Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Salmiah binti Salleh Hudin,

SK Jalan Datuk Palembang


Bukit Baru
75150 Melaka

Guru Besar,
Sekolah Rendah Negeri Melaka 8 November 2023

Tuan,

PENGISIAN DATA SOAL SELIDIK DI SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa saya ialah pelajar peringkat Doktor Pendidikan di
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), ingin
memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan kutipan data penyelidikan daripada
guru-guru sekolah rendah negeri Melaka.

3. Maklumat permohonan saya adalah seperti berikut:

Tajuk Kajian : Kerangka Latihan Pembangunan Profesional Bidang Pengaturcaraan Bagi Guru
Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah.

Sampel Kajian: Semua guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)
sekolah rendah di seluruh negeri Melaka.

4. Bersama-sama surat ini saya sertakan beberapa dokumen seperi berikut untuk rujukan tuan:

i. Surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan


Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. Surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
iii. Instrumen soal selidik yang digunakan semasa menjalankan penyelidikan kaedah
tinjauan melalui Google Form ( https://forms.gle/q1qVhjzoK6MZeVAS9 )

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar dapat memberikan kerjasama untuk
saya menjalankan penyelidikan demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan.

Segala perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(SALMIAH BINTI SALLEH HUDIN)

Pelajar,
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

You might also like