Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PPISMP)


AMBILAN JUN 2019
SEMESTER 2 TAHUN 2020

TUGASAN 1

NAMA PELAJAR :
ANGKA GILIRAN :
NO KAD PENGENALAN :
KUMPULAN/UNIT :
KOD DAN NAMA KURSUS : GPI 1083 PENDIDIKAN ISLAM
NAMA PENSYARAH :
TARIKH HANTAR :
TARIKH TERIMA :

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, bersyukur kita ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus GPI 1083,
iaitu Pendidikan Islam mengikut masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada pensyarah yang mengajar subjek GPI 1083 iaitu Ustaz Mohd Nor bin Jusoh atas
segala tunjuk ajar dan nasihat yang telah beliau berikan kepada saya sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada kedua
ibu bapa, rakan sebaya serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Sesungguhnya, terlalu banyak cubaan dan dugaan yang perlu saya tempuhi serta
ilmu yang perlu dipelajari untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Namun, berkat sokongan
dan doa daripada kalian semua, saya dapat harungi setiap kesulitan itu dengan baik. Hanya
Allah sahaja yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah semua pihak lakukan.

Sekian, terima kasih.

Nik Nurfatin Nabilah binti Azhari


Jabatan Pendidikan Islam
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030, Kuala Nerus, Terengganu.

i
Kandungan

Penghargaan………………………………………………………………………………….i

1.0 Pengenalan………………………………………………………………………..…1

2.0 Konsep Perkahwinan Menurut Ajaran Islam……………………………………1-


3

3.0 Falsafah Perkahwinan dari Aspek Agama………………………………………3-


5

4.0 Falsafah Perkahwinan dari Aspek Sains………………………………………..5-


6

5.0 Falsafah Perkahwinan dari Aspek Kepimpinan………………………………...6-


7

6.0 Rumusan………………………………………………………………………..……7

Rujukan………………………………………………………………………………………...
1.0 Pengenalan

Perkahwinan disyariatkan oleh Allah untuk memenuhi keperluan hidup manusia.


Fitrah manusia menginginkan kepada pasangan. Seseorang yang berhasrat untuk
berkahwin perlulah memiliki ilmu. Hal ini bagi menjamin setiap masjid itu dibina
mengikut acuan yang diajarkan oleh Islam.

2.0 Konsep Perkahwinan Menurut Ajaran Islam

Menurut Ghazali (1997), perkahwinan ialah akad antara lelaki dan perempuan bagi
menghalalkan persetubuhan dengan kaedah dan syarat tertentu. Perkahwinan
merupakan sunnah Rasulullah. Dalil pensyariatan perkahwinan ialah:

‫َو ِم ْن آَياِتِه َأْن َخ َلَق َلُك م ِّم ْن َأنُفِس ُك ْم َأْز َو اًجا ِّلَتْس ُكُنوا ِإَلْيَها َو َج َعَل َبْيَنُك م َّم َو َّد ًة‬
‫َو َر ْح َم ًة‬
(Ar-Rum: 21)

Maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-


Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan.”

Hukum perkahwinan ada lima. Hukum asal perkahwinan ialah harus.


Kemudian, sunat bagi yang berkemampuan dan ada keiginan untuk berkahwin.
Wajib pula apabila sesorang itu bimbang akan terjerumus kepada zina sekiranya
tidak berkahwin. Makruh apabila tidak gemar untuk berkahwin atas sebab tertentu.
Haram bagi seseorang yang yakin bahawa perkahwinannya itu membawa
kemudharatan. Contohnya, tidak mampu menunaikan kewajipan sebagai suami atau
isteri dengan baik.
Menurut Mohd Nor Jusoh (2011), rukun nikah juga ada lima iaitu lelaki yang
bakal menjadi suami, perempuan yang bakal menjadi isteri, wali yang berhak
mengahwinkan perempuan itu, dua orang lelaki yang menjadi saksi dalam
perkahwinan dan lafaz yang mengandungi ijab dan qabul. Sesebuah perkahwinan
hanya akan menjadi sah apabila kelima-lima rukun ini lengkap.
Antara hikmah perkahwinan ialah melahirkan zuriat. Rasulullah sangat
menggalakkan umatnya untuk berkahwin dengan perempuan yang boleh melahirkan
ramai zuriat. Dalilnya ialah daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang
lelaki kepada Nabi S.A.W. lalu berkata:

". ‫ "اَل‬: ‫ َقاَل‬،‫ َأَفَأَتَز َّو ُج َها‬، ‫ َو ِإَّنَها اَل َتِلُد‬، ‫ِإِّني َأَص ْبُت اْمَر َأًة َذ اَت َحَسٍب َو َج َم اٍل‬
‫ "َتَز َّو ُجوا اْلَو ُد وَد اْلَو ُلوَد َفِإِّني‬: ‫ َفَقاَل‬،‫ ُثَّم َأَتاُه الَّثاِلَثَة‬،‫ُثَّم َأَتاُه الَّثاِنَيَة َفَنَهاُه‬
". ‫ُم َك اِثٌر ِبُك ُم اُأْلَمَم‬
Maksudnya:

“Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai


kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak.
Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: “Jangan.”
Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda SAW juga
melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi SAW
bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku
merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.”

Selain itu, menurut al-Ghazali (1992), perkahwinan juga mampu


menundukkan pandangan seseorang daripada melihat kepada yang haram
sekaligus memelihara kemaluannya daripada melakukan dosa seperti zina. Setiap
manusia memiliki nafsu. Normal nafsu lelaki inginkan hubungan bersama
perempuan begitu juga sebaliknya. Setelah berkahwin, pasangan suami isteri halal
untuk melakukan persetubuhan bahkan hubungan ini akan mendatangkan pahala.
Rasulullah S.A.W. bersabda:

‫َثَالَثٌة َح ٌّق َع َلى ِهَّللا َعْو ُنُهُم اْلُمَج اِهُد ِفي َس ِبيِل ِهَّللا َو اْلُم َك اَتُب اَّلِذ ي ُيِر يُد اَألَد اَء‬
‫َو الَّناِكُح اَّلِذ ي ُيِريُد اْلَع َفاَف‬

[Riwayat al-Tirmidhi (1655), al-Nasa’I (3218)]

2
Maksudnya:

“Tiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu
mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang
ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu
menjaga kehormatan dirinya”

Seterusnya, perkahwinan juga memelihara keturunan daripada kehinaan dan


kemerosotan. Hal ini kerana apabila berkahwin, anak yang dilahirkan adalah terhasil
daripada hubungan yang halal. Masalah anak luar nikah tidak akan timbul. Betapa
besarnya aib yang akan dipikul oleh seorang perempuan yang mengandungkan
anak tanpa bapa sehinggakan ramai yang mengambil keputusan untuk membuang
bayi kerana tidak sanggup menanggung malu. Selain itu, anak luar nikah juga akan
sentiasa dihina oleh segolongan masyarakat sedangkan anak itu adalah tidak
berdosa sebaliknya ibu bapa mereka yang bersalah. Anak luar nikah juga tidak
dibenarkan untuk membintikan nama kepada nama ayahnya. Oleh itu, melalui
perkahwinan semua ini tidak berlaku dan keturunan yang baik-baik sahaja akan
lahir.

3.0 Falsafah Perkahwinan dari Aspek Agama

Terdapat banyak agama dalam dunia. Setiap agama memiliki persamaan dan
perbezaan dalam falsafah perkahwinan. Persamaan antara agama Kristian dan
Islam ialah kedua-duanya percaya bahawa sejarah perkahwinan ialah bermula
daripada peristiwa terciptanya Hawa daripada tulang rusuk Adam. Tujuan
perkahwinan adalah untuk meramaikan umat manusia. Perkahwinan sejenis juga
adalah tidak dibenarkan. Buktinya, untuk agama Kristian, menurut Rev (2015), kitab
Injil melarang homoseksualiti dan perkahwinan seks sejenis. Pihak gereja juga tidak
memperkenan sekiranya perkahwinan seks sejenis ini disebar atas agama Kristian.
Agama Islam juga melarang perkahwinan sejenis. Hal ini berdasarkan kisah kaum
nabi Lut yang diceritakan dalam Al-Quran:

3
( ‫َو ُلوًطا ِإْذ َقاَل ِلَقْو ِمِه َأَتْأُتوَن اْلَفاِح َش َة َم ا َس َبَقُك ْم ِبَه ا ِم ْن َأَح ٍد ِم َن اْلَع اَلِم يَن‬
)81( ‫) ِإَّنُك ْم َلَتْأُتوَن الِّر َج اَل َش ْهَو ًة ِم ْن ُد وِن الِّنَس اِء َبْل َأْنُتْم َقْو ٌم ُم ْس ِر ُفوَن‬80
(al-A’raf: 80-81)

Maksudnya:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia
berkata kepada mereka, “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah
itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum
kalian?” Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu
kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, bahkan kalian ini adalah kaum
yang melampaui batas.”

Berdasarkan tafsir Ibnu Katsir, ayat ini menceritakan bahawa kaum pertama yang
melakukan hubungan sejenis ialah kaum Sodom dan perbuatan ini amatlah dilaknat
oleh Allah SWT. Hal ini sangatlah diharamkan dalam semua agama kerana ianya
melanggar fitrah manusia.

Perbezaanya pula ialah dalam agama Kristian, tujuan perkahwinan hanyalah


sebagai penyatuan seksual (R Chek ,2010). Panduan utamanya ialah kitab Bible.
Menurut Wk_Aiman (2016), perkahwinan hanya dibenarkan sekali sahaja dalam
seumur hidup dan penceraian tidak diiktiraf sama sekali. Hal ini kerana perkahwinan
merupakan perjanjian tetap antara pasangan itu dengan tuhan. Yesus mengatakan
bahawa dalam Bible ada menyebut “Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan tidak
boleh dipisahkan oleh manusia”.

Suami isteri adalah wajah tuhan di dunia dan menggambarkan cinta tuhan di
dunia. Namun, dalam agama Kristian Roman Katolik, ketidakselarasan dalam
tuntutan perkahwinan timbul. Hal ini kerana galakan untuk berkahwin dan hidup
membujang adalah sama banyak. Selain itu, sesuatu perkahwinan itu dilangsungkan
di gereja kerana gereja merupakan pusat keagamaan bagi Kristian. Agama Kristian
khususnya Roman Katholik amat menggalakkan perkahwinan antara pasangan yang
berlainan agama. Hal ini bagi menarik lebih ramai orang untuk menganut agamanya.

4
Falsafah perkahwinan Islam pula ialah perkahwinan merupakan suatu ibadah
kepada Allah. Segala hukum dan masalah perkahwinan dirujuk kepada al-Quran, as-
Sunnah dan ijma’ ulama’. Islam amat menekankan konsep sakinah, mawaddah dan
warrahmah dalam perkahwinan. Definisi perkahwinan bukan semata-mata tertakluk
kepada penyempurnaan kehendak biologi semata-mata tetapi lebih luas daripada
itu. Islam juga tidak menggalakkan umatnya untuk membujang tidak seperti agama
Kristian Katolik. Selain itu, perkahwinan antara berlainan agama adalah tidak
dibenarkan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Janganlah kamu berkahwin dengan wanita musyrik sebelum mereka


beriman. Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman lebih
baik daripada wanita musyrik walaupun keadaannya menarik hati kamu”.

(surah Al-Baqarah: 221)

Seseorang kafir yang ingin mengahwini umat Islam haruslah mengucap dua kalimah
syahadah sebagai bukti kembalinya kepada Islam. Tempat yang kebiasaan
digunakan untuk melangsungkan perkahwinan ialah rumah atau masjid. Hal ini
kerana masjid merupakan rumah Allah dan menjadi pusat kegiatan utama umat
Islam.

4.0 Falsafah Perkahwinan dari Aspek Sains

Falsafah perkahwinan dari aspek Sains ialah hubungan seks antara suami dan isteri
mampu menjadi terapi bagi merawat serta mengurangkan risiko sebahagian
penyakit. Menurut Raehanul Bahraen (2019), jimak merupakan olahraga bergerak
yang menyihatkan, menguatkan otot dan tulang, meredakan kelenguhan,
mengeluarkan hormon kebahagiaan serta menenangkan fikiran. Sebab itulah
manusia digalakkan berkahwin supaya boleh melakukan hubungan seks yang halal.
Tubuh akan menjadi lemah sekiranya jimak tidak dilakukan dalam tempoh lama
sehinggakan boleh melemahkan otot, saluran tersumbat dan kemaluan mengerut.

5
Islam juga tidak menggalakkan perkahwinan sesama kerabat terdekat. Hal ini
kerana faktor genetik atau baka boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan
pelbagai penyakit yang sukar diubati. Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya:
“pilihlah yang jauh dan jangan pilih yang dekat”.

Selain itu, perkahwinan mampu menghindarkan diri daripada terkena penyakit


kronik seperti penyakit AIDS. Menurut Tjin Willy (2018), salah satu faktor penyebab
AIDS ialah aktiviti bertukar-tukar pasangan. Kemungkinan besar di kalangan mereka
itu ada yang menghidap penyakit AIDS dan akhirnya berjangkit kepada orang yang
melakukan hubungan dengannya. Oleh itu, perkahwinan menjadi penghalang
kerana sebelum berkahwin, setiap pasangan perlu melakukan pemeriksaan
kesihatan. Setelah mengetahui tahap kesihatan, barulah perkahwinan
dilangsungkan. Kesannya, tidak timbul sebarang masalah tentang penyakit ini
kerana kedua-duanya sihat.

Falsafah Perkahwinan dari Aspek Kepimpinan 5.0

Menurut Norsaadah Din et.al (2014), perkahwinan mampu melatih sifat kepimpinan
dalam diri suami dan isteri. Kualiti kepimpinan ketua keluarga berkait rapat dengan
keharmonian rumah tangga. Aspek kepimpinan pertama ialah pengurusan masa.
Suami isteri perlulah bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga lebih-
lebih lagi setelah bergelar sebagai ibu dan bapa. Pemimpin yang baik ialah
pemimpin yang bijak menguruskan masanya.

Selain itu, kepimpinan juga terserlah melalui tanggungjawab individu dan


pembahagian tugas. Menurut Ahmad Irdha dan Zulkefli (2013/2014), tanggungjawab
mencari nafkah terletak pada suami manakala segala fungsi optimum di rumah
seperti mengemas rumah, memasak dan membesarkan anak adalah tanggungjawab
wanita. Namun, musyawarah perlulah dilakukan untuk mengelakkan salah faham.
Suami isteri juga haruslah saling membantu bukan semata-mata melakukan tugas
yang telah ditetapkan sahaja terutama tugas dalam mendidik dan membesarkan
anak.

Setiap pasangan suami isteri bertanggungjawab memimpin keluarganya


berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Anak-anak merupakan amanah

6
daripada Allah yang harus dipimpin dengan baik. Didikan agama yang cukup perlu
diberikan kepada anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
apabila besar nanti. Apabila baik pemimpin, maka baiklah orang di bawahnya. Ini
berdasarkan hadis Rasulullah:

‫ َفَأَبَو اُه ُيَهِّو َد اِنِه َأْو ُيَم ِّج َس اِنِه َأْو ُيَنِّص َر اِنِه‬،‫ُك ُّل َم ْو ُلْو ٍد ُيْو َلُد َع َلى اْلِفْطَرِة‬

Maksudnya:

“Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanyalah yang
menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”

Tanggungjawab sebagai suami dan isteri perlulah dilaksanakan sebaik mungkin


kerana setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas


kepimpinannya”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, perkahwinan juga mengajar supaya bijak menguruskan


kewangan. Hal ini kerana, setelah berkahwin, kewangan bukan sekadar kepada
dirinya sendiri sahaja tetapi untuk menampung keperluan tanggungannya juga.
Bayaran kereta, rumah, bil elektrik, keperluan anak-anak, keperluan rumah dan
barang dapur semuanya memerlukan wang. Oleh itu, suami isteri haruslah bijak
menguruskan untuk mengelakkan daripada terpaksa hidup merempat dan hidup
dalam kemiskinan akibat kekurangan wang. Utamakan yang penting dan elakkan
daripada sikap boros.

6.0 Rumusan

Berdasarkan penulisan ini, jelaslah bahawa terdapat banyak hikmah yang terselit di
sebalik pensyariatan perkahwinan. Allah tidak akan mensyariatkan sesuatu
sekiranya ianya tidak mendatangkan faedah. Oleh itu, jadikanlah perkahwinan
sebagai salah satu matlamat hidup dan berusahalah untuk mencorakkan keluarga

7
mengikut acuan Islam agar mendapat rahmat daripada Allah dan hubungan
kekeluargaan ini kekal hingga ke Syurga.

8
Rujukan

Al-Quran.

Abd Hakim Mohad et.al. (6-7 September 2015). “Memahami sikap masyarakat
Kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah: Pasca isu larangan
menggunakan kalimah Allah”. In Proceedings of International Conference on
Empowering Islamic Civilization in the 21st century. Universiti Malaysia Sabah

Admin Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Al-Kafi 1064 Tanggungjawab


sebuah perkahwinan. Putrajaya: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Al-Ghazali. (1992). Menyingkap Hakikat Perkahwinan. Terj. Muhammad al-Baqir.


Cetakan keempat. Bandung: Penerbit Karisma.

Azniwati Abdul Aziz, Mohamed Akhiruddin Ibrahim dan Mohd Yakub @ Zulkifli Hj.
Mohd Yusoff. (2012). ‘Mengkagumi syariat Islam menerusi ayat al-Quran:
satu penilaian dari sudut saintifik’. Dalam Proceedings: The 2nd Annual
International Qur’anic Conference.

Dato’ Syeikh Ghazali Hj. Abd Rahman et.al. (1997). Memasuki gerbang
perkahwinan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dr Ahmad Irdha bin Mokhtar & Dr. Zulkefli bin Aini. (Sem II 2013/2014). Kepimpinan
Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam. Dalam Seminar Kepimpinan Islam.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Raehanul Bahraen (2019). Manfaat Kesehatan Jimak yang Halal. Kesehatan


Muslim. Yogyakarta.

Dr. Tjin Willy. (2018, September). Alodokter Penyebab HIV dan AIDS. Diakses pada
Mac 15, 2020, daripada https://www.alodokter.com/hiv-aids/penyebab

Elza Hadi Emierisa. (2017 April). Perkahwinan sesama jantina menurut pandangan
Islam. Diakses pada Mac 15, 2020, daripada
http://elzahadiemierisa.blogspot.com/2017/04/perkahwinan-sesama-jantina-
menurut.html

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (2020). Perkahwinan. Kelantan:


Jabatan Kehakiman Syariah
Laman Web Rasmi Saksi-saksi Yehuwa. (2016). Perpustakaan Menara Pengawal
Menjayakan perkahwinan Kristian anda.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (2018). Melihat


perkahwinan dari aspek nilai. Kuala Lumpur: Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara

Mohd Nor Jusoh. (2011). Panduan perkahwinan (Cetakan pertama). Selanqor:


Sarjana Media Sdn.Bhd.

Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup @ Ayup (2018). Irsyad Al-Hadith siri ke-
267 Galakan menikahi wanita yang subur. Putrajaya: Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan

Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin et.al. (2014). Membina perkahwinan


berdaya tahan sepanjang hayat melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah.
Jurnal Pengajian Islam, 1(7), 174-185.

Prof. Datin. Dr. Azizan Baharuddin et.al. (2014). Kajian Isu dan Cabaran Hubungan
antara Penganut Agama di Malaysia. (Laporan Penyelidikan). Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Universiti Putera Malaysia (UPM).

R Chek. (2010). Konsep Perkahwinan dalam agama Islam. Universiti Malaya.

Rev Dr. Ong Hwai Teik, Biskop (2015). Posisi gereja Methodist di Malaysia
mengenai perkahwinan sama jenis yakni “Gay”. Pelita- The Methodist Church
Newsletter, Julai.

S Al Hasyimi (2011). Perkahwinan Berbeza Agama dalam Perspektif Peraturan


Perundangan di Indonesia. Tesis: Universiti Malaya.

Suzana Mohd Hoesni. (2012). Meneroka konsep cinta dalam perkahwinan dalam
kalangan melayu bandar yang akan berkahwin. Journal of Social Sciences
and Humanities, 1(7), 76-83.

Tafsir Ibnu Katsir (2020). Halaqah Malam Kamisan Pemuda Persatuan Islam No:32
Ciawi Tasikmalaya.

Uitm Terengganu Kampus Rekreasi Bukit Besi (2017). Konsep dan falsafah
perkahwinan. Terengganu: Uitm.
Wk_Aiman. (2016, 19 Mei). Agama Kristian. Slideshare.

Z Ghazali (2011). Konsep Perkahwinan Menurut Syeikh Daud bin ‘Abdullah Al-
Fatani. Tesis: Universiti Malaya.

You might also like