Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan

1. Lebuh raya Utara-Selatan menganjur dari Bukit Kayu Hitam di utara hingga ke....................... di
selatan Semenanjung Malaysia.

A Mersing
B Seremban
C Johor Bahru
D Muar

2. Antara yang berikut, lebuh raya manakah yang menghubungkan kedua-dua kawasan di bawah?.

Grik, Perak Jeli, Kelantan

A Lebuh raya Timur Barat

B Lebuh raya Pantai Timur
C Lebuh raya Utara Selatan
D Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak

3. Kawasan bertanda manakah dalam Peta 1 di bawah dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?.

Landasan kereta api ini dimajukan oleh penjajah untuk mengangkut bijih timah

D
B

Peta 1

4. Pelabuhan manakah yang menjadi laluan tunggal mengeksport gas asli ke negara luar?.
A Pelabuhan Klang
B Pelabuhan Kemaman
C Pelabuhan Pulau Pinang
D Pelabuhan Bintulu

5. Mengapakah amalan pengangkutan lestari perlu ditingkatkan?. (PT3 2019)

A Mengurangkan harga bahan api
B Meningkatkan pendapatan rakyat
C Mengurangkan kesesakan lalu lintas
D Mewujudkan peluang pekerjaan
6. Antara berikut, yang manakah mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia?.

I Bentuk muka bumi

II Pendapatan negara
III Taraf hidup rakyat
IV Kemajuan teknologi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Apakah langkah menggalakkan masyarakat menggunakan kemudahan awam?.

I Memastikan masa perjalanan ditetapkan

II Menyediakan bilangan pengangkutan yang paling minimum
III Memastikan akses yang mudah untuk pengangkutan awam
IV Menyediakan lebih banyak tempat letak kenderaaan di kawasan bandar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Apakah persamaan kepentingan antara kedua-dua sungai berikut?.

• Sungai Rajang
• Sungai Kinabatangan

A Membekalkan air untuk empangan

B Mengendalikan urusan import eksport
C Laluan utama feri ke pedalaman
D Sumber air minuman domestik

9. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang merupakan amalan pengangkutan lestari?.

A Pokok tembusu ditanam di sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur

B Projek pembinaan terowong bawah tanah di Grik
C Bas percuma untuk pelancong di Kuala Lumpur
D Tanah di cerun Cameron Highland diratakan
10. Antara berikut, yang manakah benar berkaitan pengangkutan awam moden dalam Rajah 1 di
bawah?.

Rajah 1
I Tambang lebih mahal
II Menggunakan aplikasi telefon
III Boleh mengambil penumpang di mana sahaja
IV Penumpang perlu tunggu di stesen yang ditentukan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11. Stesen satelit bumi yang pertama dibina pada 6 April 1970 di
A Alor Gajah, Melaka
B Kuantan, Pahang
C Sematan, Sarawak
D Cyberjaya, Selangor
12. Ketika memandu kereta, media elektronik ini dapat membantu memudahkan perjalanan.
A Radio
B GPS
C Televisyen
D Media sosial

13. Apakah media elektronik yang dapat memberikan hiburan dan maklumat kepada penduduk di
kawasan pedalaman yang tiada rangkaian Internet?.
A Radio
B E-mel
C Telefon bimbit
D Media sosial

14. Apakah sumbangan sistem telekomunikasi kepada pembangunan negara Malaysia?.

A Meningkatkan kes jenayah siber
B Mengurangkan integrasi antara kaum
C Mengurangkan kos perbelanjaan penduduk
D Memajukan negara Malaysia dalam perniagaan dan perdagangan
Soalan 15 berdasarkan penyataan di bawah

Alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1876

untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu.

15. Alat komunikasi tersebut merujuk kepada

A telefon
B telegraf
C telefon pintar
D telefon bimbit
16. Apakah sumbangan Telekomunikasi Malaysia (TM) dalam perkembangan telekomunikasi
Malaysia?.
I Menghasilkan alat telekomunikasi untuk dipasarkan
II Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara
III Usaha menyediakan telefon talian tetap
IV Memajukan industri telekomunikasi negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17. Apakah kepentingan telekomunikasi di Malaysia?.

I Meningkatkan integrasi dan perpaduan kaum
II Memudahkan dan mempercepatkan segala urusan
III Menyebarkan maklumat berunsur negatif
IV Menggalakkan aktiviti plagiat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
18. Apakah tindakan yang patut dilakukan apabila anda melihat laman web atau maklumat yang bersifat
negatif?.
A Menekan atau klik save
B Berkongsi dengan rakan
C Membuat penilaian yang buruk
D Mengabaikan laman atau maklumat tersebut kerana tidak berfaedah
19. E-dagang ialah
A interaksi maya
B urusan kerajaan melalui internet
C urusan perbankan boleh dijalankan di mana-mana sahaja
D perkhidmatan dan jual beli atas talian
20. Apakah etika yang paling penting semasa menggunakan alat telekomunikasi? .
A Mendedahkan hal-hal peribadi di media sosial
B Mengambil dan memplagiat hasil karya orang lain
C Elakkan daripada menyentuh isu sensitif yang melanggar undang-undang
D Menyebarkan semua maklumat yang diperolehi
BAHAGIAN B
Jawab semua soalan berikut.

Soalan 1 berdasarkan Foto 1 di bawah.

Foto 1
1 (a) Nyatakan lokasi pelabuhan yang ditunjukkan dalam Foto 1.
…………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Senaraikan ciri-ciri pelabuhan.

(i) ……………………………………………………………………………………………...
(ii) …………………………………………………………………………………..................
(iii) …………………………………………………………………………………………….
[3 markah]

(c) Terangkan kepentingan pengangkutan air kepada pembangunan ekonomi penduduk dan
negara.
..................................................................................................................................................

………………………………………………………………………………………………..
..................................................................................................................................................
………………………………………………………………………………………………..
[6 markah]
Soalan 2 berdasarkan Rajah 2 di bawah.

‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Rajah 2

2 (a) Senaraikan perkhidmatan rel bersepadu yang terdapat di Malaysia.

(i) …………………………………………………………………………………………….
(ii) …………………………………………………………………………………..........
(iii)…………………………………………………………………………………………….
[3 markah]

(b) Terangkan kepentingan pengangkutan awam

........................................................................................................................................

.......................................................................................................................................
[4 markah]

(c) Huraikan amalan pengangkutan lestari yang diamalkan di negara kita.

........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
[4 markah]

You might also like