Minit Mesyuarat Kali 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN PASIR

MINIT MESYUARAT PROFESIONAL KALI PERTAMA

Tarikh : 3 Januari 2012


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En. Abd. Rahim bin Ayub (Guru Besar)
Kehadiran : 35 orang

Hadir : Pn. Fatimah binti Affandi (Penolong Kanan Pentadbiran)


Pn. Jamaliah binti Man (Penolong Kanan HEM)
En. Hamdan bin Nordin (Penolong Kanan Kokurikulum)
En. Mohamad Azizi bin Yusof
Pn. Siti Pah binti Dan
Pn. Qurratul Ain binti Mohd Nasir
Pn. Noor Sabariah binti Marhom
Pn. Nur Aisyah binti Abdul Talib
Pn. Marzura binti Mohd Zaini
En. Lee Peng Kien
Cik Ang Siew Cheng
Tn. Hj. Ariffin bin Musnman
Pn. Hjh. Azlina binti Abdul Aziz
En. Shahrullizam bin Saparman
En. Ahmad Sabri bin Harun
En. Mawaridi bin Abdullah
Pn. Nurul Huda binti Ibrahim
Pn. Norlela binti Ishak
Pn. Rozita binti Md. Dani
Pn. Siti Hajar binti Hussin
Pn. Nazirah binti Zuriat
Pn. Haslina binti Hamzah
En. Fadzlil Alia bin Ghazali
En. Mohd Hanif bin Tadkiran
Pn. Siti Rahmah binti Miskun
Pn. Norliah binti Ramli
En. Asrulmizan bin Mohd Suhaimi
En. Mohd Yusof bin Soib
En. Shairil Hafizin bin Mat Idris
Pn. Roslina binti Pandingah
Pn. Norshidah binti Mohd Arshad
Pn. Norlijah binti Mohd Arshad
En. Abdul Manan bin Mansor
En. Amideen

Tidak Hadir : Pn. Norkholilah binti Halimi


Pn. Norazlina binti Ahmad Foaad
BIL. AGENDA TINDAKAN /
MAKLUMAN
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
1.2 Ucapan terima kasih dan selamat datang kepada En. Hamdan
bin Nordin selaku Penolong Kanan Kokurikulum yang baru.
1.3 Membaca Ummul Kitab : Al-Fatihah untuk keberkatan
majlis.
1.4 Menyampaikan salam daripada pihak PPD dan JPN atas
kejayaan sekolah-sekolah daerah Hilir Perak mendapat
tempat kedua dari segi kualiti dan kuantiti. Berharap agar
dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan dan menjadi
contoh di negeri Perak.
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat
2.1 Membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Pengerusi Mesyuarat
2.2 En. Fadzlil Alia mencadangkan supaya minit mesyuarat yang
lalu disahkan.
2.3 Cik Ang Siew Cheng menyokong cadangan agar minit
mesyuarat disahkan.
3. Perubahan dan Harapan 2012
3.1 Berusaha menjadikan SKBP sekolah berkualiti.
Oleh itu diharap semua pihak dapat merealisasikan
motto dan visi sekolah.
3.2 SKBP akan menuju ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.
Oleh itu SKBP perlu berada di Band 1 dalam SKPM.
3.3 SKBP perlu menyertai semua pertandingan di semua
peringkat.
3.4 Tahun 2012 merupakan Tahun Inovasi dan Guru Inovasi
2011 adalah Pn. Noor Sabariah.
3.5 Semua guru perlu mengingat dan memahami visi dan misi
sekolah serta PPD.
3.6 Semua guru dikehendaki mengenalpasti kelemahan pada
Tahun 2011 dan berusaha memperbaiki diri.
3.7 Setiap individu perlu mempunyai semangat kepimpinan dan
ianya perlu berteraskan prinsip kepimpinan melalui tauladan.
3.8 Setiap pelakasanaan perlu mempunyai strategi.
3.8.1 Setiap kelas perlu dibersihkan sebelum
waktu balik terutama sekali kelas Tahun 1.
3.8.2 Guru dan pekerja perlu memakai pakaian Semua guru & pekerja
yang sesuai ketika bertugas.
3.9 Dasar sekolah perlu dipatuhi.
3.9.1 Kakitangan bukan guru dikira tidak hadir
jika meninggalkan sekolah melebihi Semua guru
tempoh 4 jam manakala bagi guru pula & kakitangan
melebihi tempoh 2 jam.
3.9.2 Semua pihak perlu meminta kebenaran
Guru Besar untuk keluar.
3.10 Headcount
3.10.1 Setiap bidang perlu mempunyai Ketua Panitia & Ketua Unit
Headcount sendiri.
3.10.2 Setiap bidang perlu mengetahui strategi
mengatasi masalah.
3.10.3 Guru Besar bertindak sebagai pembina
dasar, Penolong Kanan sebagai pengurus
strategi manakala guru-guru sebagai
pelaksana.
3.10.4 Headcount perlu dirancang awal dan perlu
ada dalam Buku Persediaan Mengajar.
3.11 Setiap tetamu yang datang perlu disambut dan ditunjukkan
dengan contoh yang baik. Selain itu pakaian guru juga perlu Semua guru
sesuai agar boleh diikut dan dicontohi. dan kakitangan
3.12 Kehadiran pada waktu pagi dan petang perlu direkodkan dan
perlu ditulis sendiri tanpa meminta bantuan orang lain.
3.13 Harapan KPM diterjemahkan melalui X-PLUS
3.13.1 X : Excellence – semua guru perlu
mempunyai pengetahuan yang luas dan
berusaha menambah ilmu melalui
pembacaan. Sebenarnya ada aktiviti Nilam
untuk guru tapi kurang mendapat
sambutan.
3.13.2 P : Pengetahuan – perlu meningkatkan
mutu perkhidmatan.
3.13.3 L : Latihan – Sentiasa berusaha
meningkatkan keupayaan diri melalui
latihan.
3.13.4 U : Usaha berterusan – berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara.
3.13.5 S : Semangat berpasukan – semua pihak
perlu memainkan peranan masing-masing.
Oleh itu semua guru perlu bekerja bukan Semua guru
buat kerja kerana bekerja merupakan satu
usaha yang berterusan tanpa disuruh.
3.13.6 Pentadbiran diasaskan oleh pentadbir.
3.13.7 Guru Besar akan berbincang dengan
Penolong Kanan dan Ketua Panitia jika
terdapat kursus yang perlu dihadiri dan
guru yang dicadangkan perlu patuh pada
keputusan yang dibuat.
3.13.8 Guru-guru dan kakitangan perlu
memenuhi keperluan mengikut kehendak
pelanggan.
En. Hamdan &
3.13.9 Semua pihak perlu bijak menangani En. Hanif
cabaran yang belum tiba.
3.13.10 Berusaha melepasi rekod sedia ada
kerana Sekolah Berprestasi Tinggi perlu
mencapai sasaran melebihi 30%.
3.13.11 Berusaha untuk melepasi aras kualiti.
3.13.12 Perlu berusaha melepasi pencapaian
terbaik dalam semua bidang sebelum ini.
Perjumpaan Kokurikulum pertama akan
diadakan pada hari Khamis (5.1.2012).
3.14 Sekolah Berkualiti
3.14.1 Sekolah Berprestasi Tinggi perlu melihat
masa hadapan.
3.14.2 Semua Ketua Panitia perlu mempunyai Semua guru
matlamat. Oleh itu perlu dapatkan
sokongan daripada semua pihak.
3.14.3 Semua guru perlu mempunyai banyak
ilmu dengan membaca kerana organisasi
sekolah perlu berubah-ubah dan tidak
statik demi membantu mencapai matlamat.
3.14.4 Semua pihak perlu sentiasa memuhasabah
diri.
3.14.5 Perancangan untuk tempoh 1 tahun perlu
dibuat dan jadikan peperiksaan akhir tahun
sebelumnya sebagai TOV untuk
merealisasikan sasaran.
3.14.6 Guru perlu menjadi contoh dari semua Pengawal Keselamatan
segi.
3.14.7 Ciri-ciri Organisasi bermasalah
a) Semua kerja tidak terancang dan
lambat dilaksanakan.
b) Kerja berulang di semua peringkat.
c) Berasa selesa dan keselesaan itu boleh
membunuh.
3.14.8 Kepimpinan Melalui Tauladan
3.14.9 Berpasukan – semua pihak memainkan
peranan bersama-sama
3.14.10 Pelanggan
a) Pengawal keselamatan perlu kenalpasti
setiap orang yang masuk ke dalam
kawasan sekolah.
b) Ibu bapa, PPD, JPN dan KPM adalah
pelanggan sekolah.
3.14.11 Data sekolah – semua guru perlu tahu
dan kenalpasti situasi murid. Oleh itu guru Semua guru
perlu sentiasa berusaha dan tidak
menyalahkan murid.
3.14.12 Semua pihak perlu merasakan diri
mereka penting untuk sekolah dan
organisasi.
3.14.13 Kepastian
a) Kualiti dicapai mengikut bidang.
b) Pencegahan – guru jangan terlampau
garang dan perlu pandai mentelah apa
yang berlaku.
c) Pemantauan perlu dilaksanakan dan
direkodkan dalam buku WAYS.
3.14.14 Susunan organisasi
a) Guru Besar – Pembina dasar
b) Penolong Kanan – Pengurus strategi
c) Guru - Pelaksana
3.14.15 Minit mesyuarat dan minit curai perlu
disiapkan dalam tempoh seminggu selepas
mesyuarat atau taklimat. Guru juga
diingatkan supaya tidak terlibat dengan
jualan langsung di sekolah.
4. Dasar Baru KPM
4.1 Aras prestasi tinggi SKPM adalah 85% ke atas dan
semua pihak perlu tahu aras pencapaian, Semua guru
kemenjadian, murid lemah dan peranan individu.
4.2 NKRA – KPI. Semua guru perlu tahu dan faham
tentang Pelan Induk Pendidikan dan 1 Malaysia.
4.3 Semua guru perlu tahu dan faham tentang dasar MBMMBI.
4.4 Semua guru perlu tahu dan faham tentang 6 tunjang utama
dalam KSSR.
4.5 PBS perlu melibatkan akademik dan bukan akademik. Oleh
itu, setiap murid perlu mempunyai kad Kokurikulum dan
unit HEM perlu meneruskan program Citra Bestari.
4.6 Program 1 Murid 1 Sukan akan dilaksanakan pada setiap hari
Isnin dan Selasa dan semua guru dan murid perlu En. Hamdan &
didaftarkan. En. Hanif
4.7 Program LINUS perlu dilaksanakan dengan baik.
5. Kurikulum
5.1 Mesyuarat kali pertama akan diadakan pada Pn. Fatimah & semua guru
12.1.2012 (Khamis).
5.2 TOV dan target perlu disediakan.
5.3 Guru perlu mahir dan faham tentang istilah dalam KSSR dan
setiap dokumen standard perlu lengkap dan mempunyai Semua guru
nama.
5.4 Guru yang tidak hadir perlu menyediakan rancangan
pelajaran harian dan buku persediaan mengajar perlu
disimpan di sekolah.
5.5 Kurikulum merupakan nadi sekolah
5.6 PKJR perlu ada dalam persediaan mengajar.
5.7 GPMP / GPS perlu dibuat.
5.8 MSA perlu berperanan untuk merealisasikan sasaran Ketua Panitia
akademik.
5.9 Setiap panitia perlu memainkan pernanan dengan sebaiknya.
5.10 Penilaian En. Lee Peng Kien & Tn.
5.10.1 Penilaian pertama – 5.3.2012 Hj. Ariffin
5.10.2 Peperiksaan pertengahan tahun –
14.5.2012
5.10.3 Penilaian kedua dan percubaan UPSR –
13.8.2012
5.10.4 Peperiksaan akhir tahun – 29.10.2012
5.10.5 Bank soalan perlu diwujudkan.
5.10.6 Soalan yang disediakan perlu mengikut
aras kesukaran.
5.11 Sebarang perubahan pada jadual waktu perlu dimaklumkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
5.12 Guru perlu masuk kelas lebih awal dan tidak mengabaikan
waktu.
5.13 Guru ganti perlu menjalankan P&P seperti yang ditulis
dalam buku persediaan mengajar.
5.14 Dapatan jemaah nazir merumuskan bahawa guru tidak peka
dengan keperluan murid (gaya belajar). Guru JQAF
5.15 Sebarang perubahan atau pembatalan kelas Tasmik perlu
diberitahu lebih awal. En. Shahrullizam
5.16 Guru ICT dikehendaki membentangkan peralatan dan
kelengkapan yang ada. Pn. Marzura
5.17 PSS perlu dikemaskinikan.
6. Hal Ehwal Murid (HEM)
6.1 Perhimpunan
6.1.1 Semua guru dan kakitangan perlu datang Pn. Jamaliah & semua guru
awal ke sesi perhimpunan mingguan yang
akan bermula pada jam 7.30 pagi.
6.1.2 Semua aturcara perhimpunan perlu En. Hanif
diluluskan oleh Penolong Kanan HEM
6.1.3 Pelaksanaan Kuiz Mingguan akan tetap En. Ahmad Sabri & Pn.
diteruskan. Hjh. Azlina
6.1.4 Lagu Negaraku mesti dinyanyikan
Guru Kelas
bersama-sama dan Lagu Negeri perlu
mengikut versi yang terkini.
6.2 Jadual kedatangan murid perlu dilengkapkan setiap hari.
6.3 Fail murid perlu dikemaskini.
6.4 Carta organisasi dan jadual tugasan murid perlu ada dalam
setiap kelas.
6.5 Sediakan slogan / cogan kata yang bersesuaian.
6.6 6 perkara utama perlu diberi perhatian di dalam kelas. En. Hanif &
6.7 Unit SPBT perlu pastikan semua murid mendapat buku dan Pn. Siti Aisyah
dibalut.
6.8 Dilarang memberi hukuman yang keterlaluan kepada murid.
Hukuman yang ingin diberikan mestilah bermanfaat kepada
murid.
6.9 Guru kelas. Guru Kelas
6.9.1 Perlu tahu peranan masing-masing.
6.9.2 Jika Perhimpunan Mingguan dibatalkan,
guru kelas bertanggungjawab masuk ke
kelas pada tempoh waktu tersebut.
6.9.3 Perlu pastikan nama penjaga yang sah
dalam proses pertukaran murid.
6.10 Perabot perlu dikemaskini dan diurus dengan baik.
6.11 Konsep 12s perlu dipraktikkan dan semua pihak perlu
sensitif terhadapnya.
6.12 Kebajikan murid
6.12.1 Payungkan murid ketika hujan.
6.12.2 Kenalpasti murid yang tidak membawa
duit belanja dan beri bantuan.
6.13 Pengusaha kantin yang baru adalah Pn. Haslina bt. Halim.
6.14 Seramai 80 orang murid menerima bantuan RMT namun
pengusaha kantin perlu menyediakan makanan untuk 2 orang
guru RMT yang bertugas.
6.15 Guru tidak boleh menyuruh murid untuk membeli makanan
dan mengambil barang di bilik guru.
6.16 Nama dan gambar murid yang cemerlang dalam pencapaian
mereka perlu dipaparkan.
Semua guru
6.17 Guru bertugas mingguan perlu urus perhimpunan dengan
baik, peralatan disediakan lebih awal dan menulis laporan
dalam buku guru bertugas mingguan.
6.18 Program Citra Bestari bertujuan mendedahkan murid tentang
keupayaan mereka sepanjang tahun.
6.19 Guru perlu peka terhadap gaya penulisan murid kerana
dapatan jemaah nazir menyatakan bahawa terdapat 40 jenis
gaya menulis di kalangan murid.
7. Kokurikulum
7.1 Semua guru dan murid perlu bergerak aktif dan En. Hamdan
program 1 Murid 1 sukan perlu dilaksanakan.
En. Hanif
7.2 Kehadiran dan aktiviti kokurikulum mingguan
perlu direkodkan. Semua guru
7.3 Semua pihak perlu berusaha mengekalkan pencapaian dan
mengembangkan bakat murid.
7.4 Latihan awal perlu dilaksanakan sebagai persediaan
menyertai pertandingan.
7.5 Setiap penglibatan murid mesti dengan kebenaran ibu bapa.
Selain itu, guru yang terlibat membawa murid perlu
mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah.
7.6 Semua pertandingan koakademik perlu disertai.
7.7 Sukan Tahunan akan dilaksanakan dalam tempoh antara
bulan Jun hingga November.
7.8 Guru perlu pastikan keselamatan dan kesesuaian kawasan
serta peralatan ketika menjalankan aktiviti.
7.9 Laporan pencapaian murid perlu disediakan manakala bagi
murid bermasalah, laporan perubatan diperlukan.
7.10 Mesyuarat pertama perlu dilaksanakan awal.
7.11 Aktiviti kokurikulum pertama akan dijalankan pada minggu
kedua persekolahan.
8. Kewangan
8.1 Setiap pembelian barang mesti mempunyai nota
minta dan difailkan. Ketua Panitia & Ketua Unit
8.2 Setiap pesanan perlu difailkan.
8.3 Semakan dan penyerahan barang perlu dilakukan
dengan sebaiknya.
8.4 Pihak yang berkaitan perlu pastikan keselamatan
barang.
8.5 Setiap unit dan Ketua Panitia perlu menyediakan
anggaran perbelanjaan.
8.6 Stok perlu direkodkan.
9. Cuti
9.1 Semua cuti mesti dengan kebenaran. Semua guru & kakitangan
9.2 Doktor tiada kuasa meluluskan cuti.
9.3 Hubungi Guru Besar atau Penolong Kanan
Pentadbiran jika terpaksa mengambil cuti dan
datang lewat.
9.4 Semua pihak perlu membuat pengumpulan cuti.
10. Guru Bertugas
10.1 Buat laporan dan catatkan setiap masalah yang Semua guru
dikenalpasti serta ambil tindakan untuk mengatasi.
10.2 Perlu datang lebih awal dan pulang lewat.
10.3 Semak semua aspek keselamatan sebelum balik.
11. Kawalan Keselamatan
11.1 Pintu pagar utama perlu sentiasa ditutup. Pengawal Keselamatan
11.2 Orang luar yang ingin masuk ke kawasan sekolah
perlu meingisi borang kebenaran.
11.3 Borang kebenaran perlu dikumpulkan untuk
semakan pihak sekolah.
12. Perkembangan Staf
12.1 Dilaksanakan pada hari Khamis setiap minggu.
12.2 Pembahagian tajuk dan penceramah akan dibuat En. Ahmad Sabri & Semua
guru
melibatkan semua guru.
12.3 Berbentuk bengkel penghasilan BBM.
12.4 Semua pihak perlu terlibat.
12.5 Persediaan yang rapi perlu dilaksanakan.
12.6 Laporan perlu disediakan dengan baik.
12.7 Kad kehadiran perlu diisi dan ditandatangan.
13. Pra Sekolah
13.1 SMPk adalah tanggungjawab guru pra sekolah. Pn. Nazirah
13.2 Guru perlu beri perhatian yang sebaiknya terhadap
Pn. Haslina
kemenjadian murid.
13.3 Nama baru pra sekolah SKBP adalah Seri Pn. Norliah
Anggerik dan Seri Kemboja.
13.4 Pastikan beberapa tunjang utama dikuasai oleh
murid.
13.5 Pastikan umur murid yang layak mendaftar di pra
sekolah.
13.6 Bina hubungan yang baik dengan Jawatankuasa
Permuafakatan.
13.7 Kutipan wang dan pakaian murid perlu
dikendalikan dengan baik.
14. Program Sinaran Pagi
14.1 Program Sinaran Pagi akan diteruskan dengan Ketua Panitia & Semua
aktiviti-aktiviti Rakan Sebaya dan Smart Reading. guru
14.2 Pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut
keperluan dan kesesuaian.
15. Guru Permulaan dan ROS
15.1 Guru-guru perlu memberi kerjasama dan menjadi Semua guru
contoh yang baik kepada guru permulaan dan
ROS.
15.2 Mengamalkan konsep kepimpinan melalui
tauladan.
15.3 Menonjolkan sikap yang positif demi menjaga
imej sekolah.
16. Surat-menyurat dan Pengesahan
16.1 Pengesahan tidak boleh dilakukan secara bagi
pihak. Semua guru
16.2 Perlu disediakan mengikut peraturan surat-
menyurat.
16.3 Perlu sertakan slogan.
16.4 Pastikan nama dan jawatan pihak yang berkenaan
khususnya PPD dan JPN ditulis dengan betul.
16.5 Penggunaan bagi pihak adalah atas nama jawatan
bukan nama individu.
16.6 Perlu mempunyai nombor fail dan difailkan.
17. Buku Pendidik Bestari
17.1 Semua guru wajib beli buku Pendidik Bestari. Semua guru
17.2 Perak telah dipilih menjadi tuan rumah Hari Guru
Peringkat Kebangsaan Tahun 2012.
18. Pergerakan Guru dan Pegawai
18.1 Perlu direkodkan. Semua guru & kakitangan
18.2 Perlu mendapat kebenaran Guru Besar dan
mengikut susunan.
19. Buka Sekolah
19.1 Sekolah akan mula dibuka pada hari Rabu Semua guru & kakitangan
(4.1.2012).
19.2 Semua guru perlu mengemaskini dan
melengkapkan segala dokumen yang berkaitan.
19.3 Sesi P&P perlu terus dilaksanakan.
19.4 Semua perlu menepati masa dengan masuk kelas
lebih awal.
20. Ucapan Penangguhan
20.1 Pengerusi mengharapkan semua pihak dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
melaksanakan setiap hasil perbincangan dan
mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
20.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah
hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________________ _________________________
(MOHAMAD AZIZI BIN YUSOF) (ABD. RAHIM BIN AYUB)
Setiausaha Mesyuarat Profesional Guru Besar
Tarikh : 9 Januari 2012 Tarikh :

You might also like