Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Alma


Jalan Alma, 14000 Bukit Mertajam, Telefon : 04-5525784
Seberang Perai Tengah, Faks : 04-5513316
Pulau Pinang. Email :pba0001@jpnpp.edu.my

Ruj. Kami : SKA(TUM)700-8/3/1(1)


Tarikh : 3 Oktober 2022

Ketua Pegawai
Agensi AntiDadah Kebangsaan
Seberang Perai Tengah
JKR 370 Jalan Kulim,
14000 Bukit Mertajam

Tuan/Puan,

MEMOHON KHIDMAT PAMERAN DAN CERAMAH MINGGU ANTIDADAH 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit HEM, Sekolah Kebangsaan Alma ingin memberi
pendedahan kepada semua guru dan murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Sehubungan
itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran untuk mendapatkan khidmat pameran dan ceramah
sempena Minggu AntiDadah Peringkat Sekolah mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 11 hb Oktober 2022 (Selasa)


Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi (Ceramah)
8.30 pagi – 12.00 tengah hari (Pameran)
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Alma
Sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Alma

3. Semoga kerjasama antara pihak tuan dan sekolah dapat memberi manfaat kepada semua
warga sekolah. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………….
(FAZLIYATON BINTI AHMAD SUHAIMI)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Alma

You might also like