V3 - Resolusi Konvensyen Libat Urus

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

2023

RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023


Menyedari bahawa Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah memutuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan Kali Ke-222 Tahun 2023 pada 7 Mac 2023 untuk mengadakan satu konvensyen atau
Sesi Libat Urus (SLU) dengan kadar segera untuk melihat semula status pemerkasaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan inputnya terutamanya daripada perspektif pihak guru.

Menyedari bahawa parlimen telah dimaklumkan pada 6 Jun 2023, UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan
pelaksanaannya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi fokus kepada perkembangan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu melalui pelaksanaan PBS.

Menyedari bahawa pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan perlu diubah kepada pembelajaran
berorientasikan perkembangan potensi murid yang memerlukan sistem pentaksiran yang holistik, menyeluruh
dan bersepadu.
2023
RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023
Menyedari bahawa pendidikan harus bermula daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang jelas
menyatakan setiap anak itu ada potensi yang perlu dibangunkan. Akhirnya anak yang kita bangunkan itu
mestilah anak yang sejahtera diri, mensejahterakan keluarga, masyarakat, negara dan kehidupan.

Menyedari bahawa insan seharusnya dibina secara utuh dan seimbang bermodelkan anak yang baik lagi
cerdik sebagaimana tuntutan FPK yang jelas menyatakan tentang perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Hal ini bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Menyedari keperluan untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam pelaksanaan PBS dari perspektif guru,
KPM telah melaksanakan sesi libat urus di enam zon di seluruh Malaysia mulai 5 April 2023 hingga 17 April
2023 melibatkan seramai 500 orang guru, pentadbir sekolah, Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS)
serta 50 orang pegawai bahagian dan JPN bagi keseluruhan zon. Seterusnya, Konvensyen Libat Urus PBS
telah dilaksanakan pada 6 dan 7 Jun 2023 melibatkan seramai 600 orang peserta secara bersemuka dan
2023
RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023

seramai 40 ribu peserta secara dalam talian. Peserta konvensyen ini terdiri daripada pegawai bahagian
di KPM, guru, Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Majlis Guru Besar (MGB), pensyarah IPG, pelajar
IPG, Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) dan pelbagai pihak pemegang taruh.

Konvensyen ini telah berjaya menghasilkan 12 resolusi yang dipersetujui seperti berikut: -

1. PBS diteruskan dengan penambahbaikan.

2. Latihan dalam pentaksiran perlu diberikan kepada pelaksana dan bakal pelaksana pentaksiran bagi
membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam mentadbir, mengurus, mentaksir dan melaksanakan
intervensi.

3. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan teknologi terkini dalam pentaksiran.


2023
RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023

4. Kaedah dan pelaksanaan pentaksiran psikometrik perlu ditambah baik supaya data dan maklumat yang
diperoleh adalah tepat, bermakna dan boleh dimanfaatkan untuk peningkatan perkembangan murid.

5. Menempatkan guru kaunseling sepenuh masa di semua sekolah.

6. Penglibatan murid dalam semua peringkat aktiviti dalam dan luar negara diberi pengiktirafan dalam PAJSK.

7. Autonomi diberikan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara fleksibel.

8. Meningkatkan kefahaman ibu bapa/penjaga dalam pelaksanaan PBS.


9. Sekolah perlu mempunyai pakar rujuk pentaksiran yang diiktiraf oleh badan yang mempunyai autoriti dalam
pentaksiran.
2023
RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023
10. Ujian akhir sesi akademik diteruskan pelaksanaannya dengan memberi autonomi kepada sekolah.

11. Perkara yang ditaksir dalam PBS adalah konstruk yang berkaitan dengan perkembangan potensi sebagai
mana hasrat FPK dan seiring konsep Anak Baik lagi Cerdik, Karamah Insaniah dan objektif serta matlamat
pembelajaran abad ke 21.

12. Untuk memperkasa PBS perkara-perkara berikut hendaklah direalisasikan:

1. Pemastian siapa, mengapa dan apa yang ditaksir harus dilakukan pada PBS;
2. Penjagaan ciri-ciri Psikometrik, Insanometrik dan kerangka;
3. Pensejajaran PBS dengan Incheon Declaration: Education 2030;
4. The Characteristics of the 21st Century Assessment;
5. Pensejajaran PBS dengan Assessment Trends in Education: A Shift to Assessment For Learning;
2023
RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023

6. Pensejajaran PBS dengan Declarations 2050 – Learning To Become;


7. Membangunkan Ekosistem Pentaksiran;
8. Lembaga Peperiksaan menyediakan tangga keprofesionalan pentaksiran;
9. KPM membangunkan makmal pentaksiran;
10. Lembaga Peperiksaan sebagai Autoriti Pentaksiran (Amalan, Agensi & Pengamal).

You might also like