Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TEMA: SEJARAH TEMPAT

TAJUK: PERKEMBANGAN EKONOMI DAN SOSIAL DI FELDA NITAR 02,


MERSING, JOHOR DARI TAHUN 2010 HINGGA 2020

PENGENALAN
Johor atau secara rasminya dikenali sebagai Johor Darul Takzim atau secara rasminya
ialah Kesultanan Johor Moden merupakan sebuah negeri yang terletak di Selatann
Semenanjung Malaysia. Johor merupakan daerah ketiga yang terbesar di Malaysia dan
merangkumi 14 peratus keluasan negeri. Johor juga terletak berhampiran dengan negara jiran
iaitu Singapura yang merupakan negara maju.
Daerah Mersing merupakan salah satu daripada 10 buah daerah yang terletak di negeri
Johor. Daerah ini telah dibuka pada tahun 1892 dimana nadi pembangunan Mersing ini ialah
kegiatan pertaninan seperti Rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA.
Nitar merupakan salah satu kawasan petempatan yang terletak di daerah Mersing.
Kampung ini terletak kira – kira 26 km dari bandar Mersing di mana kawasan ini telah
dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Nitar ini diambil
bersempena dengan nama ANITAR iaitu anak perempuan orang asli yang hilang di dalam
hutan dan tidak ditemui sehingga sekarang. Felda Nitar 02 ini dibuka selepas wujudnya Felda
Nitar 01. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di Felda
Nitar 02.

OBJEKTIF
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan meneliti asal usul sejarah
awal penubuhan Felda Nitar 02 Mersing, Johor. Kajian ini membolehkan masyarakat di
sekeliling dapat mengetahui kewujudan kampung.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan ekonomi dan
sosial di Felda Nitar 2 Mersing, Johor pada tahun 2010 hingga 2020. Kajian ini dapat
menunjukkan bahawa terdapat beberapa perubahan yang berlaku sepanjang penubuhan
kampung ini.
Di samping itu, tujuan lain bagi kajian ini adalah untuk mengkaji kejayaan yang
dicapai oleh Kampung Felda Nitar 02, Mersing, Johor dari tahun 2010 hingga 2020.

PEMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui bagaimanakah asal
usul penubuhan Kampung Felda Nitar 02 Mersing, Johor. Penulisan ini dibuat kerana telah
menarik minat penulis bagi mengkaji dengan lebih terperinci mengenai sejauh manakah
kemajuan yang dihadapi sepanjang proses pembangunan ekonomi dan sosial di kampung ini
dari tahun 2010 hingga 2020.

1
Selain itu, pengkaji juga mengkaji tentang apakah perkembangan ekonomi dan sosial
kepada penduduk di Kampung Felda Nitar 02 Mersing, Johor. Kajian ini dilaksanakan adalah
untuk meninjau sejauh mana perkembangan yang telah dicapai oleh penduduk di kampung
ini. Melalui penulisan ini, semua lapisan masyarakat dapat mengetahui kejayaan yang dicapai
dari segi perkembangan ekonomi dan sosial kampung ini.

SKOP KAJIAN
Skop kajian ini meliputi tiga bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek
yang dikaji. Kajian ini tertumpu kepada kawasan Kampung Felda Nitar 02 Mersing, Johor
dimana pengkaji akan menjalankan soal selidik dan temu bual yang melibatkan beberapa
individu di kampung tersebut.
Skop kajian ini akan meliputi satu tempoh masa daritahun 2010 hingga 2020 iaitu selama 10
tahun. Tempoh masa ini dipilih kerana terdapat beberapa perkembangan sepanjang tempoh
ini daripada pelbagai aspek. Perkembangan yang pesat dari masa ke semasa telah banyak
mengubah Kampung Felda Nitar 02 ini sehingga menjadikan kampung ini semakin
membangun.
Dari segi aspek pula, terdapat tiga aspek yang ingin pengkaji fokuskan iaitu asal usul
sejarah awal penubuhan Felda Nitar 02 Mersing, Johor, perkembangan yang dialami oleh
kampung ini dari segi ekonomi dan sosial serta aspek kejayaan yang dicapai oleh Kampung
Felda Nitar 02, Mersing, Johor dari tahun 2010 hingga 2020.

SOROTAN KAJIAN LEPAS


Sebelum pengkaji melakukan kajian tentang perkembangan Kampung Felda Nitar 02,
Mersing, Johor didapati tiada pengkaji lain yang telah membuat kajian yang sama. Namun
begitu, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkaitan kampung – kampung lain di
negara kita. Sebagai contoh kajian kes sosioekonomi orang asli jakun di Kampung Peta yang
dijalankan oleh Mohd Nur Syufaat bin Jaamiran daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah dilaksanakan pada 17 Jun 2015.
Kajian ini telah memperlihatkan perkembangan ekonomi yang berlaku di Kampung Peta
dalam tempoh kajian
Selain itu, terdapat juga kajian yang dijalankan di Kampung Dato Keramat di Kuala
Lumpur. Kajian ini telah dilaksanakan oleh pelajar daripada Universiti Malaya. Kajian ini
juga telah menunjukkan perkembangan yang dialami oleh kampung tersebut.
Contoh seterusnya ialah buku kajian yang bertajuk “Sejarah Kampung Bharu, Di Sini
Awal Segalanya Bermula”. Buku ini diterbitkan di Malaysia oleh Institut Alam dan Tamadun
Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini menceritakan asal usul
pembukaan kampung tersebut.

2
KAEDAH KAJIAN
Kajian yang akan dilakukan ini melibatkan penggunaan beberapa kaedah antaranya,
kajian kepustakaan. Pengkaji menggunakan kajian ini bagi mendapatkan maklumat dari
sumber primer dan sumber sekunder dimana pengkaji akan membuat penyelidikan di
Perpustakaan Awam di Mersing, Johor dan juga Perpustakaan di sekolah yang berkaitan.
Bagi memperolehi sumber primer berkaitan sejarah Kampung Felda Nitar 02 ini,
pengkaji akan menemu bual beberapa orang sumber yang berkaitan antaranya ialah penghulu
Kampung Felda Nitar 02 serta penduduk setempat.
Melalui kaedah kajian lapangan pula, pengkaji akan membuat pemerhatian di mana
pengkaji akan melihat sendiri perkembangan di Kampung Felda Nitar 02 ini untuk
mengetahui perkembangan ekonomi dan sosial yang dialami oleh kampung ini.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI


Struktur esei ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi dan kesimpulan.
Bahagian pengenalan, pengkaji akan menceritakan tentang perkembangan Johor secara
umum, khususnya daerah Mersing dan sedikit sejarah pembukaan Felda Nitar 02.
Pada bahagian isi pula, pengkaji akan menceritakan tentang asal usul penubuhan
Kampung Felda Nitar 02 Mersing, perkembangan yang dialami oleh Kampung Felda Nitar 02
Mersing, Johor dari aspek ekonomi dan sosial dari tahun 2010 hingga 2020, kejayaan yang
dicapai oleh Kampung Felda Nitar 02, Mersing, Johor dari tahun 2010 hingga 2020 ini secara
menyeluruh bagi menepati objektif kajian yang dikaji.
Manakala pada bahagian kesimpulan pula pengkaji akan merumuskan tentang hasil
dapatan kajian secara menyeluruh.

PENUTUP
Kesimpulannya dari hasil kajian ini, pengkaji berharap masyarakat dapat mengetahui
dengan lebih lanjut tentang sejarah perkembangan Kampung Felda Nitar 02 Mersing, Johor
dari aspek dan sosial. Pengkaji berharap kajian ini dapat membuka mata masyarakat yang
Kampung Felda Nitar 02 ini telah berjaya mencapai kejayaan.

3
PENGENALAN

Kampung boleh didefinisikan sebagai kawasan kediaman yang terdiri daripada

sekumpulan rumah . Menurut takrifan universal juga kampung adalah sebuah penempatan

manusia di kawasan luar bandar .1 Kebiasaannya , kampung - kampung terletak di luar

bandar yang lebih dikenali sebagai desa . Di Malaysia , terdapat pelbagai jenis kampung

seperti kampung tradisional , kampung nelayan , kampung tersusun , kampung atas air ,

kampung felda dan kampung baru 2. Corak petempatan kampung – kampung ini pada

umumnya berbentuk berkelompok , berpusat , berjajar dan berselerak 3. Secara umumnya ,

negeri Johor terdiri daripada pelbagai daerah kecil , antaranya ialah daerah mersing .

Terdapat pelbagai kampung yang telah wujud di daerah ini termasuklah Kampung Felda

Nitar 02 . Felda ini terletak kira – kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan

penduduknya seramai lebih 3200 orang pada ketika itu , Felda Nitar 02 ini terletak

berhampiran Felda Nitar 01 dan juga Felda Nitar Timur . Felda Nitar 02 ini di buka selepas

wujudnya Felda Nitar 01 . Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( Felda )

dimana pembukaan Felda ini telah memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi

peneroka Felda . Pada September 1984 , penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka

di Felda Nitar 02 dimana rumah dan tanah telah disediakan kepada peneroka - peneroka

tersebut untuk diusahakan 4. Namun begitu , kampung ini telah mengalami beberapa

perkembangan sedikit – demi sedikit yang dapat dilihat dari tempoh 2010 hingga 2020 . Oleh

itu , kajian ini telah dilaksanakan bertujuan untuk merintis sejarah awal Kampung Felda Nitar

02 ini . Selain itu , penulis ingin mengkaji tentang mengenal pasti sejarah perkembangan

1
https://educalingo.com/ms/dic-ms/kampung
2
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/865452/9-kriteria-kampung-sejahtera
3
https://question.pandai.org/note/read/kssm-gf-07-03-02/kssm-f1-gf-03-02/petempatan-
di-malaysia
4
https://question.pandai.org/note/read/kssm-gf-07-03-02/kssm-f1-gf-03-02/petempatan-
di-malaysia
4
ekonomi dan sosial yang dialami oleh Kampung Felda Nitar 02 ini pada tahun 2010 – 2020

dan pengkaji juga ingin mengkaji kejayaan yang dikecapi oleh Kampung Felda Nitar 02 ini

pada tahun 2010 – 2020 .

ASAL USUL SEJARAH AWAL PENUBUHAN KAMPUNG FELDA NITAR 02 ,

MERSING , JOHOR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , asal usul boleh didefinisikan sebagai salasilah ,

asal keturunan ataupun peringkat awal dan permulaan5 . Menurut sejarah , perkataan Nitar

ini berasal daripada nama anak perempuan Tok Batin yang telah hilang di dalam hutan dan

tidak ditemui sehingga sekarang dimana gadis ini merupakan anak gadis yang tercantik pada

ketika itu dan telah hilang di kawasan berbukit yang dikenali sebagai Bukit Nitar . Bukit

Nitar adalah sebuah bukit yang terletak di sempadan Felda Nitar 02 dan Felda Nitar 01 .

Bukit ini memiliki ketinggian 55 meter dari aras laut yang menjadi mercu tanda kepada

kedua tanah rancangan felda berkenaan selain menjadi tempat beradanya sebuah tangki

simpanan air SAJ yang telah di proses di loji penapisan air 6.

Felda Nitar 02 ini di buka selepas wujudnya Felda Nitar 01 . Kewujudan Lembaga

Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin

menjadi peneroka FELDA . Pada September 1984 , penduduk dari Johor diplih untuk

menjadi peneroka di Felda Nitar 2 . FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap

peneroka untuk diusahakan7 . Kampung ini terletak 26 km dari bandar Mersing dan

mempunyai keluasan 123.5 hektar . Pada mulanya , Kampung Felda Nitar 02 ini

5
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=asal+usul
6
En . Ali bin Mean , Ketua Kampung Felda Nitar 02 , Mersing , Johor , 50 tahun

7
http://pifeldanitar2.digicbc.com/index.html
5
menempatkan 450 peneroka dan kini telah mempunyai lebih 3265 penduduk daripada

keluarga peneroka , kakitangan pengurusan FELDA dan kilang serta keluarga guru yang

mengajar di Sekolah Kebangsaan dan agama di situ . 8

Pintu gerbang Kampung Felda Nitar 02 , Mersing , Johor

8
En . Ali bin Mean , Ketua Kampung Felda Nitar 02 , Mersing , Johor , 50 tahun
6
SEJARAH PERKEMBANGAN DI FELDA NITAR 02 MERSING , JOHOR DARI

ASPEK EKONOMI

Segemen esei yang seterusnya ialah mengenai sejarah perkembangan di Felda Nitar 02

dari aspek ekonomi . Perkembangan boleh didefinisikan sebagai satu proses atau tahap

pertumbuhan ke arah yang lebih maju 9 Pada sekitar tahun 1985 , kampung ini dilihat tiada

kegiatan ekonomi yang rancak berlaku , penduduk hanya menfokuskan kegiatan perladangan

iaiu menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka yang diberikan oleh Felda .

Walaupun bantuan seperti baja dan racun telah disediakan oleh Felda namun atas usaha dan

kerajinan mereka , kegiatan ini telah membuahkan hasil sehingga dapat mengubah kehidupan

mereka . Melalui pendapatan yang diperoleh dari hasil tanaman , mereka dapat

mengubahsuai rumah menjadi lebih selesa10 Selain itu , penduduk di kampung tersebut juga

telah menjalankan aktiviti pertanian secara kecil – kecilan seperti tanaman cendawan , sayur

– sayuran dan buah – buahan di tanah kepunyaan masing – masing . Dalam konteks ini ,

dapat dilihat bahawa penduduk Felda Nitar 02 ini bijak dalam memanfaatkan tanah

kepunyaan mereka untuk mempelbagaikan pendapatan mereka . 11

9
https://www.scribd.com/doc/53190176/MAKSUD-PERKEMBANGAN
10
http://pifeldanitar2.digicbc.com/index.html
11
Pn . Wan Salleha binti Zahar , penduduk tetap Kampung Felda Nitar 02 , 55 tahun

7
Kilang sawit nitar

Namun begitu , pada sekitar tahun 2010 , kegiatan ekonomi di Felda Nitar 02 ini semakin

diberi perhatian secara menyeluruh dimana adanya perniagaan runcit yang menjual barangan

keperluan seperti barang dapur dan keperluan harian . Sebagai contoh , kedai runcit Salleh

yang dikenali sebagai kedai Wakleh , dan kedai runcit Cik Aziz yang dibina di jalan utama

Nitar 02 . Kewujudan kedai – kedai runcit ini telah memudahkan penduduk kampung untuk

membeli barang keperluan harian seperti barang basah , minyak , dan keperluan mandian .

Hal ini dikatakan demikian kerana , sebelum wujudnya kedai – kedai runcit ini , penduduk

kampung tersebut terpaksa membeli keperluan di Bandar Mersing dimana penduduk terpaksa

melalui kira – kira 21 kilometer untuk sampai ke bandar tersebut .Tambahan pula , pada

tahun itu majoriti penduduk Kampung Felda Nitar 02 itu tidak mempunyai kenderaan dan

terpaksa menaiki bas awam untuk membeli barang keperluan . Bukan itu sahaja , pada

ketika itu juga terdapat juga kedai makan yang dibuka oleh penduduk kampung itu sendiri

sebagai contoh kedai makan Mak Jah dan kedai makan Rosnan Perkembangan ini berlaku

disebabkan berlakunya pertambahan penduduk yang datang daripada Johor .

8
Kedai makan dan kedai runcit

Menjelang tahun 2011 juga , telah wujudnya pelbagai pasar di Kampung Felda Nitar 02 ini

seperti pasar tani , pasar mingguan yang kebanyakan peniaga – peniaga tersebut merupakan

penduduk dari kampung itu sendiri dan ada juga yang merupakan penduduk dari Kampung

Felda Nitar 01 . Pasar tani yang diadakan pada setiap hari Selasa 8.00 pagi sehingga 12.00

tengahari ini telah menjual pelbagai barang basah seperti sayur – sayuran dan buah – buahan .

Malahan , ada juga peniaga – peniaga tersebut yang menjual hasil tanaman mereka sepeti

durian , manggis dan rambutan yang diperoleh dari kebun mereka sendiri . Manakala pasar

malam yang diadakan pada setiap hari rabu 4 petang hingga 10 malam juga menjual pelbagai

makanan dan minuman . Pasar – pasar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan

kerana pelbagai makanan yang menarik telah dijual . Ada kalanya , terdapat beberapa

pelanggan yang dari Mersing sanggup datang ke pasar ini semata – mata untuk mendapatkan

juadah yang sedap .

9
Pasar mingguan di Kampung Felda Nitar 02

Pasar tani di Kampung Felda Nitar 02

10
Selain itu , wujudnya pusat dobi layan diri di Kampung Felda Nitar 02 yang terletak di

Kedai Makan Wak Jo itu untuk memudahkan penduduk kampung membasuh baju

terutamanya apabila berlakunya ketiadaan elektrik . Kewujudan dobi ini sudah semestinya

dapat memudahkan urusan harian penduduk kerana mereka tidak perlu lagi untuk pergi ke

Bandar Mersing . Berdasarkan temu bual pengkaji bersama penduduk , dobi ini diusahakan

sendiri oleh Wak Jo ataupun dikenali sebagai Cik Johari bersama isterinya . Kelengkapan

dobi ini semakin bertambah sedikit demi sedikit kerana mendapat sambutan yang

menggalakkan oleh penduduk kampung12 .

Dobi layan diri di Kampung Felda Nitar 02

12
Pn . Wan Salleha binti Zahar , penduduk tetap Kampung Felda Nitar 02 , 55 tahun

11
SEJARAH PERKEMBANGAN DI FELDA NITAR 02 MERSING , JOHOR DARI

ASPEK SOSIAL

Menurut Kamus Bahasa Melayu , sosial boleh didefinisikan sebagai hal yang berkaitan

dengan masyarakat dan kemasyarakatan , ia juga berkaitan dengan persahabatan , pergaulan

dan akiviti masa lapang 13. Kampung Felda Nitar 02 telah mengalami perkembangan sosial

yang jelas pada sekitar 2010 dimana berlakunya perubahan infrastruktur dan kemudahan asas

seperti kompleks sukan komuniti ( KSK ) ataupun dikenali sebagai Gelanggang Sukan

Komuniti yang bertujuan untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada penduduk

kampung ini untuk bergiat dalam bidang sukan . Kemudahan ini juga menjadi wadah dalam

pemupukan semangat kesukanan kepada penduduk melalui pelbagai aktiviti dan program

sukan dan rekreasi dalam kalangan penduduk di Kampung Felda Nitar 2 . Antara aktiviti

yang sering dilanjurkan ialah badminton ,bola baling dan bola jaring .

13
https://kamusbm.com/sosial/
12
Gelanggang Sukan Komuniti

Selain itu , dari aspek pendidikan pula , terdapat perkembangan yang berlaku kepada

infrastruktur Sekolah Kebangsaan LKtP Nitar 02 yang bertempat di Jalan Kesidang dimana

dahulunya kawasan ini merupakan petempatan yang dibuka oleh kerajaan melalui agensi

pertaniannya FELDA . Pada ketika itu , sekolah ini hanya mempunyai seramai 702 orang

murid dan seramai 30 orang tenaga pelajar sahaja . Menurut temu bual , pada pembukaan

Sekolah Kebangsaan LKtP Nitar 02 , pada mulanya murid – murid ditempatkan di bangunan

sementara iaitu di 20 buah rumah peneroka yang masih belum berpenghuni lagi . Sebahagian

daripada muridnya menumpang di Sekolah Kebangsaan LKtP Nitar 01 , Mersing yang

jauhnya 5km daripada petempatan ini . Selepas itu , berpindah pula ke stor baja Felda Nitar

02 yang letaknya berhampiran padang awam . Pada masa itu bekalan elektrik masih belum

ada lagi dan sekolah itu hanya berbekalkan generator yang diberi oleh pihak kerajaan .

Namun begitu , sekolah ini telah mengalami perkembangan yang jelas terutamanya pada

tahun 2010 iaitu terdapat penubuhan Makmal Komputer yang menempatkan sebanyak 20 set

komputer yang dilengkapi dengan kemudahan Internet untuk membolehkan murid – murid

melalui kaedah pembelajaran maya . Pada tahun 2010 juga terdapat bangunan baru yang

dibina iaitu bangunan baru setinggi 3 tingkat yang bertujuan untuk P&P, J- QAF dan lain –

lain kemudahan baru seperti Bilik Akses Kendiri , Bilik Kemahiran Hidup , Bilik Pendidikan

Khas , Bilik Guru dan Bilik Perpustakaan baru .

13
Sekolah Kebangsaan Nitar 02

Seterusnya , berdasarkan temu bual pengkaji bersama penduduk juga , pelbagai akiviti sosial

dan kemasyarakatan yang dilaksanakan di Kampung Felda Nitar 02 ini . Antara aktiviti

sosial yang wujud ialah marhaban , sukan dan bacaan Yaasin . Malahan , wujudnya persatuan

silat yang merupakan persatuan yang mengajar silat kepada penduduk kampung ataupun

mana – mana penduduk yang berminat . Pada setiap hujung minggu pula , terdapat

persatuan kelab aerobic yang bergiat aktif dimana mereka menggunakan Dewan Serbaguna

Nitar 02 sebagai tempat mereka membuat latihan . Pengkaji juga mendapati terdapat aktiviti

gotong – royong perdana yang disertai oleh penduduk kampung . Tujuan aktiviti ini diadakan

adalah untuk memastikan Kampung Felda Nitar 02 ini sentiasa berada dalam keadaan yang

bersih , harmoni dan ceria kerana menurut penduduk kampung juga , terdapat pertandingan –

pertandingan keceriaan yang melibatkan antara Kampung Felda Nitar 02 ini dengan

Kampung Felda Nitar 0114 .

14
Pn . Wan Salleha binti Zahar , penduduk tetap Kampung Felda Nitar 02 , 55 tahun
14
Aktiviti Marhaban yang dilaksanakan di Kampung Felda Nitar 02

Selanjutnya , pada tahun 2012 pusat jalur lebar telah dibina di Kampung Felda Nitar 02 ini

dan mula beroperasi pada 1 Disember 2012 . PEDi yang dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar

Komuniti ( PJK ) ini menyediakan kemudahan peralatan IT dan komputer berserta capaian

Internet yang bertujuan untuk membolehkan penduduk menikmati kebaikan internet seperti

yang dirasai oleh komuniti yang tinggal di bandar . Dalam konteks ini , setiap PIK akan

menyediakan latihan dan perisian komputer kepada komuniti bagi memastikan penduduk

berupaya menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya . Menurut temu bual juga ,

penduduk menyuarakan pendapat bahawa penubuhan PEDi ini , telah banyak membantu

penduduk terutamanya golongan muda dalam mencari maklumat bagi melaksanakan tugasan

– tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah . Tambahan pula , terdapat kemudahan printing

yang telah disediakan kepada penduduk untuk mencetak apa – apa dokumen dengan harga

yang berpatutan . Kemudahan ini bukan sahaja dapat memudahkan urusan penduduk bahkan

berupaya memberi pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar ini setaraf dengan

penduduk bandar15 .

15
http://pifeldanitar2.digicbc.com/index.html
15
Pusat Ekonomi Digital di Kampung Felda nitar 02

KEJAYAAN KAMPUNG FELDA NITAR 02

Maksud kejayaan ialah hal berjaya , kemenangan dan kemajuan 16 . Secara umumnya

kejayaan bermaksud sesuatu kemenangan yang diraih dalam sesuatu perkara setelah

menetapkan sasaran yang ingin dicapai dan berjaya mencapainya . Dalam kajian ini ,

pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh Kampung Felda Nitar 02 ini termasuklah

penduduknya dimana pengkaji dapat mengelaskan kejayaan yang diraih di Kampung Felda

Nitar 02 ini dari pelbagai peringkat seperti peringkat kampung , daerah , negeri dan

kebangsaan . Kejayaan yang diraih merupakan hasil usaha penduduk kampung ini yang

sentiasa bekerjasama bagi memperoleh sesuatu kejayaan17 .

Pada tahun 2012 , Kampung Feda Nitar 02 telah diisytiharkan sebagai juara Anugerah

Keceriaan Kampung Felda ( AKKF ) Kebangsaan yang meraih hadiah wang tunai sebanyak

RM 1 juta yang disampaikan sendiri oleh bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak

sempena sambutan Hari Peneroka pada tahun 2012. Kesepakatan penduduk menjadi kunci

16
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kejayaan&d=102572&
17
En . Ali bin Mean , Ketua Kampung Felda Nitar 02 , Mersing , Johor , 50 tahun
16
kejayaan kepada Kampung Felda Nitar 02 ini dimana semua lapisan penduduk dan

kakitangan pengurusan tanah rancangan itu memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan

segala usaha menceriakan persekitaran kampung tersebut . Kesepakatan mereka

dalammembelanjakan sebanyak RM 30 000 bagi membeli benih dan baja untuk menanam

pelbagai pokok bunga dan hiasan seperti bayam merah yang menjadi identiti FELDA itu

telah membuahkan hasil yang lumayan 18.

Keratan akhbar Kampung Felda Niar 02 menjadi juara AKKF

Hiasan bayam merah di sekitar Kampung Felda Nitar 02

18
https://www.klik.com.my/item/story/5402132/felda-nitar-2-juara-akkf
17
Selain itu , kejayaan yang dicapai oleh Felda Nitar 02 telah menyebabkan Kampung Felda

NItar 02 ini mendapat kunjungan daripada beberapa pasukan penerbitan yang telah membuat

penggambaran dan rakaman sekitar kampung ini , antaranya ialah Filem Negara Malaysia

dan Bahagian Penerbitan FELDA . Malahan , kampung ini juga menerima kunjungan oleh

jawatankuasa peneroka dari dalam dan luar Johor kerana ingin mengetahui dengan lebih

mendalam kunci kejayaan FELDA ini dalam merangkul juara AKKF 201219 .

Seterusnya , pada tahun 2013 , Kampung Felda Nitar 02 telah berjaya melahirkan usahawan

PKS yang berjaya . Antaranya ialah , Puan Hasnah binti Sheikh yang menghasilkan produk

Karipap Frozen , Rempah Sate Goreng dan Denderam . Selain itu , Puan Lisa binti Sharif

yang menghasilkan produk sulaman , henna , Pizza dan Lasagna . Produk – produk

usahawan ini telah dipasarkan melalui bantuan Felda , Fama dan komuniti setempat .

Usahawan – usahawan ini telah berjaya menaikkan taraf ekonomi setempat dan berupaya

memberi tunjuk ajar kepada pengusaha yang lain dalam menjana pendapatan yang lebih

lumayan20 .

19
En . Ali bin Mean , Ketua Kampung Felda Nitar 02 , Mersing , Johor , 50 tahun
20
Pn . Wan Salleha binti Zahar , penduduk tetap Kampung Felda Nitar 02 , 55 tahun

18
Usahawan yang merupakan penduduk Kampung Felda Nitar 02

Produk yang dihasilkan oleh usahawan

19
Produk yang dihasilkan oleh usahawan

Produk yang dihasilkan oleh usahawan

RUMUSAN

Secara keseluruhannya , pengkaji dapat merumuskan bahawa Kampung Felda Nitar 02 ini

sememangnya mempunyai sejarah yang menarik untuk dikaji . Pelbagai aspek yang menarik

seperti sejarah asal usul pembukaan kampung , perkembangan kampung dari aspek ekonomi

dan aspek sosial dan kejayaan yang pernah diraih . Melalui kajian ini , dapat dilihat bahawa

Kampung Felda Nitar 02 ini mengalami perkembangan yang pesat berikutan penambahan

20
penduduk yang semakin meningkat . Dari segi kejayaan pula , dapat disimpulkan bahawa

kesepakatan penduduk yang menjadi tonggak utama dalam pencapaian kampung ini.

BIBLIOGRAFI

Orang Sumber

En . Ali bin Mean , Ketua Kampung Felda Nitar 02 , Mersing , Johor

Pn . Wan Salleha binti Zahar , penduduk tetap Kampung Felda Nitar 02 , Mersing , Johor

Internet

21
https://educalingo.com/ms/dic-ms/kampung

https://www.scribd.com/doc/53190176/MAKSUD-PERKEMBANGAN

https://www.klik.com.my/item/story/5402132/felda-nitar-2-juara-akkf

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kejayaan&d=102572&

https://kamusbm.com/sosial/

http://pifeldanitar2.digicbc.com/index.html

https://question.pandai.org/note/read/kssm-gf-07-03-02/kssm-f1-gf-03-02/petempatan-di-

malaysia

Karya Ilmiah

Mohd Nur Syufaat bin Jaamiran , 2015 , Kes Sosioekonomi orang asli jakun di Kampung

Peta , Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan .

“ Sejarah Kampung Bharu , Di Sini Awal Segalanya Bermula “ Institut Alam dan Tamadun

Melayu ( ATMA ) Universiti Kebangsaan Malaysia .

Kamus

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , 2010, Dewan Bahasa dan Pustaka

22

You might also like