Kerja Kursus Geografi STPM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kualiti bermaksud darjah kecemerlangan
biasanya yang tinggi dan bermutu. Manakala, penduduk bermaksud orang yang
menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri dan lain-lain) dalam sesuatu tempoh masa
tertentu. Menurut Buku Rujukan STPM Geografi Sasbadi yang ditulis oleh Hj. Rusly
Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah, kualiti penduduk merujuk kepada taraf
penduduk, kemahiran, kesihatan dan sikap penduduk di sesebuah negara.
Menurut artikel akhbar Utusan Sarawak yang bertajuk Program Vaksinasi HPV
perlu diperkenalkan Semula bertarikh 2 Julai 2021 yang ditulis oleh Carolyne Utih,
menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa
Vaksin HPV dapat mencegah jangkitan HPV dan melindungi individu daripada 90
peratus kanser berkaitan HPV. Beliau juga menegaskan Kementerian Kesihatan
Malaysia prlu mengutamakan pelaksaan program vaksinasi komprehensif pada 2023
untuk remaja perempuan.
Melihat kepada kajian, tahap kesihatan penduduk di sesuatu kawasan sangat
penting dalam mempengaruhi kualiti penduduk sesuatu kawasan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, tahap kesihatan penting untuk kesejahteraan yang sempurna dari
segi fizikal , mental dan sosial serta bebas dari sebarang penyakit dan tidak berdaya.
Taraf kesihatan yang tinggi dapat melahirkan buruh yang sihat dan mampu
menyumbang tenaga dalam pembangunan negara.
Oleh hal yang demikian, satu kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk
mengenal pasti kualiti penduduk di satu pekan kecil iaitu Pekan Betong, Sarawak.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini, terdapat empat objektif kajian dalam melaksanakan kajian
kerja kursus Geografi Semester 3:

2.1 Mengkaji kualiti penduduk di kawasan Pekan Betong:

2.1.1 Melakar peta kedudukan institusi pendidikan, institusi kesihatan, pusat


latihan, pusat kemahiran dan kawasan rekreasi dan riadah,
2.1.2 Membina jadual tahap kualiti penduduk di kawasan Pekan Betong, dan
2.1.3 Melukis graf tahap kualiti penduduk di kawasan Pekan Betong.

2.2 Mengenal pasti faktor yang mempengarui kualiti penduduk di kawasan Pekan
Betong.

2.3 Membincangkan kesan kualiti penduduk terhadap sosioekonomi di kawasan


Pekan Betong.

2.4 Menghuraikan cadangan untuk mempertingkatkan kualiti penduduk di


kawasan Pekan Betong.

2
3.0 LOKASI KAJIAN

Bahagian Betong ialah salah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri
Sarawak. Betong memiliki keluasan sebanyak 4180 kilometer persegi dan merupakan
bahagian pentadbiran paling kecil di Sarawak. Bahagian Betong dipecahkan kepada
empat daerah, iaitu Betong, Kabong, Pusa dan Saratok serta lima daerah kecil iaitu,
Debak, Roban, Maludam, Spaoh dan Budu. Jumlah penduduk ialah seramai 105743
orang pada tahun 2010.

Peta 1 : Peta Betong

3
Peta 2 : Peta Lakar Kawasan Pekan Betong

4
3.1 Ciri Fizikal Kawasan Kajian

Ciri fizikal yang terdapat di Bandar Kecil Betong adalah terdapat beberapa
kawasan yang dipenuhi dengan belukar dan hutan yang masih belum diteroka.
Bandar Kecil Betong mempunyai jalan raya yang beralun dan tanah pamah yang
landai yang sesuai digunakan untuk kawasan pembinaan. Selain itu, terdapat juga
tanah yang berbukit bukau di sekitar Betong yang dijadikan tempat pembangunan
petempatan.

Gambar 1: Jalan raya yang Gambar 2: Kawasan belukar


lurus

3.2 Ciri Budaya Kawasan Kajian

Ciri budaya yang terdapat di Bandar Kecil Betong adalah kawasan ini
menyediakan kemudahan asas seperti tandas awam, dilengkapi dengan tiga buah
pondok rehat dan gerai-gerai runcit yang menjual pelbagai keperluan asas penduduk
di kawasan sekitar. Terdapat juga gerai-gerai yang menyediakanpelbagai jenis
makanan dan minuman. Di Pasar Baru Betong juga mempunyai sebuah tasik iatu
Tasik Medan yang dijadikan tempat rekreasi dan riadah penduduk setempat. Terdapat
juga pelbagai institusi pendidikan seperti Centexs, Politeknik Betong dan Kolej
Komuniti. Selain itu, terdapat juga petempatan penduduk iaitu Kuarters Perumahan
Kerajaan.

5
Gambar 3: Politeknik METro Gambar 4: Tasik Rekreasi
Betong Medan

4.0 KAEDAH KAJIAN


Dalam penyelidikan ini, penyelidik memperoleh maklumat berbentuk data primer dan
data sekunder melalui pelbagai kaedah :

4.1 Data Primer

4.1.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji


semasa menjalankan kajian. Pengkaji dan kumpulan telah pergi ke lokasi kajian iaitu
Bandar Kecil Betong, Sarawak dan memerhatikan sendiri kawasan kajian yang
dipilih. Kaedah ini membolehkan pengkaji menganalisis dan meneliti seterusnya
mencatatkan segala maklumat yang dikaji. Kaedah pemerhatian telah dilakukan oleh
pengkaji pada 28 Oktober 2022 bersamaan pada hari Jumaat. Pengkaji juga
mengambil beberapa gambar dengan menggunakan telefon untuk dijadikan sebagai
bahan bukti kajian yang telah dilaksanakan.

4.1.2 Soal Selidik

6
Kaedah soal selidik telah dijalankan oleh pengkaji untuk mendapatkan data
bagi menyiapakan dapatan kajian. Semasa melakukan soal selidik, 30 orang
responden telah disoal secara rawak di mana responden terdiri daripada penduduk di
Bandar Kecil Betong. Borang soal selidik telah disediakan dan soalan berkaitan
dengan kualiti penduduk di sekitar kawasan kajian telah ditanya. Antaranya adalah
berkaitan dengan tahap pendidikan, tahap kesihatan, sikap penduduk dan kemahiran
penduduk di kawasan kajian. Jawapan responden telah direkodkan dan dijadikan
sebagai data bagi dapatan kajian.

4.2 Data Sekunder

4.2.1 Rujukan Perpustakaan

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui


kaedah rujukan perpustakaan. Pengkaji telah merujuk surat khabar, majalah,
internet dan Kamus Dewan Edisi ke-4. Pengkaji telah mencari banyak perkataan
dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.

5.0 DAPATAN KAJIAN


5.1 Kualiti Penduduk di Kawasan Pekan Baru Betong

5.1.1 Peta Lakar Kedudukan Institusi Pendidikan, Institusi Kesihatan, Pusat


Kemahiran dan Kawasan Rekreasi dan Riadah.

7
Peta 3: Peta Lakar Kedudukan Kualiti Penduduk

8
5.1.2 Jadual Tahap Kualiti Penduduk di Kawasan Pekan Baru Betong

Domain 1 Soalan Tidak % Setuju % Sangat % %


Setuju Setuju
S1 1 3.33 21 70.00 8 26.67

Pendidikan S2 6 20.00 14 46.67 10 33.33 72.96

S3 4 13.3 16 53.3 10 33.33

S1 5 `16.67 18 60.0 7 23.33

Kesihatan S2 4 13.33 20 66.67 6 20.0 62.96

S3 18 60.0 8 26.7 4 13.33

S1 19 63.33 10 33.3 1 3.33

Kemahiran S2 16 53.33 12 40.0 2 6.67 51.11

S3 13 43.3 14 46.7 3 10.0

S1 0 0.00 23 76.67 7 23.33

Sikap S2 19 63.33 7 23.33 4 13.33 64.81

S3 3 10 21 70.0 6 20.0

Jadual 1: Jadual Tahap Kualiti Penduduk Di Kawasan Pekan Baru Betong

5.1.3 Graf Tahap Kualiti Penduduk di Kawasan Pekan Baru Betong

9
Graf 1: Graf Kualiti Tahap Penduduk Mengikut Domain di Kawasan Pekan
Baru Betong

10
Berdasarkan graf 1.0, terdapat empat domain utama tahap kualiti penduduk di
kawasan Pekan Baru Betong yang dikaji iaitu tahap pendidikan, tahap kesihatan,
tahap kemhiran dan sikap positif penduduk.
Domain pertama yang dikaji ialah tahap pendidikan. Berdasarkan hasil kajian
yang telah dikaji oleh pengkaji, daripada keseluruhan 30 orang responden yang telah
disoal selidik, seramai seorang yang tidak bersetuju manakala jumlah responden yang
telah bersetuju meningkat kepada seramai 21 orang daripada jumlah responden yang
tidak bersetuju. Manakala 8 orang responden lagi sangat bersetuju bahawa terdapat
institusi pendidikan swasta dan kerajaan di kawasan berdekatan kediaman mereka.
Hal ini menyebabkan peratus keseluruhan bagi domain yang pertama iaitu tahap
pendidikan adalah paling tinggi daripada semua domain iaitu sebanyak 72.96%
daripada keseluruhan responden. Buktinya, terdapat institusi pendidikan seperti Kolej
Politeknik METro Betong dan Kolej Komuniti di Pekan Baru Betong.
Domain kedua yang telah dikaji ialah tahap kesihatan. Berdasarkan hasil kajian
pengkaji, bagi soalan pertama dan kedua, jumlah responden yang tidak bersetuju
adalah masing-masing seramai 16.67% dan 60.0% daripada keseluruhan responden.
Jumlah ini meningkat bagi responden yang bersetuju di mana jumlah kedua-dua
adalah seramai 60.0% dan 66.67% masing-masing. Jumlah responden yang sangat
bersetuju juga lebih tinggi berbanding yang tidak bersetuju di mana jumlahnya adalah
seramai 23.33% dan 20.00% bagi kedua-dua soalan. Bagi soalan ketiga pula, jumlah
responden yang tidak bersetuju adalah seramai 60.00% orang lebih tinggi berbanding
yang bersetuju dan sangat bersetuju di mana masing- masing adalah sebanyak 26.7%
dan 13.3% sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kesihatan di kawasan Pekan
Baru Betong adalah tinggi kerana kurangnya responden yang sedang mendapatkan
rawatan kesihatan. Hal ini disebabkan ramai responden tidak memerlukan rawatan
secara berkala dan tidak mempunyai penyakit yang perlu dipantau.
Domain ketiga yang telah dikaji ialah tahap kemahiran. Berdasarkan hasil kajian,
daripada keseluruhan 30 responden, seramai 19 orang tidak bersetuju dengan soalan
pertama di mana kebanyakkan responden tidak mahir dalam menghasilkan
kraftangan. Jumlah yang bersetuju dan sangat bersetuju juga menurun di mana
masing-masing adalah seramai 10 orang dan seorang bagi soalan pertama. Manakala,
seramai 13 orang bersamaan 43.3% tidak bersetuju manakala jumlah responden yang
bersetuju meningkat kepada 14 orang iaitu sebanyak 46.7% responden bagi soalan
ketiga. Manakala, 3 orang responden bersamaan 10.0% pula sangat setuju bahawa

11
mereka mahir dalam bidang pastri dan kulinari. Hal ini menyebabkan peratus
keseluruhan domain tahap kemahiran adalah sebanyak 51.11% daripada keseluruhan
responden. Buktinya, terdapat institusi kemahiran di kawasan Pekan Baru Betong
seperti Centexs.
Domain yang keempat ialah sikap penduduk. Berdasarkan hasil kajian, bagi
soalan pertama, jumlah responden yang bersetuju adalah sebanyak 23 orang
bersamaan 76.67% manakala yang sangat bersetuju adalah seramai 7 orang
bersamaan 23.33% daripada keseluruhan responden. Bagi soalan ketiga pula, jumlah
yang tidak bersetuju juga lebih kecil berbanding yann bersetuju dan tidak bersetuju di
mana jumlahnya hanya seramai 3 orang bersamaan 10.0%. Bagi jumlah yang
bersetuju dan sangat setuju adalah seramai 21 orang dan 6 orang.Hal ini jelas
menunjukkan kebanyakkan responden kerap menyertai aktiviti sosial di kawasan
perumahan masing- masing. Buktinya, kawasan perumahan sering mengadakan
aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan masing-masing

12
5.2 Faktor yang Mempengaruhi Kualiti Penduduk di Kawasan Pekan Baru
Betong

Faktor pertama yang mempengaruhi kualiti penduduk di kawasan Pekan Baru


Betong adalah disebabkan bilangan kemudahan dan pembangunan institusi
pendidikan yang semakin bertambah. Hal ini dikatakan demikian kerana kemudahan
dan pembangunan institusi pendidikan seperti kolej, IPTA dan IPTS telah banyak
membuka peluang kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut mendapatkan
pendidikan dari peringkat pra sekolah sehingga ken peringkat yang tinggi. Hal ini
menyebabkan kadar celik huruf meningkat sekaligus dapat mengurangkan kadar buta
huruf dan mengelakkan adanya kanak-kanak tercicir daripada menerima pendidikan
seawal pra sekolah. Tambahan lagi, terdapat juga pendidikan menengah yang
menyediakan latihan kemahiran tenaga buruh mahir untuk penduduk seperti Kolej
Teknik Vokasional yang berada berhampiran dengan Pekan Baru Betong. Keadaan ini
dapat melahirkan tenaga buruh mahir tempatan yang berpengetahuan dan berkualiti
untuk pembangunan negara.

Gambar 5: Ko
Bet
Seterusnya, kualiti penduduk di kawasan Pekan Baru Betong juga dipengaruhi
oleh kemudahan prasarana dan kepakaran kesihatan yang semakin berkualiti dan

13
meluas. Hal ini kerana terdapat akses kesihatan yang baik seperti kemudahan klinik,
hospital dan farmasi untuk meningkatkan kualiti penduduk di kawasan tersebut Pekan
Baru Betong. Impaknya, peningkatan tahap kesihatan dapat meningkatkan kadar
kelahiran, menambahkan jangka hayat penduduk dan mengurangkan kadar kematian
penduduk di kawasan kajian. Tambahan lagi, penduduk juga dapat melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memantau taraf kesihatan diri.

Gambar 7: Klinik Kesihatan 1 Gambar 8: Hospital Betong


Malaysia

Selain itu, kualiti penduduk di kawasan Pekan Baru Betong juga dipengaruhi oleh
peningkatan pembangunan pusat kemahiran di kawasan tersebut. Peningkatan pusat
kemahiran ini telah menyebabkan ramai penduduk di kawasan tersebut dapat
menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran teknologi dan maklumat (ICT),
kemahiran membuat pastri dan kulinari serta kemahiran pembinaan. Buktinya,
terdapat pusat kemahiran komputer iaitu Kedai Infotech dan bengkel mekanik yang
menyediakan perkhidmatan yang baik. Kesannya, penguasaan pelbagai kemahiran
dalam setiap bidang dapat melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir untuk
meningkatkan ekonomi kawasan setempat dan negara Malaysia.

Gambar 9: Pusat Komputer Gambar 10: Kedai Mekanik


DiInfotech
samping itu, kualiti penduduk di kawasan kajian juga dipengaruhi oleh
pertambahan kawasan rekreasi dan kawasan beragama di Pekan Baru Betong. Hal ini

14
disebabkan penduduk tempatan dapat berkomunikasi sesama mereka dengan mudah
jika mereka dapat berkumpul beramai-ramai melalui aktiviti sosial yang dilaksanakan.
Contohnya aktiviti bergotong-royong di kawasan perumahan dan tempat beribadat.
Lantaran itu, kecekapan berkomunikasi antara satu sama lain dapat mengeratkan
hubungan harmoni dan kesejahteraan antara penduduk. Impaknya, ini akan
melahirkan sikap positif dalam kalangan penduduk dan dapat diamalkan dalam
kehidupan seharian seperti di tempat kerja, sekolah dan kawasan perumahan masing-
masing. Keadaan ini dapat membentuk persekitaran tempat kerja yang kondusif dan
sejahtera.

Gambar 11: Gereja Holy Gambar 12: Tempat


Church Melakukan Ibadat dan
Berkumpul

5.3 Kesan Kualiti Penduduk Terhadap Sosioekonomi di Kawasan Pekan Baru


Betong

15
Kesan kualiti penduduk terhadap sosioekonomi di Pekan Baru Betong telah
menyebabkan kewujudan kemudahan pendidikan. Hal ini menyebabkan penduduk
tempatan dapat belajar di institusi pendidikan yang telah dibangunkan untuk pelbagai
peringkat. Kesannya, kadar buta huruf di kawasan tersebut akan berkurangan dan
penduduk yang berpendidikan tinggi akan meningkat. Impaknya, ini dapat melahirkan
golongan tenaga kerja yang pakar dan berkualiti untuk menceburi pelbagai bidang
bagi memajukan ekonomi di kawasan tersebut dan membawa kepada kemajuan
kawasan Pekan Baru Betong.
Kualiti penduduk juga telah menyebabkan pertambahan pelbagai pusat kemahiran
di kawasan Pekan Baru Betong. Hal ini menyebabkan ramai penduduk telah bergiat
aktif dalam pelbagai aktiviti kemahiran yang telah disediakan di kawasan tersebut.
Buktinya, di kawasan Pekan Baru Betong terdapat beberapa kedai pembuatan roti,
bengkel kereta dan pusat komputer telah meningkatkan tahap kemahiran penduduk di
kawasan tersebut. Keadaan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk yang tidak menceburi bidang pendidikan. Hal ini dapat meningkatkan
pendapatan seseorang individu apabila mereka mengaplikasikan kemahiran dalam
memberikan perkhidmatan kepada pengguna di sekitar kawasan tersebut. Tambahan
lagi, peningkatan pelbagai kemahiran dapat mengembangkan pelbagai sektor ekonomi
di kawasan Pekan Baru Betong kerana penduduk di kawasan tersebut tidak perlu
bergantung kepada pusat kemahiran lain yang berada jauh dari kawasan kediaman
mereka.
Seterusnya, kualiti penduduk juga telah mengubah sosioekonomi di Pekan Baru
Betong apabila pembinaan kemudahan perubatan dilakukan. Hal ini dikatakan
demikian kerana kualiti perkhidmatan kesihatan telah bertambah baik dapat
memudahkan penduduk mengakses pusat kesihatan jika sebarang isu kecemasan
berlaku. Hal ini menyebabkan penduduk mempunyai tubuh badan yang sihat dan
tidak mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Kesannya, kualiti kesihatan penduduk
menjadi tinggi menyebabkan penduduk di kawasan tersebut mempunyai tubuh badan
yang kuat dan cergas untuk melakukan aktiviti harian dan berpotensi menjadi tenaga
kerja yang berkualiti untuk meningkatkan taraf ekonomi di kawasan tersebut. Hal ini
akan menyebabkan ekonomi di kawasan tersebut berkembang.
Di samping itu, kualiti penduduk juga telah membentuk budaya kerja yang baik
dan bermutu tinggi di kawasan Pekan Baru Betong. Hal ini disebabkan penduduk di

16
kawasan tersebut mempunyai hubungan yang baik dan sejahtera antara satu sama lain
dan mengamalkan amalan yang baik mengikut agama masing-masing. Hal ini kerana
kewujudan tempat beribadah seperti gereja dan masjid yang dijadikan tempat
bersosial untuk penduduk bertegur sapa dan membuat aktiviti beribadah. Malah
terdapat juga sistem jawatankuasa telah diwujudkan pada taman perumahan yang
disertai oleh penduduk yang tinggal di kawasan tersebut dapat meningkatkan
perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk.

5.4 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Kualiti Penduduk di Kawasan


Pekan Baru Betong

17
Antara cadangan mempertingkatkan kualiti penduduk di kawasan Pekan Baru
Betong adalah dengan memperbanyakkan institusi pendidikan dan kesihatan di
kawasan kajian. Hal ini kerana kawasan tersebut tidak mempunyai banyak IPTA dan
IPTS untuk pelajar meneruskan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Contohnya,
universiti awam dan swasta yang menawarkan kursus-kursus pendidikan yang lebih
meluas untuk penduduk tempatan. Keadaan ini dapat mengurangkan kadar buta huruf
dan melahirkan lebih ramai pakar dalam setiap bidang.
Seterusnya, cadangan untuk meningkatkan kualiti penduduk di kawasan Pekan
Baru Betong adalah dengan menganjurkan bengkel-bengkel kemahiran untuk
penduduk tempatan. Hal ini kerana penganjuran bengkel-bengkel seperti bengkel
menghasilkan kraftangan, bengkel pembuatan barangan elektrik dan elektronik serta
bengkel membuat pastri dan kulinari dapat menarik minat penduduk tempatan untuk
menyertainya. Impaknya, bengkel seperti ini dapat mencungkil bakat dan kemahiran
penduduk tempatan dalam menghasilkan pelbagai barangan dan keperluan untuk
dipasarkan. Maka, ekonomi kawasan setempat dapat meningkat dan dimajukan.
Di samping itu, cadangan yang seterusnya adalah dengan membina institusi
kesihatan di kawasan Pekan Baru Betong dengan lebih banyak dan dilengkapi dengan
tenaga pakar kesihatan. Hal ini dikatakan kerana institusi kesihatan di kawasan kajian
masih kurang dan berada agak jauh dari kawasan pekan. Malah, tenaga pakar dan
mahir dalam bidang kesihatan juga berkurangan. Sebagai contoh, Hospital Betong
yang berada 10 kilometer dari kawasan pekan tidak memiliki begitu banyak tenaga
pakar untuk merawat pesakit. Kesannya, penduduk mempunyai kesukaran dalam
mendapatkan rawatan dan menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan rawatan di
hospital yang lebih jauh.

Cadangan yang seterusnya adalah dengan menambahkan pusat beribadah di


kawasan Pekan Baru Betong. Hal ini kerana kawasan tersebut tidak mempunyai
banyak pusat beribadah untuk penduduk yang pelbagai agama dan bangsa. Sebagai

18
contoh, masjid untuk penduduk beragama Islam dan tokong untuk penduduk
beragama Buddha. Pembinaan pusat beribadah yang pelbagai untuk setiap agama
dapat membentuk penduduk yang patuh kepada perintah agama dan sentiasa
berfikiran postif. Hal ini dapat menyebabkan hubungan yang baik dan sejahtera dalam
kalangan penduduk.

6.0 KESIMPULAN KAJIAN

19
Melalui kajian yang dikaji, pengkaji dapat mengetahui tahap kualiti penduduk di
kawasan Pekan Baru Betong secara menyeluruh. Pengkaji juga dapat mengetahui
kedudukan institusi-institusi pendidikan, pusat kemahiran, pusat kesihatan dan tempat
rekreasi dan sosial di kawasan kajian. Melalui kajian ini, pengkaji dapat
mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kualiti penduduk di kawasan Pekan Baru
Betong iaitu bilangan pusat pendidikan yang tinggi, kemudahan kepakaran kesihatan
yang banyak, peningkatan pembangunan pusat kemahiran dan pertambahan kawasan
berekreasi dan beragama. Melalui kajian ini juga pengkaji juga dapat mengetahui
kesan kualiti penduduk terhadap sosioekonomi di kawasa kajian seperti kewujudan
kemudahan sosial dan pusat kemahiran yang pelbagai, pembinaan kemudahan
perubatan dan pertambahan kawasan beribadah. Oleh hal yang demikian, pengkaji
dapat mencari beberapa cadangan untuk meningkatkan kualiti penduduk di kawasan
Pekan Baru Betong. Antaranya adalah dengan membina universiti yang pelbagai,
menambah jumlah klinik dan hospital, tempat beribadah dan pusat kemahiran.

7.0 RUJUKAN

20
Rujukan Internet
Incham Anak Manggat, Rajwani Mohd Zain, Zakiyah Jamaluddin, 2021, Kualiti
Hidup Peserta Skim Salcra di Betong Sarawak, Journal of Borneo Social
Transformation Studies, Vol. 7, Number 1.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/3605/2351

Rujukan akhbar
Carolyn Utih, 2021. Program Vaksinasi HPV, Utusan Sarawak, 2 Julai.

Rujukan Buku
Kamus Dewan, 2015. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah. Edisi 2022. Teks Pra-U STPM
Geografi Semester 1. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

Rujukan Terbitan Rasmi


Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Bahagian Betong, 2022, 95700 Betong

8.0 LAMPIRAN

21
22
23

You might also like