Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR


34900 PANTAI REMIS
PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL : 05-6775795

“ PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”


Rujukan Kami : PIBG.SKP.600-3/5/32/(1)
Tarikh : 21 September 2022

Yang Berhormat
Encik Azman Bin Noh
Pusat Khidmat ADUN Pengkalan Baharu,
No. 7, Taman Ilham,
32400 Ayer Tawar, Perak.
PERAK DARUL RIDZUAN

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PANCHOR 2022/2023

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara yang di atas.

2. Adalah dimaklumkan SK Panchor akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah seperti
ketetapan berikut:-

Tarikh : 9 Februari 2023


Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SK Panchor

3. Sehubungan dengan itu, sukacitanya pihak kami menjemput Yang Berhormat untuk merasmikan majlis
tersebut pada 9 Februari 2023, pada pukul 8.45 pagi bertempat di Dewan SK Panchor.

4. Besarlah harapan kami agar Yang Berhormat dapat meluangkan masa untuk menyempurnakan
perasmian tersebut.

5. Perhatian daripada Yang Berhormat amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ISMAIL BIN ABD KARIM)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Panchor,
Pantai Remis, Perak.

You might also like