Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG JAYA


JALAN SERULING 56, OFF JALAN LANGAT,
41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA
PENYEDIAAN BILIK DARJAH
ABAD KE-21
1.0 Rasional

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan


kurikulum. Menjelang abad ke-21, murid perlu mendapat segala kemudahan
yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Sehubungan itu, perubahan perlu bermula daripada pengurusan kelas.
Suasana kelas perlu berada dalam keadaan kondusif dan sudut-sudut yang
berunsurkan PAK-21 perlu diwujudkan. Pengajaran dan Pemudahcaraan juga
perlu berorientasikan pendekatan PAK-21. Kemudahan pengunaan bahan
digital dan elektronik yang berkaitan teknologi maklumat dan telekomunikasi
(TMK) perlu diwujudkan pada zaman kini. Guru-guru perlu beralih kepada
beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk
abad ke-21 sangat mencabar.

2.0 Matlamat

Mewujudkan satu bilik Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) di sekolah,


seterusnya melahirkan murid-murid bercirikan abad ke-21. Diharap melalui
pendekatan ini dapat mewujudkan pembangunan murid secara menyeluruh
dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

3.0 Objektif

1. Mewujudkan bilik PAK21 yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran kondusif untuk keselesaan murid
melalui amalan pengajaran yang efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
4. Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dalam aspek teknologi
maklumat dan telekomunikasi (TMK).
5. Mengembangkan budaya inovasi dalam kalangan guru dan murid.
6. Memastikan pembelajaran bermakna berlaku di sekolah dengan
kemudahan yang disediakan.

4.0 Sasaran

1. Semua guru dan kakitangan SK Taman Klang Jaya.


2. Semua murid SK Taman Klang Jaya.
3. Komuniti setempat / ibu bapa dan penjaga.

5.0 Pelaksanaan

Penyediaan bilik abad ke-21 ini meliputi tiga aspek utama iaitu mewujudkan
satu bilik yang kondusif, menyediakan sudut-sudut berkonsepkan
pembelajaran dan membudayakan pembelajaran dan pemudahcaraan
pembelajaran abad ke-21.
1. Bilik khas kondusif

Persekitaran fizikal bilik khas (PAK21) sangat penting bagi pembelajaran


kerana boleh menggalakkan atau menghalang berlakunya sesi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Persekitaran yang teratur, selesa dan
ceria mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang
menyeronokkan kepada murid. Persekitaran fizikal di dalam sesuatu bilik
khas merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk, sumber
bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, pencahayaan,
pengudaraan, perabot dan kebersihan. Bilik abad ke-21 ini memberi
penekanan khusus terhadap bilik khas yang bermaklumat dan kondusif
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susun atur bilik ini mesti
mempunyai beberapa ciri penting yang membolehkan murid terlibat
secara aktif dengan PdPc yang berlangsung.

2. Penyediaan sudut-sudut berkonsepkan pembelajaran

Sudut-sudut di dalam bilik akan diwujudkan seperti sudut hasil kerja murid
dan sudut maklumat tentang PAK21. Sudut-sudut ini akan diperkasakan
dari semasa ke semasa.

3. Membudayakan pembelajaran dan pemudahcaraan pembelajaran abad


ke-21.

Kit PAK21 yang mengandungi alat-alat berorientasikan PAK21 akan


dibekalkan. Hal ini bagi memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti
secara berkumpulan. Selain itu, bilik ini juga perlu disediakan kemudahan
TMK seperti ‘smart board’, ‘smart frame’, projektor LCD, ‘smart TV’ dan
sebagainya.

6.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Kuantiti Harga Jumlah


(unit) seunit (RM)
(RM)
1 Pemasangan Projektor ‘Boxlight’ 1 2880 2880
3500 ANSI – ALX350
2 Pemasangan projektor (tiang
projektor, pendakap, kabel VGA 1 900 900
dan aksesori)
3 Bekalan dan pemasangan
sistem audio ‘sound bar’ dengan 1 480 480
aksesori
JUMLAH KESELURUHAN 4260

7.0 Sumber Kewangan

1. Peruntukan sekolah.
2. Peruntukan PIBG.
8.0 Tarikh Pelaksanaan

2 Januari 2024 (Selasa)

9.0 Jawatankuasa Induk

PENGERUSI
En. Mohd Jazid bin Iman
(Guru Besar SK Taman Klang)

TIMBALAN PENGERUSI
En. Fazly Aizam bin Fawie
(Guru Penolong Kanan Petang)

NAIB PENGERUSI 1
Pn. Rosmawati Binti Mior Adlan
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2
Pn. Sukmarita binti Hj Omar
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 3
En. Zaihan bin Amat Naim
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI 4
Pn. Sazaliza binti Mohd Razali
(Guru Penolong Kanan PPKI)

PENYELARAS BILIK PAK21


Pn. Nurul Ashikin binti Samsudin

10.0 Penutup

Diharap jalinan antara pihak sekolah, ibu bapa dan PIBG dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Taman Klang Jayayang
berstatus “Sekolah Transformasi” dalam semua aspek 4K dan 1N iaitu
komunikasi, kolaborasi, kreativiti, kritis dan nilai murid. Pihak sekolah juga
akan berusaha untuk menerapkan dan menyemarakkan budaya
pembelajaran abad ke-21 ini kepada semua guru dan murid dari semasa ke
semasa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................................... ...................................................
NURUL ASHIKIN BINTI SAMSUDIN MOHD JAZID BIN IMAN
Guru Penyelaras Bilik PAK21 Guru Besar
SK Taman Klang Jaya

You might also like