negara dan bangsa. Terdapat tiga syarat utama yang
sering dihubungkan dengan pembentukan sebuah negara bangsa, iaitu (Mohd Idris
Salleh,1999):

(i) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu tanpa berlaku
sebarang pemisahan atau diskriminasi dalam masyarakat yang tinggal di situ.
Masyarakat yang terdapat dalam negara tersebut tidak dipisahkan atau dibezakan
atas dasar perkauman atau oleh sebab-sebab perbezaan kepercayaan, bahasa,
13
kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan atau apa jua sebab dan rangsangan yang
boleh membawa kepada perpecahan dan kehuru-haraan dalam masyarakat. Mereka
juga perlu menerima nilai-nilai kebangsaan yang sama untuk dikongsi bagi
mengikat semua orang satu kumpulan atau satu bangsa yang satu.
(ii) Di samping itu, penduduk dan rakyat negara itu juga mestilah berkongsi pegangan
kepada satu ideologi politik yang sama. Dengan tiadanya perbezaan ideologi politik
maka tidak akan wujud kegawatan politik yang akan menggugat keadaan negara
kerana semua pihak telah bersetuju untuk menerima dan mempunyai matlamat
politik yang sama.

(iii) Selain itu, penduduk dalam negara tersebut juga haruslah mempunyai kepercayaan
dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan dan undang-
undang negara. Pada masa yang juga rakyat harus meyakini sistem pemerintahan
dan amalan undang-undang yang diwujudkan itu adalah untuk memberikan
kebaikan kepada semua pihak. Tidak ketinggalan juga ia berkemampuan untuk
melindungi dan memberikan keadilan kepada keseluruhan masyarakat dalam
negara tersebut.

Ketiga-tiga ciri utama di atas akan dapat dipenuhi apabila wujudnya di antara rakyat dan
kerajaan kerjasama dan saling mempercayai. Oleh itu, hanya menerusi penghayatan
daripada pemimpin dan penduduk dari dalam negara itu sendiri dapat merealisasikan
pembentukan sesebuah negara bangsa.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NEGARA BANGSA

Dalam proses pembinaan sesebuah negara bangsa, demi kebaikan dan kemakmuran yang
lebih bermakna kepada generasi akan datang. Perbincangan mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi pembinaan negara bangsa ini lebih jelas difahami apabila 10 perkara
tersebut di bahagikan kepada dua kumpulan faktor, iaitu faktor pemangkin dan faktor
ancaman (Abdul Rahim,1996). Lima faktor yang menjadi pemangkin kepada pembinaan
sesebuah negara bangsa ialah integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan
demokrasi. Lima faktor yang menjadi ancaman pembentukan sesebuah negara bangsa pula
ialah globalisme, kepelbagaian budaya, pluralisme, neo-feudalisme dan liberalisme.

Faktor Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa

Faktor-faktor pemangkin ini merupakan penggerak dan pada masa yang sama faktor yang
membantu pengekalan sesebuah negara bangsa. Faktor-faktor tersebut ialah:

(i) Integrasi - Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah daripada segi kebudayaan, sosial
dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi terdiri daripada integrasi wilayah,
integrasi ekonomi, integrasi kebudayaan dan integrasi sosial juga integrasi
pendidikan dan integrasi politik. Integrasi adalah merupakan perkara asas bagi
proses pengukuhan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara.

14
(ii) Nasionaliti - Nasionaliti secara mudahnya diertikan sebagai kewarganegaraan. Ia
merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin kepada terbentuknya
sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan satu bentuk identiti kepada
semua orang di dalam negara itu iaitu sebagai penduduk atau warganegara
tersebut. Konsep asas di sini ialah pemilikan nilai-nilai bersama akan mengikat
seorang warganegara yang baik menjadi satu bangsa yang mempunyai kesetiaan,
sayang dan sanggup berkorban untuk negara. Faktor kebersamaan dan perasaan
berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan bahasa
boleh menjadi faktor penyatuan rakyat yang diiktiraf sebagai satu bentuk nasionaliti
kebangsaan yang mewakili semua orang.

(iii) Nasionalisme - Nasionalisme secara mudahnya bolehlah dimaksudkan sebagai


perasaan cinta kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi
tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan
sentimen kebangsaan seperti menyanyikan lagu kebangsaan atau menaikkan
bendera negara (Sodaro, 2001). Ia merupakan satu elemen penting yang menjadi
pemangkin pembentukan sesebuah negara bangsa.
(iv) Patriotisme - Elemen ini merupakan lanjutan daripada perasaan cintakan tanah
leluhur atau “motherland” iaitu nasionalisme. Elemen patriotisme hadir setelah
wujud perasaan nasionalisme. Secara umumnya ia adalah elemen penting tentang
kasih dan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan betapa ia cinta
akan tanah leluhurnya. Pada kemuncaknya patriotisme merupakan kesetiaan
teragung oleh rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk tanah air yang
dicintainya (Kellas, 1998).
(v) Demokrasi - Dimaksudkan secara mudah sebagai “dari rakyat untuk rakyat kepada
rakyat”. Ia jelas menunjukkan peranan demokrasi itu sendiri sebagai alat
mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhan.

Faktor Ancaman Pembinaan Negara Bangsa

Faktor-faktor persekitaran yang memungkinkan kegagalan pembinaan sesebuah negara


bangsa. Faktor-faktor ini dilihat sebagai ancaman pada satu sudut tetapi jika ia ditangani
dengan cara yang betul faktor-faktor ini secara umumnya dapat juga memberi manfaat
kepada pembinaan negara bangsa yang kukuh. Di antara faktor-faktor yang menjadi
ancaman kepada pembinaan negara bangsa sekiranya tidak ditangani dengan betul ialah:

(i) Globalisme - Globalisme dikenali secara mudah sebagai kesejagatan ataupun dunia
tanpa sempadan. Menurut Kenichi Ohmae, globalisme adalah dunia tanpa sempadan
dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang
ditunjangi kecanggihan teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas telah
menjadikan dunia begitu kecil tanpa sempadan (Ohmae,1995). Pada diri beliau
sempadan negara bangsa akan berakhir. Kenyataan tersebut memberi gambaran
betapa globalisme adalah satu ancaman besar kepada konsep negara bangsa yang
sedia ada.

15
(ii) Kepelbagaian Budaya - wujudnya kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara
hidup juga kepercayaan. Kewujudan pelbagai aliran kebudayaan yang menjadi
amalan penduduk di sesebuah negara bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan
boleh mewujudkan ancaman besar kepada proses pembinaan sesebuah negara
bangsa.
(iii) Pluralisme - Pluralisme atau sifat kepelbagaian yang terbentuk dari proses
kepelbagaian penduduk. Pada kebiasaannya ia terbina hasil proses penjajahan di
sesebuah negara. Dasar-dasar kepenjajahan seperti “Divide and Rule” atau “Pecah dan
Perintah” sering kali mewujudkan pembahagian kaum dari segi penempatan sosial,
kegiatan ekonomi dan jenis pekerjaan juga politik berbentuk perkauman. Dasar ini
dilakukan sebagai memenuhi prinsip kolonialisme bagi menghalang sebarang
penyatuan yang memungkinkan pemberontakan massa. Akibat dasar ini
kemudiannya menjadi nanah kepada negara yang terjajah apabila dimerdekakan. Ini
secara jelas menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara
bangsa.
(iv) Neo Feudalisme - Neo Feudalisme merujuk kepada sistem konservatif berkaitan
pemerintahan yang terbentuk dalam cara baru pada masa kini. Sistem feudalisme
yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit yang menguasai segala
aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Sekiranya wujud kaedah yang
seumpamanya pada hari ini dibimbangkan tercetusnya pemerintahan yang penuh
dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, penipuan dan kuku besi. Ini adalah
kerana akibat pengawalan secara mutlak satu pihak sahaja dalam pemerintahan
tanpa ada faktor pengimbang. Ini jelas menggambarkan ancaman yang boleh
dilahirkan oleh kewujudan neo feudalisme ini.
(v) Liberalisme - Liberalisme bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan secara
umumnya. Ia merupakan satu keperluan yang nyata bagi kewujudan sesebuah negara
bangsa. Biarpun begitu keterbukaan dan kesederhanaan yang keterlaluan
dibimbangkan akan merosakkan negara bangsa itu sendiri. Keterbukaan tanpa ada
had akan mengganggu kelicinan pentadbiran dan sekali gus menggugat
perkembangan negara. Ketamakan dalam mengumpul kekayaan hasil keterbukaan
yang wujud boleh sahaja menjerumuskan kepada kemusnahan terutamanya dari segi
penyelewengan dan hal-hal yang akan menggugat kemakmuran dan perkembangan
negara

PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya Malaysia memang tidak menolak dan tidak akan menentang
kehadiran proses globalisasi. Malaysia sebagai sebuah negara yang telah dijajah dan
mengalami pelbagai peristiwa yang mengubah segala bentuk demografi asal negara ini
sememangnya memerlukan konsep negara bangsa yang sedia ada. Kewujudan pelbagai
kaum akibat penjajahan telah menyaksikan bukan sahaja menjadikan proses membina
negara bangsa itu sukar tetapi proses membina negara sahaja pun mengambil masa yang
panjang dan merupakan cabaran yang amat besar. Tetapi sewaktu kemerdekaan 1957
hanya bina negara sahaja atau hanya negara sahaja yang diperoleh oleh negara ini. Sejak
proses awal bina bangsa yang dimulakan sebelum merdeka ia hanya berlangsung dengan
hambar dan lebih berasaskan kepada keperluan politik. Sejak merdeka pelbagai usaha
16
dilakukan oleh kerajaan juga masih kurang berjaya dan 13 Mei 1969 menjadi manifestasi
sebenar keadaan tersebut. Hanya setelah proses penyusunan semula masyarakat menerusi
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya usaha bersungguh-sungguh kerajaan dengan
pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Rukun Negara dan pembentukan parti politik pelbagai kaum seperti Barisan Nasional
dapat membuka ruang kepada bina bangsa yang dicari. Biarpun begitu hakikat tetap
menunjukkan perjalanan yang perlu masih jauh.

Semenjak itu, proses bina negara bangsa Malaysia mula diambil perhatian yang lebih serius
lagi oleh pelbagai pihak di negara ini. Usaha perpaduan kini dijalankan seiring dengan
keperluan pembangunan ekonomi. Ini sebagai menyambut pula gagasan Perdana Menteri,
iaitu Wawasan 2020 yang dicetuskan dalam satu majlis “Malaysia: The Way Forward”.
Wawasan 2020 merupakan perancangan jangka panjang yang dirangka oleh kerajaan
sebagai panduan bangsa yang maju dan negara yang maju.

Kekuatan yang harus digunakan oleh negara ini bagi mencapai matlamat ini ialah
Nasionalisme. Nasionalisme yang menjadi pegangan ialah pemilikan rasa atau semangat
kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi
bersama. Nasionalisme secara umumnya menyediakan asas-asas yang sepatutnya kepada
sesebuah bangsa dan negara bagi mempertahankan kumpulan negara bangsa agar terus
wujud. Nasionalisme telah menyediakan pegangan kukuh kepada setiap warganegara
tentang apa yang harus dilakukan dan dimanfaatkan dari perkembangan kesejagatan dunia
yang berlaku. Oleh sebab itulah nasionalisme yang ada di dalam negara ini haruslah
bersandarkan kepada nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama oleh semua penduduk
negara ini tanpa ada perbezaan. Perkongsian nilai dari sudut sejarah sebagai anak Malaysia
merdeka, perkongsian identiti kebangsaan seperti Jalur Gemilang, perkongsian sistem
keadilan seperti perlembagaan juga perkongsian dalam segenap segi yang boleh bagi
mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bahagi terhadap negara bangsa
Malaysia.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya konsep pembinaan negara bangsa adalah sesuatu yang melibatkan
proses yang berpanjangan. Biarpun panjang dan sukar pembinaan negara bangsa adalah
suatu keperluan yang penting dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk seperti
Malaysia. Pembinaan negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan menyeluruh
dari setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Beberapa syarat perlu dilalui bagi
mencapai matlamatnya dan juga beberapa faktor perlu diberi perhatian akan galakan atau
ancaman yang diberikan. Faktor-faktor seperti integrasi, nasionaliti, nasionalisme,
patriotisme dan demokrasi perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan bagi mengukuhkan
usaha pembinaan negara bangsa. Manakala faktor-faktor seperti globalisme, pluralisme,
kepelbagaian budaya, neo- feudalisme dan liberalisme pula ditangani dengan bijak agar
ancaman yang dibawa dapat dielakkan sementara nilai yang positif dimanfaatkan negara.

17
BAB 2
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Rohani Ab Ghani

PENGENALAN

Asas sesebuah kerajaan adalah rakyat yang hidup secara berkumpulan. Kelompok ini
dikenali sebagai masyarakat. Secara umumnya masyarakat adalah sekumpulan manusia
yang membentuk kesatuan dan golongan yang berhubung secara tetap dan mempunyai
kepentingan yang sama dalam kelompok tersebut. Masyarakat sering kali mewakili
golongan yang khusus dan tersendiri dan mempunyai ciri-ciri yang khusus dan
mencerminkan sifat kumpulan mereka. Dalam perkembangan tamadun awal Asia
Tenggara, terdapat dua jenis masyarakat yang memainkan peranan dalam kemunculan
kerajaan agung iaitu masyarakat agrarian yang wujud di kawasan pedalaman dan tanah
tinggi seperti kerajaan Funan dan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara dan kerajaan
Sailendra di Jawa Indonesia. Sementara itu satu jenis masyarakat lagi ialah masyarakat
pesisir laut ataupun maritim. Masyarakat ini menjalankan kegiatan ekonomi perdagangan
dan kelautan. Antara kerajaan awal yang muncul ialah kerajaan Seriwijaya, Kedah Tua dan
Langkasuka.

MELAYU

Bagi negara kita Malaysia, Melayu merujuk kepada bangsa dan bahasa. Menurut Khoo Kay
Kim (2011), istilah Melayu (Malay) merupakan satu istilah yang lebih merujuk kepada
nationality. Dalam pada itu juga kelompok manusia di rantau Nusantara ini merupakan
kelompok Melayu tetapi dikenali dengan pengenalan nama bangsa mengikut geografi-
politik mereka. Di selatan Thai, kumpulan ini dikenali sebagai Pattani, Sulu di selatan
Filipina manakala di Indonesia, mereka dikenali sebagai bangsa Indonesia. Bagi Malaysia,
terma “Melayu” dinyatakan sebagai “A Malay must be a Muslim, speaks the Malay language
habitually and practises Malay custom.” Definisi ini diperkenalkan oleh British apabila
mengemukakan Enakmen Tanah Rezab Melayu pada tahun 1913 (Sidhu dalam Khoo,
2011).

Bangsa Melayu bermula daripada penghijrahan masyarakat peribumi di Asia Tenggara


kira-kira 2,500 tahun yang lalu. Terdapat dua gelombang penghijrahan, iaitu gelombang
penghijrahan pertama terdiri daripada nenek moyang Orang Asli yang dikenali sebagai
Melayu-Proto.

Menurut Robert Heine van Geldern, kumpulan ini adalah keturunan asal Orang Seman
(Negrito), Temiar (Senoi), Seman, Jakun, Sakai dan lain-lain. Kumpulan ini juga merupakan
nenek moyang orang Mon-Khmer dan beberapa etnik lain di Thailand, Kemboja, Loas dan
Burma (Mymmar) (Geldern dalam Mohamed Anwar, 2011).

Sementara itu kaum penghijrah dalam gelombang kedua pula merupakan asal keturunan
bangsa Melayu. Menurut Geldern lagi, kumpulan ini berhijrah ke Asia Tenggara kira-kira
1500 tahun yang lalu. Kumpulan ini dikenali sebagai manusia Melayu-Deutro yang
18
kemudiannya mendiami lembah-lembah sungai yang subur dan kawasan pesisir. Mereka
telah mengusir kumpulan yang lebih awal iaitu manusia Melayu-Proto yang berhijrah lebih
awal ke kawasan pedalaman dan bukit bukau. Walaupun pandangan ini merupakan satu
aliran pemikiran (school of thought) yang menjadi polemik dalam kalangan sarjana
tempatan dan luar negara, namun ia merupakan satu penanda aras kepada kajian-kajian
pembentukan masyarakat awal di Malaysia.

Wacana pemikiran mengenai asal usul penduduk di Malaysia terus diwarnai dengan
pelbagai penemuan dan perbahasan. Menurut pakar arkeologi tempatan iaitu Prof
Emeritus Dato’ Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, masyarakat pertama yang
mendiami negara ini merupakan penduduk asal dan bukan merupakan kumpulan
penghijrah dari kawasan luar. Pandangan ini berasaskan kepada penemuan kajian
arkeologi yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia
dalam eskavasi pada lebih 100 buah tapak di seluruh Malaysia. Kajian menunjukkan
bahawa penduduk asal di Malaysia telah wujud lebih dari 40 ribu tahun dahulu. Pandangan
ini sekali gus menafikan teori-teori sebelum ini yang menyatakan bahawa masyarakat awal
di Malaysia merupakan kumpulan penghijrah dari luar (Utusan Malaysia, 14 Julai 2010).

Kajian paling terkini mengenai penduduk asal Malaysia ini tertumpu kepada kajian yang
dijalankan oleh Zaharah Sulaiman mengenai DNA manusia Hasil penyelidikan yang
dijalankan beberapa pakar sejarah mendapati pembentukan bangsa Melayu bermula
daripada nenek moyang Orang Asli Asal yang berlabuh di benua Sunda lebih 60,000 tahun
lalu. Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah
Sulaiman berkata, kajian itu terbukti berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang
telah dijalankan terhadap Orang Asli dengan tulang-tulang manusia prasejarah. Katanya,
bangsa Melayu semakin berkembang apabila berlakunya aktiviti merantau dan
penghijrahan yang seterusnya membentuk beberapa suku kaum etnik komposisi Melayu
Proto serta Orang Asli Asia Tenggara. DNA Orang Asli Semenanjung pula menunjukkan
pertalian dengan Austro-Asiatics selatan Burma yang membangun secara sendiri di
Andaman, Siam, Kemboja dan Champa. Hari ini kita dapat melihat pelbagai etnik Melayu
seperti Melayu Siam, Melayu Kemboja, Melayu Champa, Melayu Mon-Pyu, Melayu Filipina,
Melayu Madagaskar dan banyak lagi namun dari segi baka serta keturunannya kesemua
etnik itu adalah sama iaitu rumpun Melayu (Utusan Online, 15 April 2015).

Merujuk kepada istilah bangsa Melayu juga, menurut Abdullah (1993), pembahagian istilah
“Melayu” sebagai satu istilah yang berfungsi sebagai nama kolektif bagi merujuk kepada
suatu kesatuan bahasa dan bangsa iaitu “Melayu” berdasarkan kepada kerajaan-kerajaan
Melayu yang pernah wujud seperti kerajaan Melayu di Jambi dan lain-lain kerajaan Melayu
semasa dan selepas kerajaan Srivijaya, kerajaan Melayu Melaka dan selepas kejatuhannya,
pemerintah dan orang-orang Melayu Melaka, bahasa Melayu yang dipertuturkan di Melaka
dan rantau ini pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sementara itu, istilah “Melayu” ditakrif
oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada tahun
1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Madagaskar. Bangsa rumpun Melayu ini merupakan bangsa terbesar mendiami
gugusan pulau-pulau Melayu atau dikenali juga sebagai Nusantara.

19
Sementara itu, Abdul Rahman (2000) menyatakan bahawa konsep Melayu lebih dekat
dengan elemen kebudayaan berbanding dengan elemen bangsa. Beliau selanjutnya
berpandangan bahawa terdapat tiga pendekatan dalam membincangkan konsep Melayu
meliputi persamaan akar budaya seluruh penduduk yang mendiami alam Melayu,
berasaskan kepada fakta sejarah mengenai asal permulaan tamadun Melayu dan
berdasarkan kepada udang-undang dan Perlembagaan Malaysia 1957.

Dari segi sejarah, kerajaan-kerajaan Melayu tua yang wujud seperti Pan Pan, Chih Tu,
Gangganegara, Ganggayu atau Klang Kiu, Langkasuka dan kerajaan Kedah Tua. Sebahagian
daripada kerajaan-kerajaan ini terkandung dalam catatan awal China yang bermula sejak
A.D 1,500 tahun lagi (Wheatley, 1980). Sementara itu kerajaan negeri-negeri Melayu
tradisional pula yang telah muncul seawal kurun ke-14 adalah kerajaan Naning, kerajaan
Negeri Sembilan, kerajaan Perlis, kesultanan Johor, kesultanan Kedah, kesultanan Kelantan,
kesultanan Perak, kesultanan Pahang, kesultanan Patani, kesultanan Selangor, kesultanan
Terengganu dan kesultanan Melaka. Dalam keseluruhan kerajaan Melayu tradisional yang
wujud di negara ini, kerajaan Melayu Melaka sering kali dijadikan penanda aras dalam
membincangkan aspek sosiopolitik dan kemasyarakatan masyarakat Melayu tradisi.

Nama Melayu benar-benar melonjak tinggi dengan kekuasaan dan kemakmuran


Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Semenanjung pada abad ke-15. Walaupun
kerajaan itu tidak dinamakan Melayu, tetapi Melaka menjadi ukuran atau tanda aras untuk
segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu, terutamanya tentang identiti atau
pengenalan diri berasaskan bahasa Melayu, adat budaya Melayu, dan agama Islam (Md
Salleh, 2014).

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN

Masyarakat Melayu tradisi bercirikan sistem feudal. Terdapat dua golongan utama, iaitu
golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Menurut Cheah Boon Kheng (1985),
feudalisme adalah satu sistem pemerintahan yang wujud di Eropah dalam abad ke lapan
hingga ke-13. Dalam sistem ini kuasa raja (kuasa pusat) adalah lemah manakala kuasa
tentera adalah lebih kuat daripada kuasa raja. Negeri dipecahkan kepada kawasan-
kawasan kecil yang diperintah oleh hulubalang. Mereka mengawal tenaga buruh rakyat dan
petani dan tanah di kawasan masing-masing dan mengenakan kerja kerah dalam pertanian,
perkhidmatan ketenteraan dan urusan-urusan lain. Hulubalang-hulubalang ini dianggap
sebagai “tuan” atau lord, manakala golongan petani adalah “vassal” iaitu orang yang
mengerjakan tanah yang dimiliki oleh tuannya sebagai balasannya, mereka diberikan
perlindungan.

Pada umumnya, ciri-ciri sistem feudal Barat tidak begitu jelas dalam masyarakat
tradisional di negara kita kecuali mengenai ciri-ciri sistem kerah. Berbanding dengan
sistem feudal, masyarakat Melayu tradisional lebih menampakkan sistem kelas, iaitu
kewujudan golongan kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Golongan yang
memerintah terdiri daripada raja, kerabat diraja dan pembesar. Manakala golongan yang
diperintah pula ialah golongan rakyat.

20
Raja

Golongan tertinggi dalam sistem politik dan sosial masyarakat Melayu ialah raja. Menurut
Khoo Kay Kim (1972), raja-raja merupakan punca kewibawaan dalam sistem politik
tradisional. Kuasa raja adalah hampir mutlak dan baginda merupakan ketua bagi perkara-
perkara berikut iaitu ketua negeri atau empayar, agama Islam, hakim, diplomatik dan
perang. Sultan Melaka tinggal di istana bersama-sama dengan keluarga baginda yang
dipanggil sebagai kerabat diraja.

Konsep raja pada asasnya diambil daripada tradisi kepercayaan agama Hindu yang
dikatakan sebagai berketurunan dewa-dewa atau tuhan-tuhan yang disebut sebagai
Devaraja. Hal ini terkandung di dalam Hikayat Pendawa Lima yang merupakan saduran
dari kitab Mahabhrata (Shellabear, 1961). Namun begitu, “pandangan dunia” ini telah
berubah berikutan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu ini. Sehubungan dengan
syariat Islam yang diamalkan oleh orang Melayu pada zaman itu, kedudukan raja-raja yang
dikatakan sebagai dewa-dewa telah digantikan dengan status khalifah Allah di muka bumi.
Gelaran raja telah digantikan dengan gelaran sultan yang berasal dari perkataan Arab yang
bermaksud pemerintah. Namun begitu ketinggian kuasa sultan sebagai punca kuasa dalam
sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu tradisional terus kekal dan dilindungi
oleh 2 elemen sosial utama iaitu daulat dan derhaka.

Konsep daulat merupakan satu elemen spiritual yang merupakan tonggak kedaulatan raja.
Menurut Zainal Abidin (1971), unsur daulat memberikan raja-raja Melayu banyak hak dan
kemudahan serta meletakkan mereka di tempat yang lebih tinggi daripada rakyatnya. Ia
telah menyebabkan mereka tidak boleh kritik. Tanggapan daulat juga bermakna kesetiaan
yang mutlak daripada rakyatnya. Daulat juga merupakan perlambangan terhadap kuasa
dan keutuhan serta kewibawaan yang dimiliki oleh mereka. Konsep daulat adalah
segandingan dengan konsep derhaka. Konsep daulat dan derhaka bermula melalui legenda
waadat (persetiaan) antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba (Shellabear, 1975).
Dalam perjanjian ini, Demang Lebar Daun yang mewakili pihak rakyat memohon agar
pihak raja (Sang Sapurba) agar menjaga hak rakyat sebagaimana mengikut hukum syarak.
Manakala pihak raja menuntut pihak rakyat iaitu anak cucu Demang Lebar Daun tidak
boleh sekali-kali menderhaka kepada raja. Demang Lebar Daun bersetuju dengan
permintaan tersebut dan menegaskan sekiranya pihak raja yang terlebih dahulu
mengingkari perjanjian ini, maka pihak rakyat juga akan turut mengingkarinya. Mana-
mana pihak yang mengingkari perjanjian ini akan ditimpa bencana. Persetiaan yang
dianggap sebagai satu kontrak sosial antara raja dengan rakyat disifatkan oleh Haron Daud
sebagai satu persetiaan yang longgar kerana kedua-dua pihak iaitu pihak raja dan pihak
rakyat tidak sanggup untuk memainkan peranan masing-masing sebagaimana sepatutnya.

Sesuai dengan kedudukan sebagai pemerintah, raja-raja juga mempunyai peruntukan khas
yang istimewa meliputi perkara yang berkait dengan adat-istiadat, bahasa dan istilah,
perhiasan diri, pakaian, senjata, warna-warna dan lain-lain lagi. Peruntukan ini tidak boleh
digunakan atau dipakai oleh rakyat biasa.

21
“Syahdan, bagindalah yang meletak/akan adat raja-raja. Kekuningan menjadi
larangan. Tiada dapat dipakai oleh orang-orang keluaran; dan tiada dapat dibuat
sapu tangan dan dibuat tirai tabir langit-langit, ulasan {b=alasan} pakai bantal
besar, tilam atau bingkisan barang-barang, tiada boleh periasan {b=perhiasan}
rumah.”
(Muhammad Yusoff, 2015)

Sementara itu sistem perwarisan takhta pemerintahan dalam sistem beraja Melayu
tradisional dalam kerajaan Melayu Melaka, ia berdasarkan kepada sistem patrimonial iaitu
keturunan sebelah bapa. Anak-anak lelaki menjadi tonggak kepada penggantian kuasa
mengikut ketetapan Adat Temenggung. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, maka
takhta baginda diserahkan kepada saudara lelaki sultan.

Pembesar

Golongan kedua terpenting dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional adalah
pembesar. Mereka merupakan penyambung hubungan raja dengan rakyat melalui peranan
mereka dalam pentadbiran negara. Dalam konteks ini, Kerajaan Melayu Melaka
mengamalkan sistem ‘Empat Lipatan’ iaitu sistem terawal dalam sejarah perkembangan
politik tradisional Melayu. Sistem ini dimulai dengan Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana. Seterusnya Pembesar Empat ini dibantu oleh Pembesar
Lapan, Pembesar 16 dan Pembesar 32 serta Pembesar 64 Lapis.

Bendahara merupakan tonggak jentera pentadbiran negara. Bendahara juga bertanggung-


jawab menyelia hampir kesemua hal ehwal negara dan dibantu oleh pembesar-pembesar
yang lain. Taraf Bendahara juga sangat tinggi dan sekiranya ketiadaan raja, Bendahara
bertanggungjawab memangku jawatan tersebut dengan dibantu oleh Penghulu Bendahari.
Bendahara juga mengepalai angkatan tentera dalam sebarang peperangan ke atas negeri
lain atau pun menangkis serangan dari luar. Pada kebiasaannya Bendahara merupakan
tokoh yang berani dan mempunyai darah kepahlawanan yang tinggi. Hierarki kedua dalam
sistem pembesar negeri diduduki oleh Penghulu Bendahari. Dalam aspek keselamatan pula
tanggungjawab dalam bidang ini dipikul oleh Temenggung. Tugas Temenggung dapat
disifatkan sebagai Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab dalam kebanyakan hal
keselamatan negeri. Berhubung dengan tugas dalam mengawal sepadan dan perairan
negara, peranan ini dipikul oleh Laksamana.

Unit kedua dalam sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu tradisi ialah
pembesar atau golongan bangsawan. Kuasa pembesar daerah ditauliahkan oleh raja
ataupun sultan. Mereka berperanan menjalankan keadilan, memungut hasil dan
menjalankan perintah raja ataupun sultan. Pembesar negeri merupakan sebahagian dari
pemerintah negeri. Menurut J.M. Gullick terdapat tiga unsur dalam golongan pemerintah
iaitu kerabat diraja, kerabat am dan rakyat. Kerabat diraja dan kerabat am mendapat
kedudukan daripada keturunan sedangkan rakyat merupakan golongan yang mendapat
keistimewaan melalui jawatan tertentu dan juga ulama (Gullick, 1969; Amarjit Kaur, 1991).
Tugas-tugas utama pembesar adalah memungut hasil dari kawasan mereka tadbir dan
22
memungut cukai dan ufti. Golongan pembesar juga berkuasa menggunakan buruh paksa
dalam kalangan penduduk di bawah sistem kerah.

Daerah ditadbir oleh seorang pembesar dan tugasnya secara umum ialah membantu sultan
dalam pemerintahan negara. Sebagai golongan penting dalam sesebuah kerajaan,
kebanyakan daripada pembesar Melayu mendapat banyak keistimewaan seperti
penguasaan terhadap daerah yang tertentu dan hak mengutip cukai sebagai sumber
mendapatkan tetap mereka. Selain itu, setiap pembesar Melayu mempunyai pengikut
masing-masing. Mengikut Gullick (1978), kekuatan pembesar bergantung kepada bilangan
pengikutnya dan mereka akan dianggap sebagai lebih berkuasa dan berwibawa sekiranya
mereka mempunyai jumlah pengikut yang lebih ramai. Para pengikut mereka boleh terdiri
dari kaum kerabat sendiri, hulubalang atau askar-askar, petani, pelombong dan juga
hamba. Mereka merupakan penyumbang tenaga yang paling utama bagi golongan
pembesar Melayu yang bekerja secara sukarela. Sebagai balasannya, mereka akan
mendapat perlindungan daripada pembesar.

Para pembesar merupakan sebahagian daripada golongan bangsawan yang berada dalam
dua hierarki iaitu golongan yang diperintah dan golongan yang memerintah dalam sistem
politik masyarakat Melayu tradisional. Dalam sistem masyarakat Melayu Melaka gelaran
yang dipakai oleh para pembesar adalah merujuk kepada jawatan mereka. Antaranya ialah
Bendahara bergelar Seriwa Raja, Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja dan Penghulu
Bendahari bergelar Seri Nara Diraja (Muhammad Yusoff, 2015).

Golongan Rakyat

Melaka pada awalnya hanya merupakan penempatan Orang Laut yang menjalankan
kehidupan sebagai nelayan dan petani. Berikutan dengan pertapakan kerajaan awal yang
diketuai oleh Parameswara, jumlah penduduk Melaka dikatakan pada awalnya hanya
berjumlah 1,000 orang meningkat kepada 40,000 orang dan dikatakan sebelum Melaka
jatuh ke tangan Portugis, jumlah penduduk Melaka adalah seramai 190,000 orang. Ciri
kosmopolitan yang terdapat di Melaka juga digambarkan oleh Tome Pires dalam Suma
Oriental yang menyatakan bahawa terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kerajaan dan pentadbiran. Selain itu, bahasa Melayu
juga telah dijadikan sebagai lingua franca di rantau ini pada zaman tersebut (Zainal Abidin,
1997). Rakyat di Melaka dibahagikan kepada empat golongan iaitu golongan bangsawan,
golongan pertengahan dan golongan bawahan serta golongan hamba.

Golongan Pertengahan

Tahukah anda di zaman kegemilangan kerajaan Melaka muncul satu kumpulan rakyat yang
bebas dan merdeka yang menjadi penghubung di antara rakyat tempatan dan para
pedagang asing, mampu berurus niaga dengan cekap dan menguasai beberapa bahasa.
Mereka boleh disifatkan sebagai golongan pertengahan kerana taraf ekonomi yang lebih
tinggi tetapi mereka tidak mempunyai kuasa politik Mereka ialah saudagar-saudagar
tempatan, nakhoda, pegawai kerajaan, sida-sida, bentara, ceteria, hulubalang, pemungut
cukai dan anak-anak tuan serta saudagar asing. Kumpulan yang menjadi perantara di
23
antara pedagang-pedagang asing dengan penduduk tempatan dikenali sebagai “kiwi”.
Mereka merupakan kumpulan giat dan mahir menjalankan urusan jual beli (Zainal Abidin,
1996). Kebiasaannya “kiwi” menguasai beberapa bahasa asing bagi membolehkan mereka
berhubung dengan pedagang-pedagang luar.

Golongan pertengahan yang telah muncul berikutan dengan perkembangan agama Islam di
Melaka ialah ulama. Mereka memainkan peranan yang penting sebagai penasihat Sultan
Pada peringkat awal perkembangan dan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu,
kebanyakan ulama terdiri dari para mubaligh dan saudagar-saudagar Arab. Mereka telah
tiba di sini disebabkan oleh tujuan perdagangan dan juga penyebaran agama Islam. Pada
zaman sebelum agama Islam bertapak kukuh dan diterima menjadi agama rasmi bagi
negeri-negeri Melayu, peranan ulama tidak begitu penting dan hanya khusus bagi
penyebaran agama Islam sahaja. Namun demikian, apabila Sultan Muzaffar Shah menaiki
takhta kerajaan Melaka dan menerima Islam sebagai agama rasmi, peranan ulama telah
menjadi penting sama dengan kepentingan politik dan pentadbiran negara yang lain. Pada
masa inilah kita dapati peranan ulama istana di Melaka seperti Maulana Sadar Jahan dan
Maulana Abu Bakar sangat menonjol terutama dalam memberikan pandangan nasihat
mengenai perkara yang berkaitan dengan agama kepada Sultan. Sejarah Melayu banyak
mencatatkan peranan-peranan yang dimainkan oleh golongan ini di sepanjang sejarah
kegemilangan Melayu Melaka.

Golongan Bawahan

Golongan rakyat merupakan jumlah terbesar penduduk dan mereka boleh dibahagikan
kepada beberapa kumpulan iaitu pertama, petani, nelayan dan utas, kedua terdiri daripada
kumpulan pedagang manakala kumpulan ketiga terdiri daripada hamba. Dalam zaman
kerajaan Melayu tradisional, rakyat merupakan asas kepada kekuatan bagi sesebuah
kerajaan. Oleh yang demikian, mana-mana negeri yang mempunyai jumlah rakyat negeri
yang ramai dianggap sebagai lebih kuat berbanding dengan negeri-negeri lain. Dalam soal
ini Melaka merupakan kerajaan Melayu yang terkuat berasaskan kepada jumlah rakyatnya
pada awal kurun ke-16 adalah seramai sembilan belas laksa ataupun 190,000 orang.
Jumlah ini adalah bagi bandar Melaka sahaja dan tidak termasuk jumlah kesemua rakyat
jelata di seluruh jajahan takluk Melaka (Zainal Abidin, 1996).

Sementara itu golongan yang diperintah dari kelompok rakyat pula terdiri daripada dua
kumpulan iaitu rakyat peribumi dan rakyat asing. Rakyat peribumi terdiri dari mereka
yang merupakan suku-sakat keturunan bangsa Melayu di Kepulauan Melayu. Mereka
antara lain adalah orang Melayu jati, Minangkabau, Jawa, Mendahiling, Orang Laut dan
Orang Asli. Manakala rakyat asing pula ialah mereka yang terdiri dari penghijrah luar dan
datang bermastautin di negeri-negeri Melayu. Contoh yang paling jelas ialah orang-orang
Arab, India, Cina, Farsi dan lain-lain lagi. Kehadiran mereka ke negeri-negeri Melayu
adalah untuk tujuan perdagangan dan pengembangan agama Islam. Mereka kemudiannya
telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan membentuk generasi berdarah
keturunan yang dikenali sebagai “darah keturunan Arab”, “darah keturunan Keling” dan
lain-lain lagi.

24
Dalam zaman tradisional rakyat wajib menyumbangkan tenaga secara percuma kepada
golongan pemerintah. Khidmat tenaga dikenali sebagai sistem kerja kerah untuk
kepentingan pihak pemerintah. Menurut Abu Talib dan Cheah Boon Kheng (1995), sistem
ini merupakan sebahagian daripada ciri feudalisme dalam masyarakat Melayu tradisional.
Pihak rakyat perlu akur walaupun sistem kerah sering mengganggu kegiatan ekonomi
mereka seharian. Sesetengah sarjana mendakwa bahawa sistem ini juga bertanggung
jawab ke atas kemunduran ekonomi masyarakat Melayu tradisional kena golongan rakyat
perlu mengutamakan kerja-kerja yang diwajibkan ke atas mereka oleh para pembesar
berbanding dengan kerja-kerja mereka sendiri untuk menyara keluarga.

Golongan Hamba

Masyarakat Melayu tradisional turut mempunyai kumpulan sosial yang dikenali sebagai
hamba. Dalam konteks perspektif sosioekonomi masyarakat Melayu pada zaman tersebut,
hamba merupakan golongan yang tidak berkemampuan terhadap beberapa tuntutan
masyarakat pada zaman tersebut dari segi keperluan harian mereka, bebanan hutang dan
beberapa perkara lain yang berkaitan dengan amalan sosial semasa. Menurut Mohd Taib
(1989), hamba dianggap sebagai individu yang merupakan keupayaan orang lain dari segi
undang-undang dan adat, mereka tidak mempunyai sebarang hak dan dianggap sebagai
barangan yang boleh dipindah-pindahkan. Institusi perhambaan merupakan amalan
kemasyarakatan yang dilakukan sejak zaman pra-Melaka lagi. Institusi ini juga turut
menjadi sebahagian daripada lambang status dan kuasa para pemerintah dan pembesar
zaman tradisional.

Golongan ini merupakan satu kelas yang terpisah dan merupakan kelas yang khusus dan
ada kalanya tergolong dalam golongan rakyat biasa. Sistem perhambaan dalam masyarakat
Melayu tradisional lebih merupakan satu bentuk ikatan sosial yang berlaku terutamanya di
antara golongan pemerintah dengan mereka. Tugas seorang hamba meliputi segala kerja
yang disuruh oleh tuan domestik bagi hamba-hamba wanita dan kerja-kerja pertanian dan
perburuhan bagi hamba-hamba lelaki. Sesetengah dari hamba-hamba wanita yang cantik
telah menjadi gundik kepada pembesar dan juga raja Melayu dahulu. Jenis-jenis hamba lain
ialah hamba tawanan, hamba diranggah, hamba serah, hamba berhutang, hamba waris,
hamba bayar dan anak mas.

Keunikan yang terdapat dalam institusi perhambaan yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu tradisional ialah hanya orang bukan Islam boleh dijadikan hamba abdi dan orang
Muslim dilarang memperhambakan orang Muslim yang lain. Sementara itu seorang
pembesar yang berhutang kepada penaungnya biasanya tidak dianggap orang berhutang.
Hal ini merupakan satu contoh penebusan konsep status dalam sistem sosial orang Melayu
(Gullick, 1978).

25
ADAT DAN UNDANG-UNDANG

Adat-adat Melayu

Dari segi sejarah, adat istiadat Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu. Perkara ini
ditegaskan oleh Haziyah dan rakan-rakan yang menyatakan:

Historically, Hinduism had a major influence on the development of culture in the


Malay world. This distinctive influence in the socio-cultural formation of Malay
society had remained from the Hindu period (”periode Hindu”) that began during
the first century. Elements of Hindu culture which had a deep and lasting effect
on the socio-culture of Malay society encompassed literature, religion and beliefs.
(Haziyah Hussin et.al, 2017)

Masyarakat Melayu tradisional merupakan kelompok masyarakat yang sangat


mementingkan adat. Ia digambarkan dengan jelas melalui pepatah yang dipegang kuat oleh
mereka dan berbunyi “biar mati anak, jangan mati adat”. Dalam masyarakat Melayu
terdapat amalan adat yang dilakukan bagi setiap tahap dalam proses kehidupan individu.
Ia bermula dengan amalan adat melenggang perut bagi ibu-ibu yang hamil, menyambut
kelahiran bayi, mencukur rambut, berkhatan, merisik, bertunang, adat-adat perkahwinan
dan adat-adat berkabung apabila seseorang ahli keluarga atau ahli masyarakat meninggal
dunia dan lain-lain. Adat-adat ini menjadi sebahagian dari kehidupan mereka dan yang
paling penting sekali ialah melambangkan nilai hidup dan pemikiran masyarakat Melayu
tradisional. Dari segi pengamalannya pula sebahagian dari adat-adat ini menyalahi hukum-
hukum agama Islam kerana ia bercampur baur dengan kepercayaan animisme yang
dipegang kuat oleh masyarakat Melayu pada zaman tersebut.

Adat Perpatih

Adat Perpatih merupakan adat berasal dari Sumatera dan dibawa oleh orang-orang
Minangkabau yang telah berhijrah ke Tanah Melayu di sekitar abad yang ke-12 dan ke-13.
Orang Minang tergolong ke dalam kelompok manusia yang paling banyak bergerak.
Pergerakan ini mengikut konsep budaya Minangkabau diistilahkan sebagai “merantau”.
Generasi muda Minangkabau sentiasa digalakkan untuk keluar mencari kekayaan dengan
tujuan memperkukuhkan martabat kaum kerabat agar sama atau melebihi kaum kerabat
orang lain. Anjuran dasar supaya setiap orang mencari kekayaan ini telah dipantunkan
sebagai berikut (Norhalim; 46:1995):

Apo gunanyo kabau bertali,


Usah dipauik di pamatang,
Pauikkan sajo di tangah padang,
Apo gunonyo badan mencari,
Iyo pamagang sawah jo lading,
Nan mambelo sanak kandueng

26
Mengikut Norhalim lagi, kemungkinan penghijrahan orang Minangkabau berlaku sejak
awal sebelum terbinanya Candi Muara Takuih sekitar abad ke-12 hingga ke-13. Keadaan
huru-hara di kampung halaman mereka di Luak Nan Tigo menjadi faktor pendorong untuk
mereka berhijrah keluar. Dari segi kedatangan mereka ke Tanah Melayu, terdapat dua
golongan utama, iaitu:

(i) Mereka yang datang dengan tujuan untuk mencari penempatan baru; dan
(ii) Mereka yang datang untuk berniaga.

Adat Perpatih telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh Sultan Balun atau lebih dikenali
sebagai Datuk Perpatih Nan Sebatang. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan
kawasan tertentu terutama di Melaka seperti Naning. Adat Perpatih merupakan
sekumpulan pepatah dan hukum-hukum dalam Adat Perpatih tidak bertulis tetapi dihafal
oleh Ketua Adat. Adat ini sangat disanjung dan diikuti. Susunan hukum dan adat ini
dikenali sebagai Ketua Pembilang Adat. Hukum dalam Adat Perpatih berdasarkan dua
sumber iaitu:

(i) Resam dan adat-temurun yang diwarisi; dan


(ii) Hukum syarak yang dipetik daripada Mazhab Shafie.

Adat Perpatih bukanlah sekadar kebiasaan cara hidup sahaja bahkan meliputi bidang yang
lebih luas yang merangkumi seluruh aspek yang berkait rapat dengan keperluan dan
tindakan-tindakan serta perilaku individu dan masyarakat. Pada umumnya, Adat Perpatih
ini merupakan satu peraturan hidup yang berlandaskan kepentingan hidup bersama,
bergotong royong dan berdemokrasi, merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat
termasuklah undang-undang pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian
harta pusaka, penyusunan prinsip-prinsip nikah kahwin dan lain-lain lagi. Oleh sebab
segala peraturan yang terdapat dalam adat ini begitu terperinci maka ia juga boleh
dikategorikan sebagai sebuah perlembagaan. Antara perkara penting yang diutamakan
dalam Adat Perpatih termasuk soal-soal pemerintahan, bentuk hukuman, jurai keturunan
dan perwarisan harta. Selain itu adat ini juga amat mementingkan prinsip demokrasi dan
permuafakatan. Kehadiran mereka ke Negeri Sembilan telah membentuk identiti khusus
bagi negeri itu dalam semua aspek politik dan sosial termasuk seni bina.

Adat Temenggung

Adat Temenggung juga dibawa ke negara ini dari Palembang dan dikatakan juga berasal
dari Minangkabau. Adat Temenggung telah diasaskan oleh Dato’ Ketemenggungan dari
Minangkabau iaitu saudara kepada Dato’ Perpatih Pinang Sebatang. Adat yang dikatakan
bermula dari Melaka telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-15 dan
telah berkembang di seluruh Negeri-Negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan (Azmah Manaf,
2001). Adat Temenggung bukan merupakan adat yang berasal dari negeri-negeri Melayu.
Adalah dipercayai bahawa adat ini mengalami pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan
suasana, cita rasa dan adat Melayu yang telah sedia diamalkan oleh masyarakat Melayu
ketika itu.

27
Pada awalnya adat ini banyak menerima pengaruh unsur-unsur Hindu terutamanya dalam
Undang-Undang Manu. Apabila Islam berkembang, Adat Temenggung menerima pengaruh
Islam melalui hukum-hukum syarak dalam Mazhab Syafie. Kebanyakan negeri-negeri
Melayu mengamalkan Adat Temenggung dalam hal ehwal politik dan pentadbiran
mahupun dalam adat-adat seharian.

Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka merupakan dokumen yang sah bagi kerajaan Melayu Melaka dan
digunakan sebagai dokumen kerajaan bagi mengatur pentadbiran negeri. Hukum Kanun
Melaka juga merupakan rangka dasar yang sangat penting bagi kebanyakan undang-
undang di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang
Johor, Undang-Undang Inderagiri, Undang-Undang Riau dan lain-lain lagi. Dari segi teori,
wilayah-wilayah dalam empayar Melaka itu tertakluk kepada Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Kelautan Melaka. Kedua-dua hukum ini adalah meliputi semua keadaan
kemasyarakatan dalam kurun ke-15. Hukum Kanun Melaka (Undang-Undang Melaka)
adalah teks undang-undang yang mempunyai 44 fasal yang dipecahkan kepada tambahan-
tambahan dan pecahan-pecahan yang lebih kecil. Ia merupakan satu cara pemerintahan
yang ditulis semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422-44) dan telah
diperkembangkan oleh Sultan Muzaffar Syah (1445-58). Terdapat beberapa bahagian
dalam Hukum Kanun Melaka dikenali sebagai:

(i) Isi utama Hukum Kanun Melaka.


(ii) Undang-Undang Laut.
(iii) Undang-Undang Perkahwinan Muslim.
(iv) Undang-Undang Jualan dan Peraturan Muslim.
(v) Undang-Undang Negeri.
(vi) Undang-Undang Johor.

SISTEM EKONOMI

Sistem ekonomi pada zaman Melayu tradisional bercorak ekonomi pertanian dan
perdagangan. Secara tipikalnya, kegiatan ekonomi pada zaman ini dijalankan dalam bentuk
secukup hidup. Walaupun terdapat ekonomi perdagangan, ia lebih merupakan kegiatan
jual beli yang berasaskan sistem barter atau kaedah tukar barang. Pertukaran adalah dalam
bentuk yang ringkas sama ada secara terus ataupun melalui perantara. Sistem ekonomi
pada zaman ini juga banyak dihidupkan oleh semangat gotong royong yang menjadi
sebahagian daripada kehidupan masyarakat Melayu tradisional.

Ekonomi Sara diri

Masyarakat Melayu tradisional juga merupakan masyarakat pertanian dan bidang


pengeluarannya bergantung kepada unit keluarga sebagai satu unit asas pengeluaran dan
kerana itu penghasilan akan juga bergantung kepada keluasan tanah (A. Aziz, 1994).
Sementara itu bagi penduduk yang tinggal di sepanjang pinggir sungai atau laut pula,
mereka biasanya mencari rezeki dengan menangkap hidupan laut. Salah satu jenis hasil
28
laut yang cukup penting ialah karang. Permintaan terhadap hasil-hasil laut semakin
bertambah akibat perkembangan pasaran China.

Bagi penduduk yang tinggal di pedalaman kegiatan utama mereka ialah mengumpulkan
hasil-hasil hutan. Hasil-hasil ini juga merupakan menyumbang kepada perkembangan
perdagangan antarabangsa di rantau ini kerana sumber-sumber semula jadi di kepulauan
Melayu telah membekalkan banyak barang dagangan dalam kegiatan perdagangan
khususnya di Melaka. Kebanyakan dari mereka merupakan orang-orang Asli yang
mempunyai kemahiran mengenali spesies pokok dan menentukan kegunaannya. Sumber
yang paling penting sekali ialah hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan yang dijadikan
sebagai bahan pewangi seperti kayu cendana, rotan dan hasil-hasil yang lain.

Orang-orang Melayu pula bertindak sebagai orang tengah dalam mendapatkan bekalan
hasil-hasil hutan ini daripada orang Asli dan seterusnya menjual kepada pedagang-
pedagang. Adalah dipercayai satu saluran perdagangan dalaman sudah wujud di antara
hutan dengan kawasan luar. Selain daripada hasil-hasil hutan, Tanah Melayu juga kaya
dengan bahan-bahan galian terutamanya emas dan bijih timah. Oleh itu, banyak penduduk
tempatan menjadi pelombong-pelombong. Pada masa itu, kepulauan Melayu adalah sangat
terkenal dengan pengeluaran emasnya dan sehubungan dengan itu ia juga dikenali sebagai
Golden Khersonese atau Semenanjung Emas.

Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan antarabangsa mula menjadi salah satu bidang ekonomi yang penting di
kalangan masyarakat Melayu tradisional pada awal abad ke-15. Ia juga menjadi
penyumbang besar terhadap kebangkitan Melaka sebagai sebuah pusat kuasa bagi
empayar Melayu-Islam di Nusantara. Duarte Barbosa, seorang pengarang Portugis telah
menyatakan bahawa Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang mempunyai bilangan
pedagang dan kapal yang banyak sekali di dunia ini. Sejarah Melayu turut menceritakan
tentang kebesaran Melaka sebagai pusat perdagangan. Antaranya seperti berikut:

Ada pun zaman itu negeri Melaka terlalu sa-kali ramainya, segala dagang pun
berkampung; maka dari Ayer Leleh datang ka-Kuala Muar pasar tiada
berputusan lagi, dari Kapong Keling datang ka-Kuala Penajoh itu pun tiada
berputusan; jika orang dari Melaka datang ka-Jugra tiada membawa api lagi,
barang di-mana berhenti di sana ada-lah rumah orang; dari sa-belah sini hingga
datang ka-Batu Pahatdemikian juga, kerana masa itu ra’yat Melaka Sembilan
belas laksa banyak-nya di-dalam negeri juga.
(Sejarah Melayu, 1961; 287)

Dalam Sejarah Melayu banyak bahagian yang menyatakan mengenai kemasyhuran Melaka
kepada dunia luar. Kegemilangan dan kemasyhuran ini juga menyebabkan Melaka telah
mendapat pelbagai gelaran dari pedagang-pedagang asing. Orang-orang Arab memanggil
Melaka sebagai Malakat yang bermaksud tempat perhimpunan segala dagang. Ada juga di
kalangan mereka menggelarkan Melaka sebagai mulagah yang memberikan maksud yang

29
sama. Dalam dokumen-dokumen persejarahan China sumber-sumber mengenai Melaka
juga banyak dibincangkan. Antaranya ialah nama Melaka dikenali sebagai Man La Chia.

Dalam sumber-sumber pensejarahan China juga dihuraikan mengenai kedudukan Melaka


pada zaman awalnya. Menurut sumber ini, Melaka pada mulanya merupakan sebuah pulau
kecil yang menjadi tempat berjual-beli. Keadaan Melaka pada masa itu sempit dan tidak
banyak kawasan yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Kemudian kedudukan Melaka telah
dialihkan ke kawasan baru iaitu di muara Sungai Bertam atau Sungai Melaka yang
merupakan tempat yang lebih luas dan sesuai untuk aktiviti pertanian dan juga begitu
strategik bagi kegiatan perdagangan. Menurut sumber China lagi, Melaka kemudiannya
semakin berkembang dan diketahui oleh para pedagang luar serta menjadi sebuah
pelabuhan entrepot. Antara barangan yang giat diperdagangkan di sini seperti timah,
cendana, gading, lada hitam dan bahan-bahan hutan. Pada masa ini juga logam timah telah
digunakan sebagai mata wang dan ukuran menilai harga. Namun demikian perniagaan
yang menggunakan sistem tukar barang ataupun sistem barter juga merupakan cara
perniagaan yang digunakan secara meluas.

Kejayaan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot bermula apabila Parameswara yang
kemudiannya bergelar Iskandar Syah memeluk agama Islam. Langkah ini telah berjaya
menarik pedagang-pedagang Islam untuk datang berniaga di pelabuhan Melaka. Faktor
Islam telah menarik ramai saudagar Islam ke Melaka kerana perdagangan di Lautan Hindi
dikuasai oleh orang Islam seterusnya membawa kepada pengembangan Islam ke seluruh
Tanah Melayu dan Nusantara. Kecekapan sistem pentadbiran termasuk sistem cukai telah
menjadikan Melaka sebagai pelabuhan terpenting di rantau Asia Tenggara pada abad ke-
15. Contohnya,cukai ke atas perdagangan adalah tetap dan adil, iaitu 6 peratus untuk
kapal-kapal asing dan 3 peratus untuk kapal-kapal tempatan. Manakala pedagang dari
Timur seperti China, Jepun, Jawa dan Maluku tidak perlu membayar cukai tetapi
dikehendaki memberikan hadiah (Zainal Abidin, 1997).

Hubungan diplomatik yang diasaskan dengan negeri China memberi jaminan keselamatan
ke Melaka kerana berhubungan rapat dengan sebuah kuasa besar di rantau ini. Penguasaan
politik Melaka ke atas negara-negara sekitar telah menyebabkan wilayah-wilayah
naungannya turut menyumbang kepada perdagangan negeri itu. Di samping itu, faktor
geografi yang meletakkan Melaka di Selat Melaka iaitu jalan utama bagi jalinan
perdagangan Timur-Barat telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan yang paling
strategik kedudukannya. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada angin monsun dan
selat yang sempit memudahkan angkatan laut empayar Melaka mengawal kegiatan
pelanunan di kawasan itu. Hubungan diplomatik dengan kerajaan China yang memberikan
jaminan terhadap keselamatan Melaka turut menyumbang kepada kemajuan perdagangan
Melaka. Kedudukan geografi ini merupakan faktor semula jadi yang dimiliki oleh
Semenanjung Tanah Melayu. Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu di tengah-tengah
laluan antara dua peradaban besar Asia iaitu China dan India memberikan banyak
kelebihan dari sudut perdagangan dan kebudayaan.

30
SISTEM KEPERCAYAAN

Animisme

Kepercayaan beragama telah menjadi agen pengubah sosial yang sangat penting bagi
masyarakat Melayu tradisional terutama dalam membetulkan akidah mereka. Kepercayaan
pertama orang Melayu ialah animisme. Animisme membawa maksud kepercayaan kepada
makhluk-makhluk halus. Ia merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh
dalam pemikiran manusia primitif

Oleh sebab kepercayaan yang mendalam terhadap kuasa-kuasa ghaib ini maka muncul satu
pihak yang berperanan menjadi perantara bagi penduduk dengan kuasa-kuasa tersebut.
Mereka dikenali sebagai bomoh dan pawang. Mereka mempunyai kebolehan dalam
menghubungkan kuasa-kuasa ghaib dengan orang yang memerlukannya dan juga
mententeramkan gangguan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa itu terhadap anak-anak kecil
contohnya. Oleh sebab kepentingan peranannya dalam agak besar maka kedudukan
mereka juga menjadi penting dan dihormati.

Agama Islam

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut agama Hindu dan Buddha yang
berasal dari India. Walaupun agama terawal di alam Melayu ini muncul, namun sebahagian
dari penduduk tempatan tetap mengamalkan kepercayaan animisme. Ini kerana
kepercayaan Hindu-Buddha hanya menjadi amalan golongan pemerintah sahaja dan bukan
dalam kalangan rakyat biasa. Pengaruh agama Hindu ataupun Hinduisme mempengaruhi
masyarakat pada zaman tersebut dalam setiap aspek kehidupan terutamanya dalam aspek
adat istiadat. Singkritisme beragama telah menyebabkan kepercayaan animisme, Hindu
dan kemudiannya Islam bercampur baur dalam beberapa amalan seperti pantang larang
Melayu, adat perbomohan, kepercayaan kepada semangat dan lain-lain lagi.

Namun begitu, perkembangan sejarah tamadun Melayu seterusnya memperlihatkan


kedatangan dan perkembangan agama Islam pada abad ke-13M. Ia telah memberikan
kesan yang besar dari segi amalan beragama dan juga “pandangan dunia” masyarakat
Melayu pada zaman itu. Sehubungan dengan kedatangan Islam juga pengaruh Hindu-
Buddha dan animisme semakin luntur dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dari segi kemasukan Islam pula, terdapat banyak pandangan yang diberikan mengenai
kemasukan Islam ke Tanah Melayu khususnya dan alam Melayu amnya. Namun demikian
boleh dikatakan bahawa kemasukan Islam ke negara ini adalah melalui dua cara utama
iaitu perdagangan dan gerakan dakwah. Dari segi dakwah Islamiah di Tanah Melayu,
banyak pandangan yang menyatakan bahawa peranan ini dimainkan dengan begitu
berkesan oleh para pedagang dari Semenanjung Tanah Arab. Walaupun begitu, sebenarnya
hubungan antara bangsa Arab terutamanya di kalangan para pedagang ini dengan
penduduk di Kepulauan Melayu telah wujud sebelum kemunculan agama Islam lagi. Pada
masa ini juga para pedagang Arab telah merentasi jalan darat dan laut untuk datang
berdagang ke rantau ini. Peranan utama mereka dalam konteks perdagangan adalah
31
sebagai orang tengah di antara saudagar-saudagar Eropah dengan Asia dari Benua India
dan Barat Kepulauan Melayu.

Bukti terawal kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu adalah berikutan dengan
penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303/702H dengan tulisan Melayu
Arab (A. Aziz, 1994). Ramai pengkaji sejarah telah bersetuju bahawa perhubungan Arab–
Parsi dengan rantau ini telah berlaku sejak sekian lama dan menyumbang kepada
penyebaran agama Islam walaupun kepentingan perniagaan merupakan tujuan utama
dalam hubungan ini. Apabila Melaka telah muncul sebagai pelabuhan entrepot yang
paling utama menjelang pada 14 dan ke 15 masehi maka peranan pedagang-pedagang
Islam Arab ini menjadi sangat penting terutama dalam meluaskan ajaran Islam di kalangan
penduduk Melayu di Melaka dan kawasan sekitarnya pada masa itu.

Penerimaan masyarakat Melayu tradisi terhadap ajaran Islam telah memberikan kesan
yang sangat besar terhadap sistem politik ekonomi dan sosial masyarakat pada zaman itu.
Selain dari memperbetulkan akidah orang Melayu, akidah Islam juga telah berjaya
mengubah tatacara bernegara masyarakat Melayu. Kedatangan Islam telah
memperbetulkan doktrin sistem pemerintahan berunsurkan agama Hindu yang
menganggap raja sebagai berketurunan dewa-dewa. Berikutan dengan kedatangan Islam
juga, gelaran pemerintah-pemerintah Melayu telah ditukarkan dari raja kepada sultan.
Selain itu, dalam aspek pentadbiran, Islam telah memainkan peranan yang sangat penting.
Kesultanan Melayu Melaka telah memperlihatkan dominasi Islam dalam banyak aspek
contohnya dalam Hukum Kanun Melaka. Antara yang disentuh dalam hukum tersebut ialah
aspek-aspek seperti hukuman yang bersabit dengan perbuatan zina, membunuh,
memfitnah, minum arak, murtad dan lain-lain.

Banyak faktor yang telah menyebabkan masyarakat Melayu menerima Islam sebagai
agama anutan mereka. Antara lain ialah sifat ajaran Islam itu sendiri yang menekankan
keadilan, kesamaan dan bersifat sederhana. Selain itu, peranan pemerintah juga penting.
Contohnya, berikutan dengan pemeluknya agama Islam oleh Parameswara, maka kita
dapati langkah ini diikuti oleh sebilangan besar rakyat Melaka. Faktor-faktor lain ialah
peranan dan sikap gigih para pendakwah Islam juga turut mempengaruhi penyebaran dan
penerimaan agama Islam oleh masyarakat setempat.

Agama Islam juga telah memberikan identiti khusus terhadap nilai keMelayuan dari segi
bangsa. Sejak zaman tradisional lagi, Islam adalah agama bagi orang Melayu. Kekuatan
Islam sebagai tonggak kebangsaan Melayu ditambah lagi dengan kewujudan tulisan Jawi
sebagai medium ilmu dan digunakan dalam urusan pentadbiran di Melaka semasa zaman
kegemilangannya.

32
KESIMPULAN

Masyarakat Melayu tradisi merupakan akar kepada sistem sosiobudaya yang ada di negara
kita hari ini. Sebagai sebuah tamadun, masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai
peraturan sosial yang jelas dan mencerminkan identiti bangsa Melayu pada masa itu dari
aspek politik, ekonomi dan sosial. Perkara ini digambarkan dengan jelas dalam tamadun
kerajaan Melayu Melaka yang menjadi penanda aras kepada pencapaian masyarakat
Melayu pada zaman tradisional. Kepentingan masyarakat Melayu tradisional telah
membuktikan bahawa pembentukan sistem sosiopolitik dan ekonomi negara telah wujud
sejak zaman sebelum kedatangan kuasa penjajah Eropah ke negara kita lagi Kepentingan
perkara ini ialah unsur-unsur tradisi telah membentuk satu identiti dalam membentuk
rupa bangsa Melayu termasuk dari segi bahasa, sistem kepercayaan, “pandangan dunia”
yang telah membentuk jati diri bangsa Melayu pada masa itu. Berasaskan kepada
kepentingan ini, elemen-elemen seperti pemerintahan beraja, bangsa Melayu dan agama
Islam menjadi asas perundangan di negara kita melalui Perlembagaan Persekutuan 1957
dan teras kenegaraan bagi Malaysia.

33
BAB 3
KOLONIALISME
Haslinda Hasan

PENGENALAN

Kolonialisme adalah suatu perkara buruk atau musibah yang berlaku kepada negara-
negara yang lemah dan senang terpedaya dengan taktik negara yang berkuasa. Malah
ketidakmampuan untuk menghalang penguasaan ini memberi impak penjajahan yang
mendalam sehingga rakyat bangun untuk mengangkat maruah diri seterusnya
menumbuhkan semangat patriotik menentang penjajah. Penjajahan merupakan
penguasaan terhadap sesebuah negara ke atas negara lain. Hal ini diperakui dalam kamus
bahasa Inggeris iaitu penjajahan dan kolonialisme juga membawa maksud yang sama iaitu
penguasaan sesuatu negara ke atas daerah atau bangsa lain. Kolonialisme juga berasal
daripada perkataan colony. Menurut kamus Collins, colony membawa maksud sebuah
negara yang dikuasai oleh sesebuah negara yang lebih berkuasa.

EROPAH DAN KUASA BARAT

Topik kolonialisme lebih menumpukan kepada kuasa Barat iaitu yang berasal dari negara-
negara Eropah seperti Portugal, Belanda, Britain, Perancis, Jerman dan beberapa kuasa lagi.
Kuasa yang paling mendominasi ialah Britain yang mempunyai empayar paling luas di Asia
Tenggara. Sejarah Eropah boleh dilihat dari zaman Helenistik, Pax Romana, Zaman Gelap
dan kemuncak Zaman Pertengahan bagi asal-usul zaman moden di Eropah membawa
kepada Renaissance terus berkembang hingga sekarang (Haslinda, 1999/2000).

Penerokaan dan Pelayaran Orang Eropah

Penerokaan Barat ke Timur dibantu oleh beberapa orang tokoh dan penulisan tentang
pelayaran terutama yang ditulis oleh orang Islam. Ahli pelayaran seperti Al-Mas’udi, Ibn
Battutah dan Ibn Jubayr telah belayar dan menulis tentang pengembaraan mereka.
Misalnya Al-Mas’udi pada abad ke-10 menulis dalam bukunya bertajuk Murui al-Dhahab
menyatakan beliau telah melawat beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu
(Mazidah Ismail, 1999/2000). Ibn Jubayr, Muhammad bin Ahmad, al-Kinani dari Andalus
pula muncul pada abad ke-12 telah menulis karyanya bertajuk Rihlah Ibn Jubayr atau
Perjalanan Ibn Jubayr. Karya beliau ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
berjudul The Travels of Ibn Jubayr yang menceritakan pelayarannya ke Granada hingga
Pulau Crete, melalui pantai Iskandariyah Damsyik dan Acre. Manakala Ibn Batutah muncul
pada abad ke-14 berjaya menjelajah dunia bermula dari Tanjah ke India, dari India ke Asia
Tenggara dan akhirnya ke negara China. Catatan beliau menyentuh bidang politik dan
pentadbiran, ekonomi dan sosial (Azam Hamzah, 1991).

Kejayaan permulaan pelayaran orang Eropah adalah dengan bantuan orang Islam dan ia
dibuktikan pula oleh sumber Portugis iaitu Ibn Majid memiliki sebuah peta laut yang
34
lengkap dan peralatan lain termasuklah sebuah kompas (Mahyudin Hj. Yahya, 1998 & Syed
Sulaiman Nadwi, 1992). Hal ini turut diakui oleh seorang sarjana dari Gujerat, iaitu
Qutbuddin yang berasal dari Nehrwala yang juga menceritakan kedatangan bangsa
Portugis ke Laut Timur.

“Salah satu peristiwa hebat yang berlaku pada abad ke-10 Hijrah ialah
kedatangan bangsa Eropah iaitu Portugis ke India. Sekumpulan daripada
bangsa itu belayar dari Zaqaq di Sabta lalu melalui Lautan Atlantik hingga
sampai di Gunung Qumur yang merupakan sumber bagi Sungai Nil. Pelaut
tersebut sampai di satu tempat di timur yang terletak berhampiran dengan
pantai di segenting yang mempunyai gunung di sebelah dan Atlantik di
sebelah lain. Ombak di situ begitu kuat sehingga kapal tidak dapat dikawal
dan sering terdampar di pantai. Sungguhpun banyak nyawa yang hilang
dan tiada siapa yang sampai di Lautan Hindi, mereka tetap meneruskan
pelayaran. Di sini mereka mencari maklumat tentang Lautan Hindi.
Seterusnya seorang daripada pelaut yang berpengalaman bernama Ahmad
bin Majid menjadi pembimbing mereka”

Berdasarkan petikan di atas dapat disimpulkan bahawa kedatangan kuasa Eropah akhirnya
berjaya sampai di Alam Melayu melalui pelbagai ekspedisi pelayaran yang dilakukan. Karya
Ahmad bin Majid yang terkenal ialah Huwayat al-Ikhtisar fi Usul Ibn al-Bihar yang
bermaksud “Perbahasan Ringkasan tentang Asal Usul Ilmu di Laut” menjadi pedoman
kepada para pelayar. Orang Eropah belayar ke Timur bukan sahaja untuk mencari jalan
pelayaran bahkan bermatlamat menjajah negeri-negeri yang dilawatinya.

Tujuan politik kuasa imperialisme ini jelas dilihat dari sudut perluasan penjajahan seperti
yang berlaku pada abad ke-19 dan 20 Masihi. Hal ini terbukti dengan adanya penerapan
unsur-unsur bangsa penjajah. Penerapan ini berlaku dalam sistem pemerintahan, undang-
undang, perlembagaan dan sebagainya agar negara yang dijajah dapat ditadbir mengikut
acuan mereka. Begitu juga dengan amalan demokrasi yang diterap dalam sistem
pentadbiran jelas tidak membawa keadilan sosial.

Manakala bagi tujuan ekonomi pula wujudnya sistem ekonomi sekular dari sudut
pengurusan kewangan, institusi perbankan dan seumpamanya. Seterusnya
mengungkapkan perbezaan pandangan iaitu hubungan Tuhan dan manusia, antara negara
dan warganegara, individu dan kelompok, kebebasan dan kuasa, hak dan tanggungjawab
dan seumpamanya (Haslinda Hasan, 1999/2000). Jelas di sini tujuan Barat ke Asia
Tenggara terutama negeri-negeri di Kepulauan Melayu bertujuan menyebarluaskan
ideologi dan bermatlamat menguasai serta mengeksploitasi segala yang mungkin sehingga
manusia di sini lemah dan meruntuhkan semua sistem kehidupan yang ideal ketika itu.

Penerusan Gerakan Salibiyah

Kejayaan orang Kristian Andalusia (Portugis dan Sepanyol) yang memenangi peperangan
ke atas orang Muslimin di Andalus dengan kekerasan pada tahun 1459 Masihi
menggalakkan lagi pelayaran ke sebelah Timur. Putera Henry (1394-1460 M) telah
35
merancang untuk melancarkan perang Salib ke atas orang Islam di seluruh dunia.
Kepentingan perdagangan Portugis di Alam Melayu digabungkan dengan peperangan
dianggap tugas suci untuk menentang Islam di sini. Seterusnya untuk mencapai cita-cita
mereka aspek perdagangan, kekerasan dan penindasan yang dilakukan terhadap orang
Islam dianggap satu perkara yang suci di sisi agama (Brian Harrison, 1966). Kemenangan
ini memberi ruang kepada angkatan laut Portugis masuk ke gugusan pulau-pulau Melayu
untuk menghancurkan kerajaan Islam Melaka yang sedang maju dan berkembang.

Melaka dijadikan sasaran utama pada bulan Ogos 1511 M atau 917 Hijrah dan serangan
besar-besaran oleh Portugis ini mendapat kejayaan apabila mereka berjaya
mengalahkannya pada 24 Ogos 1511 M. Alfonso D’ Albuquerque adalah wakil Portugis
dalam meneruskan misi di Timur dan berjaya mengalahkan kuasa Islam di Diu, Mesir,
menawan Goa di India dan memonopoli perdagangan Melaka apabila negeri tersebut
ditawan. Gerakan-gerakan salibiyah seterusnya dilakukan oleh penjajah lain seperti
Belanda dan British yang pernah menguasai Semenanjung Tanah Melayu.

DEFINISI KOLONIALISME

Idea mengenai kolonialisme diperkukuhkan dengan adanya dasar yang mengeksploitasi


kelemahan dan mengambil peluang untuk menindas negara yang lemah. Eksploitasi ini
merangkumi beberapa aspek seperti ekonomi, corak pentadbiran dan politik, sosial dan
budaya yang meliputi kesemua aspek kehidupan sesuatu masyarakat (Cheah Boon Kheng &
Abu Talib Ahmad, 1990). Imperialisme secara umumnya didefinisikan sebagai masyarakat
yang berusaha untuk mengekalkan dan meluaskan pengaruh dan kuasa ke atas negara
yang lemah dan berupaya membentuk koloninya yang mantap. Hal ini boleh disimpulkan
sebagai sebab utama negara Asia khususnya Tanah Melayu dijajah ialah akibat dari
keinginan Barat yang mahu menguasai perdagangan. Kuasa-kuasa barat seperti Portugal,
Sepanyol, Belanda, British dan Perancis telah menjajah benua Asia untuk memonopoli
perdagangan.

Istilah kolonialisme juga adalah satu bentuk paksaan untuk menguasai atau eksploitasi
segalanya. Wilayah atau negeri yang dijajah ini diperintah melalui penaklukan atau
diplomasi pendamaian secara langsung atau tidak langsung. Kolonialisme ini berkembang
sejak Revolusi Industri (1763) di Eropah yang membawa kemunculan kuasa Sepanyol dan
Portugis kemudian berkembang sehingga tahun 1870-an akhirnya membawa kepada
Perang Dunia Pertama 1914. Kemuncak pergerakan kolonialisme ini berlaku apabila
terjadi perkembangan intelektual di Barat terutama ilmu astronomi, pelayaran dan
teknologi yang semakin moden. Bidang sains politik pula terdapat dua bentuk kuasa
kolonial, iaitu kuasa kolonial klasik yang terdiri daripada kuasa-kuasa Rom, Parsi dan Siam;
dan kuasa kolonial moden yang terdiri daripada kuasa-kuasa Sepanyol, Portugis, Belanda,
British dan Jepun (Zulhilmi Paidi, Rohani Hj.Ab Ghani, Mohamad Idris Salleh, 2011).

Manakala perkataan “imperialisme” pula diambil dari perkataan “imperium” juga


perkataan Latin yang bermaksud “kawalan atau command”. Pandangan ini dipersetujui
oleh Edward W. Said (2008), iaitu:

36
“The term “imperialism” means the practice, theory and attitude of the ruling
metropolitan center that ruled the remote territory; “colonization basis” or
“colonialism” which is the result of imperialism is to implement placement in
remote territory.”

Hal ini membawa pengertian bahawa satu kuasa menjalankan penguasaan ke atas negara
lain melalui pendudukan, mengambil alih kedaulatan negara ataupun mengenakan
kawalan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam politik dan
ekonomi negara tersebut.

FAKTOR PENGGALAK KOLONIALISME DAN IMPERIALISME

Asia Tenggara pada hari ini merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia,
Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam dan Timor Leste.
Bukti-bukti terkini dari segi arkeologi memberikan petanda bahawa bangsa Melayu sudah
berada di Nusantara Melayu seawal 35,000 tahun yang lalu. Faktor pertama yang menjadi
penggalak kepada kolonialisme ialah etnosentrisme yang bermaksud satu kepercayaan
yang meyakinkan bahawa bangsa sendiri lebih mulia daripada bangsa yang lain.
Kepercayaan ini menggalakkan sifat yang memandang rendah kepada bangsa lain sebagai
lemah, tidak bertamadun dan tidak bermaruah.

Faktor kedua ialah jingoisme iaitu menganggap bangsanya adalah unggul melebihi bangsa
lain di dunia. Ia boleh mencetuskan tindakan yang melampau sehingga menggugat hak
asasi manusia. Elimen jingoisme juga menyebabkan pelaksanaan dasar-dasar yang kejam
dan zalim ke atas bangsa yang lemah. Patriotisme yang fanatik kepada bangsa sendiri ini
telah mencetuskan banyak dasar peperangan, gerakan pembersihan etnik seperti di Bosnia
oleh pihak Serbia, pembunuhan secara meluas, diskriminasi warna kulit seperti dasar
Apartheid, menganggap bangsanya lebih mulia atau terpilih dan pelbagai unsur kezaliman
muncul akibat jingoisme.

Seterusnya faktor agama iaitu persaingan untuk meluaskan pengaruh mazhab-mazhab


yang terdapat dalam agama Kristian. Ia juga menonjolkan peranan God untuk
mengembangkan agama Kristian. Kuasa imperialis menganggap mereka mempunyai misi
agama untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan seperti penindasan dan
ketidakadilan sosial di negara-negara mundur. Misi The White Man Burden sebagai
penyelamat manusia iaitu para mubaligh Kristian berperanan untuk mengembangkan
agama Kristian di seluruh dunia.

Faktor kelebihan negara-negara yang dijajah juga menyumbang kepada minat dan
penguasaan kekayaan oleh kolonialisme. Ia merangkumi aspek glory, iaitu mencari
kemasyhuran, ia adalah matlamat kuasa imperialisme untuk menguasai kawasan jajahan
seluas mungkin. Penguasaan terhadap Melaka membolehkan pihak kolonialisme
menguasai jalan perdagangan utama para pedagang di Selat Melaka. Begitu juga dengan
kemunculan koloni Inggeris di Pulau Pinang pada awal tahun 1770-an juga disebabkan

37
untuk menjadikan pangkalan penempatan mereka di samping untuk meluaskan koloni
perdagangan di rantau ini.

Selain itu, sumber kekayaan galian dan hasil bumi negara-negara di Kepulauan Melayu
menyumbang kepada perluasan kuasa dan imperialisme barat. Tanah Melayu telah
terkenal dengan gelaran Golden Chersoneves ataupun Suvarnabhumi yang menggambarkan
hasil buminya seperti emas dan timah yang banyak. Sumber bahan mentah iaitu gold
(kekayaan) seperti bijih timah, rempah ratus, hasil hutan dan pertanian serta segalanya
yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan oleh mereka. Pengenalan kepada ekonomi
moden juga diperkenalkan seperti tanaman getah, kopi, infrastruktur seperti telegraf,
sistem pengangkutan jalan raya dan kereta api serta pelbagai kemudahan. Perkara ini juga
menyumbang kepada kemasukan ramai imigran luar terutama dari negara China dan India
sebagai sumber tenaga utama seterusnya menidakkan hak dan kepentingan masyarakat
Melayu dalam bidang ekonomi.

KOLONIALISME DI MALAYSIA

Penjajahan Portugis

Putera raja Portugal yang ketiga iaitu Putera Henry memberikan galakan kepada rakyatnya
untuk belayar. Beliau telah mengarahkan pelukisan peta dunia dan pembinaan kapal-kapal
yang sesuai untuk pelayaran jauh. Usaha-usahanya ini menyebabkan beliau digelar “Henry
Ahli Pelayaran” (Brian Harison, 1966). Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang
Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat agung. Antara versi yang timbul dari janji
pihak gereja itu ialah kehadiran seorang yang bernama Prester John yang akan muncul di
benua sebelah timur.

Kebesaran dan keagungan Melaka di masa kejatuhannya ke tangan Portugis boleh dirujuk
kepada penulisan Tome Pires, iaitu:

“Melaka mempunyai kepentingan sangat besar dan kaya kerana ini saya
pandang tidak ada taranya di dunia perniagaannya meliputi semua jenis
barang dagangan... ia adalah sebuah pelabuhan yang sempurna
dinisbahkan kepada pelabuhan-pelabuhan yang lain di dunia... dan emas
tidaklah mahal di Melaka.... mereka itu mementingkan benda-benda lain
seperti bawang besar dan halnya lebih daripada kayu gaharu dan getah
kayu dan lainnya, dan Melaka yang agung dan kaya serta maju itu adalah
pusat bagi saudagar-saudagar Arab yang datang dari Kaherah (Mesir),
Mekkah dan Eden, begitu juga bagi saudagar-saudagar India dan Parsi dan
saudagar-saudagar dari Siam dan Arakan (Burma) dan Banda, Jawa,
Meluku, Kemboja, Champa dan China.”
(Khoo Kay Kim, 1980)

Peperangan telah berlaku antara Portugal dan Melaka pada 24 Ogos 1511. Ia disebabkan
orang-orang Portugis cuba membuat huru-hara dalam negeri dan utusan mereka telah
ditangkap. Akibat daripada itu, pada tahun 1510 Portugal telah menghantar empat buah
38
kapal untuk berunding tentang pembebasan orang-orang Portugis. Namun Alfonso D’
Albuquerque bertindak dengan membawa kapal perang ke Melaka sebanyak 18 buah
dengan 800 orang tentera Portugis dan 600 orang pemanah Malabar.

Kejatuhan Melaka menyebabkan impak negatif ke atas Kepulauan Melayu dan merosakkan
kesejahteraan hidup di rantau ini. Sokongan rakyat apabila Raja Melaka iaitu Sultan
Mahmud ingin mendapatkan balik negerinya tidak berbelah bahagi dan banyak usaha
dilakukan untuk merampasnya semula. Segala usaha ini ternyata gagal apabila kita tidak
mampu menyaingi kuasa tentera Portugis yang lebih kuat dan moden, ia termasuklah
kuasa Aceh yang turut berperang dengan orang Portugis.

Sistem pentadbiran Portugis di Melaka disesuaikan dengan kehendak semasa iaitu tiga
jawatan dalam sistem pentadbiran kerajaan Melayu Melaka iaitu Bendahara, Temenggung
dan Shahbandar dikekalkan (Zulhilmi Paidi, Rohani Hj.Ab Ghani, Mohamad Idris Salleh,
2011). Cukai-cukai import dikenakan terhadap barangan yang dibawa oleh kapal-kapal
luar dianggarkan sebanyak 6 peratus sehingga 10 peratus dari nilai barangan yang
diperdagangkan. Kesan ke atas penjajahan tersebut juga menyebabkan muncul masyarakat
Serani yang berketurunan Portugis. Kebanyakan lelaki Portugis telah berkahwin dengan
wanita Melayu setempat yang menghasilkan keturunan yang digelar Casados.

Penjajahan Belanda

Kuasa Sepanyol mendahului Belanda dalam pelayaran ke Timur dan tidak sekuat Belanda
termasuklah pelbagai penjelajahan ke pelbagai kawasan lain di Asia Tenggara. Pada tahun
1595-1601 Masihi terdapat lebih 60 buah kapal Belanda yang berjaya sampai ke Gerisik,
Ambon, Aceh, Banda dan sebagainya telah membuka syarikat-syarikat perdagangan di
pulau tersebut. Pelbagai jenis syarikat Belanda yang terdapat di Kepulauan Melayu telah
disatukan menjadi Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Betawi dijadikan pusat
perdagangan dan pentadbiran utama Belanda.

Belanda telah membuat kepungan terhadap Melaka selama enam bulan menyebabkan
penduduk dalam kota mengalami kebuluran dan memaksa Portugis menyerah kalah.
Bangunan dalam kota Melaka telah dibina semula menurut seni bina Belanda dan larangan
terhadap penyebaran agama Kristian Katolik agar tidak boleh menandingi mazhab
Protestant. Peperangan juga meletus antara Belanda dengan Aceh, Perak dan Johor yang
menggugat keselamatan mereka. Belanda akhirnya tidak dapat memberikan tumpuan
terhadap Melaka yang menyebabkannya membuat perjanjian dengan British iaitu
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Melaka kemudian diserahkan kepada British dan
Belanda menguasai negara-negara di Kepulauan Indonesia membuktikan berakhirnya
kuasa Belanda selama 183 tahun.

Penjajahan British

Sekumpulan pedagang dari London telah belayar ke Timur pada tahun 1591 di bawah
kapten Lancester. Rombongan ini telah sampai ke Laut Sumatera dan Pulau Pinang (Abdul
Karim Abdullah, Ghazali Basri, 1997). British bermatlamat untuk menguasai Tanah Melayu
39
yang ketika itu dikuasai oleh Belanda. Termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac
1824 memberikan British kuasa untuk menguasai Tanah Melayu dan Belanda menguasai
Indonesia.

British telah mengukuhkan kedudukannya dengan dasar-dasar baharu yang diperkenalkan


dalam pentadbiran dan politik di rantau Melayu. Pengenalan sistem Residen di negeri-
negeri seperti Perak, Selangor, Sungai Ujong, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem Residen
ini mula diperkenalkan di Tanah Melayu dengan Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.
Pada tahun 1895 pula Sir Frank Swettenham telah berbincang dengan Sultan Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan untuk menubuhkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB). Manakala negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis dibentuk satu pemerintahan yang sistematik yang digelar Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NMTB). Tiga kelompok utama iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
pula diletakkan bawah pemerintahan yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat

Pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu satu jangka masa yang singkat namun meninggalkan
kesan yang mendalam ke atas masyarakat Melayu. Jepun bertapak di Tanah Melayu pada 8
Disember 1941 di Kota Bharu dan dalam tempoh seminggu seluruh Malaysia Barat dan
Singapura berjaya dikuasainya. Berikut adalah beberapa strategi bagi kejayaan Jepun
dalam memenangi Perang Dunia Kedua:

(i) Fahaman Pan-Asia iaitu satu propaganda dalam kalangan masyarakat Asia. Konsep
ini dikenali sebagai “Daerah Kemakmuran Asia Timur).
(ii) Pengintipan ketenteraan yang dikenali sebagai “Kosaku” iaitu menggunakan
rakyatnya yang bermastautin di sini sebagai agen maklumat utama.
(iii) Penyamaran sebagai orang kampung yang mempunyai karakter dan bekerja
sebagai ahli perniagaan, tukang gunting rambut, pekedai runcit, tukang gambar,
doktor, guru, pengusaha ladang getah dan lombong bijih timah dan sebagainya
tanpa disedari orang ramai. Mereka dikenali sebagai “kelentong” (Arshad Ibrahim,
1982/83).
(iv) Sekolah yang ditubuhkan untuk melatih pemuda-pemuda untuk matlamat
Kolonialisasi ke Selatan. Mereka diajar tentang perisikan dan kemahiran berbahasa
Inggeris dan bahasa Melayu.
(v) Gerakan pengintipan pula terdapat unit perisikan yang dikenali sebagai “Dora
Nowa” atau Jabatan Penyelidikan Tentera. Mereka mendapatkan maklumat tentang
kedudukan tentera musuh, peralatan, senjata, kelengkapan perubatan, bekalan dan
maklumat geografi.
(vi) Projek tentera yang dikenali Harimao (harimau). Kegiatan harimau ini bersifat
bandit, perisikan dan ketenteraan yang lebih kepada anti British.
(vii) Pakatan dengan orang Melayu yang berfungsi sebagai penunjuk jalan dan
penterjemah apabila askar Jepun datang menyerang. Maka pihak Jepun
mengadakan kerjasama dengan pemimpin Melayu seperti Ibrahim Yaakob dan
pakatan sulit ini dikenali sebagai “Kame” (kura-kura).
(viii) Pakatan dengan Thailand untuk memudahkan mereka memasuki Semenanjung
40
Tanah Melayu. Negara ini juga adalah tempat utama untuk mendaratkan askar-
askar Jepun.

Selain itu, terdapat banyak lagi strategi Jepun dalam memenangi peperangan dengan pihak
bersekutu. Pada 15 Februari 1942 Jeneral Percival telah menandatangani surat menyerah
kalah di Bukit Timah, Singapura. Kejayaan Jepun telah membuka mata orang Melayu untuk
bangun menentang kuasa imperialisme Barat dan membebaskan diri dari dicengkam oleh
mereka. Penguasaan Jepun ke atas Tanah Melayu berakhir apabila bom atom digugurkan
di Nagasaki dan Hiroshima. Seterusnya penguasaan Jepun terhadap negara-negara lain
juga musnah dan dikuasai semula oleh British pada tahun 1945.

KESAN KOLONIALISASI BRITISH

British menguasai semua ekonomi Tanah Melayu terutama pengeluaran bahan-bahan


mentah seperti bijih timah, getah dan hasil tanaman makanan. Permintaan yang tinggi
terhadap getah untuk menghasilkan barangan seperti tayar kenderaan, kasut, penebat
barangan elektrik dan seumpamanya. Pengenalan kepada tanaman kontan seperti lada
hitam, tebu dan kopi telah giat dijalankan. Oleh itu kesan ekonomi ini memberikan
pembukaan ladang-ladang yang luas untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Hal ini
menyebabkan permintaan terhadap guna tenaga telah meningkat. Galakan kepada
kemasukan ramai buruh daripada China untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah
dan mereka ditempatkan di kawasan bandar. Kesannya muncul kegiatan kongsi-kongsi
gelap dan pelacuran. Manakala buruh dari India pula adalah guna tenaga di ladang-ladang
getah dan tinggal di estet-estet yang disediakan.

Masyarakat Melayu pula masih dalam kemiskinan dan tinggal di kawasan luar bandar.
Mereka telah disekat dalam menyertai aktiviti ekonomi import eksport dan hanya terlibat
sebagai pekebun kecil dan mengusahakan tanaman makanan. Mereka kekal dalam ekonomi
sara diri contohnya tanaman dan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan
seumpamanya sebagai sumber makanan dan sara hidup seharian. Raja dan pembesar
Melayu juga tidak lagi mempunyai kekuatan ekonomi seperti dahulu dalam bidang
perladangan, perlombongan dan perniagaan. Walaupun rakyat Melayu tidak terbela namun
raja kekal memegang kuasa utama dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Sistem pemerintahan sekular dilaksanakan oleh British setelah terbentuknya Negeri-negeri


Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1895 dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NMTB) seperti Kelantan (1910), Johor (1914), Terengganu (1919), Kedah (1923) dan
Perlis (1930). Akhirnya lahirlah sebuah kerajaan sekular dengan pemerintahannya
berteraskan undang-undang British. Fenomena ini juga menyumbang dalam aspek
kemajuan kebendaan, institusi sosial (kekeluargaan dan masyarakat), hedonisme dan
pelbagai lagi telah mempengaruhi mental dan spiritual orang Melayu.

Seterusnya kesan kolonialisme juga mempengaruhi perkembangan budaya penduduk


tempatan. Contohnya di Melaka munculnya masyarakat Serani iaitu perkahwinan campur
antara orang Melayu dengan Portugis. Di Filipina penduduknya mengalami perubahan
budaya yang sangat besar iaitu krisis identiti iaitu mereka adalah berketurunan Melayu
41
(rupa dan fizikal adalah Melayu) dengan penggunaan bahasa yang serumpun namun telah
dikristiankan dan sukar untuk mengidentifikasikan diri mereka sebagai Melayu. Oleh itu
gerakan menentang penjajahan telah meningkat apabila masyarakat terpaksa merempat di
negara sendiri dan British akhirnya tidak dapat membendung gerakan-gerakan secara
individu, persatuan dan parti-parti politik dalam menuntut kemerdekaan.

KESIMPULAN

Kolonialisme dan imperialisme Barat mengubah banyak struktur ekonomi dan politik
orang Melayu. Orang Melayu menerima kesan yang besar sehingga sekarang terutama taraf
hidup yang rendah akibat dasar “pecah dan perintah” oleh British. Dasar-dasar yang
diperkenalkan British merubah sistem pentadbiran feudal kepada pilihanraya dan
demokrasi. Pendudukan Jepun pula telah membuka ruang dan peluang untuk masyarakat
tempatan menyedari kebolehan dan semangat untuk berjaya. Semoga sejarah negara dapat
memberikan iktibar kepada generasi baru untuk memastikan kita tidak dijajah lagi sama
ada dalam bentuk yang nyata ataupun spiritual.

42
BAB 4
GERAKAN ANTI-PENJAJAHAN (NASIONALISME)
Nor Azlah Sham Rambely

Pengenalan
Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas pasca kemerdekaan Malaysia
kurang mampu menghayati detik pengorbanan serta semangat kebangsaan para pejuang
dan pahlawan bangsa ini. Mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah
payah penjajahan dan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Kemewahan
dan kesenangan hidup yang dirasai dan dialami mengakibatkan generasi yang lahir selepas
kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?


Nasionalisme merupakan suatu konsep yang mempamerkan ciri-ciri pemikiran dan
tindakan politik yang berbagai. Menurut Safer (1955), nasionalisme ditafsirkan sebagai,
“cinta pada tanah air, bangsa atau sejarah budaya bersama; suatu keinginan kemerdekaan
politik, keselamatan dan martabat bangsa serta doktrin yang menyatakan bahawa
bangsanya sendiri harus dominan atau tertinggi diantara bangsa-bangsa lain dan harus
bertindak agresif”.

Ongkili (1971) pula menyatakan, “nasionalisme adalah suatu bentuk kesedaran bahawa
masyarakat dalam suatu wilayah itu ialah rakyat yang mempunyai ciri-ciri penghidupan
yang sebahagian besarnya, unik bagi mereka. Maka untuk memperlihatkan nasionalisme,
rakyat sesuatu wilayah itu menggunakan lambang (ke)negaraan seperti sempadan dan ibu
kota yang akan menentukan letaknya bangsa, keperibadian kebangsaan yang kebiasaannya
terhurai dalam perlembagaan negeri, kewarganegaraan dan bahasa kebangsaan,
perekonomian, kebudayaan dan kesenian, bendera dan lagu kebangsaan, kadang-kadang
juga agama kebangsaan.

Pendek kata, nasionalisme itu adalah merujuk kepada bangsa dan negara. Kedua, dalam
erti yang mudah, bahawa nasionalisme ialah sikap mental dan tingkah laku individu atau
masyarakat yang merujuk kepada kesetiaan atau pengabdian terhadap bangsa dan
negaranya. Ini bermakna mereka meletakkan kepentingan negaranya di atas segala
kepentingan yang lain sama ada peribadi mahupun kaum. Ringkasnya, nasionalisme adalah
tekad untuk hidup sebagai satu bangsa di bawah satu negara yang sama, terlepas dari
perbezaan etnik, ras, agama ataupun golongan. Justeru itu, maksud Nasionalisme boleh
disimpulkan sebagai –

(i) sebagai satu rasa taat setia kepada nation atau negara,
(ii) mementingkan kepentingan-kepentingan negara sendiri khususnya dalam
saingan dengan negara-negara lain atau asing,
(iii) sikap yang mempunyai kaitan rapat dan selalunya disanjung tinggi terhadap
kelebihan dan keistimewaan negara sendiri. Dan dengan itu
(iv) melahirkan perasaan (bukan emosi) yang umumnya dalam bentuk doktrin yang
bertujuan untuk memelihara dan mempertahankan kebudayaan negara dan
43
(v) merupakan sebagai teori political dan antropologikal yang dianggap sebagai
perkara semulajadi, di mana manusia terbahagi di dalam negara-negara
(nations) – mempunyai kriteria untuk menentukan dan mengenalkan ahli-ahli di
dalam sesebuah negara, bahawa sesebuah negara itu adalah bebas serta
mempunyai kerajaan tersendiri; dan sebagai cara pengesahan negara atau
legitimate sekiranya dilembagakan menurut atau berdasarkan prinsip-prinsip
ini.

Nasionalisme Melayu
Dalam konteks Malaysia, sebelum Perang Dunia Ke-2, nasionalisme itu ditakrifkan sebagai
perasaan kebangsaan Melayu. Nasionalisme Melayu adalah bertujuan untuk dijadikan alat
bagi pengembangan fikiran, semangat dan tindakan politik orang Melayu bagi tujuan
menegakkan nilai dan institusi sebagai sebuah negara bebas dan melepaskan diri dari
belenggu penjajah.

Menurut MA Fawzi Basri (1986), Nasionalisme Melayu diertikan sebagai keazaman orang
Melayu menentang penjajah British, keduanya pemikiran dan penggerak daya juang dan
ketiganya tindakan politik dalam rangka pencapaian matlamat.

Prof Khoo Kay Kim (1971/72) menyatakan bahawa perjuangan politik atau nasionalisme
yang berpijak di bumi negara ini sebelum Perang Dunia Ke-2 adalah dilakukan oleh orang-
orang Melayu.

Konsep nasionalisme dan patriotisme saling melengkapi.

Apakah yang dimaksudkan dengan patriotisme.


Maksud Patriotisme:
Kekuatan sesebuah negara adalah tertakluk kepada keutuhan semangat cintakan negara
setiap rakyat kepada tanah airnya. Semangat patriotisme boleh dianggap sebagai tunjang
atau teras utama bagi keteguhan dan keampuhan sesebuah negara. Patriotisme adalah
perasaan, sikap, world-view, serta nilai terhadap negara atau negeri sendiri. Maksud
“perasaan” di sini ialah seperti cinta, menghormati atau kasih terhadap objek yang
ditujukan. Menjunjung tinggi terhadapnya sehingga sanggup berkorban kerananya. Dua
bentuk petriotisme yang boleh dibincangkan adalah:

(i) Patriotisme Buta (Blind Patriotism): keterikatan kepada bangsa dan negara tanpa
mengenal toleran terhadap kritik, seperti dalam ungkapan: “right or wrong is my
country” (benar atau salah, apapun yang dilakukan bangsa harus didukung
sepenuhnya).
(ii) Patriotisme Konstruktif (Constructive Patriotisme): keterikatan kepada bangsa dan
negara dengan tetap menjunjung tinggi toleran terhadap kritik, sehingga dapat
membawa perubahan positif bagi kesejahteraan bersama.

Ringkasnya patriotisme adalah rasa cinta dan sayang kepada negara yang wujud dalam diri
setiap anak watan dan ia berbentuk psikologi. Contohnya hormat kepada bendera negara,
lagu kebangsaan, sayangkan pemimpin negara, merindui tanah air semasa berada di luar
44
negara, rasa bimbang kepada keselamatan negara dan lain-lain. Patriotisme meluapkan
perasaan kesetiaan kepada negara dan ia menjadi unsur penting nasionalisme (Abdul Latif
Abu Bakar, 1998). Kewujudan nasionalisme dan patriotisme didorong oleh kebimbangan
dan kesedaran tentang nasib bangsa dan negara, pengetahuan tentang sejarah dan
perkembangan terhadap pembinaan bangsa dan negara serta keinginan untuk
memartabatkan maruah dan prestij bangsa dan negara.

Terdapat dua fahaman nasionalisme:

Nasionalisme dalam pengertian sempit: faham kebangsaan yang berlebihan dengan


memandang bangsa sendiri lebih tinggi (unggul) dari bangsa lain. Fahaman ini sering
disebut dengan istilah “Chauvinisme”.

Nasionalisme dalam pengertian luas: faham kebangsaan yang meletakkan kesetiaan


tertinggi individu terhadap bangsa dan tanah airnya dengan memandang bangsanya itu
merupakan bagian dari bangsa lain di dunia.

Ringkasnya, nasionalisme itu adalah merujuk kepada bangsa dan negara dan nasionalisme
ialah sikap mental dan tingkah laku individu atau masyarakat yang merujuk kepada
kesetiaan atau pengabdian terhadap bangsa dan negaranya. Kewujudan nasionalisme dan
patriotisme didorong oleh kebimbangan dan kesedaran tentang nasib bangsa dan negara,
pengetahuan tentang sejarah dan perkembangan terhadap pembinaan bangsa dan negara
serta keinginan untuk memartabatkan maruah dan prestij bangsa dan negara.

Nasionalisme Dan Islam:


Golongan pertama Sarjana Islam menerima nasionalisme kerana mereka menganggapnya
sama dengan patriotisme. Golongan kedua Sarjana Islam, menentangnya kerana mereka
menyamakan nasionalisme dengan etnosentrisme yang bertentangan dengan
universalisme Islam.

Sejarah Perkembangan Nasionalisme Di Eropah

Dari segi sejarah, ia adalah merupakan satu fahaman baru yang muncul di zaman moden
akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu lahir daripada perjuangan
masyarakat Barat untuk membebaskan mereka daripada tekanan pentadbiran dan
kezaliman gereja (P.J.Suwarsono, 1985). Fahaman ini kemudiannya dikembangkan oleh
John Locke tersebar ke Amerika Utara dan Perancis. Nasionalisme mula menjadi perkara
pokok dalam zaman revolusi Perancis dalam abad yang ke-18 iaitu pada tahun 1978 oleh
seorang paderi bangsa Perancis iaitu Agustin Barruel yang anti pemerintahan Jacobin,
semasa beliau berada dalam buangan di London. Bagi Barruel, nasionalisme (juga diertikan
sebagai patriotisme) bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Jacobin. Kemudian antara
tahun 1849 hingga 1814 konsep ini berkembang di kalangan orang-orang Itali, Jerman,
Perancis dan orang-orang Eropah yang lain.

45
Perkembangan Nasionalisme Di Malaysia

Terdapat empat tahap dalam perkembangan nasionalisme di Malaysia. Pada peringkat


awal adalah bersifat penentangan terhadap penjajah secara bersenjata. Tahap ini dimulai
dengan perjuangan untuk mempertahankan hak-hak orang bumi iaitu penentangan antara
orang Melayu iaitu yang terdiri dari pembesar-pembesar diraja dengan pegawai British.
Peringkat kedua, masyarakat Melayu iaitu golongan yang berpendidikan yang
menggunakan saluran yang lebih baik menyebarkan pemikiran mereka dengan
menggunakan media persuratan seperti akhbar atau majalah. Peringkat ketiga
nasionalisme yang tercetus dari kesedaran sosial yang disuarakan oleh para pemimpin
Melayu pada masa itu lebih banyak mengajak masyarakat Melayu untuk bersatu. Manakala
peringkat keempat yang terakhir adalah nasionalisme kompromi yang merupakan
permuafakatan antara orang Melayu dan bukan Melayu ke arah membentuk kemerdekaan
negara ini.

Nasionalisme Awal
Perjuangan masyarakat Melayu menentang penjajah. Kebangkitan yang dipanggil
pemberontakan tani ini adalah merupakan perjuangan bersenjata yang terawal terhadap
penjajah Inggeris. Tindakan British mula menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786 dan
Singapura, 1819. Seterusnya dengan Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824 dan Perjanjian
Pangkor, 1874, Tanah Melayu dijajah dan terletakkan dibawah penguasaan British. British
telah membatasi peranan Raja-Raja Melayu dalam perjanjian ini dalam hal-hal pentadbiran
cukai, keselamatan dan keamanan negara manakala raja-raja Melayu hanya
dipertanggungjawabkan dalam urusan agama dan adat-istiadat. Ini menyebabkan orang
Melayu bangkit menentang Inggeris. Kebangkitan yang dipanggil pemberontakan tani ini
adalah merupakan perjuangan bersenjata yang terawal terhadap penjajah Inggeris.
Abdullah Zakaria bin Ghazali membahagikan perjuangan ini kepada tiga bentuk:

(i) Gerakan yang dipimpin oleh golongan bangsawan seperti di Naning (1831-18320),
Perak (1875), Negeri Sembilan (1875) dan Pahang (1891-1895).
(ii) Dipimpin oleh orang biasa (bukan dari golongan bangsawan) tetapi di bawah
arahan golongan bangsawan seperti di Pasir Putih, Kelantan (1915).
(iii) Dipimpin oleh ulama seperti yang berlaku di Terengganu (1922-1928).Walau
bagaimanapun, kajian terbaru oleh Nik Anuar Nik Mahmud mendapati kebanyakan
penentangan ini lebih berupa perjuangan berbentuk agama yang diketuai oleh para
ulama. Berlakunya gerakan anti-British ini adalah disebabkan penentangan
terhadap peraturan baru yang diperkenalkan oleh British.

Secara umumnya faktor-faktor kewujudan nasionalisme awal adalah berdasarkan:

(i) Faktor ekonomi - Kesan pentadbiran British mengambil alih tugas memungut cukai,
memperkenalkan sistem cukai baru/ pas yang digunakan untuk membayar gaji
pegawai British termasuk residen/ penasihat. Dengan ini membebankan rakyat
serta para pembesar kehilangan sumber pendapatan.
(ii) Faktor politik/ kepimpinan (Perjuangan pembesar) - Penjajahan telah
mengurangkan kuasa sultan Melayu dan pembesar dalam hal pentadbiran negeri.
46
Residen berfungsi sebagai penasihat kepada sultan/ raja dan bertanggungjawab
pula kepada Residen Jeneral. Manakala Sultan hanya dipertanggungjawabkan
dalam urusan agama dan adat istiadat sahaja.
(iii) Faktor sosial - British membawa nilai-nilai baru terhadap negara jajahannya lalu
menimbulkan “Clash of Civilizations” dalam masyarakat tempatan. Sebagai contoh
sistem pendidikan sekolah Inggeris diwujudkan dan berlaku penyebaran agama
Kristian yang dianggap mencemarkan kemurnian nilai-nilai tradisional Melayu.
Selain itu, penghapusan sistem hamba dalam adat resam tradisional Melayu
dianggap melanggar adat resam Melayu.

Jelasnya, walaupun kedatangan British dengan pelbagai tipu muslihat, namun ia sedikitpun
tidak menggoyahkan kekuatan politik untuk menentang mereka. Di sinilah muncul wira-
wira dalam politik tanah air seperti Dato’ Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Dato’
Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Salleh, Rentap, Rosli
Dhoby, Dato’ Kelana dan Dato’ Abd. Rahman Andak. Sesungguhnya perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu menggambarkan bahawa kemerdekaan negara ini bukan diperoleh dengan jalan
mudah, tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa, darah, keringat dan air mata (Buyong
Adil, 1980).

Nasionalisme Keintelektualan
Golongan intelektual Melayu ini terdiri daripada lulusan tiga aliran pendidikan yang
berbeza iaitu aliran agama dari Timur Tengah, aliran Melayu dari Maktab Perguruan
Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim dan aliran Inggeris dari Maktab Melayu Kuala Kangsar
(MCKK).

Golongan aliran agama dari Timur Tengah dikenali sebagai Kaum Muda atau Golongan
Pembaharuan adalah dianggap sebagai bertentangan pendapat dan pendirian dengan
golongan tua (atau Kaum Tua) yang berfahaman konservatif. Faktor yang mendorong
kepada kebangkitan pemikiran dan pembaharuan golongan reformis ini ialah kerana
kegagalan masyarakat Melayu dan Islam dalam menghadapi arus perdana dunia pada masa
itu yang kian moden dan kegagalan masyarakat Melayu bersaing dengan penduduk bukan
Melayu terutama dalam bidang ekonomi.

Kebangkitan semangat kebangsaan mereka ini adalah dipengaruhi daripada beberapa


pihak luar. Pertama, ilham daripada kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang
Rusia-Jepun. Kedua, dari perjuangan nasionalis Indonesia menentang Belanda. Ketiga, dari
Gerakan Turki Muda yang dipimpin Mustafa Kemal Atatuk dan dari Gerakan Pemulihan
Islam di Mesir.

Beberapa langkah pro-aktif telah diambil oleh Kaum Muda antaranya ialah:

(i) menubuhkan dan memperkembangkan sistem madrasah bagi menggantikan sistem


pendidikan pondok serta menjana kurikulum baru yang pro-aktif sesuai dengan
kehendak semasa;

47
(ii) memperkenalkan ko-kurikulum baru yang berorientasikan perdagangan dan
perusahaan kecil bagi melatih anak-anak Melayu dalam bidang perniagaan dan
perdagangan; dan
(iii) meniupkan kesedaran dan cuba membangkitkan revolusi mental di kalangan
masyarakat Melayu melalui media massa seperti menerbitkan akhbar dan majalah.

Antara akhbar dan majalah yang menjadi wadah perjuangan mereka ini termasuklah Al-
Imam (1906), Pengasuh (1918), al-Islam (1914), Neraca (1910), Tunas Melayu (1913), al-
Ikhwan (1926), Majlis (1935), Warta Malaya, Saudara (1926).

Manakala, mulai tahun-tahun 1920-an, kesedaran politik orang Melayu juga telah
dipelopori oleh golongan guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) atau SITC dan
juga wartawan. Golongan teknikal dari Maktab Teknik Kuala Lumpur dan Maktab
Pertanian Serdang juga turut terlibat. Kelompok ini banyak dipengaruhi gerakan-gerakan
kemerdekaan di Indonesia seperti Budi Utomo dan Sarikat Islam. Maka lahirlah kelompok
yang membentuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob dan
rakan-rakan lain seperti Ahmad Boestamam dan Pak Sako.

Tidak ketinggalan mulai tahun 1930-an, golongan pentadbiran yang mendapat pendidikan
dari Maktb Melayu Kuala Kangsar (MCKK) juga melibatkan diri dalam perjuangan menerusi
persatuan-persatuan negeri Melayu. (William R. Roff, 1978). Menjelang abad ke-20,
perjuangan mencapai kemerdekaan telah berubah corak, iaitu daripada perjuangan
bersenjata kepada perjuangan berasaskan keintelektualan.

Kekuatan pengaruh gerakan ini telah menyebabkan kerajaan British bertindak balas
dengan mengadakan pelbagai undang-undang dan peraturan.

Nasionalisme Kepartian

Nasionalisme yang tercetus dari kesedaran sosial yang disuarakan oleh para pemimpin
Melayu pada masa itu lebih banyak mengajak masyarakat Melayu untuk bersatu. Ini adalah
kerana pada masa itu tidak ada kesepaduan sosial di kalangan orang-orang Melayu akibat
daripada pelbagai faktor seperti demografi, taraf pendidikan, kualiti pemikiran dan
hubungan yang renggang antara pemimpin dan rakyat. Kewujudan unsur-unsur di atas
ada kaitan langsung dengan dasar ”pecah dan perintah” yang diamalkan penjajah Inggeris.

Nasionalisme Kepartian menghasilkan

i) Parti Komunis Malaya (1930)


Penubuhan PKM dapat dianggap sebagai bermulanya kegiatan politik di Semenanjung
Malaysia. Parti yang dikuasai oleh kaum China ini secara tidak langsung adalah
merupakan percantuman dengan anasir-anasir yang mula muncul pada tahun-tahun
1920an (Ramlan, 1973/4/1974/5). Parti yang berorientasikan fahaman komunis ini
merupakan parti yang terawal ditubuhkan di Tanah Melayu. Oleh sebab parti ini
bercorak China centric dan berasal dari China maka ia mendapat sokongan daripada
kebanyakan masyarakat imigran dari kaum tersebut. Sebagai sebuah parti yang
48
berteraskan kepada fahaman Komunisme-Leninisme, asas perjuangan parti tersebut
ialah membela nasib golongan proletariat yang terdiri daripada para pekerja bawahan
yang tertindas. Maka tidak hairanlah kalau parti ini sangat berpengaruh di kalangan
kesatuan sekerja dan para pelajar Cina. Walaupun pada peringkat awalnya ia mendapat
sokongan British namun kemudiannya diharamkan berikutan dengan pengisytiharan
Darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948.

ii) Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1936


Penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937 oleh golongan nasionalis
yang berpendidikan Melayu serta dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah
memperlihatkan pertubuhan politik yang bersifat agresif. KMM diasaskan oleh Ibrahim
bin Haji Yaakob dan dianggotai oleh kebanyakan penuntut Maktab Perguruan Sultan
Idris, Tanjung Malim. (William R. Roff, 1975).

Parti yang berasaskan ideologi demokratik-sosialisme ini bukan sahaja berjuang


menentang penjajah Inggeris tetapi juga anti-feudal dan anti-birokrat Malaya yang
berorientasikan Barat. Ia berjuang untuk penyatuan nasional, perikemanusiaan,
kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaraan atas asas kebenaran dan
kesucian. Parti ini mendapat gagasan pemikiran dari revolusi Indonesia berdasarkan
kepada penulisan Mohamad Hatta dan ucapan-ucapan Sukarno.

Parti ini diharamkan oleh Jepun pada 1942 kerana perjuangan bersenjata menentang
Jepun. Ia juga dianggap radikal kerana berani menyatakan tentangan terhadap Inggeris
secara terbuka. Lantas itu ia kemudiannya diharamkan oleh British. Pada zaman
pendudukan Jepun parti ini sempat bekerjasama dengan penjajah baru itu dan
dibenarkan bergerak tetapi dalam keadaan terkawal.

iii) Penubuhan Parti-Parti Politik dan Kesatuan:


Parti Komunis Malaya - PKM (1930), Kesatuan Melayu Muda - KMM (1936), Pertubuhan
dan Kesatuan Melayu Anak Negeri seperti Kesatuan Melayu Singapura - KMS (1926),
Persatuan Melayu Perak (PMPK) 1937, Persatuan Melayu Pahang (PMPK), 1938,
Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Singapura (1940), Persatuan
Melayu Melaka, Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan dan Kesatuan Melayu Johor.

iv) Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1943-1945


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan tenteranya di Kota
Bharu pada 8 Disember 1941. Kemudian sebuah demi sebuah negeri-negeri Melayu
jatuh ke tangan Jepun. Dalam masa hanya 70 hari sahaja Jepun berjaya menakluki
seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Pada 15 Februari Jeneral Percival secara rasmi
telah menyerah kalah kepada Jeneral Yamashita di Kilang Ford, Singapura.

Tegasnya, pendudukan Jepun telah mendatangkan banyak perubahan sama ada dari
segi psikologi, sosial atau politik yang menyebabkan penduduk Tanah Melayu lebih
peka terhadap perkembangan di dalam masyarakat dan di sekeliling mereka. Setelah
tamat Perang Dunia Kedua pelbagai pertubuhan politik dan sosial telah dibentuk bagi
mendapatkan kemajuan politik bagi Tanah Melayu.
49
v) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti terawal ditubuhkan oleh
orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua.PKMM ini telah dipengaruhi oleh PKM iaitu
ramai di kalangan barisan kepimpinannya merupakan ahli komunis. Matlamat parti ini
ialah menentang penjajahan dan penindasan politik. Mereka menerbitkan akhbar Suara
Rakyat untuk menyalurkan idea perjuangan mereka. Perjuangan PKMM ialah untuk
menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia serta memajukan ekonomi,
kebajikan, pendidikan, kebebasan bersuara serta pertanian orang Melayu. (Fadilah dan
Kassim, 2009).

Parti ini ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Ia berjaya mendapat
sokongan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan fahaman ideologi
pada waktu itu. Meskipun begitu ia tidak mendapat sokongan di kalangan bangsawan
Melayu dan kakitangan kerajaan yang pro-penjajah. Pada awalnya parti ini dipimpin
oleh Mokhtarudin Laso, seorang yang amat keras dalam perjuangannya. Selepas beliau
menghilang diri ke Sumatera Barat tempatnya diambil alih oleh Dr Burhunuddin Al-
Helmy sebagai Yang Di Pertuan Agung dan dibantu oleh Ishak Haji Muhammad (sebagai
Naib Yang Di Pertuan Agong) dan Zulkifli Aoni (Setiausaha Agung).

vi) Kesan Penubuhan Malayan Union


Pengenalan kerajaan dan perlembagaan Malayan Union (MU) pada awal tahun 1946
telah memperlihatkan kebangkitan perjuangan orang-orang Melayu menentang
cadangan tersebut. Pengenalan konsep kerakyatan umum (kerakyatan secara bebas),
iaitu sesiapa sahaja yang mengaku taat setia terhadap kerajaan MU, layak dan boleh
memohon kewarganegaraan MU menerima bantahan sebulat suara daripada orang
Melayu dan kebangkitan perjuangan orang-orang Melayu menentang MU. Perkara yang
tidak boleh diketepikan pada waktu ini ialah usaha imigran yang dibawa oleh pihak
British secara beramai-ramai untuk mendapatkan kedudukan politik dan kerakyatan
dalam negara secara tetap melalui dasar kerakyatan terbuka ‘jus soli’. Malayan Union
merupakan suatu sistem pentadbiran dan perundangan kolonial secara terus dari
kerajaan Britain.

Tentangan terhadap MU mendapat sokongan besar-besaran daripada kaum Melayu dari


golongan Raja sehinggalah rakyat bawahan. Akhbar Melayu seperti Majlis, Warta
Negara, dan Utusan Melayu sibuk melaporkan dan menyiarkan surat-surat yang
mengkritik dan menentang MU. Akhirnya MU digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu.

Nasionalisme Kompromi

Perkembangan selepas Perang Dunia Kedua telah mencetuskan banyak perubahan


kemasyarakatan terutama dari segi tuntutan kemerdekaan di kalangan negara-negara
jajahan kuasa Barat dan kebangkitan fahaman Komunis. Peristiwa Darurat 1948 dan
pemberontakan PKM telah memberikan satu lorongan yang lebih mudah bagi masyarakat
50
Cina (dan kemudian India) menyalurkan tuntutan mereka melalui platform politik. Atas
kepentingan politik dan strategi British dan kepentingan masyarakat imigran Cina, MCA
telah ditubuhkan. Bagi mengimbangi keadaan dan atas tujuan menjaga kepentingan kaum
India, Malayan Indian Congress (MIC) juga telah ditubuhkan pada 1949. Kedua-dua parti ini
bertujuan untuk mengalihkan tumpuan dan pergantungan politik masyarakat imigran dari
negara asal dan mengubah orientasi pertubuhan-pertubuhan kaum selari dengan dasar
dan kepentingan politik British di samping membela nasib kaum masing-masing.

Parti Perikatan

Sebagai sebuah negara yang bercirikan kepada masyarakat majmuk, British telah
mensyaratkan hanya bersetuju untuk memberikan kemerdekaan sekiranya ketiga-tiga
kumpulan kaum utama di negara ini berjaya menunjukkan perpaduan. Kewujudan Parti
Perikatan gabungan UMNO, MCA dan MIC. Dengan itu Perikatan boleh mengaku mewakili
tiga kaum utama di Tanah Melayu bagi menuntut kemerdekaan.

Dengan itu pada 1951, UMNO telah menukar semboyannya daripada “Hidup Melayu”
kepada “Merdeka”. Pada 1952 pula UMNO bekerjasama dengan MCA di Kuala Lumpur dan
Selangor. MIC yang pada mulanya diilhamkan oleh parti Kongres di India akhirnya diambil
alih oleh golongan yang berjaya mengeksploitasi sentimen Tamil-Hindu pada pertengahan
1950-an menyertai kerjasama ini yang kemudiannya membawa kepada penubuhan
Perikatan. Dengan itu Perikatan boleh mengaku mewakili tiga kaum utama di Tanah
Melayu bagi menuntut kemerdekaan. Parti Perikatan telah memulakan tradisi kompromi
dalam perkembangan nasionalisme di negara ini. Ia telah membuktikan kesanggupan
rakyat Tanah Melayu untuk berkongsi kuasa apabila Parti Perikatan telah memenangi
kejayaan yang cemerlang dalam pilihan raya yang pertama pada 1955 dengan memenangi
51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan.

Parti Perikatan telah membuktikan kesanggupan rakyat Tanah Melayu untuk berkongsi
kuasa apabila Parti Perikatan telah memenangi kejayaan yang cemerlang dalam
pilihanraya yang pertama pada 1955 dengan memenangi 51 dari 52 kerusi yang
dipertandingkan.

Kesimpulan

Perbincangan di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa gerakan nasionalisme di


negara ini sejak awal lagi telah dicetuskan oleh orang-orang Melayu berasaskan kepada
rasa cinta terhadap bangsa dan tanahair. Sementara kerjasama dan kompromi dari kaum-
kaum lain kemudiannya adalah merupakan pengisian yang sangat penting dan diperlukan
bagi menerus dan memperkukuhkan cita-cita kemerdekaan yang diasaskan oleh orang-
orang Melayu demi kepentingan semua pihak.

51
BAB 5
KEMERDEKAAN
Salmah Omar

PENGENALAN

Merdeka membawa maksud bebas. Bebas bagi seseorang individu ialah boleh melakukan
apa sahaja yang diinginkan tanpa sebarang halangan. Cubaan untuk menghalang seseorang
dari melakukan perkara yang mereka ingini terutama apabila berkait dengan prinsip asas
hidup seseorang seperti memilih tempat tinggal, budaya dan kepercayaan maka dianggap
sebagai melanggar hak asasi seseorang individu yang merdeka.

Sementara merdeka bagi sebuah negara pula ialah bebas dari cengkaman sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Dari segi sejarah, hampir semua negara di dunia pernah
dijajah oleh kuasa asing yang lebih kuat dan berpengaruh kecuali Thailand. Malah terdapat
negara yang pernah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing silih berganti untuk jangka
masa yang panjang hingga beberapa abad lamanya. Contohnya, Malaysia pernah dijajah
oleh Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.

HALANGAN KEMERDEKAAN NEGARA

Masalah Perpaduan Kaum


Peristiwa darurat telah membawa rahmat yang tersembunyi apabila Inggeris
mengumumkan akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sebagai langkah untuk
menamatkan darurat dengan segera. Inggeris meletakkan syarat bahawa rakyat negara ini
mestilah berkongsi kuasa dan bekerjasama dalam suasana harmoni. Walau bagaimanapun,
syarat yang dikenakan oleh Inggeris bukanlah mudah untuk dilaksanakan kerana perasaan
perkauman telah begitu lama berlaku dan dibiarkan tanpa usaha untuk menyelesaikannya.
Inggeris sememangnya tidak mahu keadaan ini diperbaiki. Inggeris mahu semua kaum
yang tinggal di Tanah Melayu terus dipisahkan demi kepentingan mereka. Masalah
perpaduan kaum menjadi halangan utama untuk menuju ke arah kemerdekaan (Rohani Ab
Ghani, 2006)

Pemerintahan Inggeris yang berlandaskan amalan ‘pecah dan perintah’ telah mewujudkan
pengasingan petempatan bagi ketiga-tiga kaum (Fauziah, 2000). Orang Melayu diletakkan
di kawasan luar bandar, orang Cina di kawasan lombong dan bandar manakala orang India
di estet getah. Pengasingan ini telah menyebabkan wujud banyak perbezaan antara ketiga-
tiga kaum ini. Tidak wujud langsung persamaan homogeneity kebudayaan antara kaum.
Setiap kaum mempunyai bahasa, adat resam dan kebiasaan masing-masing. Misalnya,
orang Melayu bertutur menggunakan bahasa Melayu, sementara orang Cina bercakap
dalam beberapa dialek seperti Hokkien, Hakka, Kantonis. Dari segi agama, setiap kumpulan
etnik mempunyai kepercayaan dan cara hidup yang berbeza. Orang Melayu beragama
Islam, orang Cina beragama Buddha dan orang India pula beragama hindu. Orang Cina dan
India masih kekal mengamalkan cara dan nilai hidup yang mereka warisi dan bawa dari
tanah besar Cina dan India, sementara orang Melayu pula masih berteraskan kepada tradisi
52
mereka. Perbezaan agama dan budaya bukan sahaja menambahkan sikap prasangka tetapi
telah menghalang interaksi antara kaum (Fauziah, 2000).

Seterusnya, perbezaan antara kaum dalam aspek ekonomi juga adalah kesan daripada
dasar pembahagian ekonomi yang dijalankan oleh Inggeris. Orang Melayu yang tinggal di
kawasan luar bandar dan kampung meneruskan kerja mereka sebagai petani dan nelayan,
orang Cina menjalankan kegiatan melombong bijih timah di lombong dan berniaga di
bandar, sementara orang India pula sebagai buruh di ladang getah. Perbezaan dalam
penguasaan ekonomi ini telah menyebabkan pengenalan kaum mengikut sektor ekonomi.
Perbezaan ekonomi ini juga menyebabkan pengagihan pendapatan dan pembahagian guna
tenaga yang tidak seimbang antara kaum. Orang Melayu paling banyak menceburi bidang
ekonomi yang tidak produktif di luar bandar seperti di bidang pertanian dan penanaman
padi. Dasar dan amalan British ini menyebabkan orang Melayu terus tersisih dan mundur
berbanding dengan orang Cina dan India. Penjajahan Inggeris telah mengakibatkan
perubahan sistem ekonomi feudal kepada sistem ekonomi semi feudal dan semi kapitalis
(Fauziah, 2000).

Sistem pendidikan pada zaman penjajahan Inggeris juga mencerminkan unsur-unsur


perkauman. Ketiga-tiga kaum terbesar ini juga mempunyai pandangan yang berbeza akibat
daripada sistem pendidikan yang diterima. Dasar pendidikan bersifat dualistik kerana
mengkhaskan kepada sistem pendidikan Inggeris yang dianggap sebagai sistem pendidikan
terbaik kepada golongan elit dan bangsawan. Sementara rakyat biasa lebih sesuai kepada
pendidikan vernakular. Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan
pendidikan di sekolah beraliran bahasa ibunda masing-masing. Jurang perbezaan semakin
meluas kerana sekolah ini menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Kurikulum dan
sukatan pelajaran juga tidak seragam. Hal ini merumitkan lagi interaksi antara kaum.
Kerajaan British telah mendirikan sekolah-sekolah di kawasan petempatan kaum masing-
masing. Sekolah Inggeris didirikan di bandar-bandar, sekolah Melayu di kawasan luar
bandar, sekolah Cina di kawasan bandar pelabuhan dan kawasan perlombongan manakala
sekolah Tamil pula di ladang-ladang getah (Fauziah, 2000).

Kewujudan masyarakat majmuk dan budaya yang pelbagai di Tanah Melayu disebabkan
oleh dasar-dasar pentadbiran Inggeris terhadap ‘orang asing’ dan penduduk tempatan.
Tindakan Inggeris yang cuba memelihara orang Melayu daripada arus kegiatan ekonomi
moden sebenarnya memberi sumbangan dalam mempercepatkan kewujudan perbezaan
etnik, ekonomi dan politik. Inggeris tidak menggalakkan kaum imigran Cina dan India
berkecimpung dalam kehidupan orang Melayu serta membiarkan mereka mengekalkan
identiti kaum masing-masing. Inggeris juga tidak mengambil langkah-langkah untuk
mengorientasikan orang Cina yang semakin meningkat dalam institusi tempatan.
Sebaliknya setiap kelompok kaum imigran ini ditadbirkan secara berasingan. Dasar-dasar
Inggeris dibentuk berdasarkan andaian bahawa kehadiran kaum-kaum imigran itu bersifat
sementara. Oleh itu, pihak Inggeris membiarkan orang Cina dan India mengikut corak
kehidupan mereka yang berdasarkan kepada keluarga dan suku kaum dan tidak kepada
negara yang lebih luas. Oleh sebab Inggeris menyifatkan diri mereka sebagai pelindung
kepada orang Melayu, sikap mereka terhadap orang Melayu adalah paternalistic dan
cenderung kepada emosi. Sebaliknya dasar mereka kepada imigran Cina dan India adalah
53
pragmatik dan selalunya digubal secara khusus untuk memenuhi kehendak semasa
(Fauziah, 2000).

Jelas bahawa jalan ke arah kemerdekaan telah dihalang oleh kebimbangan terjadinya
konflik antara kaum. Orang Cina yang merupakan 38 peratus daripada jumlah penduduk
(orang Melayu 49 peratus) dalam tahun 1947 tidak begitu senang hati dengan syarat-
syarat kewarganegaraan Perjanjian Persekutuan. Terdapat banyak lagi masalah lain yang
melibatkan ekonomi dan sosial. Semua ini menimbulkan rasa takut, dendam dan curiga-
mencurigai di antara orang Melayu dan orang Cina (Tan Ding Eing, 1975).

Pendudukan Jepun
Semasa Perang Dunia kedua, negara kita dijajah oleh Jepun. Penjajah Jepun menyebarkan
dakyah kemakmuran dengan slogan ‘Asia Untuk Asia’. Kebanyakan penduduk negara ini
terutamanya orang Melayu berharap Jepun akan menjadi menjadi penyelamat untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah Barat. Namun hakikatnya apabila Jepun
berkuasa, penduduk tempatan terus tertipu dengan janji manis Jepun. Penduduk menderita
kekurangan makanan, penyebaran penyakit dan keadaan ekonomi yang semakin merosot
menyebabkan penduduk tempatan menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army
(MPAJA) bagi bukan Melayu dan Wataniah untuk orang Melayu. Ada juga dalam kalangan
orang Melayu yang menyertai Force 136. Kesemua pertubuhan ini dibantu oleh Inggeris
dari segi latihan dan peralatan perang. Penduduk tempatan terpaksa meneruskan agenda
membebaskan kedaulatan negara dan maruah bangsa. Dasar yang diamalkan oleh Jepun
semasa pendudukannya di Tanah Melayu selama tiga tahun setengah juga turut
merumitkan lagi keadaan sedia ada. Dasar Jepun yang pro-Melayu dan memusuhi orang
Cina telah menyebabkan permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina meningkat.
Jepun telah mengambil ramai orang Melayu menjadi polis dan tentera. Orang Cina pula
telah lari ke dalam hutan dan melancarkan serangan gerila menentang Jepun. Dasar Jepun
ini akhirnya menjadikan konflik Melayu-Cina lebih terbuka, perkara ini dapat dilihat
dengan jelas apabila orang Cina membalas dendam ke atas orang Melayu semasa berlaku
kekosongan kuasa setelah Jepun menyerah diri kepada pihak berikat (Mohamad Idris,
1994).

Peranan Akhbar dan Persatuan


Selain daripada itu, akhbar dan persatuan yang ditubuhkan adalah berdasarkan kepada
etnik. Akhbar yang diterbitkan menggunakan bahasa berlainan seperti Melayu, Cina, Tamil
dan Inggeris terlalu memberi penekanan kepada kegiatan kumpulan etnik masing-masing.
Persatuan politik, sosial dan ekonomi yang ditubuhkan berteraskan kepada etnik masing-
masing telah menguatkan lagi keperibadian etnik, kebencian dan prasangka antara satu
sama lain (Mohamad Idris, 1994).

USAHA KE ARAH PERPADUAN

Menyedari pentingnya perpaduan sebagai syarat untuk mencapai kemerdekaan, Dato’ Onn
telah mencadangkan supaya rakyat di Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang
boleh mewakili semua kaum supaya mereka bekerjasama, bertolak ansur dan hidup dalam
aman damai. Dato’ Onn telah mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pemimpin
54
iaitu Tan Cheng Lock, Thivai Singam, Malcom Macdonald dan Ronald Braddel yang
akhirnya bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum atau
Communities Liason Committtee (CLC) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini telah
mengadakan mesyuarat di Pulau Pinang yang diwakili oleh Dato’ Onn, Haji Abdul Wahab
(Dato’ Panglima Bukit Gantang), Salleh Hakim, Dr. Mustafa Osman dan Zainal Abidin Haji
Abas, Tan Cheng Lock, Lee Ting Keng dan Yoong Shook Lin. Mesyuarat dipengerusikan oleh
E. Thuraisinggam (Mohamad Idris,1994). Jawatankuasa ini merupakan organisasi pertama
yang ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan pelbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan. Antara kaedah untuk mencapai
perpaduan yang diusulkan adalah seperti berikut:

(i) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah rendah.
(ii) Sekolah kebangsaan akan ditubuhkan bagi menyatukan komuniti etnik yang
berbeza. Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa
perantaraan.
(iii) Bahasa ibunda masing-masing boleh diajar.

Melalui CLC ini, pemimpin daripada pelbagai kaum berbincang secara terbuka mengenai
permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian. (Shamsul Amri, 2008).
Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.
Pada masa ini juga Dato’ Onn telah mengambil langkah berani dengan mencadangkan
supaya keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu supaya wujud sebuah
pertubuhan politik yang mewakili semua kaum. Langkah ini bagi mengurangkan
perselisihan kaum dan memelihara kerjasama di antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Usul yang dicadangkan ini dikecam hebat oleh orang-orang Melayu yang takut kalau-kalau
Dato’ Onn akan menyerahkan semua hak dan keistimewaan orang Melayu. Akhirnya Dato’
Onn meletakkan jawatan dari UMNO pada bulan Ogos 1951 dan menubuhkan Parti
Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) pada 16 September 1951. IMP merupakan satu
percubaan bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama dari semua kaum untuk perjuangan
kemerdekaan. Walau bagaimanapun, parti ini tidak mendapat sokongan (Mohamad Idris,
1994).

Usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum khususnya bagi memenuhi syarat Inggeris
untuk mencapai kemerdekaan juga diusahakan oleh UMNO dan MCA melalui kerjasama
yang ditunjukkan dalam pilihan raya tahun 1952. Kejayaan besar pakatan UMNO dan MCA
memenangi pilihan raya telah mendorong mereka memperluaskan kerjasama untuk
menghadapi Pilihan Raya Umum 1955. Kerjasama ini menjadi lebih mantap apabila
Malayan India Congress (MIC) menyertai UMNO dan MCA dalam Perikatan. Sesungguhnya
kerjasama antara kaum ini menjadi penyumbang penting ke arah mempercepatkan lagi
proses perpaduan dan kemerdekaan (Mohamad Idris, 1994). Usaha untuk mewujudkan
perpaduan juga dijalankan melalui pendidikan. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan
pada tahun 1950 untuk mengkaji sistem pendidikan yang boleh mewujudkan perpaduan.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh L.J Barnes dari Universiti Oxford. Matlamatnya
adalah untuk menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu. Beliau juga
mencadangkan agar satu corak pendidikan dirangka bagi memenuhi bentuk masyakat di
55
Tanah Melayu. Hasilnya, penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dicadangkan
sebagai bahasa perantaraan di sekolah rendah bagi memupuk semangat perpaduan kaum.
Laporan Barnes menganjurkan agar sekolah vernakular dimansuhkan dan digantikan
dengan sistem pelajaran kebangsaan sekolah dan wajib menggunakan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala di peringkat menengah, bahasa
Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa pengantar (Shamsul Amri, 2012).

Walau bagaimanapun, orang Cina menentang cadangan ini dan kemudiannya menubuhkan
sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu 1951. Laporan ini diketuai
oleh William P.Fenn, seorang ahli Lembaga Amanah Sekolah Tinggi C dan Wu The-Yao, iaitu
pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tujuan laporan ini adalah untuk
menyemak semula sistem pendidikan Cina. (Shamsul Amri, 2012). Tiga usul telah
diketengahkan iaitu:

(i) Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan mendesak agar pihak kerajaan
memberikan bantuan kewangan. Rasionalnya, pendidikan vernakular mampu
memberi sumbangan ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan
menggalakkan kesedaran kebangsaan.
(ii) Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar dunia. Kusteru, sekolah
vernacular tidak boleh dihapuskan sehinggalah orang Cina merasakan pendidikan
tersebut tidak diperlukan.
(iii) Gesaan agar sekolah Cina tidak memfokuskan bentuk, kaedah dan sukatan
pendidikan dari Negara Cina kerana mereka telah pun mendiami Tanah Melayu
(Thock, 2005).

Laporan ini menunjukkan bahawa usaha untuk menjadikan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan agar sukar. Keadaan ini berlaku
kerana sentimen untuk mempertahankan bahasa masing-masing sangat tinggi. Perbalahan
mengenai soal pendidikan dan bahasa terus berlanjutan hingga Perikatan bersetuju untuk
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (Mohamad Idris, 1994).

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN

Pengenalan Sistem Ahli 1951


Langkah pertama ke arah kemerdekaan bermula dengan pengenalan Sistem Ahli. Sistem
Ahli ini telah diperkenalkan oleh kerajaan British pada tahun 1951. Sistem ini bertujuan
memberi peluang kepada pemimpin tempatan memerintah negeri sendiri dan sebagai
latihan secara langsung untuk mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi
(Fauziah, 2000). Sebenarnya idea pengenalan sistem ahli ini telah dicetuskan oleh Dato’
Onn dan ia mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu dan pihak British. Menurut
sistem ini, anggota sistem ahli akan dikenali sebagai ‘ahli’ dan seramai sembilan orang ahli
tempatan yang dipilih daripada majlis Mesyuarat Perundangan diberi tanggungjawab bagi
mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri
yang ada sekarang cuma bidang kuasa mereka agak terhad seperti berikut:

56
(i) Dato’ Onn bin Jaafar - Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
(ii) E.E. C Thuraisingham - Ahli Pelajaran
(iii) Tunku Yaakob - Ahli Pertanian dan Perhutanan
(iv) Lee Ting Keng - Ahli Kesihatan
(v) Dato’ Mahmud Mat - Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
(vi) J. D. Mead - Ahli Kerja Raya dan Perumahan
(vii) J. D. Hodgkinson - Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial
(viii) O. A. Spencer - Ahli Hal Ehwal Ekonomi

Pilihan Raya Majlis Tempatan 1951-1952


Berikutan daripada perkembangan ke arah berkerajaan sendiri, pihak British telah
memperkenalkan Pilihan Raya Majlis Bandaran sebagai satu usaha ke arah memberi
pendedahan dan pengalaman kepada pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk
negara ini untuk berkerajaan sendiri. Pada 1 Disember 1951, pilihan raya pertama telah
diadakan di Georgetown, Pulau Pinang bagi memilih wakil-wakil dalam Majlis Bandaran
Pulau Pinang. Dalam pilihan raya ini, parti Radikal yang dianggotai oleh pelbagai kaum
telah berjaya memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan. Setiap bandar besar di
seluruh Tanah Melayu turut mengadakan pilihan raya tersebut.

Pilihan Raya Majlis Bandaran telah menyaksikan buat pertama kalinya parti politik orang
Melayu dan Orang Cina bergabung untuk menghadapi pilihan raya penting ini.
Penggabungan ini telah menjadikan UMNO-MCA sebagai sebuah parti politik yang paling
berpengaruh setelah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK

Keadaan politik juga menjadi semakin rancak dengan penubuhan parti-parti politik untuk
menubuhkan kerajaan sendiri. Salah satu parti politik awal ialah Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM). PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 sebelum tertubuhnya UMNO.
Di antara pengasas atau pemimpin yang terkenal ialah Moktaruddin Laso, Ishak Haji
Muhammad, Dahari Ali, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam. Dr.
Burhanuddin Al-Helmy telah dilantik menjadi Presiden bagi menerajui parti ini. Walau
bagaimanapun, PKMM mempunyai ideologi yang berbeza dengan UMNO kerana pemimpin-
pemimpin PKMM lebih cenderung ke arah penggabungan antara Tanah Melayu dan
Indonesia untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1949. Selain itu, wujud beberapa
masalah di antara parti PKMM dan UMNO yang membawa kepada pengeluaran PKMM
daripada UMNO pada tahun 1946 walaupun sebelum itu Dr. Burhanuddin telah bersetuju
dengan keputusan penubuhan UMNO (Robiah, 2017).

UMNO adalah parti politik yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Penubuhannya adalah
akibat daripada tindakan British yang cuba mengubah kedudukan Tanah Melayu dari
sebuah negeri naungan kepada sebuah negeri jajahan. Hal ini menyebabkan orang-orang
Melayu bangkit dan menubuhkan persatuan-persatuan politik di Tanah Melayu.
Perkumpulan orang-orang Melayu telah bergabung dalam satu kongres yang dikenali
sebagai Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan pertama telah diadakan di Kuala Lumpur
57
pada 1 Mac 1946. Pada 11 Mei 1946 satu persidangan rasmi telah diadakan di Istana Sultan
Ibrahim Johor Bharu yang disertai oleh 40 buah persatuan Melayu termasuk persatuan
orang Asli. Hasil daripada perhimpunan ini lahirlah sebuah parti politik dikenali sebagai
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (PERKEMBAR) atau United Malays National
Organization (UMNO). Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai presiden yang pertama. Justeru itu,
Kongres Melayu Se-Malaya telah dibubarkan secara rasmi. Pada mulanya UMNO
ditubuhkan sebagai wadah orang Melayu untuk menentang Malayan Union dan
kemudiannya sebagai parti orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan.

Parti Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Ia ditubuhkan atas
keperluan komuniti India selepas zaman pemerintahan British selain untuk mewakili kaum
India dalam arus pembangunan negara selepas zaman peperangan. Penubuhan Malayan
Union 1946 telah menyedarkan mereka agar bersiap sedia menghadapi sebarang kesulitan
di Tanah Melayu. Penentangan orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union serta hal-
hal kerakyatan telah mendorong kaum India menubuhkan sebuah parti politik bagi
mengemukakan pandangan kaum India tentang soal kerakyatan kepada kerajaan. Oleh itu,
MIC ditubuhkan dan presiden pertamanya ahli perniagaan India iaitu John A. Thivy. Tujuan
utama penubuhan MIC ialah untuk menjaga kepentingan orang India, memperjuangkan
kemajuan politik orang India bersama-sama dengan kaum lain di Tanah Melayu dan
menyokong perjuangan kebangsaan di India.

Manakala Malayan Chinese Association (MCA) tubuhkan tiga tahun selepas MIC iaitu pada
27 Februari 1949. Pengasasnya terdiri daripada satu golongan orang Cina yang kaya,
termasuk Kolonel Lee Hau-Shik dan Leong Yew Koh, dua orang pengusaha lombong bijih
timah yang terkenal dan beberapa orang peniaga dan peguam. Presiden parti MCA ialah
Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan untuk menghadapi keadaan yang timbul akibat
pengisytiharan darurat dan menyekat pengaruh PKM yang semakin meluas dalam
kalangan orang Cina. Pihak British mengalu-alukan penubuhan MCA kerana MCA boleh
membantu British menentang PKM. Selain itu, MCA ialah untuk melindungi kepentingan
politik orang Cina di Tanah Melayu serta bekerjasama dengan British untuk menentang
komunis. (Fauziah, 2000).

IMP pula ditubuhkan pada tahun 1951 oleh Dato’ Onn selepas beliau meninggalkan UMNO.
Parti ini ditubuhkan sebagai parti yang mewakili semua kaum untuk mewujudkan
perpaduan kaum bagi memenuhi syarat kemerdekaan. Matlamat utama IMP adalah untuk:

• Mendapat kemerdekaan bagi Tanah Melayu dalam tempoh 10 tahun.


• Menuntut pilihan raya berunsurkan demokrasi bagi majlis-majlis tempatan
menjelang 1953 dan bagi Dewan Perundangan Pusat menjelang 1955.
• Menubuhkan Perkhidmatan Awam di bawah penguasaan orang tempatan.
• Pelajaran asas yang percuma bagi kanak-kanak sekolah rendah menjelang tahun
1955.
• Membaiki sistem sosial di luar bandar dan sistem feudal di negeri-negeri Melayu.

58
Walau bagaimanapun, IMP tidak mendapat sokongan daripada MCA dan MIC kerana
mereka lebih suka berjuang mencapai kemerdekaan melalui parti politik kaum sendiri.
Pada tahun 1953, Dato’ Onn telah membubarkan IMP selepas tewas dalam Pilihan Raya
Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952. Dato’ Onn telah menubuhkan parti baru iaitu Parti
Negara pada bulan Februari 1954. Dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955, Parti Negara
telah meletakkan 30 orang calon tetapi gagal memenangi sebarang kerusi dalam pilihan
raya tersebut. Parti Negara mulai merosot selepas kematian Dato’ Onn pada 1964. Parti
Islam Se-Malaya atau PAS telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan dipimpin oleh Haji
Ahmad Fuad sebagai presiden pertama. Mengikut asal usulnya, Pas telah diasaskan oleh
sebuah parti politik yang dikenali sebagai Hizbul Muslimin. Pembentukan parti politik
menggambarkan kematangan perkembangan politik di Tanah Melayu dalam menegakkan
sistem pemerintahan sendiri.

PILIHAN RAYA PERINGKAT NEGERI

Pilihan raya negeri pula telah diadakan pada tahun 1954. Pilihan raya ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk memilih kerajaan mana yang bakal
menerajui pemerintahan negara selepas kemerdekaan. Pilihan raya ini penting kerana ia
membuktikan bahawa rakyat Tanah Melayu amat memberikan sokongan dan menerima
idea kerjasama di antara kaum yang diperlihatkan oleh gabungan perikatan UMNO-MCA.
Dalam pilihan raya ini, perikatan telah menang 226 daripada 268 kerusi yang
dipertandingkan hasil daripada sokongan dan keyakinan rakyat negara ini (Robiah, 2017).

PILIHAN RAYA UMUM 1955

Pilihan Raya Umum pertama bagi negara ini telah diadakan pada 27 Julai 1955. Perikatan
menjadi semakin besar dan kuat dengan kehadiran MIC dalam perikatan pada tahun 1954.
Perikatan berjaya mewujudkan kerjasama antara kaum dalam Pilihan Raya Umum 1955
ini melalui tolak ansur dan pengorbanan antara kaum. UMNO sanggup berkorban untuk
menyerahkan 15 dan 2 kerusi yang dipertandingkan kepada MCA dan MIC.

Persaingan kuat yang diterima oleh Perikatan pada masa tersebut hanyalah dari Parti
Negara. Parti lain yang bertanding dalam pilihan raya persekutuan ini ialah Parti Islam
Tanah Melayu, Persatuan Kebangsaan Perak, Ikatan Melayu Perak, Parti Progresif Perak
iaitu nama asal parti Progresif Rakyat sekarang dan Parti Buruh.

Parti Perikatan telah meletakkan calon bagi kesemua 52 kerusi. Parti Negara
mempertandingkan 30 kerusi, sementara Parti Islam Se-Malaysia sebanyak 11 kerusi, Liga
Melayu Perak sebanyak 9 kerusi, Parti Buruh sebanyak 4 kerusi, Parti Progresif Rakyat
sebanyak 2 kerusi dan calon bebas sebanyak 18 kerusi. Hasil daripada kerjasama dan tolak
ansur antara kaum ini, Perikatan telah menang besar. Pilihan Raya Umum telah dimenangi
oleh Perikatan dengan kejayaan besar iaitu 51 daripada 52 kerusi.

Kejayaan besar yang diperoleh Perikatan ini telah membuktikan kepada British bahawa
majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan dapat hidup aman dan damai dalam satu
59
pemerintahan sendiri. Oleh itu, British haruslah menunaikan janji untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Langkah pertama yang diambil ialah penubuhan
kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman
Al-Haj. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti beriku:

(i) Tunku Abdul Rahman - Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri
(ii) Dato' Abdul Razak Bin Hussein - Menteri Pelajaran
(iii) Dr. Ismail Abdul Rahman - Menteri Hasil Bumi
(iv) Kolonel H. S. Lee - Menteri Pengangkutan
(v) Abdul Aziz Ishak - Menteri Tanam Tanaman
(vi) Leong Yew Koh - Menteri Kesihatan
(vii) V.T. Sambanthan - Menteri Buruh
(viii) Sardon Jubir - Menteri Kerja Raya
(ix) Sulaiman Abdul Rahman - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
(x) Ong Yoke Ling - Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom

MANIFESTO PARTI PERIKATAN PILIHAN RAYA UMUM 1955

Kemenangan Perikatan jelas menunjukkan bahawa keistimewaannya bukan hanya kepada


kepimpinan dan kerjasama antara pelbagai kaum tetapi kerana Perikatan mempunyai
manifesto yang menyeluruh kepada penduduk Tanah Melayu. Pihak perikatan UMNO, MCA
dan MIC telah membentangkan satu manifesto yang komprehensif kepada orang ramai.
Perkara penting dalam manifesto itu ialah pihak Perikatan berjanji akan mencapai
kemerdekaan dalam masa empat tahun lagi. Perikatan juga berikrar akan menjadikan
perkhidmatan awam bercorak Malayan, dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya.
Perikatan juga mempercepatkan langkah bagi menggantikan pegawai asing dengan anak
tempatan dan tidak membenarkan pengambilan pegawai asing lagi tanpa merujuk terlebih
dahulu kepada majlis Mesyuarat Kerja. Dalam bidang pelajaran, perikatan merangka
penubuhan satu jenis sekolah kebangsaan yang akan diterima oleh semua penduduk Tanah
Melayu. Dalam perlembagaan dan politik, perikatan telah menjanjikan akan menegakkan
dan melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua perlembagaan negeri baginda.
Seterusnya pihak perikatan juga berjanji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.

Berkaitan dengan darurat, Perikatan juga berjanji untuk menamatkan darurat secepat
mungkin secepat mungkin dengan menawarkan pengampunan umum kepada pengganas
komunis yang majoritinya terdiri daripada bukan Melayu. Sekiranya tawaran tidak
mendapat sambutan, maka perikatan akan mengerahkan semua sumber di dalam negeri
serta mendapatkan bantuan dari luar untuk menambahkan kekuatan dan tenang bagi
menghadapi pengganas komunis. Ini terbukti dengan adanya proses rundingan pihak
kerajaan dengan pemimpin komunis iaitu Rundingan Baling sejurus selepas Pilihan Raya
1955. Manifesto Perikatan ini merupakan hasil tolak ansur dan kerjasama semua kaum
dalam usaha mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan. (Fauziah, 2000).

60
RUNDINGAN LONDON 1956

Kemenangan pilihan raya tahun 1955 telah mendorong Perikatan meneruskan desakan
untuk mempercepatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Oleh itu, pada bulan Januari
1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan yang terdiri daripada empat
wakil raja-raja Melayu dan empat wakil perikatan ke London untuk memulakan rundingan
dengan para pegawai British. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 3 minggu iaitu
daripada 18 Januari 1956 hingga 8 Februari 1956 dan di akhir rundingan tersebut, satu
perjanjian telah dimeterai iaitu Perjanjian London (Robiah, 2017). Di antara isi kandungan
perjanjian tersebut ialah:

(i) Kerajaan British bersetuju bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan diberikan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
(ii) Konsep Raja Berperlembagaan akan diteruskan.
(iii) Jawatan Setiausaha Kewangan akan digantikan dengan jawatan Menteri Kewangan
manakala jawatan Pengarah Gerakan pula akan digantikan dengan jawatan Menteri
Pertahanan.
(iv) Kerajaan British bersetuju untuk memberikan pampasan kepada pegawai-
pegawainya yang akan diberhentikan berikutan dengan kemerdekaan tersebut.
(v) Kerajaan British juga akan diberikan hak untuk menempatkan tenteranya di negara
ini demi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonominya di sini.
(vi) Satu suruhanjaya bebas akan ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan bagi
kemerdekaan negara ini.

SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada bulan Mac 1956 bagi menggubal perlembagaan
Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Anggota Suruhanjaya Reid terdiri daripada
lima orang wakil iaitu:

(i) Lord William Reid sebagai Pengerusi


(ii) Sir Willim Mckell dari Australia
(iii) Sir Ivor Jenning daripada United Kingdom
(iv) Tuan B. Malik iaitu seorang Hakim dari India
(v) Tuan Abdul Hamid berasal dari Pakistan

Suruhanjaya ini telah ditugaskan untuk menggubal perlembagaan bagi negara ini
berdasarkan kepada pemerintahan secara demokrasi berparlimen. Perlembagaan tersebut
mestilah mengandungi lima perkara berikut:

(i) Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan sebuah kerajaan pusat yang
berkuasa ke atas negeri-negeri yang berada di dalamnya.
(ii) Pengekalan kedudukan raja-raja Melayu.
(iii) Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dikekalkan tanpa menjejas hak kaum lain.
(iv) Mengadakan seorang ketua negara yang dipilih di antara raja-raja Melayu.
(v) Satu rupa bangsa bagi seluruh negara.
61
Dalam proses penggubalan perlembagaan tersebut, Suruhanjaya Reid menerima sebanyak
131 memorandum daripada pelbagai pertubuhan, orang perseorangan dan juga Raja-raja
Melayu. Memorandum Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan
utama Suruhanjaya Reid atas sifat tuntutan bersama kaum-kaum terbesar dan dianggap
sebagai satu Pakatan Murni antara kaum. Pakatan Murni ialah satu konsep yang dicipta
untuk menerangkan pakatan UMNO, MCA dan MIC yang mewakili ketiga-tiga kaum
terbesar di negara ini. Dua perkara penting dalam Pakatan Murni ini ialah pengekalan
empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu bahasa, agama, kedudukan Raja-raja Melayu
dan kedudukan istimewa orang Melayu. Manakala bagi orang bukan Melayu pula mereka
mendapat keistimewaan apabila pemimpin UMNO bersetuju memberikan kerakyatan
secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir. (Fauziah, 2000).

Suruhanjaya Reid telah mengadakan persidangan sebanyak 118 kali mulai bulan Jun
hingga Oktober 1956 untuk menggubal rang perlembagaan. Pada bulan Jun 1957, Parlimen
British telah menerima cadangan Suruhanjaya Reid dan seterusnya usul telah
dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan untuk diluluskan. Setelah membuat
beberapa pindaan, rang perlembagaan kemerdekaan tersebut telah diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan mula berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957.
(Robiah, 2017).

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Hari bersejarah yang dinantikan selama ini tiba dalam suasana yang penuh dengan
keceriaan oleh penduduk Tanah Melayu. Tepat pukul 12.01 minit tengah malam 31 hb
Ogos, bendera Union Jack di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur telah
diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan. Pengisytiharan
kemerdekaan telah dilakukan pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Pengisytiharan
ini dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri pertama negara
ini. Saat paling bersejarah bagi seluruh rakyat Tanah Melayu apabila Tunku Abdul Rahman
melaungkan ’merdeka’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh seluruh penduduk Tanah
Melayu yang berada di stadium ketika itu. Dokumen-dokumen pengisytiharan
kemerdekaan telah disampaikan kepada Tunku Abdul Rahman oleh Duke of Gloucester
yang mewakili Ratu Alizabeth. Dokumen tersebut ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Antara kandungan penting dicatatkan dalam dokumen pengisytiharan itu ialah:

(i) Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai taraf kemerdekaan dan berdaulat,
(ii) Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka merangkumi negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Melaka,
Kelantan dan Terengganu,
(iii) Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal akan dikuatkuasakan pada 31 Ogos
1957,
(iv) Segala penguasaan pihak British ke atas Negeri-Negeri Selat adalah terbatal.
(Robiah, 2017).

Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli ke-82 dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
(Joginder, 1986).
62
KESIMPULAN

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 bukanlah dicapai dengan
mudah. Perjalanan yang cukup panjang dan memberi pengalaman kepada penduduknya.
Generasi sekarang seharusnya menghargai kemerdekaan dengan menjadi warganegara
yang berjaya agar negara tidak lagi dijajah dalam apa keadaan jua pada masa akan datang.

63
BAB 6
DARURAT
Mohamed Ali Haniffa

PENGENALAN

Malaysia berhadapan dengan kemelut keselamatan dalam negara yang mencabar sebelum
zahirnya sebuah negara merdeka. Kemerdekaan negara ini dicapai menerusi pelbagai cara
dan melalui jalan yang panjang. Di dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa dan halangan
dihadapi oleh penduduk negara ini. Komunis pernah menjadi suatu ancaman yang besar
sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Parti Komunis Malaya memperlihatkan
kesungguhan mereka untuk merampas kekuasaan politik negara ini dengan menggunakan
cara bersenjata. Antara halangan paling mencabar dan paling pahit yang telah dilalui ialah
pemberontakan atau revolusi bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
Matlamat utama komunis dengan sokongan Comintern (The Communist International)
adalah untuk menubuhkan Republik Komunis di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak.
Revolusi bersenjata di negara ini merupakan sebahagian daripada strategi komunis dunia
dalam usaha mereka menegakkan kerajaan komunis di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.
Revolusi tersebut dilakukan atas alasan memerdekakan negara ini dari cengkaman
penjajahan British. Ketika melakukan pemberontakan itu, PKM melakukan pelbagai
kezaliman dan ini merupakan halangan terbesar dalam usaha memerdekakan negara ini.
Dalam tempoh ini, perpaduan dan kepercayaan terhadap pentadbiran British telah
merosot. Peristiwa revolusi ini mengambil masa yang panjang , namun atas usaha semua
pihak sama ada kerajaan ataupun rakyat kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 dapat
direalisasikan.

Kemerdekaan negara dicapai setelah pelbagai usaha dilakukan bagi menangani


pemberontakan oleh PKM. Pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput,
Perak telah menjadi mangsa pembunuhan komunis. Berikutan itu, Sir Edward Gent selaku
Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan Undang-undang
Darurat. Hal yang demikian telah membawa kepada pengisytiharan darurat selama 12
tahun 45 hari di Persekutuan Tanah Melayu bermula tahun 1948 hinggalah tahun 1960.
Banyak pihak berperanan dalam usaha menamatkan pemberontakan PKM. Sepanjang
tempoh itu, empat orang Pesuruhjaya Tinggi British telah mengetuai usaha tersebut,
sebelum diakhiri oleh pemimpin dari negara ini sendiri. Di antara usaha yang paling ketara
dan memberi kesan kepada pemberontakan bersenjata oleh PKM ialah propaganda dan
strategi perang saraf yang digerakkan oleh British di bawah pimpinan Pesuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu iaitu Sir Gerald Templer. Begitu juga peranan "Program
Penempatan Semula" yang dilaksanakan oleh Sir Henry Gurney dan Harold Briggs. Selain
itu, terdapat juga usaha demokrasi yang membawa kepada kemerdekaan yang diusahakan
bersama Malcolm MacDonald dan Donald MacGillivray. Isu komunis tidak berakhir begitu
sahaja tetapi dikontroversikan oleh segelintir rakyat yang tidak memahami fakta sejarah
negara. Komunis dilihat berperanan dalam memendekkan perjuangan kemerdekaan
negara. Namun hakikatnya komunis telah mencetuskan keadaan huru-hara yang membawa
kepada usaha penggemblengan tenaga menuju ke arah kemerdekaan tanah air.
64
DEFINISI DARURAT

Darurat merupakan satu pengisytiharan oleh kerajaan, di mana kuasa tersebut


diperuntukkan oleh perlembagaan bagi mengawal keadaan huru-hara yang wujud.
Mengikut Fasal 1, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, “satu darurat
besar yang mengancam keselamatan atau kehilangan ekonomi persekutuan atau mana-
mana bahagiannya.” Peruntukan undang-undang tentang darurat juga dinyatakan dalam
Perkara 149-151, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian II iaitu Kuasa-Kuasa Khas
Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat. Hanya Yang Dipertuan Agong
(YDPA) sahaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat selepas mendapat
nasihat daripada Perdana Menteri (Perlembagaan Persekutuan, 2014). Walau
bagaimanapun, sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pengisytiharan darurat
dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Peristiwa Darurat yang akan dibincangkan dalam topik ini merujuk kepada pengisytiharan
pada 18 Jun 1948. Pengisytiharan darurat tersebut dilakukan oleh kerajaan British di
Tanah Melayu berikutan pemberontakan bersenjata PKM. Menurut Gullick, dan juga
Barber, darurat sebenarnya adalah merujuk kepada peperangan. Biarpun begitu, perkataan
peperangan tidak pernah digunakan sebagai melindungi kepentingan ekonomi British di
Tanah Melayu. Ekonomi Tanah Melayu perlu dilindungi insurans yang menyebabkan
peperangan dengan British tidak pernah diisytiharkan. Menurut Thompson, darurat boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

(i) “Build up period” – iaitu tempoh masa di mana kerajaan menggubal polisi-polisi dan
mengambil langkah-langkah permulaan. Peringkat ini berakhir dengan
pembunuhan Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu dan
pelantikan Sir Gerald Templer.
(ii) Di antara tempoh 1952 hingga 1954 di mana usaha-usaha yang telah dilakukan
terhadap pembanterasan komunis dan berakhir dengan Rundingan Baling.
(iii) “Mopping up period” – iaitu tempoh di antara tahun 1956 hingga 1960 di mana
melakukan operasi pembanterasan terhadap komunis sehingga mereka berundur
ke sempadan Malaysia-Thailand (Ramli bin Haji Ahmad,1984).

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

Gerakan komunis di Tanah Melayu dapat dikesan sejak awal tahun 1920-an. Pengaruh
komunis menyusup ke dalam sekolah Cina, kesatuan sekerja dan banyak penerbitan
berunsurkan komunis. Saluran tersebut digunakan oleh komunis untuk menyebarkan
pengaruh dalam kalangan penduduk, pekerja, belia dan pelajar-pelajar di Negeri-Negeri
Melayu. Pergerakan komunis menjadi aktif apabila PKM ditubuhkan pada April 1930.
Penubuhan PKM bertujuan untuk menentang penjajahan dan seterusnya mendirikan
negara komunis. Di bawah pimpinan Chin Peng, PKM bergerak ke arah melakukan
pemberontakan bersenjata mulai Jun 1948 supaya tercapai matlamatnya. Pada pandangan
PKM, sebuah masyarakat yang lebih baik, adil dan saksama dapat dilahirkan. Di Tanah
Melayu, pengaruh komunis dibawa masuk menerusi Singapura. Di antara faktor yang
menjadi pilihan kepada agen-agen komunis dalam memilih Singapura ialah:
65
(i) Singapura pada ketika itu merupakan sebuah pusat perdagangan utama. Kebanjiran
imigran dan pedagang dari luar memudahkan kemasukan pengaruh komunis ini.
Hal ini ditambah pula dengan kewujudan kesatuan-kesatuan sekerja di Singapura.
Tokoh-tokoh komunis Indonesia tiba di Singapura sejak tahun 1921 apabila
Darsono dan dua agen Belanda, Baars dan Sneevliet singgah di Singapura dalam
perjalanan mereka ke Shanghai (Ruth McVey, 1965). Semaun juga berada di
Singapura sewaktu melarikan diri dari polis Indonesia (Khoo Kay Kim, 1984). Walau
bagaimanapun, kempen agen-agen komunis ini menjadi lebih mantap hanya
bermula pada tahun 1924. Ini berikutan daripada penubuhan sel-sel dalam
kesatuan sekerja, kilang, bengkel dan apa jua gerakan buruh untuk menyusup
masuk anasir komunis.
(ii) Pada tahun 1920-an, Singapura menjadi tumpuan ramai tokoh komunis Indonesia
yang berkumpul dan berselindung dengan syeikh-syeikh haji Indonesia yang
menetap di Singapura (C.O. 273/534, MBPI, No.36 Feb.1926). Penggunaan Syeikh
Haji ini bagi mengelakkan pergerakan mereka di kesan oleh Belanda di Indonesia.
Syeikh-Syeikh Haji ini bukan hanya memberi perlindungan kepada tokoh komunis
malahan mereka turut membantu pergerakan komunis tersebut. Sebagai contohnya
Sutan Perpatih yang berselindung di rumah Haji Ali menubuhkan kelab di Province
Wellesley dan berusaha mengumpul wang untuk menyebarkan ideologi komunis
dalam kalangan orang Melayu dan Jawa di Pulau Pinang, Kedah serta Perak (C.O.
273/534, MBPI, No.38 April 1926). Penggunaan Syeikh Haji dan tokoh agama ini
dilihat seiring dengan perkembangan di Indonesia di mana anasir komunis cuba
menyusup masuk dan mempengaruhi golongan agama di dalam Sarekat Islam.
Agama Islam digunakan sebagai “topeng” untuk menarik perhatian masyarakat
memandangkan Islam adalah agama ikutan majoriti penduduk Indonesia dan Tanah
Melayu (M.C. Ricklefs, 2001).

Dari segi sejarahnya, gerakan komunis di Tanah Melayu bermula sejak kehadiran pengaruh
Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun-tahun 1924-1930. Antara individu yang
berperanan penting dalam Parti Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1925 ialah Soh Pek
Ngi, Mah Yap Peng, Wong Juat Pho dan Ho Hong Seng. Terdapat juga beberapa ahli komunis
Indonesia yang memainkan peranan menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan
orang Melayu. Antaranya Tan Malaka, Alimin, Moeso, Saubakat dan Winanta. Dalam pada
itu Soh Pek Ngi, Mah Yap Peng, Wong Juat Pho dan Ho Hong Seng juga ada membuat
hubungan dengan penggiat komunis Melayu tempatan seperti Ali, Ahmad dan Abdul Karim
pada tahun 1928 dan 1929. Pada tahun 1930, parti Komunis China di Tanah Melayu
mengeluarkan risalah propaganda dalam tulisan rumi dan jawi. Sementara Ali yang rapat
dengan Wong Juat Pho, Mah Yap Peng dan Soh Pek Ngi beberapa kali mengunjungi Sekolah
Malam Lok Man, Kampung Baru dan Lok Teng, Coleman Street. Dalam pada itu risalah
propaganda juga disebarkan dalam bahasa Tamil dan Melayu oleh Pertubuhan Komunis
Cina Johor, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang. Ahli komunis berjaya menubuhkan Parti
Komunis Malaya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 1930.

Seterusnya, sejak tahun 1931-1938, kegiatan ini di perhebatkan oleh Comintern tetapi
masih dengan kerjasama tokoh-tokoh PKI. Menurut Hanrahan, tokoh komunis dari
66
Indonesia merupakan golongan yang pertama memperkenalkan komunisme di Singapura
(Hanrahan, 1971). Faktor yang menyebabkan berlakunya senario tersebut ialah kerana:

(i) Kedudukan Parti Komunis Indonesia (PKI) sebagai pertubuhan komunis pertama di
rantau ini yang mempunyai hubungan dengan Comintern di Moscow.
(ii) Penggunaan agen-agen PKI dilihat sebagai bertepatan dalam usaha memujuk lebih
ramai rakyat tempatan menyertai gerakan komunis. Pemikiran tentang Islam
digunakkan sebagai percubaan memujuk orang-orang Melayu.

Pada tahun 1924, Alimin, seorang anggota PKI, dipercayai melakukan aktiviti awalnya di
Singapura ketika dalam perjalanan ke Persidangan Buruh Seluruh Pasifik. Tindakan
awalnya membuahkan sedikit hasil dengan merekrut beberapa orang ahli PKI. Ini
kemudiannya diikuti dengan kehadiran seorang lagi ejen PKI, Tan Malaka, pada tahun
1925. Tan Malaka yang berasal dari Sumatera mencadangkan kepada Parti Komunis China
(PKC) agar menyebarkan pengaruh ke Singapura dengan menyusup masuk anasir radikal
(Khoo Kay Kim, 1984). Seorang wakil khas PKC, Fu Ta-ching, telah dihantar ke
Semenanjung untuk tujuan tersebut. Kecuali dalam kalangan suku Hailam, agen-agen
komunis ini kurang berjaya kerana wujudnya saingan dari pihak Kuomintang. Sebagaimana
menurut Ryan (1966), komunisme masuk ke Semenanjung pada akhir-akhir tahun 1920-
an, di bawah naungan cabang-cabang Parti Kuomintang China yang didirikan di sini.
Sehingga tahun 1925, Kuomintang adalah organisasi yang sah, dan melindungi agen-agen
komunis itu masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Selepas berlakunya perpecahan Parti
Nasionalis dan Parti Komunis di negeri China di antara bulan November 1927 dan Januari
1928, lima orang agen PKC tiba di Singapura untuk menubuhkan Nan-yang-kung-ch’an-
tang (South Seas Communist Party). Parti ini akhirnya dibubarkan oleh Kongres Perwakilan
Ketiga South Seas Communist Party pada April 1930 dan digantikan oleh penubuhan Parti
Komunis Malaya (PKM).

Perkembangan PKM seterusnya menghadapi pelbagai ancaman daripada pentadbiran


British yang memberkas ramai pemimpin mereka. Namun begitu, PKM semakin berjaya
memantapkan pengaruhnya terutamanya dalam kalangan buruh Cina. Kejayaan PKM ini
adalah berdasarkan keadaan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 dan 1930-an,
yang banyak menimbulkan kesukaran hidup kepada rakyat dan mengakibatkan
tercetusnya kegelisahan dalam kalangan buruh. Biarpun keadaan ekonomi dunia semakin
pulih sebelum pertengahan 1930-an tetapi hubungan antara majikan dan pekerja terus
renggang. Hal yang demikian berlaku kerana pihak majikan tidak sanggup menaikkan gaji
yang merosot ketika kemelesetan ekonomi. Hasutan PKM di antara tahun 1936-1937
mencetuskan beberapa siri pemogokan besar-besaran di beberapa ladang getah di Negeri
Sembilan dan Selangor. Pekerja di lombong arang batu di Batu Arang juga turut mogok
sehingga mencetuskan pertempuran dengan pihak polis. Polis bertindak menangkap
pemimpin mereka dan menggagalkan rancangan untuk mencetuskan pemogokan di
lombong bijih timah di Kinta.

Penangkapan Ducroix, iaitu agen Comintern di Singapura dan Fu Ta Ching, Setiausaha


Agung Pertama PKM (1931), menghancurkan rangkaian Comintern di Hong Kong dan
Shanghai. Kebangkitan kuasa fasis Jerman dan Itali di Eropah dan Jepun di Asia pada
67
pertengahan tahun 1930-an menyebabkan Kesatuan Soviet (Soviet Union) mengarahkan
Comintern dan pergerakan komunis seluruh dunia mengubah taktik perjuangan mereka
buat sementara waktu. Taktik ini dikenali dengan nama "Barisan Popular" (The Popular
Front). Dasar ini juga mempengaruhi gerakan komunis di Tanah Melayu menjelang
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Sementara itu, pada tahun 1934 dan 1935, PKM dengan usaha Loi Teck, berjaya menyusun,
memperkukuh dan memperkemas jentera dan disiplin parti. Pada tahun-tahun itu jugalah
PKM berjaya menubuhkan beberapa organisasi tempatan dan membentuk sel-selnya di
seluruh pelosok Tanah Melayu. PKM menyerapkan pengaruhnya dalam kalangan pekerja
industri dan bekerjasama dengan kumpulan bukan komunis dalam Barisan Bersatu
Pergerakan Pembebasan Nasional (National Salvation Movement) yang dibentuk untuk
menentang tentera Jepun. Jawatankuasa Kerja Pusat PKM bersetuju melantik Loi Teck
sebagai Setiausaha Agung PKM pada tahun 1939. Semasa Loi Teck mula mengambil alih
jawatan Setiausaha Agung PKM, keadaan antarabangsa berubah dengan drastik. Perubahan
politik dunia di antara tahun 1939-1941 mendatangkan kesan kepada strategi dan taktik
PKM terhadap Britain, China, Rusia serta juga kepada masyarakat tempatan. Sebagai
anggota Comintern, PKM terpaksa tunduk kepada arahan supaya ia bersekutu dan
menyokong British yang menjadi rakan sekutu Rusia untuk menghadapi Jerman di Barat
serta Jepun di Timur.

Komunis menggunakan ruang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 bagi
melegitimasikan kuasa mereka. Dalam tempoh pertubuhan bawah tanah sebelum perang
mendapat pengiktirafan daripada kerajaan British. PKM bergabung dengan Parti
Kuomintang Malaya menentang Jepun di Tanah Melayu. Dalam gerakan membantu British
menentang Jepun, PKM dan Parti Kuomintang Malaya bergiat dalam satu pertubuhan yang
dikenali sebagai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Namun begitu terdapat
perbezaan antara dua pertubuhan ini. MPAJA dikenali sebagai Bintang Tiga manakala Parti
Kuomintang Malaya sebagai Bintang Satu. British memberi bantuan kepada PKM dan
membolehkan mereka mengukuhkan lagi kedudukannya. Pertemuan awal di antara British
dan PKM berlangsung pada bulan Mei 1939 di mana dijadikan platform oleh PKM bagi
mengemukakan dua tuntutan utama. Antaranya ialah penubuhan Majlis Kebangsaan dan
Majlis Perundingan di setiap negeri di Tanah Melayu. Pada 30 September 1940, apabila
bahang Perang Dunia kedua mula dirasakan, PKM menyatakan hasrat untuk bekerjasama
dengan British. Walau bagaimanapun, kerjasama ini tidak berjaya kerana syarat-syarat
yang tidak munasabah di pihak PKM. Pada 8 Disember 1941, apabila tentera Jepun mula
menguasai negeri-negeri di Utara Tanah Melayu, PKM mula menawarkan diri untuk
bekerjasama dengan British. British bersetuju dengan penubuhan Mobilisation Council dan
Dalforce dan semua tawanan PKM dibebaskan. pada 15 Disember 1941. Pada 18 Disember
1941, wakil Cawangan Khas dan PKM bertemu di Singapura dan bersetuju menubuhkan
the ″stay behind parties″. PKM akan menghantar anggota-anggota mereka untuk dilatih
dalam kerja-kerja sabotaj dan perang gerila. Di samping itu, British juga bersetuju untuk
melatih rekrut komunis yang akan berjuang menentang Jepun.

68
Jawatankuasa Kerja Pusat PKM bersetuju meluluskan perjanjian kerjasama dengan British
dan menggariskan program empat perkara pada 21 Disember 1941. Antara inti pati
utamanya ialah:

(i) Menyatukan semua rakyat Tanah Melayu untuk menentang kemaraan Jepun dan
membantu British mempertahankan Tanah Melayu;
(ii) Membasmi semua gerombolan sayap kelima (fifth colummist), ejen musuh dan
pembelot.
(iii) Melengkapkan semua anggota parti dan rakyat dengan senjata untuk sama-
menentang kemaraan Jepun; dan
(iv) Menentang pendudukan Jepun menerusi penubuhan gerakan bawah tanah dan juga
menerusi keganasan (Mohd. Reduan Haji Asli, 2008).

Pada bulan 1 Disember 1943, rundingan diadakan melalui Chin Peng bagi menemukan Loi
Teck dengan wakil-wakil British. Di sinilah persetujuan telah dicapai dan ditandatangani
oleh John Davis bagi pihak British dan PKM diwakili oleh Loi Teck. Pihak MPAJA berikrar
untuk memberikan kerjasama dan menerima segala arahan dari British semasa menentang
tentera Jepun dan dalam proses menawan semula Tanah Melayu. Pada 1 Januari 1944, John
Davis dan Richard Broome mengadakan pertemuan dengan Chin Peng dan Loi Teck. Kedua-
dua pihak bersetuju bagi mengadakan kerjasama. PKM akan menerima kehadiran pegawai-
pegawai British dan juga bekalan senjata. Manakala pihak MPAJA akan bekerjasama
dengan British menentang Jepun.

Berikutan itu, pada 15 April 1945, John Davis, Richard Broome dan Spencer Chapman telah
sekali lagi bertemu dengan Chin Peng dan Loi Teck di Blantan, Perak. Dan bermulalah
kerjasama di antara British dan PKM. Walau bagaimanapun, kerjasama dengan British
memberi peluang yang cukup baik kepada komunis untuk memperluaskan pengaruhnya di
kalangan rakyat. Kerjasama itu juga hanyalah helah kerana menurut Loi Teck matlamat
untuk menggulingkan kuasa penjajah British di Tanah Melayu tetap tidak berubah. Sejajar
dengan persetujuan yang dicapai dengan British, PKM mula merekrut sebanyak 200
pemuda Cina yang terpilih. Mereka inilah yang menjadi inti (nucleus) Tentera Anti-Jepun
Rakyat Tanah Melayu (Malayan Peoples Anti-Japanese Army), atau lebih dikenali sebagai
MPAJA, yang dibentuk oleh PKM.

MPAJA yang dikuasai dan di bawah kepimpinan PKM mempunyai keanggotaan dalam
lingkungan 7,000 orang. Ia juga mendapat simpati dan sokongan sebahagian besar
setinggan kaum Cina yang tinggal di pinggir-pinggir hutan dan ramai di antara mereka
menyertai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Malayan Peoples Anti Japanese Union
(MPAJU). MPAJU bertugas dalam membekalkan keperluan maklumat dan logistik kepada
PKM. Semasa pendudukan Jepun, PKM menumpukan usaha memperkukuh organisasinya
untuk menentang Jepun dan kemudiannya British yang kembali semula berkuasa di Tanah
Melayu. Pada bulan Mei 1943, British dipimpin oleh Kolonel John Davis dan Force 136
masuk ke dalam hutan melancarkan gerakan penentangan terhadap Jepun. Pasukan 136
ditugaskan menghubungi gerila MPAJA, membuat laporan melalui radio kepada Calcutta
mengenai kedudukan Jepun di Tanah Melayu, mengatur penyaluran bantuan senjata api
dan bekalan logistik kepada MPAJA serta melatih gerila tersebut.
69
Pemerintah British Asia Tenggara (The British South East Asia Command - SEAC) yang
berpusat di Calcutta merancang untuk menduduki semula Tanah Melayu menjelang
November 1945 menerusi operasi ZIPPER. Sabotaj dan prinsip bumi hangus menjadi
keutamaan British dalam menawan kembali Tanah Melayu di bawah persediaan rapi
Leftenan Jeneral Browning (WO 203/3337 (3-6), Sabotage And Counter Scorch Policy In
Malaya, 30 June 1945). Jumlah kekuatan tentera Jepun ketika British melancarkan operasi
ialah seramai 4,000 orang. Seramai 1,000 orang daripada mereka berada dalam divisyen
kedua infantri. Sebanyak 18 juta risalah propaganda yang terdiri dalam Bahasa Inggeris,
Melayu, Jepun, Cina, Siam, Perancis, Burma, Tamil dan Urdu digugurkan dengan
menggunakan pesawat khas selepas 10 hari Jepun menyerah kalah (AIR 23/7693 (1),
Operation Zipper Intelligence Dossier). Tindakan Amerika Syarikat meledakkan bom atom
di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 memaksa Jepun menyerah
diri sekali gus mengembalikan kekuasaan British di Tanah Melayu. Semasa pendudukan
Jepun, PKM menerusi MPAJA melancarkan perang gerila terhadap Jepun dengan kerjasama
British melalui Force 136. PKM menggunakan bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan
logistik dan perubatan yang diberi oleh British untuk tujuan memperkuat gerila-gerilanya.
Menerusi MPAJA, PKM berjaya memperluas pengaruhnya dalam kalangan rakyat. Orang
ramai yang bencikan kezaliman tentera Jepun mula menyokong gerakan MPAJA.

Kezaliman Bintang Tiga dan Komunis


Kekosongan kuasa politik selama 14 hari berlaku berikutan pengunduran tentera Jepun,
dari Tanah Melayu. Bintang Tiga yang merupakan cabang tentera MPAJA telah melakukan
kezaliman dan keganasan di Tanah Melayu setelah mendapat arahan daripada ″Pusat″
pada 24 Ogos 1945. Mereka mengibarkan bendera komunis dan mula melakukan balas
dendam. Misalnya di Raub, Pahang mereka mengibarkan bendera komunis di atas bendera
union jack. Manakala di Kota Bharu, Kelantan, gerila komunis menguasai kawasan bandar.
Mereka mula mengenakan pelbagai jenis cukai kepada penduduk kampung. Terdapat di
antara mereka yang menggeledah rumah, merampas barangan penduduk, menyekat jalan
raya dan memeriksa kenderaan serta penumpang dan pejalan kaki . Terdapat sebahagian
daripada penduduk kampung yang diadili di 'Kangaroo Court' ataupun Mahkamah
Pengadilan Bintang Tiga (J.J. Raj, 1995). Sepanjang tempoh ini, pelbagai bentuk kekejaman
dilakukan oleh komunis terhadap orang Melayu. Terdapat orang Melayu yang dikurung
dalam bakul khinzir, diseksa, ditikam dan dikelar serta disepak (Mohamed Ali Haniffa,
2016). Terdapat juga orang Melayu yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya berada di
atas tanah untuk disepak. Ada juga mereka yang diikat kaki serta tangannya dan
dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam sungai hidup–hidup (Ibrahim
Mahmood, 1981).

Ramai orang Melayu yang dibawa masuk ke dalam hutan dan nasib mereka tidak diketahui
Masjid juga dicemari, dan al-Quran dijadikan sebagai pengesat najis (Mingguan Malaysia, 4
September 2011). Selain melakukan kezaliman, Bintang Tiga juga didapati mengganggu
kegiatan keagamaan yang dijalankan oleh orang Melayu di surau dan masjid (Mohamed Ali
Haniffa, 2013). Dalam peristiwa yang berlaku pada bulan Mei 1945, seramai 20 orang
tentera Bintang Tiga yang lengkap bersenjata telah berjumpa dengan Ketua Kampung
Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat, Johor, iaitu Moain Saridin bagi memujuknya serta
orang kampung menyertai perjuangan MPAJA (Utusan Malaysia, 28 Mei 2009). Disebabkan
70
keengganannya, Moain Saridin @ Shahidin, Hassan Akasah dan Wak Sulaiman telah
dibunuh (Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2011). Zaman pendudukan Jepun juga
mempertajamkan prasangka dan ketegangan kaum di antara orang Melayu dan Cina. Hal
yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan kaum di Ayer Hitam pada 20 Jun
1945 dan diikuti dengan yang berlaku pada hari berikutnya di Parit Kuman, Mukim Sungai
Balang (SUKJ. 6203/1945 (13 A), 12 November 1945).

Konflik perkauman Melayu-Cina yang bermula di Batu Pahat dan Ayer Hitam kemudiannya
merebak ke bahagian-bahagian lain di negeri Johor dan ke seluruh negeri pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu (Mohamed Ali Haniffa, 2017). Kekejaman komunis juga turut
berlaku di negeri Perak di mana pada 30 Disember 1945 sekumpulan komunis yang
dianggarkan seramai 100 orang telah menyerang perkampungan orang Melayu di Lambor
Kanan (WO 172/9773 (104). Selain kejadian yang berlaku di Johor, konflik Melayu-Cina
yang dianggap serius berlaku di Sungai Manik, Perak (Seruan Ra’ayat, Ahad, 11 November
1945).

Pergaduhan ini berlaku antara 15 Ogos 1945 sehingga 15 September 1945. Konflik
Melayu-Cina yang paling serius dalam sejarah hubungan kaum di Tanah Melayu berlaku di
Kampung Bekor, Manong, Perak pada 6 Mac 1946 (Mohamed Ali Haniffa, 2013). Serangan
yang dilakukan ini menyebabkan sebanyak 40 buah rumah telah dibakar dan seramai 80
orang Melayu termasuk kanak–kanak telah dibunuh oleh komunis. Pada 6 November 1945,
dalam satu serangan balas, sekumpulan orang Melayu seramai 300 hingga 400 orang
bertindak menyerang orang Cina di Padang Lebar yang mengakibatkan seramai 40 orang
Cina terkorban (CO 537/1580 (8), Extract From Official Report). Konflik kaum juga berlaku
di Batu Malim, Raub, Pahang, pada 11 Februari 1946 (Mohamed Ali Haniffa, 2016).

Dalam keadaan yang meruncing ini, orang Melayu bergantung harapan kepada golongan
agamawan bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan. Di Johor, ulama terawal yang
menyatukan orang Melayu bagi memerangi komunis di Batu Pahat ialah Tuan Guru Haji
Mokhtar. Manakala Kiai Salleh bin Abdul Karim menjadi pemimpin Kumpulan Parang
Panjang di Mukim IV, Simpang Kiri, Batu Pahat (Wawancara dengan Haji Yusof bin Salleh).
Terdapat juga ulama seperti Tuan Haji Imam Bakri bin Mohd Saman di Sungai Manik,
Perak.

Ketegangan kaum ini berjaya diatasi dengan pembentukan Pentadbiran Tentera British
(PTB). Walau bagaimanapun, konflik kaum yang dicetuskan oleh Jepun dan komunis terus
berlanjutan hingga tahun 1950-an yang menyaksikan terdapat banyak insiden yang
melibatkan pembunuhan dan serang-menyerang antara kedua-dua kaum ini.

Kemaraan PKM
Kepimpinan PKM mula menyedari keperluan kepada corak aktiviti yang lebih agresif bagi
membantu memenuhi matlamat perjuangan mereka untuk menubuhkan Republik Soviet
Malaya. Setiausaha Agung PKM yang baru, Chin Peng telah mengambil langkah berani
dengan mengisytiharkan perang gerila secara besar-besaran terhadap pentadbiran British
di Malaya. Pada bulan Mac 1948, PKM mengeluarkan tiga arahan baru yang menjurus ke
arah mengatur persiapan untuk melancarkan pemberontakan atau apa yang disifatkannya
71
sebagai perjuangan bersenjata. Pada bulan April dan Mei 1948, bermulalah pemogokan di
Singapura dan kemudian merebak ke seluruh negara. Di samping itu, komunis juga
menjadikan perusahaan asas sebagai sasaran tindakan mereka apabila buruh estet dan
lombong bijih diugut, kilang getah dibakar, kontraktor dan pengurus serta buruh yang
enggan bekerjasama dengan PKM akan dibunuh.

Untuk mencapai matlamat perjuangannya, dasar strategi PKM telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusatnya dalam satu dokumen yang dipanggil Dokumen Kerdan yang
dirampas di Pahang pada Disember 1949. Dokumen tersebut menjelaskan, untuk mencapai
kejayaan, pemberontakan akan dijalankan dalam tiga peringkat: (Lucian, 1957)

(i) Peringkat Pertama - Satu tempoh untuk persiapan perang gerila yang bertindak
daripada pangkalan-pangkalan sementara dengan dua matlamat ialah melemahkan
kekuatan kerajaan dan membina kekuatan awam dan tentera parti;
(ii) Peringkat Kedua - Satu tempat pembesaran dan memperkuatkan Min Yuen dan
Tentera Pembebasan Nasional Malaya (MRLA)–dengan memperhebatkan serangan-
serangan ke atas sistem perhubungan dan menawan pangkalan-pangkalan pasukan
keselamatan di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil; dan
(iii) Peringkat Ketiga - Min Yuen mengambil alih secara berperingkat-peringkat kawalan
pentadbiran kawasan-kawasan yang ditinggalkan oleh pasukan keselamatan dan
seterusnya membina pangkalan-pangkalan tetap di tempat-tempat tersebut serta
menukarkan gerila-gerila kepada anggota tentera biasa.

Menjelang Jun 1948, PKM melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan British. Di


Tanah Melayu, penolakan kerajaan British terhadap Perlembagaan Rakyat yang
dikemukakan oleh pihak All Malayan Council Joint Action (AMCJA) dan PUTERA sebaliknya
menerima cadangan perlembagaan yang telah dikemukakan oleh parti UMNO (United
Malays National Organization) telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan mereka.
Penolakan tersebut disebabkan oleh pihak British tidak mahu menerima cadangan
perlembagaan yang dikemukakan oleh pihak yang dilabelkan sebagai kumpulan kiri dan
menerima pula cadangan perlembagaan yang dikemukakan oleh UMNO yang lebih pro-
kerajaan pada masa itu. Pada masa yang sama, peristiwa tersebut turut dikaitkan dengan
Persidangan Pemuda Asia di Calcutta yang dianjurkan oleh Pertubuhan Komunis
Antarabangsa ataupun Comintern yang telah diadakan pada Februari 1948 (Communist
Strategy in S.E. Asia; FO1110/143). Ternyata faktor dalaman dan faktor luaran mempunyai
hubungan dalam mencetuskan darurat di negara ini.

PEMBANTERASAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU, 1948-1960

Dalam tempoh masa dari tahun 1948 hingga 1960, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak
kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membanteras kegiatan komunis.
Pentadbir British yang berperanan membanteras komunis di Tanah Melayu terdiri
daripada Sir Edward Gent (Jun 1948-Julai 1948), Sir Alec Newboult (Julai 1948-Oktober
1948), Sir Henry Gurney (Oktober 1948-Oktober 1951), Sir Gerald Templer (Februari
1952-Mei 1954), Sir Donald MacGillivray (Jun 1954-Ogos 1957). Seterusnya, Kerajaan

72
Perikatan mengambil tanggungjawab membanteras komunis bermula 31 Ogos 1957
sehingga darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Pentadbiran Sir Edward Gent


Peristiwa serta-merta yang menyebabkan pengisytiharan Undang-undang Darurat di
Persekutuan Tanah Melayu ialah berikutan berlakunya pembunuhan tiga orang peladang
berbangsa Eropah di Estet Elphil dan Estet Phin Soon di Sungai Siput, Perak oleh
pengganas komunis pada 16 Jun 1948. Kejadian serangan komunis itu telah menimbulkan
kebimbangan dan kemarahan dalam sektor perladangan khususnya oleh pemodal Eropah..
Oleh yang demikian, pihak pengurus ladang mengadakan perjumpaan dengan Sir Edward
Gent dan menuntut supaya tindakan segera diambil untuk menangani ancaman komunis
(Ho Hui Ling, 2010). Kegiatan komunis yang tidak dapat dibendung menyebabkan Undang-
undang Darurat diisytiharkan di kawasan-kawasan tertentu di negeri Perak (Ipoh dan
Sungai Siput), dan Johor (Kluang, Muar, Kulai dan Plentong) pada 16 Jun 1948. Pada hari
keesokannya, Undang-undang Darurat dilanjutkan di keseluruhan negeri Perak dan Johor.
Seterusnya pada 18 Jun 1948, darurat telah diisytiharkan ke seluruh Tanah Melayu. Sejak
itu, undang-undang yang dinamakan Emergency Regulations atau Undang-undang Darurat
telah dikuatkuasakan sepanjang tempoh 1948-1960. Pada 29 Jun 1948, Sir Edward Gent
meninggalkan Tanah Melayu dan pada 4 Julai 1948, beliau terbunuh dalam satu
kemalangan udara yang melibatkan perlanggaran pesawatnya dengan Swedish Skymaster.

Pentadbiran Sir Alec Newboult


Sir Alec Newboult meneruskan tugas membanteras komunis di Tanah Melayu selepas
kematian Sir Edward Gent. Usaha yang telah dilaksanakan oleh Sir Alec Newboult ialah
menguatkuasakan Undang-undang Darurat dan peraturan yang berkaitan dengannya.
Pengisytiharan Undang-undang Darurat kemudiannya diterbitkan pada 7 Julai 1948 yang
dikenali sebagai Emergency Regulations Ordinance 1948.Antara usaha yang telah dilakukan
oleh beliau ialah bekerjasama dengan kerajaan Singapura dan mengharamkan PKM pada
23 Julai 1948 (Ho Hui Ling, 2010). Berikutan itu, pergerakan politik kiri seperti Malayan
People Anti-Japanese Ex Services Comrades Association (MPAJESCA), New Democratic Youth
League (NDYL), Ikatan Pembela Tanahair (PETA), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan
Hizbul Mulimin turut diharamkan oleh kerajaan pada Julai 1948. Tindakan ini dilaksanakan
untuk memutuskan sebarang saluran hubungan PKM. Oleh yang demikian, ramai
pemimpin gerakan kiri ditangkap termasuklah Ishak Mahmood, Ahmad Boestamam, Ustaz
Abu Bakar, Cikgu Sabrun, Osman Bakar, Cikgu Muda, Cikgu Hamid, Ustaz Yahya Nassim,
Taharuddin, Bizar Ahmad, Sutan Djenain, Khatijah Ali, Kamarulzaman Teh, Rashid Maidin
dan lain-lain (Ho Hui Ling, 2010). Walau bagaimanapun, PKM masih meneruskan usaha
untuk dalam proses menubuhkan Republik komunis di Tanah Melayu. Oleh yang demikian,
bekas anggota MPAJA telah menubuhkan Malayan People’s Anti-British Army (MPABA).
Nama MPABA ditukar kemudiannya menjadi Malayan National Liberation Army (MNLA)
pada 1 Februari 1949 untuk menarik sokongan semua kaum di Tanah Melayu.

Pentadbiran Sir Henry Gurney


Pada 6 Oktober 1948, Sir Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang kedua menggantikan Sir Edward Gent. Sir Henry Gurney

73
memutuskan bahawa darurat adalah pertentangan di antara dua ideologi iaitu demokrasi
dan komunisme, justeru itu ia adalah peperangan rakyat (Ho Hui Ling, 2010).

Polisi dan Strategi Ketenteraan

1. Penambahan Anggota Keselamatan


Pada peringkat awal darurat terdapat sepuluh Batalion Infantri yang terdiri daripada dua
batalion tentera British, lima Batalion Gurkha dan tiga Batalion Askar Melayu untuk
membanteras komunis di Tanah Melayu. Jumlah kekuatan pasukan keselamatan ini adalah
terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan komunis yang dianggarkan seramai 4,000
orang. Apabila jumlah kekuatan Infantri ditambah menjadi 20 Batalion pada tahun 1951,
jumlah gerila komunis dianggarkan meningkat sebanyak 8,000 orang. Pada tahun 1948,
komunis menukar taktik dengan melancarkan serang hendap terhadap balai dan pos polis
pada waktu malam. Keadaan ini menyebabkan gerakan memburu komunis dimulakan.
Pasukan keselamatan berjaya membunuh 618 orang, menawan 337 orang dan telah
menjumpai dan memusnahkan 1,392 kem pengganas di dalam hutan. Berikutan itu,
Rejimen Askar Melayu turut diperbesarkan. Pada 23 Februari 1949, Batalion Ketiga
ditubuhkan dan ditempatkan di Kelantan. Menjelang 22 November 1949 ditubuhkan dan
ditempatkan di Kelantan dan pada 22 November 1949, Batalion Keempat pula ditubuhkan
(Fawzi Basri, 1984).

Dari sudut ketenteraan, kemasukan dan kehadiran pasukan keselamatan tambahan telah
dilakukan, ini termasuklah ‘2nd Guards Brigade’ yang terdiri dari ‘Grenadier’, ‘Coldstream’
dan ‘Scots Guards’. Juga tidak ketinggalan adalah penubuhan ‘Ferret Force’, sebuah unit
khas bagi peperangan di hutan yang diketuai oleh bekas pegawai Force 136 dan diselia oleh
Rejimen Askar Melayu di bawah Undang-Undang Darurat. Keanggotaannya terdiri dari
orang-orang Melayu dan Cina yang akan dilatih oleh Rejimen Askar Melayu yang dirancang
akan memainkan peranan yang sama dalam perang gerila sepertimana yang dilakukan
PKM (Stockwell,1995). Kehadiran kekuatan tambahan bagi pasukan keselamatan ini sangat
penting lebih-lebih lagi adanya ‘Ferret Force’ yang memainkan peranan yang sangat
berkesan dalam penentangan mereka terhadap PKM. Walau bagaimanapun, akibat dari
perbezaan pendapat dan polisi, pasukan ini ditamatkan tugas hanya selepas beberapa
bulan berkhidmat (O’Balance, 1965). Sebagai tambahan, pasukan polis juga telah diberikan
kuasa untuk menawarkan hadiah bagi sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga
tertangkapnya anggota PKM. Jumlah tawaran hadiah meningkat setiap tahun hingga pada
tahun 1949, $763,000 telah dibayar kepada perkhidmatan maklumat ini (Barber, 1972).

2. Undang- Undang Darurat


Mengikut Undang-undang Darurat yang diluluskan oleh kerajaan pada 7 Julai 1948, pihak
kerajaan diberi kuasa untuk bertindak mengharamkan parti-parti atau pertubuhan-
pertubuhan berhaluan kiri. Pihak kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
hukuman bunuh kepada sesiapa yang bersubahat dengan komunis, membawa senjata-
senjata secara haram, menakutkan orang ramai dan membantu pihak komunis seperti
membekalkan makanan, ubat-ubatan, senjata, maklumat-maklumat dan lain-lain (Miller,
1972). Berikutan undang-undang darurat ini, Parti Komunis Malaya diharamkan oleh pihak
kerajaan pada bulan Julai 1948. Parti-parti berhaluan kiri seperti PUTERA dan lain-lain
74
dihalang bergerak bebas di Tanah Melayu. Hasil daripada perlaksanaan undang-undang
Darurat, seramai 6,000 orang telah ditahan oleh pihak kerajaan pada tahun 1949. Pada
tahun 1950, kira-kira 7,000 orang yang dianggap berbahaya dihantar pulang ke negara
China.

3. Jawatankuasa Eksekutif Perang


Pasukan polis adalah alat utama dan terpenting dalam memelihara serta mempertahankan
pihak berkuasa awam/pentadbiran awam. Sementara itu, Angkatan Tentera (kemudian
dibantu oleh Home Guard) diminta membantu kerajaan awam untuk memerangi PKM. Pada
tahun pertama kempen menentang komunis dijalankan, Angkatan Tentera telah memberi
bantuan dan sokongan secara tidak langsung kepada polis dan diletakkan di bawah
kawalan polis. Doktrin kawalan awam ini dimulakan oleh Pesuruhjaya Tinggi mulai
pertengahan tahun 1949 dan beliau menegaskan bahawa Pesuruhjaya Polis
bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi yang dijalankan oleh polis dan tentera.
Keadaan ini sering mencetuskan pertelagahan di antara Komander Polis dengan tentera di
semua peringkat. Perkara ini menjadi semakin serius apabila kekuatan Angkatan Tentera
semakin besar. Pada pertengahan tahun 1950, satu sistem kawalan bersama diwujudkan
dengan penyertaan anggota pentadbiran awam sebagai pihak ketiga dalam usaha
memerangi komunis. Sistem kawalan yang istimewa ini dinamakan Jawatankuasa Eksekutif
Perang. Jawatankuasa-jawatankuasa ini diwujudkan pada bulan Jun 1950. Bagi
memastikan dasar yang digariskan dengan rancangan itu berjalan lancar, kerajaan
membentuk Majlis Perang Persekutuan di peringkat persekutuan, Jawatankuasa Eksekutif
Perang Negeri di peringkat negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Perang Daerah di peringkat
daerah.

4. Perisikan
Malayan Security Service (MSS) berfungsi sebagai badan perisikan sebaik sahaja British
mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu daripada tentera Jepun. Sebaik sahaja darurat
diisytiharkan MSS pun dibubarkan dan tugas perisikan dilaksanakan oleh CID. Kekurangan
pegawai dan anggota menyebabkan CID tidak dapat menjalankan tugas risikan dan
menghasilkan maklumat taktikal yang diperlukan. Pada bulan Ogos 1950, berikutan
cadangan sekumpulan pengkaji yang dilantik oleh Pengarah Gerakan, seorang pegawai
perisikan yang berpengalaman dilantik mengetuai badan perisikan, iaitu Guy C. Madoc.
Beliau membuat perubahan yang radikal dan teliti ke atas badan perisikan yang
kemudiannya dinamakan Cawangan Khas. Model badan perisikan British yang dinamakan
M15 dan M16 digunakan dalam menyusun peranan, tanggungjawab dan cara operasi
Cawangan Khas. Menjelang tahun 1956, pihak keselamatan mencapai kejayaan dalam
kerja-kerja perisikan mereka. Pemimpin Kanan Platun bebas unit ketiga PKM dapat
dibunuh dalam satu serangan bom. Pada bulan Februari, Platun bebas unit ketujuh yang
baru menetap di kawasan paya Barat Keluang telah diserang dari udara. Dalam serangan
itu 14 orang pengganas komunis terbunuh termasuklah Goh Peng Tuan, iaitu Komisar
Politik PKM. Pada tahun itu juga Penolong Setiausaha Agung PKM Yeong Kuo telah berjaya
dibunuh (Fawzi Basri, 1984).

75
Polisi Umum Sosial, Ekonomi dan Politik

1. Sistem Pendaftaran Kebangsaan


Langkah pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan mula dikuatkuasakan
di Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Julai 1948 di bawah The Emergency (Registration of
Residents) Regulations, 1948. Oleh yang demikian, pihak berkuasa turut meluluskan The
Emergency (Registration Areas) Regulations, 1948 di negeri-negeri Melayu. Peraturan ini
mengandungi proses pendaftaran penduduk, tanggungjawab penduduk dan pegawai
pentadbir serta pihak berkuasa dalam melaksanakan sistem pendaftaran kebangsaan.
Tujuan sistem kad pengenalan ini adalah untuk mengasingkan rakyat daripada pengganas-
pengganas komunis. Kad pengenalan ini mengandungi identiti seseorang rakyat di Tanah
Melayu. Gerakan ini merupakan kesinambungan kepada gerakan kelaparan yang
diperkenalkan oleh British. Melalui sistem ini, semua penduduk berumur lebih dari 12
tahun diwajibkan untuk mendaftar diri sebagai penduduk negara ini. Sebagai bukti
pengenalan, mereka akan diberikan kad pendaftaran pengenalan. Sistem kad pengenalan
ini berperanan penting dalam usaha membanteras kegiatan keganasan ahli-ahli PKM
(Rohani, 2008).

2. Rancangan Briggs
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada
Mei 1950. Pengarah Operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon
Briggs. Arahan pertama yang dikeluarkannya ialah pada bulan Mei ialah merupakan satu
strategi atau pelan induk di dalam menghadapi ancaman komunis. Ini dikenali sebagai
Briggs Plan (Fawzi Basri, 1984). Rancangan Briggs merupakan tindakan menempatkan
setinggan-setinggan haram ke penempatan baharu yang dikawal anggota keselamatan
dengan tujuan untuk menyekat bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada PKM. Pos
kawalan keselamatan juga didirikan sebahai satu cara untuk memutuskan hubungan
antara PKM dengan penduduk tempatan khususnya masyarakat Cina.

i) Penempatan Semula
Rancangan Briggs ini terdiri daripada tindakan memindahkan penduduk Cina dari
kawasan-kawasan terpencil dan menempatkan mereka di petempatan semula yang tidak di
ugut oleh “Min Yuen” . Penempatan semula ini memberi fokus kepada pemindahan
penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan ke satu kawasan yang boleh dikawal. Ia
dilaksanakan melalui undang-undang penempatan dalam Peraturan Darurat (Emergency
Regulations). Penempatan semula ini melibatkan lebih 650,000 penduduk dengan
ditempatkan ke 600 penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Proses
petempatan ini mengambil masa selama empat tahun dengan belanja sebanyak AS$44.3
juta. Pekerja ladang getah dan lombong bijih yang tinggal berselerak serta memudahkan
komunis untuk mendominasi mereka, juga dipindahkan dan dikumpulkan di satu tempat.
Penduduk di kawasan penempatan semula ini diberi banyak kemudahan seperti
pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal dan bekalan elektrik serta air paip.

ii) Penubuhan Pasukan Home Guard


Pasukan ‘Home Guard’ merupakan satu badan yang diletakkan di bawah pasukan polis dan
ditubuhkan secara khidmat sambilan untuk menjaga kawasan kampung serta kawasan
76
ladang-ladang. Pada era Sir Harold Briggs sebagai Pengarah Operasi, beliau membesarkan
pasukan ini di bawah rancangan kampung baru bagi menjaga kampung-kampung tersebut
(Osman Mamat, 1981). Pasukan ini diletakkan di bawah Jabatan Pertahanan Awam
Persekutuan. Mereka telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya menjaga 71 kampung
baru pada waktu itu. Secara umumnya tugas yang dijalankan oleh Pasukan Home Guard
ialah mengawal kampung-kampung lama atau kawasan pengumpulan dan penempatan
semula termasuk Kampung Baru. Mereka ini juga ditugaskan untuk mengawal kawasan
strategik seperti tempat simpanan senjata api, kawasan perlombongan dan estet. Anggota
pasukan ini juga membantu polis mengadakan sekatan jalan raya dan memeriksa kad
pengenalan penduduk serta menjalankan operasi penapisan di tempat-tempat awam
seluruh negara agar segala keperluan asas seperti bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian
dan peralatan senjata tidak sampai ke tangan komunis. Bagi kawasan Kampung Baru,
anggota Pasukan Home Guard terdiri daripada petugas sepenuh masa. Mereka membantu
pasukan keselamatan, polis dan SC (Special Constable) memeriksa kad pengenalan dan
bekalan makanan yang dibawa oleh penduduk yang keluar masuk ke kawasan Kampung
Baru tersebut. Pada peringkat awal, mereka tidak dibekalkan dengan senjata. Namun
setelah mereka benar-benar didapati jujur dan boleh dipercayai barulah mereka dilengkapi
dengan senjata api (Ho Hui Ling, 2005).

3. Penyusunan Pasukan Keselamatan


Melalui rancangan Briggs, pemulihan pasukan polis dan penyusunan semula badan perisik
mula diadakan bagi menangani komunis (Osman Mamat, 1981). Pasukan polis di Tanah
Melayu mula diperluaskan dengan penubuhan pasukan Polis Khas. Pasukan ini diwujudkan
bertujuan menjaga ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu
daripada gangguan pengganas komunis. Pada akhir tahun 1949, kerajaan menambah
kekuatan pasukan polis menjadi seramai 47,000 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai
17,000 orang adalah daripada pasukan polis biasa manakala selebihnya daripada pasukan
Polis Khas. Pasukan Kawalan Kampung juga turut diwujudkan bagi menjaga dan
melindungi penempatan penduduk.

Pasukan Gerakan Am yang dahulunya dikenali sebagai Polis Hutan ditubuhkan berikutan
peranan besarnya dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan
oleh pengganas komunis semasa darurat 1948-1960. Menerusi rancangan Briggs, pasukan
ini dilatih khas dalam taktik peperangan gerila malahan sangat efektif sekiranya
digerakkan dalam jumlah yang kecil. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai ‘Jungle
Squad’ dan kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada
tahun 1953 dengan nama baru iaitu Pasukan Polis Hutan. Tugas mereka ialah
membekalkan anggota menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia-
Thailand dan juga turut menjalankan operasi-operasi tertentu dalam Rangka Keselamatan
Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, dalam situasi melawan musuh secara perang gerila,
perisikan juga menjadi satu alat terpenting bagi menangani pihak musuh iaitu sebagai
kunci gerakan menentang pengganas komunis. Pada awal zaman darurat, badan perisikan
Malayan Security Service (MMS) diadakan. Walau bagaimanapun, bilangannya amat kecil
dan kekurangan kakitangan. Badan ini dikatakan sering bercanggah dengan peranan
Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Bagi menyelesaikan masalah ini, maka badan perisikan
Malayan Security Service (MMS) telah dibubarkan dan segala tugas perisikan diserahkan
77
kepada bahagian badan perisikan CID. Peranan pasukan perisik dengan dibantu oleh
undang-undang dan Peraturan Darurat 1948 itu sedikit sebanyak telah melemahkan
kegiatan komunis.

4. Gerakan Kelaparan
Gerakan Kelaparan merupakan kesinambungan dari rancangan penempatan Briggs.
Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha MinYuen daripada pihak PKM. Rancangan
ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan
awam, polis, dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan,
negeri dan daerah ditubuhkan. Semua anggota polis di penempatan semula yang terlibat
dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan
makanan, ubat-ubatan, pakaian dan senjata tidak terlepas ke tangan pihak komunis. Pada
masa ini, penduduk terpaksa mengikat perut kerana makanan dicatu dan cukup bagi satu
keluarga sahaja. Penderitaan ini menimbulkan kesedaran kepada penolakan PKM dalam
kalangan masyarakat Cina. Pada akhir tahun 1953, PKM mengalami kebuluran. Mereka
cuba berbaik-baik dengan Orang Asli untuk mendapat bekalan makanan. Akan tetapi,
kerajaan bertindak segera meletakkan Orang Asli di bawah perlindungan dan pengawasan
kerajaan untuk menghalang pengganas komunis mempergunakan mereka. Bagi mengatasi
kekurangan bekalan makanan yang semakin mendesak dan mengelakkan anggotanya
daripada kebuluran, PKM terpaksa bertindak memecahkan tentera gerilanya menjadi unit-
unit kecil yang kemudiannya digabungkan dengan Min Yuen. Catuan bekalan makanan
(food denial) juga ditumpukan di Johor dan Perak. Di lokasi tersebut, perintah berkurung
dikuatkuasakan selama 36 jam. Keadaan ini menyebabkan gerila komunis kelaparan.

5. Bulan Rakyat Melawan Penjahat


Bulan Rakyat Melawan Penjahat atau dikenali sebagai Anti-Bandit Month (26.2.1950
hingga 2.4.1950) adalah satu gerakan sukarela yang melibatkan semua lapisan masyarakat
dalam usaha membanteras komunis. Kempen ini merupakan Mereka akan menjadi
sukarelawan biasa seperti Auxilary Police, Special Constables atau Kampung Guards
(Sulaiman Haji Abdul Samad, 1984). Untuk mencapai matlamat kempen ini, kerajaan
berharap untuk dapat menggunakan seberapa ramai sukarelawan bagi mengambil alih
tugas-tugas statik polis dan tentera yang kurang penting. Ini akan membolehkan anggota
polis dan tentera memberikan tumpuan dalam usaha pembanterasan komunis di hutan dan
kawasan-kawasan hitam. Antara tugas yang akan dilaksanakan oleh sukarelawan-
sukarelawan tersebut bersama dengan polis ialah mengendalikan pusat-pusat kawalan,
sekatan-sekatan jalan raya, pemeriksaan kad-kad pengenalan dan rondaan-rondaan yang
tidak membahayakan. Di samping itu, sukarelawan-sukarelawan tersebut dapat membantu
kakitangan-kakitangan awam kerajaan di dalam tugasan yang berkaitan memproses kad-
kad pengenalan, menyebarkan poster-poster, risalah-risalah dan bahan-bahan anti
komunis, membuat kajian dan bancian mengenai setinggan serta beberapa tugas lain.

6. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)


Penubuhan MCA dibenarkan ketika pentadbiran Henry Gurney yang merasakan bahawa
tanpa kerjasama orang Cina, komunis tidak dapat dihapuskan dengan berkesan. Pada masa
yang sama, kerajaan kolonial menggalakkan pemimpin Cina memusatkan tenaga mereka
untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bagi menghimpunkan sokongan orang Cina dalam
78
kempen menentang pemberontakan komunis (Ho Hui Ling, 2004). Oleh yang demikian,
MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949 oleh Presiden pertamanya Tan Cheng Lock
bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Leong Yew Koh dan
Kolonel H.S Lee. Objektif utama MCA adalah untuk menyatukan orang-orang Cina di Tanah
Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina, memupuk dan
memelihara hubungan kaum dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa lain untuk
memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu (Ramlah Adam, 1999). Kempen-kempen
untuk menarik ahli diketuai oleh presidennya sendiri dan kempen itu berjaya menarik
hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Menjelang Februari 1953,
MCA mempunyai keahlian seramai 250,000 orang.

7. Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum


Pemberontakan bersenjata PKM membangkitkan masalah perkauman di Tanah Melayu.
Lanjutan daripada cadangan Sir Malcolm Macdonald, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di
Asia Tenggara, dan usaha-usaha pemimpin-pemimpin pelbagai kaum seperti Dato’ Onn
Jaafar, Datuk E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock membawa kepada
penubuhan sebuah Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada awal tahun 1949.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab merapatkan hubungan pelbagai kaum yang terdapat
di Tanah Melayu khususnya kaum Cina dan kaum Melayu dengan harapan dapat
memulihkan keharmonian dan ketenteraman Tanah Melayu dengan cepat. Pertubuhan ini
yang dipengerusikan oleh Datuk E.E.C Thuraisingham merupakan satu percubaan untuk
mewujudkan perasaan muhibah dan kerjasama di kalangan penduduk Tanah Melayu yang
berbilang kaum. Pada mulanya, usaha-usaha untuk mengikis prasangka perkauman adalah
sukar tetapi akhirnya usaha ini telah berjaya mencapai hasratnya. Ini jelas terbukti apabila
berlakunya gabungan antara parti-parti politik yang berbeza kaum iaitu UMNO dan MCA
dalam Parti Perikatan pada tahun 1952.

PELANTIKAN SIR GERALD TEMPLER DAN USAHA PEMBANTERASAN KOMUNIS

Jeneral Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi baru dilantik bermula Januari 1953. Beliau
diberikan arahan oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan bukan sahaja menghentikan
keganasan komunis tetapi juga menyediakan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri
(Stockwell,1995).

Polisi dan Strategi Templer


Templer mempunyai tugas besar iaitu harus menangani permasalahan politik bagi
menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Pada masa yang sama beliau juga
bertanggungjawab bukan sahaja meneruskan, malah mempertingkatkan lagi program-
program pembangunan sosial, politik dan ekonomi yang dimulakan oleh Gurney. Sebagai
Pengarah Operasi pula beliau harus memastikan tekanan terhadap PKM akan
dipertingkatkan dan seterusnya mengubah situasi yang ada dari sikap bertahan kepada
taktik menyerang yang diyakini dapat meyakinkan rakyat Tanah Melayu, lebih-lebih lagi
dalam proses menunjukkan akan kebaikan demokrasi berbanding komunisme
(Miller,1972). Langkah pertama beliau ialah menyusun semula pasukan polis dengan
penekanan kepada perubahan peranannya. Langkah kedua beliau ialah mewujudkan
79
sebuah organisasi perisikan yang mantap dan seterusnya menyelaras semua perkhidmatan
penerangan seperti badan penyiaran dan juga pengeluar serta pembuat filem dalam
usahanya menggerakkan kempen perang psikologi terhadap PKM (Miller,1972).

1. Penyusunan Pasukan Polis


Templer dalam perancangan penyusunan semula melantik Kolonel Arthur Young,
Komisioner Polis London, sebagai ketua polis di Tanah Melayu (Miller: 1972). Beliau
mewujudkan latihan kepada seluruh pasukan polis di seluruh Tanah Melayu dengan
matlamat memberikan panduan bagaimana seharusnya pasukan polis bekerja. Matlamat
Templer ialah mewujudkan persekitaran yang mesra di antara orang awam dan pasukan
polis. Templer juga berhasrat mengubah status polis yang lebih berbentuk separa tentera
kepada pasukan polis biasa yang berperanan mengawal dan meronda kawasan sebagai
aktiviti normal. Penyusunan semula ini sangat penting untuk memenangi kepercayaan,
persahabatan dan keyakinan masyarakat. Ini juga bermakna perhatian penuh dapat
ditumpukan kepada usaha mewujudkan keselamatan yang mutlak untuk kawasan
penempatan semula dan kampung-kampung baru seperti yang rancang oleh Lyttleton.
Hanya skuad ‘Jungle Company’ dibenarkan meneruskan peranan separa tentera seperti
sebelumnya (Miller: 1972).

Templer juga merancang untuk melancarkan latihan besar-besaran kepada 400,000


anggota ‘Home Guard’ dan ‘Kampong Guard’ untuk mengawal semua kawasan yang
terlibat. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal, Templer menghadapi masalah
berkenaan kurangnya penyertaan kaum Cina dalam pasukan keselamatan yang terdiri
hampir 95 peratus daripada kalangan orang Melayu (Stockwell: 1995). Templer tidak
berputus asa dalam usahanya memujuk kaum Cina kerana beliau amat menyedari tanpa
kerjasama dari masyarakat Cina, adalah amat sukar bagi kerajaan mempercepat
penamatan keganasan komunis dan darurat, lebih-lebih lagi 90 peratus keanggotaan
komunis adalah daripada kalangan orang Cina. Sebagai tambahan kepada pasukan
keselamatan sedia ada, Polis Persekutuan mewujudkan satu unit baru yang dikenali
sebagai “Special Operational Volunteer Force” (SOVF) yang dianggotai oleh bekas anggota
PKM sama ada yang ditangkap ataupun yang menyerah diri secara sukarela kepada
kerajaan (O’Balance: 1966).

2. Perisikan
Sir Gerald Templer mewujudkan Cawangan Khas (Special Branch-SB) yang baharu sebagai
satu-satunya badan perisikan di negara ini. Badan ini dilatih dan disusun semula dan
diketuai oleh J.B. Morton, iaitu seorang agen MI5, yang merupakan anggota badan perisikan
British. Pengarah baru bagi Cawangan Khas ini ialah Guy C. Madoc (Jackson:1991). Ia
adalah satu-satunya organisasi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul
maklumat, mencerakin, menilai dan menyebarkan hal-hal maklumat keselamatan kepada
pihak-pihak tertentu. Sebagai sebuah badan perisikan, SB turut memainkan peranan
dengan cemerlang semasa darurat. Kejayaannya membuat penyusupan ke dalam
organisasi PKM di semua peringkat membolehkan segala maklumat mengenai parti itu
dapat diketahui. Segala maklumat itu kemudiannya dipergunakan untuk merancang
tindakan ke atas PKM (Jackson:1991).

80
3. Perintah Berkurung
Walau bagaimanapun, antara semua taktik yang digunakan Templer, taktik paling
kontroversi yang dilaksanakannya ialah Perintah Berkurung dan ‘Collective Punishment’
(Hukuman Kolektif). Hal yang demikian berlaku berikutan keganasan yang dilakukan oleh
PKM. Antaranya ialah serangan pada 25 Mac 1952 terhadap sepasukan pekerja kerajaan
yang disertai 15 orang anggota polis dan diketuai Penolong Pegawai Daerah Tanjong
Malim. R.M.C. Codner diserang hendap dan mengakibatkan kematian seramai 13 orang.
Manakala lapan orang polis cedera (CO 1022/56 Imposition of Curfew and Other
Restrictions in Federation of Malaya). Antara lain yang turut terkorban ialah Jurutera Kerja
raya Perak Selatan, W.H. Fourniss, Penolong Juruteknik, Teoh Eng Kiew dan Ahmad bin Jali.
Bilangan pengganas komunis yang menyerang hendap dianggarkan seramai 40 orang.
Mereka menggunakan senjata automatik, stengun, riffle dan bom tangan. Dua orang
daripada mereka mati manakala sebilangan lagi dijangka cedera. Dua orang pengganas
komunis yang mati ialah Chen Too dan Ah Ngew di mana salah seorang dari mereka ialah
ketua pasukan (section leader) (Mohd Shafie bin Syed Mansor, 1984). Tiga hari kemudian
Templer telah menemui penduduk Tanjong Malim, salah satu kawasan popular dengan
kegiatan PKM. Beliau mengisytiharkan Perintah Berkurung dan meminta kerjasama
penduduk untuk menyingkirkan pengaruh komunis di kawasan mereka.

4. Kempen Ketenteraan Pasukan Keselamatan


Sir Gerald Templer menyusun semula strategi ketenteraan dalam membanteras komunis.
Apabila Directive Oktober diisytiharkan Chin Peng, PKM menjadi bertambah kucar-kacir
dan mengakibatkan pergerakan mereka semakin lemah dan perlahan (Mohd Redzuan,
1993). Templer juga mengubah taktik pasukan keselamatan daripada teknik bertahan
kepada menyerang. Pada ketika ini, Tentera Udara Diraja British memainkan peranan
penting dalam menjalankan serangan udara, penghantaran anggota keselamatan jauh ke
dalam hutan dan kawasan operasi PKM. Pasukan tentera udara ini juga berperanan penting
dalam kempen perang psikologi dengan penyebaran risalah dan notis penyerahan diri
serta tawaran pengampunan (O’Balance,1966). Pesawat udara juga digunakan untuk
menyembur racun bagi memusnahkan tanaman pihak pengganas komunis di dalam hutan.
Selain itu, pihak Tentera Laut Diraja pula menyumbangkan helikopter Sikorsky S-55 yang
berperanan sebagai pengawal pesisir pantai dan menghalang sebaran kemasukan senjata
atau makanan dari luar kepada pihak PKM (O’Balance,1966). Kejayaan strategi ketenteraan
sangat penting dan ia telah membuka jalan kepada lebih banyak operasi penting pada
tahun 1953.

5. Perang Psikologi
A.D.C Peterson, dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan untuk menyelaras semua
aktiviti di pelbagai jabatan kerajaan dan juga penyebaran maklumat yang perlu sebagai
memulakan perang psikologi terhadap pihak komunis. Templer menaruh harapan kepada
Peterson untuk memenangi hati rakyat dengan program yang dapat memberi kefahaman
kepada rakyat sebelum rakyat akan sama-sama berjuang disisi kerajaan (Miller, 1972).
Templer berhasrat menjadikan perang terhadap anasir komunis sebagai tanggungjawab
setiap rakyat Tanah Melayu. Beliau menyusun strateginya meliputi semua aspek sosial,
ekonomi dan politik. Dari sudut sosial, Sir Gerald Templer melonggarkan kewarganegaraan
kepada orang Cina supaya dapat menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Ini
81
kemudiannya menghasilkan projek pemberian kerakyatan kepada semua orang asing yang
lahir di Tanah Melayu. Templer juga cuba mewujudkan kerjasama di antara orang Melayu
dan Cina. Templer juga menyusun semula program pendidikan dan pembinaan sekolah-
sekolah serta projek-projek pembangunan di kampung-kampung Baru.

Dari sudut ketenteraan, Templer cuba menekankan kepentingan untuk “MeMalayakan”


angkatan tentera dengan penubuhan Tentera Persekutuan di samping Rejimen Askar
Melayu (RAM). Beliau mahu penglibatan masyarakat Cina dalam kempen kerajaan
menentang ancaman komunis sebagai satu cara meningkatkan kepercayaan orang Melayu.
Dari sudut ekonomi pula, Templer berusaha meningkatkan taraf hidup penduduk-
penduduk di kampung-kampung dan meningkatkan kemudahan dan prasarana awam.
Projek-projek ekonomi berskala kecil seperti pembangunan kilang beras, skim bantuan
pertanian, bekalan air bersih dan elektrik dilaksanakan (O’Balance, 1966). Semua projek
pembangunan dan infrastruktur ini amat penting kepada orang Melayu kerana ianya telah
lebih awal dinikmati oleh masyarakat Cina di kampung-kampung baru. Ini amat penting
dalam usaha kerajaan memenangi hati dan pemikiran orang Melayu sepertimana mereka
lakukan kepada orang Cina di kampung-kampung baru. Dari sudut politik pula, Templer
berusaha menyediakan negara ini ke arah berkerajaan sendiri selain dari berusaha
menghapuskan ancaman komunis. Langkah pertama yang dilakukannnya ialah dengan
meneruskan idea Sir Henry Gurney untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan
yang telah tertangguh. Beliau cuba mewujudkan kerjasama antara kaum terutamanya
orang Melayu dan Cina. Ini cuba dilakukan menerusi UMNO dan MCA. Hasrat beliau
kemudiannya menjadi kenyataan apabila UMNO dan MCA telah membuat kerjasama pada
pilihanraya majlis tempatan Kualan Lumpur tahun 1952.

Selain itu, Kerajaan British menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan kepada sesiapa
yang memberi maklumat untuk membolehkan kerajaan menangkap atau memburu
pengganas-pengganas komunis. Strategi ini mula berkuatkuasa pada bulan April 1952.
Hadiah wang tunai sebanyak $250,000 ditawarkan bagi penangkapan atau pembunuhan
Chin Peng (Setiausaha Agung PKM yang juga merupakan salah seorang pemimpin tertinggi
PKM). Pada pertengahan tahun 1953, Jeneral Sir Gerald Templer menjalankan operasi
kawasan putih (kawasan-kawasan yang mana komunis dikalahkan, kawasan putih yang
pertama diisytiharkan ialah di Melaka pada 1953) dan kawasan hitam (kawasan-kawasan
di mana anasir-anasir komunis sangat aktif, kawasan ini dikawal rapi dengan penambahan
pasukan keselamatan). Oleh sebab kawasan-kawasan yang diisytiharkan putih dibebaskan
dari perintah berkurung, maka keadaan ini akan menggalakkan penduduk setempat di
kawasan-kawasan hitam berkerjasama dengan kerajaan untuk memerangi komunis
(Brimmell, 1959).

6. Program Dapur Pusat


Program Dapur Pusat diperkenalkan pada pertengahan tahun 1954 sebagai usaha
mengelakkan bekalan makanan khususnya beras jatuh ke tangan komunis. Sir Donald
MacGillivray melantik M.C. ff. Sheppard, bekas Penasihat British Negeri Sembilan dan
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perang Negeri, Negeri Sembilan bagi mengetuai
program ini. Program ini diperkenalkan kepada penduduk di kampung baru dan kawasan
pengumpulan semula yang merangkumi estet, lombong dan kebun serta kawasan
82
petempatan tertentu. Di bawah Program Dapur Pusat, semua beras bagi kegunaan
sesebuah kawasan seperti pekan, kampung, kebun, estet dan lombong dimasak secara
berpusat di sebuah dapur khas yang disediakan oleh pihak berkuasa. Program ini juga
memberi kuasa kepada Menteri Besar atau Pesuruhjaya Residen untuk membuat
keputusan mengenai dapur tempat memasak nasi dan stok simpanan beras dalam
sesebuah kawasan. Orang ramai dikehendaki membeli nasi di Dapur Pusat pada setiap kali
waktu makan. Oleh yang demikian, nasi yang tidak boleh disimpan lama menjadi salah satu
strategi bagi pembanterasan komunis. Pelaksanaan Program Dapur Pusat telah dimulakan
di Bahau, Negeri Sembilan pada 3 Januari 1955 yang melibatkan sebanyak 26 buah kebun
dan sebuah kampung baru dengan penduduk berjumlah 8,500 orang. Seramai lebih dari
66,000 orang penduduk di Tanah Melayu yang mendapat manfaat dari Program Dapur
Pusat yang dikawal oleh pihak berkuasa (Ho Hui Ling, 2010).

FAKTOR KEJAYAAN BRITISH DALAM AKTIVITI PEMBANTERASAN KOMUNIS

Kurangnya Sokongan Orang Melayu kepada PKM


Komunisme berdasarkan kepada materialisme dan menolak kewujudan tuhan. Fahaman
ini amat bertentangan dengan orang Melayu yang mengakui keesaan tuhan. Kegagalan
besar komunis juga adalah kerana ketidakmampuan mereka mengubah imej mereka yang
masih kekal dengan identiti kecinaan mereka. Penglibatan orang Melayu secara
menyeluruh dalam PKM ialah dengan penubuhan Rejimen Ke-10, PKM pada 21 Mei 1949 di
Kerdau, Temerloh, Pahang (Suriani Abdullah, 1999).

Sokongan Raja-Raja Melayu kepada British


Sultan dan Raja-raja Melayu berperanan penting dalam memulihkan ketegangan hubungan
di antara orang Melayu dan Cina (Seruan Ra’ayat, 15 Disember 1945). Orang Melayu yang
diikat dengan konsep daulat dan tulah menyebabkan mereka patuh kepada perintah
pemimpin. British melihat institusi raja menjadi kekuatan kepada mereka untuk meraih
sokongan orang Melayu khususnya dalam membanteras komunis. Selain itu seruan
pemimpin dan kerajaan agar orang-orang Melayu melibatkan diri dalam pasukan
keselamatan membuahkan hasil yang baik dalam proses operasi perang Saraf Templer.

Perang Saraf
Perang Saraf (Psychological warfare) menjadi senjata penting dalam membanteras komunis
di Tanah Melayu. Ini diikuti dengan tawaran menyerah diri secara beramai-ramai. Perang
Saraf ini telah memperlihatkan kejayaan. Sebagai contohnya ialah apabila Hor Lung yang
merupakan bekas komander 3 Rejimen MPAJA menyerah diri di balai polis berhampiran
Segamat setelah terputus hubungan dengan semua unitnya di hutan Pahang. Dalam tempoh
empat bulan berikutnya, Hor Lung berjaya membawa keluar 160 orang anggota komunis
termasuk 26 orang yang dianggap sebagai hard core (Fawzi Basri, 1984). Sir Gerald
Templer yang menggantikan Sir Harold Briggs meneruskan langkah-langkah membanteras
keganasan komunis dengan memperkenalkan taktik “Perang Saraf”. Beliau berpendapat
bahawa "Malaya is an Intelligence War" (Ho Hui Ling, 2010). Perang Saraf berjaya
menanamkan kebencian orang ramai terhadap komunis. Dalam melaksanakan Perang saraf
ini, Sir Gerald Templer membuat tawaran akan memberi layanan yang baik kepada
komunis yang menyerah diri dan memberi hadiah kepada orang ramai yang memberi
83
kerjasama kepada komunis untuk menyerah diri atau memberi maklumat mengenai
komunis.

Masalah dalaman PKM


PKM juga menyedari bahawa mereka melakukan beberapa kesilapan dari segi pendekatan,
strategi dan taktik semasa melancarkan pemberontakan bersenjatanya pada tahun 1948.
PKM gagal memperlihatkan corak perjuangan yang bersifat nasional kerana
kecenderungannya yang terlampau cauvinis kecinaan. Di samping itu pemimpin-pemimpin
PKM dengan jujur mengakui bahawa kegiatan subversif adalah keperluan utama dan asas
untuk mencapai matlamat perjuangan mereka. Tetapi, seperti kata Yeong Kuo, komunis
tidak percaya akan cara yang sah atau halal. Oleh itu, mereka terpaksa berjuang
bersungguh-sungguh untuk menggulingkan kerajaan yang menghalang tercapainya
matlamat komunis (Mohd Reduan, 1993). Faktor-faktor ini menyumbangkan kepada
kejayaan besar kepada British melalui pengenalan langkah-langkah bagi mengatasi
pemberontakan komunis menerusi Rancangan Briggs dan operasi Templer. Sepanjang
penubuhannya sehingga pengisytiharan damai pada tahun 1989, PKM telah berpecah
kepada tiga kumpulan, iaitu PKM sebagai parti asal, dan PKM Marxist-Leninist (PKM M-L)
serta PKM Kumpulan Revolusi (PKM-KR).

Penubuhan Parti Perikatan


Pembentukan Perikatan UMNO-MCA-MIC bertujuan antara lain untuk menunjukkan
perpaduan dan kerjasama antara penduduk berbilang kaum telah tercapai. Ini disebabkan
Parti Perikatan memperjuangkan cita-cita untuk mencapai kemerdekaan dan mendapat
sokongan daripada majoriti rakyat.

IMPLIKASI DARURAT

a. Sentimen Perkauman
Ideologi komunis dan darurat telah memperlihatkan sentimen perkauman yang besar di
kalangan bangsa Melayu dan Cina di Tanah Melayu. Ini kerana penentangan PKM
membawa konotasi penentangan masyarakat Cina di Tanah Melayu dan sebahagian
daripada orang Cina ketika itu menyertai perjuangan komunis kerana dizalimi oleh tentera
Jepun.

b. Penempatan Berasingan Mengikut Kaum


Peristiwa Darurat menyebabkan berlakunya penempatan berasingan mengikut kaum di
Kampung Baru. Dari jumlah 600 penempatan kampung baru, hanya 9% sahaja penempatan
untuk orang Melayu dan 4 % untuk orang India serta 1 % sahaja untuk kaum-kaum lain.
Suatu perkara yang mengeruhkan keharmonian kaum ini ialah dari segi infrastruktur yang
disediakan oleh kerajaan adalah berbeza. Penduduk kampung baru yang hampir 500
penempatannya didiami oleh orang-orang Cina mendapat semua kemudahan yang
disediakan seperti hak milik tanah, sekolah, klinik kesihatan, bekalan elektrik dan air.
Manakala terdapat beberapa buah Kampung Baru Melayu di daerah Bentong, Pahang yang
diwujudkan pada tahun 1949 dan hanya mendapat kemudahan jalan, air dan elektrik pada
awal tahun 1970-an (Abu Talib Ahmad, 2006).

84
c. Peningkatan Kos Perbelanjaan
Kerajaan Tanah Melayu terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukan kewangan yang
besar dalam usaha membanteras komunis selama tempoh 12 tahun. Banyak nyawa orang
awam yang tidak berdosa telah terkorban di samping anggota pasukan keselamatan. Dalam
tempoh ini, kira-kira 11,00 nyawa terkorban termasuk 2,500 penduduk awam yang turut
menjadi mangsa kezaliman komunis. Dianggarkan kerajaan Persekutuan membelanjakan
wang sebanyak $250,000 hingga $300,000 sehari. Dengan itu, kerajaan terpaksa
membelanjakan lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun untuk membanteras
komunis. Ini mengakibatkan usaha-usaha pembangunan sosial penduduk tergendala
kerana peruntukan diberikan keutamaan kepada usaha membanteras komunis (Ho Hui
Ling, 2004).

d. Mempercepatkan Kemerdekaan Tanah Melayu


Kemerdekaan dipercepatkan bagi menangkis propaganda PKM. Hal ini disebabkan PKM
mendakwa bahawa pemberontakan mereka adalah bagi membebaskan Tanah Melayu dari
cengkaman penjajah. Motif perjuangan PKM yang diuar-uarkan untuk menghalau penjajah
dari bumi Tanah Melayu menyebabkan beberapa kelompok orang-orang Melayu menyertai
dan berjuang bersama komunis seperti penubuhan Rejimen Ke-10 yang dianggotai oleh
orang-orang Melayu (Wawancara dengan Tuan Haji Berahim Chik).

e. Demokrasi Hampir Terancam


Darurat menggugat demokrasi melalui pengenalan Undang-undang Darurat tahun 1948.
Undang-undang ini menyekat kebebasan berkumpul dan secara tidak langsung menyekat
kebebasan bercakap.

Penilaian
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, pembunuhan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman
Hashim pada 6 Jun 1974, pengeboman Tugu Negara 26 Ogos 1975 dan pengeboman Kem
Pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling Kuala Lumpur yang mengakibatkan dua orang
terbunuh dan empat puluh satu cedera, merupakan penerusan aktiviti keganasan PKM
selepas Darurat diisytiharkan tamat pada tahun 1960. Namun, keganasan bersenjata PKM
selama lebih 40 tahun berakhir apabila Perjanjian Damai di antara Malaysia-PKM dan
Thailand-PKM ditandatangani. Persetujuan PKM meletakkan senjata menerusi Perjanjian
Haadyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Haadyai Thailand menamatkan
pemberontakan kedua PKM yang bermula pada tahun 1968 (Wawancara dengan Dato’ Haji
Mokhtar Mahmud Baginda). Dalam perjanjian itu, PKM diwakili oleh Pengerusinya
Abdullah CD, Chin Peng dan ahli jawatankuasa pusat iaitu Rashid Maidin. Manakala
Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri iaitu Datuk Wan Sidek
Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Haniff Omar dan Panglima Angkatan
Tentera Jeneral Tan Sri Hashim Mohd Ali (Wawancara dengan Jen. (B) Tan Sri Yaacob
Mohd Zain).

Dalam pada itu, kerajaan Thailand diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan
Dalam Negeri, Jeneral Tan Sri Chavalit Yongchaiyudh, Pengarah Operasi Keselamatan
Wilayah Empat, Leftenan Jeneral Woodhana Yampundhu, Ketua Pengarah Polis Diraja
Thailand Jeneral Sawaenj Therasawat dan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri
85
Thailand, Encik Anek Sithiprasana (Berita Minggu, 3 Disember 1989). Mengikut perjanjian
itu, PKM bersetuju menghentikan gerakan bersenjata dan memusnahkan semua senjata
mereka. PKM juga akan membubarkan pasukan bersenjata pimpinannya dan memberi
jaminan pada Malaysia dan Thailand untuk menghormati undang-undang di kedua-dua
negara. Sehubungan itu, Malaysia dan Thailand berjanji akan memberi layanan adil kepada
anggota pasukan PKM yang dibubarkan. Menurut statistik Kementerian Pertahanan,
seramai 5,554 anggota keselamatan terbunuh dan cedera kerana bertempur atau terkena
jerangkap samar pengganas komunis sejak tahun 1948 hingga 1989. Dari jumlah tersebut
3,327 terdiri daripada anggota polis manakala 2,227 lagi anggota tentera. Selain anggota
pasukan keselamatan, seramai 2,555 orang awam turut terkorban kerana menjadi sasaran
pengganas komunis dalam tempoh yang sama. Jumlah pengganas yang terbunuh, cedera
dan ditangkap pula adalah seramai 11,222 orang. Dari angka tersebut 6,895 dibunuh dalam
pertempuran dan 2,968 pula cedera. Pasukan keselamatan juga berjaya menangkap 1,359
pengganas (Utusan Malaysia, 28 November 1989).

KESIMPULAN
Darurat membuktikan bahawa keselamatan negara pernah diancam oleh satu pihak luar.
PKM bukan bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara tetapi adalah untuk
mewujudkan penjajahan komunis. Secara umumnya, sepanjang 12 tahun pihak British
telah menggunakan pelbagai strategi dari aspek perang konvensional dan juga perang saraf
terhadap Revolusi bersenjata PKM. Justeru itu, keadaan sangat genting pada ketika itu bagi
kedua-dua pihak. Kefahaman yang tinggi mengenai peristiwa darurat di negara ini sudah
tentu akan dapat meningkatkan perasaan patriotisme dan kecintaan yang lebih mendalam
terhadap tanah air kita. Akhir kata, iktibar utama daripada peristiwa darurat 1948-1960
ialah negara kita pernah digugat oleh anasir luar dan adalah menjadi tanggungjawab kita
generasi hari ini untuk terus menghargai dan mempertahankan kemerdekaan yang
sungguh berharga ini.

86
BAB 7
PENUBUHAN MALAYSIA
Rohani Ab Ghani & Siti Alwaliyah Mansor

PENGENALAN

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, nama rasminya telah bertukar kepada
Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malaya. Kemerdekaan yang telah dicapai
pada 31 Ogos 1957 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu memerintah sendiri
berasaskan kepada sistem demokrasi berparlimen. Perkembangan selepas kemerdekaan
menyaksikan wilayah entiti politik bagi Persekutuan Tanah Melayu menjadi semakin luas
berikutan dengan penggabungan tiga lagi wilayah negara jiran iaitu Singapura, Sarawak
dan Sabah ke dalam penubuhan Malaysia. Malaysia telah diisytiharkan penubuhannya
secara rasmi pada 16 September 1963. Penggabungan wilayah ini telah membentuk
kerajaan federalisme. Sistem ini ditunjangi oleh dua elemen utama iaitu kerajaan pusat dan
kerajaan negeri.

LATAR BELAKANG

Dari segi sejarah pentadbiran, sebelum itu negara kita dikenali sebagai Tanah Melayu atau
Malaya atau dikenali juga sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi negeri-
negeri yang berada di Semenanjung. Ssejak zaman awal kerajaan-kerajaan Melayu di
Nusantara, gagasan penyatuan wilayah di Alam Melayu menjadi impian bagi pemimpin-
pemimpin mereka. Gagasan penggabungan bangsa idaman (nation of intent) diperjuangkan
dalam konteks geo-politik yang lebih luas oleh ramai tokoh nasionalis alam Melayu seperti
Ibrahim Yaakub, Sukarno, Jose Rizal dan lain-lain lagi. Walaupun kesatuan wilayah yang
dicita-citakan itu yang meliputi Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina dikenali dengan
nama yang berbeza iaitu ”Malaysia Irrendenta” di Filipina, ”Indonesia Raya” di Indonesia
dan ”Melayu Raya” di Malaysia, kesemuanya mempunyai satu maksud iaitu gagasan bagi
pembentukan kelompok-kelompok dalam rumpun Melayu dengan matlamat menjadi
sebuah negara-bangsa besar di Nusantara (Abdul Rahman, 2000). Malaysia dan Indonesia
kemudiannya terbahagi kepada dua entiti politik yang berbeza apabila termeterainya
Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824. Perjanjian ini secara rasminya
memperakukan bahawa kuasa British diberikan hak untuk menguasai Tanah Melayu
manakala Belanda menguasai Indonesia dan sekali gus memecahkan keagungan kekuasaan
kerajaan alam Melayu yang telah berlangsung sejak kurun ke 7 Masihi lagi .

Sebelum penubuhan Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura serta Tanah Melayu berada
dalam sistem pentadbiran yang berbeza. Melayu merupakan wilayah yang paling awal
mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957. Manakala Singapura pula sejak tahun 1955
telah dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai
kemerdekaan. Sementara itu Sabah bermula tahun 1881 menjadi unit politik yang
tersendiri di bawah naungan British dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
(Sabihah, 1985). Selepas Perang Dunia Kedua (PD II), Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan
British (British Crown Colony) secara langsung apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara
tidak mampu untuk memulihkan kemusnahan akibat PD II di wilayah itu. Sarawak pula
87
dikuasai Raja Brooke yang berjaya mendapatkan jajahan tersebut dari Kesultanan Brunei.
Raja Brooke berkuasa dalam hal ehwal dalaman dan menerima nasihat Inggeris dalam hal
ehwal luar negara. Selepas PD II, ia ditadbir British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal
selia oleh tentera Australia. Pada tahun 1946, Brooke menyerahkan kedaulatan takhta
pemerintahan Brooke kepada British. Manakala Brunei merupakan sebuah negeri Melayu
yang tersendiri tetapi bersetuju menerima nasihat-nasihat dari Residen British kecuali
dalam soal-soal agama dan adat istiadat dan raja mempunyai kuasa kawalan secara
langsung dalam pemerintahan negara itu.

Idea ke arah penggabungan wilayah-wilayah jajahan British di sekitar Tanah Melayu


sebenarnya telah lama muncul. Pada tahun 1892, Lord Brasey iaitu Pengarah Syarikat
Berpiagam Borneo Utara mencadangkan percantuman wilayah Borneo Utara dengan
Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi dan pentadbiran penjajah British. Namun,
cadangan beliau telah tidak direstui oleh para pemegang saham syarikat tersebut pada
tahun 1894 (Milne dan Mauzy, 1992). Selepas PD II, wujud keinginan British
mencantumkan wilayah-wilayah di Tanah Melayu di bawah skim Malayan Union tetapi
telah gagal kerana ditolak penduduk Melayu di Tanah Melayu. Keinginan tersebut menjadi
lebih besar menjelang tahun-tahun 1949 dan 1950. Hasrat ini disuarakan oleh Pesuruh-
Jaya Jeneral British di Asia Tenggara iaitu Mac Donald yang menggelarkan idea
percantuman ini sebagai Grand Design.(FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Mac Donald
menggesa London bersetuju dengan cadangannya. Namun cadangan tersebut dianggap
oleh pihak Pejabat Jajahan di London sebagai terlalu awal kerana Tanah Melayu masih
sibuk dengan persoalan pembentukan perlembagaan menjelang kemerdekaan manakala
Sabah dan Sarawak pula memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai kemajuan
politik, ekonomi dan pendidikan. (Easter, 2004).

Idea penggabungan ini juga lahir melalui Ghazali Shafie yang telah mengemukakan idea
yang hampir sama pada tahun 1954. Tunku Abdul Rahman Putra juga telah
memperkatakan tentang percantuman Persekutuan Tanah Melayu dengan Pulau
Singapura. Perkara ini telah disebut dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO pada
tahun 1955. Namun pada masa ini Tunku tidak menunjukkan minat ke arah penggabungan
Tanah Melayu dan Singapura kerana bimbangkan soal imbangan kaum di antara bangsa
Melayu dan Cina. Namun, dalam satu perbincangan Tunku dengan Malcolm MacDonald
pada tahun 1958, beliau menyatakan kesediaan bergabung dengan Singapura sekiranya
tiga wilayah Borneo Utara bergabung dengan Tanah Melayu. (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai
1970). Soal penggabungan Sabah dan Sarawak menjadi sangat penting bagi mengimbangi
komposisi penduduk Melayu dan peribumi dengan penduduk berbangsa Cina.

SITUASI SEBELUM PERCANTUMAN

Sebenarnya telah wujud beberapa keadaan di Singapura dan wilayah Borneo serta Brunei
yang boleh dijadikan gambaran awal terhadap minat mereka dalam soal federasi dengan
Tanah Melayu. Singapura bermula pada tahun 1960 telah mengalami peningkatan masalah
ekonomi kerana peningkatan populasi penduduk yang mendadak. Dalam masa yang sama
perdagangan entrepot tradisional mereka menghadapi penurunan apabila Indonesia dan
Malaysia mula mengurangkan pergantungan urusan perdagangan mereka. Keadaan ini
88
mempengaruhi minat pelabur-pelabur ke atas Singapura. Bagi pemimpin Singapura,
penggabungan dengan Malaysia dilihat akan mengalihkan perhatian perdagangan Borneo
Utara yang sebelum ini tertumpu kepada Hong Kong ke Singapura (FCO 51/154, RR7/1, 10
Julai 1970). Bagi wilayah Borneo pula, sekitar tahun 1960-an pencapaian ekonomi dan
politik mereka masih ketinggalan. Walaupun wilayah ini mempunyai beberapa hasil galian
yang berharga namun soal kekurangan tenaga buruh menjadi masalah utama untuk
meningkatkan pengeluaran. Sementara itu kesedaran politik di wilayah Borneo juga lebih
lambat berkembang berbanding dengan wilayah-wilayah jiran. Walau bagaimanapun
beberapa pertubuhan yang bersifat politik yang telah muncul seperti Clandestine
Communist Organization (CCO) dan pada tahun 1959, Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau
Sarawak United People’s Party (SUPP) telah ditubuhkan dicurigai oleh British.

Manakala Brunei pada 29 September 1959, Sultan Brunei menandatangani satu perjanjian
baru dengan British yang memberikan hak kepada British untuk mengawal hal ehwal luar
dan pertahanan serta perkara-perkara berkaitan keselamatan dalaman negara. Pesuruh
Jaya Tinggi British juga diberikan kuasa menentukan pelantikan jawatan tertinggi dalam
kerajaan Brunei. Sultan Brunei akan menerima nasihat Pesuruh Jaya Tinggi British dalam
kebanyakan hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama dan adat istiadat Melayu. Soal
percantuman dengan wilayah jiran juga turut menjadi satu agenda bagi Parti Ra’ayat
Brunei iaitu parti yang paling dominan di negara itu. Pada April 1957, pemimpin parti iaitu
A.M. Azahari mengadakan satu kongres yang dihadiri wakil-wakil dari SUPP dan Parti
Islam Se Malaysia (PAS). Perwakilan yang menghadiri kongres ini secara dasarnya
bersetuju dengan cadangan bagi ”penyatuan Borneo” diikuti ”persekutuan seluruh Malaya”
dan PAS bersetuju supaya persekutuan turut meliputi Indonesia (FCO 51/154, RR7/1, 10
Julai 1970).

Walaupun terdapat beberapa kecenderungan yang wujud di wilayah Borneo terhadap


penyatuan wilayah dengan Tanah Melayu namun ia bukan satu perkara yang popular.
Menurut Tunku (1977) pada peringkat awal, Sultan Sir Omar Ali Saifuddin beria-ia
mahukan percantuman ini. Kesungguhan baginda ditunjukkan dengan kekerapan datang
untuk berbincang dengan Tunku. Di samping itu juga baginda telah membina sebuah istana
persinggahan di Kuala Lumpur. Di Borneo Utara dan Sarawak pula sebilangan rakyat
tempatan beranggapan sekiranya berlaku penyatuan, peluang-peluang mereka memegang
jawatan-jawatan dalam kerajaan akan berkurangan berbanding sebelum wujudnya
penyatuan dengan Tanah Melayu (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

British pula mereka memikirkan untuk perlahan-lahan keluar dari tanggungjawab politik
dan pertahanan di tanah jajahan mereka di seluruh dunia dan dalam masa yang sama
mengekalkan world role atau peranan sejagat yang dimainkan oleh kuasa itu dalam dunia
antarabangsa. Perubahan dasar luar British disebabkan beban kewangan yang ditanggung
di samping gerakan dekolonisasi yang sedang melanda seluruh dunia. Dalam masa yang
sama Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960 meluluskan
Perkara 1514 (XV) yang menyarankan pemberian hak kemerdekaan dan peluang untuk
menentukan masa depan dan ekonomi setiap negara yang masih dijajah.

89
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERCANTUMAN

Bagi negeri-negeri sekitar Tanah Melayu, kejayaan negara ini mencapai kemerdekaan
memberikan inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Sabah, Sarawak dan Singapura. Dalam
tahun-tahun awal kemerdekaan Tanah Melayu sebilangan pemimpin Sabah dan Sarawak
telah melawat Kuala Lumpur. Pada tahun 1958, Datu Mustapha Datu Harun bersama
rombongannya menemui Tunku bagi menyampaikan hasrat bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Datu Mustapha mahukan percantuman ini menjadi kenyataan
(Tunku Abdul Rahman, 1980). Beberapa tokoh bumiputera seperti Tuanku Haji Bujang,
Abdul Rahman Yaakob, Datok Bandar Abang Openg dan Temenggung Jugah turut
menyatakan hasrat mengadakan perhubungan dengan Tanah Melayu (Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, 1980). Perdana Menteri Singapura, Lim Yew Hock pula pernah
mengemukakan hasrat untuk bercantum dan merdeka bersama Tanah Melayu sejak tahun
1956 lagi. Namun idea ini ditolak oleh Tunku kerana Tanah Melayu dalam proses
kemerdekaan. Idea yang sama telah muncul kembali setelah Lee Kuan Yew memimpin
Singapura apabila partinya Parti Tindakan Rakyat atau PETIR (Peoples Action Party-PAP)
mencapai kejayaan dalam pilihanraya Parlimen. PAP berjaya memenangi 43 dari 51 kerusi
pada tahun 1959. Beliau melahirkan pandangannya bahawa mustahil bagi Singapura
mencapai kemerdekaan tanpa Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu beliau melahirkan
hasrat untuk bersatu dengan Persekutuan secepat mungkin.

Bagi Tunku sendiri, idea mengenai percantuman adalah merupakan satu perkara yang
menarik. Dalam satu memorandum yang dihantar kepada Mac Millan pada Jun 1961,
Tunku menggariskan idea mengenai Grand Design yang mencadangkan Borneo terlebih
dahulu perlu muncul sebagai satu negeri dalam federasi dan hanya selepas itu baru dapat
diwujudkan federasi lebih besar iaitu memasukkan Singapura. Mc Millan membalas
memorandum Tunku dan berpandangan perkara tersebut merupakan langkah baik bagi
mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Bagi
Tunku juga, soal memasukkan Singapura dalam federasi Malaysia mungkin menimbulkan
beberapa masalah terutama dari segi imbangan kaum Melayu dan Cina. Sehingga akhir
tahun 1960-an Tunku masih belum menunjukkan minat terhadap sebarang rancangan
penyatuan dengan Singapura. Bagi Tunku, perbezaan politik Singapura yang dikuasai pihak
kiri berbanding dengan Tanah Melayu yang dikuasai sayap kanan tidak memungkinkan
sebarang penyatuan kerana Tanah Melayu merupakan kerajaan anti-komunis kerana
mempunyai pengalaman dengan Parti Komunis Malaya (PKM) semasa tempoh Darurat
1948-1960.

Pada Jun 1959, Lee Kuan Yew berjaya menubuhkan kerajaan dan berpendapat
percantuman dengan Kuala Lumpur merupakan satu perkara penting untuk mencapai
kemerdekaan penuh dengan lebih cepat. Penyatuan mampu menumpulkan pengaruh
kumpulan sayap kiri dalam politik Singapura iaitu Barisan Sosialis yang menjadi saingan
utama kepada PAP. Bagi beliau, dengan kemasukan dalam Malaysia yang anti-komunis,
kerajaan Tanah Melayu akan lebih mampu melaksanakan dasar dan tindakan yang lebih
tegas bagi melumpuhkan fahaman komunis. Lee juga mendakwa sekiranya sayap kiri
berjaya memerintah Singapura maka pangkalan tentera British yang terdapat di negara itu
yang merupakan antara penyumbang utama terhadap ekonomi negara juga akan terjejas
90
(FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Perkembangan dalam PAP sebenarnya banyak
mempengaruhi minat Lee Kuan Yew untuk bergabung dengan Malaysia. Tahunan 1959
hingga 1963 memperlihatkan konflik akibat krisis dalaman antara kumpulan sederhana
dan kumpulan radikal yang dipimpin PAP. Ia mencetuskan perpecahan besar dalam parti
pemerintah Singapura. Kumpulan yang keluar PAP diketuai oleh Ong Eng Guan diikuti
ramai ahli PAP yang telah bertanding. Kumpulan serpihan ini dibantu golongan kiri dan
bertanding dalam beberapa pilihanraya kecil seperti di kawasan Anson dan kawasan Hong
Lim. Dalam kedua-dua pilihanraya, PAP mengalami kekalahan di tangan Barisan Sosialis.
Kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat kepada PAP kerana kedua-dua kawasan
sebelum ini merupakan kubu kuat PAP (Baker, 2005).

Perkembangan ini meresahkan Tunku dan menyifatkan sekiranya Singapura jatuh ke


tangan komunis maka akan wujud ”Cuba 3 ¼ batu dari Malaysia” (Abdullah, 1987). Namun
Tunku masih merasakan kemasukan Singapura ke dalam persekutuan adalah sesuatu yang
merbahaya jika dinilai dari sudut nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu pada ketika
itu iaitu Melayu dan Bumiputra ialah 5,015,305, Cina 4,164,696, India 920,535, lain-lain
208,073 pada tahun 1961 di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
(Mohd Noor bin Abdullah (1979). Lee memujuk Tunku dengan memberikan alasan adalah
lebih merbahaya sekiranya Singapura berada di luar Malaysia dan dikuasai komunis.
Penyatuan antara kedua-dua negara adalah perlu bagi mengawal keselamatan Singapura
dan demi kepentingan ekonomi bersama. Dalam soal komunis, Lee dan Tunku sama-sama
bersetuju sekiranya tidak ada sebarang langkah drastik diambil di Singapura maka
ancaman komunis boleh memberikan kesan buruk ke atas Malaysia (Ghazali, 1996).
Namun mengikut Tunku, bagi mengimbangi nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu
maka Sabah dan Sarawak perlu dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia. Selain itu
Malaysia berpegang kepada prinsip dasar luar yang ingin menolong negara-negara yang
dijajah untuk mencapai kemerdekaan.

Tunku berpandangan bahawa sekiranya kedua-dua wilayah Borneo dimasukkan ke dalam


penubuhan Malaysia, penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputra akan mendapat jaminan
melalui perlembagaan sebagaimana penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputra di Tanah
Melayu yang mendapat peruntukan dalam Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Bagi Tunku
percantuman wilayah memperkukuhkan kerjasama sedia ada antara Semenanjung Tanah
Melayu dengan Sabah dan Sarawak yang menggunakan matawang yang sama. Gabungan
wilayah Borneo ke dalam Malaysia dilihat sebagai usaha yang mampu memajukan wilayah
tersebut yang masih mundur dan menghadapi masalah kekurangan buruh yang serius
dalam sektor pertanian dan perladangan (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Rancangan
penubuhan Malaysia mendapat liputan media antarabangsa apabila pada 27 Mei 1961
Tunku membuat satu ucapan semasa jamuan makan tengah hari dengan wakil-wakil
akhbar asing di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura. Ucapan tersebut menyatakan
Tanah Melayu sebagai sebuah negara sedar tidak boleh hidup berasingan dan politik luar
negeri penting, lambat laun Malaya akan mengadakan hubungan dengan Singapura,
Borneo, iaitu satu bentuk kerjasama yang lebih dari segi ekonomi dan politik. (Tunku
Abdul Rahman, 1980). Ucapan tersebut dilihat oleh banyak pihak sebagai isyarat terhadap
penggabungan Malaysia dengan wilayah-wilayah sekitarnya. Perkembangan seterusnya
memperlihatkan reaksi awal yang berbeza dari pelbagai pihak.
91
Di Tanah Melayu, parti-parti pembangkang iaitu Parti Rakyat dan Parti Islam Se Malaysia
(PAS) meminta Tunku berunding dengan parti-parti politik dan mendapatkan sokongan
dari media massa. Di Singapura, Parti Rakyat telah menentang gagasan ini dan menuduh ia
sebagai satu projek ”neo-kolonialisme”. Manakala di Sabah, Donald Stephen merupakan
mengecam Tunku. Di Sarawak, semua parti politik menentang cadangan ini diketuai
Stephen Yong. Kebanyakan tokoh-tokoh politik di Sarawak dan Sabah merupakan tokoh-
tokoh yang baru muncul dan memimpin barisan politik di negeri itu. Kebanyakan dari
mereka turut mempunyai kesedaran politik dan ingin membebaskan negeri masing-masing
dari penjajahan British. Apabila Tunku mengemukakan cadangan penubuhan Malaysia,
sebahagian dari mereka menyangka rancangan tersebut lebih merupakan satu rancangan
penjajahan semula bagi menggantikan kuasa British. Perkara yang sama juga berlaku di
Brunei apabila pemimpin Parti Rakyat negeri itu iaitu A.M. Azahari juga menentang
penubuhan Malaysia. Manakala pemimpin Parti Buruh Brunei iaitu Hapidz Laksamana
menyatakan, “We are not in favour of becoming another state within the Federation of
Malaysia, we favour a patnership of equal” (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1977).
Sehubungan dengan itu pemimpin-pemimpin ini telah bekerjasama membentuk Barisan
Bersatu atau United Front pada Julai 1961 bagi mencabar rancangan penubuhan Malaysia.
Di Singapura Parti Rakyat menentang gagasan ini dan mendakwa ianya sebagai bersifat
”neo-kolonialisme”. Beberapa parti lain seperti PAP sendiri menyatakan sokongan
terhadap perkara kerana bagi Lee rancangan penubuhan Malaysia akan mempercepatkan
kemerdekaan Singapura. Perkara yang sama turut mempengaruhi sokongan dari Parti
Liberal dan Parti Buruh. Kerajaan Singapura akhirnya mengeluarkan satu Kertas Putih iaitu
persetujuan penggabungan dalam Malaysia dan diluluskan oleh Majlis Undangan Singapura
pada Disember 1961 (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

USAHA KE ARAH PENUBUHAN

Walaupun pada peringkat awal Sabah, Sarawak dan setengah pihak di Singapura
menentang penubuhan Malaysia namun sikap tersebut berubah apabila wakil Tanah
Melayu hadir di Persidangan Parlimen Komanwel yang diadakan di Singapura pada Julai
1961. Perwakilan Malaysia diketuai oleh Abdul Hamid Khan dan Zainal Abidin Sulong.
Kesempatan ini digunakan untuk menerangkan tujuan penubuhan Malaysia. Ia telah
memberikan pemahaman yang lebih baik di kalangan wakil-wakil dari Sabah, Sarawak dan
Singapura. Ghazali Shafie juga mengadakan perbincangan dengan tokoh-tokoh dari
Singapura, Sabah dan Sarawak dan mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa. Hasil
perbincangan, satu persetujuan dicapai untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) atau Malaysian Solidarity Council Committee (MSCC) (Ghazali
Shafie, 1998). Pada Jun 1961 Tunku melawat Sarawak dan Borneo Utara. Ia diikuti oleh
satu lawatan lain ke Brunei pada awal Julai. Ia merupakan satu lawatan muhibah dan
bertujuan memberi penjelasan penubuhan Malaysia bukannya membesarkan wilayah
Tanah Melayu dan menambahkan penguasaan orang Melayu terhadap Malaysia. Hasil dari
lawatan dan penerangan ini berjaya mengurangkan kekeliruan dan kebimbangan
pemimpin dan rakyat di Sarawak dengan Borneo Utara. Tunku berjaya meyakinkan rakyat
Sabah dan Sarawak, namun beliau gagal mendapatkan kepercayaan rakyat Brunei malah
dikecam A.M. Azahari dan menganggap ia cubaan menjatuhkan maruah kerajaan Brunei
(Sabihah, 1995).
92
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA

JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961 dan dipengerusikan Donald Stephen. Ia berfungsi
mendapatkan persetujuan pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah dan Sarawak. JPPM
memberikan penerangan mengenai penubuhan Malaysia kepada para pemimpin Sabah,
Sarawak dan Singapura serta Brunei. Pembentukan jawatankuasa ini memberikan kesan
yang besar kerana ia telah membuka jalan kepada perundingan-perundingan seterusnya
yang diadakan di bandar-bandar seperti Jesselton pada 21 Ogos 1961, Kuching pada 18
Disember 1961, Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962, Singapura pada 1 Februari 1962.
Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Mohamed Ismail Mohd. Yusof dan Ong Yoke Ling
manakala Singapura diwakili Lee Kuan Yew. Dalam rundingan yang pertama Brunei tidak
menghantar wakil kerana kesuntukan masa. Seterusnya dalam rundingan-rundingan
berikutnya perwakilan negeri itu diketuai Datuk Setia Pengiran Ali. Walaupun demikian
mereka menyatakan tidak mempunyai minat untuk menyertai Malaysia. Penubuhan JPPM
ini memberikan kesan positif kepada penubuhan Malaysia. Di kalangan para pemimpin
utama dari Borneo Utara dan Sarawak telah terdapat pertambahan bilangan sokongan.
Begitu juga pemimpin suku kaum dan pemimpin tempatan berpeluang melawat
Semenanjung Tanah Melayu. Mereka berpuas hati dengan pencapaian pembangunan negeri
di Semenanjung setelah mencapai kemerdekaan berbanding apa yang ada di negeri
mereka. Namun terdapat sesetengah pihak masih menentang rancangan ini dan
menyebarkan propaganda seperti di Sabah, Parti Bersatu (UP) dan Parti Liberal yang
bersifat perkauman dan berusaha menggagalkan rancangan ini. Di Sarawak pula, SUPP
mengadakan penentangan bersama dengan puak pelampau Cina dari kumpulan CCO.
Mereka menghasut dan menampal poster anti Tunku sewaktu JPPM mengadakan
perbincangan di Kuching.

Setelah mengadakan empat kali pertemuan, JPPM berjaya membentuk satu memorandum
persetujuan, iaitu satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Borneo
Utara dan Sarawak terhadap cadangan penubuhan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura dan British terus bertindak dalam bidang dan peringkat bersama atau
masing-masing. Pada 23 Ogos 1961, Tunku dan Lee Kuan Yew bersetuju pada dasarnya
mencantumkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. Di Kuala Lumpur, Tunku
membentangkan cadangan penubuhan Malaysia di Parlimen pada 16 Oktober 1961.
Cadangan ini mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan. Sultan Brunei bertitah
dalam Majlis Mesyuarat Negeri pada 5 Disember 1961 yang kemudiannya telah ditubuhkan
satu Jawatankuasa Suruhanjaya bagi mendengar dan mengumpul pandangan dan pendapat
rakyat tentang rancangan Melayu Raya. Di peringkat kerajaan negeri Borneo Utara dan
Sarawak pula mengeluarkan Kertas Putih bertajuk Borneo Utara dan Malaysia pada 31
Januari 1962 dan Malaysia dan Sarawak pada 4 Januari 1962 bertujuan memberi
penerangan kepada rakyat tentang buruk-baiknya penubuhan Malaysia. Mereka diminta
tampil memberi buah fikiran dan pendapat kepada suruhanjaya penyiasat. Pendek kata
persiapan dan persediaan bagi membolehkan Suruhanjaya Penyiasat melakukan
pertemuan dengan seramai mungkin rakyat telah juga dipersiapkan.

93
SURUHANJAYA COBBOLD

Bagi mendapatkan persetujuan dan pandangan dari rakyat pula kerajaan British dan Tunku
mengadakan satu perundingan di London bagi membentuk suruhanjaya bebas
mendapatkan cadangan bagi kedudukan Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Malaysia.
Pada 16 Januari 1962, Tunku dan Mac Millan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya
Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak yang dikenali Suruhanjaya Cobbold. Tugas-tugas
suruhanjaya ialah memastikan pandangan-pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak
mengenai penubuhan Malaysia dan membuat cadangan-cadangan berasaskan kepada syor-
syor yang diberikan. Kumpulan suruhanjaya ini telah tiba di Kuching pada 19 Februari
1962 untuk memulakan tugas mereka (Ghazali Shafie, 1998). Hasil dari lawatan dan
siasatan tersebut, Suruhanjaya Cobbold mengadakan 50 kali perjumpaan di 35 tempat (24
tempat di Sarawak dan 15 di Borneo Utara). Lebih 4,000 orang terdiri dari 690 kumpulan
besar dan kecil hadir. Semasa dalam siasatan, suruhanjaya mempelawa orang ramai
menghantar memorandum ataupun surat. Hasilnya hampir 600 pucuk surat diterima di
Borneo Utara dan lebih 1600 surat dan memorandum diterima di Sarawak. Surat-surat dan
memorandum-memorandum ini dihantar oleh lembaga-lembaga bandaran, majlis daerah,
parti politik, persatuan dan pertubuhan, dewan perniagaan dan perdagangan, pemimpin
agama, ketua kaum dan sebagainya. Pihak suruhanjaya juga mendapati tugas mereka
berjalan dengan baik kerana penerangan dari kedua-dua Kertas Putih mengenai
penubuhan Malaysia yang telah disiarkan terlebih dahulu membantu pemahaman rakyat
umum mengenai perkara tersebut. Hasil siasatan suruhanjaya, 1/3 dari penduduk Sabah
dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia dengan segera tanpa syarat. Manakala 1/3
lagi menyokong penubuhan dengan meminta diadakan berbagai syarat dan jaminan supaya
percantuman memberi faedah kepada negeri dan kerajaan persekutuan bertambah kuat.
Kelompok 1/3 lagi terbahagi kepada dua iaitu satu kelompok mahukan kemerdekaan
terlebih dahulu dan satu kelompok lagi mahukan kerajaan British mengekalkan
pemerintahan untuk beberapa tahun akan datang.

Suruhanjaya Cobbold telah menamatkan tugas penyiasatan pada akhir April 1962. Laporan
dibawa ke London untuk disiapkan diiringi beberapa pegawai Malaysia seperti Ghazali
Shafie, Wong Pow Nee dan Zain Azraai (Ghazali Shafie, 1998). Laporan siap sepenuhnya
pada Jun dan diserahkan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu pada
Julai 1962. Antara hasil siasatan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan
cadangan yang telah diutarakan oleh suruhanjaya ini seperti menyokong penubuhan
Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu boleh dijadikan asas kepada
perlembagaan negara persekutuan yang baru. Negeri Borneo Utara dan Sarawak diberi
kuasa autonomi dan jaminan khas yang tidak diberikan kepada negeri-negeri lain
umpamanya hal imigrasi, bahasa rasmi, agama, warganegara, kewangan, cukai dan
perdagangan, perwakilan dalam parlimen dan sebagainya, serta jaminan-jaminan khas bagi
Borneo Utara dan Sarawak ini hendaklah dimuatkan ke dalam Perlembagaan dan tidak
boleh dipinda atau ditarik balik tanpa persetujuan kerajaan negeri tersebut dan perlu
ditubuhkan badan perunding termasuk Jawatankuasa Kerja Bersama bagi menyusun
perkara dan butir-butir kemasukan kedua-dua negeri ke dalam persekutuan (Mohd. Noor,
1979). Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British membuat pertimbangan teliti
tentang laporan dan syor dari suruhanjaya tersebut.
94
Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Tan Siew Sin bekerja keras dalam perundingan itu bagi
menjayakan penubuhan Malaysia berasaskan syor suruhanjaya. Satu kata sepakat dicapai
dan perjanjian pembentukan Malaysia ditandatangani Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun
Tan Siew Sin bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Sir Harold MacMillan, Earl of
Landsdowne, Lord Duncan Sandys, Sir William Goode dan Sir Alex Waddell
menandatangani bagi pihak Kerajaan Inggeris pada 1 Ogos 1962. Persetujuan ini
memindahkan kedaulatan negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura oleh Kerajaan
Inggeris kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh rasmi yang dipilih ialah 31
Ogos 1963 iaitu serentak dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia (Tunku Abdul
Rahman, 1980).

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Seterusnya bagi merangka syarat-syarat pembentukan sebuah negara persekutuan secara


terperinci, satu persetujuan telah dicapai bagi membentuk sebuah jawatankuasa yang
dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee). Pengerusi
jawatankuasa ini ialah Lord Lansdowne Menteri Hal Ehwal Bagi Tanah Jajahan dan Tun
Abdul Razak sebagai timbalan pengerusi berangkat ke Borneo untuk mengendalikan
perbincangan bersama-sama para ekspatriat dari wilayah tersebut untuk merangka
perlembagaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan (FCO 51/154,
RR7/1, 10 Julai 1970). Wakil-wakil dari Borneo Utara dalam jawatankuasa ini terdiri dari
Ketua Setiausaha, Peguam Negara, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun, Khoo
Siak Chew dan Donald Stephens. Sarawak pula diwakili Temenggung Jugah anak Bareing,
Pengarah Montegrai anak Tugang, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Lim Beng Siew dan
Chia Chin Shin. Manakala tokoh utama dari Persekutuan Tanah Melayu, selain dari Tun
Abdul Razak ialah Ghazali Shafie. Objektif utama jawatankuasa ini ialah merangka dan
meneliti Perlembagaan terutama yang berkaitan dengan hak dan kepentingan penduduk
dari Borneo. Sebanyak lima jawatankuasa kecil telah ditubuhkan bagi meneliti hal ehwal
perlembagaan, kewangan, perundangan dan kehakiman, perkhidmatan awam dan
penyusunan organisasi jabatan. Sebanyak dua puluh empat kali mesyuarat (termasuk dua
belas kali mesyuarat jawatankuasa kecil) telah diadakan bagi penyelarasan tugas ini dari
30 Ogos sehingga 20 Disember 1962. Mesyuarat persediaan dan yang pertama telah
diadakan di Jesselton manakala mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Lumpur. Antara
perkara yang telah dipersetujui terkandung dalam 20 Perkara bagi Borneo Utara dan
Sarawak adalah perkara yang berkaitan dengan agama, pendidikan, bahasa, imigresen,
kerakyatan, perwakilan negeri ke Parlimen, Perlembagaan Negeri, kuasa membuat undang-
undang, tanah, Majlis Negara bagi kerajaan tempatan, pilihanraya, kehakiman,
perkhidmatan awam, bahasa Kebangsaan, Hak-hak Istimewa Bumiputera dan sebagainya.
Laporan ini kemudiannya telah menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan negeri
Borneo Utara dan Sarawak. Jawatankuasa Antara Kerajaan telah berjaya menyelesaikan
tugas dan mengemukakan laporan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain,
Borneo Utara dan Sarawak. Kedua-dua Majlis Undangan Negeri Sarawak dan Borneo Utara
telah menerima dan meluluskan laporan jawatankuasa ini pada 8 dan 13 Mac 1963. Ia
kemudiannya menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London
pada 9 Julai 1963.

95
REFERENDUM DI SINGAPURA

Singapura sebagai sebuah negeri yang telah mencapai taraf berkerajaan sendiri, ia tidak
terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Penyiasat dan juga dalam Jawatankuasa Antara
Kerajaan. Singapura memutuskan untuk bersama dalam penubuhan Malaysia melalui
Kertas Putih iaitu Perintah 33, 1961 dan diluluskan oleh Majlis Undangan Singapura pada
bulan Disember 1961. Meskipun begitu, pihak pembangkang terus membuat kempen
menentang dan mendakwa penubuhan Malaysia akan mewujudkan penjajahan baru dan
rakyat Singapura akan menjadi “rakyat kelas kedua”. Sebagai satu tindak balas, kerajaan
telah menetapkan satu referendum atau pemilihan yang dibuat oleh rakyat berasaskan
satu dari tiga ketetapan, iaitu pilihan Pertama ialah bercantum dengan syarat yang telah
dipersetujui oleh kerajaan pada November 1961, kedua bercantum dengan tidak bersyarat
seperti sebelas buah negeri Melayu dalam Persekutuan dan ketiga bercantum dengan
syarat yang tidak kurang dari yang diberikan kepada wilayah Borneo. Tindakan kerajaan
Singapura ini telah menyebabkan parti pembangkang yang terdiri dari Barisan Sosialis
yang pro-komunis telah membuat bantahan dan menuduh kerajaan tidak memberi peluang
kepada rakyat untuk memutuskan penerimaan rangka Perlembagaan baru itu. Mereka juga
telah membuat aduan kepada United Nation Committee on Colonialism. Sehubungan dengan
tindakan ini Lee Kuan Yew berlepas ke New York bagi membuat penjelasan pada 27 Julai
1962. Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerima penjelasan
pemimpin Singapura itu dengan sepuluh lawan dua dan lima berkecuali. Apabila diadakan
pungutan suara pada 1 September kemudiannya, ternyata 71 peratus pengundi
menyokong pilihan pertama. Pihak pembangkang menentang referendum ini. (FCO
51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

PERUNDINGAN DENGAN BRUNEI


Kerajaan Brunei menunjukkan pendirian tidak tetap mengenai minat mereka terhadap
penubuhan Malaysia walaupun Sultan Brunei menyatakan sokongan terhadap rancangan
tersebut. Namun begitu, kerajaan negara itu turut berusaha dalam mendapat pandangan
rakyat melalui penubuhan Suruhanjaya Penyiasat yang diketuai oleh Menteri Besar Dato’
Marsal bin Maun. Suruhanjaya ini telah membuat tinjauan mengenai pandangan rakyat
tetapi ia tidak dapat dibuat secara menyeluruh dengan menemui setiap individu di segenap
tempat dan kawasan pendalaman. Perjumpaan yang dianjurkan oleh suruhanjaya ini
kurang mendapat sambutan rakyat dan hanya dihadiri oleh penghulu sahaja. Laporan
menyatakan bahawa hanya empat puluh dua orang telah mengemukakan pandangan
mereka secara perseorangan dan mewakili kampung-kampung yang membawa jumlah
penduduk seramai 83 ribu orang. Hasil siasatan suruhanjaya ini yang dinamakan
Penyataan Suruhanjaya Melayu Raya Negara Brunei telah dipersembahkan kepada Sultan
Brunei pada 3 Februari 1962 (Sabihah,1995).

Melihatkan kepada kedudukan majoriti rakyat yang tidak berapa jelas tentang penubuhan
Malaysia, Sultan Brunei mengambil sikap tidak membuat keputusan untuk menyertai
Malaysia. Pada Jun 1963, Sultan Brunei sekali lagi melawat Kuala Lumpur dan berpeluang
meneliti perkara-perkara penting yang melibatkan masa depan Brunei dalam penubuhan
Malaysia nanti. Baginda masih tidak berpuas hati dengan perkara tersebut. Pada 19 Jun
1963, satu kenyataan dari kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyatakan bahawa
96
Brunei perlu memberikan jawapan sama ada bersetuju atau sebaliknya untuk menyertai
Persekutuan Malaysia dalam tempoh 48 jam. Sultan Brunei beranggapan bahawa perkara
tersebut sebagai satu ultimatum atau kata dua terhadap Brunei. Baginda kemudiannya
telah berangkat kembali ke Brunei pada 21 Jun 1963. Pihak British sekali lagi telah
menjemput Sultan Brunei untuk ke London bagi menyertai perbincangan bersama-sama
dengan Tunku. Sultan Brunei telah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan
hadir melainkan mendapat jaminan mengenai hak dan masa depan Brunei terlebih dahulu
sebagaimana yang dituntut oleh negara itu dan bukan sebagaimana yang dituntut oleh
Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan soal pembayaran cukai kerajaan Persekutuan
yang bersabit dengan hasil minyak dan lain-lain lagi. Perkembangan selanjutnya
memperlihatkan Sultan Brunei akhirnya memberikan kata putus untuk menolak untuk
menyertai Malaysia. (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Banyak pihak mendakwa bahawa
keengganan Brunei menyertai penubuhan Malaysia lebih disebabkan oleh penentangan
rakyat negara itu terhadap perkara yang telah dinyatakan sebelum ini dan ia telah
dibincangkan oleh Majlis Brunei pada 18 Disember 1962.

Penolakan rakyat Brunei terhadap penggabungan dengan Malaysia dijadikan kesempatan


A.M. Azahari melancarkan pemberontakan yang meletus pada 8 Disember 1962. Namun ia
berjaya ditamatkan pihak kerajaan dengan bantuan tentera-tentera British yang tiba dari
Singapura kira-kira 12 jam kemudiannya. Menurut pihak British, A.M. Azahari yang juga
merupakan pemimpin Parti Rakyat Brunei bercita-cita untuk menyatukan Brunei, Sabah
dan Sarawak dalam satu negara dan menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri (CO
1030/1417, 21 Disember 1962). Selain itu menurut Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala
Lumpur iaitu Leslie Fry, banyak pihak yang terlibat dalam pemberontakan ini termasuklah
Indonesia yang dikatakan telah membantu A.M. Azahari keliru dengan status Brunei yang
didakwa sebagai jajahan British sedangkan negara itu merupakan sebuah negara yang
mempunyai hak berkerajaan sendiri dan mempunyai raja (CO 1030/1417, 21 Disember
1962). Malah cita-cita A.M. Azahari untuk menggabungkan Sarawak, Brunei dan Borneo
Utara dalam satu negara serta menamakan dirinya sebagai Perdana Menteri ditolak oleh
Sultan Brunei sendiri. Perkara ini juga turut ditentang oleh kebanyakan parti-parti politik
dan pertubuhan-pertubuhan awam di Sarawak dan Borneo Utara.

PERJANJIAN DAN PENGISYTIHARAN MALAYSIA

Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di antara kerajaan British,


Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 di
Malborough House London (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Pihak Kerajaan Britain
diwakili oleh Sir Harold MacMillan, Sir Duncan Sandys dan Sir Landsdowne. Persekutuan
Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Haji Abdul Razak
Hussain, Tun Tan Siew Sin, Tun V.T. Sambanthan. Tan Sri Omar Yoke Lin dan S.A. Lim.
Borneo Utara diwakili oleh Datu Mustapha Datu Harun, Donald A. Stephens, W.K.H. Jones,
Khoo Siak Choo, W.S. Holley dan G.S. Sundang. Sarawak pula diwakili oleh P.E.H. Pike,
Temenggong Jugah anak Barieng, Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan
Dato’ Abang Haji Openg. Akhir sekali ialah Singapura yang diwakili oleh Lee Kuan Yew dan
Goh Keng Swee. Perjanjian ini mengesahkan peralihan kuasa negeri jajahan dan naungan
British kepada Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Penubuhan Malaysia telah
97
diisytiharkan pada 16 September 1963 serentak di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur,
Singapura, Kuching dan Jesselton. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan Malaysia dilakukan di
Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan dihadiri oleh Yang
Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail dan Raja-
Raja Melayu. Sementara itu di Sabah dilakukan oleh Ketua Menteri iaitu Donald Stephen. Ia
turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Datu Mustapha Datu Harun dan wakil
kerajaan Persekutuan iaitu Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein dan di Sarawak
pengisytiharan dibuat wakil kerajaan Persekutuan iaitu Khir Johari dan dihadiri oleh para
kenamaan negeri tersebut. Di Singapura Lee Kuan Yew menjalankan pemasyhuran dengan
mengumumkan Singapura akan menjadi sebahagian daripada Negara Malaysia yang
berdaulat.

REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA

Dalam Negeri dan Pihak Antarabangsa


Di Semenanjung Malaysia, dua buah parti pembangkang yang menentang keras cadangan
penubuhan Malaysia sejak dari awal lagi ialah Parti Rakyat Malaya dan Parti Pertubuhan
Islam SeMalaya (PAS). Parti Rakyat melihat penubuhan ini merugikan dan mahu gabungan
yang lebih besar iaitu mengikut konsep Melayu Raya sebagaimana yang pernah disarankan
oleh Parti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Sukarno. PAS pula melihat percantuman ini
lebih banyak merugikan orang Melayu dan memilih konsep gabungan yang lebih besar lagi
iaitu Maphilindo yang merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tentangan
dari dalam negeri telah diterima dari kerajaan Kelantan, iaitu Parti PAS yang telah
mengambil tindakan mahkamah dan mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak sah ke
atas Kelantan. Saman yang dikeluarkan kerajaan Kelantan bertarikh 10 September 1963.
Walau bagaimanapun, tuntutan saman tersebut telah gagal kerana hakim memutuskan
mengenai Perjanjian Malaysia, tidak terdapat apa-apa pun dalam perlembagaan yang
memerlukan perundingan dengan mana-mana kerajaan negeri atau Raja mana-mana
negeri (Lee, 1983). Sementara itu di peringkat antarabangsa pula, cadangan penubuhan
Malaysia, hanya Australia yang menyokong pembentukan sebuah negara Persekutuan
tersebut. Manakala Britain dan Amerika tidak menyatakan pendirian secara terbuka untuk
mengelakkan dakwaan bahawa penubuhan Malaysia merupakan rancangan pihak kolonial
dan berbentuk “neo-kolonialisme”. Walau bagaimanapun Perdana Menteri British
menyatakan bahawa penubuhan Malaysia penting bagi kestabilan politik rantau Asia
Tenggara.

Konfrontasi Malaysia-Indonesia dan Konflik dengan Filipina


Penubuhan Malaysia telah memberikan implikasi besar apabila ia telah menyebabkan
tercetus konflik terbuka iaitu secara ketenteraan antara Malaysia dengan Indonesia.
Perkara ini turut mencetuskan pertelingkahan berpanjangan Malaysia dengan Filipina.
Sebenarnya sejak awal rancangan penubuhan Malaysia, Indonesia sememangnya telah
menunjukkan sikap tidak senang terhadap perkara ini dan mendakwa rakyat Borneo
secara geografi sebenarnya lebih rapat dengan Indonesia. Pengisytiharan oleh Dr.
Subandrio pada 20 Januari 1963 terhadap dasar konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia
antara lain mendakwa bahawa konfrontasi menentang Malaysia adalah kerana Malaysia
merupakan ‘pengikut setia’ kepada neo-kolonialisme dan neo-imperialisme. Dalam tempoh
98
ini Indonesia hanya melancarkan konfrontasi ekonomi sahaja. Selanjutnya apabila
pengisytiharan penubuhan Malaysia dibuat pada 16 September 1963, Indonesia bertindak
membakar bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan memutuskan hubungan diplomatik
dengan Malaysia serta memanggil balik duta Malaysia di negara itu.

Malaysia kemudiannya memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina


pada 17 September 1963 (The Malay Mail, 17 September 1963). Menurut British, Sukarno
yang menentang keras gagasan pembentukan Malaysia akan menggunakan setiap peluang
yang ada bagi menggagalkan rancangan tersebut. Beliau merasa cemburu dengan kejayaan
ekonomi Tanah Melayu dan tidak mahu melihat pengaruh kejayaan tersebut terus
meningkat. Asas penentangan Sukarno ialah impiannya menguasai Tanah Melayu dan
menjadikannya sebagai sebahagian dari Indonesia Malaysia Raya (Greater Indonesian
Malaysia) (CO 1030/1471, 9 Januari 1963). Dasar konfrontasi Indonesia sebenarnya
merupakan sebahagian dari kesan pengaruh Partai Komunis Indonesia (PKI) dalam
pemerintahan Presiden Sukarno. Melalui kempen “Ganyang Malaysia” Indonesia bertindak
menghantar tentera ke wilayah sempadan di Kalimantan dan Johor. Walaupun Indonesia
sering mendakwa tindakan mereka mendapat sokongan dari penduduk-penduduk Borneo
Utara namun ia menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan pemimpin wilayah
tersebut. Philippines Herald yang bertarikh 7 Januari 1963 memetik kebimbangan Donald
Stephen yang menyatakan bahawa mereka takut dengan kemunculan kuasa ketenteraan
Indonesia dan juga pengaruh komunis ke atas negara itu. Manakala pemimpin-pemimpin
politik yang lain di wilayah itu pula berpandangan bahawa hanya dengan menyertai
Malaysia mereka berharap akan dapat menghindarkan penguasaan Indonesia terhadap
Borneo Utara (CO 1030/1471, 7 Januari 1963).

Malaysia telah mengemukakan aduan kepada U-Thant tentang 50 serangan Indonesia


terhadap Malaysia sejak 16 Januari sehingga 27 Mac. Malaysia juga telah mendesak
Setiausaha Agung PBB itu agar mengambil langkah selanjutnya bagi menyekat kegiatan
Indonesia. Indonesia terus melancarkan sabotaj terhadap wilayah-wilayah Malaysia
khususnya di Sabah dan Sarawak. Pada 17 Ogos 1964, sukarelawan-sukarelawan Indonesia
mula mendarat di Semenanjung Malaysia iaitu di Labis, Johor (DO 169/519, 26 September
1964). Sebelum itu pada 12 Julai, Singapura menjadi tumpuan terhadap serangan-serangan
bom. Nelayan-nelayan Malaysia juga telah menjadi mangsa serangan Indonesia di Selat
Melaka. Wakil Tetap Malaysia di PBB sekali lagi memaklumkan kepada Majlis Keselamatan
tentang pendaratan gerila-gerila Indonesia di Johor dan sebagaimana biasa wakil Indonesia
membantah aduan Malaysia dan mendakwa Malaysia cuba mendapat perhatian
antarabangsa.

Filipina turut menentang penubuhan Malaysia dan mendakwa Sabah adalah sebahagian
daripada wilayah kesultanan Sulu. Wilayah Sabah sebenarnya telah diserahkan secara
pajakan oleh Sultan Jamal ul-Azam iaitu Sultan Sulu dengan Baron de Over Beck iaitu
seorang pedagang Austria dalam satu perjanjian 22 Januari 1878. Over Back yang sebelum
itu sedang mencari satu tapak tanah di Sabah telah berjaya mendapatkan wilayah tersebut
dan telah bekerjasama dengan Alfred Dunn iaitu seorang pedagang yang berpangkalan di
Hong Kong. Mereka membayar sebanyak $5000 (matawang Sepanyol) sebagai bayaran
serahan pajakan kepada Sultan Sulu (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001). Dalam perjanjian ini
99
baginda diiktiraf sebagai sultan yang berdaulat ke atas Sabah dan Sultan Sulu bersetuju
memberikan serahan pajakan wilayah itu selama mana tempoh dikehendaki pihak
pemajak. Pada tahun 1881, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBC) telah
mengambil alih konsesi dan meneruskan pembayaran pajakan kepada waris kesultanan
Sulu.

Penamatan Konfrontasi
Kerajaan Malaysia cuba menggunakan pendekatan diplomatik dalam menyelesaikan
masalah dengan Indonesia dan Filipina. Tunku cuba berunding dengan Presiden Sukarno
dan Presiden Machapagal di Persidangan Manila pada April 1963 dan di Tokyo pada Jun
1964 tetapi gagal. Selain dari itu usaha-usaha penyatuan wilayah di bawah satu
persefahaman dan kerjasama yang menggabungkan Malaysia, Filipina dan Indonesia dalam
pertubuhan Maphilindo juga gagal. Selain dari British dan Amerika Syarikat, usaha damai
juga turut dijalankan oleh negara-negara berkecuali dalam konflik ini seperti Thailand dan
Jepun juga menemui kegagalan. Namun begitu menjelang pertengahan tahun 1965, senario
politik Indonesia telah berubah berikutan tercetus satu peristiwa cubaan rampasan kuasa
iaitu Gerakan 30 September 1965 atau lebih dikenali sebagai G30S/PKI. Peristiwa ini
didakwa oleh setengah pihak di Indonesia sebagai percubaan pihak yang dipengaruhi oleh
PKI untuk merampas kuasa di Indonesia. Ia bagaimanapun telah berjaya digagalkan oleh
pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang anti-komunis. Peristiwa ini telah
menamatkan pengaruh komunis dalam pemerintahan Sukarno yang juga turut didakwa
sebagai dalang terhadap dasar konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia. Ia selanjutnya telah
membuka jalan ke arah penamatan konfrontasi dengan lebih cepat. Berikutan dengan itu
beberapa usaha telah dilaksanakan termasuklah perbincangan-perbincangan secara sulit di
kalangan pemimpin-pemimpin tentera Indonesia yang merupakan utusan damai negara itu
dengan para pemimpin Malaysia. Akhirnya pada 11 Ogos 1966 Perjanjian Pemulihan
Persahabatan telah di meterai di Bangkok. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak bin
Dato Hussein manakala pihak Indonesia pula diwakili oleh Tun Adam Malik. Pemulihan
hubungan di antara kedua-dua buah negara disambut dengan gembira oleh rakyat
Malaysia dan Indonesia.

Pemisahan Singapura
Sejak awal ura-ura kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia, Tunku sangat
bimbangkan soal imbangan kaum yang berkemungkinan membawa kepada gejala
perpecahan politik antara orang Melayu dan Cina. Ramalan dan kebimbangan Tunku ini
ternyata benar apabila Lee Kuan Yew mula memainkan isu-isu yang berbentuk perkauman
melalui konsep “Malaysian Malaysia”. Berasaskan konsep ini Lee menuntut hak yang sama
bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Lee Kuan Yew dan beberapa pemimpin
PAP yang lain mempersoalkan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam mempromosikan konsep
Malaysian Malaysia Lee Kuan Yew telah menubuhkan Malaysian Solidarity Convention
(MSC). Dalam konvension yang diadakan pada 9 Mei 1965, Pengerusi PAP, Dr. Toh Chin
Chye menyatakan bahawa matlamat MSC adalah memperjuangkan hak bagi semua rakyat
dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia (Rosli, 2011). Perkara ini telah
mendatangkan kemarahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan orang Melayu dan
menyifatkan konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan konsep perpaduan yang
100
dibawakan oleh UMNO dan kerajaan Malaysia. Bagi UMNO, kaum Melayu wajar diberikan
perlindungan bagi mengimbangi kedudukan ekonomi dan sosial mereka yang telah
ketinggalan berbanding dengan kaum Cina akibat dari dasar penjajah. Perlindungan ini
diterjemahkan dalam peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tanpa
mengetepikan kaum-kaum lain. Kempen Malaysian Malaysia mendapat sokongan daripada
kaum Cina.

Kesempatan ini digunakan oleh PAP untuk mencabar kekuatan pengaruh Malaysia Chinese
Association (MCA) terutama dalam pilihanraya umum 1964. Walaupun PAP tidak
menentang Parti Perikatan, namun sikap mereka terhadap MCA disifatkan sebagai tidak
wajar kerana Lee Kuan Yew telah diminta oleh Tunku untuk tidak berbuat demikian. Bagi
Tunku, PAP menunjukkan niat mereka untuk mencabar MCA yang juga merupakan parti
gabungan dalam Perikatan (Ramlah, 2009). Tunku begitu kecewa dengan sikap perkauman
Lee Kuan Yew dan dalam masa yang sama demonstrasi-demonstrasi perkauman mula
meletus di beberapa bandar di Malaysia dan Singapura di antara tahun 1964-1965.
Sehubungan dengan itu juga, hubungan Malaysia-Singapura menjadi tegang. Melihat
kepada perkembangan yang boleh membawa kepada masalah perkauman yang lebih serius
dan boleh menggugat keselamatan negara, Tunku telah mengambil keputusan untuk
menyingkirkan Singapura dari Persekutuan Malaysia. Walaupun dikritik hebat oleh
pelbagai pihak, Tunku menegaskan bahawa keputusan tersebut diambil berasaskan kepada
kepentingan seluruh negara.

KESIMPULAN
Bagi wilayah-wilayah yang bergabung dalam penubuhan Malaysia, gagasan ini merupakan
satu inisiatif pasca kolonial yang berasaskan kepada keinginan untuk hidup bersama dalam
satu entiti politik bagi mencapai kemerdekaan kemajuan bersama. Penubuhan Malaysia
sebenarnya merupakan satu natijah usaha diplomatik yang mengambil kira pandangan
semua pihak yang terlibat dari segenap lapisan iaitu peringkat pemimpin, rakyat dan
pemantauannya dijalankan oleh pihak antarabangsa. Pendekatan demokrasi yang
digunakan sepanjang tempoh penubuhan membuktikan bahawa penubuhan Malaysia
bukan merupakan satu paksaan malah ia adalah satu tawaran untuk hidup bersama secara
aman, perkongsian kemakmuran bersama dan adil di bawah satu bumbung sistem
pentadbiran dan pemerintahan. Ia juga berasaskan kepada jaminan-jaminan khusus
terhadap kepentingan dan masa depan rakyat di Singapura, Sabah dan Sarawak
sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Persetujuan rakyat di
wilayah-wilayah yang terlibat yang dicapai secara demokrasi untuk menyertai Malaysia
juga merupakan benteng yang telah menggagalkan usaha Indonesia untuk menghalang
penubuhan Malaysia. Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia telah membuktikan bahawa
rakyat Malaysia menolak sebarang dasar kekerasan dan campur tangan asing dalam hal
ehwal Malaysia. Apa yang jelas, teras dalam penubuhan Malaysia ialah perundingan, tolak
ansur dan perpaduan oleh semua pihak yang terlibat.

101
BAB 8
STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA
Mohan Rathakrishnan & Sharifah Ismail

PENGENALAN

Setiap negara dalam dunia mempunyai sistem pemerintahan yang berbeza. Dalam
melaksanakan sistem pentadbiran yang baik, kerajaan sesebuah negara memainkan
peranan penting dalam menentukan perlaksanaan dasar yang sesuai bagi memajukan
negara. Pemimpin negara yang cekap akan menentukan kerajaan yang efektif untuk
menjalankan pentadbiran dengan betul. Dalam bab ini, pelajar akan mengetahui maksud
jentera pentadbiran dan sistem pentadbiran antara kerajaan persekutuan dan negeri.

DEFINISI DAN KONSEP KERAJAAN

Berdasarkan kamus Marriam-Webster, kerajaan ialah:

“Satu organisasi, jentera, atau agensi di mana unit politik menjalankan


pentadbiran dan melaksanakan fungsi dan yang biasanya diklasifikasikan
mengikut pengagihan kuasa di dalamnya.”

Menurut K.C. Wheare (1956), kerajaan merupakan organisasi yang melibatkan seluruh
negara atau sebahagian negara untuk mentadbir tanpa apa-apa pengaruh. Manakala dalam
Oxford English Dictionary ; kerajaan dimaksudkan sebagai “satu sistem pentadbiran yang
dikawal oleh masyarakat negara itu sendiri.”

Pada amnya, kerajaan adalah satu organisasi yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan
pentadbiran negara secara teratur dengan melibatkan semua negeri. Kerajaan bertindak
sebagai jentera pentadbiran untuk membuat dasar dan melaksanakan dasar tersebut untuk
kesejahteraan rakyat. Di Malaysia, Sabah dan Sarawak juga terlibat bersama dalam sistem
pemerintahan negara. Oleh sebab itu, terdapat tiga jenis sistem pentadbiran kerajaan, iaitu
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

PEMBAHAGIAN KUASA

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berperlembagaan. Di bawah


sistem ini, kerajaan mengamalkan pembahagian kuasa pemerintahan antara eksekutif,
kehakiman dan perundangan. Pembahagian ini dikenali sebagai doktrin pengasingan
kuasa. Pembahagian ini adalah bertujuan mengelakkan pemusatan kuasa serta
penyalahgunaan kuasa. Hal ini bermakna setiap bidang kuasa yang ada tidak akan
mempengaruhi bidang kuasa yang. Kuasa eksekutif tidak boleh mempengaruhi bidang
kehakiman dan undang- undang. Begitu juga dengan kuasa kehakiman tidak boleh
mempengaruhi kuasa eksekutif dan undang-undang.

102
STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN

Walaupun sistem pentadbiran negara bermula sejak zaman kesultanan Melayu, namun
sistem pentadbiran negara kini disesuaikan dengan keadaan semasa. Struktur pentadbiran
kerajaan Malaysia hari ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu kerajaan persekutuan,
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

KERAJAAN PERSEKUTUAN

Sistem kerajaan persekutuan di negara kita merangkumi Yang diPertuan Agong (YDPA),
Majlis Raja-Raja dan komponen pentadbiran yang terdiri daripada kehakiman, eksekutif
dan perundangan. Setiap komponen ini penting dalam memastikan sistem pentadbiran
dijalankan dengan baik. Yang diPertuan Agong merupakan raja berperlembagaan yang
menjadi ketua negara bagi 13 buah negeri dan 3 kawasan Wilayah persekutuan. YDPA
dibantu oleh kuasa eksekutif yang terdiri daripada perdana menteri dan menteri-menteri.
Kuasa eksekutif membantu merancang, meneliti, menggubal, melaksanakan, menilai, dan
membaiki dasar-dasar kerajaan untuk memastikan negara ditadbir dengan baik.

Pada amnya sistem pentadbiran yang dijalankan dalam negara ini adalah secara demokrasi.
Selain kerajaan persekutuan, sistem pentadbiran negara ini dibahagikan juga kepada
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
mempunyai bidang kuasa yang dibahagikan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri
dan Senarai Bersama.

Kerajaan persekutuan ditadbir oleh kabinet. Kabinet Malaysia merupakan badan yang
menjalankan sistem pentadbiran persekutuan atau tugas eksekutif. Kabinet juga
berperanan untuk membuat dasar kerajaan atas nama Yang diPertuan Agong. Perdana
Menteri adalah ketua badan eksekutif serta ketua kabinet yang dianggotai oleh jemaah
menteri. Ketua Setiausaha Negara pula berperanan sebagai setiausaha kabinet.

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri dibahagikan kepada Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pembahagian ini dibuat untuk mengelak pertindihan
kerja dan memudahkan sistem pentadbiran Malaysia dijalankan dengan berkesan.

103
Struktur Kerajaan Persekutuan

Yang diPertuan Agong

Perdana Menteri

Kabinet

Jabatan Perdana Menteri

Kementerian

Agensi Awam Perbadanan Awam

Mesyuarat Setiausaha Mesyuarat Ketua Menteri


Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri

104
SENARAI PERSEKUTUAN

Pengangkutan, Perdagangan, Hiburan dan Perkhidmatan


• Kerja raya, tenaga, pos
• Perkapalan dan perikanan (laut dalam)
• Perdagangan dan perusahaan (dalam hal kawalan harga, penyeledupan
dan inflasi)
• Perhubungan dan pengangkutan
• Jentera kerajaan
• Kewangan
• Syarikat koperasi
• Buruh dan keselamatan sosial
• Persatuan yang tidak perbadankan
• Penapisan
• Hiburan(pawagam, pusat karaoke)
• Hal ehwal luar negeri (bernama, diplomatik, kerjasama antarabangsa)
• Perkhidmatan bomba

Keselamatan(Dalam dan Luar Negara)


• Pertahanan (ancaman pengganas, lanun, TDDM, TUDM, TLDM)
• Keselamatan dalam negara (isu sensitif, ajaran sesat , tindakan along,
peranan polis)
• Undang-undang sivil, pentadbiran keadilan dan jenayah
• Siasatan dan penyelidikan (Polis Bukit Aman, forensik, sektor perubatan
dan ekonomi)
• Kawalan perosak pertanian

Sosial (Pendidikan, Kesihatan, Penduduk dan Kebajikan)


• Warganegara (naturalisasi, pendaftaran, komanwel, pasport, kad
pengenalan, kelahiran dan kematian)
• Pendidikan
• Perubatan dan kesihatan
• Akhbar dan penapisan
• Kebajikan orang asli
• Perumahan

Lain-lain
*Hari Kelepasan Am

105
SENARAI BERSAMA

Sosial (kesihatan, pendidikan dan kebajikan)


• Kesihatan awam
• Pencegahan penyakit
• Kebajikan masyarakat
• Biasiswa
• Budaya lepak

Perancangan Bandar
• Perancangan bandar dan desa
• Perparitan dan pengairan
• Penjaja beredar
• Pencegahan kebakaran dan keselamatan bangunan
• Perumahaan
• Pengeluaran bekalan kuasa air dan elektirk
• Tempat hiburan awam
• Perkapalan lebih 15 tan berdaftar

Lain-lain
• Perlindungan binatang (penyu, badak, harimau) dan burung liar serta
binatang ternakan
• Pemulihan perlombongan

106
SENARAI NEGERI

Pentadbiran dan perkhidmatan


• Pentadbiran kerajaan negeri
• Kerajaan tempatan (dewan bandaraya, majlis perbandanran dan majlis
daerah)
• Jentera kerajaan negeri
• Pengeluaran lesen (perniagaan, hiburan dan oc bagi rumah)
• Bekalan air
• Ganti rugi berdasarkan undang-undang negeri

Pertanian, tanah dan lombong


• Tanah (tuan tanah dengan penyewa, penerokaan, memelihara tanah dan
sekatan sewa)
• Pertanian dan perhutanan
• Penyu dan penangkapan ikan di sungai
• Tanah lombong dan artifak

Agama
• Hal ehwal agama Islam (hukum syarak)
• Harta berwasiat dan tidak berwasiat
• Pertunangan, perkahwinan, penceraian, mas kahwin, anak angkat,
amanah khairat, khairat ugama, zakat fitrah dan bait-ul-mal atau hasil
ugama Islam

Lain-lain
Hari kelepasan am negeri

107
Yang diPertuan Agong

Yang diPertuan Agong (YDPA) merupakan raja berperlembagaan dan ketua negara. Dalam
bidang eksekutif, kuasa Yang diPertuan Agong adalah melantik seorang perdana menteri
dan menjalankan tugas atas nasihat kabinet. Baginda boleh mengisytiharkan darurat demi
keamanan negara atas nasihat kabinet atau atas budi bicara baginda sendiri.

Badan Eksekutif

Badan eksekutif terdiri daripada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan
kementerian. Di Malaysia, perdana menteri dilantik secara rasmi oleh Yang diPertuan
Agong dan merupakan pemimpin dari parti politik yang memenangi majoriti undi dalam
pilihanraya umum. Seorang perdana menteri mestilah merupakan ahli Dewan Rakyat.
Beliau mempengerusikan kabinet yang terdiri daripada jemaah menteri. Seorang perdana
menteri akan menyenaraikan ahli kabinet mengikut keperluan dalam pentadbiran negara
apabila membentuk kabinet baru. Dalam hal lantikan pegawai kerajaan atau ahli dari
bidang eksekutif, perundangan, suruhanjaya dan kehakiman, beliau memainkan peranan
sebagai penasihat kepada Yang diPertuan Agong.

Perdana menteri boleh melantik seorang timbalan mengikut budi bicaranya. Manakala
seorang menteri merupakan ahli yang dipilih dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara oleh
perdana menteri. Menteri yang memegang portfolio dilantik oleh Yang diPertuan Agong
atas nasihat perdana menteri. Seorang menteri boleh memegang portfolio satu atau lebih
dalam kementerian dengan dibantu oleh timbalan menteri dan setiausaha parlimen
kementerian tersebut. Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk sesuatu kementerian
akan memastikan dasar kerajaan dijalankan berasaskan Jadual 6 Perlembagaan
Persekutuan. Semua menteri perlu meletak jawatan jika perdana menteri hilang sokongan
majoriti ahli Dewan Rakyat atau perdana menteri meletak jawatan.

Timbalan menteri pula membantu menteri menjalankan kewajipan. Timbalan menteri juga
boleh menggunakan peruntukan fasal (5)(6) dan 8 Perkara 43 yang menunjukkan timbalan
menteri mempunyai segala kuasa menteri. Selain itu ahli eksekutif yang penting dalam
pentadbiran negara adalah ketua setiausaha negara. Beliau dilantik oleh Yang diPertuan
Agong atas nasihat perdana menteri. Beliau merupakan ketua bagi keseluruhan
perkhidmatan awam dan setiausaha jemaah menteri (kabinet) yang dikenali sebagai
setiausaha kabinet. Beliau juga menjadi penasihat utama kepada perdana menteri dalam
urusan pentadbiran. Seorang ketua setiausaha juga memastikan dasar kerajaan dijalankan
di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan bahagian (Sabah dan Sarawak) dengan
sempurna. Setiausaha kabinet juga menyelaras pentadbiran badan berkanun dan jabatan
dengan kementerian. Beliau mempengerusikan Jawatan Kuasa Perancangan dan
Pembangunan Negara. Beliau merupakan pengerusi Jawatan Kuasa Perhubungan antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Ketua setiausaha negara juga tidak boleh
melibatkan diri dalam politik.

108
Kabinet

Dalam sistem pemerintahan negara kita, terdapat dua jenis dewan yang menggubal
undang-undang atau sesuatu dasar secara usul dan pembentangan. Dua dewan tersebut
adalah Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Bagi Dewan Rakyat, parti yang
mempunyai sokongan majoriti akan membentuk kerajaan yang dianggotai oleh kabinet
atau jemaah menteri. Ahli kabinet menjalankan tugas eksekutif dan menggubal dasar atau
undang-undang. Kabinet atau jemaah menteri ini diketuai oleh seorang ketua yang dikenali
sebagai perdana menteri.

Kabinet berfungsi menggubal dasar kerajaan di parlimen dengan mendapat sokongan 2/3
majoriti. Setiap dasar yang digubal mempunyai peringkat yang perlu diikuti oleh setiap
kementerian. Sebarang cadangan untuk membuat dasar atau undang-undang perlu
dibentang dalam bacaan pertama,bacaan kedua dan bacaan ketiga. Kabinet juga menilai
dan menentukan kesesuaian dasar negara yang telah digubal. Dasar ini dilaksanakan
selepas mendapat persetujuan majoriti wakil rakyat dalam Dewan Rakyat. Setiap
kementerian yang menggubal dasar akan memastikan dasar tersebut dilaksanakan dengan
sempurna.

Bagi melaksanakan dan membincangkan hal-hal kenegaraan, mesyuarat kabinet diadakan


seminggu sekali iaitu pada hari Rabu. Sebarang keputusan kabinet perlu disokong secara
kolektif (ahli jemaah menteri yang tidak setuju dengan sesuatu usul atau dasar perlu
meletak jawatan). Bagi menyelesaikan sesuatu masalah sosial, ekonomi, politik, keagamaan
dan kebudayaan serta membuat perincian mengenai sesuatu dasar yang dirancang, satu
jawatankuasa kabinet tetap atau khas dibentuk.

Jawatankuasa kabinet dibentuk apabila kabinet merasakan perlu adanya satu kumpulan
pemantau bagi melaksanakan tugas yang memerlukan tindakan segera untuk mengatasi
sesuatu masalah. Jawatan kuasa tersebut diwujudkan secara sementara (ad hoc), khas dan
tetap.

Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri (JPM) memainkan peranan penting dalam menyelaras dan
membentuk dasar kerajaan. Jabatan Perdana Menteri akan diketuai oleh perdana menteri
dan timbalan perdana menteri. Objektif Jabatan Perdana Menteri ialah menyelaras dan
menjadi urusetia mesyuarat yang dipengerusikan oleh perdana menteri seperti mesyuarat
mingguan jemaah menteri, mesyuarat menteri besar dan melaksanakan keputusan
mesyuarat tersebut, merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat
negara untuk pelaksanaan dan pencapaian matlamat dasar-dasar kerajaan. Selain itu,
jabatan ini juga menentukan segala pentadbiran kerajaan, penyelarasan pelaksanaan
projek pembangunan, pemodenan organisasi kerajaan, istiadat dan protokol, hal ehwal
agama Islam serta pengurusan personel.

JPM juga menyelia serta menyelaras semua aktiviti bahagian-bahagian dan jabatan-jabatan
dibawahnya dan menyediakan khidmat urusetia kepada beberapa jawatankuasa kabinet
109
dan jawatankuasa kebangsaan serta menyelaras dan mengawal semua polisi kerajaan dan
cara perlaksanaannya. Jabatan Perdana Menteri mempunyai peranan untuk menguruskan
kerja Majlis Perancangan Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara,
Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara.

Majlis Perancangan Negara membuat perancangan dari segi ekonomi, merangka, mengkaji,
merancang, membincang dan menyiapkan projek pembangunan negara. Majlis ini
menyemak laporan kemajuan agensi ekonomi persekutuan dan negeri demi kemajuan
negara serta memberi cadangan untuk mengatasi sebarang masalah ekonomi yang
berterusan. Manakala Majlis Tindakan Ekonomi Negara memainkan peranan untuk
mengukuhkan ekonomi negara, memajukan negara, menggalakkan kemasukan pelabur di
negara ini serta meningkatkan pengeluaran produktiviti negara. Majlis Perundingan
Ekonomi Negara bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan dan kemajuan
negara akan terus dinikmati oleh rakyat.

Majlis Keselamatan Negara dianggotai oleh perdana menteri dan jemaah menteri untuk
mengkaji dan merangka isu-isu keselamatan negara. Majlis in dibantu oleh Jawatankuasa
Keselamatan Negeri bagi keselamatan di peringkat negeri. Majlis Keselamatan Negara
bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan semua agensi kerajaan untuk menjaga
keselamatan negara. Majlis Pembangunan Negara pula menjalankan rancangan
pembangunan dan menyelaras program untuk membangunkan negara supaya
pembangunan negara dapat dijalankan secara terancang. Bagi menyelesaikan masalah
yang wujud antara agensi kerajaan berkaitan dengan pembangunan negara, Majlis
Pembangunan Negara membantu kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.

Kementerian

Pada umumnya sesuatu kementerian diketuai oleh seorang ahli kabinet dan
mengendalikan beberapa agensi. Kementerian berfungsi untuk menggubal dasar, meneliti,
merancang dan melaksana program negara di bawah pimpinan seorang menteri.
Kementerian mempunyai kuasa untuk mengawal jabatan dan badan berkanun serta
mengawal pelaksanaan program kementerian.

Dari segi struktur pentadbiran, kementerian beroperasi di peringkat persekutuan dan


cawangan di negeri serta daerah. Kementerian terdiri daripada ibu pejabat kementerian di
Putrajaya dan agensi pelaksana (jabatan dan perbadanan awam). Contoh-contoh
kementerian adalah seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian Kewangan memainkan peranan penting dalam mengurus perbelanjaan
kewangan negara. Objektif kementerian ini adalah menggubal dan melaksanakan dasar
fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan,
memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara. Kementerian ini juga
memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah dan menjamin kekayaan
negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Selain itu
kementerian ini menggubal dan mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan
perolehan kerajaan.

110
Kementerian Dalam Negeri memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam
sentiasa terjamin dan terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-
undang dan kecekapan pelaksanaan dasar-dasar. Kementerian ini juga memastikan rakyat
melibatkan diri dalam program-program kesedaran dan pencegahan untuk meningkatkan
tahap pengetahuan, kesedaran dan penglibatan orang awam tentang kepentingan
keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Jabatan

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diletakkan di bawah sesuatu kementerian.


Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Penerbangan Awam misalnya diletakkan di bawah
Kementerian Pengangkutan. Jabatan yang dibentuk di bawah sesuatu kementerian meliputi
semua cawangan di peringkat daerah dan negeri. Sesebuah jabatan menjalankan tugasnya
secara ikhtisas dan teknikal. Bagi memastikan sistem pentadbiran berjalan dengan baik,
pengkhususan kerja dilakukan di setiap jabatan. Setiap ketua jabatan mempunyai gelaran
tertentu seperti ketua pengarah atau ketua jabatan.

Suruhanjaya

Suruhanjaya merupakan satu badan yang dilantik oleh kerajaan untuk melakukan tugas
tertentu. Penubuhan suruhanjaya membolehkan pentadbiran hal ehwal awam dapat
dijalankan dengan baik, teratur dan saksama. Suruhanjaya menjalankan tugas tanpa tidak
dipengaruhi politik. Suruhanjaya dibahagikan kepada dua jenis iaitu suruhanjaya tetap
dan sementara (ad hoc). Suruhanjaya tetap terdiri daripada Suruhanjaya Pilihanraya dan
Suruhanjaya Perkhidmatan.

Suruhanjaya sementara ditubuhkan untuk membuat kajian, tinjauan, laporan dan


pengakuan bagi mengatasi sesuatu masalah yang wujud dengan segera. Contoh
suruhanjaya tersebut seperti Suruhanjaya Diraja 1973 dan Suruhanjaya Jawatankuasa
Sementara Menyiasat Salah Laku Anggota Polis.

Tujuan penubuhan suruhanjaya adalah membolehkan sesuatu pentadbiran yang berkaitan


dengan hal-ehwal awam dilaksanakan dengan baik dan betul. Suruhanjaya yang
menjalankan tugas dengan cekap meningkatkan lagi keyakinan masyarakat mengenai
kredibiliti suruhanjaya. Suruhanjaya yang dibentuk juga memberi laporan tahunan kepada
Yang diPertuan Agong dan salinan laporan kepada Majlis Parlimen. Contoh-contoh
suruhanjaya adalah seperti berikut :

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang [Perkara 138]

Suruhanjaya ini mengawasi perjalanan tugas yang betul dan tatatertib ahli-ahli dalam
perkhidmatan undang-undang. Ahli suruhanjaya dilantik oleh YDPA setelah berunding
dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Agong.

111
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perkara 139)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara


144(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan pengambilan, perkhidmatan dan
disiplin kakitangan kerajaan dikendalikan dengan adil dan saksama serta
bertanggungjawab tentang tatatertib semua anggota perkhidmatan persekutuan dan
negeri.

Suruhanjaya Pilihanraya

Suruhanjaya ini diwujudkan selaras di bawah seksyen 3, Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19)
dan merupakan sebuah badan bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
Suruhanjaya Pilihanraya memastikan sesuatu pilihanraya dijalankan dengan adil dan
saksama kepada mana-mana parti politik atau kawasan pengundi bagi memilih wakil yang
sesuai untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya
memainkan peranan untuk memelihara, memeriksa, memberi arahan, menyelia dan
mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Satu lagi suruhanjaya yang memainkan peranan penting dalam membantu kementerian
untuk menguruskan prasarana adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Suruhanjaya
ini memberi menasihat kepada menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif
dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan bagi
mencapai objektif dasar kebangsaan. Selain itu, suruhanjaya ini menguatkuasakan undang-
undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan serta mengesyorkan pembaharuan
kepada undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan serta memastikan
daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

Agensi Pusat

Agensi pusat menentukan perlaksanaan dasar secara cekap dan berkesan dalam sesuatu
kementerian serta mengawal, menyelaras pengurusan kementerian dan jabatan tersebut.
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan kerajaan dan produktiviti perkhidmatan,
agensi ini merangka langkah mengurangkan pembaziran masa dan wang kerajaan serta
mewujudkan kerjasama diantara agensi kementerian, jabatan persekutuan, dan kerajaan
negeri. Beberapa agensi pusat yang membantu mengurus dasar kerajaan adalah seperti
berikut:

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

MAMPU memodenkan sistem pentadbiran negara dan meningkatkan kecekapan jentera


pentadbiran. MAMPU memberi khidmat perundingan pengurusan dan menjadi urusetia
kepada Jawatankuasa Pembangunan Pemprosesan Data Negara dan Pentadbiran Negara
untuk membaiki tatacara pentadbiran negara. Pengurusan jabatan kerajaan dijalankan
dengan cekap melalui MAMPU yang menggunakan sumber tenaga pekerja dengan
112
berkesan, cekap dan progresif serta membuat kajian tentang sistem dan pengurusan
jabatan kerajaan.

Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERU)

SERU membekalkan maklumat yang menyumbang kepada perancangan, penilaian dan


pelaksanaan program kerajaan dengan lebih efisien. Di samping menilai kesan
perlaksanaan dasar dan program pembangunan negara ke atas masyarakat, SERU juga
menjalankan penyelidikan ke atas pembangunan perindustrian pertanian dan
perbandaran. Kementerian menggunakan SERU untuk membincangkan masalah
pembangunan sosio-ekonomi melalui pengumpulan maklumat, membuat analisa dan
mencari langkah mengatasi masalah ekonomi. SERU memberi bantuan tenaga kepakaran
dan kerjasama dalam penyelidikan serta memberi maklumat hasil dari penyelidikan sosio-
ekonomi kepada Unit Perancangan Ekonomi.

Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU)

ICU ditubuhkan pada tahun 1971 dan agensi ini terletak di bawah Jabatan Perdana
Menteri. ICU menyelaras dan memastikan dasar ekonomi dan projek pembangunan
kerajaan dijalankan mengikut matlamat dasar-dasar pembangunan negara. Peranan ICU
juga meliputi mengawasi agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS,
PERNAS,HICOM dan MISC.

Unit Perancangan Ekonomi (UPU)

UPU menyediakan pelan jangka panjang bagi menyediakan belanjawan untuk program dan
projek pembangunan. Selain itu UPU menggubal dasar dan strategi pembangunan sosio-
ekonomi seperti Dasar Sosial Negara serta mengawasi dan menilai pencapaian program
dan projek pembangunan.

Badan Berkanun

Badan berkanun diwujudkan melalui akta parlimen atau enakmen negeri. Badan berkanun
dipengerusikan oleh pengurus besar yang dilantik oleh YDPA yang bergelar pengarah.
Kakitangan awam boleh dipinjamkan dari jabatan melalui persetujuan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA). Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan, badan ini boleh
menubuhkan anak syarikat mengikut keperluan. Badan berkanun berfungsi untuk
membantu pembangunan sosio-ekonomi dan mengurangkan karenah birokrasi bagi
memastikan kecekapan pengurusan pentadbiran. Contoh Badan Berkanun adalah
Lembaga Pelabuhan Kelang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institusi
Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia (SIRIM).

Badan Tidak Berkanun

Badan tidak berkanun diwujudkan secara pendaftaran di bawah Akta Syarikat 1965 dan
dimiliki oleh kerajaan dan dipengerusikan oleh pengurus besar yang dilantik oleh YDPA
113
yang bergelar ketua eksekutif. Badan ini boleh menubuhkan anak syarikat mengikut
keperluan. Pekerja diambil melalui permohonan atau secara bebas yang ditentukan oleh
lembaga pengarah. Badan tidak berkanun berfungsi menjalankan perniagaan yang
memerlukan modal besar dan kurang disertai sektor swasta serta mencari keuntungan
untuk kerajaan. Contoh badan tidak berkanun adalah Syarikat Perkapalan Antarabangsa
Berhad (MISC), Syarikat Industri Makanan Malaysia (FIMA) dan Petroleum Nasional
Berhad (PETRONAS).

KERAJAAN NEGERI

Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang ditadbir oleh seorang ketua negeri yang
mempunyai gelaran yang berbeza. Pemerintahan sembilan negeri di negara ini diketuai
oleh sultan. Perlis diperintah oleh seorang raja dan Negeri Sembilan diperintah oleh Yang
diPertuan Besar. Bagi negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Pulau Pinang, Melaka,
Sabah dan Sarawak pentadbirnya dikenali Yang diPertuan Negeri.

Raja/Yang diPertuan Besar/Sultan

Raja/Yang diPertuan Besar/Sultan bertindak berdasarkan nasihat Majlis Mesyuarat


Kerajaan Negeri. Baginda melantik menteri besar yang beragama Islam dan berbangsa
Melayu dan mendapat maklumat mengenai pentadbiran, sosio-ekonomi dari kerajaan
negeri. Raja/Yang diPertuan Besar/Sultan menjadi ketua agama di negeri baginda serta
merasmikan persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN). Baginda juga ahli
Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan menjadi sebahagian daripada badan perundangan negeri.
Raja/Yang diPertuan Besar/Sultan juga merupakan pengerusi jemaah pengampunan di
negeri masing-masing.

Yang Dipertua Negeri (YDN)

Yang Dipertua Negeri (YDN) digelar Tuan Yang Terutama dan dipilih di negeri yang tidak
beraja. Beliau dipilih bagi tempoh 4 tahun dan boleh dilantik untuk 2 penggal. Beliau
dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat perdana menteri. YDN mestilah seorang
warganegara yang mendapat kerakyatan melalui kuatkuasa undang-undang.

Seorang Yang Dipertua Negeri melantik ketua menteri (tanpa mengira agama dan bangsa)
dan berkuasa untuk memanggil dan menangguh persidangan Dewan Undangan Negeri.
Beliau juga melantik majistret atas nasihat Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah
dan Sarawak dan mempengerusikan lembaga pengampunan negeri. Seorang Yang Dipertua
Negeri mempunyai kuasa mengampun kepada pesalah di mahkamah awam atas nasihat
lembaga pengampunan negeri.

Menteri Besar atau Ketua Menteri


Menteri besar atau ketua menteri merupakan seorang ketua eksekutif kerajaan negeri dan
dilantik oleh Yang diPertua Negeri atau sultan, raja atau Yang diPertuan Besar. Menteri
besar atau ketua menteri merupakan ketua parti politik yang menang majoriti dalam
pilihanraya umum bagi Dewan Undangan Negeri dan mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan
114
Negeri. Beliau memberi nasihat dan cadangan kepada Yang diPertuan Negeri atau sultan,
raja atau Yang diPertuan Besar dalam pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (ahli exco).

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dipilih oleh ketua menteri atau menteri
besar dan dilantik oleh YDPA. Ahli MMKN dikenali sebagai exco di Semenanjung dan
menteri di Sabah dan Sarawak. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Sabah dikenali sebagai
Kabinet manakala di Sarawak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di kenali sebagai Majlis
Tertinggi. Majlis ini mempunyai 3 ahli bukan Dewan Undangan Negeri atau ex-officio
(pegawai kerajaan) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta
Penasihat Undang-undang Negeri. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang
jawatan selama di perkenan oleh raja/sultan/ YDN dan menjalankan kuasa eksekutif atas
nama raja/sultan/ YDN.

Jawatankuasa Peringkat Negeri

Terdapat beberapa jawatankuasa di peringkat negeri iaitu:

Jawatankuasa Penyelarasan Peringkat Negeri

Berfungsi untuk merancang pembangunan ekonomi negeri, menggalakkan pemeliharaan,


penggunaan dan pemajuan tanah, menasihatkan kerajaan negeri mengenai perkara
kemajuan tanah dan mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi
berhubung dengan perancangan bandar.

Jawatankuasa Pembangunan Negeri

Jawatan kuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan menjalankan projek
pembangunan negeri seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, melakukan
penyelidikan dan perancangan pembangunan bagi sektor awam dan swasta seperti
meningkatkan ekonomi dan menggalakkan pelaburan.

Jawatankuasa Keselamatan Negeri

Berfungsi untuk menyelaras keselamatan dalam negeri dengan keselamatan persekutuan.


Sebagai contoh membincangkan kesan kebanjiran pendatang tanpa izin terutama dari
sudut sosial dan ekonomi, mengatasi sebarang kes pemalsuan kad pengenalan bermutu
tinggi, serta membincangkan dan merangka cara mengatasi masalah mengenai
gengsterisme dan kongsi gelap.

SABAH DAN SARAWAK

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menggalakkan perhubungan yang erat di


antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi mengekalkan perpaduan kaum dan
115
integrasi nasional. Pejabat ini menjadi satu saluran yang berkesan dalam perhubungan
negeri dan persekutuan. Pejabat ini bertindak sebagai pemudah cara yang berkesan antara
persekutuan dan negeri Sabah dalam perkara berkaitan dengan program atau projek
pembangunan persekutuan dan integrasi nasional serta menyediakan maklumat penting
mengenai pelbagai isu yang berlaku di Sabah. Selain itu, pejabat ini memberi input untuk
membantu dan memudahcara pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan lebih licin
dan teratur.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sama seperti pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sabah berperanan untuk menentukan tugas, peranan dan tanggungjawab kerajaan
persekutuan terhadap negeri Sarawak melalui jabatan-jabatan/badan-badan berkanun
dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

Kuasa Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri

Kerajaan Persekutuan mengekalkan undang-undang yang dipersetujui oleh semua negeri


dan perlu mematuhinya dan memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri dalam
urusan pentadbiran. Kerajaan persekutuan membenarkan kerajaan negeri mengadakan
hubungan dengan luar negara bagi tujuan pembangunan negara dan kemajuan ekonomi
dan memberi bantuan dalam penyelidikan berkaitan dengan perubatan dan masalah
kesihatan. Kerajaan negeri juga mengadakan hubungan antara Ketua Setiausaha Negara
dengan kerajaan negeri melalui Jawatan kuasa Perhubungan Persekutuan Antara Kerajaan
Negeri.

KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan tempatan terletak di bawah penguasaan kerajaan negeri. Kerajaan tempatan


merupakan kerajaan peringkat paling rendah dalam sistem kerajaan. Kerajaan tempatan
Wilayah Persekutuan, Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur terletak di bawah kawalan
Kerajaan Pusat. Kerajaan tempatan lain terletak di bawah kuasa kerajaan negeri masing-
masing. Semua kerajaan tempatan di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan tempatan terdiri daripada Dewan Bandar
Raya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976,
kerajaan tempatan bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan
kemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan, bertindak sebagai pihak berkuasa
untuk merancang bandar, mentadbir kawasannya dengan lebih teratur dan cekap dan
mengambil tindakan aktif untuk memajukan pembangunan.

Kerajaan tempatan juga membuat undang-undang kecil atau by-laws seperti mengutip
cukai pintu, dan sewa serta menubuhkan kumpulan wang pihak berkuasa tempatan yang
berada di bawah kawalan sendiri serta membuat kontrak kerajaan dan memiliki harta.
Hasil kewangan kerajaan tempatan adalah bayaran yang diperoleh dari perkhidmatan dan
lesen serta pinjaman daripada kerajaan negeri dan pusat. Peruntukan kerajaan

116
persekutuan kepada kerajaan tempatan adalah berdasarkan jumlah hasil kutipan sesuatu
daerah, luas kawasan dan jumlah penduduk.

Kerajaan tempatan mempunyai kuasa autonomi untuk mewujudkan kesinambungan


hubungan yang padu dan jelas di antara pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan
kerajaan persekutuan. Kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan tempatan
dapat mengatasi masalah kekurangan pegawai dan kakitangan di dalam pasukan kerja bagi
mencapai kecemerlangan perkhidmatan. Terdapat 3 jenis Kerajaan tempatan di Malaysia,
iaitu Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Dewan Bandar Raya

Ketua pentadbir Dewan Bandaraya ialah Datuk Bandar dan dibantu oleh Majlis Bandaraya.
Terdapat 24 ahli Majlis Bandaraya dilantik oleh Kerajaan Negeri. Semua ahli di perkenan
oleh Yang dipertuan Agong mengikut seksyen 4 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Dewan
Bandar Raya ditubuhkan melalui undang-undang khas yang diluluskan Majlis Negara
untuk kerajaan negeri dan merangkumi kawasan bandar. Anggota Dewan Bandaraya
adalah Datuk Bandar dilantik oleh kerajaan negeri dan di perkenan oleh Yang diPertuan
Agong. Bagi Dewan Bandaraya Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk
Bandar dilantik oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.

Kriteria sesuatu tempat dianggap sebagai Dewan Bandaraya ialah terdapatnya bilangan
penduduk seramai 300 ribu orang dan lebih, mempunyai sumber kewangan dari hasil
pendapatan melebihi RM80 juta setahun dan dinaikkan taraf berdasarkan undang-undang
khas yang diluluskan oleh kerajaan pusat. Seorang Datuk Bandar memegang jawatan
selama dua tahun.

Dewan Bandaraya berfungsi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi tujuan


menjana ekonomi bandar dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga kota.
Pelbagai aktiviti pembangunan sosial dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan integrasi
masyarakat bandar. Dari aspek pembangunan ekonomi penyediaan ruang-ruang
perniagaan khususnya untuk perniagaan kecil akan dilakukan. Selain itu, Dewan Bandaraya
juga mengindahkan bandar, mengeluarkan lesen perniagaan, mempercepatkan proses
pengagihan perumahan awam kepada mereka yang berkelayakan dan membina pusat
komuniti seperti dewan serba guna, surau dan projek perumahan rakyat dan krematorium
(rumah pembakaran mayat).

Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran ditubuhkan melalui enakmen undang-undang dan ditadbir oleh Yang
Dipertua Majlis manakala jabatan dalam majlis perbandaran diketuai oleh setiausaha
perbandaran selaku pentadbir dan mendapat pengesahan dari Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan. Terdapat 8 - 24 ahli majlis perbandaran dan seorang setiausaha
yang bertindak sebagai ketua eksekutif. Seseorang ahli majlis dilantik oleh majlis
perbandaran atas kelulusan kerajaan negeri. Sesuatu tempat dikendalikan oleh majlis
117
perbandaran apabila jumlah penduduk adalah lebih 100 ribu orang dan mempunyai jumlah
sumber kewangan melebihi RM11 juta setahun.

Fungsi majlis perbandaran adalah menjalankan kajian-kajian penyelidikan bagi


merumuskan dasar-dasar perancangan dan memberi nasihat perancangan kepada jabatan
dan agensi kerajaan, swasta dan orang awam serta menyediakan rancangan struktur dan
tempatan. Majlis juga mengawal pembangunan perumahan, perniagaan dan perindustrian
dan merancang projek-projek majlis atau kerajaan serta mengindahkan kawasan
penyelenggaraan dengan taman dan landskap yang menarik.

Majlis Daerah

Majlis daerah bertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dalam sesuatu
daerah. Majlis ini ditempatkan di kawasan luar bandar dan ditubuhkan melalui undang-
undang biasa. Majlis daerah diketuai Yang diPertua atau pegawai daerah dan dibantu oleh
ahli majlis daerah (8-12 ahli) bagi tempoh perkhidmatan selama 1 tahun. Seorang pegawai
daerah memegang jawatan tidak lebih dua tahun. Sesuatu kawasan yang dikendali oleh
majlis daerah mempunyai penduduk kurang dari 100 ribu orang dan mempunyai sumber
kewangan kurang RM10 juta setahun. Contohnya, Majlis Daerah Batu Pahat dan Majlis
Daerah Raub.

KESIMPULAN

Sistem kerajaan di Malaysia mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun dan efisien.
Sistem pentadbiran yang dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan menghasilkan satu sistem
pentadbiran yang lebih berfokus dan sistematik. Pendekatan ini akan meningkatkan lagi
mutu perkhidmatan dalam sistem tadbir urus negara. secara telus, berakauntabiliti dan
berhemat dalam mengurus negara ke arah kemajuan. Melalui tadbir urus yang baik,
kerajaan dapat mengurus negara secara cekap serta meningkatkan keyakinan rakyat
terhadap kerajaan. Selain itu, tadbir urus kerajaan yang efektif meningkatkan kecekapan
sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui dwi objektif pengukuhan prinsip
ketelusan, akauntabiliti dan peningkatan integriti pengurusan serta pentadbiran
perkhidmatan awam.

118
BAB 9
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Rashidah Mamat

PENGENALAN

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi undang-undang dasar dan


diangkat menjadi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan suatu sistem pentadbiran
kerajaan yang teratur dan stabil. Perlembagaan Malaysia merangkumi pelbagai aspek
kehidupan sama ada politik, perundangan, pemerintahan, pentadbiran, kebudayaan,
kehakiman, ekonomi, pendidikan, bahasa, sosial dan lain-lain. Pembentukan perlembagaan
Malaysia mengambil kira sejarah dan latar belakang negara serta kewujudan masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan Malaysia kini merupakan perlembagaan
bertulis yang berlandaskan sistem kerajaan demokrasi berparlimen. Ia diasaskan daripada
dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan kemerdekaan tahun 1957. Kemudian ia diperkemaskan setelah penubuhan
Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

DEFINISI DAN KONSEP

Perlembagaan ditakrifkan sebagai kumpulan peraturan-peraturan atau undang-undang


sama ada secara bertulis atau tidak bertulis yang menentukan bidang kuasa pemerintahan,
bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Ia turut menetapkan had-had kewibawaan
kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan dan pembentukan kerajaan. Menurut
Tun Salleh Abas (2006), perlembagaan ialah suatu suratan atau surat cara yang
mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan
sebuah negara. Ia menjadi punca bagi semua undang-undang sama ada yang sudah atau
yang akan dibentuk. Semua undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan
terbatal setakat yang bertentangan tersebut.

Perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan
antara autoriti awam dalam sesebuah negara, dan antara autoriti awam dengan rakyat.
Selain itu, Perlembagaan mengandungi peruntukan-peruntukan umum tentang corak
pemerintahan negara, hak-hak asasi rakyat, kewarganegaraan, agama, bangsa, pilihanraya
dan perkara-perkara lain. Undang-undang yang dirangka haruslah selaras dengan
kehendak rakyat dan keadaan semasa. Abdul Aziz (1996), menekankan bahawa
Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen yang tidak terpisah dari sejarah,
perkembangan dan tradisi negara, dan walaupun bentuk perlembagaan kelihatan asing,
intisari pentingnya sebenarnya berasal dari negara ini sendiri.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sebelum penjajahan Barat, masyarakat tempatan menggunakan perundangan dan


perlembagaan Melayu bagi setiap negeri. Antara teks undang-undang yang diguna pakai
ialah Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka), Undang-Undang Pahang, Undang-
119
Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang-undang Perak. Secara amnya, teks
undang-undang tersebut memperlihatkan ciri-ciri perundangan Islam. Terdapat juga dua
adat utama yang diamalkan pada masa itu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih (Mohd
Ayob Abd Razid, 2011).

Sistem perlembagaan moden di Malaysia bermula secara jelas setelah Tanah Melayu
berada di bawah pemerintahan British. Perlembagaan yang dibawa oleh British
diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874 (Mohd Aris Hj. Osman (1983). Perjanjian
Pangkor telah membuka ruang pihak British untuk menentukan undang-undang mengikut
kehendak mereka dengan memberi kuasa penuh kepada Residen. Manakala kuasa Sultan
dan Pembesar Melayu hanya terhad dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu sahaja.
Perjanjian Pangkor ini menunjukkan bahawa bermula tahun 1874, Sultan dan pembesar
telah kehilangan kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau
menaungi.

British telah menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak,
Selangor, Pahang serta Negeri Sembilan pada tahun 1895 dan negeri-negeri ini adalah
Persekutuan yang pertama di Malaysia. Sebuah badan perundangan pusat yang dikenali
sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) turut ditubuhkan pada tahun 1905. Sungguh
pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal-ehwal agama Islam dan kedudukan
Raja-raja Melayu. Pada tahun 1909, melalui Perjanjian Bangkok, British dapat meluaskan
kuasa di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan yang sebelum ini berada di bawah
naungan Siam. Seorang penasihat British ditempatkan di setiap negeri-negeri utama.
Dengan kemasukan Johor pada tahun 1914 akhirnya terbentuklah Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Johor, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.
Perlembagaan negeri telah diisytiharkan oleh pihak Inggeris dan sejak itu telah
dikuatkuasakan (Wu Min Aun, 1981).

MALAYAN UNION 1946

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Jepun berundur dari Tanah Melayu dan
pemerintahannya diambil alih semula oleh British melalui Pentadbiran Tentera British
(BMA). Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1
April 1946 untuk memudahkan sistem pentadbiran British (Mohd Rizal Yaakob, 2014).
Kesatuan ini terbentuk hasil dari cadangan Sir Harold MacMichael pada tahun 1945. Walau
bagaimanapun, dalam usahanya mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu, MacMicheal
sebagai wakil khas kerajaan British telah didapati membuat ugutan dan paksaan untuk
mendapatkan tandatangan sultan-sultan. Ini jelas menunjukkan Raja-raja Melayu ketika itu
berada dalam satu keadaan terpaksa bersetuju dengan rancangan ini kerana dibimbangi
tidak akan diiktiraf oleh Kerajaan British. Perlembagaan Malayan Union menetapkan segala
kuasa terletak di tangan gabenor. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya
boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan
oleh Majlis Perundangan Malayan Union. Ini bermakna Raja-raja Melayu telah kehilangan
kuasa mutlak dan hak orang Melayu juga telah terjejas.

120
Peristiwa ini telah menyebabkan orang-orang Melayu bersatu bangkit menentang
cadangan penubuhan Malayan Union. Sebagai protes, beberapa tunjuk perasaan secara
besar-besaran diadakan di beberapa buah negeri. Negeri Johor dan Kedah telah menjadi
pusat penentangan Malayan Union. Satu perjumpaan besar telah diadakan antara sultan-
sultan negeri-negeri yang tidak bersekutu yang telah melahirkan Kongres Melayu Se-
Malaya. Raja-raja Melayu telah mengambil keputusan memulaukan istiadat pelantikan Sir
Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Disebabkan tentangan yang hebat daripada
orang Melayu, Malayan Union telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah
Melayu (PTM) atau Federated Malay Stated (FMS).

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Malayan Union telah digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
pada 1 Februari 1948 hasil perjanjian antara kerajaan British dengan raja-raja Melayu
(Mohd Ayob Abd Razid, 2011). Penubuhan PTM dianggap sebagai satu era baru ke arah
berkerajaan sendiri bagi Tanah Melayu. Ini kerana dalam tempoh tersebut, proses
dekolonisasi iaitu penyerahan pentadbiran secara beransur-ansur telah berlaku. Di bawah
format 1948 ini, Tanah Melayu menjadi sebuah persekutuan secara formal dengan
Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pihak berkuasa tertinggi. Beliau di sisi undang-undang
menjalankan autoriti yang diamanahkan oleh Raja Britain dan 9 orang Raja-raja Melayu
(Tun Mohamed Suffian bin Hashim, 1984). Di antara lain, Perjanjian Persekutuan itu
menyatakan:
(i) Persekutuan Tanah Melayu akan dianggotai oleh sembilan buah negeri-negeri Melayu
dan dua buah negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Untuk kepentingan
politik dan keselamatan, Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Tanah Melayu
dan dijadikan sebuah koloni Inggeris.
(ii) Perkara yang tidak kurang pentingnya terkandung dalam dokumen itu ialah
pembukaan Dewan Perundangan Negeri akan mengikut peraturan yang serupa
dengan Dewan Perundangan Persekutuan.
(iii) Berkenaan kewarganegaraan, Perjanjian Persekutuan memberi dasar yang longgar.
Di antara lain orang-orang yang mengaku Tanah Melayu sebagai tanah airnya akan
diberi kewarganegaraan dengan beberapa syarat tertentu.
(iv) Perjanjian Persekutuan juga menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Hal-hal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing.
Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat-istiadat Melayu.
Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh kerajaan Inggeris.
(http://arkib.gov.my/doc/jilidiv/disember/23_12_1946_1980.htm)

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya 1955 memaksa penjajah British


mengadakan satu pertemuan dan rundingan tentang masa depan Tanah Melayu. Hasil
pertemuan tersebut telah melahirkan satu rundingan tentang kemerdekaan dan juga
cadangan penubuhan suruhanjaya bagi merangka perlembagaan Tanah Melayu di London.
121
Persidangan ini berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dengan dihadiri oleh
satu perwakilan yang terdiri dari empat orang wakil raja-raja Melayu, ketua menteri
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) berserta tiga orang menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi
British dan penasihat-penasihatnya. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik
sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk PTM yang
berkerajaan sendiri dan merdeka.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini di pengerusi oleh Lord Reid,
seorang hakim Mahkamah Rayuan yang ternama dari England dan dianggotai oleh Sir Ivor
Jennings (United Kingdom), Sir William Mackell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim
Abdul Hamid (Pakistan) (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin,
Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Pelantikan orang luar sebagai penggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan perlembagaan itu tidak berat sebelah.
Ini kerana terdapat pergeseran dan percanggahan pendapat di kalangan anggota Parti
Perikatan, terutama perkara- perkara berkaitan kerakyatan, bahasa kebangsaan, hak
istimewa orang Melayu, dasar pelajaran kebangsaan dan lain-lain.

Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu dan
menerima sebanyak 131 cadangan. Cadangan daripada Parti Perikatan telah digunakan
sebagai asas pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu kerana disifatkan seimbang dan
menyeluruh. Suruhanjaya ini telah mengesyorkan supaya perlembagaan persekutuan
dirangka berasaskan demokrasi berparlimen, selain perlu mengadakan Majlis Mesyuarat
yang mempunyai dua dewan. Terma lain ialah keperluan membentuk kerajaan
persekutuan yang kuat dengan kebanyakan kuasa penting ditumpukan kepada kerajaan
persekutuan. Pada masa yang sama, suruhanjaya ini juga disaran mengambil kira pelbagai
elemen tradisi serta hak masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Antaranya jaminan
kedudukan serta hak istimewa orang Melayu serta hak yang sah bagi semua kaum lain
(Mohd Rizal Yaakob, 2014).

Suruhanjaya Reid mengambil masa selama 8 bulan dengan sebanyak 118 kali bersidang
untuk menyiapkan draf perlembagaan itu yang diterbitkan pada 21 Februari 1957.
Beberapa pindaan terhadap laporan telah dibuat dan kemudian disemak oleh sebuah
jawatankuasa kerja yang mengandungi 11 orang ahli terdiri daripada empat orang wakil
Raja-raja Melayu, empat orang wakil kerajaan Perikatan, ketua setiausaha dan peguam
negara sebagai wakil kerajaan British dan Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald MacGillivray
sebagai pengerusi. Laporan itu kemudiannya dikemukakan untuk pertimbangan Majlis
Raja-raja dan dibentangkan dalam Majlis Perundangan (Persekutuan) untuk dibahaskan.
Sebaik tamat perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957,
Perlembagaan diluluskan dan kemudiannya dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 sempena
dengan pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu.

PENUBUHAN MALAYSIA 1963

Perkembangan seterusnya ialah apabila timbul usaha-usaha untuk mewujudkan Malaysia


dengan membebaskan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak daripada kuasa British. Pada
9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, UK, Borneo Utara, Sarawak dan
122
Singapura telah menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia.
Perjanjian ini memperlihatkan persetujuan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura untuk
bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada dan
menubuhkan persekutuan Malaysia. Pada 26 Ogos 1963, Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2)
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Antara Akta Malaysia sebelum berlaku
pindaan adalah:

(i) Hal-hal luar negeri menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.


(ii) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama.
(iii) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan.
(iv) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu.
(v) Negeri Borneo diberi peluang mencapai kerajaan.
(vi) Borneo mengawal kuasa Imigresen, perkhidmatan awam.
(vii) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh mendapat kewarganegaraan
automatik dan akan mendapat hak yang sama.
(viii) Bumiputra Borneo akan mendapat hak sama seperti orang Melayu.
(Tun Mohamed Suffian, 1990)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah diisytiharkan pada 16 September 1963.
Secara umumnya terdapat banyak persamaan dalam Perlembagaan Malaysia dengan
British yang dianggap sebagai Westminster Model.

KONSEP KETINGGIAN DAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi


sumber bagi memerintah negara dan menentukan corak sistem kerajaan kita. Sebagai
undang-undang agung negara (supremacy of the constitution), Perlembagaan Persekutuan
menjadi asas dan sumber kepada semua undang-undang sama ada yang sudah atau yang
bakal digubal (Mohd Ayob Abd Razid (2011). Antara hujah yang dikemukakan sebagai
alasan ketinggian dan keluhuran perlembagaan dalam sistem pentadbiran negara ialah:

(i) Perlembagaan sebagai instrumen yang melahirkan institusi-institusi atau kuasa-kuasa


di dalam negara. Perlembagaan yang seharusnya menjadi rujukan untuk segala
batasan dan kesahan institusi dan kuasa tadi.
(ii) Perlembagaan digubal hasil persetujuan sebuah badan atau keseluruhan rakyat. Oleh
sebab itu, segala kandungan perlembagaan semestinya adalah nilai-nilai yang
dianggap tinggi dan tidak boleh ditolak ansur.
(iii) Perlembagaan adalah manifestasi kehendak rakyat keseluruhannya dan dengan itu ia
mengikat semua pihak.
(Abdul Aziz Bari, 2008: 2)

Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi memudahkan kerajaan


persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin tanpa
terpaksa bersaing dengan pihak lain. Walaupun Yang diPertuan Agong (YDPA) menjadi
123
ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak
sesuka hati, sebaliknya perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang
diperuntukkan di dalam perlembagaan

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut (Tun Mohamed Suffian (1990):

(i) Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda.


(ii) Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Undang-
undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya.
(iii) Mengamalkan Doktrin pengasingan kuasa yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
kuasa menggubal undang-undang (legislatif), pemerintahan (eksekutif) dan kuasa
kehakiman(judisiari). Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama tetapi mempunyai
fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Ini bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya ketidakadilan, penyalahgunaan atau pemusatan kuasa.
(iv) Memperuntukkan kebebasan asasi bertujuan menjamin hak asasi dan perlindungan
seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang.
(v) Malaysia adalah merupakan sebuah Persekutuan atau federalisme. Konsep ini
menjelaskan kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan Pusat (Persekutuan) dengan
13 buah kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan mempunyai had bidang kuasa masing-
masing serta bebas daripada campur tangan pihak lain.
(vi) Malaysia adalah negara raja berperlembagaan. Raja berperlembagaan umumnya
merujuk kepada raja atau sistem beraja yang kuasa dan autoritinya terbatas (YAM
Raja Azlan Shah, 1986). Konsep raja berperlembagaan merujuk kepada kuasa raja
tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan dalam perlembagaan.
(vii) Pemerintahan berdasarkan prinsip demokrasi. Sistem demokrasi melibatkan sistem
pilihanraya yang bebas dan adil di mana rakyat boleh memilih pemerintah. Kerajaan
dibentuk oleh parti yang memenangi majoriti dalam pilihanraya tersebut.
(viii) Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama. Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan pada masa yang sama menjamin kebebasan beragama kepada
penganut lain. Raja menjadi ketua agama Islam atau YDPA akan menjadi ketua agama
untuk negeri-negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Menjamin Keutuhan Dan Kedaulatan Negara

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi oleh setiap rakyat
dalam memastikan keutuhan dan kedaulatan negara terus terjamin serta kekal berdaulat.
Warganegara yang taat setia kepada negara boleh mendorong kepada semangat patriotik
yang tinggi bagi membantu memudahkan proses perpaduan nasional dan pembinaan
identiti negara bangsa. Oleh yang demikian, pemerintahan kerajaan menjadi lebih utuh dan
kedaulatan negara lebih terjamin.

124
2. Sebagai Sumber Rujukan

Perlembagaan menjadi sumber rujukan utama bagi menyelesaikan sebarang masalah yang
timbul dalam negara khususnya berkaitan undang-undang. Pihak-pihak yang tidak
sependapat boleh merujuk kepada undang-undang dan peraturan yang terdapat dalam
perlembagaan bagi memudahkan urusan. Ini boleh mengelakkan rasa tidak puas hati atau
konflik dalam kalangan pemimpin terlibat dan rakyat.

3. Mewujudkan Satu Bentuk Pemerintahan Yang Adil

Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum
khasnya yang melibatkan beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa
Melayu, agama Islam dan lain-lain lagi. Walaupun perlembagaan memperuntukkan agama
Islam sebagai agama rasmi negara (Bahagian 1, Perkara 3 (1),tetapi agama lain juga bebas
diamalkan di Malaysia. Peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (Perkara
152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan. Manakala
dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu, YDPA bukan sahaja menjaga kepentingan
orang Melayu tetapi kaum lain juga mendapat perlindungan yang sewajarnya. Jelas
peruntukkan-peruntukkan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang
adil dan tidak menitikberatkan sesebuah kaum sahaja.

4. Mewujudkan Kestabilan Negara

Perlembagaan berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah serta mengawal kedudukan


rakyat dan pemerintah bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin. Peraturan-
peraturan yang terdapat dalam perlembagaan bertujuan mengawal pergerakan setiap
warganegara Malaysia supaya tidak melampaui batas sehingga boleh mendatangkan huru-
hara. Selain sekatan yang dikenakan kepada rakyat, proses pindaan undang-undang yang
ketat juga membantu mengurangkan situasi tegang dalam negara yang boleh menjejaskan
keharmonian.

5. Mengawal Perjalanan Kerajaan

Perlembagaan berperanan menentukan perjalanan dan hala tuju kerajaan berpandukan


undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara. Perubahan pucuk pimpinan yang
berlaku selepas proses pilihan raya seharusnya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke
atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin dari parti politik yang
menang meletakkan matlamat kepentingan negara yang selari dengan agenda pemimpin
terdahulu. Pematuhan pada undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan juga boleh
mengelakkan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin.

6. Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara

Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada


pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (bahagian 2, Perkara 5-13).
Keadaan ini secara tidak langsung membentuk pembahagian kuasa yang adil dan dapat
125
mengelakkan dominasi kuasa oleh sesetengah pihak. Selain itu, ia juga dapat menjamin
tidak akan wujud unsur diskriminasi atau penindasan dalam kalangan rakyat. Justeru itu,
setiap pihak wajib mematuhi dan menghormati perlembagaan negara. Sikap ini boleh
membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat sebagai syarat untuk hidup
aman dan damai (Zainal Abidin Ahmad, 2003).

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Walau bagaimanapun, perubahan
masa dan keperluan semasa membolehkan pindaan dibuat. Terdapat tiga cara yang
membolehkan perlembagaan dipinda iaitu:

(i) Pindaan melalui suara dua pertiga atau lebih dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa
berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar dewan Parlimen. Peruntukan ini
dijelaskan dalam Perkara 159 (4).
(ii) Pindaan dengan suara dua pertiga atau lebih dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, jika
melibatkan kepentingan terhadap Sabah dan Sarawak dan ia dipersetujui oleh Yang
Di-pertua bagi mana-mana negeri. Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 161E
iaitu pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan negeri-negeri Sabah dan
Sarawak.
(iii) Pindaan dengan suara dua pertiga atau lebih dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, dengan
syarat ia mendapat persetujuan Majlis Raja-raja terhadap perkara yang menyentuh
kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan beberapa
perkara yang dianggap sensitif dalam perlembagaan.
(Zainal Abidin, 2003)

Kadangkala keputusan mahkamah juga menyebabkan perlembagaan dipinda. Antara


contoh pindaan perlembagaan yang pernah dibuat ialah apabila Persekutuan Tanah
Melayu bertukar menjadi Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak. Perlembagaan
telah dipinda supaya dapat disesuaikan sesuatu undang-undang itu dengan konsep
Malaysia. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 turut menyebabkan berlakunya pindaan
perlembagaan berkaitan dengan soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan
Perlembagaan. Parlimen pada tahun 1984 telah meluluskan akta meminda Perkara 10
Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Terdapat empat perkara yang dilarang bagi perbincangan umum iaitu perkara-perkara
yang dianggap sensitif. Ini termasuk soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan
Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Antara tujuan lain
pindaan perlembagaan ialah untuk:

(i) Menjaga keselamatan negara.


(ii) Melicinkan pentadbiran negara.
(iii) Supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
(iv) Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka

126
UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Dalam konteks Perlembagaan Malaysia, perkataan tradisi digunakan untuk menerangkan
unsur-unsur tempatan yang dikekalkan oleh perlembagaan. Unsur-unsur ini telah lama
wujud sebelum perlembagaan diisytiharkan pada tahun 1957. Bekas Ketua Hakim Negara,
Tun Mohd Salleh Abas (1997) menyatakan terdapat empat unsur tradisi dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu:

(i) Sistem beraja.


(ii) Agama Islam.
(iii) Bahasa Melayu.
(iv) Hak-hak Istimewa Orang-orang Melayu.

Unsur-unsur tradisi berkenaan berperanan untuk menstabilkan sistem politik negara. Ini
dibayangkan oleh laporan Suruhanjaya Reid sendiri yang menekankan betapa pentingnya
perlembagaan mengambil faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud
sebelum tahun 1957 (Abdul Aziz Bari, 2008). Salah satu daripada peranan unsur-unsur
tersebut ialah memberikan identiti kepada negara baru yang muncul. Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1957 pada asasnya ialah negara baru yang sebelum itu tidak pernah
wujud. Ciri-ciri baru seperti pengenalan sistem demokrasi berparlimen, pentadbiran awam
yang diasaskan oleh British dan seumpamanya mendesak negara memiliki rupa bangsa,
imej dan identitinya sendiri. Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem
dan nilai-nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan
kesamarataan di antara kaum. Di sinilah pentingnya peranan empat unsur tradisi yang
kesemuanya menekankan ciri-ciri ke-Melayuan dan ke-Islaman di bumi yang baru
merdeka.

PEMERINTAHAN BERAJA (RAJA BERPERLEMBAGAAN)

Sultan atau Raja-raja Melayu merupakan elemen terpenting dalam sejarah pembentukan
Perlembagaan. Baginda merupakan tonggak politik dan kedaulatan kuasa Melayu sejak
zaman Kerajaan Melayu Tradisional lagi. Raja berkuasa mutlak dalam semua urusan
pemerintahan dan pentadbiran negeri. Kedudukan dan kepentingan Raja-raja Melayu tetap
terpelihara dari segi status mereka walaupun sejarah negara berubah setelah kedatangan
British. Sehingga hari ini, kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah terus
dikekalkan dengan sedikit pengubahsuaian. Berasaskan kepada sejarah pembentukan
tamadun bangsa dan negara serta kepentingan kuasa raja dalam masyarakat Melayu,
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bentuk pemerintahan negara adalah secara
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Yang diPertuan Agong (YDPA)


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (YDPA) adalah ketua
negara Malaysia. Jawatan YDPA telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa
Ketua Utama bagi Persekutuan ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada
kalangan sembilan orang raja-raja Melayu oleh Majlis Raja-raja Melayu mengikut aturan
yang terkandung dalam Jadual Ketiga, Perlembagaan. Sebagai Ketua Negara Malaysia, YDPA
127
berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa; eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Baginda mempunyai keutamaan yang melebihi semua individu di Malaysia dan tidak boleh
didakwa dalam perbicaraan mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas Raja-
raja. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara.

Pemilihan jawatan YDPA dibuat secara giliran dan raja di sesebuah negeri tidak boleh
dipilih dua kali dalam pusingan yang sama. Jawatan ini dibuat secara bergilir-gilir untuk
menjamin bahawa rakyat di semua negeri boleh “menghubungkan diri mereka dengan
lebih rapat lagi dengan Persekutuan” (Ranjit Singh Malhi, 1988). Kuasa eksekutif adalah
terletak pada YDPA. Namun demikian, baginda harus bertindak atas nasihat kabinet atau
nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana
Menteri).

Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-raja ditubuhkan pada tahun 1948 dan terdiri daripada semua raja Melayu dan
Yang Di-pertua Negeri. Persetujuan Majlis Raja-raja harus diperolehi bagi memilih atau
memecat YDPA serta melantik Timbalan YDPA. Sesuatu undang-undang yang mengubah
sempadan sesebuah negeri atau berkaitan dengan kedudukan raja-raja, perlembagaan dan
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak turut
memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-raja harus dirunding bagi perkara-
perkara pelantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli suruhanjaya-suruhanjaya
seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya
Pendidikan dan Suruhanjaya Keretapi. Segala persetujuan, pelantikan dan nasihat yang
diputuskan oleh Majlis Raja-raja akan dimaklumkan kepada Penyimpan Mohor untuk
tindakan selanjutnya. Secara keseluruhannya Institusi beraja relevan kerana ia
melambangkan kesinambungan dan identiti bangsa dan negara. Menurut Abdul Aziz Bari
(2006), keperluan meneruskan sistem beraja sebagai kesinambungan dan memberikan
identiti negara tidak bertentangan dengan demokrasi. Ini kerana demokrasi juga bermakna
keharusan membuat pilihan dan jika pilihan itu tidak menentang prinsip utama demokrasi
– iaitu kedaulatan rakyat – maka sistem beraja boleh terus wujud dan memainkan peranan
tertentu.

AGAMA ISLAM

Islam telah lama bertapak di negara ini sebelum Melaka ditakluki oleh Portugis pada tahun
1511. Ia menjadi sebahagian daripada perkembangan sejarah pemerintahan beraja di
Tanah Melayu. Semasa pemerintahan British, agama Islam tidak diganggu sebaliknya ia
menjadi tanggungjawab raja-raja Melayu untuk mempertahan dan memelihara agama ini.
Oleh yang demikian, Perlembagaan Malaysia mengikut perkara 3 memperuntukkan
bahawa agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Namun, pada masa yang sama juga
perlembagaan menjamin kebebasan kepada setiap rakyat untuk mengamalkan agamanya
sendiri secara aman dan harmoni. Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak 500
tahun dahulu dan dengan demikian ia sudah menjadi identiti yang mencorakkan budaya,
pemikiran dan sistem hidup masyarakat ini.

128
Agama Islam dikatakan dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berasal dari Timur
Tengah yang datang ke Melaka dalam abad ke-15. Bukti yang jelas adalah tentang tindakan
Parameswara iaitu pemerintah Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang telah
memeluk Islam. Bertitik-tolak dari itulah agama Islam mula tersebar dan ramai orang
Melayu yang memeluk agama Islam. Masyarakat Melayu pada masa itu amat kuat
pegangannya terhadap Islam. Hal ini menyebabkan usaha-usaha kolonial Eropah yang
datang ke Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang antaranya membawa
misi untuk menukarkan agama orang Melayu gagal. Melihat kepada kegagalan misi-misi
Portugis dan Belanda itu, British yang turut menjajah Tanah Melayu selepas itu tidak lagi
mengganggu hal-hal yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Meskipun Islam menjadi agama rasmi Persekutuan, Perlembagaan juga menimbangkan hak
terhadap agama dan kepercayaan yang lain seperti agama Kristian, Buddha, Hindu dan
lain-lain lagi. Perkara 3 mengusulkan satu fasal yang menyebut, “Tetapi agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” (Perlembagaan
Persekutuan 1995; 1). Fasal ini menerangkan tentang kebebasan beragama walaupun
Islam adalah agama yang rasmi. Bagaimanapun terdapat undang-undang yang menyekat
penyebaran agama atau kepercayaan di kalangan orang-orang Islam (Perkara 11 (4)).
Disebabkan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, kerajaan Pusat
atau kerajaan Negeri mempunyai kebebasan dan kuasa untuk menubuhkan,
menyelenggara atau hanya membantu penubuhan dan penyenggaraan institusi- institusi
Islam atau mengadakan serta membantu mengadakan ajaran dalam agama Islam. Kerajaan
juga berkuasa untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan tersebut.

BAHASA MELAYU (BAHASA MALAYSIA)

Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) di Tanah Melayu dan
Asia Tenggara pada satu masa dahulu. Semasa penjajahan British, Bahasa Melayu telah
digunakan dengan meluas di kebanyakan negeri-negeri Melayu terutama bekas Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Ia
digunakan untuk tujuan rasmi contohnya dalam majlis-majlis, mesyuarat, surat-menyurat
dan penyediaan minit termasuk perjanjian yang ditandatangani antara sultan dengan pihak
Inggeris. Walau bagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, keadaan mula berubah.
Penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 dan juga Perjanjian Persekutuan 1948 telah
menyebabkan Bahasa Melayu mula terpinggir. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
yang menggantikan Malayan Union meletakkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan akan tetapi apa- apa yang perlu
dicatat atau ditukar ke dalam bentuk penulisan perlu dilahirkan dalam bahasa Inggeris
(Mohd Salleh, 1985).

Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai


bahasa kebangsaan. Manakala Perkara 152 (1) memperuntukkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, tetapi sesiapa tidak dilarang dari bertutur, mengajar atau belajar
bahasa lain. Kemudian pada tahun 1967 satu akta telah digubal iaitu Akta Bahasa
Kebangsaan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan
seterusnya pada tahun 1969, nama Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia.
129
Pindaan dalam Akta Perlembagaan 1971 telah memperuntukkan bahawa status Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Sesiapa yang menyoal
tentang perkara ini boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1984.
Perkara 152 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Alasan utama di
sebalik penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara bertujuan untuk memenuhi keperluan untuk menyatupadukan kaum-kaum di
bawah satu bahasa. Ini kerana penggunaan bahasa masing-masing dilihat sebagai akan
menghalang interaksi terbuka dan seterusnya cita-cita untuk mencapai perpaduan tidak
dapat tercapai sepenuhnya.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU (KIOM)

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab ke atas YDPA


untuk memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta
kepentingan sah kaum-kaum lain. Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam
perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu dan
bumiputera sebagai penduduk peribumi. Bagi orang Melayu, peruntukan ini mempunyai
makna yang cukup penting. Selain ia mengiktiraf kedudukan orang Melayu sebagai
penduduk asal negara ini, ia juga menjadi jalan untuk meletakkan mereka setanding
dengan kaum-kaum lain khususnya dari aspek ekonomi. Kelemahan ekonomi dalam
kalangan orang Melayu dan bumiputera ini perlu ditangani demi mengekalkan perpaduan
negara. Ini kerana kemiskinan golongan ini merupakan masalah negara dan bukan menjadi
masalah orang Melayu semata-mata.

Perkara 153 yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Reid semasa perlembagaan negara
digubal dilihat sebagai satu langkah British untuk melunaskan ‘hutang moral’ (Mohd Ayop
Abd Razid, 2011: 87) terhadap orang Melayu yang telah di diskriminasi dan dipinggirkan
daripada arus pembangunan sosioekonomi sepanjang penjajahan mereka ke atas Tanah
Melayu. Disebabkan negara ini secara tradisinya merupakan sebuah negara Melayu dan
tiada siapa pada masa itu berhak menyoal hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati
oleh orang Melayu. Akan tetapi, akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British, raja-
raja Melayu dikehendaki menurut telunjuk British dalam semua perkara kecuali adat-
istiadat Melayu dan agama Islam. Perkara ini menyebabkan hak dan kedudukan istimewa
orang Melayu telah berkurangan sedikit demi sedikit tanpa disedari. Pembukaan lombong-
lombong bijih timah dan ladang getah serta dasar “pintu terbuka” imigresen British
menyebabkan orang-orang Melayu semakin ketinggalan di kampung-kampung mereka.
Dari segi ekonomi dan pendidikan, orang Melayu jauh ketinggalan di belakang berbanding
kaum imigran yang masuk ke Tanah Melayu pada ketika itu.

Apabila Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
orang Melayu mendapat semula kedudukan dan tempat mereka di negara ini. Sehubungan
dengan itu, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan di bawah Perlembagaan baru ini
bertanggungjawab untuk melindungi “kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan
sah kaum-kaum lain”. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
tanggungjawab ini telah diletakkan ke bahu YDPA dan baginda turut bertanggungjawab
terhadap kaum bumiputera negeri Sabah dan Sarawak apabila kedua-dua negeri tersebut
130
menyertai Malaysia pada tahun 1963. Di dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-
undang Persekutuan, YDPA melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak serta membuat persiapan untuk
mereka dari segi jawatan di dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan
atau lain-lain kemudahan pelajaran dan permit serta lesen yang diperlukan untuk
perniagaan dan perdagangan.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini diseimbangkan dengan kepentingan sah lain-lain
kaum termasuklah hak-hak mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Hak untuk
menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa
ibunda dan yang paling utama ialah hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti
juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa
peruntukan di dalam Perlembagaan. Hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera ini
tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

PERANAN UNSUR TRADISI

Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan negara dianggap unik kerana ia
melambangkan identiti negara kita yang berdaulat. Unsur-unsur tradisi ini merupakan
sebahagian daripada perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin
pelbagai kaum di negara ini semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957. Hal ini dikenali sebagai tolak ansur kaum atau kontrak sosial atau pakatan murni
yang lebih merupakan politik kompromi antara kaum di Tanah Melayu. UMNO sebagai
wakil orang Melayu telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada kaum
bukan Melayu. Sebagai balasan, pemimpin bukan Melayu yang diwakili M.C.A dan M.I.C
bersetuju untuk mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi
persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu
di dalam perlembagaan. Saranan Suruhanjaya Reid supaya perkara-perkara tersebut
dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan juga membuktikan bahawa mereka turut
mengiktiraf sejarah dan warisan orang Melayu.

Keempat-empat unsur tradisi ini mencerminkan ciri-ciri kemelayuan yang merupakan asas
bagi kelicinan perjalanan Perlembagaan Malaysia. Orang Melayu menganggap unsur-unsur
ini sebagai satu jalan yang penting untuk menjadikan mereka setanding dengan
masyarakat lain dan untuk mendapatkan kembali kedudukan mereka yang telah hilang
akibat penjajahan British. Pihak British seolah-olah menafikan hak orang Melayu dengan
memberi banyak keistimewaan kepada kaum imigran. Pengekalan unsur-unsur tradisi
khususnya berkenaan hak istimewa orang Melayu ini dilihat memberi ruang dan peluang
sama rata kepada orang Melayu dan bumiputera untuk sama-sama terlibat dalam
perkembangan ekonomi negara. Keadaan ini dapat memperkecilkan jurang ekonomi
antara orang Melayu dan bukan Melayu yang seterusnya memperbaiki hubungan kaum di
negara ini. Penghapusan hak istimewa orang Melayu dikhuatiri akan menjejaskan
perpaduan kaum dan kestabilan negara.

Manakala konsep Raja Berperlembagaan pula bertujuan mengekalkan warisan orang


Melayu yang telah sebati dengan sistem pemerintahan beraja. Raja bagi orang Melayu
131
adalah lambang kedaulatan dan tempat menumpahkan taat setia. Baginda turut berfungsi
sebagai unsur penyatuan kepada orang Melayu dan sekali gus penduduk Malaysia dengan
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada ketua negara. Walaupun kuasa
raja-raja Melayu kini tertakluk kepada Perlembagaan, orang Melayu percaya kedudukan
raja-raja Melayu tetap menjadi lambang politik dan ketuanan Melayu yang perlu
dipertahankan. Justeru itu, setelah negara mencapai kemerdekaan kedudukan raja-raja
Melayu masih dikekalkan bagi mewujudkan kestabilan dan keamanan negara.

Bagi agama Islam pula, Islam menjadi tonggak budaya dan identiti Melayu yang
menyumbang kepada pentakrifan konsep Melayu dan orang Melayu itu sendiri. Oleh yang
demikian, agama Islam akan terus dipertahankan selaras dengan kedudukan orang Melayu
sebagai kaum majoriti di negara ini. Manakala bagi Bahasa Melayu, pengiktirafan yang
diberikan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
persekutuan dalam Perlembagaan menjadikan Bahasa ini secara automatik menjadi Bahasa
perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Lebih dari itu, pemilihan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini adalah bertujuan untuk
menyatupadukan pelbagai kaum yang berbeza latar belakang ke arah sebuah negara yang
harmoni. Ini juga bermakna Bahasa Melayu turut menjadi identiti bangsa Malaysia
keseluruhannya.

Jelas di sini bahawa unsur-unsur ini penting kerana ia menjamin kestabilan politik dan
sistem pemerintahan yang cekap lagi adil. Tanpa unsur-unsur tersebut, keseimbangan
negara tidak akan dapat dicapai. Peranan ini turut dipersetujui oleh Mohd Salleh Abas
(1985) iaitu unsur-unsur tradisi diperlukan untuk kestabilan serta kemajuan dan
memainkan peranan penting dalam perjalanan perlembagaan. Sehubungan itu, sebarang
percubaan untuk mempersoalkan mana-mana daripada unsur-unsur ini berkemungkinan
besar akan mencetuskan perpecahan dan menjejaskan keharmonian kaum. Sebagai contoh,
orang Melayu melihat tuntutan persamaan hak kepada semua rakyat Malaysia sebagai satu
percubaan untuk mempersoalkan dan mengurangkan kedudukan mereka. Pengembangan
usul ini menyebabkan Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965.
Pengalaman peristiwa 13 Mei 1969 juga memberi kita satu pengajaran yang pahit. Sikap
provokasi dan mempersoalkan unsur-unsur tradisi yang telah dipersetujui semasa negara
mencapai kemerdekaan ini telah mengakibatkan negara berada dalam keadaan huru-hara.
Ini memperlihatkan bahawa negara kita boleh ditimpa bencana yang buruk sekiranya
generasi hari ini dan akan datang melupakan sejarah negara.

MASA DEPAN DAN CABARAN

Perlembagaan bertujuan menjamin kestabilan politik, pembentukan sistem pemerintahan


negara yang saksama serta menyediakan formula perpaduan nasional dan pembangunan
negara. Namun, perkembangan mutakhir kedudukan perlembagaan sebagai undang-
undang tertinggi negara dan peranannya untuk menjaga serta melindungi kepentingan
semua kumpulan masyarakat mula dikesampingkan. Unsur-unsur tradisi yang termaktub
dalam perlembagaan kelihatan cuba dipersoalkan terutama dari segi ke relevannya akibat
perkembangan politik semasa. Berdasarkan kepada Pelan Tindakan Perpaduan dan
Integrasi Nasional Lima Tahun (2005-2010) didapati bahawa isu-isu seperti mencabar
132
kontrak sosial, pergeseran keagamaan dan bahasa, seringkali dibangkitkan dan boleh
menimbulkan konflik yang berpanjangan jika tidak ditangani dengan baik (Nazri Muslim
dan Abdul Latif Samian, 2012). Polemik isu-isu ini juga menunjukkan tahap pengetahuan
dan kefahaman rakyat Malaysia terhadap perlembagaan masih lagi rendah dan kurang
dihayati, tidak seperti mana berlaku semasa persetujuan mengenai kontrak sosial dalam
merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Awang Sariyan, 2008). Hal ini turut
mengundang kerajaan mengambil langkah yang efektif bagi menjelaskan kepada rakyat
khususnya generasi baru tentang kontrak sosial yang seolah-olah sudah dilupakan.

Perlu ditekankan bahawa antara perkara utama yang diberikan perhatian khusus semasa
perlembagaan digubal ialah kestabilan negara dengan menjaga kepentingan perpaduan
kaum. Perpaduan kaum adalah satu aspek yang di bincang secara tuntas sejak dari mula
terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi. Bagi memastikan Perlembagaan
merdeka itu mampu mendepani cabaran dan ancaman pasca merdeka, peruntukan
berkaitan perpaduan digubal. Perkara 153 khususnya menyediakan satu peruntukan yang
menjamin kesaksamaan (equity) antara kaum, bukan kesamarataan (equality) antara kaum.
Perkara 153 diletakkan di bawah tanggungjawab Yang diPertuan Agong untuk
menyempurnakan perpaduan antara komponen masyarakat atau warganegara Malaysia.
Prinsip yang perlu ditegaskan ialah hak istimewa orang Melayu dalam perkara 153 bukan
semata-mata menjaga kepentingan Melayu, tetapi mengambil berat tentang kestabilan
negara dan bertujuan mengelak persengketaan kaum.

Isu agama juga seringkali menjadi isu perbahasan dalam masyarakat di negara ini.
Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, agama Islam diiktiraf sebagai agama
rasmi Persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan. Perkara 3(1)
memperuntukkan bahawa agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian persekutuan. Ini bermakna tidak timbul isu diskriminasi
agama atau sekatan amalan dalam kalangan masyarakat beragama lain di Malaysia. Begitu
juga dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan di
Malaysia. Bahasa Melayu diangkat menjadi Bahasa kebangsaan bertujuan untuk
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Walaupun begitu, perlembagaan
tidak melarang penggunaan Bahasa lain sama ada untuk pertuturan atau pengajaran dalam
urusan seharian. Tindakan mempersoalkan kedudukan Islam dan Bahasa Melayu boleh
membawa kepada keadaan tegang dan tidak aman di negara kita.

Tuntasnya, tanpa penghayatan sejarah ramai masyarakat akan menterjemahkan


Perlembagaan Persekutuan ini secara mata kasar serta membandingkan dengan norma-
norma antarabangsa sahaja. Sejarah kemerdekaan negara kita dicapai dalam keadaan
berbeza. Negara ini pernah berada dalam keadaan darurat kerana ancaman komunis.
Perlembagaan memperuntukkan Perkara 149 hingga 151 bagi menangani subversif. Hari
ini, kegiatan subversif masih ada tetapi dengan modus operandi berbeza. Sekiranya
Perlembagaan ditaati dan difahami dengan baik ancaman subversif akan dapat dicegah.
Oleh yang demikian, prinsip-prinsip yang terkandung dalam perlembagaan haruslah dibaca
secara menyeluruh dan dihayati dari segenap aspek sejarah. Hanya dengan itu kita
berupaya memahami impian dan harapan pejuang-pejuang tanah air yang terdahulu.

133
KESIMPULAN
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber bagi
memerintah negara dan menentukan corak sistem kerajaan kita. Ia digubal untuk
memastikan sistem pentadbiran negara lebih terancang dan sistematik di samping
memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan adalah simbol
kemerdekaan juga menjadi identiti negara. Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah
teguh kerana mempunyai bentuk dan peruntukan yang sangat relevan untuk masyarakat
yang berbilang kaum di negara kita dan juga bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen. Prinsip tolak ansur sebagai asas pembentukan
perlembagaan menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin pelbagai kaum terdahulu
memahami akan pentingnya perpaduan dan keharmonian. Sehubungan itu, kefahaman dan
pengetahuan kenegaraan Malaysia amat perlu kepada semua rakyat Malaysia supaya
segala yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia khususnya kontrak sosial difahami
dengan perasaan yang harmoni dan tanpa syak wasangka. Situasi yang semakin mencabar
hari ini memerlukan kepada semangat kecintaan kepada negara yang kukuh. Sikap
mentaati perlembagaan merupakan salah satu aspek yang perlu ada bagi setiap
warganegara.

134
BAB 10
DASAR-DASAR KERAJAAN
Jazliza Jamaluddin & Zulhilmi Paidi

PENGENALAN

Dalam perutusan khas Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak
pada 20 Januari 2015 menerangkan bahawa;

“Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat


pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring
dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar
kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi
yang meyakinkan lagi boleh dibanggakan”.
(Bajet-bajet Transformasi Menjelang Rancangan Malaysia Kesebelas, RMKe-11,
2010)

Berdasarkan kenyataan di atas, selain dari faktor ekonomi elemen seperti kestabilan politik
dan keharmonian kaum juga tidak terkecuali dalam proses dan tindakan dasar.
Perlaksanaan dasar-dasar kerajaan adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju
perkembangan pembangunan negara pada masa kini dan akan datang. Maka komitmen
yang bersepadu dari kerajaan dan rakyat adalah perlu dalam menentukan kejayaan dasar.
Perbincangan dalam bab ini akan memberi fokus berkenaan definisi dan kepentingan,
objektif, serta proses perlaksanaan dasar. Selanjutnya, perbincangan menyentuh tentang
dasar luar negara pada setiap era kepimpinan negara semenjak zaman Tunku Abdul
Rahman sehingga kepimpinan Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak. Dasar yang
diperbincangkan akan meliputi tentang matlamat dan strategi perlaksanaannya, namun
dalam bab ini hanya dasar-dasar utama sahaja dapat dikemukakan dan untuk memahami
tentang perkembangan perlaksanaan dasar maka dibahagikan kepada tiga fasa iaitu 1971-
1990 (Dasar Ekonomi Baru), 1991-2020 (Wawasan 2020) dan 2021-2050 (Transformasi
Nasional 2050).

DEFINISI DAN KEPENTINGAN DASAR

Mengikut Kamus Dewan, istilah ‘dasar’ adalah membawa maksud asas, panduan, pendapat,
falsafah ataupun aturan. (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dasar) Dalam ilmu
pentadbiran awam, dasar dikenali sebagai dasar awam atau public policy. Mengikut
pandangan sarjana dalam bidang sains politik iaitu Malike (2008) dan Ahmad Atory
(2008), dasar merupakan hasil keputusan dari pihak kerajaan yang dibentuk untuk
mengatasi isu dalam masyarakat yang melibatkan penguatkuasaan dan perlaksanaan.
Setiap dasar mempunyai objektif dan tujuan tindakannya. Sebagai contoh masalah atau isu
dalam masyarakat seperti isu pendidikan, alam sekitar, peningkatan kepada kualiti
kesihatan, keselamatan negara. adalah antara perkara yang memerlukan perhatian dan
tindakan dari pihak kerajaan (Michael E. Kraft & Scott R. Furlong, 2015).

135
Dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan dapat diharapkan memberi kepentingan yang
positif kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Dengan adanya
dasar-dasar yang membawa faedah kepada masyarakat dapat menentukan kejayaan
sesuatu dasar yang bergantung kepada kecekapan kepimpinan pada masa tersebut (Malike
Ibrahim, 2008).

MATLAMAT DASAR

Dalam setiap perlaksanaan dasar mempunyai matlamat seiring dengan apa yang ingin
dicapai dan diharapkan dalam sesuatu dasar. Mengikut Sudha Menon (2017), setiap dasar
mempunyai matlamat yang perlu diterjemahkan dalam tindakan (actions) untuk
menjadikannya sebagai dasar. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
(2011-2015), kerajaan telah merancang membina Transit Aliran Massa (MRT) bagi
meningkatkan prasarana pengangkutan awam dalam menangani masalah kesesakan di
Bandaraya Kuala Lumpur. MRT Lembah Klang merupakan projek di bawah Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) di mana matlamatnya adalah mengharapkan 50 peratus
masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Ini terbukti apabila MRT Fasa 1 dan MRT
Fasa 2 telah dilancarkan pada Disember 2016 dan Julai 2017 masing-masing yang bakal
memartabatkan Malaysia ke arah sebuah negara maju (www.mymrt.com.my/my/sbk/the-
mrt-sungai-buloh-kajang-line). Ini bermaksud kejayaan pembinaan dan perlaksanaan MRT
menunjukkan matlamat dasar dalam RMK-10 telah dicapai.

TUNTUTAN/FAKTOR DALAM PEMBUATAN DASAR

Dalam proses pembuatan dasar tuntutan atau faktor utama adalah pengaruh persekitaran
atau apa sahaja yang terjadi di sekelilingnya. Tuntutan dalam pembuatan dasar ini boleh
dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu:

(i) Keadaan Geografi contohnya seperti iklim, sumber semula jadi dan topografi.
(ii) Demografi contohnya seperti saiz populasi, umur dan lokasi.
(iii) Politik.
(iv) Struktur Sosial.
(v) Sistem Ekonomi.
(vi) Hubungan antarabangsa dan pertahanan.
(James E. Anderson, 2000)

Dasar dibuat menyentuh pelbagai aspek dalam masyarakat dan pembangunan negara
seperti aspek ekonomi, kemasyarakatan, sains dan teknologi dan pendidikan (Nazaruddin
Hj. Mohd. Jali dkk., 2001). Dasar akan dibuat mengikut pandangan kerajaan dan tuntutan
rakyat berasaskan keperluan semasa dan perkembangan negara.

DASAR SEBELUM KEMERDEKAAN

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule Policy) adalah dasar zaman penjajahan Inggeris
yang bertujuan untuk mengekalkan kedudukan penguasaan mereka di Tanah Melayu
menerusi campur tangan Inggeris dalam pentadbiran pada tahun 1824. Sebelum
136
kedatangan Inggeris, Tanah Melayu hanya didiami oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
peribumi di Sabah dan Sarawak, namun disebabkan dasar imperialisme Inggeris yang ingin
menguasai ekonomi, maka berlaku kemasukan secara besar-besaran buruh dari Cina dan
India sejak akhir abad ke-18 sehingga awal abad ke-20 menerusi sistem Kangany, sistem
Kanchu dan sistem Kontrak. Keadaan ini berlaku kebanyakan di Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang secara langsung telah menyebabkan berlaku jurang
perbezaan di kalangan kaum. Orang Melayu tinggal di kawasan kampung dan menjalankan
aktiviti dan pertanian kampung, India di kawasan perladangan getah manakala Cina di
kawasan lombong dan bandar. Perbezaan dari segi ekonomi dan penempatan ini telah
memecahbelahkan hubungan perpaduan antara kaum ketika itu. Selain dari aspek ekonomi
dan pentadbiran, dasar zaman penjajahan ini juga mempengaruhi aspek pendidikan
apabila Inggeris memperkenalkan sekolah vernakular Melayu, Tamil dan Cina yang sengaja
dilaksanakan bertujuan untuk memisahkan pendidikan berdasarkan kaum (Shahril @
Charil Marzuki, 2008).

DASAR SELEPAS KEMERDEKAAN

Demi menjaga hubungan antara kaum, maka selepas merdeka kerajaan telah berusaha
untuk memperbaiki semula keadaan ekonomi, sosial dan politik negara. Ini dilihat apabila
banyak dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi kesejahteraan rakyat.
Berikut adalah sebahagian dasar-dasar yang menjadi tumpuan utama negara dalam
memacukan perkembangan pembangunan.

Tempoh Dasar dari Tahun 1971-1990

Dasar Ekonomi Baru

Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan selepas merdeka iaitu Rancangan Malaya
Pertama dan Kedua serta Rancangan Malaysia Pertama yang memberi fokus kepada
pertumbuhan ekonomi negara. (www.pmo.gov.my) Kemudian rancangan pembangunan di
teruskan dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam Rancangan Malaysia Kedua
(1971-1975) sebenarnya telah menyimpan pelbagai latar belakang tersirat. (Bushra Haji
Yusof, 2007) Malaysia telah mengalami proses peralihan struktur sosio-ekonomi yang
implikasinya lebih mendalam melalui perlaksanaan DEB selama 20 tahun mulai tahun
1970. Penjajahan Inggeris telah mewujudkan jurang perbezaan antara kaum di negara kita
melalui dasar kolonialisme iaitu ‘Pecah dan Perintah’. Pengasingan kaum mengikut
kawasan dan ekonomi menambahkan jarak hubungan antara kaum yang berbeza dari segi
agama, bahasa dan latar belakang budaya. Kesukaran memahami dan menerima hubungan
antara kaum menyebabkan timbulnya pergeseran perkauman sehingga ke penjajahan
Jepun yang menambahkan jarak hubungan sosial ini. Perbezaan kawasan ekonomi antara
bandar dan kampung menyebabkan keresahan dan tidak puas hati di kalangan masyarakat.
Semua ini adalah kesan dari kolonialisme di negara kita.

Sehingga selepas kemerdekaan bahang bekas kolonialisme meninggalkan kesan yang


mendalam di kalangan rakyat di Malaysia. Ini jelas dilihat dalam perbezaan dan
pertumbuhan ekonomi di antara kaum di Semenanjung Malaysia adalah begitu jelas.
137
Meskipun orang-orang Melayu mempunyai kedudukan politik yang kukuh namun
kebanyakan daripada mereka adalah miskin. Orang Melayu masih lagi meneruskan sektor
ekonomi yang kurang produktif iaitu warisan turun temurun dari keluarga mereka.
Kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar iaitu kampung. Orang Melayu
tidak didedahkan langsung oleh penjajah Inggeris dengan sektor ekonomi komersil. Hal ini
adalah berkaitan dasar penjajahan Inggeris yang enggan penduduk asal menuntut kuasa
dari mereka nanti. Keadaan ini berbeza dengan kaum Cina yang agak bernasib baik. Orang
Cina kebanyakannya adalah orang-orang kaya dan mereka menjalankan sektor ekonomi
yang komersil seperti dalam sektor perlombongan dan industri. Sementara kaum India
yang merupakan kaum yang kecil peratusnya namun mereka juga telah didedahkan oleh
Inggeris dengan sektor perladangan dan industri (Ahmad Idriss, 1988). Situasi ini secara
langsungnya telah mewujudkan jarak dan jurang penguasaan ekonomi yang begitu ketara
di antara kaum Melayu sebagai penduduk asal berbanding kaum migrasi.

Sehingga tragedi 13 Mei 1969, pembangunan di bandar dan luar bandar memperlihatkan
jurang yang besar (Sanusi Ahmad, 1991). Punca kejadian tragedi ini juga berlaku kerana
parti pembangkang Democratic of Action Party (DAP) dan GERAKAN telah menyoal
kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu dan lain-lain yang telah dipersetujui sewaktu
merdeka iaitu dalam Persetujuan 1957. Orang-orang Melayu sudah bertolak ansur untuk
memberi kelonggaran syarat kerakyatan kepada bukan Melayu untuk terus tinggal di
negara ini. Di pihak orang Melayu, bukan Melayu harus menerima hak-hak keistimewaan
orang Melayu yang sudah sedia ada sejak negara belum dijajah namun sewaktu penjajahan
hak orang Melayu ini dinafikan oleh penjajah Inggeris. Pengembalian hak keistimewaan ini
adalah untuk juga menyeimbangkan kedudukan dan taraf ekonomi antara orang Melayu
dan bukan Melayu. Namun apa yang berlaku dalam 13 Mei 1969 ini, orang bukan Melayu
telah mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan
secara terlindung atau terbuka. Persetujuan 1957 (Kontrak Sosial) ini sebenarnya jika
difahami adalah memberi keseimbangan dan kestabilan kepada negara serta untuk
kebaikan semua (disunting Muhkriz Mahathir & Khairy Jamaluddin, 2004).

Setelah pengisytiharan darurat oleh Yang diPertuan Agong pada 14 Mei 1969 maka
tanggungjawab yang berat ini diserahkan pada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika
itu Allahyarham Tun Abdul Razak. Kebanyakan orang Melayu dan Cina menyedari sektor
ekonomi menjadi punca utama terhadap masalah yang timbul di samping pertumbuhan
ekonomi yang amat perlahan sejak tahun 1965 mendorong kepada peningkatan
pengangguran. Tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam ekonomi selepas Mei 1969
adalah pembentukan DEB. Ia mengambil kira tentang masalah-masalah ketidakseimbangan
ekonomi daripada apa yang dilakukan sebelumnya (Ahmad Idriss, 1988).

Laporan perlaksanaan DEB dijelaskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP 2) 1991-2000 terhadap Rangka Rancangan Panjang Pertama (RRJP1) 1971-1990
yang menyentuh mengenai soal sosio-ekonomi yang dicapai secara keseluruhannya.
Penilaian dalam RRJP1 mendapati bahawa jumlah isi rumah masih dalam garis kemiskinan.
Kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970 adalah sebanyak 49.3
peratus daripada jumlah isi rumah dan matlamat untuk mengurangkannya kepada 16.7
peratus menjelang tahun 1990. Bilangan isi rumah miskin yang terbesar adalah di
138
kawasan luar bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus berbanding dengan
21.3 peratus di kawasan bandar.

Kumpulan etnik Bumiputera adalah golongan miskin yang terbesar merangkumi 74


peratus daripada isi rumah miskin pada tahun 1970 di Semenanjung Malaysia. Kadar
kemiskinan di kalangan Bumiputera juga adalah tertinggi iaitu 65 peratus berbanding
dengan 26 peratus di kalangan kaum Cina dan 39 peratus di kalangan kaum India. Laporan
ini menunjukkan bahawa kaum Bumiputera masih lagi amat jauh ketinggalan dari segi
status sosio-ekonomi berbanding kaum bukan Bumiputera. Persoalannya adakah kesan
penjajahan yang menyebabkan keadaan ini begitu ketara? Justeru itu, tidak hairanlah jika
pihak kerajaan bersungguh-sungguh berusaha untuk mengatasi ketidakseimbangan ini
supaya tidak ada kaum di negara Malaysia ini yang ketinggalan dalam meraih manfaat
ekonomi bersama (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, 1991).

Dalam pemilikan modal saham oleh golongan Bumiputera pada tahun 1970 adalah 2.4
peratus dan meningkat kepada 20.3 peratus pada tahun 1990 sedangkan golongan bukan
Bumiputera pemilikan modal saham pada tahun 1970 adalah 32.3 peratus meningkat
kepada 46.2 peratus pada tahun 1990. Keadaan ini menggambarkan bahawa DEB tidak
dapat mencapai sasaran pemilikan saham oleh golongan Bumiputera pada kadar 30
peratus sebagaimana yang menjadi matlamat asal dasar ini dilaksanakan dalam tempoh
dua puluh tahun (Shukor Omar, 2006).

Justeru, untuk membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan


golongan Bumiputera maka kerajaan telah menyediakan pelbagai program dan latihan
menerusi penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengutamakan pemberian tender-
tender oleh agensi-agensi kerajaan kepada pembekal Bumiputera dan menyediakan
kemudahan kredit menerusi institusi-institusi kewangan yang disahkan oleh kerajaan.
Begitu juga dengan peranan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri masing-masing yang turut memberi sumbangan kepada
pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera
(Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990, 1986). Objektif DEB ialah:

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum khususnya di kawasan luar bandar.
(ii) Membasmi pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan mereka.
(iii) Menambahkan lagi penglibatan rakyat tempatan, khususnya orang-orang Melayu
dalam sektor syarikat berhad.

Strategi DEB ialah:

Strategi yang disusun dalam DEB adalah berhasrat untuk memenuhi dan mencapai objektif
pertama dan keduanya di atas atau Serampang Dua Mata tersebut yang digariskan
berdasarkan sebagaimana strategi-strategi di bawah ini:

(i) Memodenkan kehidupan di luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti
DARA, KEJORA dan JENGKA.

139
(ii) Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu melalui
pendidikan, latihan dan kesihatan.
(iii) Meningkatkan lagi daya pengeluaran dan pendapatan khususnya di sektor luar
bandar.
(iv) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua kaum.
(v) Mewujudkan kelas peniaga, perdagangan dan perusahaan Melayu.
(Malaysia Kita, 2002).

Pelaksanaan DEB ialah:

(i) Menambahkan penyertaan ekuiti Melayu/Bumiputera dalam syarikat perindustrian


telah banyak menimbulkan persoalan.
(ii) Menempatkan pekerja bumiputera dalam perusahaan perindustrian.
(iii) Penubuhan syarikat dalam sektor perkilangan perlu mencerminkan komposisi
penduduk Malaysia.
(iv) Galakan pada pemodal termasuk perlindungan tarif terutama yang bergiat dalam
perindustrian penggantian import.
(Anuwar Ali & Rajah Rasiah, 1996)

Pencapaian DEB ialah:

(i) Purata pendapatan isi rumah telah berubah.


(ii) Kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan.
(iii) Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan di kalangan orang Melayu berkurangan.
(iv) Berlaku peningkatan migrasi dari luar bandar ke bandar kerana peningkatan orang
Melayu dalam sektor-sektor moden di bandar dan aktiviti yang penting serta kritikal.
Ini menunjukkan akan ada peningkatan produktiviti menerusi persaingan ekonomi.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Semenjak dari penjajahan Inggeris di Tanah Melayu sistem pendidikan negara adalah tidak
seragam yang mempunyai pelbagai aliran iaitu pendidikan Melayu, Cina, Tamil, dan
sekolah Inggeris. Menjelang kemerdekaan kesedaran timbul untuk membentuk satu aliran
pendidikan kebangsaan. Justeru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk dan dilaksanakan
adalah untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah. Dasar ini lahir dari Penyata Razak
1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Laporan Rahman Talib 1960
digunakan untuk memperkemaskan Ordinan 1957 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta
diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan 1961. Kurikulum yang dilaksanakan pada hari
ini adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara yang dinyatakan sebagaimana
berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
140
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987)

Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:

(i) Berdasarkan sepertimana dalam pendahuluan Akta Pelajaran 1961.


(ii) Melahirkan masyarakat bersatu padu.
(iii) Melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak.
(iv) Memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:

(i) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan pengantar.


(ii) Mewujudkan satu kurikulum dan peperiksaan yang sama.
(iii) Memperkenalkan KBSR dan KBSM.
(iv) Menggalakkan perkembangan yang baik dalam bidang ko-kurikulum dan bersatu
padu.
(v) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
(vi) Meningkatkan mutu pendidikan.
(vii) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
(viii) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu.
(ix) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
(x) Meluaskan pendidikan teknik dan vokasional.
(xi) Mempelbagai dan membanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti.
(xii) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
(xiii) Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan
memberi peluang yang sempurna kepada bahasa Tamil dan bahasa Cina.
(xiv) Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti kadet tentera,
kadet polis dan lain-lain.
(Ruslan Zainuddin, 2005)

Pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:

(i) Bahasa Melayu telah dikuasai oleh kebanyakan generasi muda tanpa mengira kaum.
(ii) Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas telah berjaya memupuk semangat
perpaduan dan integrasi di kalangan masyarakat pelbagai kaum dengan adanya
sekolah kebangsaan.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan merupakan mekanisme untuk membentuk bangsa yang dapat mencerminkan


jati diri Malaysia. Menerusi kebudayaan dapat dijadikan sebagai medium untuk mengenal
141
budaya masing-masing dan saling memahami di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Kandungan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah juga berdasarkan penduduk yang
berbilang kaum di Malaysia. Ini dapat memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara
kaum. Unsur-unsur yang negatif dari barat ditolak dari meresapi dalam diri bangsa
Malaysia. Berhubung dengan itu, penggubalan dasar ini adalah mempertimbangkan fakta-
fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan georgrafikal yang strategik. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan adalah berteraskan pada tiga prinsip yang utama iaitu pertama;
berdasarkan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, kedua; unsur-unsur kebudayaan
lain yang sesuai; ketiga Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan. Sebagai sebuah negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum,
dasar ini diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan dan integrasi di kalangan
masyarakat.

Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:

(i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia,


(ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan,
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam
sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.
(Malaysia Kita, 2002)

Strategi dan Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:

(i) Mengadakan program pemulihan, pemeliharaan dan pengembangan usaha sama


penyelidikan, pembangunan, pendidikan dan pengembangan kebudayaan.
(ii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia.
(iii) Meningkatkan pembinaan sosiobudaya tempatan ke seluruh negara.
(iv) Meningkatkan taraf kesenian dengan bersungguh-sungguh.
(v) Mencirikan sifat-sifat persamaan batas suku kaum dalam memperlihatkan sebuah
negara yang merdeka.
(Mohamad Idris Saleh, 1994)

Pencapaian Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:

(i) Terdapat pencampuran, adaptasi dan pembelajaran budaya kaum-kaum lain di


Malaysia yang dapat dilihat dalam aspek pemakanan, pemakaian dan bahasa.
(ii) Walau bagaimanapun, masih jauh lagi pencapaian yang diharapkan dari matlamat
asal dasar ini di kalangan rakyat Malaysia. Secara keseluruhan.
(Ahmad Idriss, 1988)

Dasar Perindustrian Negara

Dalam tempoh 1971-80, dasar-dasar yang menggalakkan perkembangan sektor


perindustrian telah dilaksanakan dengan tujuan untuk mewujudkan perubahan penting
142
dalam struktur sektor ini sebagai langkah untuk mempelbagai dan meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara. Usaha tersebut telah bermula dengan menyediakan tapak-
tapak perindustrian di kawasan tertentu dan memberi galakan kepada pelabur asing untuk
meningkatkan pertumbuhan sektor ini. Pihak swasta diberi peranan penting sementara
pihak kerajaan pula menyediakan kemudahan sosioekonomi yang diperlukan dalam
perkembangan sektor ini. Justeru dalam menggalakkan perkembangan perindustrian
negara ada empat perkara yang ditekankan, iaitu strategi perlindungan tarif, galakan
pelaburan, jaminan dan penyediaan dari segi infrastruktur dan institusi (Chamuri Siwar,
1985)

Dalam meningkatkan sosio-ekonomi negara, bidang perindustrian adalah menjadi


tumpuan kerajaan dalam pembentukan dasar seterusnya. Contohnya dalam tempoh
perlaksanaan DEB kerajaan telah memberi tumpuan yang khusus ke atas pertumbuhan
industri terutamanya industri yang berorientasikan eksport dan industri yang
menggunakan tenaga buruh yang banyak. Bermula tahun 1980, penggalakan industri berat
telah dimasukkan ke dalam program perindustrian negara bagi memperkukuhkan lagi asas
perindustrian negara dan meningkatkan kepakaran rakyat dalam bidang yang lebih
sofistikated. Kerajaan telah menggubal Pelan Induk Perindustrian (PIP) pertama yang
meliputi tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 1986-1995. PIP pertama telah diumumkan pada
Februari 1986. Kemudian ia diteruskan dengan Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP 2)
pada tahun 1996. Pendedahan ke arah perindustrian ini adalah usaha untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara industri pada abad ke-21.

Dasar Pandang ke Timur

Satu dasar kerajaan yang agak unik sewaktu dalam pemerintahan Tun Dr. Mahathir
Mohamad adalah Dasar Pandang Ke Timur. Ia diumumkan pada 8hb Februari 1982 di
persidangan 5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA di Hilton Kuala Lumpur.
Dasar ini secara keseluruhannya adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan
ekonomi menerusi proses perindustrian yang pesat dengan menggalakkan rakyat untuk
mempelajari teknologi dan etika kerja Jepun dan Korea Selatan (Anuwar Ali & Rajah
Rasiah, 1996). Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat, menjelaskan
bahawa Dasar Pandang ke Timur yang diamalkan oleh Malaysia merupakan satu rangka
untuk mempelajari dan menyesuaikan pengalaman negara-negara Timur yang berjaya
dengan keperluan kita sendiri. Tujuan utama Dasar Pandang ke Timur ialah untuk
menyemai nilai, etika kerja dan amalan pengurusan di kalangan rakyat Malaysia yang
menitikberatkan kerja bersungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan, dedikasi dan
sikap berdikari menerusi usaha yang penuh keazaman dan mempunyai daya usaha (Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat, 1984).

Penekanan antara hubungan pengurus dan pekerja juga dinyatakan dalam Dasar Pandang
ke Timur ini. Ia bertujuan untuk mengelakkan jurang hubungan antara dua pihak ini yang
boleh memberi kesan dalam perusahaan atau industri. Hubungan menerusi semangat
bermasyarakat adalah penting dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti. Meskipun
nilai dan etika kerja dari timur akan digarapkan dalam sistem nilai bekerja di negara ini
namun tidak semestinya perlu mengikut negara Jepun dan Korea Selatan sepenuhnya
143
kerana nilai dan etika tersebut perlu disesuaikan dengan nilai timur di negara kita. Ia juga
bukan bermaksud Malaysia tidak lagi meneruskan hubungan dengan negara-negara yang
ada kini (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat, 1984).

Dasar Penswastaan

Dasar Penswastaan diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1983.
Dasar ini melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan kerajaan kepada sektor
swasta dan berlainan dengan konsep pemiliknegaraan di mana kerajaan menambahkan
penguasaan ekonominya (Norsiah Yusof, 2007). Tujuan utama Dasar Penswastaan ini
dibentuk dan dilaksanakan adalah untuk mengurangkan beban kewangan dan kos
pentadbiran kerajaan serta meningkatkan mutu dan daya pengeluaran perkhidmatan-
perkhidmatan yang terlibat memandangkan sektor swasta adalah lebih cekap. Sektor
swasta diberi peranan penting dalam Rancangan Malaysia Ketiga bagi menggerakkan
pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kadar perkembangan pesat yang perlu bagi
mencapai matlamat penyusunan semula masyarakat di bawah DEB. Dasar penswastaan
secara umum dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara menerusi pelaburan
daripada pihak swasta dengan mengambil langkah-langkah tertentu iaitu penyusunan
semula modal, peranan pelaburan asing dan penyelarasan sektor-sektor swasta (Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketiga, 1979).

Objektif Dasar Penswastaan ialah:

(i) Mengurangkan beban kewangan kerajaan.


(ii) Meninggikan tahap kecekapan dan meningkatkan daya pengeluaran.
(iii) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
(iv) Pengagihan sumber secara cekap.
(v) Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan perniagaan bumiputera.
(Norsiah Yusof, 2007)
Strategi dan Pelaksanaan Dasar Penswastaan ialah:

(i) Jualan
(ii) Pajakan
(iii) Kontrak pengurusan
(iv) Bina
(v) Bina-Kendali-Serah (BOT)
(vi) Bina-Kendali-Milik
(vii) Bina- Kendali
(viii) Bina-Pajak-Serah
(ix) Pembangunan Tanah/Pertukaran Tanah
(www.epu.gov.my/ms/dasar -penswastaan)

Dasar Wanita Negara

Perjuangan wanita dalam memartabatkan pembangunan negara dari segi politik, ekonomi
dan sosial kini tidak boleh dipandang rendah kerana mereka juga adalah golongan yang
144
bersama-sama mencorakkan kemajuan negara Malaysia. Jadi sumbangan kaum wanita
adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan dengan kelahiran ramai tokoh-tokoh
wanita yang terkenal samada sewaktu perjuangan ke arah kemerdekaan, dalam bidang
kemasyarakatan, kewangan dan banyak lagi. Wanita yang berkerjaya dan bekerja sendiri
juga turut membantu menjana ekonomi rumahtangga. Justeru itu, terdapat beberapa
agensi yang ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita seperti Majlis Penasihat
Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan di JPM, Urusetia Hal Ehwal
Wanita (HAWA) di bawah Perpaduan Negara dan pertubuhan NGO lain seperti Majlis
Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita, Perkumpulan Wanita dan Pertubuhan
Tindakan Wanita Islam.

Sehubungan dalam memelihara martabat kaum wanita satu dasar berkenaan wanita telah
dibentuk dan dilaksanakan. Dasar Wanita Negara telah diperkenalkan pada tahun 1989. Ia
adalah sebagai satu hadiah menghargai jasa dan pengorbanan kaum wanita yang
menyumbang ke arah pembangunan negara. Dasar ini adalah untuk membantu kaum
wanita dalam mengintegrasikan aktiviti ekonomi untuk kepentingan bangsa. Sebagai
merealisasikan dasar ini kerajaan juga telah memperkenalkan jawatan menteri di
Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga pada awal tahun 2000.

Objektif Dasar Wanita Negara ialah:

(i) Menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita.


(ii) Meningkatkan mutu kehidupan wanita.
(iii) Menghapuskan buta huruf.
(iv) Mengikut arus pembangunan negara.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar Wanita Negara ialah:

(i) Memperkukuhkan HAWA,


(ii) Memastikan terdapat peruntukan yang memuaskan untuk wanita dalam semua
program ekonomi, penggubalan dasar dan perundangan negara,
(iii) Mendapat pendidikan dan latihan yang mencukupi,
(iv) Mendapat bantuan kewangan, teknikal dan nasihat melalui pelbagai agensi kerajaan,
(v) Membasmi diskriminasi.

Pencapaian Dasar Wanita Negara ialah:

(i) Ramai wanita Malaysia yang telah berjaya dalam pelbagai sektor,
(ii) Wanita Malaysia menjadi aspek utama dalam pembangunan negara,
(iii) Wanita adalah sebahagian untuk membantu negara mencapai wawasan 2020

Dasar Belia Negara

Golongan belia adalah golongan harapan negara. Sesebuah negara yang tersusun dengan
baik pada masa depan perlu dilihat pada generasi belianya pada masa kini. Justeru itu,
sumbangan belia dalam membangunkan negara juga tidak boleh diketepikan. Sehubungan
145
dengannya, perhatian terhadap golongan belia juga perlu diberikan keutamaan oleh pihak
kerajaan. Peranan belia boleh dilihat dalam bidang pendidikan, ekonomi, kemasyarakatan
bahkan juga dalam bidang politik. Bagi merealisasikan peranan belia terhadap negara
maka Dasar Program Induk Belia Negara dilancarkan pada bulan Jun 1991. Ini kerana belia
merupakan separuh daripada penduduk di Malaysia. Kemajuan belia adalah menentukan
hala tuju kemajuan negara di masa depan.

Objektif Dasar Belia Negara ialah:

i. Untuk menyemarakkan semangat Rukun Negara,


ii. Untuk mendedahkan dengan semangat perpaduan, kesukarelaan dan kekitaan,
iii. Untuk melahirkan kerjasama dalam proses perancangan nasional,
iv. Menanam sifat dan nilai moral yang tinggi bagi kesejahteraan mental dan fizikal,
v. Pengetahuan yang diamalkan secara mendalam.

Strategi dan Perlaksanaan Dasar Belia Negara ialah:

i. Mempertingkatkan latihan kepimpinan di kalangan pelajar universiti,


ii. Membangunkan kerjaya masa depan di institusi pendidikan vokasional bagi yang
tidak berjaya ke universiti,
iii. Pembangunan keusahawanan bagi melahirkan ramai usahawan di kalangan belia,
iv. Penglibatan badan bukan kerajaan yang membantu belia (Jayum Jawan, 2004).

Pencapaian Dasar Belia Negara ialah:

i. Belia merupakan sebahagian besar dari penduduk Malaysia menjadi harapan untuk
kepimpinan dan pembangunan negara,
ii. Penubuhan Rakan Muda menjadi penggerak ramai belia menyertainya.
(http://www.kpwkm.gov.my, 27 Mei 2010)

Dasar Pembangunan Nasional

DEB yang berakhir pada tahun 1990 cukup memberi kesan dalam tempoh
perlaksanaannya selama dua puluh tahun. Meskipun DEB memberi kesan terhadap
perkembangan ekonomi Malaysia namun terdapat pelbagai cabaran dan masalah. Justeru
itu, untuk meneruskan perlaksanaan objektif DEB maka pada 17 Jun 1991, kerajaan telah
melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) yang meliputi tempoh
1991-2000. Dalam RRJP 2 ini satu dasar yang menggantikan DEB iaitu Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah titik
permulaan era baru ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 (Malaysia Kita, 2002). DPN kemudian dipanjangkan lagi tempohnya
dalam RRJP3 iaitu dari tahun 2001-2010.

146
Objektif Dasar Pembangunan Nasional ialah:

i. Mewujudkan perpaduan negara,


ii. Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai sebuah negara maju,
iii. Memperkukuhkan lagi kestabilan sosial, politik dan ekonomi negara.

Strategi Dasar Pembangunan Nasional bergantung sepenuhnya pada sektor swasta yang
dapat meningkatkan status sosio-ekonomi negara. Namun demikian, pihak kerajaan
memberi sokongan dan bantuan menerusi penyediaan infrastruktur fizikal yang
mencukupi. DPN menggariskan empat dimensi ke arah pendekatan strategi ekonomi iaitu :

i. Mengagihkan tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin,


ii. Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera,
iii. Meningkatkan penyertaan sektor swasta,
iv. Memberikan tumpuan kepada pembangunan sumber manusia (Chamhuri Siwar,
1985).

Ia juga ditambah dengan beberapa strategi yang lain untuk memantapkan lagi
perlaksanaan DPN iaitu:

i. Menjadikan sains dan teknologi sebagai asas penting dalam pembangunan sosio-
ekonomi,
ii. Mewujudkan keseimbangan yang optimum bagi sektor-sektor utama ekonomi,
iii. Membasmi kemiskinan,
iv. Mewujudkan masyarakat pengindustrian bumiputera.

Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional telah dilaksanakan sebagaimana di bawah ini:

i. Hasil Pencapaian yang Berkualiti dan Berkekalan.


ii. Persaingan dalam Pasaran Antarabangsa.
iii. Wawasan 2020.
(Chamhuri Siwar, 1985)

Pencapaian Dasar Pembangunan Nasional ialah:

i. Mewujudkan keseimbangan di antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang


saksama,
ii. Memastikan pembangunan yang seimbang,
iii. Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama,
iv. Mengukuhkan integrasi nasional antara negeri dan kawasan bandar dengan luar
bandar,
v. Membangunkan masyarakat yang maju yang menikmati kesejahteraan hidup yang
tinggi.
vi. Memajukan pembangunan sumber manusia,

147
vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi negara,
viii. Memastikan perlindungan terhadap alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang.
(Malaysia Kita, 2002)

Dasar Wawasan Negara

Dasar Wawasan Negara (DWN) telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Keempat
Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed pada 28 Februari 1991 sewaktu di Persidangan
Majlis Perdagangan Malaysia. Dasar ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju dan bersatu pada tahun 2020. Pandangan beliau ini telah dikemukakan dalam
kertas kerjanya yang berjudul Malaysia: The Way Forward. Pandangan dan hasrat beliau
ingin melihat Malaysia maju telah menjadi gagasan negara menerusi WAWASAN 2020
(Zurinah Hassan, 1994). Konsep yang dikemukakan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju adalah mengikut acuan negara Malaysia bukan berdasarkan pada negara maju
seperti Amerika Syarikat, Britain, Kanada atau Sweden serta Jepun yang sememangnya
telah diakui maju. Dalam DWN ini kemajuan material bukan sahaja menjadi keutamaan
tetapi dasar ini turut menekankan mengenai tuntutan kerohanian dan kejiwaan dalam
menyeimbangkan kemajuan di negara ini (Syed Omar, 1995).

DWN menggabungkan dua dasar pembangunan iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional dengan objektif utama untuk menjadikan Malaysia benar-benar
maju dari segala segi iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Dasar ini mengharapkan Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju
dengan mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan
keadilan sosial serta bangga terhadap negara (Zurinah Hassan, 1994).

Fasa pertama Dasar Wawasan Negara berjaya dicapai melalui Dasar Pembangunan
Nasional (1991-2000) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 (1991-2000). Fasa
Kedua Dasar Wawasan Negara akan dijayakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang
ke-3 (2001-2010).

Objektif Dasar Wawasan Negara ialah:

i. Membentuk masyarakat Malaysia yang hidup dalam harmoni serta berkongsi


untung nasib sepenuhnya dengan saksama.
ii. Membina bangsa yang berdaya tahan.
iii. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama.
iv. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
v. Mempertingkatkan daya saing.
vi. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.
vii. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia.
viii. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan.

148
Strategi Dasar Wawasan Negara ialah:

i. Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap,


ii. Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi memastikan
penyertaan seimbang di kalangan kumpulan etnik, kumpulan pendapatan dan
wilayah,
iii. Meningkat pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran
dan kepakaran pekerja,
iv. Mengukuhkan Penyelidikan dan Pembangunan,
v. Memperluas penggunaan ICT,
vi. Memperkukuhkan asas sumber manusia,
vii. Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu,
viii. Meningkatkan kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan sosial,
ix. Mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat
murni. (http://www.icu.gov.my/icu/pdf/artikel/DWN.pdf, 3 Januari 2010)

Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara ialah:

i. Kerajaan akan menyemarakkan semangat patriotik, menaikkan kematangan politik


dan membina masyarakat yang bertolak ansur,
ii. Memberi keutamaan kepada pembangunan yang mampan dan mesra alam untuk
memastikan alam sekitar yang bersih, sihat dan menarik serta berupaya memenuhi
aspirasi negara.

Pencapaian Dasar Wawasan Negara ialah:

i. Kerajaan akan menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat yang


berbilang kaum.
ii. Kerajaan akan menyekat aliran modal jangka pendek yang bersifat spekulatif.
iii. Kerajaan menggalakkan pelaburan asing dalam industri yang berintensif modal dan
berteknologi tinggi.

Wawasan 2020

‘Bekerja dengan teratur adalah cara untuk mencapai kejayaan’.


(Mahathir Mohamad, 2010)

Petikan di atas adalah sangat memberi makna bagi negara yang ingin mencapai kejayaan
dan kemajuan. Sesebuah negara perlu mempunyai strategi dan tindakan dalam menuju ke
era sebuah negara maju. Wawasan 2020 dilaksanakan sebagaimana menurut Tun Mahathir
merujuk pada petikan di bawah;

“…kami memutuskan pada tahun 1990 bahawa kami perlu mengenal pasti
sasaran, iaitu untuk menjadi negara maju dalam jangka masa yang tertentu.
Kami juga memutuskan bahawa masa yang paling logik, dan sesuai ialah
menjelang tahun 2020.”
149
Ia adalah juga berdasarkan Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan pada 8 peratus
pada tahun 1987 menghampiri pendapatan per kapita sebuah negara maju menjelang
tahun 2020. Walau bagaimanapun, kemajuan Malaysia dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir
adalah mengikut acuan negara kita sendiri. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2010)

Wawasan 2020 menggariskan Sembilan Cabaran Utama, iaitu:

(i) Cabaran untuk mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu yang dapat hidup dengan
aman dan bahagia dan sentiasa taat setia kepada negara Malaysia.
(ii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dan penuh keyakinan
diri dan sentiasa pula sanggup menghadapi cabaran demi menuju kecemerlangan
yang akan dihormati oleh negara luar.
(iii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang demokratik supaya boleh
menjadi model kepada negara luar.
(iv) Cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral tinggi, berpegang kepada
nilai murni yang berlandaskan agama.
(v) Cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang toleran, dapat menerima hakikat yang
negara mengandungi berbagai kaum yang menganuti berbagai-bagai agama.
(vi) Cabaran untuk melahirkan sebuah masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan
berpandangan jauh kemudiannya menjadi penyambung kepada peradaban teknologi
dan bukan sebagai pengguna teknologi.
(vii) Cabaran untuk mewujudkan masyarakat penyayang yang merupakan pasak kepada
sistem berkeluarga.
(viii) Cabaran untuk mewujudkan masyarakat adil yang sedar tentang keperluan
pembahagian hasil negara secara adil yang boleh dipraktikkan melalui perkongsian
dalam pembangunan ekonomi di samping menghapuskan fahaman dan prasangka
yang mengaitkan sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum tertentu.
(ix) Cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang dapat dicapai melalui
kegiatan ekonomi yang kompetitif, dinamik, giat dan kental.
(Abu Hassan Adam, 1991)

Dasar Sosial Negara

Dasar Sosial Negara diluluskan pada 19 Februari 2003 adalah dasar pembangunan sosial
yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat
Malaysia yang maju dan mantap.

Objektif Umum Dasar Sosial Negara ialah:

i. Dasar ini adalah bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan
mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi,
ii. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan
150
memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati
kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus Dasar Sosial Negara ialah:

i. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi,


ii. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat,
iii. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan
sosial,
iv. Menjana sinergi multisektor.

Dasar Sains dan Teknologi Negara

Malaysia diharap menjadi negara maju pada tahun 2020. Berdasarkan Wawasan 2020
kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan cabaran yang keenam di
antara sembilan cabaran yang digariskan. Kemajuan dalam S&T penting bagi mencapai
hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan masyarakatnya berdaya
cipta, berpandangan jauh dan menyumbang kepada peradaban S&T pada masa depan.
Dalam merealisasikan sasaran ini, integrasi sains dan teknologi dengan perindustrian
adalah penting. Justeru itu, segala masalah dan cabaran dalam bidang perindustrian di
negara Malaysia perlu dikenal pasti. Dasar Sains dan Teknologi telah diperkenalkan pada
bulan April 1986.

Objektif Dasar Sains dan Teknologi Negara ialah:

i. Meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu


ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan
dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan
teknologi yang canggih,
ii. Menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk membangun
ekonomi ke arah kesejahteraan dan kedaulatan negara.
iii. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk membangun
ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat.
iv. Memperluaskan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi
khususnya dalam sektor ekonomi dan pendidikan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar Sains dan Teknologi Negara ialah:

i. Pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan sosial dipertingkatkan untuk


menjamin kesejahteraan rakyat,
ii. Pengintegrasian S&T dalam Rancangan Pembangunan dengan memberi keutamaan
yang wajar,
iii. Peningkatan Perkhidmatan Saintifik dalam beberapa perkhidmatan teknik
sokongan untuk menyumbang ke arah kejayaan pembangunan negara,
iv. Berdikari dalam usaha membangunkan kemahiran S &T bagi mengelak
ketergantungan dengan S&T negara-negara maju,,
151
v. Pembangunan tenaga manusia dalam jangka panjang yang saintifik dan teknikal
digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang,
vi. Peranan sektor swasta yang digalakkan bekerjasama dengan jentera S&T sektor
awam dalam Penyelidikan dan Pembangunan,
vii. Pemindahan teknologi digalakkan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama,
usaha Penyelidikan dan Pembangunan,
viii. Usaha untuk meningkatkan penggunaan komputer dalam pelajaran dan industri,
ix. Menubuhkan Akademi Sains untuk mengawasi kemajuan S&T seperti dalam bidang
kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi,
x. Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan semua strategi-strategi
tersebut(http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR, 25 Januari 2010)

Dasar-dasar utama negara yang menjadi perlaksanaan dari penghujung 1950-an hingga
kini Tempoh Dasar-dasar dari Tahun 2021-2050

Dasar Utama di Era Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak

Setelah kita membincangkan dasar-dasar selepas kemerdekaan, selanjutnya untuk


mencapai hasrat Wawasan 2020, maka kita perlu menghadapi masa hadapan yang lebih
mencabar sebagaimana yang diberi penekanan dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50).
TN50 (2021 -2050) adalah satu inisiatif berjangka masa panjang sebenarnya merupakan
kesinambungan dari Wawasan 2020 iaitu dari sebuah negara berstatus maju seterusnya
bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan rakyat, menjadikan Malaysia sebuah negara
yang berinovasi dan berada dalam tangga teratas dunia dalam pencapaian ekonomi. TN50
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak
sewaktu pembentangan bajet 2017. Persoalan yang ditimbulkan dalam TN50 adalah “Kita
perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang. Dunia akan jauh berbeza dari
sekarang dalam tahun 2050-apakah yang akan membimbing kita?” Maka segala hasrat
dalam TN50 adalah merupakan aspirasi yang akan dibentuk oleh rakyat sendiri yang
berdasarkan kepada matlamat yang jelas. (https://mytn50.com). Tema dalam TN50 adalah
‘Membina Masa Depan Bersama’ adalah bertujuan untuk ‘membentuk satu negara bangsa
yang benar-benar berwibawa serta berminda cemerlang’.

TN50 menggariskan 5 aspirasi, iaitu:


(i) ‘Masyarakat inklusif, terbuka dan bersemangat,
(ii) Persekitaran hidup, pintar dan selamat,
(iii) Peneraju idea dan ekonomi terkini,
(iv) Masyarakat yang terhubung dan inovatif serta mengadaptasi kepada teknologi baru,
(v) Berpengaruh di peringkat global dengan model pentadbiran negara yang efektif.”
(Nasif Badruddin, Fairul Asmaini Mohd Pilus. Harian Metro, 20 Januari 2017)

Seterusnya dalam mencapai hasrat TN50 ini, maka Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul
Razak menggariskan empat tonggak utama yang menjadi agenda perubahan kerajaan
termasuk dalam aspek ekonomi dan sosial. (ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y)
Empat Tonggak utama itu adalah Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi,

152
Konsep 1 Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan. Gambarajah Empat Tonggak
Transformasi Negara adalah seperti di bawah:

Empat Tonggak Transformasi Negara

Sumber: http://www.mida.gov.my/home/economic-strength/posts/?lg=MAL

Model Ekonomi Baru (MEB)

MEB adalah menjadi sasaran dalam Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang
bergantung kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Majlis Penasihat Ekonomi Negara
(MPEN). (www.fkm.utm.my) MEB menjadi tonggak utama dalam mencapai hasrat dan
matlamat Wawasan 2020. MEB adalah dibentuk bagi membolehkan Malaysia dapat
menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan, pembasmian kemiskinan, melengkapkan
prasarana kemudahan awam bertaraf dunia dan menjadi pengeksport penting di peringkat
antarabangsa. Maka untuk mencapai kedudukan ekonomi yang teguh dalam jangka masa
panjang bagi kesejahteraan rakyat dapat menikmati pendapatan tinggi maka MEB
diperkenalkan sebagai pemangkin perkembangan ekonomi Malaysia di samping
mengambil kira dalam aspek pembangunan manusia. (Majlis Nasihat Ekonomi Negara)
Program Transformasi Ekonomi (ETP)

ETP telah diperkenalkan pada 25 September 2010 yang merupakan tonggak utama untuk
mencapai Malaysia ke arah sebuah negara maju sebagaimana dihasratkan dalam Wawasan

153
2020. ETP bersasaran untuk menjadikan Malaysia memperolehi pendapatan tinggi. Bidang
yang menjadi fokus oleh ETP adalah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu;
pertanian, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, elektrikal dan elektronik, perkhidmatan
kewangan, kesihatan, Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang, minyak, gas dan tenaga,
minyak sawit, komunikasi dan infrastruktur, pelancongan, perniagaan borong dan runcit.
ETP akan menghembalangkan sektor swasta untuk memainkan peranan dalam
pertumbuhan, mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing dengan cara
membangunkan tenaga kerja berkualiti, mempertingkatkan ekonomi domestik supaya
berdaya saing, memantapkan sektor awam, telus dan mesra pasaran, membangunkan
prasarana yang bersumberkan pengetahuan, mempertingkatkan sumber pertumbuhan dan
kebolehmampanan pertumbuhan.(https://www.intanbk.intan.my)

Konsep 1 Malaysia

1Malaysia adalah dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di


kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Konsep ini berlandaskan
kepada nilai-nilai penting yang perlu dijadikan sebagai amalan pada setiap rakyat Malaysia.
Ini adalah untuk memastikan negara Malaysia berada dalam keadaan stabil dan
keharmonian kaum dapat dikekalkan. Konsep 1 Malaysia adalah dianggap sebagai satu
gagasan yang dapat mencapai hasrat Wawasan 2020. Ini adalah sebagaimana yang
ditekankan dalam Wawasan 2020 di mana untuk menjadi sebuah negara maju mengikut
acuan kita sendiri adalah perlu mencapai perpaduan kaum yang menjadi keutamaan. Di
antara asas-asas dalam 1 Malaysia ialah:
(i) Perpaduan adalah prasyarat dalam mencapai status negara maju menjelang tahun
2020.
(ii) 1Malaysia adalah penerusan agenda untuk membina negara.
(iii) 1Malaysia adalah aspek utama untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan
persaudaraan di kalangan kaum.
(iv) Sebelum mencapai negara maju, perkara utama yang perlu ditekankan adalah
memastikan wujudnya hubungan perpaduan di kalangan kaum terlebih dahulu.

Justeru itu juga, 1Malaysia menekankan dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras
perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi.(https://www.pmo.gov.my)

Program Transformasi Kerajaan (PTK)

PTK telah diperkenalkan pada tahun 2009 yang bertujuan untuk mentransformasikan
kerajaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. PTK terdapat dua objektif utama yang
selaras dengan Konsep 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Objektif PTK adalah ‘menjadikan kerajaan sebuah entiti yang lebih efektif dan
bertanggungjawab dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, bersatu-padu,
selamat dan adil dengan kualiti yang tinggi untuk semua’. (https://www.intanbk.intan.my)

154
DASAR LUAR NEGARA MALAYSIA

Dasar luar Malaysia secara umumnya merupakan lanjutan daripada dasar dalam negeri.
Dasar ini dibentuk untuk memelihara dan mempertahankan kepentingan politik,
keselamatan dan ekonomi serta kepentingan utama yang lain. Ia dilihat tidak statik dan
berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan
ekonomi global yang sentiasa berubah (Rusdi Omar dan Mas Juliana Mukhtaruddin, 2005).
Dasar luar sangat penting kerana menggambarkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
serta kejayaan negara (Rusdi Omar & Mas Juliana Mukhtaruddin, 2005). Sekiranya
parameter kasar dalam penentuan dasar luar Malaysia adalah bergantung kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK), saiz ekonomi, jumlah penduduk dan perbelanjaan
ketenteraan, maka Malaysia masih dianggap sebagai kuasa kecil berbanding negara-negara
seperti China, Jepun dan Singapura. Perlaksanaan dan perkembangan dasar luar adalah
bergantung kepada kepimpinan yang menerajui negara dan keadaan persekitaran strategik
luaran (Tan Sri Mohamed JJawher Hassan, 2015).

Pencapaian Dasar Luar Negara sewaktu Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia

Tunku Abdul Rahman

Pada zaman pemerintahan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dasar
luar Malaysia adalah cenderung ke barat, bersifat anti-komunisme dan banyak terlibat
dengan organisasi Komanwel (Mohamed Jawher Hassan, 2015) Penetapan dasar luar
Tanah Melayu (kemudian Malaysia kini) adalah mengamalkan sikap berkecuali dan tidak
memihak pada mana-mana negara kuasa besar dunia. Malaysia membuat pendirian tegas
tidak memihak pada Republik China atau Rusia. Malaysia berpendapat ancaman yang
paling serius adalah keselamatan dalam negeri dan komunis (Mohd. Noor. Yazid, 2008).
Pendirian Tunku Abdul Rahman ini adalah berdasarkan pada ketika itu dunia sedang
mengalami Perang Dingin antara Blok Barat iaitu Amerika Syarikat dan Blok Komunis iaitu
Kesatuan Soviet. Pada masa yang sama Malaysia masih berada dalam keadaan darurat
akibat dari keganasan komunis.

Dasar pro-Barat oleh Tunku Abdul Rahman ini dilihat apabila beliau telah menandatangani
Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (Anglo-Malaya Defence Agreement) pada tahun 1957
yang menyatakan jaminan kerajaan British untuk menghantar bantuan ketenteraan
sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara. Sementara pendirian beliau yang
anti-komunis pula dilihat apabila Tunku Abdul Rahman memberi sokongan kepada
Amerika Syarikat yang menangani perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan. Beliau
juga tidak mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai sebuah kerajaan komunis (M.
Rajendran, tanpa tahun).

Tun Abdul Razak

Keadaan ini berbeza pula dengan zaman kepimpinan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
yang kedua yang sebaliknya melakukan hubungan dengan negara komunis, bersifat
memihak dengan Barat dan banyak terlibat dengan organisasi seperti Pertubuhan
155
Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN. (Tan
Sri Mohamed Jawher Hassan, 2015) Beliau menekankan prinsip dasar luar yang berkecuali
dan bersahabat dengan mana-mana negara tanpa mengira ideologi, politik mahupun agama
(Rozeman Abu Hassan, 2003). Ketegasan beliau dinyatakan sewaktu Tun Razak menghadiri
Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia di mana Tun Razak
mengisytiharkan Malaysia tidak akan memihak kepada mana-mana blok negara. Pada
tahun 1971 Malaysia telah mengundi supaya negara China diterima masuk sebagai anggota
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (J. Saravanamutthu, 1982).

Ketegasan Tun Razak terhadap pendiriannya dalam dasar luar Malaysia adalah dijelaskan
seperti berikut:

“Adalah menjadi asas dasar luar Malaysia yang utama untuk menjalinkan
persahabatan dengan semua negara-negara yang menghormati kita dan yang
ingin bersahabat dengan kita tanpa mengira ideologi politik mereka atau corak
sistem sosial mereka. Kita di Malaysia akan terus mengikut dasar luar berkecuali
kita dan dasar persahabatan kita dengan semua negara di samping membuat
pengukuran bebas sendiri dalam semua perkara.”
(Buku Rasmi Tahunan Malaysia 1972, 1974)

Tun Razak juga menekankan bahawa Malaysia telah membuat usul di mana kawasan
serantau harus dikecualikan dari pengaruh kuasa-kuasa Besar melalui konsep
neutralization. Kuasa-kuasa besar harus mengiktiraf dan menerima konsep perlaksanaan
berkecuali Malaysia. Mereka harus mengiktiraf dan menghormati kawasan serantau Asia
Tenggara sebagai sebuah zon aman, bebas dan berkecuali (Zone Of Peace, Freedom And
Neutrality – ZOPFAN) (Rozeman Abu Hassan, 2003).

Tun Hussein Onn

Pada era Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meneruskan pendirian dasar luar
negara Malaysia sebagaimana dasar luar di zaman Tun Razak. (Tan Sri Mohamed Jawher
Hassan, 2015) Dasar yang dibentuk Malaysia adalah berasaskan persahabatan dan saling
hormat menghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan
serantau. Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan semua negara di Asia Tenggara
dan menjalin tali persahabatan dengan negara-negara Indochina terutamanya Republik
Demokratik Vietnam. Tun Hussein Onn juga telah mengeratkan hubungan dengan negara-
negara Islam dan Dunia Ketiga (Malaysia Kita, 2002).

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Namun, hal ini sangat jauh berbeza dengan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri yang kelima yang memperlihatkan dasar luar negara semasa
eranya adalah bersifat tidak pro kepada Barat. Beliau lantang mengancam Barat dalam
dasarnya seperti buy British last dan Look East Policy. (Mohd Noor Yazid, 2008). Dasar
Pandang ke Timur merupakan salah satu dasar yang membuktikan bagaimana Tun Dr.
Mahathir Mohamad mengalihkan perhatian negara dari menjadikan barat sebagaimana
156
rujukan tetapi memilih Jepun dan Korea Selatan sebagai negara untuk contoh terbaik
dalam etika bekerja.

Tun Dr. Mahathir juga telah mengadakan hubungan yang baik dalam kerjasama serantau,
hubungan dengan negara-negara Islam, Dunia Ketiga dan negara-negara Komanwel.
Tumpuan keutamaan Tun Mahathir pada dasar luar adalah dalam aspek hubungan
ekonomi berbanding hubungan politik. Contohnya beliau memberi pandangan yang
berwibawa dan tegas terhadap sikap negara-negara maju yang mengadakan sekatan
perdagangan terhadap barangan dari negara Dunia Ketiga. Beliau juga memberikan
perhatian terhadap kerjasama Selatan-selatan bagi meningkatkan hubungan dalam
pelbagai bidang di kalangan negara Dunia Ketiga (LeeYong Leng, 1980).

Dalam menangani masalah kegawatan ekonomi dunia pada tahun 1997, beliau dengan
tegas tidak mempercayai Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dalam mengatasi
kegawatan tetapi beliau dengan berani melonggarkan bekalan wang, menurunkan faedah
dan memperkenalkan tambatan ringgit dengan dolar Amerika. Kaedah Tun Dr. Mahathir ini
dalam menyelesaikan kegawatan ekonomi ini telah mendapat tentangan dan cemuhan oleh
pelbagai badan antarabangsa serta pakar terkenal. Namun sebaliknya tindakan beliau ini,
kini sudah menjadi sejarah apabila ia menjadi contoh model ekonomi beberapa negara.
(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenghormatanuntukTunDrMahathir/Artic
le/index, 30 Januari 2010).

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Dasar luar negara Malaysia adalah berbeza sewaktu kepimpinan Tun Abdullah Ahmad
Badawi iaitu Perdana Menteri keenam apabila beliau memperkenalkan konsep Islam
Hadhari yang menjadi aspirasinya dalam dunia Islam dan berperanan aktif dalam OIC.
Beliau lebih mengambil sikap kesederhanaan dan moden dalam pemikiran Islam serta
menentang keganasan. Ianya berikutan selepas kejadian 11 September 2001 telah
memberi cabaran kepada beliau dalam hubungan dengan Barat yang tidak bersifat
penentangan sebaliknya lebih kepada kompromi terutama dengan AS dan Australia.
(Himpunan Esei, 2009) Beliau mencadangkan Dasar Tidak Campur tangan negara-negara
serantau ASEAN perlu diperhalusi dan diperkemaskan kembali. Beliau juga meneruskan
komitmen Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin. Perhatian pada zaman beliau
terhadap dasar luar adalah meneruskan dasar-dasar luar sedia ada dan membuat
pembaharuan terhadap dasar berkenaan.

Sewaktu memegang teraju pemerintahan negara Tun Abdullah telah mengadakan


kunjungan ke negara-negara ASEAN untuk menjaga keharmonian hubungan bilateral dan
perdagangan sesama mereka. Beliau juga telah mengadakan lawatan ke negara Jepun dan
Korea untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam bidang perindustrian berat dan
perkilangan. Tun Abdullah mempunyai pengalaman sebagai Menteri Luar dan
penglibatannya dalam rundingan serta diplomasi banyak mengubah hala tuju dasar luar
Malaysia. Contohnya dalam perhubungan dengan Singapura dan Australia, beliau
menggunakan pendekatan dialog dan kompromi.

157
Tun Abdullah telah juga mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat, Perancis dan Britain
yang dilihat untuk mengukuhkan peranannya sebagai Perdana Menteri dan pengerusi
Negara-negara Berkecuali (NAM). Cabaran dasar luar Malaysia sewaktu kepimpinan Tun
Abdullah adalah dalam hubungan bilateral dengan negara China, hubungan dengan negara
ASEAN contohnya konflik selatan Thailand, perubahan kepimpinan di Indonesia dan
Singapura begitu juga apabila kemenangan kembali George Bush sebagai Presiden Amerika
Syarikat untuk penggal kedua (Sivamurugan Pandian, 2006).

Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak

Pendirian sederhana dalam hubungan luar Malaysia dan tidak bersifat lantang dalam
menjaga persefahaman untuk kepentingan nasional, serantau dan antarabangsa
digambarkan dalam teraju kepimpinan terkini, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana
Menteri keenam. Ini dilihat dalam dasar luar yang bersifat mesra, progresif dan dinamik
dengan dunia antarabangsa sebagai contoh mengukuhkan hubungan baik dengan negara
Barat seperti lawatan ke AS, menerima kunjungan dari Perdana Menteri Australia Kevin
Rudd dalam tempoh 100 hari pemerintahannya. (http://utusan.com.my/utusan/info.asp,5
Februari 2010) Hubungan diplomasi dua hala adalah menjadi keutamaan di era
pemerintahan Najib berbanding hubungan diplomasi pelbagai hala. Diplomasi dua hala
adalah lebih fokus dan berkesan. http://repo.uum.edu.my/3173/1/S9.pdf Malaysia juga
mengekalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal negara-negara lain dan
menghormati geopolitik antarabangsa (http://utusan.com.my/utusan/info.asp, 5 Februari
2010).

Beliau menegaskan bahawa dasar luar Malaysia perlu menumpukan pada hubungan
kerjasama yang membawa manfaat pada rakyat dan negara. "Kami di Malaysia, percaya
dalam usaha mendekati negara-negara lain, kita perlu mengekalkan pendirian yang bebas,
berkecuali dan berprinsip tanpa mengira sistem dan ideologi politik dalam hal ehwal di
peringkat serantau dan antarabangsa," http://www.mstar.com.my/berita/berita-
semasa/2016/08/18/pm-dasar-luar-malaysia/. Sifat ketegasannya adalah apabila
menyatakan ketidakyakinan kepada campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal domestik
negara-negara lain apabila zaman imperialisme sebenarnya telah pun berlalu.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/08/18/pm-dasar-luar-malaysia/.
Di samping itu, beliau mempertingkatkan komitmen dengan ASEAN
(http://utusan.com.my/utusan/info.asp,5 Februari 2010).

KESIMPULAN

Dasar-dasar kerajaan adalah aspek utama dalam rancangan pembangunan sesebuah


negara tidak kira samada di negara maju, negara membangun atau negara mundur demi
menjamin kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat. Dasar merupakan kerangka,
pelan atau rancangan yang menjadi asas kepada pemerintah, atau kerajaan yang merujuk
kepada ideologi, prinsip, sikap, pandangan secara menyeluruh dan bersepadu dalam
mencapai sesuatu matlamat terhadap sesuatu keadaan. Dalam dasar biasanya merangkumi
objektif, kepentingan, strategi dan langkah perlaksanaan untuk meraih keberhasilan bagi
semua pihak yang terlibat iaitu kerajaan dan rakyat. Dasar yang disusun dengan teliti
158
membantu pembangunan negara dalam mencapai status negara maju sebagaimana kita
harapkan dalam Wawasan 2020 dan menjadi negara teratas dalam bidang inovasi,
ekonomi dan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang diharapkan dalam Transformasi
Nasional 2050. Namun dasar sahaja tidak akan menjadi kenyataan jika sekiranya tidak ada
perpaduan di kalangan rakyat dan hubungan rapat bersama kerajaan demi memastikan
kedudukan sosio-ekonomi negara pada tahap yang membanggakan samada dalam negara
mahupun di peringkat global.

159
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

ARAHAN
Jawab SEMUA soalan berikut (100 Markah)

1. Negara adalah satu unit politik yang mempunyai

A kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.


B kedaulatan dan wilayah yang tersendiri serta kuasa untuk membuat undang-
undang.
C sekumpulan manusia yang mampu untuk memerintah tanpa campurtangan kuasa
luar.
D sekumpulan manusia yang mempunyai ketua untuk mentadbir kawasan dan
masyarakat.

2. Pembentukan wilayah selalunya berlandaskan kepada

A daratan seperti tanaman dan hasil galian juga lautan yang meliputi pulau-pulau.
B alam semulajadi seperti keadaan bentuk muka bumi dan iklim, tumbuhan dan
galian.
C bentuk muka bumi seperti gurun dan pamah, hasil bumi dan galian serta hutan
simpanan.
D geografi yang berasaskan keadaan alam seperti bukit bukau, gunung-ganang, sungai,
lembah atau laut.

3. Bangsa diertikan sebagai kewujudan kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri
yang sama seperti unsur

A jasmani, politik dan kebudayaan.


B rohani, sejarah dan kesefahaman.
C bahasa, kebudayaan dan etnik yang sama.
D politik, sosial dan pentadbiran yang menjamin kemakmuran.

4. Faktor pemangkin pembinaan negara bangsa ialah integrasi, nasionaliti, nasionalisme,


patriotisme dan

A agama.
B integriti.
C demokrasi.
D undang-undang.

160
5. Globalisme adalah salah satu faktor yang menjadi ancaman terhadap

A pembinaan negara bangsa.


B perpecahan kaum dan rusuhan etnik.
C pembentukan sahsiah dan rohani manusia.
D kecanggihan teknologi dan jaringan antarabangsa.

6. Impak dari pluralisme ialah hasil daripada proses penjajahan yang dikenali sebagai
‘Pecah dan Perintah’ iaitu

A menyatukan tiga kaum utama dari segi penempatan dan lokasi pekerjaan iaitu di
bandar, kampung dan estet.
B memberikan pembahagian dalam aspek kebudayaan, agama, ideologi politik dan
ideologi politik yang berbeza.
C mewujudkan kelompok elit dan birokrat, rakyat dan golongan bawahan dalam
aspek politik dan ekonomi.
D mewujudkan pembahagian kaum dari aspek penempatan, ekonomi dan jenis
pekerjaan serta politik perkauman.

7. Berikut adalah kelompok Melayu-Proto KECUALI

A Temiar.
B Semai
C Jakun.
D Orang Ulu.

8. Susunan hukum dan adat dalam Adat Perpatih dikenali sebagai

A Ketua Adat.
B Ketua Adat Resam.
C Ketua Hukum Syarak.
D Ketua Pembilang Adat.

9. Berikut adalah bahagian-bahagian yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka


KECUALI

A Undang-undang Islam.
B Undang-undang Johor.
C Undang-undang Negeri.

161
D Undang-undang Perkahwinan Muslim.
10. Terdapat tiga unsur dalam golongan pemerintah iaitu

I kerabat diraja
II kerabat am
III rakyat
IV pembesar

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

11. Temenggung bertanggungjawab dalam

A menjaga perbendaharaan negara.


B hal ehwal keselamatan dalam negeri.
C mengawal sempadan dan perairan negara.
D mengepalai angkatan tentera dalam peperangan.

12. Kepulauan Melayu terkenal dengan gelaran Golden Chersonese atau Semenanjung Emas
kerana

A hasil hutan dan kayu kayan.


B perdagangan antarabangsa.
C hasil tangkapan hidupan laut.
D bahan galian seperti emas dan bijih timah.

13. Kerajaan Melayu Melaka berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan terkenal
pada abad ke-15 kerana

I kedudukan yang strategik iaitu berada di tengah jalan perdagangan


Timur dan Barat.
II mempunyai bahan asli yang banyak seperti bijih timah, lada hitam
dan gading.
III menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China.
IV mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun.

A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja

162
D I, II, III dan IV
14. Setelah memeluk Islam, Parameswara bergelar sebagai

A Sultan Muzaffar Syah.


B Sultan Iskandar Syah.
C Sultan Mahmud Syah.
D Sultan Mansur Syah.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan colony menurut kamus Collins?

A Satu sistem pentadbiran yang berasaskan koloni.


B Sebuah negara yang kuat menguasai negara yang lemah.
C Sebuah negara yang dikuasai oleh sesebuah negara yang lebih berkuasa.
D Satu kelompok masyarakat yang lemah dikuasai oleh masyarakat yang lebih kuat.

16. Kuasa Eropah yang dominan dan mempunyai empayar yang paling luas di Asia
Tenggara ialah

A Britain.
B Belanda.
C Portugal.
D Perancis.

17. Siapakah yang telah merancang untuk melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam di
seluruh dunia semasa gerakan Salibiyah?

A Alfonso D’ Albuquerque
B Lopez de Squiera
C Camillo Portion
D Putera Henry

18. Konsep Pan-Asia yang dilancarkan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua dalam
masyarakat Asia juga dikenali sebagai

A Wilayah Kegemilangan Asia Tenggara.


B Daerah Kemakmuran Asia Timur.
C Lokasi Sasaran Asia untuk Asia.
D Kawasan Pembangunan Asia.

163
Soalan 19 merujuk kepada penyataan di bawah.

• Satu kepercayaan yang meyakinkan bahawa bangsa sendiri lebih mulia


daripada bangsa lain.
• Kepercayaan ini menggalakkan sifat yang memandang rendah kepada bangsa
lain sebagai lemah, tidak bertamadun dan tidak bermaruah.
(Zulhilmi Paidi et al, 2018).

19. Penyataan di atas merujuk kepada konsep

A Jingoisme
B Pluralisme
C Liberalisme
D Etnosentrisme

20. Berikut adalah masalah-masalah yang berlaku semasa pemerintahan Belanda di


Melaka.

I Kegagalan Belanda untuk memonopoli perdagangan tempatan dan ancaman


kuasa Bugis.
II Wujud peperangan antara Belanda dengan Aceh, Perak dan Johor yang
menggugat keselamatan mereka.
III Belanda terpaksa berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu Perancis.
IV Pihak Inggeris membuka pangkalan di Pulau Pinang dan Johor yang
menyebabkan Melaka semakin mundur.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

21. Berikut adalah kesan kolonialisasi British ke atas Tanah Melayu KECUALI

A wujud masyarakat majmuk.


B masyarakat Melayu mendapat layanan sama rata.
C permintaan terhadap guna tenaga telah meningkat.
D sistem pemerintahan sekular diperkenalkan dalam pentadbiran.

22. “Negara Malaysia ialah tanah tumpah darah saya”. Kenyataan tersebut merujuk kepada

A etnosentrisme
B nasionalisme
C patriotisme
D jingoisme

164
23. Soalan berikut merujuk kepada lirik lagu di bawah ini.

Lirik lagu di atas membawa pengertian

A etnosentrisme
B nasionalisme
C patriotisme
D jingoisme

24. Perasaan kebangsaan Melayu di Malaysia signifikan sebelum

A Perang Dunia Kedua.


B Perang Dunia Pertama.
C pembebasan Tanah Melayu.
D penentangan penjajahan Jepun.

25. Susun peristiwa-peristiwa di bawah mengikut urutan masa.

I Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis


II Perjanjian Pangkor
III Perjanjian Inggeris-Belanda
IV Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

A I, II, III dan IV


B I, III, II dan IV
C II, III, I dan IV
D III, IV, I dan II

165
26. Penentangan Sultan Mahmud terhadap Portugis dikaitkan dengan

A penjajahan awal.
B nasionalisme awal.
C penentangan awal.
D perjuangan bersenjata

27. Yamtuan Tunku Antah dikaitkan dengan penentangan terhadap British di

A Negeri Sembilan.
B Selangor.
C Pahang.
D Perak.

28. Isu utama yang menyebabkan berlakunya penentangan orang Melayu terhadap British
di Terengganu ialah

A tanah
B agama
C budaya
D hamba abdi

29. Idea pembaharuan golongan reformis disuarakan melalui

A pemulauan golongan Kaum Tua.


B pengenalan kurikulum baru.
C kesedaran revolusi mental.
D desakan oleh pihak British.

30. Berikut merupakan tokoh-tokoh nasionalis di Malaysia.

I Rentap
II Dato’ Maharaja Lela
III Yamtuan Antah
IV Mohd Hatta

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

166
31. Elemen __________ menjadi tunjang kepada kemerdekaan negara Malaysia.

A konflik
B desakan
C tolak ansur
D bersenjata

32. Nasionalisme keintelektualan dipelopori oleh tokoh aliran pendidikan yang berbeza
iaitu

I aliran pertengahan.
II aliran Inggeris.
III aliran agama.
IV aliran Melayu.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

33. Kesedaran nasionalisme di Malaysia

I berlandaskan kerjasama dan kompromi dari kaum-kaum lain.


II berasaskan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
III dicetuskan oleh orang Melayu atas kepentingan bangsa dan tanah air.
IV bermula dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO).

A I dan III sahaja


B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

34. Berikut adalah elemen perkembangan nasionalisme yang disumbangkan melalui media
persuratan KECUALI

A politik.
B ideologi.
C ekonomi.
D dasar penjajah.

167
35. Tindakan awal British bagi mengawal Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) daripada
pengaruh nasionalisme Melayu pada tahun 1931 ialah

I menamatkan perkhidmatan O.T. Dussek.


II memindahkan Harun Aminurrashid ke Brunei.
III menukarkan Abdul Hadi Hassan ke Kelantan.
IV menghantar Za’ba ke Singapura.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

36. Merdeka bermaksud


I menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang mereka ingini.
II bebas melakukan apa sahaja yang diingini.
III tidak melanggar hak asasi individu.
IV bergantung kepada diri sendiri.

A II dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

37. Tujuan sebenar Dato’ Onn mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada orang
bukan Melayu adalah untuk

I mewujudkan sebuah pertubuhan politik mewakili semua kaum.


II mengurangkan perselisihan kaum dan memelihara kerjasama di antara kaum
Melayu dan bukan Melayu.
III mengeratkankan perpaduan kaum khususnya bagi memenuhi syarat Inggeris
untuk mencapai kemerdekaan.
IV memastikan orang bukan Melayu tidak berpihak kepada PKM.

A I dan II sahaja
B I,II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

168
38. Asas kewujudan nasionalisme di Eropah adalah berikutan

A Revolusi Perancis.
B kolonialisme kuasa barat.
C penindasan golongan tuan tanah.
D pentadbiran dan kezaliman gereja.

Soalan 39 hingga 40 merujuk kepada penyataan di bawah.

“Sistem pendidikan pada zaman penjajahan Inggeris berbentuk dasar pendidikan bersifat
dualistic” (Zulhilmi Paidi et.al, 2018).

39. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar pendidikan bersifat dualistik dalam era
penjajahan Inggeris?
A Orang Melayu tidak dibenarkan memasuki sekolah-sekolah yang berpendidikan
Inggeris.
B Sistem pendidikan Inggeris menjadi keutamaan kepada penduduk di Tanah Melayu.
C Sistem pendidikan Inggeris diwajibkan kepada masyarakat bukan Melayu.
D Hanya dikhaskan kepada golongan elit dan bangsawan sahaja.

40. Jelaskan kesan kepada kewujudan dasar pendidikan bersifat dualistik ini?

I Jurang pekerjaan semakin meluas.


II Interaksi antara kaum semakin rumit.
III Orang Melayu dan bukan Melayu mempunyai pandangan yang berbeza.
IV Pekerjaan dalam bidang pentadbiran dikhaskan kepada golongan elit dan
bangsawan sahaja.

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

169
Laporan Barnes menganjurkan agar sekolah vernakular dimansuhkan dan digantikan
dengan sistem pelajaran kebangsaan sekolah dan wajib menggunakan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Manakala di peringkat menengah, bahasa
Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa penghantar (Shamsul Amri, 2012 dalam Zulhilmi
Paidi et.al, 2018).

Soalan 41 merujuk kepada penyataan di atas.

41. Pilih jawapan yang paling TEPAT dengan merujuk kepada penyataan di atas.
I Kaum Cina menentang cadangan ini.
II Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem
pendidikan sukar dilaksanakan.
III Sentimen untuk mempertahankan bahasa vernakular sangat tinggi.
IV Perpaduan kurang berkesan kerana pelaksanaan sistem pendidikan yang
berbeza sejak zaman Inggeris.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

42. Apakah Pakatan Murni?


A Manifesto Parti Perikatan pilihan raya umum 1955.
B Syarat kerajaan British semasa Rundingan London 1956.
C Konsep yang menerangkan pakatan UMNO, MCA dan MIC.
D Perjanjian antara kerajaan British dengan raja Melayu berhubung isu kerakyatan
penduduk Tanah Melayu.

43. Apakah pengajaran UTAMA dari pembentukan Pakatan Murni.


A Generasi muda harus menghargai kemerdekaan yang diperoleh hasil toleransi
semua kaum di Malaysia.
B Orang bukan Melayu patut menghargai toleransi yang diberikan oleh orang Melayu.
C Kerajaan British tidak ikhlas untuk memerdekakan Tanah Melayu.
D Konsep Raja Berperlembagaan akan diteruskan.

170
Soalan 44 merujuk kepada penyataan di bawah.

Ramalan dan kebimbangan Tunku ini ternyata benar apabila Lee Kuan Yew mula
memainkan isu yang berbentuk perkauman melalui konsep “Malaysian Malaysia”
(Zulhilmi Paidi et.al, 2018).

44. Pilih jawapan yang BENAR tentang konsep ‘Malaysian Malaysia’.

I Kempen ‘Malaysian Malaysia’ telah memecahbelahkan perpaduan


masyarakat Cina di Malaysia.
II Konsep ‘Malaysian Malaysia’ akan memperjuangkan hak untuk semua rakyat
dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
III Pemimpin UMNO dan orang Melayu menyifatkan konsep tersebut
bertentangan dengan konsep perpaduan yang dibawakan oleh UMNO dan
kerajaan Malaysia.
IV Singapura disingkirkan dari Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul
Rahman akibat tindakan Lee Kuan Yew ini.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

45. Jus Soli bermaksud kerakyatan


A mengikut tempat lahir.
B berdasarkan keetnikan.
C berdasarkan darah bapa.
D mengikut undian dan calon pilihan raya.

46. Tempoh masa kerajaan menggubal polisi darurat sehingga pembunuhan Sir Henry
Gurney merujuk kepada peringkat

A propaganda.
B Build up period.
C Rundingan Baling.
D Mopping up period.

171
47. Parti Kuomintang Malaya dikenali sebagai

A Bintang Tiga
B Bintang Satu.
C Majlis Kebangsaan.
D Majlis Perundingan.

48. Kesatuan Soviet (Soviet Union) telah mengarahkan Comintern dan pergerakan Komunis
seluruh dunia mengubah taktik perjuangan mereka yang dikenali sebagai

A Bintang Tiga.
B Perang Gerila.
C Barisan Popular.
D Barisan Bersatu Pergerakan Pembebasan Nasional.

49. Pada 7 Julai 1948, kerajaan telah meluluskan satu undang-undang untuk mengatasi
pemberontakan Revolusi Bersenjata Parti Komunis Malaya iaitu

A Undang-undang British.
B Undang-undang Darurat.
C Undang-undang Tertinggi.
D Undang-undang Tanah Melayu.

50. Pasukan Polis Hutan pada awal penubuhannya dikenali sebagai

A Perisik.
B Jungle Squad.
C Jungle Company.
D Pasukan Home Guard.

51. Berikut merupakan langkah yang diambil oleh British bagi menentang pemberontakan
PKM dari sudut ketenteraan

I Penambahan anggota keselamatan.


II Undang-undang darurat.
III Pembentukan Jawatankuasa Eksekutif Perang.
IV Penubuhan.

A I dan II sahaja.
B I, II dan III sahaja.
C I, III dan IV sahaja.
D I, II, III dan IV,

172
Soalan 52 merujuk kepada penyataan di bawah

Satu gerakan sukarela yang melibatkan semua lapisan masyarakat dan mereka
sebagai sukarelawan biasa dalam usaha membanteras komunis (Zulhilmi Paidi et al,
2018).

52. Penyataan di atas merujuk kepada

A Kempen Ganyang Malaysia.


B Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat.
C Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan.
D Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM).

53. Program Dapur Pusat diperkenalkan untuk

A berbaik-baik dengan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan.


B membuat keputusan mengenai dapur tempat memasak nasi dan stok simpanan
beras dalam sesebuah kawasan.
C memusnahkan sumber bekalan untuk Jawatankuasa PKM
Wilayah Johor Utara dan Biro Selatan Malaya.
D mengatasi kekurangan bekalan makanan yang semakin mendesak dan mengelakkan
dari anggotanya daripada kebuluran.

54. Perjuangan bersenjata PKM berakhir dengan perjanjian yang ditandatangani antara
Malaysia-PKM-Thailand dikenali sebagai

A Perjanjian Baling.
B Perjanjian Bangkok.
C Perjanjian Haadyai.
D Perjanjian Pangkor.

55. Penempatan semula setinggan dalam usaha membanteras ancaman PKM dikenali
sebagai

A Rancangan Reid.
B Rancangan Briggs.
C Rancangan Cobbold.
D Rancangan Mc Michael.

56. Selain dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British,Templer juga berperanan sebagai

A Residen.
B Pengarah Operasi.
C Pesuruhjaya Polis.
D Penasihat Majlis Raja-raja.

173
57. Tiga faktor kejayaan British dalam aktiviti pembanterasan ancaman PKM ialah

I Perang Saraf.
II Perang Psikologi.
III sokongan Raja-raja Melayu kepada British.
IV kurangnya sokongan orang Melayu kepada PKM.

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

58. Darurat memberi implikasi berikut iaitu

I sentimen perkauman.
II masalah dalaman PKM.
III demokrasi hampir terancam.
IV peningkatan kos perbelanjaan.

A I, II dan III sahaja


B I, III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

59. Langkah berikut diambil oleh kerajaan untuk memulihkan keamanan di Tanah Melayu
semasa darurat KECUALI

A mengadakan sistem kad pengenalan.


B mengisytiharkan perang terhadap PKM.
C memperkenalkan rancangan penempatan semula.
D mengenalpasti kawasan hitam dan kawasan putih.

60. Unit khas bagi peperangan di hutan yang diketuai oleh bekas pegawai Force 136
dikenali sebagai

A Grenadier.
B Coldstream.
C Ferret Force.
D Scots Guards.

61. Kesan Darurat (1948–1960) yang PALING signifikan dari aspek sosial ialah

A anarki dan kemerosotan ekonomi.


B jurang perkauman yang semakin ketara.
C kemunculan parti-parti politik perkauman.
D campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

174
62. Berikut merupakan antara ‘Tuntutan 20 Perkara’ KECUALI

A peruntukan kerusi Parlimen.


B tiada agama rasmi di Sabah.
C Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
D imigresen di bawah kuasa kerajaan Persekutuan.

63. Kenyataan yang BENAR tentang faktor pembentukan Malaysia ialah

A pencerobohan asing dari negara jiran.


B mempercepatkan proses kemerdekaan negeri Borneo.
C wujud polarisasi antara kaum kesan peninggalan British.
D mengekalkan kestabilan politik setelah menentang komunis.

64. Parti yang menolak cadangan pembentukan Malaysia di Sarawak ialah

A PAP (People Action Party)


B SUPP (Sarawak United People Party)
C USNO (United Sabah National Organization)
D SNAP (Sarawak National Party)

65. Berikut merupakan maklumat tentang Jawatankuasa Antara Kerajaan KECUALI

A membentuk Suruhanjaya Cobbold.


B menghasilkan tuntutan 20 Perkara Sabah dan Sarawak.
C membincangkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak serta Brunei.
D membincangkan perkara yang perlu dimasukkan dalam Perlembagaan
Malaysia.

66. Apakah matlamat penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan


Malaysia?

A Menghasilkan Referendum Singapura.


B Membuat tinjauan mengenai pandangan rakyat terhadap
pembentukan Malaysia.
C Merangka syarat-syarat pembentukan sebuah negara persekutuan
secara terperinci.
D Memberi penerangan kepada pemimpin negeri-negeri yang terlibat
terutamanya Sabah dan Sarawak.

175
Soalan 67 merujuk kepada penyataan di bawah.

Berasaskan konsep ini, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) menuntut hak yang sama
bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum (Zulhilmi Paidi et al, 2018).

67. Penyataan di atas merujuk kepada konsep

A Perpaduan.
B Konfrontasi.
C Kontrak sosial.
D “Malaysian Malaysia”.

68. Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi merangka syarat-syarat pembentukan sebuah


negara persekutuan secara lebih terperinci dikenali sebagai

A Jawatankuasa Kerja Bersama.


B Jawatankuasa Antara Kerajaan.
C Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.
D Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.

69. Mengapa cadangan awal Lee Kuan Yew untuk menggabungkan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?

A Berlaku rusuhan kaum.


B Penentangan dari Parti Perikatan.
C Penyebaran fahaman komunisme.
D Kewujudan ketidakseimbangan kaum.

70. Apakah tindakan Malaysia untuk membalas serangan Indonesia dalam konfrontasi
Indonesia pada tahun 1963?

I Menghantar tentera ke sempadan Kalimantan.


II Menyebarkan propaganda melalui siaran radio.
III Mengemukakan usul bantahan di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
IV Menghantar surat kepada U-Thant Setiausaha Agung PBB.

A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

176
71. Undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal kerana
perlembagaan adalah

A mudah dipinda.
B bersifat kurang kebal.
C undang-undang tertinggi.
D tidak relevan dengan kehendak semasa.

72. Yang manakah antara berikut merupakan peruntukan umum dalam perlembagaan?

A Agama.
B Populasi.
C Kesukarelawanan.
D Pendatang Tanpa Izin (PATI).

73. Perlembagaan moden di Malaysia bermula semenjak dari

A Perjanjian Pangkor.
B Perlembagaan Malayan Union.
C Pentadbiran Tentara British (BMA).
D pengenalan Undang-undang Darurat.

74. Fungsi utama penubuhan Suruhanjaya Reid adalah untuk pembentukan perlembagaan

A Malayan Union.
B Negeri-negeri Selat.
C Persekutuan Malaysia.
D Persekutuan Tanah Melayu.

75. Kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada perlembagaan menunjukkan
Malaysia mengamalkan konsep

A demokrasi.
B federalisme.
C pengasingan kuasa.
D ketinggian perlembagaan.

177
76. Yang manakah antara berikut BUKAN peruntukan perlembagaan yang memerlukan
pindaan dari Majlis Raja-raja?

A Agama Islam
B Bahasa Melayu
C Hak istimewa orang Melayu
D Kepentingan khas Sabah dan Sarawak

77. Tujuan perlembagaan Malaysia adalah untuk

A membangkitkan isu-isu sensitif.


B mewujudkan ketegangan kaum.
C melicinkan hubungan dengan kolonial British.
D menjadi sumber rujukan penyelesaian masalah.

78. Unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia bermaksud unsur?

A tempatan.
B tahyul dan animisme.
C campuran tradisi pelbagai kaum.
D pengaruh dari Common Law British.

79. Kedudukan istimewa orang Melayu diseimbangkan dalam perlembagaan dengan aspek

A budaya.
B penduduk.
C warna kulit.
D kewarganegaraan.

80. Yang manakah BUKAN tujuan pindaan perlembagaan Malaysia?

A Menjaga keselamatan negara.


B Melicinkan pentadbiran negara.
C Supaya relevan dengan kehendak pentadbiran baru.
D Supaya perkara sensitif dapat dipersoalkan secara terbuka.

81. Menteri dipilih mengikut keperluan dan kepentingan negara iaitu dilantik dari

A Ahli Dewan Rakyat sahaja.


B Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
C Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Parlimen.
D Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (ADUN).

178
82. Berikut adalah perkara-perkara yang meliputi bidang kuasa kerajaan Persekutuan iaitu
dalam Senarai Persekutuan KECUALI

A Kewangan.
B Syarikat koperasi.
C Hiburan (pawagam dan pusat karaoke).
D Pengeluaran bekalan kuasa air dan elektrik.

83. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong boleh dibatalkan jika

I didapati tidak waras


II masih mentah atau tidak cukup umur.
III baginda mengakui tidak mempunyai keyakinan diri untuk memerintah.
IV Majlis Raja-raja (MRR) berjaya mendapat lima undian sulit daripada ahli
MRR untuk menolak raja yang dianggap tidak sesuai untuk memerintah.

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

84. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) merupakan badan yang berperanan

A memberi nasihat dan membantu kerajaan merumus perundangan.


B memberi nasihat dan mengawal perjalanan undang-undang negara.
C mencadangkan kerajaan mengambil bahagian dalam triti antarabangsa.
D mencadangkan kerajaan menghukum orang yang melanggar hak asasi manusia.

85. Manakah antara berikut merupakan badan berkanun di Malaysia.

A Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).


B Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
C Syarikat Industri Makanan Malaysia (FIMA).
D Syarikat Perkapalan Antarabangsa Berhad (MISC).

86. Berikut merupakan kes-kes sivil yang dibicarakan oleh Mahkamah Syariah KECUALI

A Wakaf atau harta pusaka.


B Mempunyai isteri lebih daripada empat.
C Kes melibatkan pasangan (pertunangan, perkahwinan, penceraian dan fasakh).
D Wasiat dan hal berkaitan hak penjagaan anak dan pengambilan anak angkat.

179
87. Mahkamah Tentera mengendalikan kes-kes yang melibatkan

I semua tentera dalam angkatan tentera.


II orang awam yang ditugaskan secara bergaji oleh Angkatan Tentera.
III orang awam yang berada dalam kapal laut atau atas kapal terbang tentera.
IV orang awam yang menjalankan operasi ketenteraan bersama askar dan
Askar Wataniah dan askar simpanan yang berkhidmat dengan tentera.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

88. Sistem demokrasi merupakan satu sistem pentadbiran yang dianggap adil kerana

I sistem undian melalui pilihanraya dijalankan.


II rakyat diberi peluang untuk memilih pemimpin sendiri.
III pemimpin yang dipilih adalah daripada kalangan rakyat negara berkenaan.
IV perlembagaan dijadikan sebagai rujukan utama dalam sistem pentadbiran.

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

89. Istilah ‘value for money’ dalam tadbir urus setiap jabatan dan kementerian kerajaan
bertujuan untuk

A Memastikan kakitangan kerajaan mengamalkan kejujuran, akauntabiliti dan


integrasi.
B Mampu menyampaikan prestasi perkhidmatan secara cekap dan berkesan kepada
para pelanggan.
C Kakitangan kerajaan dapat mengekalkan profesionalisme dalam perkhidmatan dan
menjana potensi modal insan.
D Mengurangkan pembaziran sumber atau dana dan mematuhi undang-undang,
peraturan dan piawaian sedia ada.

180
Soalan 90 berdasarkan penyataan di bawah.

• Mengekalkan institusi kewangan dan korporat


• Meningkatkan daya saingan dalam kalangan
masyarakat untuk menghadapi cabaran globalisasi
dan liberalisasi (Zulhilmi Paidi et al, 2018).

90. X merujuk kepada

A Dasar Ekonomi Baru.


B Dasar Wawasan Negara.
C Dasar Pelan Induk Pertanian.
D Dasar Penerapan Nilai Islam.

91. Kerajaan Malaysia memberi tumpuan utama kepada isu kedaulatan negara kerana

A menjaga kepentingan strategik pertahanan dalam kawasan serantau yang sentiasa


berkonflik.
B memastikan urusan negara dengan kuasa besar lebih mudah untuk dijalankan.
C memastikan keselamatan negara dipertahankan daripada ancaman musuh.
D menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara ASEAN dan serantau.

92. Berikut merupakan dasar yang dilaksanakan dalam tempoh fasa kedua pelaksanaan
sesuatu dasar di Malaysia.

A Wawasan 2020.
B Rancangan Malaysia.
C Dasar Ekonomi Baru.
D Transformasi Nasional.

93. Tujuan melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah

A meningkatkan harga pasaran saham.


B menyusun semula masyarakat di Sabah dan Sarawak.
C menyediakan rangka rancangan ekonomi untuk mencapai Dasar Ekonomi Baru.
D meningkatkan pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB)

181
Soalan 94 berdasarkan penyataan di bawah.

… the term policy designates the behavior of some actors or set of


actors….(Anderson dalam Zulhilmi Paidi et al, 2018).

94. Penyataan ini menjelaskan bahawa

A negara akan menjadi maju melalui perlaksanaan dasar.


B terdapatnya kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta.
C hubungan kerajaan dan rakyat dapat menentukan pembentukan dasar.
D kemajuan ekonomi negara adalah berdasarkan kepada pembentukan dasar
kerajaan.

95. Berikut yang manakah merupakan objektif Dasar Pandang ke Timur ?

I Menjalin hubungan dagangan.


II Memajukan program melicinkan pentadbiran.
III Mengeratkan hubungan dengan semua negara Asia Tengah.
IV Meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara.

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

96. Ciri-ciri Integrasi Nasional negara Malaysia adalah

I menyatu padukan masyarakat.


II melahirkan masyarakat progresif.
III menyeragamkan sukatan pelajaran.
IV mencipta satu corak hidup demokratik.

A I dan IV sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

182
Soalan 97 berdasarkan penyataan berikut.

• Mengeluarkan jentera perindustrian


• Mewujudkan pekerja mahir dalam kejuruteraan
(Zulhilmi Paidi et al, 2018).

97. Penyataan di atas merujuk kepada

A Dasar Sosial Negara.


B Dasar Penswastaan.
C Dasar Perindustrian Berat.
D Dasar Pembangunan Industri Ringan.
98. Yang mana BENAR mengenai dasar luar yang diamalkan oleh Tunku Abdul Rahman?

I Mengadakan hubungan dengan Negara China.


II Mengadakan rancangan untuk mencontohi Jepun dan Korea.
III Mengadakan hubungan dengan British dalam aspek pentadbiran.
IV Memeterai Persetujuan Anglo-Malayan Defence Agreement (AMDA).

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

99. Berikut merupakan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Belia Negara iaitu

I Malaysia Yakin.
II Malaysia Aman.
III Malaysia Prihatin.
IV Malaysia Berbudaya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

100. Faktor utama dalam pembuatan dasar negara adalah

A kerajaan.
B kekuasaan.
C struktur sosial.
D pembentukan rangka rancangan.

183
BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman, & Wan Ramli Wan Mohamad. (1995). Perayaan orang Melayu. Siri
Pengetahuan Popular. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
A. Aziz Deraman. (1994). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (Suatu pengenalan latar
belakang dan sejarah ringkas). Kuala Lumpur: Chahaya Pantai Baru (M).
Abdul Aziz Bari. (1996). Perlembagaan sebagai sebuah pernyataan sejarah dan tradisi
negara. Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996. Anjuran Persatuan
Sejarah Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sejarah UKM.
Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Bari. (2002). Majlis Raja-raja, kedudukan dan peranannya dalam Perlembagaan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Zakaria. (1992). Jentera pentadbiran kerajaan di Malaysia suatu pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahim Abd. Rashid. (1996). Pendidikan sejarah dan proses pembinaan bangsa
Malaysia satu penilaian semula. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Sejarah
Malaysia. Bangi: Persatuan Sejarah Malaysia.
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2008). Pemikiran Perdana Menteri sebagai Asas Membentuk
Dasar Awam. Seminar Dasar Malaysia, Jilid I. Shah Alam, UiTM: UPENA.
Abdul Rahman Embong. (2000). Negara bangsa proses dan perbahasan. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Rahman Haji Ismail. (1996). Sejarah dan proses pemantapan negara –bangsa: Ke
mana hala tuju Malaysia. Kongres Sejarah Malaysia-Sejarah dan Proses Pemantapan
Negara-Bangsa, 26-28 Oktober. Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia dengan
kerjasama Jabatan Sejarah UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Rahman Hj. Abdullah. (1994). Gerakan anti penjajahan di Malaysia 1511–1950:
pengaruh agama dan tarikat. Kuala Lumpur: Kintan.
Abdullah Ahmad. (1987). Tunku Abdul Rahman dan dasar luar Malaysia 1963–1970. Kuala
Lumpur: Berita Publishing.
Abdullah Ayub. (1978). Cara pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Jumain Abu Samah. (1993, Mac). “Melayu” sebagai istilah yang merujuk kepada
nama bahasa dan bangsa. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdullah Zakaria Ghazali, & Khoo Kay Kim (Eds.). (1984). Kebangkitan anti-British di Tanah
Melayu; Sejarah masyarakat Melayu moden. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia.
Abdullah Zakaria Ghazali. (2009). Senario hubungan negeri-negeri Melayu dan Siam
sehingga 1909. Majlis Wacana Warisan: 100 Tahun Perjanjian Bangkok 1909,12-13
Mei. Kuala Lumpur: Auditorium Arkib Negara Malaysia.
Abu Hassan Adam. (1991). Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu.
Ahmad Atory Hussain. (1990). Politik dan dasar awam: Kuala Lumpur. Utusan Publications
& Distributors.

184
Ahmad Atory Hussain. (1993). Pentadbiran dan politik pembangunan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Atory Hussain. (2000). Analisis dasar awam: Peranan kerajaan mengatasi masalah
ekonomi dalam sistem pasaran bebas. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors.
Ahmad Fawzi Basri. (1987). Isu-isu perpaduan nasional: Cabaran, pencapaian dan masa
depan. Sintok: Sekolah Pengajian Asasi, Universiti Utara Malaysia.
Ahmad Idriss Mohd Noor. (1988). Dasar ekonomi baru. Petaling Jaya: IBS Buku.
Aira Kemilainen. (1964). Nationalism: Problems concerning the word, the concept and
classification. Bombay: Jyvaskyla Publisher.
Ali Hj. Ahmad. (1977). Kajian sejarah Melayu. Kuala Lumpu: Fajar Bakti.
Allen, J. de V. (1981). A Collection of Treaties and Other Documents Affecting the State of
Malaya, 1761–1963. London: Ocena Publications.
Alter, P. (1989). Nationalism (Evane, Mc K., Trans). New York: Edward Arnold.
Amarjit Kaur. (1991). Semenanjung Tanah Melayu pada Abad ke-19: Suatu Tinjauan
Ekonomi dalam Masyarakat Melayu Abad ke-19. Jawatankuasa Kolokium. Jabatan
Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Andaya, B. W., & Andaya, L. Y. (1982). A history of Malaysia. London: Macmillan Publishers.
Anderson, J. E. (2000). Public policymaking: Boston:Houghton Mifflin Company.
Anuwar Ali, & Rajah Rasiah. (1996). Perindustrian dan pembangunan ekonomi di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar, M. Syafii. (1991). Nasionalisme sebagai prospek belajar. Prisma, 2(28 ).
Asmah Hj. Omar. (1982). Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum A. Jawan (Eds.). (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Awang Had Salleh. (1974). Pelajaran dan perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke arah perpaduan sebuah perspektif sejarah. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Baker, J. (2005). Crossroads a popular history of Malaysia Singapore. Singapore: MC Times
Editions.
Berita Harian. (2006, 17 Mei) Kenali organisasi dan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu.
Berita Minggu. (1989, 3 Disember).
Braddell, T. (1856). Notes on Naning, with a brief notice of the Naning War. JIAEA, New
Series,1.
Buku Rasmi Tahunan Malaysia 1972, Jilid 5. (1974). Kuala Lumpur: Jabatan Chetak
Kerajaan.
Buletin INTAN, Jil. 21 (Bil . 1). (1977). Institut Tadbiran Awam.
Buyong Adil. (1985). Perjuangan orang Melayu menentang penjajahan: Abad 15-19. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

185
Cees van Beers, & Andre de Moor. (2001). Public subsidies and policy failures: Cheltenham.
Edward Elgar Publishing.
Chamhuri Siwar, & Surathaman Kastin Hasan. (1985). Ekonomi Malaysia: Petaling Jaya.
Longman.
Chamil Wariya. (1989). Dasar luar era Mahathir. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Cheah Boon Kheng, & Abu Talib Ahmad. (1990). Kolonialisme di Malaysia dan negara-
negara lain. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Cheah Boon Kheng. (1979). The masked comrades: A study of the communist united front in
Malaya 1945–48. Singapura: Times Books International.
Cheah Boon Kheng. (1983). Red StarOver Malaya: Resistance and social conflict during and
after the Japanese Occupation of Malaya 1941–1946. Singapura: Singapore University
Press.
Cheah Boon Kheng. (1985). Asal Usul dan Asas Nasionalisme Malaya. Dlm. R. Suntralingam
& Abdul Rahman Ismail (Eds.), Nasionalisme satu tinjauan sejarah. Siri Ekonomi dan
Politik Fajar Bakti. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Cheah Boon Kheng. (1985). Sejarah politik Malaysia tradisional. Modul 1-3. Pulau Pinang:
Pusat Pengajian Luar Kampus, Universiti Sains Malaysia.
Chew Hock Thye. (1979). Masalah perpaduan nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Chin, Aloysius.(1995). The Communist Party of Malaya: The inside story. Kuala Lumpur:
Vinpress.
CO 1030/1417 (1962, 21 Disember). Surat dari Leslie Fry ke Jabatan Asia Tenggara. Pejabat
Luar London.
CO 1030/1471 (1963, 7 Januari). Telegram no. 23.
CO 1030/1471. (1963, 9 Januari). Surat dari Harold Caccia kepada Sir David Ormsby Gore.
Cowan, C. D. (1970). Tanah Melayu kurun kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
D. Manuel. (1993). Glorious Memory. Bibliotheca de Classicos Portuguezes. Dalam National
Archives of Malaysia. Portuguese Documents on Malacca Vol. 1, 1509–1511, Collected,
translated and annotated (M. J. Pintado, Pentj.). Kuala Lumpur: National Archives of
Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru Intipati. (2004). (Mukhriz Mahathir & Khairy Jamaluddin, Peny.) .
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Dasar-Dasar Baru Kerajaan. (1983, 28 Jun). Pekeliling Jabatan Perdana Menteri.
Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia. (1992) Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara
(INTAN).
De Sa, A. B. (1993). Standing orders to Diogo Lopes De Sequeira, sent to discover the town
of Malacca, 12th February, 1508. Dlm. National Archives of Malaysia. Portuguese
Documents on Malacca Vol. 1 1509–1511, Collected, translated and annotated (M. J.
Pintado, Pentj.). Kuala Lumpur: National Archives of Malaysia.
Deutsch, K. W. (1964). Contemporary political science: Toward empirical theory. New York:
Columbia University Press.
DO 169/519. (26 September, 1964). Surat dari Singapura ke Pejabat Luar. No. 582.
Dye, T. R. (1995). Understanding public policy. New Jersey. Prentice Hall.
Easter, D. (2004). Britain and the Confrontation with Indonesia 1960-66. London: Tauris
Academic Studies.
186
Embree, A. T. (1990). Utopias in conflict: Religion and nationalism in Modern India.
Berkeley: University of California Press.
FCO 51/154. (10 Julai, 1970). Research Department Memorandum. The origin and
formation of Malaysia. RR7/1. 23990.
Finer, H. (1949). Theory and practice of modern government (Rivised ed.). Connecticut:
Greenwood Press Publisher.
Friedrich, C. J. (1963). Man and his government. New York. McGraw Hill.
Ghazali Shafie. (1990). Nasionalisme Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Goes, D. de. (1910). Document 6 third part of the chonicle of the most happy king.
Gullick, J. M. A. (1958). Indigenous political system of Western Malaya. London: Universiti of
London Press.
Harold, L. (1962). The public interest. Ed. C. F. Friedrich (Nomos, vol. 5): New York.
Atherton Press.
Harrison, B. (1985). Holding the Fort: Melaka under two flags, 1795–1845. [Monograph No.
14]. London: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Hayes, C. J. H. (1926). Essays on nationalism. New York: Macmillan.
Hayward, Jack & Watson, Micheal (Eds.). (1975). Planning, Politics and Public Policy The
British, French and Italian Experience. London: Cambridge University Press.
Historia: Esei-esei memperingati ulang tahun ke-25 Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Kuala
Lumpur: The Malaysian Historical Society.
Ho Hui Ling. (2000). Pertubuhan-pertubuhan sosiopolitik di Sarawak tahun 1946–1963.
Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah, 28. Universiti Malaya.
Ho Hui Ling. (2009). Ke arah Perjanjian 10 Mac 1909. Majlis Wacana Warisan: 100 Tahun
Perjanjian Bangkok 1909, 12-13 Mei 2009. Kuala Lumpur: Auditorium Arkib Negara
Malaysia.
Horhalim Hj. Ibrahim. (1996). Negeri yang sembilan daerah kecil pusaka adat warisan
kerajaan berdaulat. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Huessler, R. (1981). British rule in Malaya, the MCS and its predecessor, 1867–1942. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Huntington, S. P. (1993). The clash of civilization. Foreign Affairs, 72.
Ibrahim Nik Mahmood. (1974). The To’ Janggut Rebellion of 1915. Dlm. W. R. Roff (Ed.),
Kelantan: Religion, society and poltics in a Malay State. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Idris Jusi. (1975) Sistem politik Melayu tradisi. [Latihan Ilmiah]. Bangi: Jabatan Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Institut Tadbiran Malaysia (INTAN). (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur.
Ismail Yusoff. (2003). Pengenalan sains sosial. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
J. Saravanamutthu. (1982). Rupa bentuk dan perkembangan dasar luar Malaysia sejak
1957. Dlm. Zuraina Majid (Ed.), Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan perbincangan
terhadap beberapa isu dan topik semasa. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Jang Aisjah Muttalib.(1972). Pemberontakan Pahang 1891–1895. Kota Bharu: Pustaka
Aman Press.
Jayum, A. Jawan. (2004). Malaysian politics & government. Shah Alam: Karisma Publications.
K. Ramanathan. (1993). Konsep Asas Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

187
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat 1981–1985. (1980). Kuala Lumpur.
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketiga 1976–1980. (1979). Kuala Lumpur
Kathirithamby-Wells, J. (1983). Orang Belanda di Selat Melaka. Dlm. Zainal Abidin bin
Abdul Wahid (Penyusun), Sejarah Malaysia sepintas lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kedourie, E. (1971). Nationalism in Asia and Africa. London: Hutchinson.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1987, September). Rancangan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah.
Kennedy, J. (2007). History of Malaya (Malaysian Heritage) (Reprint). Kuala Lumpur:
Synergy Media.
Khasnor Johan. (1983). Orang Portugis di Tanah Melayu. Dlm. Zainal Abidin Abdul Wahid
(Penyusun), Sejarah Malaysia sepintas lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Khoo Kay Kim. (1971). Darurat 1948–1960. Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera.
Khoo Kay Kim. (1972). The Western Malay States 1850–1873. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Koentjaraningrat. (1970). Pengantar antropologi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Kohn, H. (1966). Ideologies of the twentieth century. New York: Harpers Torchbooks.
Lee Kuan Yew. (2001). Kisah Singapura, memoir Lee Kuan Yew. Singapore: Times Edition
bersama Singapore Press Holdings.
Lee Yong Leng. (1980). Southeast Asia and law of the sea: Singapura. Singapore University
Press.
Legge, J. D. (1981). Indonesia. (Terjemahan). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lindlblom, C. E. (1980). The policy-making process. New Jersey: Prentice Hall.
Lindlblom, C. E., & Woodhouse, E. J. (1993). The policy making process. New Jersey. Prentice
Hall.
M. Rajendran. (1985). ASEAN’s foreign relation: The shift to collective action. Kuala Lumpur:
Arenabuka.
Malaysia Kita. (1991). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia.
Malaysia Kita. (1991). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Malike Brahim. (2000). Kemasukan Sarawak dalam Malaysia dan perkembangan
politiknya. Dlm. Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi (Eds), Kenegaraan Malaysia, Isu-isu
dan perkembangan. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors.
Marshall, G. (Ed.). (1998). A dictionary of sociology. Oxford: Oxford University Press.
Miller. R. (2007). The story of Malaysia (Malaysian Heritage) (Reprint). Kuala Lumpur:
Synergy Media.
Milne, R. S., & Mauzy, D. K. (1992). Politik dan kerajaan Malaysia (Terjemahan). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Idris Saleh. (1995). Sejarah pembangunan bangsa dan negara. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Mohamed Amin, & Caldwell, M. (1977). Malaysia the making of neo-colony. Nottingham:
Spokeman Books.
Mohamed Salleh Abas. (1985). Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

188
Mohamed Salleh Abas. (1997). Prinsip perlembagaan & pemerintahan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Idris Salleh, Che Su Mustafa, & Fuziah Shafie.(1991). Sejarah pembangunan bangsa
dan negara. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Mohd Noor Abdullah (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mohd Taib Osman. (1989). Masyarakat Melayu, struktur organisasi dan manifestasi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman. (1998). Patriotisme ala- Malaysia. Jurnal IKSEP, 1, 1-7.
Mohd Yusof Ibrahim. (1994). Kepentingan sejarah kepada manusia dan negara. Jebat, 22.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Yusoff Hashim. (1982). The Malay Sultanate of Malacca. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Noor Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Noor Yazid. (2008). Kenapa dar luar Malaysia di Seminar Dasar Malaysia, Jilid II.
bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir berbeza? Shah Alam:
UPENA, UITM.
Mohd. Reduan Haji Asli. (1993). Pemberontakan bersenjata komunis di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muthiah Alagappa. (1987). ASEAN Institutional framework and modus operandi:
Recommendations for change. Dlm. Noordin Sopiee, Chew Lay See & Lim Siang Jin
(Eds), ASEAN at the Crossroads. Kuala Lumpur: ISIS Malaysia.
Nabir Haji Abdullah. (1976). Maahad Il Ihya Assyariff Gunung Semanggol 1934–1959. Bangi:
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nathan, K. S. (1987). Masalah kerjasama politik dan keselamatan. Dewan Masyarakat, 25.
National Archives of Malaysia. (1993). Portuguese documents on Malacca Vol. 1, 1509-1511,
Collected, translated and annotated (M. J. Pintado, Trans.). Kuala Lumpur: National
Archives of Malaysia.
Nazaruddin Mohd Jali, & Asnarulkhadi A. Samah. (1993). Kenegaraan Malaysia 2 – Institusi
dan pentadbiran – Merujuk sejarah dan perlembagaan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Nazaruddin Mohd Jali. (1992). Kenegaraan Malaysia – Sejarah awal, kemerdekaan dan
pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nazaruddin Mohd Jali. (1997). Penubuhan Persekutuan Malaysia. Dlm. Asnarulkhadi Abu
Samah & Jayum A Jawan (Eds.), Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti
Pertanian Malaysia.
Nazarudin Mohd Jali. (2004). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan.
Petaling Jaya: Prentice Hall.
Nazri Muslim, & Johari Talib. (2006). Kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan
Pengajian Umum (SKPU 2006), 13 dan 14 Jun 2006. Anjuran Universiti Teknologi
Malaysia.
New York Times. (1961, 13 November)

189
Nik Anuar Nik Mahmud. (2001). Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nordin Sopiee. (1986). ASEAN and regional security. Singapore: Institute of Southeast Asian
Studies.
Nyce, R. (1973). Chinese new villages in Malaya a community study. Singapore: Malaysia
Sociological Research Institute.
Ongkili, J. P. (1971). Perkembangan Nasionalisme. Jebat, 1
Oong Hak Ching. (2000). Perikatan UMNO-MCA-MIC dan perjuangan ke arah kemerdekaan.
Seminar Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia, 11-13 September
2000. Anjuran Arkib Negara Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, Kuala Lumpur.
Perlembagaan Persekutuan. (1999). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Phang Siew Nooi. (1996). Sistem kerajaan tempatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Purcell, V. (1967). The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Pye, L. W. (1964). Guerilla Communism in Malaya. London: Oxford University Press.
Radin Soenarno. (1961). Malay nationalisme 1896–1941. Journal of Southeast Asian History,
1(1).
Radio Suara Revolusi Malaysia Broadcast. (1970, 26 April). Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia.
Radio Suara Revolusi Malaysia Broadcast. (1975, 12 Jun). Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia.
Ramlah Adam. (1998). Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan: Peranan
golongan nasional dari tahun 1930-an hingga 1957. Jurnal IKSEP, 1.
Ranjit Singh Mahli. (1988). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Federal Publication.
Roff, M. C. (1969). The politics of belonging. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Roff, W. R. (1966). The origin of Malay nationalism. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rohani Ab Ghani. (2009). Dasar British terhadap Indonesia 1945–1967. (Tesis PhD). Bangi:
Pusat Pengajian Sejarah, Sains Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohani Ab.Ghani, & Mohd Idris Saleh. (2004). Kenegaraan Malaysia. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
Rose, R. (1969). Policy making in Great Britain. London: Macmillan.
Rozeman Abu Hassan. (2003). Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dasar luar Malaysia 1970–
1976. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Ruslan Zainuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Ryan, N. J. (1963). The making of Modern Malaya a history from earliest times to the present.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
S. Fawq al-Adal. (1974). A dictionary of diplomacy and international affairs. Beirut:
Maktabah Lebanon.
Sabihah Osman. (1995). Sejarah Brunei menjelang kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sanusi Ahmad. (1991). Dasar Ekonomi Baru dan masa depannya. Kuala Lumpur: Persatuan
Sains Sosial.
190
Shafer, B. C. (1955). Nationalism: Myth and reality. London: V.Gollanz
Shafer, B. C. (1972). Faces of nationalism: New realities and old myths. New York: Macmillan.
Shaikh Mohd Noor Alam S. M Hussain. (1984). Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaikh Mohd Noor Alam. (1988). Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shellabear, W. G. (Penyusun). (1981). Sejarah Melayu. Singapore: Malaya Publishing House.
Sheppard, M. (1967). The tomb of Dato Abdul Said Dato’ Naning. Malaysia in History, 10, 1
Shukor Omar. (2006). Malay business. Subang Jaya: Pelanduk Publications.
Shukri Ahmad. (2003). Aliran pengajian agama: Satu anjakan paradigma di abad ke-20.
Seminar Hubungan Malaysia-Indonesia pada 8 dan 9 April di Universiti Islam Riau.
Sivamurugan Pandian. (2006). Abdullah Ahmad Badawi satu tahun di Putrajaya. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Soedjatmoko. (1991). Nasionalisme sebagai prospek belajar. Prisma, 2.
Stenson, M. (1980). Class, race and colonialism in West Malaysia. St. Lucia: University of
Queensland Press.
Stockwell, A. J. (1979). British policy and Malay politics during the Malayan Union
experiment, 1942–1948. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
(MBRAS).
Sufean Hussin. (1993). Pendidikan di Malaysia sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sunday Times. (1961, 5 November).
Suwarsono, P. J. (1985). Perkembangan nasionalisme di Eropah. Basis, 34.
Syed Husin Ali. (1983, Ogos). Menanam semangat nasionalisme tulin melalui sastera.
Dewan Sastera.
Syed Omar Syed Agil al-Attas (1995). Wawasan pembangunan negara tahun 2020
pengindustrian, moral dan keilmuan. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda
(INMIND).
Tarling, N. (2001). Imperialism in Southeast Asia ‘A Fleeting Passing Phase’. London:
Routledge.
The Malay Mail. (1963, 17 September).
Thock Ker Pong. (2005). Ketuanan politik Melayu pandangan kaum Cina. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Tun Mohd Salleh Abas. (1989). Parlimen Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan
Pustaka.
Tun Mohd Suffian Hashim. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tun Salleh Abas. (1997). Prinsip Perlembagaan dan pemerintahan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. (1977). Looking back. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. (1977). Looking back: Monday musings and memoirs,
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Utusan Malaysia. (1989, 28 November)
Utusan Malaysia. (2009, 22 Disember). 39 staf JKR terlibat bekerja di rumah.

191
Utusan Malaysia. (2010, 4 Julai). Kajian pakar UKM sahkan Melayu penduduk asal Malaysia.
Vahid, S. A. (1992). Thought and reflections of iqbal. Lahore: Sh. Mohammed Ashraf.
Wahba, M. (1994). Baling membuka jalan damai. Kajang: Masa Enterprise.
Wan Halim Othman. (1993). Panduan pembinaan warga Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Kajian Dasar.
Wan Hamzah Awang. (1985) Detik sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Wan Hashim Wan Teh, & Ismail Hamid (Penyelenggara). (1998). Nilai budaya masyarakat
desa kajian etnoggrafi di Wang Kelian, Perlis, Jilid I. Kala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wehr, H. (1961). A dictionary of modern written Arabic. Edited by J.Milton Cowan.
Wiesbaden: Otto Harrassowitz.
Wheare, K. C. (1964). Federal Government (4th ed.). New York: Oxford University Press.
Winstedt, R. O. (1965). The Malays a cultural history. London: Routledge & Kegan Paul.
Winstedt, R. O. (1969). Malay and its history. London: Hutchinson University Library.
Wu Min Aun. (1981). Pengenalan kepada Sistem Perundangan Malaysia. Kuala Lumpur:
Heinemann (M).
Yusof Ismail. (1993). Dasar-dasar kerajaan Malaysia: Tinjauan menyeluruh. Kuala Lumpur:
A. S. Noordeen.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1970). Malaysia: Warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1971). Sejarah Malaysia sepintas lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1984). In Muhammad Abu Bakar, Amarjit Kaur & Abdullah
Zakaria Ghazali (Eds.), The formation of Malaysia: The role of the Malaysia Solidarity
Consultative Committee (pp. 129–457). Kuala Lumpur: The Malaysian Historical
Society.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1997). Kesultanan Melayu Melaka pentadbiran kuno atau
moden? Siri Syarahan Tun Perak II. Anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia (IKSEP).
Zainal Abidin Ahmad, & Mazlan Zulkifli. (2003). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Open
Universiti.
Zainal Kling. (1985). Pendidikan kewarganegaraan: Aspek seni dan nilai. Dlm. Adnan Hj
Awang (Ed.), Pendidikan dan Kewarganegaraan di Malaysia. Kuala Lumpur: GPMS.
Zeenath, K. (2003). A philosophical critique of nationalism: Reflections of iqbal. American
Journal of Islamic Social Science, 20(2), 1–25.
Zulhilmi Paidi. (2003). Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Dlm. Zulhilmi Paidi
& Rohani Ab. Ghani (Eds.), Masyarakat di Malaysia. Siri Kenegaraan Malaysia.
Selangor: PTS Publications and Distributor.
Zulhilmi Paidi. (2003). Propaganda dan strategi perang saraf: Meninjau pengalaman
darurat 1948–1960 di Tanah Melayu. Dlm. Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (Eds.),
Hubungan luar antarabangsa. Pahang: PTS Publications & Distributors.
Zurinah Hassan. (1994). Huraian 9 Cabaran Wawasan 2020. Shah Alam: Pewarna.

192
193

You might also like