Kertas Kerja Program Sahsiah Murid Unggul

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID TERBILANG


TAHUN 2022/2023

01 Februari 2023

ANJURAN BERSAMA:

UNIT HAL EHWAL MURID&


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

“BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN”

1.0 PENGENALAN
Pemerhatian dan dapatan data menunjukkan bahawa sahsiah murid di negara kita semakin
menipis sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah.
Antaranya, sahsiah murid yang tidak menunjukkan pengamalan adab bersopan, malah kadar
kehadiran ke sekolah menunjukkan trend penurunan yang mengakibatkan kadar ponteng semakin
meningkat. Bagi mengekang gejala negatif ini dari berterusan, pihak Sekolah Kebangsaan Keguraan
mengambil tindakan dengan melaksanakan program tersebut di sekolah. Di harap program ini dapat
memberi pengalaman yang berharga kepada murid serta meningkatkan motivasi murid untuk
pembangunan sahsiah diri.

2.0 MATLAMAT

Program Sahsiah Unggul Murid ini dilaksanakan untuk melahirkan murid sekolah yang unggul dan
holistik.

3.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharapkan dapat:

a. Mengurangkan kes salah laku disiplin murid di sekolah.

b. Melahirkan murid yang berdisiplin dan berketerampilan.

c. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid.

d. Memantapkan ciri kepimpinan murid.

e. Menghargai murid-murid yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau


perubahan sikap dari negatif ke positif.

f. Memberi peluang kepada murid untuk memilih murid contoh dalam kalangan mereka
serta membuat penilaian kendiri.

4.0 SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Keguraan.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 01 Februari 2023
Tempat : Sekolah Kebangsaan Keguraan, Kota Belud

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Sharifah Hj. Gundah (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Puan Masdiah Derias (PK Pentadbiran)
Setiausaha : Cik Siti Syakirah Saidi
AJK Publisiti &
Dokumentasi : En. Donorich Joseph Anson
AJK Sijil & Hadiah : Pn. Salmi Song
Pn. Senangan Harapan
Pn. Sally @ Nurhidayah Johnny
AJK Panel Pencalonan : Pn. Rafiah Bujang
En. Azmi Abd Kadir
Cik Siti Syakirah Saidi
AJK Pertandingan
Melukis Poster : En. Donorich Joseph Anson
Pn. Roslidah Sardek
AJK Pertandingan
Pantun : En. George Marinus
Cik Siti Nor Aishah Awg Shah
Pengacara Majlis : Cik Siti Nor Aishah Awg Shah
Montaj : Siti Syakirah Saidi & Pengawas Sekolah

7.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN


1 26 Januari 2023 Penyediaan kertas konsep untuk Guru Kaunseling
pencalonan dan pertandingan
2 27 Januari 2023 Penyerahan kertas konsep untuk Guru Kaunseling
ditandatangan oleh pentadbir
Persediaan iklan dan juga hebahan
pertandingan dan pencalonan.
3 31 Januari 2023 Pemilihan calon sahsiah murid terbaik Pk Hem, Guru Disiplin
dan Kaunseling
4 01 Februari 2023  Pertandingan Mewarna (Tahap 1) AJK terlibat
Melukis Poster ”Amalan Terbaik”
(Tahap 2)
 Pertandingan Pantun – ”Akhlak
Terpuji” (Tahap 1 & 2)
 Pengumuman pemenang.
 Penyampaian hadiah dan sijil bagi
pemenang dan calon sahsiah
terbaik.

7.1 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

07.20 pagi – 8.50 pagi Pertandingan Melukis Poster “Amalan Terbaik”

8.50 pagi – 9.50 pagi Pertandingan Pantun – “ Akhlak Terpuji”

10. 40 pagi Majlis Penyampaian Hadiah


 Ucapan Guru Besar.
 Ucapan Penolong Kanan Hem.
 Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster
dan Pantun berserta sijil
 Pengumuman dan Penyampaian Hadiah dan Sijil
bagi murid-murid bersahsiah terbaik.
 Bersurai.

BIL SENARAI BARANG KUANTITI HARGA JUMLAH


8.0 IMPLIKASI KEWANGAN DAN PERBELANJAAN SEUNIT

1 Hadiah Hamper
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SK. Keguraan
Pertandingan Mewarna (T1) 1 unit RM30
Juara 1 unit RM25
Naib Juara 1 unit RM20
1 unit
Ketiga Rm15
Saguhati

Pertandingan Melukis Poster (T2) 1 unit RM30


Juara 1 unit RM25
Naib Juara 1 unit RM20
Ketiga 1 unit Rm15
Saguhati

Pertandingan Berpantun
Tahap 1 RM30
1 unit
Juara RM25
1 unit
Naib Juara 1 unit RM20
Ketiga 1 unit RM15
Saguhati

Tahap 2 RM30
1 unit
Juara 1 unit RM25
Naib Juara 1 unit RM20
Ketiga 1 unit RM15
Saguhati

Calon Murid Sahsiah Terbaik RM30


20 unit
RM960.00

2 Button badge – (hadiah galakan) 40 unit Rm 6.50 Rm 260.00

3 Bunting & stand 1 unit Rm60.00 Rm 60.00

4 Kertas Sijil 1 Unit Rm55.00 Rm. 55.00

JUMLAH RM1335.00

9.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan
sikap murni dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang
dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian murid yang hebat, iaitu Individu Terbilang.
Program ini pada akhirnya dapat memenuhi keperluan hasrat diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow)
yang berkaitan dengan keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seorang murid yang
mempunyai sahsiah unggul dan holistik. Sekian dan terima kasih.

Disediakan Oleh :

………………………………………

(SITI SYAKIRAH BINTI SAIDI)


Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Keguraan,
Kota Belud

Disemak Oleh :

………………………………………

(RAFIAH BINTI BUJANG)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Keguraan,
Kota Belud

Disahkan Oleh :

………………………………………

(SHARIFAH BINTI HJ. GUNDAH)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Keguraan,
Kota Belud

You might also like