Contoh Surat Pengesahan Penjagaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Has Bas Binti Romli

1242, Lorong Angsana 38,


Taman keladi,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Kepada:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 11, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan 28 Oktober 2023

Tuan/Puan

PER: PENGAKUAN HAK PENJAGAAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas,

2. Adalah dengan ini saya Has Bas Binti Romli (Ibu) membuat pengakuan kepada
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) bahawasanya anak kandung saya Hafizul
Hisham Bin Zulkefli (pesara) adalah dibawah hak penjagaan saya sepenuhnya.

3. Sebagai makluman tuan/puan, hak penjagaan ini berlaku kerana pesara telah
mengalami sakit strok otak dan lumpuh separuh badan dan semakin teruk sehingga ke seluruh
badan semenjak hari pertama keluar dari hospital pada tahun 2021 ditambah pula isterinya
telah menuntut penceraian di mahkamah syariah pada tahun 2023 ini.

4. Bersama surat ini saya sertakan juga surat kelulusan bantuan dari pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat kepada pesara melalui saya selaku penjaga kepada pesara.

5. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah
saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

___________________
(Has Bas Binti Romli )

You might also like