Surat Mohon Pinjam Peralatan Khemah SK Mantin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ruj. Kami : SKS .

( )
Tarikh : NOVEMBER 2023

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Mantin
KM20 ,Jalan Besar Seremban- Kuala Lumpur,
71700 Mantin Negeri Sembilan
(No. Tel: 06-758 1264)

Tuan,

MEMOHON MEMINJAM PERALATAN KHEMAH UNTUK PROGRAM


PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS
PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT, SEREMBAN BAGI
TAHUN 2023.

Merujuk kepada perkara di atas, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sikamat, Seremban akan mengadakan
Perkhemahan Pengakap Kanak-kanak Pendidikan Khas .

2. Butir-butir perkhemahan adalah seperti berikut :


2.1 Tarikh : 11 November 2023
2.2 Hari : Sabtu
2.3 Masa : 8.00 pagi – 5 .00 petang
2.4 Jumlah murid : 20 orang
2.5 Tempat : SK Sikamat

3. Sehubungan itu, pihak KPKP SK Sikamat ingin memohon jasa baik


tuan untuk kami meminjam peralatan khemah sebanyak 5 buah khemah ,
memandangkan pada waktu tersebut turut diadakan perkhemahan badan
beruniform SK Sikamat. Besarlah harapan kami , agar pihak tuan dapat
meminjamkan khemah tersebut kepada kami. Kami akan memulangkan semula
khemah tersebut pada hari Rabu 15/11/2023 selepas cuti Deepavali.

4. Sebarang surat-menyurat bolehlah di alamatkan kepada :

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sikamat,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

(u.p. Pn. Norzarina binti Zakaria, Guru Pendidikan Khas di talian


012-2551606 atau emel di alamat zarina80zakaria@ gmail.com)

Sekian, dimaklumkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD RASHED BIN SAHRONI)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sikamat,
70400 SEREMBAN.

s.k 1. Fail Sekolah


2. Fail KPKP

You might also like