Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2020/2021

HGA 101 : PENGANTAR GEOGRAFI

SOALAN NOMBOR 4 :
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA BENTUK STRUKTUR
UMUR DAN JANTINA PENDUDUK SEBUAH NEGARA SEDANG MEMBANGUN
SERTA KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI NEGARA TERSEBUT.
(SATU PELAJAR SATU NEGARA)

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. SURIATI BIN GHAZALI


DISEDIAKAN OLEH : NURUL NAZIHAH BINTI MUHAMAD
NO. I/C : 000615-06-0254
NO MATRIK : 151340
NO. TELEFON : 011-25630802
EMAIL : nazihahmuhd15@gmail.com
ISI KANDUNGAN
Bil. Kandungan Halaman

1. Pengenalan 3

2. Faktor Struktur Umur dan Jantina 4 – 10

3. Kesan Pertumbuhan Penduduk kepada Sosioekonomi 11 - 20

4. Kesimpulan 21

5. Rujukan 22

2
1.0 PENGENALAN

Saya memlilih untuk mengkaji faktoryang membawa kepada bentuk struktur umur dan

jantina penduduk di Uganda serta kesannya terhadap sosioekonomi.Uganda ialah sebuah

negara yang terletak di Timur Afrika yang bersempadan dengan Selatan Sudan. Ibu

negaranya ialah Kampala. Uganda juga dikenali sebagai The African Great Lakes Region

kerana di bahagian utara negara tersebut terdapat banyak tasik dan salah satu daripadanya

ialah Lake Victoria. Tasik tersebut merupakan tasik terbesar di Afrika dan terbesar di dunia.

Uganda beriklim tropika yang sangat panas. Purata suhunya pada waktu siang adalah antara

25˚c hingga 27˚c manakala pada waktu malam suhu dalam lingkugan 17˚c hingga 18˚c.

Negara ini menerima curahan hujan tahunan antara 1000mm hingga 1500mm.

Menurut Farizah Zamri (2005), penduduk ialah sumber paling berharga bagi sesebuah

negara. Jumlah penduduk Uganda adalah seramai 41 juta. Mereka mewakili tidak kurang

daripada 70 kabilah dan puak. Majoriti penduduk di Uganda beragama Kristian. Seramai 60%

penganut Kristian, 30% penganut Islam dan 10% lagi mengikut agama syirik asal nenek

moyang mereka. Uganda adalah sebuah negara republik. Presiden Uganda sekarang ialah

Yoweri Kaguta Musewini. Beliau menjadi Presiden Uganda sejak 1986 sehingga kini.

Taburan penduduk di Uganda ialah sederhana padat. Taburan penduduk dipengaruhi oleh ciri

fizikal muka bumi, kegiatan ekonomi dan kemudahan sosial.

Penduduk di Uganda menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa

ini diajar di kepada pelajar ketika berada di sekolah dan kelas. Selain itu, Bahasa Inggeris

juga digunakan di mahkamah. Kebanyakan akhbar dan siaran radio turut menggunakan

bahasa tersebut.

3
2.0 FAKTOR STUKTUR UMUR DAN JANTINA

Gambar 1 : Piramid Penduduk di Uganda Tahun 2020

4
Gambar 2 : Piramid Penduduk di Uganda Tahun 2019

Gambar 3 : Kanak-kanak yang baru lahir di Uganda

Kadar kelahiran lebih tinggi berbanding dengan kadar kematian pada tahun 2019 dan

tahun 2020. Hal ini dikatakan demikian kerana, taraf kesihatan yang tinggi di Uganda.

Kerajaan menyediakam pelbagai kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik. Sebagai

contohnya, terdapat kemudahan perubatan seperti hospital, klinik dan pusat kesihatan yang

disediakan di luar bandar. Pertambahan bilangan kakitangan perubatan di hospital kerajaan

dan hospital swasta dibuat bagi meningkatkan kemudahan rawatan pakar. Rawatan kepada

ibu mengandung serta bayi yang baru lahir juga disediakan. Suntikan imunisasi diberikan

kepada kanak-kanak atau bayi yang baru lahir bagi mengurangkan kadar kematian. Suntikan

imunisasi diberikan kepada mereka terdiri daripada lapan jenis vaksin bagi mencegah

penyakit Tuberkulosis, Diferia, Pertusis, Tetanus, Hepatitis B, Haemophilus Influenzae dan

Campak.

5
Selain itu, faktor yang mempengaruhi kadar kematian yang rendah ialah taraf

pendidikan tinggi. Taraf pendidikan yang tinggi dalam kalangan penduduk memberikan

kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat. Pendidikan kesihatan yang diajar di sekolah

mendedahkan maklumat mengenai kesihatan supaya pelajar mengetahui cara untuk menjauhi

penyakit dan menjaga kesihatan. Sebagai contohnya, individu yang mempunyai pengetahuan

tentang pemakanan sihat akan mengambil makanan yang seimbang. Merujuk kepada piramid

makanan, pembahagian makanan terbahagi kepada karbohidrat, vitamin, mineral, serat,

protein dan lemak. Piramid makanan ialah panduan kepada pengguna untuk menggurangkan

pengambilan makanan yang berlemak. Makanan yang mengandungi karbohidrat pula perlu

diambil dalam kuantiti yang banyak kerana membekalkan tenaga untuk menjalani kehidupan.

Sekiranaya kita mengambil makanan yang sihat sudah pasti badan akan sihat. Individu yang

mengambil mudah soal pemakanan sihat sudah tentu akan mudah ditimpa penyakit yang

boleh memudaratkan mereka. Individu yang sihat mempunyai jangka hayat yang panjang.

6
Gambar 4 : Data Mengenai HIV di Uganda pada tahun 2019

Seterusnya, jangka hayat penduduk di Uganda rendah kerana penduduk di negara itu

terdedah dengan pelbagai jenis penyakit. Negara tersebut terkenal dengan jangkitan penyakit

Human Immunodeficiency Virus (HIV). Hal ini dikatakan demikian kerana, penduduk di

negara ini mengamalkan pelbagai hubungan seksual. Penyakit HIV ini boleh merosakkan

sistem kekebalan tubuh manusia. Oleh itu, seramai 74.9 juta orang di seluruh dunia telah

dijangkiti virus tersebut. Menurut Lembaga Avert, pada tahun 2019 terdapat sekitar satu dari

setiap 25 orang dewasa dijangkiti HIV/AIDS. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO),

Benua Afrika memiliki 25.7 juta populasi yang terkena HIV / AIDS. Seramai 16.3 juta orang

telah menerima rawatan Antiretroviral (ART) pada 2019. Wilayah Afrika Timur dan Selatan

memiliki populasi pesakit HIV/AIDS terbesar di dunia. Kenya, yang terletak di Afrika timur,

adalah salah satu negara yang berjuang melawan HIV/AIDS. Menurut Program Gabungan

PBB tentang HIV dan AIDS (UNAIDS), seramai 1.5 juta orang di Uganda pada 2019

dijangkiti HIV/AIDS. Seramai 23000 orang meninggal karena dijangkiti AIDS dan 53000

7
orang yang lain tertular virus tersebut. Menurut United Nation Children’s Fund (UNICEF),

1.85 juta kanak-kanak berusia 0-19 tahun hidup dengan HIV/AIDS di kawasan tersebut.

Gambar 5 : Kanak-kanak di Uganda kelihatan kekurangan makanan

Di samping itu, faktor yang mempengaruhi jangka hayat rendah penduduk di Uganda

ialah bekalan makanan yang kurang. Hal ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak yang

berumur 5-9 tahun menunjukkan penurunan peratusan pada kedua-dua tahun. Pada tahun

2019, lelaki menunjukkan peratusan sebanyak 7.9 % manakala pada tahun 2020 peratusan

menunjukkan sebanyak 7.8%. Bagi jantina perempuan pula, pada tahun 2019 peratusannya

sebanyak 7.7% manakala pada tahun 2020 sebanyak 7.6%. Penurunan sebanyak 0.1% bagi

kedua-dua tahun dan jantina boleh dikatakan sebagai peratusan yang agak besar. Oleh itu,

terdapat segelintir penduduk di Uganda yang mengalami kebuluran akibat kekurangan

bekalan makanan. Menurut Pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seorang

manusia perlu mengambil sekurang-kurangnya 1800 kalori pada setiap sehari bagi

mencergaskan badan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka seseorang itu akan menghadapi

kelaparan. Hampir 83 juta orang dari seluruh negara termasuk Afrika memerlukan bantuan

kecemasan pada tahun 2017. Kesan daripada krisis makanan yang berlaku membuatkan

8
rakyat sengsara kerana kekurangan zat makanan dalam makanan seharian. Gangguan sistem

makanan yang berlaku membuatkan kehidupan berjuta-juta orang di Uganda menjadi

musnah. Pada tahun 2017, Uganda berada di ambang kebuluran. Tambahan lagi, sejarah

krisis makanan yang paling teruk telah menunjukkan bahawa banyak negara termasuklah

Uganda, tidak bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang krisis dan tidak dapat

menyelesaikan situasi yang berlaku tanpa bantuan antarabangsa sehingga mengorbankan

banyak nyawa rakyatnya.

9
Faktor lain yang menyumbang kepada kadar kelahiran tinggi di Uganda ialah

kesuburan wanita tinggi. Uganda sebuah negara yang mengalami lebihan penduduk

(overpopulation). Fakta juga menunjukkan bahawa Uganda menduduki tangga kelima

kesuburan tertinggi di dunia dengan hampir enam orang kanak-kanak lahir daripada setiap

wanita. Salah satu sebab mengapa wanita di Afrika masih mempunyai begitu ramai anak

adalah usia purata mereka menjadi ibu buat kali pertama empat tahun lebih awal daripada

purata global. Wanita yang melahirkan lebih awal anak mungkin mempunyai keupayaan

untuk melahirkan lebih ramai anak. Oleh itu, mereka kurang mendapat peluang pendidikan

formal kerana sibuk melahirkan anak. Namun begitu, terdapat wanita yang sanggup

menangguhkan perkahwinan dan melahirkan anak untuk mengurangkan kadar pertumbuhan

penduduk. Terdapat satu daripada empat wanita di Uganda membuat perancangan keluarga

tetapi tidak menggunakan kaedah kontraseptif moden. Terdapat juga bukti bahawa separuh

daripada perbezaan kesuburan antara negara-negara di Sub-Sahara Afrika dan kawasan-

kawasan lain adalah disebabkan oleh perbezaan usaha program perancangan keluarga dan

pengaturan sosial. Mengubah tetapan sosial dengan ketara dapat meningkatkan kesan

penciptaan kontraseptif yang lebih banyak dalam mengurangkan pertumbuhan penduduk.

Cara tetapan sosial diubah menyediakan sokongan untuk perancangan keluarga serta

pembahagian perkhidmatan kontraseptif berasaskan komuniti.

10
3.0 KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK KEPADA SOSIOEKONOMI

Terdapat kesan positif dan kesan negatif bagi pertumbuhan penduduk kepada

sosioekonomi. Penduduk yang ramai mendatangkan kesan positif kepada negara kerana dapat

mewujudkan tenaga kerja yang banyak. Terdapat aktiviti yang banyak dan menarik di bandar.

Pekan-pekan mempunyai ekonomi yang pesat berkembang dan dijangka berkembang

menjadi hab komersil kerana Kampala sudah penuh sesak. Nansana, yang terletak di wilayah

Uganda Tengah di sepanjang lebuh raya utama Kampala-Hoima, terletak 13 kilometer dari

Barat Laut Kampala. Pada tahun 2014, penduduk bandar Nansana berjumlah 365857 orang.

Bandar ini berfungsi sebagai bandar asrama ke Kota Kampala. Lokasinya berdekatan dengan

Kampala menjadikan ramai pekerja di bandar ini tinggal di Nansana. Mereka pergi ke bandar

setiap hari untuk bekerja. Oleh itu, ekonomi Nansana sebahagian besarnya bergantung

kepada Kampala. Terdapat rancangan untuk mengubah bandar menjadi hab komersial bagi

perniagaan yang cendawan pada malam hari tidak dikenakan cukai oleh kerajaan kerana

bandar tidak memberikan hasil ketara kepada kerajaan. Transformasi yang disasarkan adalah

pengenalan institusi perbankan, penyingkiran halangan birokrasi kepada pelaburan asing,

meningkatkan pekerjaan kepada penduduk tempatan, pengkomersilan Pertanian dan

peningkatan pengangkutan.

11
Selain itu, pasaran domestik dapat diperluaskan merupakan kesan positif pertumbuhan

penduduk kepada sosioekonomi. Penduduk ramai mampu membantu memperluaskan saiz

pasaran domestik dan menarik pelaburan luar melabur dalam negara. Pelabur berkeyakinan

untuk melabur kerana yakin barangan yang dihasilkan dapat dipasarkan untuk pasaran

domestik. Sebagai contohnya, empat tahun yang lalu, Uganda mengamalkan rancangan

pembangunan sosial dan ekonomi. Perkara ini dibuat bagi mewujudkan pekerjaan dan

meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Rancangan ini mengakui bahawa Uganda

mesti meningkatkan pengeluaran, meningkatkan sektor perkhidmatannya, dan memecahkan

pasaran eksport untuk merealisasikan pertumbuhan yang lebih kukuh. Untuk melakukan ini,

ia mesti meningkatkan produktiviti. Sektor pembuatan mempunyai potensi yang unik untuk

meningkatkan pendapatan dan mewujudkan banyak pekerjaan untuk ramai pekerja yang

kurang mahir. Sektor ini juga membolehkan penjimatan lebih banyak pada tahap pengeluaran

yang lebih tinggi, peluang untuk inovasi, kemajuan teknologi dan pembelajaran yang

dilakukan. Sektor pembuatan Uganda telah menyumbang sekitar 9% daripada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk dekad yang lalu. Jumlah tersebut lebih tinggi

daripada purata Afrika Timur sekitar 7.5%. Tetapi ia masih lebih kecil daripada negara-

negara lain yang menggunakan perkilangan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, seperti

pengilangan Vietnam menyumbang 15% kepada KDNKnya. Kepelbagaian eksport yang

lebih banyak menunjukkan lebih banyak produk telah menjadi daya saing untuk dieksport,

dan menjadikan ekonomi lebih berdaya tahan dengan mengurangkan pergantungan kepada

beberapa eksport. Kecanggihan eksport mengukur bagaimana maju barangan dan

perkhidmatan yang dieksport adalah, dengan idea bahawa produk yang lebih canggih

memerlukan proses pengeluaran yang lebih baik.

12
Gambar 6 : Tanaman kopi yang dikomersialkan oleh penduduk tempatan

Di samping itu, pasaran eksport juga dapat diluaskan. Hal ini dikatakan demikian

kerana, kopi telah menjadi produk eksport dominan Uganda. Dalam tahun-tahun

kebelakangan ini, eksport teh, koko, ikan dan tembakau telah meningkat. Eksport komoditi

bukan makanan turut meningkat dan mempelbagaikan, terutamanya industri perkilangan

ringan seperti simen, kayu dan kulit. Pertumbuhan ini telah didayakan dengan menaik taraf

rantaian nilai. Uganda digunakan untuk mengeksport terutamanya menyembunyikan mentah,

tetapi pada tahun 2015 ini telah berubah dan penambahan nilai domestik semakin meningkat.

Terdapat trend yang sama juga dalam barangan eksport lain. Walaupun lebih daripada 90%

eksport barangan adalah produk utama pada tahun 1995, kini kini hampir dua kali ganda.

Destinasi eksport juga telah mempelbagaikan. Pada 1990-an sekitar 80% eksport Uganda

pergi ke Eropah. Afrika kini merupakan destinasi eksport yang paling penting di Uganda,

menerima kira-kira 50% daripada eksport. Kepelbagaian eksport serta penemuan destinasi

13
eksport menunjukkan beberapa kemajuan dalam kemampuan firma Ugandan untuk bersaing

di peringkat antarabangsa.

Gambar 7 : Pemandangan di Pulau Bugala

Selain itu, industri pelancongan berkembang merupakan salah satu kesan

pertumbuhan penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana, industri ini menyumbang kira-

kira 9% hingga 10% kepada KDNK negara. Sektor ini telah menggunakan lebih dari 600000

orang bekerja seperti pemandu pelancong, pemandu, setiausaha, penterjemah, dan kakitangan

keselamatan di antara pekerjaan lain. Uganda mempunyai beberapa tempat tarikan pelancong

seperti pemandangan indah dataran, dataran tinggi, pergunungan dan tasik, taman semulajadi

dan rizab permainan dengan pelbagai hidupan liar, dan flora dan fauna. Statistik

menunjukkan bahawa jumlah pelancong telah meningkat dalam tempoh enam tahun yang lalu

daripada kira-kira 1.1 juta pada tahun 2012 kepada 1.8 juta pada 2018. Ia juga meningkatkan

kehidupan masyarakat setempat yang menjual barang kemas Afrika, pakaian, topi, beg, dan

barangan lain yang indah. Kehebatan dan perhotelan rakyat Uganda telah mempromosikan

industri pelancongan. Terdapat banyak tempat menarik di Uganda yang boleh dikunjungi.

14
Sebagai contohnya, Kepulauan Ssese yang merupakan salah satu tempat tumpuan legenda

Uganda, Sessi adalah pantai pasir putih tepu, matahari terbenam di langit, api-api di pantai

dan lokasi terpencil di tengah-tengah Tasik Victoria. Terdiri dari kepulauan 84 buah pulau,

kebanyakan pelancong menuju ke Pulau Bugala, yang mempunyai pantai terbaik serta pilihan

tempat tinggal. Lake Bunyonyi pula merupakan pulau yang landau berlatarbelakang bukit-

bukit. Pelancong berpeluang untuk menginap di resort-resort yang disedikan serta berenang

dan menaiki bot untuk ke pulau-pulau berdekatan. Pengunjung dapat melihat matahari

terbenam yang cukup indah apabila tibanya waktu senja di kawasan ini. Di Jinja, terdapat

beberapa pondok sungai yang tenang. Hairy Lemon atau Haven terkenal dengan daya tarikan

mereka manakala Wildwaters Lodge mewah yang baru terkenal dengan bilik-bilik yang

menyediakan ruang mandian di luar balkoni yang menghadap Sungai Nil.

15
Gambar 8 : Hasil tangkapan ikan di laut dalam

Di samping itu, perkembangan sektor perikanan merupakan kesan pertumbuhan

penduduk kepada sosioekonomi negara Uganda. Perikanan merupakan penghasil pertukaran

asing kedua tertinggi di negara ini selepas industri pelancongan. Sektor nelayan

menggunakan lebih 700000 orang dalam aktiviti berkaitan ikan seperti pemprosesan,

penyelidikan dan pembangunan ikan tempatan dan perindustrian, penjualan peralatan dan

peralatan penangkapan ikan, pembina bot, penenun jaring, dan peniaga yang terlibat dalam

perniagaan penangkapan ikan. Badan air di Uganda meliputi 18% daripada jumlah kawasan

permukaannya. Dua sumber ikan utama di negara ini adalah tasik dan sungai yang

menyumbang kira-kira 461000 tan ikan setiap tahun. Amalan penangkapan ikan melalui

akuakultur menghasilkan kira-kira 111000 tan ikan. Keadaan banyak tasik air tawar seperti

Lake Victoria, Lake Albert, Lake Kyoga, Lake Edward, dan Lake George telah meningkatkan

16
sektor perikanan. Terdapat juga pelbagai spesies ikan berjumlah 350 dan pasaran siap untuk

ikan baik di dalam dan di luar negara.

Gambar 9 : Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe

Seterusnya, kesan pertumbuhan penduduk di Uganda kepada sosioekonomi ialah

perkembangan pengangkutan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengangkutan

menggalakkan perdagangan tempatan, serantau dan antarabangsa. Oleh itu, rangkaian

pengangkutan yang baik di dalam negara memudahkan pertumbuhan ekonomi yang

mengakibatkan penjanaan pendapatan untuk perbelanjaan dan pelaburan kerajaan. Jalan raya

bukan sahaja menghubungkan bandar-bandar utama dan pusat perdagangan di Uganda tetapi

juga menghubungkan negara itu dengan jiran-jirannya di Afrika Timur, yang

mempromosikan perdagangan serantau. Satu lagi bentuk pengangkutan yang digunakan di

Uganda ialah pengangkutan rel yang panjangnya kira-kira 1260 kilometer. Walau

17
bagaimanapun, menurut laporan 2015 dari Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan di

Uganda, hanya kira-kira 705 kilometer pengangkutan kereta api beroperasi. Keretapi

kebanyakannya digunakan dalam pengangkutan kargo besar di seluruh negara. Pengangkutan

udara di Uganda juga menyumbang kepada ekonomi, terutamanya industri pelancongan. Pada

tahun 2007, terdapat peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe untuk memenuhi

piawaian antarabangsa. Hasilnya, bilangan pelancong dan kapasiti kargo telah meningkat

yang membawa kepada peningkatan perdagangan serantau dan antarabangsa. Lapangan

terbang ini terletak 34 kilometer dari ibukota negara Kampala. Uganda tidak mempunyai

pelabuhan. Ia hanya bergantung pada sistem pengangkutan air pedalaman yang meliputi tasik

dan sungai yang boleh dilayari. Pengangkutan di badan air ini berlaku dengan menggunakan

kapal air seperti bot, feri, dan kanu. Mereka mengangkut orang dan barang ke pusat

perdagangan. Lake Victoria menghubungkan Uganda ke Kenya dan Tanzania. Sebaliknya,

Lake Albert dikongsi antara DRC dan Uganda. Kesimpulannya, motosikal menguasai sistem

pengangkutan Uganda yang membentuk kira-kira 50% daripada semua perkhidmatan

pengangkutan diikuti oleh kenderaan penumpang (bas, minibus, dan kereta) pada 30%,

kenderaan ringan pada 12%, kenderaan komersial berat pada 6%, dan traktor pertanian dan

selebihnya pada 2%.

18
Selain itu, kesan pertumbuhan penduduk kepada sosioekonomi di Uganda ialah

perkembangan sektor perlombongan. Uganda mempunyai mineral berharga seperti timah,

tembaga, emas, besi, kobalt, dan juga simen. Galian-galian ini dieksploitasi untuk nilai

ekonomi mereka. Sebuah unit pemprosesan emas telah ditubuhkan di Kampala pada tahun

2017 untuk memastikan memaksimumkan keuntungan yang diperoleh daripada

perlombongan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi bandar. Inisiatif ini juga bertujuan

untuk menarik pelabur untuk berdagang dalam mineral dan produk-produknya yang berkaitan

di rantau ini. Satu lagi sumber semula jadi penting di Uganda ialah minyak. Minyak ditemui

di negara ini pada 2006. Walau bagaimanapun, terdapat kelewatan eksploitasi kerana

pelbagai isu logistik. Eksploitasi minyak Uganda kini dijadualkan bermula pada tahun 2020.

Kira-kira 6.5 bilion tong minyak telah dilaporkan. Sebagai persiapan untuk pengeluaran

minyak, Uganda menandatangani perjanjian dengan Tanzania yang akan melihat pembinaan

saluran minyak mentah dari Hoima di Uganda melalui Bukoba ke Tanga di Tanzania. Banyak

peluang pekerjaan akan diwujudkan tetapi sekali lagi industri perkilangan akan mendapat

manfaat dalam membuktikan beberapa peralatan dan alat untuk pembinaan saluran paip

minyak.

19
Di samping itu, perkembangan pendidikan ialah kesan perkembangan penduduk kepada

sosioekonomi di Uganda. Visi pendidikan di Uganda ialah kurikulum yang holistik

melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan produktif manakala misinya ialah

mengembangkan kurikulum dan bahan pengajaran untuk pendidik yang adil dan berkualiti

melalui penyelidikan, inovasi dan penglibatan pihak berkepentingan. Nilai yang diterapkan

dalam pendidikan di negara itu ialah kerja berpasukan, integriti, ekuiti dan kecemerlangan.

Hal ini dikatakan demikian kerana, kurikulum di sekolah rendah membolehkan pelajar

mengembangkan kecekapan dan kemahiran hidup. Sebagai contohnya, Kurikulum Tematik

digunakan di peringkat sekolah rendah. Kandungan pembelajaran disusun berdasarkan tema

yang tidak asing dengan para pelajar. Guru digalakkan umtuk menggunakan bahasa ibunda

sebagai bahasa penghantar di sekolah. Bahasa yang digunakan akan memudahkan pelajar

memahami pembelajran yang diikuti. Terdapat lima teras dalam Kurikulum ini termasuklah

penggunaan tema yang menarik minat kanak-kanak, penggunaan bahasa ibunda sebagai

bahasa penghantar, system guru kelas, penggunaan bahan mengajar bukan buku teks dan

penilaian pencapaian pelajar secara berterusan. Kurikulum di sekolah menengah pula

menggunakan aliran. Sebagai contohnya, aliran Sains dan Matematik, Bahasa, Sains Sosial,

Vokasional dan sebagainya. Kursus diploma dikategorikan kepada dua iaitu Diploma

Nasional dan Diploma Tinggi. Kursus tersebut ditawarkan selama dua tahun. Diploma

Nasional memberikan pengetahuna dan kemahiran asas manakala Diploma Tinggi

menyediakan pengetahuan dalam bidang pendidikan.

20
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, taburan penduduk memberi kesan yang besar kepada sosioekonomi

negara. Uganda memiliki penduduk yang padat. Terdapat kesan positif dan negatif yang

dihadapi oleh negara Uganda. Antara faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di

Uganda ialah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit, bekalan makanan kurang, kesuburan

wanita tinggi dan peperangan. Penduduk di Uganda dilanda virus HIV yang boleh

mengancam nyawa penduduk jika dijangkiti. Penduduk yang kurang bekalan makanan juga

akan mudah jatuh sakit.

Faktor kesuburan wanita tinggi memberi kesan pertumbuhan penduduk yang positif

kepada ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana, kadar kelahiran yang tinggi akan

menghasilkan tenaga buruh yang banyak pada masa depan. Oleh itu, industri-industri di

Uganda dapat diperkembangkan. Uganda terkenal dengan sektor perlancongan kerana bentuk

muka buminya yang unik. Terdapat tanah tinggi, dataran serta pulau-pulau. Keunikan

tersebut menarik minat pelancong bagi menikmati keindahan alam.

Peperangan yang berlaku di negara ini secara tidak langsung meragut nyawa-nyawa

penduduk setempat. Namun begitu, dengan adanya anggota-anggota keselamatan yang

menjaga keamanan negara, penduduk dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Anggota

keselamatan seperti polis dan tentera memainkan peranan mengawasi sempadan negara bagi

memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku. Kestabilan keselamatan, ekonomi dan

politik akan menjamin kesejahteraan negara untuk terus membangun dan maju.

21
5.0 RUJUKAN

Farizah Zamri, Ina Othman & Noraini Abd. Rahim, 2015. Geografi Tingkatan 5. Petaling

Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

http://betterhaguganda.org/SRHR/UDHS2011.pdf Kadar kelahiran dan kadar kematian.

Dicapai pada 9 Mei 2021.

https://digilib.uns.ac.id/dokumen/detail/14808 Sosioekonomi. Dicapai pada 6 Mei 2021.

http://eprints.poltekkesjogja.ac.id/1691/1/NASKAH%20SKRIPSI.pdf Taraf kesihatan.

Dicapai pada 11 Mei 2021.

https://ms.lipsumtech.com/what-uganda-needs-do-manufacture-more-557752 Peluang

pekerjaan. Dicapai pada 10 Mei 2021.

https://wenr.wes.org/2020/10/education-in-uganda Di capai pada 13 Mei 2021. Pendidikan.

Dicapai pada 15 Mei 2021.

https://www.avert.org/professionals/hiv-around-world/sub-saharan-africa/uganda Jangkitan

penyakit. Dicapai pada 7 Mei 2021

https://www.britannica.com/place/Uganda/Economy . Kegiatan ekonomi. Dicapai pada 12

Mei 2021.

22
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/10/391125/pakaikan-mereka-baju Kurang

bekalan makanan. Dicapai pada 14 Mei 2021.

23

You might also like